Wednesday, October 7, 2009

Mr Sim: Guru Tusyen Terbilang

Hari ini aku hendak mengumpat pasal Mr Sim. Mr Sim ataupun nama penuhnya Sim See Tee adalah merupakan guru tusyen aku semasa sekolah menengah. Tahun 1999, tahun itu aku akan menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Maka sebagai seorang ibu yang prihatin, mama aku memaksa aku untuk pergi ke kelas tusyen agar aku dapat menjadi seorang yang berguna. Entah bagaimana mama aku boleh terpedaya dengan iklan di dalam surat khabar yang menawarkan khidmat tusyen dari rumah ke rumah yang diiklankan oleh Mr Sim.



Well that's not really Mr Sim, but that's the closest resemblance. So menjadikan rumah aku sebagai markas tusyen, aku berjaya memperdayakan Apai, Abe, Dazu dan Zul untuk turut serta dalam perjuangan untuk mendapat 8A dalam PMR. Masa itu kami geng tusyen Mr Sim menjadi rival terdekat kepada Geng Tusyen Cikgu 'Kuda Kayu' Rahim yang line upnya terdiri daripada Adam, Ikram dan Acap Zul. Apakah insiden-insiden berlaku kepada kami yang melayakkan Mr Sim untuk dinobatkan sebagai guru tusyen 'terbilang'? Sila klik Read More untuk mendapatkan nombor Mr Sim untuk adik-adik anda.

Insiden 1: Pergaduhan dengan Mama.
Mr Sim dibayar mengikut jam. Pada suatu hari selepas tamat sesi pembelajaran, Mr Sim menuntut yuran. Kami semua tidak membawa wang pada hari itu kerana kami sangka belum tiba lagi waktu pembayarannya. Suasana mula menjadi tegang (that's what she said) apabila Mr Sim bertegas yang dia perlu dibayar pada hari itu. Lantas mama aku yang mendengar perbalahan kami mengeluarkan kalendar untuk berdebat dengan Mr Sim. Nak gaduh dengan mama aku mestilah dia kalah kan mama aku siap tanda lagi tarikh yuran sepatutnya dijelaskan. Lama gila gaduh kitorang sempat solat Isya' berjemaah dan tadarus Qiraati lagi.

Insiden 2: Membebel selama 2 jam
Setiap sesi pembelajaran berlangsung selama 2 jam. Pada suatu hari, Mr Sim menyuruh kami untuk membuat role playing menjadi watak dalam sebuah organisasi bagi memantapkan penggunaan Bahasa Inggeris kami. Oleh kerana kami kurang persediaan, maka sesi role playing itu gagal sebab semua orang tergagap2 hendak bercakap dalam bahasa Inggeris secara spontan. OMG. Mr Sim membebel kepada kami selama 2 jam. TWO EFFING HOURS! Memang tak belajar apa pun hari tu tapi yuran mahu kutip. Well memang salah kami sebab tidak bersedia tapi membebel selama 2 jam??? Entah apa yang dibebelkannya pun aku tak ingat sebab dia cakap Kantonis.

Insiden 3: Perilaku yang aneh umpama mabuk alkohol
Apabila dia datang rumah aku, kadang-kadang kami boleh melihat rambutnya yang tidak terurus serta bau seperti orang baru lepas balik clubbing. Lepas tu cakap pasal beer murah kat Langkawi bagaimana kami nak relate. Lepas tu kadang-kadang dia bawak katalog tunjukkan kami produk untuk kami beli? wtf? Tidak cukup dengan itu dia suka cerita pengalaman dia jadi pengakap berkelah lepas tu buat 'kek kari' dalam sungai.

Insiden 4: Obses dengan Razif
I do not know who the hell is this Razif, but apparently Razif was his most successful student before he met us. Dia selalu membangga banggakan Razif dan mendakwa di atas bimbingannyalah Razif berjaya dalam peperiksaan. Tapi takdelah dapat 8A pun PMR. Apabila result PMR keluar, kami berlima mendapat 8A dan aku yakin nama kami kini menggantikan Razif dalam usahanya untuk menjaja khidmat tusyennya. It's not that we are ungrateful bastards or being arrogant, but we do not think that our success comes from the result of his teachings. Yelah sepatutnya tusyen 4 subjek, BM, BI, Sains dan Math, tapi BM dengan Sains memang tak pernah belajar pun suruh buat latihan sendiri. Kami yang kena ajar macamana nak pronounce 'plumbum' dengan betul. Dia sebut plumblum.

Well apa yang anehnya, aku, Abe, Boboy dan rekrut baru Acap Ciki masih menagih khidmatnya semasa form 4! Aku pun tak tahu mengapa. Tapi setiap minggu kami selalu tipu Mr Sim cakap Acap sakitla, mintak tangguh next week la sebab kami lebih rela bermain Quake di PS2 aku dahulu. Setelah penat memikirkan alasan apa nak tipu dia setiap minggu, kami akhirnya membatalkan khidmatnya kerana sekadar membazir wang sahaja jika kami teruskan begini.

Oh Naqqib aku tak sangka kau pun terpedaya dengan Mr Sim. Mesti sebab adik Abe perdayakan kau. Well Mr Sim, jika kau membaca blog aku, usah terasa. Kau boleh ambil kritikan membina ini untuk memajukan pusat tusyen kau untuk mengatasi Pusat Tusyen Mr Lim dan Cikgu Hassan.



14 comments:

shogunn_general said...

btol ckp ko adik abe yg memperdaya aku haha..mule2 aku igt mr singh, tp aku salah dgr kot..@.@ hah.ada 1 hari tu tbe2 die ngamuk pastu campak buku tebal fokus geografi terbitan pelangi ke lantai.gila isim ke ape tah. bsoknye 2 rakan perempuan ktorg kensel tusen dgn die haha. eh die pun slalu cakap pasal "nak pegi buat kek coklat" la ngn ktorg.pdhal nk pegi toilet.aneh..

Anonymous said...

haha..
kau mmg rindukan mr sim..aku tau jai..
sim si aneh..ajar add math,pastu tak leh jawab,cakap aiyoo..otak sudah karat la..haha
tu blom bukak katalog syarikat dia lagi..lepas tu suruh kite design logo,zul sgt bersungguh2 buat logo..haha..

naqqib: mesti mak aku terpengaruh ngan kejayaan kami berlima..pastu anta kau tuisyen ngan mr sim..haha


-shuhud-

Anonymous said...

cikgu rahim mantap duhs. die berjaya buat aku, ikram ngan murtadha nangis sekaligus. ikram aaaa nangis dulu mengharapkan simpati... terpaksa aku join.

adam

z a t i said...

aku tak tusyen2 pun rileks je dpt 8A. *riak*

Anonymous said...

woi itu bkan mr. sim...
itu ialah poi pei young n dangerous....
Kalau aku x tusyen ngan mr. sim...mesti aku dpt 9A pmr..sbb mr. sim xgalak amek bahase arab...
sim city btol....

~AkuApai

Mohamad Faizal said...

naqqib: dia ajar korang geografi? wahh hebat. ataupun sekadar menghempas buku sahaja

abe: haha dia memang guna ah logo yang zul lukis tu untuk syarikat dia sebelum muflis aritu

adam: gila apa menangis kat tusyen. sexual abuse ke ikram memang mudah menjadi mangsa (HAHA)

zati: biasak ah zati kau kan ahli tidur study group aku

apai: haha bahasa arab SPRA dapat berapa jaijidan ke

Anonymous said...

jai akunye order untuk ps3 slim kene cancel. babet.

adam

Anonymous said...

adam..
sian kat kau..huhu
weh uncharted 2 kuar minggu depan..rating 9.5 tu kat gamespot..


-shuhud-

Mohamad Faizal said...

haha pastilah diorang cancel tahu taktik keji kau.

fifa 10 >>>>>>>>>> PES 2010

Anonymous said...

too right..FIFA 10 >>>>>>> PES2010

aku sudah order bakal tiba beberapa hari lg hahaa mari beli original

Anonymous said...

-dazrul-

Anonymous said...

eh ijai ape name game tembak menembak zombie yg kita main haritu? aku nk try search

-dazrul-

Anonymous said...

resident evil?

adam

Mohamad Faizal said...

haha high 5 dazu. left 4 dead. tapi kau tunggula left 4 dead 2 keluar november. jangan kacau witch, tembak boomer dari jauh haha

http://www.gamespot.com/pc/action/left4dead2/index.html

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...