Monday, October 5, 2009

Pengumuman Penting

Di sini aku ingin menyatakan bahawa majlis rumah terbuka aku untuk teman-teman (saudara mara tidak digalakkan hadir) akan diadakan pada minggu terakhir Syawal iaitu pada 17/10/2009, hari Sabtu. Tujuan aku membuat pengumuman awal-awal adalah untuk memberi peluang kepada anda semua agar bersedia untuk menghadiri parti liar yang beradab yang paling fun sekali yang pernah anda hadiri.

Oleh kerana aku telah memberi amaran awal-awal, aku harap kalian tidak mengecewakan aku dengan memberi alasan yang tidak senonoh tidak dapat hadir ke rumah aku pada hari tersebut. Jika anda on call pada hari itu, maka sila off call. Jika anda perlu menggosok baju menteri pada hari itu, sila join parti pembangkang. Jika anda bekerja di Chicago ataupun di London, maka sekaranglah masanya untuk menempah tiket penerbangan pulang.

Sila klik Read More untuk maklumat lanjut tentang parti liar aku ini.

Jika korang pernah datang ke rumah aku pada sesi sebelumnya, korang pasti tahu yang aku mementingkan protokol dan etika. Tema pada setiap tahun adalah berbaju raya lengkap dengan sampin dan tengkolok bagi jejaka, dan kebaya terbelah hingga ke pusat bagi gadis. Jika anda tidak memakai baju raya dan instead memakai baju clubbing, mungkin korang tidak dapat merasa kehebatan mee (kari/bandung/hailam) mama aku, seperti yang dialami oleh Muaz pada tahun lepas. Namun begitu, sempena Hari Raya Deepavali yang jatuh pada hari yang sama, aku kini mewajibkan tema keindiaan dalam pemakaian anda. So sila tambah sari ataupun maruku sebagai hiasan baju raya anda.

Anda yang biasa hadir, you guys can expect my personal invitation soon. Yaa anda semua yang membaca blog ini juga dijemput hadir inilah masanya untuk kita bermaaf-maafkan secara sebenar. Well bukan semuala kalau korang google frasa 'bersetubuh dengan rakan pejabat' lepas tu stumble upon blog aku lepas tu terbaca blog ini, no, korang tidak dijemput.

Tarikh: 17/10/2009
Masa: 8pm hingga fajar menyinsing
Tema: Baju Raya keindiaan
Lokasi: (saje letak map yang mengelirukan untuk mengelakkan orang tidak berkenaan datang makan free)







15 comments:

Anonymous said...

abe cmne eh baju melayu nk convert jadi keindiaan??pls advise..

-fandi-

Anonymous said...

hempeh kau fendi..aritu ajak dtg rumah ijai tak dtg..huhu

kau amik je gunting,pastu gunting semua poket kt baju melayu kau..dah siap..
aksesori tambahan spt kain padaiyappa sangkut kat leher juga boleh digunakan..haha


-shuhud-

Mohamad Faizal said...

abe fandi terang terangan mengeji kau takkan tau tak perasan. pergi encourage dia pulak

aku nak join keji. abe kelihatan india tapi dia boleh nampak lebih keindiaan dengan dengan mengubah eksen klatenya menjadi india

Anonymous said...

jai aku baru order ps3 slim. dapat discount menarik. haha.

adam

Mohamad Faizal said...

berapa ringgit? di sini harga yang terbaik yang aku survey ialah RM1180. (konsol + 1 kontroller)

Anonymous said...

website toys r us tersilap letak harga. 260usd final price. tapi deal tu dah mati... aku tak sure akan dapat ke tak sebab diorang boleh cancelkan order kalau diorang tersalah letak harga online. tapi kalau dapat memang best ah.

adam

finaz said...

i nak pegiiiiii.. tapi i malu yewww.. hehehe

Anonymous said...

slamber finaz pergi je. jamil pun pasti ada. rakan sebank negara kau. hahaha

adam

hUdArLiNg said...

sempat je mengutuk rakan2 terdekat. 17hb. 17hb. ada apa eh. pk jap. hahaha.

Anonymous said...

kutuk mengutuk mmg lumrah pd geng bangi..
jai,open house rumah ise kau taknak pegi ke??mak dia pasti menanti kehadiran kau..haha


-shuhud-

sI tEDI said...

macam x kasik dtg jek.. bg peta mengelirukan..

QilahLala said...

ada sagu tak??

Khairul Afandy said...

haaaa..buat pon open house...
ingtkan x buat...hahahha.. mcm biaser aku akan hadir..hehehhe

Mohamad Faizal said...

finaz: marilah datang. mana tahu sangkut dengan rakan2 i yang kacak berbaju melayu.

huda: jangan bergurau nurul. boleh putus kawan selama 2 minggu jika tak hadir

abe: ala mak ise dah lupa dah. (barbie kau santiago mis tres hermanas)

tedi: mana ada tak kasik. itulah yang keluar jika letakkan no 11a jalan 4/3c di gugel maps. datangla tedi melaka dengan bangi bukan jauh pun

lala: hui pasti ada itu hidangan istimewa di rumah saya. ala aqilah hasan u tanya menu kalau tak hadir lagi seperti tahun 2007 dan 2008 memang sengaja nak mulakan persengketaan la

fandy: haa haa nanti aku tugaskan kau untuk hubungi rakan2 uniten lain seperti biasa

Anonymous said...

haha faizal ak stuju ngn ko tentang loghat klate abe tu..klo dia ckp style india mmg kompem org igt dia doktor sahab (asalny inspektor sahab tp sudah tukar) hahaha..abe nnt bwk maruku k keke..

p/s: sori abe ak kepenatan sgt2 slps plg dr knduri kwin n open house sehari suntuk..nnt plan lg k party liar d rmh faizal..

-fandi-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...