Wednesday, October 28, 2009

Perkara-perkara Yang Membuatkan Anda Mencarut di Tempat Kerja

Sejak Windows 7 dirilis pada 22 Oktober tempoh hari, kerja aku menjadi banyak gila barbie. Aku memiliki waktu pekerjaan yang fleksibel, maka aku suka datang ke pejabat pada pukul 7 pagi dan menjelang pukul 3 selalunya aku sudah melesapkan diri. Akan tetapi sudah beberapa hari berturut-turut aku pulang pada pukul 5 menyebabkan ramai rakan sekerja aku berasa bingung dengan tindakan abnormal aku. Kadar tekanan yang dialami juga semakin tinggi. Alah pekerjaan apa yang tidak stress bukan? Kerja jadi pelakon porno pun stress.

Namun begitu, amaun stress di tempat kerja juga boleh disebabkan oleh perangai-perangai jahanam manusia di tempat kerja. Ayuh kita klik Read More untuk turut berasa stress.

1) Berak tapi tak reti nak flush

Perkara ini memang aku mencarut tahap orang kafir Quraisy. Aku memang tidak faham mengapa selepas berak mereka tidak boleh mengepam sahaja tahi mereka itu. Bukannya susah pun. Ke kat rumah pun perangai korang memang macam tu? Eshol. Pulak tu, pelbagai kategori tahi yang dipamerkan. Tahi jenis lepat pisang (self explanatory, bentuk dia macam lepat pisang), tahi pengebom berani mati (bersepah-sepah sampai melekat ke dinding), tahi lalat sharifah aini (tompok2 hitam kecil yang melekat) dan pelbagai jenis tahi lain beraneka warna dan bau. Seriyes aku benci.

2) Ketiak berbau durjana


Fuii tengok dia dari jauh fuiii nampak macam Jehan Miskin siottt. Dressing mantap. Rambut belah tengah. Tapi bila datang dekat, hah ambil kau baru hangit sampai terkancing-kancing gigi kau. Takkan mereka tak boleh bau badan sendiri? Ataupun mungkin dah lali? Tengok aku hari-hari pakai Avon.

3) Gadis gempal yang berlagak seksi

Jika berat badan kau melebihi 85kg tak perlulah pakai tube ataupun spaghetti strap. Tak perlulah tunjuk pusat serta perut kau yang berlipat-lipat. Tak perlulah nak tunjuk lurah punggung kau yang merekah2 tu.

4) Tak reti basuh cawan sendiri


Ini lagi satu. Dekat pantri tu aku selalu datang mencari sekeping dua biskut. Tapi bila tengok cawan bergelimpangan di sinki, terus terbantut nafsu makan dan nafsu mengumpat aku. Yelah kalau kau tengok dalam cawan tu memang boleh muntah nanah di tempat kejadian. Dengan nestum yang berkulat dicampur pula dengan tulang babi huiii memang boleh histeria lah.

5) Pekerja Indonesia yang gersang

Ini mostly pekerja perempuanla. Kalau kau nak menyapu, tidak perlulah kau hendak flirting dengan rakan-rakan aku. Entah apa yang dingomongnya pun aku tak tahu. Kawan aku Jabez Jeyaraj pulak pergi layan. Diorang dahla tinggalkan sang suami di perantauan lepas tu dah gersang mulalah keluarkan bunyi nak mengawan. Lepas tu masa aku tengah sibuk buat kerjalah dia nak lap meja aku, angkat mug aku, masuk bawah meja aku, haihhhh tertekannnnn.

6) Orang-orang yang berlagak penting

Jika kau merupakan orang atasan aku ataupun kawan aku, tidak kisahlah kau hendak tunjuk penting ataupun tunjuk kehandalan kau. Akan tetapi jika kau sekadar pekerja biasa hanya tahu membodek sahaja, come on tidak perlu hendak mengarahkan orang membuat itu ini. Perlu aku riak ke yang aku ini pekerja terbaik Maikrosof. Tapi aku kan ijaicool, kool sajalah bukan.

7) Orang yang tidak reti silentkan phone lepas tu cakap kuat-kuat.

Ringtone dahla annoying gila macam lagu menaikkan semangat tentera Bergajah Abrahah. Lepas tu terjerit-jerit dalam bahasa ibunda. Ikutkan hati memang aku ajak lawan Fifa.Yang pasang lagu kuat2 pun sama. Kalau lagu Sum 41 takpelah jugak ini lagu penyembahan berhala mana aku faham.

Sudahlah. Naik stress aku memikirkan perkara-perkara yang boleh membuat aku stress. Korang bagaimana pula? Ada tahi terdampar di pejabat jugakah? Ataupun ada karekter yang lebih menghanginkan daripada biasa?



12 comments:

finaz said...

ijaiiiiiiiii... i setuju sgt2 tabik spring dgn entry u ni.. for me la kan, my job tu senang je ok.. it is not that hard. tp yg buat stress lebih adalah org2 sekeliling kita kat ofis. serius !!

ok meh i list downkan perangai2 manusia durjana yg membuatkan i hilang sabar kat ofis:
- org yg set appointment dgn witnesses / auditee tp in the end lesap ke mana.. aku pulak yg kena ganti dia tak pasal2 !!

- org yg suka parking kete double park sampai nak kuar pun xleh.. bangang betul. rasa nak calarkan je kete dia

- org yg suka moody tak tentu pasal.. esp. pagi2.. apakahhh ??! kalau pompuan tu i pahamla jugakkan.. ni lelaki ok !!

- team leader yg namanya je leader tp leadership skill hancur ke laut

- mgr / orang atasan yg suka take credit atas kerja anak buah.. pastu bila anak buah takde menggelupur kau nak buat keje.. org tgh holiday kat bangkok pun ko nak call jugakkk tanya pasal keje.. pastu bila end yr appraisal mcm2 alasan bg sbb taknak kasi rating yg elok2..

- ass-kissing ppl.. yg tak reti buat keje tp pandai membodek je

- org yg masa susah ckp mulut kemain manis lg minta tolong apa sume tp bila time org minta tolong dia, mcm2 alasan dia bagi. ni mmg patut direjam je

err.. byk sbnrnye lg.. tetibe i rasa the idea working from home tu sgt baik lah.. takyah nak deal dgn org2 yg boleh membuatkan i dpt barah otak..

Anonymous said...

saya tak keje lg masih belajar tp nak ckp klakar lah tang minah indon keparat gersang msk bwh meja tuh..hahah..mmg lah encik faizal main2 tp ayat tuh klakar..haha..ape daa~~kasi htr blk indon sudaa..nyusahkan mak bpk je..

Anonymous said...

aku takde masalah masalah tu pun jai. tapi aku ade exam barbie buat aku kerja sambil blajar sampai kul 12 malam tiap tiap hari dekat exam.

tapi kini aku dah free.... baru lepas amik exam bowdow tadi. bersedialah untuk melihat team jerung melapah aku kembali di liga fantasy.

adam

Mohamad Faizal said...

finaz: haha tu dia luahan emosi yang lama terbuku di hati. u kenal tak kawan bank negara i nama dia jamil dia buat perangai macam tu tak

anon: yeke anda belajar di mana mesti ada pekerja indon shitlake nak bermain mata dengan anda

adam: haha cayalah. dah on fesbuk kembali ke belum? haha

finaz said...

tak.. i xkenal org nama jamil kat bank negara..

hai jamil.. boleh berkenalan? hehehe

Anonymous said...

Suka amik stationery orang. G keje tangan kosong,blk keje penuh pencil case.ada pensil tekan la,pen kilometriko la,liquid paper dgn thinner sekali pulak tu! Mopiko pun ada! Adoiyaiii...

-kusha-
Swan stabilo

Anonymous said...

haha jai..
1. bab berak yg aku hangin ade la mamat aneh pi mencangkung atas tandas duduk..adoi..
2. patient dtg klinik aku,bau mulut mcm bangkai babi hutan yg kene gelek ngan steamroll..pergh..pakai double mask pun still bau lagi..
3. patient yg ngade2 dtg klinik,demand treatment melampau2..
gigi barai berangan nak buat braces ngan crown..
sekian..

-shuhud-

Mohamad Faizal said...

finaz: jamil bahagian finance dia orang 'kuat' zeti.

kusha: kau perangkap la dia letak cecair yang tidak sepatutnya dalam liquid paper tuh. nanah ke darah haid ke tak pun minyak gamat mesti dia bertaubat

abe: sebab gigi baraila diorang perlukan kimpalan di gigi...kau harus berkhidmat demi masyarakat tanpa mengeluh abe

Anonymous said...

Opis saye pun sammmmmmmmmmmmeeeeeeeeee....
dah la berak main lap guna tisu jerrr.....bau harum semerbak sbb toilet x strategik...habes tersebar molekul2 zarah yang berbau ituuuu...
cittttttt....membantutkan perasaan kiter tuk meneruskan aktiviti col of nature neh...terus simpan bawak balik umah jer......x ke haru kalo hr2 terpaksa bertahan begini!!!!

- said...

I want to post a comment, but I don't understand much of what is being said, coz Faizal is a ballslicker.

- said...

Also, Faizal lost his earphones yesterday but blamed me for it coz he's racist. He eventually found it under his own seat.

Mohamad Faizal said...

the real ballslicker above is kunal. he's the ultimate racist because he cannot read or speak malay except for 'jangan lari', 'saya tangkap awak, and 'saya cintakan dilip velasamy'.

anon: sabar. berak di rumah ada hikmahnya

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...