Thursday, October 15, 2009

Program Kucing Angkat

Hari itu bukan main lagi aku ingin mengurangkan bilangan kucing di rumah aku. Buat seketika, populasi kucing aku berjaya dikawal dan aku tidaklah tertekan sangat apabila hendak mencuci kandang mereka kerana bilangan tahi yang turut berkurang. Kucing-kucing yang tinggal semuanya tidak bertestis (betina) dan adalah seekor kucing jantan. Yang si jantan ini dia bajet dia Milfhunter agaknya kerana dia singlehandedly menoron 4 ekor kucing betina sehingga menyebabkan 14 ekor anak kucing dilahirkan dalam masa seminggu. WHAT THE WHATTT???? EMPAT BELAS EKOR??? Yes. Secara tiba-tiba sahaja bilangan kucing aku kembali bertambah, lebih banyak daripada dahulu.

Kerana itulah aku ingin menganjurkan Program Kucing Angkat di mana anda semua boleh menjadikan anak-anak kucing ini sebagai keluarga angkat korang. Anak-anak kucing ini jika dididik dengan betul; mungkin boleh menjadi Sang Juara satu hari nanti. Sila klik Read More untuk mengangkat kucing-kucing ini.

Keluarga 1: Ibu tunggal yang sisihkan anak



Kau lihat. Kesian anak kucing itu kesepian tanpa kasih sayang. Aku namakan dia Ovum, sebab dia berseorangan. Beberapa hari sebelum gambar ini diambil, dia ada seekor abang. Tetapi abang dia hilang secara misteri mungkin telah dibaham ibunya yang disyaki sakit jiwa. Tengoklah tu mama dia sisihkan anak korang pula janganla sisihkan dia ambillah dia menjadi kucing angkat anda.

Keluarga 2: Ibu bernafsu Brianna Banks



Jika mata anda masih sihat, anda sepatutnya boleh melihat 3 ekor anak kucing dalam gambar di atas. Hoi yang korang pergi tenung puting kucing tu buat apa memang aneh betul orientasi seksual korang ni. Apapun gambar di atas sudah tidak relevan lagi kerana ketiga-tiga ekor telah dibaham oleh ibunya sehingga menjilat dinding. Tulang pun tak tinggal. Ish ish ish. 2 hari selepas kematian anak2nya, sang ibu kembali berbunyi minta ditoron. Mengapa kucing makan anak? Mama aku kata, jika anak kucing itu sakit kronik HIV ibu akan membaham anak mereka kerana mereka tahu anak mereka akan meninggal. Ataupun mereka memang kelaparan. Fakta mama aku sentiasa betul kerana dia Setiausaha Kelab Kucing Malaysia. Teori aku pula ialah dia malu dengan anak2 dia yang berekor kontot, tidak boleh dibawa bertanding, itu yang dia baham tu. Anyway korang boleh mengambil ibu dia terus sebagai kucing angkat korang.

Keluarga 3: Keluarga Siam Miskin tetapi Bahagia



Haa yang ini pandai menjaga anaknya. Namun begitu, anak-anaknya semua kurus-kurus belaka seolah-olah tidak cukup makan. Usah gusar, ini kucing Siam dan aku jamin apabila besar nanti mereka akan menjadi Sang Juara dan boleh dijual dengan harga at least RM1000 di pasaran gelap.

Keluarga 4: Keluarga Obesiti



Huii yang ini memang feveret mama aku. Lihatlah kegemukan dan kecomelan mereka baru beberapa hari umur mereka. Especially yang belah kiri sekali tu. Aku rasa nak goreng dan cicah dengan sos cili lingham je.

Well korang tidak perlu membela mereka secara langsung pun sebenarnya sebab aku boleh menjaga mereka dengan baik walaupun aku kuat mengeluh. Apa yang korang perlu buat ialah masukkan duit tiap-tiap bulan dalam tabung khas yang aku baru buka untuk masa depan mereka. Sila iklankan di blog masing-masing tentang program kucing angkat aku ini. Aku ingat nak mulakan MLM jual kucing ah. Sape nak jadi downline aku?



7 comments:

sI tEDI said...

weyyy.. serius ke nak buat tabung tu??

aduhai... bengang betul aku dgn emak yg makan anak tu.. meroyan ke apa kucing tu!!!

aku ada kutip kucing jalanan dan buat macam kucing aku. tapi emak aku x suka lak.. so aku dah hantar ke SPCA dgn keadaan aku yang banjir airmata.

dia sempat buat 3 kali kehamilan. anak pertama aku jaga. 2 ekor anak ke 2 jiran aku adopt. yg last 3.. SPCA sekali.

tabik ko ijai penuh kesabaran menguruskan kucing2 ni semua..

aku nak sgt tgk pertandingan kucing. tapi semua jauh nun di sana. buatlah di Melaka. :)

kenapa panjang sgt aku taip?

alyaanajwa said...

geramnya!!!!!!!!!!!!!!!!!(subjek is to kucing la of cos) hahaha seriusly umah aku dulu pnh secara tba2 ada 19 ekor kucing...pening kpala masuk umah bla byk sgt makhluk 10sentimeter merayap kt celah2 kaki.. rindunya kt anak-anak tuh!!! meh anto kt seksyen 3 tambahan 3 ekor!!hehe

payar said...

incik ijai..w/l sy tidak mengenali incik..akan tetapi..buleh kah sekirenya sy hamek 2 eko anak kucin itu...uhuk~~ kalu bg, bg le..klu tak..nk gak!!muhahahaha..
buley kah??

Mohamad Faizal said...

tedi: tabung itu akan aku salah gunakan untuk membeli ps3. ala melaka bukan jauh sangat pun datang saje sini bila ada pertandingan. aku sapot makanan (untuk kucing)

alyaanajwa: seksyen 3 tambahan? anda duduk di bangi kah mengapa tak pernah nampak pun membeli belah di pasar mini kayatri

payar: buleh. nak bayar bulan2 pun tiada masalah

payar said...

bayar bulan2??bincangkan..amek trs takley ke??sedekah amal jariah incik... ;)

alyaanajwa said...

haha pasar mini kayatri pnh g skali ja dikala ujan lebat x sudah2,nak cari makan pun payah,nk masak tapi kehabisan barangan dapur...byk bnda jugak ada kt kedai tu rupanya..oooo

dudu said...

cara merawat bulu kucing
cara membuat makanan kucing
cara merawat bayi kucing
nama kucing yang bagus
cara membuat kucing gemuk
cara mengubur kucing

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...