Saturday, October 3, 2009

Raja Ayam

Hai murid-murid. Hari ini kita akan belajar simpulan bahasa. Cikgu Faizal mahu anak-anak murid menghafal simpulan bahasa berserta maksudnya sebagai persediaan untuk peperiksaan tusyen Mr Sim Min Teck nanti. Simpulan bahasa yang pertama ialah anak ayam. Anak ayam bermaksud pelacur. Jika ada anak ayam, pasti ada ibu ayam dan bapa ayam bukan? Ibu dan bapa ayam adalah agen yang menguruskan karier pelacur ini. Bagaimana pula dengan Raja Ayam? Raja Ayam ataupun dalam bahasa Inggerisnya Chicken King adalah sebuah restoran yang baru dibuka di seksyen 7 Bandar Baru Bangi.

Pada hari yang sama ketika terjadinya entri Wii Are Family, aku, Abe dan Fandi pergi keluar berthreesome mencari makanan. Kami bercadang untuk mengeksplore kejiranan seksyen 7 yang baru dibuka itu. Banyak restoran baru dibuka di sana. Sup Urat Ketin memang popular, hari itu sudah pergi Kafe Oasis, Restoran Sharifah pun dah buka cawangan di sana, dan banyak lagilah restoran yang aku belum cuba try test.

Maka setelah ternampak signboard Chicken King (sederet dengan Kafe Oasis kot), kami terus naik syahwat untuk membaham di sana.


Ayuh kita lihat best atau tidak makanan di sini dengan mengklik Read More.

Waitress yang peramah itu mendakwa yang restoran Chicken King di Bangi adalah yang pertama di Lembah Kelang. Restoran ini berkonsepkan Barat Alternatif, di mana hidangannya adalah berasaskan ayam dan adalah sikit2 makanan Itali. Jika hendak membuat perbandingan, dia macam restoran Resipi Rahsia yang murahla. Aku dan Abe memesan Chicken Chop King, di mana menurut waitress itu hidangan tersebut merupakan hidangan kegemaran Raja-raja zaman Kesultanan Melayu Melaka dan juga Raja Mohd Sharafi (kawan aku sekolah rendah dan Uniten). Harganya lebih kurang RM 15.90 kot. Anda boleh memilih sama ada hendak dihidangkan dengan nasi kuning ataupun kentang goreng yang berkolestrol.


Fandi pula memesan Teriyaki Burger. Harganya ialah RM 7.90. Lihatlah gambar di bawah. Rasanya tidaklah begitu menyelerakan walaupun aku sebenarnya tidak rasa. Burger Abang Ropi depan 7-11 lagi lazat kot.


Jamil datang kemudian. Walaupun dia sudah membaham di rumah, tetapi dia masih menurut runtutan nafsu dan syahwat. Tu sebab berat badan kau tidak normal Jamil. Kan kan ingin berkahwin lagi beberapa bulan macamana nak perform nanti.



Kesimpulannya jika anda sudah bosan membaham di restoran Yus yang mahal itu, anda boleh melawat restoran ini sebagai alternatif. Bandar Baru Bangi rawks! HO!



6 comments:

Anonymous said...

burger ak mmg kureng sedap...jgn order tau hehe..

-fandi-

Mohamad Faizal said...

hoi kau tulis komen dari mana ni kate nak datang rumah aku ternanti2 ni. bawak makanan sekali

shogunn_general said...

eh cikgu sim tu ajar aku tusen utk pmr dlu2 haha...

Mohamad Faizal said...

kau tusyen dengan mr sim? HAHAHA bagaimana kau pun boleh terpedaya? takpe nanti aku buat entri pasal dia hahaha

shogunn_general said...

ni sume sbb zahid si adik suhud yg blackmail aku suro join tusen skali..hhuhu

Unknown said...

ni knape name aku disebut-sebut bagaikan kicauan burung di rimba ni.. kna mintak royalti ni skit.. huahua

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...