Thursday, October 1, 2009

Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 3

Hai gadis-gadis. Saya ingin mulakan bulan yang baru ini dengan bertanyakan soalan-soalan yang kami kaum lelaki terdesak sekali ingin tahu jawapannya. Jika anda seorang gadis dan memiliki set uterus yang lengkap dan anda terbaca entri ini, maka anda diwajibkan untuk menjawab soalan-soalan di bawah. Memangla aku boleh gugel sahaja tapi tak fun ah. Jawapan yang terbaik akan memenangi hadiah istimewa, iaitu kami kaum Adam akan dapat memahami anda sebagai seorang wanita, dan berubah sedikit demi sedikit menjadi jejaka yang lebih baik, lebih sensitif, lebih gentleman dan juga romantik kepada pasangan masing-masing. Percayalah.

1) Pap smear tu apa? Ada kaitan dengan Pat Smear ke?

2) Mengapa gadis-gadis hanya kenal Cristiano Ronaldo tapi tak kenal Steven Gerrard?

3) Mengapa gadis-gadis tidak boleh membawa kenderaan manual? (berdasarkan apa yang aku lihat dalam The Amazing Race)

4) Apa benda yang gadis-gadis paling tidak suka tentang lelaki? (beri satu sahaja,hua hua hee)

Ada lagi. Sila klik Read More untuk soalan-soalan seterusnya.

5) Apa benda yang gadis-gadis paling suka tentang lelaki? (yang ni nak bagi lebih daripada satu pun tak mengapa hee hee)

6) Bagaimana korang bezakan beg tangan Coach original dengan cetak rompak? Sama je aku tengok.

7) Betul ke semasa mengandung berat badan korang akan di pam pam dan tidak boleh dipulihkan sepenuhnya selepas beranak?

8) Apakah perbezaan di antara uterus, uretra dan ureter? Memanglah boleh Google tapi aku ingin jawapan yang ikhlas dari hati.

Diharapkan gadis-gadis dapat menjelaskan keraguan di hati kami. Tulis nama ya senang kami nak reply kepada anda nanti.

Episod satu boleh dibaca di sini.

Episod dua boleh dibaca di sini.



16 comments:

Mama Alya said...

Err.. fakta no 3 dan 7 tidak benar.. aku OK je.. maintain je ni..hehe

z a t i said...

perangai lelaki yg aku idolakan ialah berkebolehan bersifat kering dan tidak sensitif langsung terhadap perasaan wanita dan persekitaran.kalau sedar pun biasa tak ambik peduli.
kalau aku boleh buat cmtu kan best.tkla semak otak nak risau semua perkara.

finaz said...

alahhhh.. baru ingt nak jadi org first komen... ok berikut adalah jawapan2 dr i..

1) pap smear tu checkup utk trace simptoms for cervical cancer.. how they do it im not sure sbb i pun xpenah buat

2) i xkenal dua2.. sape tu?

3) sbb manual susah ler.. i selalu fail nak balance minyak n clutch.. pastu selalu enjin mati. hoh

4) i nak listkan byk2.. antaranya ego tak pasal2.. suka buat lawak2 lucah.. degil.. tak caring.. lambat pickup.. err.. apa lg eh.. nanti kalau ada lg i sambung

5) i suka lelaki pakai baju melayu lengkap siap bersampin n bersongkok (tanjak tak payah ler), lelaki yg caring, yang suka manja2kan i.. belikan i coklat, bunga, lelaki yg bersopan santun, wangi, hensem, bijak.. hehe.. byk nih nak listkan satu2..

6) i xtau.. i xminat coach

7) ye kot.. i xpenah pregnant so im not really sure about this.. tp so far i tgk my frens mcm ok jer.. xdela yg gemuk melampau ke kan..

8) i pun xsure.. uterus tu tmpt baby duduk masa pregnant kan? uretra n ureter tu xsura pulak kat mana tang letaknya

haha byk gak mende i xtau rupanya

Muaz said...

ijai! feminine side aku nak jawab gak bleh? haha saje je nyibuk..

1) aku tak tau
2) sebab he's the best in the world and from MU.. ha ha ha
3) tak jugak, ada girls yg okay tapi most girls tak suka sebab susah skit la manual drpd auto
4) i tak suka laki penipu.. haha
5) i suka laki yang memahami.. haha
6) senang jer, kalau monogram coach, kalau yg huruf C semua tu tak simetri and semacam jer kedudukan dia.. it's always fake.. haha
7) ok jer tapi maybe susah skit sebab some ppl berpuluh kilo naik, takes time utk turun..
8) uterus is rahim i think..hehe, uretra or ureter, one of them pundi kencing kut.. haha.. damn it, lupa biology.. hehe

ok, sekian. jgn marah ek aku jawab.. hehe

Muaz said...

oops correction..ronaldo was from MU and now with Real Madrid.. hehe

Anonymous said...

1.mak saya buat pap smear tuh rasanya..dia cam utk check2 woman punya rahim kot..nantilah i tanye my mom.
2.sape mereka berdua?ok kalau saya maybe saya pilih yg kacak tak ksh reti sepak bola ke tak in terms of idola lelaki in sports lah.hee
3.manual saya pernah mati enjin kat bukit.huish trauma..lgpon tak best manual so tak practice so tak reti lah sgt bwknye.
4. 1.lelaki slalu ckp tak mean it..kita engat serius skali dia main2 rupanye..emooo betol!
2.asal ptgkan rupa paras nih..jgn ushar perempuan lain kalau dh ade gf boleh tak..emooo lg!
3.eh tak engat lak benda lain nk tls.emo lah camnih!
5. 1.lelaki bleyh jd sweeettt...tp cuba lah rjn2 buat puisi2 indah ke hadiahkan coklat ke bunga ke teddy bear ke sesekali kalau dpt durian runtuh..ini tak,alat computer and gaming gk dibelinye dulu..emo!
2.dah tuh je;p
6.beza glr ori dan fake..npk jelas dan nyata..kalau tgk br npk kot..nak explain tak reti
7.saya blom kawen dn beranak so taktau..harap2 maintain je lah kan;)
8.uterus-baby lekat kat situ?
ureter-saluran kencing?
uretra-saluran kencing?
ok nanti saya tanye cikgu bio saya.

anon00

miNt said...

1-Tak taw & tak taw.

2-Dua2 xkenal.

3-Ak boleh.manual cool.auto xfeel.

4-Xreti pujuk.

5-Suka join ak buat kerja yang orang jarang2 nk boleh terima & berperangai bangang2 (sengal,caring,funny,romantik tp xjiwang dan bagai.)

6-Xreti.

7-Entah.

8-uterus taw tp xreti explain.uretra&ureter ak xtaw.


gle ah.ak rse cam xde pengetahuan lgsg.huhuhu.gle xamik taw ak ni.

SHiKiN said...

ok ijai...aku tolong jawabkan soalan anatomy yg last tu je laa ye

uterus = rahim, where the baby is during pregnancy

ureter = salur yang mengalirkan urine from the kidney to the bladder

urethra = salur kencing from the bladder going out (e.g through the penis)

Anonymous said...

walawey..saya hampir betul soalan anatomy tersebut.bangga3;p

anon00

sesuci@pagi said...

soalan2 gadis ni ade 10 episod ke weh?bnyk btol pesoalan ko.

1.pat smear tu ape? pap smear tu nk cek ah ade cancer ke tak. dokter akan amek sample tisu dr dinding rahim.carenye?just imagine the worst!=p

2.name ronaldo tu lg sedap dr gerrad

3.manual=enjin mati. if auto pun enjin bleh mati,ko takkan jumpe pemandu pompuan kat jalan raye.laki gak yg rugi.

4.poyo!!

5.tak poyo!

6.hargenye??haha

7.boleh je.kecuali anak ke 5 dan sterusnye kot.silelah merancang

8.jwpn spt shikin.
nak snang ingt, UREa tu dlm urine(air kencing).so UREtra n UREter berkaintan dgn air kencing ah.uterus tu tmpt baby tempek n membesar o tempat darah2 period pompuan dihasilkan.ceh macam lah laki2 kesah.

ko nak buat ape dgn pengetahuan2 ni?aku xnmpk pun care2 nak amalkan dlm kehidupan.oh,kecuali la ko dah terbeli handbeg coach imitate dan terkantoi dgn awek ko.

Mohamad Faizal said...

liza: mungkin suami anda yang bertambah berat badan haa haa. gurau je nizam i lap u

zati: hasil tulisan aku ini memang tidak pernah peduli dengan sensitiviti persekitaran jangan kau mengidolakan aku pulak zati

finaz: suka buat lawak lucah, degil, berbaju melayu bersampin, hensem anda describe saya ke

muaz: gilo kau ni ambil pil estrogen ke. neway thanks sayang i tengah studi ilmu yang u baru ajar tadi hee hee

anon00: kami lelaki memang sweet bila kami mahukan sesuatu

miNt: mana buleh tak tahu saya ada banyak lagi soalan nih

shikin: cayalah aku ada ramai rakan doktor. dah tengok greys season baru ke belum

sesuci@pagi: gadis saya wasadtiah mengamalkan keserdehanaan dia tak mintak beg coach....kan? kan?

Anonymous said...

aku nak jawab bab beg coach tu..hehehe..

kalau beg tu kulit la kan...aku bleh bezakan sama ada dia pure kulit atau semi atau fake terus..

senang je...byk test n lab test bleh wat...perlu ajar ke?

part simetri tu pun btul jugak tapi tak semua collection n tak semua jenama...sebab tu wujudnya barang ciplak gred A yg harganya hampir ribuan (coach fake rm800) di sesetengah tempat...kat bandung tak sure ada ke tak..

ok bye.

-lelaki-

hahahhaha...

QilahLala said...

i bole bawak kereta manual, but mcm glabah sikit..bukan sebab tak tahu..sebab tak praktis ok :p

fath said...
This comment has been removed by the author.
Noraiyu said...

1. pap smear ni nk check skt std. nk tgk de kanser pgkl rahim x.

2. nape gerrard 2 xensem? bkn salah kitorg ;P

3. ok pe. dr xtau bw kete lgsg (lesen takut).

4. penipu!

5. caring.

6. yg ori nmpk cm season jek. kalo ciplak nmpk cm poyo. thp2 buang kt longkang jek.

7. depends. kene pndi jaga mkn tm m'gandung. kalo la da m'lantak cm ular sawa 2, mmg susah nk turun la.

8. uterus 2 bhgn P.
uretra plk L. pundi kencing kot.
uretre 2 mcm bhgn anak2 uretra la.
well, so lupa da subjek bio. biol je tggl.

Anonymous said...

1) Pap smear tu apa? Ada kaitan dengan Pat Smear ke?
>> pemeriksaan tempat peranakan..HAHA

2) Mengapa gadis-gadis hanya kenal Cristiano Ronaldo tapi tak kenal Steven Gerrard?
>> saya kenal steven gerrard..x suke ronaldo

3) Mengapa gadis-gadis tidak boleh membawa kenderaan manual? (berdasarkan apa yang aku lihat dalam The Amazing Race)
>> bukan tak boleh, tak suke...rimas

4) Apa benda yang gadis-gadis paling tidak suka tentang lelaki? (beri satu sahaja,hua hua hee)
>> kontrol macho


5) Apa benda yang gadis-gadis paling suka tentang lelaki? (yang ni nak bagi lebih daripada satu pun tak mengapa hee hee)
>> entah...rasanya kalau suke takde sebab kot

6) Bagaimana korang bezakan beg tangan Coach original dengan cetak rompak? Sama je aku tengok.
>>tgk org yg pakai la...kalau selekeh tp bawak coach sure la fake..eh boleh gitu??ahaha...boleh tgk la..tp nak explain tu tak reti

7) Betul ke semasa mengandung berat badan korang akan di pam pam dan tidak boleh dipulihkan sepenuhnya selepas beranak?
>> tgk orang jugak

8) Apakah perbezaan di antara uterus, uretra dan ureter? Memanglah boleh Google tapi aku ingin jawapan yang ikhlas dari hati.
>> lupa daaa...dulu dalam kelas tak pay attention!

sekian
Jamie

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...