Thursday, October 22, 2009

Windows 7 Launch Party!

Hari ini merupakan hari yang bersejarah kerana siri Tetingkap yang paling canggih, paling kool, paling tidak bermasalah, iaitu Windows 7 telah dilancarkan di seluruh dunia. Aku berasa berbangga dapat menjadi salah seorang manusia hina di muka bumi ini yang mendapat amanat khurafat daripada Steve Ballmer untuk memperdayakan para pengguna tentang kecanggihan Windows 7. Hakikat yang sebenar, aku berasa tertekan kerana kerja aku semakin berlambak-lambak di pejabat kerana ramai penduduk Australia yang tidak tahu bagaimana hendak menginstall Windows 7.

Namun perasaan benci bertukar menjadi cinta apabila bos Maikrosof bahagian Asia Pasifik datang ke pejabat untuk melihat perkembangan kami sambil membawa buah tangan. Lihat sahajalah reaksi kemuncak syahwat kami pada gambar di bawah. Huii sumpah korang pasti cemburu melihat apa yang kami dapat hari ini. Sila klik Read More untuk melihat apakah yang kami dapat dalam bungkusan di bawah. Dan tolong jangan tenung testis Jabez (paling kanan) sambil menyeluk tangan di dalam seluar ok.




Hadiah yang pertama ialah T-shirt putih Windows 7. Carilah di pasar malam atau pasar tani yang berdekatan, pasti tidak akan jumpa punya. Sesiapa yang berminat mahu membeli baju eksklusif ini boleh membuat membuat pembidaan yang bermula daripada RM60.


What the whatt??? Sudah dapat baju putih, baju hitam Windows 7 juga hendak diberi? Woww cemburunyaaaa. Usah cemburu, kemeja yang ada product key OEM ini boleh anda dapatkan daripada saya dengan harga RM 80.


Aku tidak tahu apakah nama khas objek ini, tapi benda ni Sasuke selalu guna untuk memerangkap musuh. Ada benang lutsinar yang boleh ditarik panjang dan digunakan untuk mencekik musuh. Nak sangkut nametag di seluar pun boleh juga. Pin Windows 7 pun ada juga tapi aku terlupa hendak mengambil gambar. Dua-dua ni aku jual bundle RM 50.


Ini pula adalah pelekat untuk membuktikan kesetiaan tanpa belah bahagi kepada Maikrosof. Anda boleh menampalnya di dahi anda yang jendul itu untuk menunjukkan komitmen anda yang tinggi. Yang ini aku tak jual sebab aku nak tampal kat peti ais mama aku tanda jenaka.

Uhh hadiah yang paling hebat di dalam bungkusan mestilah aku letak last sekali kan. Bagaimana para pembaca pasti sudah membara syahwat hendak mengetahui apakah hadiah yang paling kool itu....



What the whattt??! DVD Original Windows 7 Ultimate??! Retail price dia $319.00. Huii kalau tukar ke rupiah memang jadi jutawan aku. Mulai saat ini aku akan berubah dengan menggunakan perisian yang original dan akan membanteras cetak rompak. Kecuali siri televisyen yang aku muat turun setiap minggu.

Benda di bawah ini pun sampai hari ini baru nak sampai. Mama aku punya sebenarnya tapi aku pau haa haa keji tak aku. Padahal aku sudah pesan semasa awal Ramadan yang lalu baru hari ini sampai sehinggakan sudah tidak kool lagi memiliki benda ini kerana semua orang sudah memilikinya. Dalam tempoh lebih kurang 2 bulan aku menanti ini Fandi siap boleh tukar telefon bimbit empat kali. 3G tukar Blackberry Bold tukar Samsung Jet tukar 3GS. Gila apa memang dasar Ah Long.



Fak Apple. Microsoft rules. At least for today : )



13 comments:

Anonymous said...

faizal, bagus x windows 7? patut kah amik windows 7 atau vista atau lebih elok stay xp?

FIFA 10 kool giler!

-dazrul-

enuLwanie said...

apa requirement utk pakai windows 7?

sy bakal abis study dlm multimedia.
tp dip je.

blh x abg ijai bg pendapat ttg skop keje sy nnt?

perlu ke sy sambung degree?

buntu sgt ni.

mohon bantuan abg ijai sbb abg pn keje dlm maikrosof kn..

Anonymous said...

cmane ni jai. aku tak sanggup nak kluarkan duit beli windows 7. lagipun aku malas nak install balik software software ciplak aku.

stay ngan xp jela nampaknye. kalau aku upgrade pun... confirm aku beli mac.

adam

z a t i said...

ok tak 7?

Noraishikin Mohd Salleh said...

damn! aku sangat cemburu :P giler best maikrosof dowh. Boley x install kan windows 7 tu kat laptop aku..kita share2 la..haha

Mohamad Faizal said...

dazu: upgrade ke 7 terus. usah pedulikan vista. haha aku belum beli lagi fifa 10. aku bercadang nak beli ori selepas membeli ps3. fuhh impian

enulwanie: sila run upgrade advisor untuk mengetahui jika komputer anda mampu menggunakan windows 7:
http://www.microsoft.com/windows/windows-7/get/upgrade-advisor.aspx

ohh sambungla degree kerana saingan semakin sengit. chewahh

adam: kamon adam kau seorang 'jejaka pc' mana rawk guna mac. lagipun nanti bole post gamba kau upgrade pc lagi haa haa

zati: superrr! beli kat perancis la zati bila kau nak balik sini?

shikin: boleh, jika kau paksa wimax expand coverage kat rumah aku. aku mahukan broadband pantassss ayuh ayuh gunakan teknik menggoda anda

Noraishikin Mohd Salleh said...

hahaha..ko pakai streamyx pun laju per...

ayat standard: buat masa ini jurutera kami sedang berusaha utk memperluaskan liputan di kawasan encik. jika ada apa2 maklumat terkini, encik boleh rujuk laman web kami.. hahahahahahha

Anonymous said...

kalo ko dpt nih br aku jeles:
http://cache.gawker.com/assets/images/4/2009/10/500x_Windows7Whopper.jpg

fandi said...

nnt install kat pc ak sebagai upah jd tutor iphone kau hehe...ko la punya pasal ak mengantuk gile ni tau..
p/s: sy bukan ah long tp cuma suke menolong haha...

QilahLala said...

haha semingu dua ni ramai la org call or msg u..buat baik disebabkan windows 7 nie..

Muaz said...

Bila M$ kuar windows 7, Apple keluarkan iMac terbaru.
Awesome giler!

Aku cam tempting nak install windows 7, saje nak tgk crash ke tak or bleh dpt virus ke tak. Tak mcm mac, maner ada virus. Pastu laju giler. Hehe

Proudly I'm a Mac, an ex-PC.. Haha :p

nazry said...

wehh best gilerrr ko dapat ultimate version punyer!

*jgn lupa distribute byk2 kemudian jual yer haha!

Mohamad Faizal said...

shikin: HAHAHAHA cuba kau cakap dialog tu depan aku nanti

anon: gila kau banyak kalori tu aku sedang amalkan gaya pemakanan yang sihat

fandi: smalam aku download app hotties free hee hee

lala: (belum cukup 2 minggu)

muaz: windows 7 > snow leopard. terbukti menurut statistik yang dikeluarkan oleh kosmo

nazry: aku memang best sebab liverpool menang hua hua hee

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...