Saturday, November 21, 2009

Baham-Baham di 1 Utama

Pejabat aku akan berpindah ke Bandar Utama selepas hari raya Haji nanti ke bangunan yang lebih besar dan kool. Aku memang buta jalan, sedangkan jalan nak pergi Warta Bangi pun aku boleh tersesat sehingga ke Warta Selayang, inikan pula hendak ke Damansara. Maka aku kini telah memulakan latihan memandu ke sana dengan pergi bertemu janji di 1 Utama.Jarang sekali aku pergi berfoya-foya di sana sebab kesesakan lalu lintasnya yang cikai mak lampir. Ahh now I have to drive there everyday!

So sebagai tanda protes terhadap masalah kesesakan lalu lintas, aku telah melanggar pantang larang pemakanan aku dengan pergi ke restoran yang menghidangkan makanan yang tinggi kalori dan kolestrol. Alah lagipun saiz seluar aku kini 34" (dalam seluar 6.5") jauh lebih ramping daripada rakan-rakan aku yang boroi walaupun tidak mengambil alkohol. Ayuh kita klik Read More dan jangan lupa baca Bismillah untuk membaham bersama.

Italiannies

Makanan orang Itali adalah makanan yang paling sedap sekali di muka bumi ini (tapi tak boleh bersaing dengan lauk ikan bilis goreng berlada, lepas makan memang aku terus mandi wajib). Maka pasta dan pizza memang aku boleh makan hari-hari tanpa rasa jemu. Tapi still tak boleh makan hari-hari nanti aku jadi macam Syanie ataupun Enot. Tak rela uols. Memandangkan aku tidak pernah membaham di restoran ini, ditambah pula dengan rekomendasi daripada Alberto Aquilani yang menggemari restoran ini, maka aku dengan riang ingin mencubanya.

Oleh kerana aku ini 'noob' baru first time datang ke sini, maka aku tidak tahulah yang diorang ni masak macam nak hidang di kenduri tahlil. So aku dengan tenang sahaja memesan Angel Hair Pomodoro yang berharga RM 28 kerana namanya yang unik. Mungkin ini resipi rahsia mereka dengan meletakkan bulu-bulu organik dalam pasta untuk menambahkan aroma hidangan. So apabila mereka menghantar hidangan itu kepada aku terus aku mencarut dalam bahasa Itali. "Del piero togon zambrotta?" (maksudnya, bagaimanakah aku nak habiskan semua ini syaitan?). Sumpah banyak nak arwah.



Da' Killa pula memesan Penne Bolognese yang berharga RM 26 kot. Memang sedap sehingga menjilat dinding.


Dekat dinding dia sudah jelas-jelas tertera perkataan, "We cook more than what we eat" serta "So good, so much, so share!" namun aku yang alpa. Lihatlah lebihan hidangan aku di bawah. Tapi aku ni bukan jenis orang yang mengamalkan pembaziran, maka lebihan hidangan aku bungkus untuk diberi kepada kucing-kucing kesayangan.



New York New York Deli

Ezuentes Estrada mencadangkan restoran ini kepada aku 4 tahun yang lalu, baru kini ada masa untuk mencubanya kerana hanya boleh dijumpai di 1 Utama. Lukisan mural kanak-kanak Tadika Ixora di dindingnya memang menarik, ditambah pula dengan keunikan nama hidangannya yang menarik perhatian.


Da' Killa memesan air mata lembu dan aku pula memesan Ultra Rich Chocolate Velvet AF. Kau lihat mata lembu tu memang segar dari ladang serta darah dia pun tak hilang lagi. Memang sedap.


Untuk hidangan utama, aku mencuba Cheesy Chicken yang berharga RM23 yang nampak sedap di dalam menu, tetapi rasanya biasa saja. Rasa cheese dia rasa macam Cislake. Kalau tak percaya cuba korang jilat gambar di bawah ini. Mungkin sebab diorang guna ayam yang diimport menggunakan kapal selam dari New York so dah tak segar sangatlah diorang import dari sana (fakta tipu).


Spaghetti Chicken Alfredo di Stefano (RM 18) pula menjadi pilihan Da'Killa. Rasa sos cecair putihnya terlalu lemak berkrim, selepas beberapa suap mungkin kita boleh berasa mual. Tetapi apabila nafsu telah menguasai diri, aku dengan rakus menghabiskan hidangan ini tanpa disuruh.


Barbie tengok gambar makanan terus perut aku menyalak. Minta simpati para pembaca untuk menghantar makanan ke rumah aku malam ini.

p/s: ada jalan alternatif tak nak pergi Bandar Utama yang kurang sesak dan kurang tol? Aku hanya tahu ikut Midvalley naik Kerinchi Link pastu tembus depan TV3.



16 comments:

Noraishikin Mohd Salleh said...

ijai cool....mmg sedap makanan yg dibaham kau ini...pasal nak gi BU tu, cuba ko try google earth..salu dorang kasik byk alterhatip yg ko boley pilih..jgn tersalah pilih, nnt jadi mcm video porn yg kau lakunkan arituh..hehe

enuLwanie said...

sedapnye abg ijai n kak killa mkan..
agak2 bila la korang nak belanja sy makan?
lapar lapar laparrrrrrrrrrr

syam said...

jai.. pakai LDP... stret jer... jgn amik yg pg shah alam... lalu yg nak pegi sunway lagoon.. pastu strettt jer

Anonymous said...

ya LDP lg sng..6.30 ko klua rumah pasti pkl7 da smpi sana leh smbung tdo balik dlm kete..

-fandi-

Mohamad Faizal said...

noraishikin: pasti korang sudah menggigil2 menanti kehadiran aku di BU

enulwanie: nak makan free datanglah kenduri khatan nanti

ise dan fandi: aneh aku pegi ikut midvalley tapi bila balik mesti keluar ikut putrajaya

Anonymous said...

Padan aa perot 34. Makan byk nak mamposs hahaha aku ukur perut buat baju melayu = 35 inci skrg yeahhhhh. Ikut ldp 45 minit doo baru sampai. Kau ikut besraya pastu jln duta pastu naik penchala link. Nnt keluar btol2 sebelah the curve. Lg cepat aku rasa


Jamil

Anonymous said...

yup aku rase jln jamil paling efektif..besraya tak jem sgt..ldp unpredictable kadang2..once dah masuk jln duta n penchala link,line clear(mcm nama syarikat produksi razak mohaideen..iklan sampingan..haha)

jai,jom taylor swift malam ni..

p/s: jamil,baju melayu aku siap 30nov..yeaahh...nak buat raptai pun sempat lagi..haha...


-shuhud-

Anonymous said...

haha agaknya ko pegi ikot midvelly tp pulang ikot ldp..mmg lalu putrajaya la hehe..

p/s: abe kau pakai bj melayu tu sambil main taylor swift pon ok gk haha..

-fandi-

Anonymous said...

haha agaknya ko pegi ikot midvelly tp pulang ikot ldp..mmg lalu putrajaya la hehe..

p/s: abe kau pakai bj melayu tu sambil main taylor swift pon ok gk haha..

-fandi-

Anonymous said...

haha fendi...
kene pakai sampin ngan songkok skali la..pastu goreng gitar,microfon sendal atas kerusi..huhu..


-shuhud-

jana said...

Ijai,
kak jana tengok angel hair Pomodoro tu macam mee hoon goreng je rupanya,RM 28 boleh buat 1 bungkus mee hoon goreng tu ha ha.

Anonymous said...

mic sendal ats krusi tu ko kena biasekan la cm ak buat haha..bjaya juga kita mghabiskan lagu ape nth ak pon tak igt dah hehe..

-fandi-

Anonymous said...

wah semua2 mknan ni dinikmati dalam satu hari yang sama ke????

hebat...hebat!!!

-kak mona-

Mohamad Faizal said...

jamil: 35" masih dikira obese

abe dan fandi: aku setat cuti khamis. orang bertakbir kita bertaylor swift ah

kak jana: satu hidangan tu boleh serve 8 orang anak yatim sebenarnya

kak mona: ohh tidak. 2 minggu yang berbeza mau kena angin ahmar jika makan banyak tu dalam sehari

Kunal said...

Why does everyone take pictures of their food and paste them in their blogs? I ate at KFC. Want to see pictures? Ask Faizal, he was probably snapping away with his iPhone 3GS.

Anonymous said...

lorr..dari mid valley tu terus je lah sampai kat simpang yg mcm jambatan pulau pinang tuh...ikut belah kiri....straight je nanti OU sebelah kiri kau... tak de tol lah dari mid valley. dari bangi tu lalu plus ke? biasa aku lalu tak le jam sangat, kereta still bergerak dengan 70km sejam at least.

yg benar,
insan prihatin

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...