Thursday, November 26, 2009

Berhati-hati Memandu Agar Tidak Terkorban di Jalan Raya di Hari Raya Korban

Sementara korang masih belum balik kampung, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada puluhan peminat fanatik saya yang tidak jemu-jemu menyetalk blog saya tak kira masa dan ketika. Semoga kalian semua berbahagia di samping keluarga tercinta sambil membaham rendang yang penuh dengan kolestrol itu.

(baca perenggan di bawah cahaya lilin untuk menambah kesan syahdu)

Keluarga....seronoknya korang ada keluarga untuk menyambut Hari Raya. Aku? Aku di sini hanya sebatang kara, tiada tempat untuk bermanja dan mengadu domba. Siapa yang hendak bertakbir dengan aku di malam raya? Siapa yang hendak mengejutkan aku untuk mandi wajib dan kemudian mandi sunat Aidiladha? Siapa hendak gosokkan baju melayu aku? Siapa hendak membawa aku ke masjid untuk bersolat raya? Siapaaaaaa sebenarnyaaaaa yang menjadi punca perpisahan kitaaaaa (lagu 4U2C).

Sila klik Read More jika korang mahu berhari raya korban bersama aku.

Bagi mereka yang tidak dapat balik kampung kerana kampung anda sudah ditenggelami air, marilah berhari raya di rumah aku. Sumpah rumah aku memang fun. Siapa yang berminat esok selepas solat raya boleh datang terus. Aku sudah rancang aktiviti-aktiviti menarik dan relevan bersempena hari raya ini.

Aktiviti 1: Melipat kain

Haa sejak mama aku pergi haji ini beberapa minggu yang lalu, aku hanya pernah membasuh kain 2 kali sahaja. Itupun sekali basuh memang banyak nak arwah. Aku basuh sendiri guna mesin basuh dan letak Softlan ok, so sila kagum. Tapi sekadar basuh jela lipat memang aku tak reti. Aku lipat-lipat terbuat origami bangau macam Prison Break pulak. So aktiviti kita yang pertama adalah melipat kain.

Aktiviti 2: Menyapu rumah
Haa sejak mama aku pergi haji ini beberapa minggu yang lalu, aku tidak pernah menyapu rumah. Menyapu memang aku tahu, cuma tiada kesempatan je sebab sibuk bekerja. Apabila sudah lama tidak menyapu, maka banyaklah debu-debu cinta di atas lantai. Berhabuk siap boleh buat lukisan pakai jari lagi. Penyapu dah ada so korang boleh start daripada dapur hingga ke ruang tamu.

Aktiviti 3: Menyiram pokok bunga
Haa sejak mama aku pergi haji ini beberapa minggu yang lalu, aku tidak pernah menyiram pokok bunga. Ok aku rasa yang ini memang bakal mendatangkan masalah besar kepada aku. Dalam banyak2 Pesan Mama hari itu, aku terlupa satu pesanan yang penting iaitu menyiram pokok bunga. Barbie betul pokok kegemaran mama sedang nazak sebab aku tak pernah siram. Rujuk gambar di bawah. Macamana aku nak rekaver depa? Apa tah nama pokok ni pokok langsuir ke pokok jembalang twilight tah. Aku bercadang nak beli baru di tadika nurseri yang berdekatan untuk mengaburi mata mama aku bila balik nanti. Unless korang ada idea untuk selamatkan pokok ini.



Bagaimana? Seronok bukan aktiviti raya kita esok? Jangan datang lambat ya kawan-kawan.

On a serious note, if you are still reading this entry even though I am talking nonsense, I wish you all Selamat Hari Raya Aidiladha, and have a safe journey back home. For those who are currently performing their hajj including my mom, I will definitely pray for your health and safety. Assalamualaikum.



11 comments:

sI tEDI said...

selamat ari raya ijai...

syahdu beltu raya ko.. bertambah syahdu bila aku tgk pokok mama kau yg dah nazak tu...

harap2 ko dapat recover yg baru sebelum mama kau balik..

kalau tidak msak kau nak menjawab!!

salam aidiladha.. kalau aku dekat nak juga aku juin aktivit raya kau..

tapi apakan daya..
panjang puleekk kumen aku!!

Idlan said...

alah jai, aku siap kena kerja lagi lepas solat raya. macam anggota polis gerak khas. *gerak gerak gerak gerak gerak khaaaaaaaaaaaaaaaas*

jadi ayuh kita bermuram durja sama sama. tapi aku lagi sanggup kerja dari kena lipat kain.

Anonymous said...

hahahha...ape nih encik faizal al kacaki..silalah mempelajari hukum hakam lipat kain..nanti kawin takkan nak suruh isteri je buat semua benda..haih..mau lari si isteri nanti..origami pon origami lah asalkan terlipat;p..anda tak cakap apa2 ttg kucing anda so diorang sihat walafiat terjaga lah kan..hehe..
saya raya di perantauan so tanpa keluarga tercinta juga:(
SLAMAT HARI RAYA AIDILADHA!

-anon

Mohamad Faizal said...

tedi: kejap lagi aku datang alor gajah nak beraya di rumah kau. selamat hari raya.

akak abe: ohh kakak abe marilah kita meratap hiba di hari raya

anon: selamat hari raya untuk anda juga. anda di luar negara di mana nanti saya hantar daging sembelihan

Anonymous said...

haha jai...
sile la dtg rumah aku mmbaham nasi beriyani,kambing,rendang ayam ngan lemang yg dibeli di tepi jalan menuju ke warta..

dem jai aku ade kes on call pukul 430 pagi tadi..bisikan syaitan yg tidak dirantai melolong2 di telinga aku supaya ponteng solat sunat aidiladha..tapi sebab aku beriman,aku gagahkan jugak pegi msjid al hasanah walaupn terbabas tido time khutbah..nasib baik aku tak tido rumah kau smlm..kalau tak mmg kau kene bangun la pukul 430 pagi bukak pintu rumah kau..haha..

slamat hari raya aidiladha bro..taylor swift jom lepas solat jumaat..

-shuhud-

Mohamad Faizal said...

aku datang arini bole tak abe (sabtu) mesti ada lebihan nasi semalam untuk makan tengahari dan makan malam aku hee

jana said...

ijai,sekurang-kurangnya ijai buat sendiri,tak hantar dobi baju-baju tu,baguslah(persiapan kearah -arah perkahwinan dah adalah tu sikit-sikit)dulu nenek kak jana pergi berjalan 2 hingga 3 hari pesan kak jana siram pokok bunga,habis kak jana main siram je,sampai pokok-pokok plastik pun kak jana siram,bukan terlampau rajin,main balon je siram semua pokok tak perhatikan pokok betul ke pokok plastik lagi haru hu hu.Ijai hari raya ni makan cukup ke he he.

jana said...

ijai,sekurang-kurangnya ijai buat sendiri,tak hantar dobi baju-baju tu,baguslah(persiapan kearah -arah perkahwinan dah adalah tu sikit-sikit)dulu nenek kak jana pergi berjalan 2 hingga 3 hari pesan kak jana siram pokok bunga,habis kak jana main siram je,sampai pokok-pokok plastik pun kak jana siram,bukan terlampau rajin,main balon je siram semua pokok tak perhatikan pokok betul ke pokok plastik lagi haru hu hu.Ijai hari raya ni makan cukup ke he he.

jana said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

jai aku dah beli ps3. haha. babi kene trap. dapat ps3 slim, 1 controller, with 2 games (ratchet and clank ngan little big planet) for 300 usd. ngaaaaa. kene trap.

adam

Mohamad Faizal said...

kak jana: hari raya semalam saya pergi menagih simpati saudara-mara dan rakan2 demi sesuap nasi. nanti saya tulis hee

adam: ratchet n clank lama ke baru? haha okla tuh dia perasan kau cuba tipu sistem masa kau mula2 order dulu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...