Thursday, November 5, 2009

Bungkusan Dari Neraka

Semalam aku mendapat surat amaran daripada pejabat pos untuk mengambil sebuah bungkusan misteri. Yang misterinya, bungkusan itu ditujukan kepada aku. Selalunya mama aku je yang dapat bungkusan sebab mama aku kini bergiat aktif dalam sindiket penyeludupan pinggan mangkuk antik secara halal.

Maka tadi selepas pulang dari kerja aku singgah sebentar di Pejabat Pos di Taman Perindustrian Selaman untuk mengambil bungkusan misteri itu. Aku memandu dengan berwaspada kerana bimbang diekori watak jahat yang cuba merampas bungkusan misteri ini. Yalah, aku kini aktif bermain Mafia Wars di telefon, pasti ramai musuh aku yang tidak berpuas hati sebab aku asyik peras ugut mereka secara maya. Add la aku 5403 6688 54.

Sampai sahaja di rumah, aku terus naik ke bilik aku. Bungkusan itu lembut sahaja boleh dilenturkan. Mungkin sejadah interaktif yang aku pesan daripada Harun Din sudah tiba.



Di dalam bungkusan itu terdapat sepucuk surat. Katanya di atas kesudian aku menyertai survey yang dijalankan oleh TM tempoh hari, maka mereka menghadiahkan aku sesuatu sebagai tanda terima kasih. Yelah tu bila masa entah aku buat survey. Nak pergi mengundi pun malas inikan pula hendak melengkapkan survey. Adalah kot sekali tu TM call masa tu aku sedang bermandi manda di Kem Pemulihan Akhlak Sungkai terus aku tempelak mamat yang nak survey aku tu. Bagaimana aku layak mendapat tshirt ini pun aku tak tahu.



But there is something disturbing about the letter....(click Read More)

WHAT THE WHAT?? ARE YOU EFFIN' KIDDING ME??!! A Manchester United t shirt???



That's right. As the president of Persatuan Membenci Manchester United bahagian Hulu Langat, this is very insulting. I do not know if this is actually an extreme gotcha call that you guys set up, or perhaps this is a sick TM punishment to their customers who hog all the bandwidth by downloading torrent everyday. Seriously TM, sebagai penyokong membabi buta Liverpool, korang memang pandai menyakitkan buah pinggang aku. Dahla aku suruh upgrade speed Streamyx dekat 2 bulan dah tak dengar khabar berita langsung.

Maka aku nak buat apa dengan baju ini? Hantar ke SPCA kah? Jadikan pengelap kaki kah? Ataupun aku harus mengikut kata hati dengan melakukan aktiviti seperti gambar di bawah ini?


TUNGGU! Mungkin ada kanak-kanak Manchester United di luar sana yang ingin memiliki baju ini? Yalah buat apa bakar membazir sahaja bukan. So aku meletakkan harga permulaan RM100 untuk baju eksklusif ini. Tidak boleh dibeli di mana-mana kedai ni huiii. Beli la woit boleh pakai masa Piala Malaysia nanti.


Aku memang peniaga jujur, so aku tunjuk gambar belakang sekali. Takpe kalau korang tak suka TM korang boleh kikis logo tu jadi Jaring ke Maxis Broadband ke.


So come on guys, start bidding now! Memang rare gila baju ni kat Al Ikhsan memang tak jumpa lah. Apatah lagi di Al Fariz Maju melainkan maplay yang bertugas tu pakai baju Man U dia. Tapi takkan korang nak baru mamak yang berpeluh masam-masam manis tu. So kamon, belilah baju ini. Tolonglah aku merayu ni.



8 comments:

Anonymous said...

haha...
ala jai..diskaun takleh ke??rm30 aku beli..hehe

-shuhud-

enuLwanie said...

abg sy gila ManU.
nanti sy offer kat dia.

bebez said...

wei baju dah la free!
logo TM pulak kat blakang nak jual rm100? minus 1 zero from da 100 and i'll get it from you.

how? deal?:)

Mohamad Faizal said...

abe: mana buleh aku perlukan wang nak beli makanan kucing. offer lebih sikit mungkin aku konsider

enulwanie: yaa apakata anda cas abang anda lebih RM150 ke pastu anda ambil la lebihan dia sebagai komisyen

jabez: sak mai bols lah wei. kamon jabez belilah kau boleh pakai masa raya krismas nanti

Anonymous said...

ak offer up ckit dr abe rm40..bayar 2kali..amcm ok??

-fandi-

Idlan said...

Aku offer 10 jai.. tapi £10. Kau nak?

f.a.r.a.e said...

jual lah kat petugas amerali.tak p0n bbb tomyam

Mohamad Faizal said...

fandi: RM40...2x bayar so RM80 la? Bagus2 kau berada di hadapan sekarang dalam sesi pembidaan.

akak abe: sepuluh pound sterling...bersamaan dengan enam puluh ringgit...match bid fandi la tambah sikit je. tapi nanti jangan bagi kat abe pulak

farae: tak boleh pekerja ameerali uniform dia kaler oren

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...