Wednesday, November 18, 2009

Geng-Geng Popular di Kolej Matrikulasi Melaka

Hari ini aku hendak membuat flashback tentang kehidupan aku di Matrikulasi dahulu. Selama setahun aku berada di Kolej Matrikulasi Melaka di Londang, aku dapat mengkategorikan makhluk-makhluk di sana mengikut kaum etnik mahupun status sosial. Aku yakin kumpulan-kumpulan yang aku huraikan ini terdapat di matrikulasi ataupun sekolah berasrama anda juga. Sila klik Read More untuk mengenali mereka dengan lebih lanjut.

Geng Arbok

Pergilah mana-mana institusi pengajian pun, pasti ada geng ini. Semasa di matrikulasi dahulu, nasib aku memang malang/bertuah kerana aku sebilik dengan ketua arbok iaitu Sally. Sila rujuk entri Happy Birthday Sally jika mahu mengenali atau menoroni Sally. Sebagai seorang ketua, Sally sering mengadakan sesi mengumpat dan menonton cakera padat lucah gay di bilik aku bersama ahli Spice Boys yang lain seperti Didie (Zaidi), Fann (Fandy), Idris, dan sorang lagi arbok besar aku tak ingat nama. Malu doo bila kawan-kawan aku datang melawat bilik aku lepas tu nampak geng ini sedang ketawa mengilai di atas katil cadar ropol-ropol. Tapi bila orang tiada aku sebenarnya suka kawan dengan mereka sebab tiap-tiap minggu bawak balik majalah hiburan seperti Mangga, Hai dan Media Hiburan setiap kali lepas outing.

Geng Wali

Geng wali juga dikenali sebagai geng surau. Diorang ni memang ekstrimis bersedia je nak mengebom orang Yahudi. Kalau berselisih dengan perempuan dia sanggup ikut jalan jauh. Bila bercakap dia membahasakan diri sebagai 'Ana'. Nampak je pasangan bukan mahram duduk dekat-dekat terus diorang mencarut dalam bahasa Arab. Aku hangin jugak dengan diorang ni. Yelah pagi-pagi buta diorang (tanpa disuruh) kejut subuh ketuk pintu macam anggota Jais nak tangkap Norman Hakim. Kasi gegarrrrrr. Aku baru nak mencapai kemuncak syahwat dalam mimpi basah aku terus kembali kendur akibat terkejut yang amat. Aku gelarkan diorang geng Wali diorang ni ada kuasa keramat. Sebab ada sorang kawan aku nama dia Acap Ciki dia sebilik dengan orang surau tu. Lepas tu Acap cakap dia nampak budak tu terapung-apung di udara semasa tengah study, macam ada kuasa. Tapi aku rasa Acap tu mengencing aku je dulu dia kuat hisap rokok mungkin ketika itu dia dibawah pengaruh nikotin.

Geng Pailang (kongsi gelap)

Huiii ini kumpulan yang ditakuti oleh setiap pelajar. Kalau dia mintak rokok baik kau bagi. Jangan sesekali bertentang mata dengan mereka apatah lagi melawan kata-kata. Sebarang pertelingkahan pasti akan berakhir dengan pergaduhan beramai-ramai. Pailang yang paling popular di matriks aku ialah seorang mamat skinhead (adik Megat Magskin kot) yang berbadan seperti Big Show. Dia ni memang samseng gila abang facilitator yang cuba membimbing kami ke jalan yang benar pun boleh kena pukul dengan dia. Biasalah kem-kem bina semangat ni facilitator mestilah tunjuk garang sikit kan tetapi malang nasib dia sebab kerana telah diherdik di hadapan ratusan pelajar lain. Sorang lagi Pailang nama dia Cicak. Dia ni kurus dan pendiam tapi masa pergaduhan beramai2 dia mesti ada. Dia jalan tak gerak lengan. Cuak doo.

Geng Pantai Timur


Geng ini tidak merbahaya secara individu. Tetapi apabila mereka berkumpul, semangat kenegerian mereka semakin membuak-buak di dalam diri. Aku paling hangin apabila aku mahu tidur malam-malam lepas tu berlaku pergaduhan antara negeri. Selalunya geng Kelate akan berkumpul kemudian membuat bising di bilik TV. NATEEE NGOCOK MU NGOCOKKK!!! Jerit mereka ketika sedang menonton gusti WWF.Lepas tu datang pulang Geng Ganu MAKANGGG IKANGG DALANGGG PINGGANGGGGG!!!! Bila dah bising mulalah kaum lain datang seperti Geng Utagha yang memang anti Geng Kelate. Pertelingkahan bermula dengan carutan dalam bahasa daerah masing-masing sebelum sesi 'free for all' yang menjadi kes polis (kisah benar ni).

Geng Ulat Buku

Geng ini memang tiap-tiap semester dapat 4.0. Tengok sahaja secara fizikal kita boleh kenal dah geng ni, Spek mata tebal, rambut belah tepi dan disikat rapi serta baju yang dimasukkan ke dalam seluar. Mereka sentiasa ada soalan yang hendak ditanya menyebabkan sesi kuliah menjadi panjang, lepastu menjadi macai pensyarah tolong bawak buku dan beg. Lepas tu terer gila main Counter Strike. Kat matriks aku ada CC so every weekend aku mesti datang punya nak melepaskan nafsu amarah. Akan tetapi aku sering menjadi lauk mereka yang rileks je memisau aku dari belakang. Ohh usah keliru antara Geng Ulat Buku dan Geng Bookworm Bitch.

Geng Kota Metropolitan

Ini golongan anak orang kaya yang selalunya datang dari Kuala Lumpur. Tengok seluar pun tahu seluar tempah kat Zero One. Ada line tajam kat tepi boleh luka jari. Diorang kalau bercakap akan membahasakan diri sebagai 'I' dan 'you'. Chakap meleiyew phun ada slang orang putih uols. Lepas tu telefon bimbit paling kurang pun Nokia butterfly (HP paling popular ketika zaman aku). Kalau gadis mesti boleh nampak bra yang kaler dia striking saja ingin menarik perhatian jantan lemah seperti err Acap Ciki.

Dahla aku dah penat nak menaip. Jika kalian ada karekter-karekter yang menarik untuk dikeji ataupun dipuji, silalah kongsi bersama.



16 comments:

sI tEDI said...

ijaii.. rindulah delat sally.. lama dia menulis..

finaz said...

hahaha i suka baca entry nih ok.. mengingatkan kembali zaman2 muda remaja semasa student..

for me, i xde masuk any category yg specific.. nak kata ulat buku tu xgak (tp i score every sem.. hihih).. nak kata nakal adalah sikit2.. so i termasuk dlm geng2 medium jer.. xde yg extreme.

plsss buat entry pasal sally lg.. i miss her (ke him?)

Anonymous said...

jai kite dulu kire geng ulat buku ke? sedih gile.

adam

shogunn_general said...

haha aku dlu matrik melaka jgk. ade skali tu blk umah naik bas lompat (bas cine ape tah) dr masjid tanah. x tahan r. kjap2 je nk brenti amik passenger (nama pn dh bas lompat kot). smpi seremban je aku terus amik komuter hehe..

Mohamad Faizal said...

tedi: delat tu apa (haha). sally pegi buat haji nak berubah macam azwan ali.

finaz: sally kembali selepas raya haji. finaz anda masih belum menjawab soalan, siapakah nama adik anda yang bekerja dengan saya itu?

adam: kita geng kool tapi penakut sikit. ramai2 baru berani macam ketika abang jimi datang nak pukul anas di padang

naqqib: pening doo naik bas tu. driver dia sama ada pankcik pakai topi koboi ataupun pakcik mulut predator

Anonymous said...

haha...
geng hangin tak nak tambah ke jai???aku rase list kau ade kat 10 orang...haha...
kalau geng arbok kat tmpt aku,diorang suke pakai bedak(ke foundation..mane2 la..)pastu bile berkumpul ramai2 gelak mcm nak runtuh bangunan..

p/s:adam n ijai..kite adalah geng cool yg hanya berani pukul curi dari belakang bile ade gang fight..haha..
buat la pulak geng2 zaman skolah dulu jai..geng hangin,geng jambu,geng tak selera makan,geng gadis2 hot..haha...


-shuhud-

Anonymous said...

jai,
time aku belajar kat itm melaka dulu ada gak geng camni. tapi ada lagi. ada geng rempit, geng seni halus (bebudak art & design yang hidup dalam dunia dia sendiri), geng underground (kemana-mana bawak newsletter & flyers pasal band & gig). kalau ada geng arbok jgn lupa ada geng pengkid gak! tapi aku heran kenapa diaorg tak couple jer antara dua geng ni kan?



-kusha-
geng bas sekolah

Cik Faridah Huda said...

dekat matrix Penang ade Kak Sham...Kak Sham memang pemos...sejawatan dengan si Sally..tapi syukur Alhamdulillah...Kak Sham bertemu hidayah ketikat bulan ramadhan...terus tukar jd abg Sham...

I pun anti golongan surau...suke betul bagi tazkirah larangan terhadap makanan syubahah...tp bila outing..depa yg p beli KFC..sorok bawah tudung labuh....

finaz said...

identity adik i terpaksa dirahsiakan.. haha.. but he moved to BU la.. dia support HP

Anonymous said...

mtrk ak ade geng white collar..jenayah2 komputer pecah masuk lab comp dan melink haram serta menghacking access utama tuk menukar pointer pon ade..kemudian geng atlet dmana stp masa asik pk nk main basket la bola la tenis la..trademark dorang tgh2 bjalan wat gaye sedang bsukan cthny buat gaya pukul bola tenis ngn buku nota semasa bjalan d susur gajah tuk pulang ke asrama..

-fandi-

Anonymous said...

kat kolah saya dulu ade geng bdk perempuan poyo sbb diorang:
1.pakai tudung sependek pendek alam npk leher
2.kain sesenteng alam npk stokin pendek.
3.ketawa macam nak runtuhkan sekolah.
4.jalan mendada macam nak elak jatuh tersembam kedepan.haha.
eh nih geng sekolah lah..silap entri;p

siti sarah bukan nama sebenar

Mohamad Faizal said...

abe: yaa satu hari nanti aku akan buat cerita pasal geng geng di skolah pula

kusha: tak dapat aku nak bayangkan bagaimana aksi seksual arbok dan pengkid...

cik faridah huda: kak sham...haha nama penuh shamsul ridzwan ke

finaz: alah dah tahu dah siapa abisla segala rahsia akan dibongkar hua hua hee

fandi: hee hee kita pun ada geng atlet takpaaaa nanti ceq tulih nooo

siti sarah: kesetiaannnn menghalangiiiiii kupindah keeee lain haatiiiiii

Anonymous said...

aku tak masuk matrix tapi terus sambung u untuk pra u. hehe..

geng? ntah la aku tak perhatikan orang sangat tapi apa yg ko kata tu mmg wujud lah.

maybe geng2 berikut wujud:
1) gang meniaga : suka meniaga asal ada peluang tak kira nasik goreng bungkus, burger kosong, jambu 88 dan meggie.
2) gang star : diorang ni dah la hensem/cun, kaya, baik, cerdik dan sume best. sangat sempurna.
3) gang babi : cina2 yang orthodox makan babi. tak gaul kaum lain.
4) gang keling kuarters KTM : sangat traditional dan kita tak amik tau sbb diorg pun tak kacau org tapi pandai bawak diri. sampai abis belajar pun tak knal nama diorg.
5) gang gadjet : suka benda2 henfon, komputer...sibuk je nak update selalu...even komputer pakai tv card yg terkini.

wassalam.

Anonymous said...

ahahaha!
kredit to ijai.entri aku nak kongsi cite skit..dulu aku matrik negeri 9.and geng yang ko cakap ni absoluetly mana2 matriks pon sure ade..dan yang paling aku tak bole blah dulu geng yang ko sebut geng negeri hahaha..oleh kerana duk tengah2 tade nak support negeri klate,ganu mahupon utagha..aku sangat2 hangen ngan dorang ni..dari matrik,masuk u,aku tidak begitu ngam ngan mereka geng negeri ni.sekali~ harini..buah hati ku negeri asalnye yang ade ang ang tu..makang2 tu..erkk terus konpius.hahaha

Anonymous said...

salam..
nak tnya blh?
dlm geng wali, ada dinyatakan nama acap ciki..leh taw x,sape dia? huhu..

Cik Bunga. said...

baru start menjinakkan diri men stalk blog awk. cool.
*yayayaya..jenuh gak nk pi baca balik entry starting 2007..*

I pun ex-KMM, tapi batch 2002/2003.

Err..sedang terkulat2 mencari which group I belong to (...haha...)

Nway, nice blog. Keep it up.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...