Monday, November 9, 2009

Hari ke-5 Tanpa Mama

Masalah 1:

Himpunan baju kotor semakin menggunung. Macam mana ni nak guna mesin basuh dah lupa. Nak pegi kedai dobi wang pula tiada sebab wang peninggalan semuanya aku sudah aku laburkan dalam perniagaan Premium Beautiful aku. Bagaimana ni. Alah korang jangan nak bohong, siapa tinggal dengan parents tak mungkin kau basuh baju sendiri bukan? Mesti nak mengharapkan mak jugak.



Masalah 2:

Diet aku semakin tersasar daripada landasan. Tadi timbang berat badan sudah hampir mencecah 69 kg. Jika mama ada at least aku balik rumah ada je nasik putih dan sup sayur terhidang di atas meja. Ini tiada siapa mahu beri aku makan di malam hari. Di hujung minggu lagilah mau kena parkinson terus akibat kelaparan. Aku boleh masak ikan kerapu masak taucu ada je dalam peti ais tu tapi aku malas nak cukur sisik dia. Balik kerja dah penat. Aku memang dasar jantan tak guna malas keluar rumah (tapi rajin solat). Percaya atau tidak, sudah dua hari, makan malam aku hanya kuih baulu bersalut kacang mentega dan dicicah dengan sos cili Lingham.



Masalah 3:

Aku hanya tahu bayar duit kereta dengan PTPTN aku sahaja. Duit kad kredit mama aku macamana nak bayar. Dahla aku salah gunakan kad kredit mama aku beli application tak berguna untuk telefon bimbit. Pastu bercadang nak salah gunakan lagi sekali untuk membeli PS3. Bil api, bil letrik, bil telefon, bil gym semua mama aku yang bayar. Aku mana tahu nak pegi TNB nak bayar bil. Kalau aku pegi TNB nanti jadi macam Namewee pulak pergi jadi orang Jahiliyyah carut marut tak tentu pasal. Hopeless bukan.



Tak mengapa. Aku sudah merangka strategi sementara untuk bertahan selama sebulan tanpa mama. Bak kata pepatah, sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup inikan pula aku yang tinggal di rumah batu yang ada penyaman udara ni. Ayuh kita klik Read More untuk mengetahui strategi aku untuk survive seorang diri.

Penyelesaian Masalah 1:

Aku telah bereksperimentasi, baju yang sama boleh dipakai untuk at least 3x sebelum peluh hitam melekat di kolar dan baunya berubah menjadi bau ketiak N*zli. Boxer pula boleh dipakai sehingga kuning sebab orang tak nampak. Kalau dah kuning, terbalikkan dia dan pakai tanpa was was. Mengikut percaturan aku, sekeping boxer boleh bertahan selama seminggu. Jika tiada lagi baju yang boleh dipakai, aku akan menghantar baju aku ke rumah Mak Teh aku di west country untuk dicuci. Aku rasa kalau ditanya siapa anak saudara kesayangan, Mak Teh aku mesti memilih aku.

Penyelesaian Masalah 2:

Di hujung minggu, aku akan memburu kenduri kahwin ataupun kenduri khatan kawan2 aku untuk makan secara percuma. Di hari biasa aku dengan tidak malunya akan bertandang ke rumah Abe untuk makan nasi ayam mama Abe. Aku ni kira macam anak mama Abe yang terpisah sejak kecil la (sendiri mengaku). Kalau korang nak ajak aku makan di rumah korang memang aku alu-alukanlah. Aku ni jenis yang basuh pinggan sendiri so mesti korang suka jika aku membaham di rumah korang.

Penyelesaian Masalah 3:

Oleh sebab aku tidak tahu bagaimana hendak membayar bil, maka aku terpaksa berjimat cermat. Bagaimana hendak berjimat cermat? Mudah saja. Nak jimatkan air, tak perlu mandi pakai saja Avon. Kalau nak berak pergilah kat Sungai Ramal tu. Kalau nak main internet pergi sahaja di Ameerali ada WiFi percuma. Takpun curik je jiran aku punya diorang buta IT tak reti nak letak password. Letrik? Huii yang ini kena bayar gila kau boleh berbuih-buih mulut aku kalau tak dapat belai Xbox 360 kesayangan aku tu.

Dengan skill-skill Survivor Series aku ini, aku mungkin dapat bertahan sehingga mama aku pulang. Korang yakin dengan aku tak? Boleh berjayakah aku? Usah sesekali korang meragui aku kerana jika kau fikirkan kekalahan, kau hampiri kegagalan (lagu Rashid Sidek).



13 comments:

Idlan said...

Ijai, jadilah adik yang lebih baik dari Abe dan kami akan alihkan arah sumbangan hadiah, wang raya dsb kepada kau sebab Abe tu derhaka.

enuLwanie said...

alalalala...ciannya rasa bila tengok tajuk entri ni.

sy rasa kalau abg ijai masuk survivor, memang konfem menang tanpa bertanding!

sebab baju pun pakai smpai hitam berdaki n boxer pun pakai sampai kuning! tak gatal ke?

ahakssss

Anonymous said...

hahaha ketiak mcm sape ade je kau ni..tgk tu along ofer faizal shje sy takde ke??=P..

-fandi-

datillah said...

Haishhhhhhh..Mohamad Faizal Rosly.....

Mohamad Faizal said...

akak abe: Ohhh kakakku! (salam tangan dan kaki)

enulwanie: mana. kalau masuk survivor episod pertama lagi dah vote out diri sendiri

fandi: ahh taknak aku kau jadi abang aku nanti kena kongsi katil kau berat 95kg

datillah: OMG. ILUWAMH.

Anonymous said...

ijai,

akak doakan awak menjadi duta sos lingham hehehehe

-kakak sblh itu-

redline said...

slm

haha lawak giler entry ni.

finaz said...

hahaha.. gut luck yer.. u can do it !!!!

Mohamad Faizal said...

kakak sebelah itu: amin. doakan sekali kejayaan saya dalam audition tom tom bak musim terbaru nanti

redline: tak boleh salam batal air sembahyang. undilah saya dalam audition raja lawak nanti

finaz: haha siapa nama adik anda yang kini bekerja di tempat saya? saya mahu peras ugut

Rara Joe said...

wah. anda betul betul malas ni dalam erti kata lain, anak manja mama. :P

sI tEDI said...

ha ha ha ... eh! eh! asal aku gelak?

ekekekke.. ko boleh ijaii!! Yakin boleh!!

Anonymous said...

jai,weekend ni aku takde on call..jom berfoya2 dan berparti liar..


-shuhud-

Mohamad Faizal said...

rara joe: haha memang tepat sekali tuduhan anda

tedi: aku memang yakin boleh

abe: solat berjemaah dulu la last week dahla kau terus tido tak semayang isyak

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...