Sunday, November 1, 2009

Keputusan Pertandingan Berat Badan

Pada entri 'Bukti Aku Ini Curvy dan Langsing' yang lalu, saya telah menghantar surat cabaran kepada para pembaca di mana saya akan menghadiahkan lebihan kuih raya kepada anda semua jika berat badan saya melebihi 70kg di penghujung bulan Oktober. Jika saya mampu maintain berat badan saya kurang daripada 70kg pula, anda semua harus membuat testismonial pendek tentang kejayaan saya untuk dihantar ke ruangan kesihatan di majalah Anjung Seri. Maka sudah tibalah masanya untuk saya mendedahkan keputusan berat badan saya ketika tanpa mendedahkan aurat. Saspen bukan? Sila klik Read More untuk mengetahui keputusannya.

JENG JENG JENGGGGGG!!!



Dengan riaknya saya menayangkan gambar berat badan saya ketika ini iaitu 68.6 kg, hanya naik 300 gram berbanding gambar pada bulan lepas. Alah naik 300g pun sebab aku baru lepas makan nasi ayam Restoran Yus dan aku tak eksersais lagi hari ini. Bagaimana? Buat mereka yang meragui keazaman saya untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat serta maintain berat badan yang seimbang, saya harap anda dapat menerima kenyataan yang saya ini tidak lagi boroi seperti anda. Saya lebih bagus daripada anda dan jika Asia Bagus masih ada, saya pasti akan menyertainya.

Buat mereka yang menyokong perjuangan saya, yang memberi kata-kata penaik syahwat kepada saya, yang tidak jemu-jemu memberi nasihat dan tips untuk mengekalkan berat badan yang normal, terima kasih saya ucapkan. Semoga lemak di badan anda akan terbakar jua.

Berikut adalah antara testismonial tentang kejayaan aku yang aku terima setakat ini:

Testismonial 1

Syed Muaz, Bandar Seri Permaisuri:
Saya mula-mula memang tidak percaya dia boleh melakukannya, kerana dia tidak mengambil minuman protein aneh Herbalife seperti saya. Sebab itulah saya amat terkejut apabila terlihat bentuk '4 pack' di perutnya. Wow! Menakjubkan!


Testismonial 2

Kunji Munji, Selayang:
I cannot speak Malay, but I sure can understand the meaning of 'kurus' and 'kacak'. I wish I could be just like Faizal, you know, being kurus and kacak at the same time. Yes I am kurus but I look like Drew Carey :( From today onwards I am going to learn Malay language and stop being a balls licker and I will learn from my idol Faizal


So korang tunggu apa lagi? Sila hantarkan testismonial seperti di atas. Jangan buat2 hilang ingatan pula tentang cabaran kita ini.

p/s: jangan lupa parti sopan doa selamat dan tahlil malam ini di rumah aku selepas isyak. jika korang kelaparan dan mahu makan free silalah datang.



7 comments:

sI tEDI said...

aku tidak sangka dia boleh menurunkan berat badan.. atau dia sudah pakat dengan alat penimbang itu?

itu kaki kamu kah? macam nak buktikan berat itu milik kamu? muka x nampak?

kaki sapa2 pun boleh pinjam..

ya!! sila bergambar dengan muka2 sekali. baru aku eprcaya!
la la la la

Anonymous said...

Sib baik aku tak klik read more.





-kusha-
Eat more

Mohamad Faizal said...

tedi: susahla hendak bergambar dengan berat badan sambil menunjukkan wajah tampan

kusha: mana boleh begitu bro kau sudah bersetuju untuk berjudi aritu...

Anonymous said...

ok, aku mengaku kalah kali ni...gentle tak? gentle tak?

"nampaknya memang kau bersungguh-sungguh untuk melangsingkan tubuh. sangkaan aku selama ini ternyata benar-benar meleset kerana ingatkan kau tidak mampu bertahan untuk cabaran ini.lepas ni boleh la jadi duta produk 21st century "


-kusha-
i'll be back

Mohd Hazri said...

saya sebagai pembaca turut kagum dengan kehebatan penguruan berat badan anda. semoga rancangan anda untuk tetap mantain berjaya

-duta produk perlansingan mak jah

Mohamad Faizal said...

kusha: yaaa semoga aku dapat memberi inspirasi kepada kau untuk mengurangkan saiz pinggang

hazri: terima kasih daun keladi, semoga anda tidak boroi selepas kahwin nanti

Kunal said...

Nice photoshop. You probably gained a pound or 2. Haha I gave no such testimonial.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...