Sunday, November 15, 2009

Kiamat Sudah Dekat

Saja je aku buat tajuk di atas untuk membuat korang insaf dan bersembahyang maghrib tanpa berlengah-lengah. Pada entri 8 Hari Sebelum Tetingkap 7 Keluar aku telah menunjukkan kepada kalian kehebatan lakonan aku untuk video syarikat. Tanpa lakonan aku, video itu pasti mendapat kegagalan di Majlis Industri Lakonan di Filem (M.I.L.F) peringkat Asia Tenggara tempoh hari (aku menang Most Promising Actor, as expected). Maka sebagai bayaran di atas keberkesanan lakonan aku, pihak syarikat telah menghadiahkan aku sekeping baucer menonton apa sahaja filem menurut syahwat aku di Premiere Class di GSC Signature, Gardens Midvalley.


Maka dengan bongkaknya aku pergi pergi menonton filem kemusnahan 2012 di GSC Signature. Kalau tiada baucer memang tak dapek la den nak kluaq kan pitih (penyalahgunaan dialek tempatan) untuk menonton di Premiere Class. Tapi memang ramai nok mapuh orang yang ingin menonton 2012 pada hari Sabtu aritu. Dari siang hingga ke malam memang tiket sudah habis dijual. Walaupun aku ada baucer, aku masih perlu beratur untuk memilih tempat duduk dan tempat duduk yang available untuk aku hanyalah di barisan depan tetapi aku tidak peduli. Sila klik Read More untuk membaca ulasan 2012 dan juga Tubuh Jennifer.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

2012
Ulasan ringkas: Barbie panjang betul cerita ni dekat 3 jam. Aku dahla duduk depan sekali walaupun di Premiere Class, teleng jugalah aku hendak menonton filem itu. Mengisahkan tentang kemusnahan bumi yang dijangka berlaku pada tahun 2012. Ahli saintis daripada India telah menemui bukti kukuh yang bumi ini akan dilanda bencana yang paling dahsyat hasil daripada proses Fotosolar Expecto Petronum Quantophysics. Maka kerajaan-kerajaan di dunia termasuk Kerajaan Langit dan Kerajaan Negeri Kelantan telah bersatu padu secara senyap-senyap untuk menghasilkan bahtera sebagai persediaan menghadapi banjir kilat nanti. Tiket dijual dengan harga 1 Billion Euros sekeping memang dasar cekik darah. Maka kita dapat saksikan bagaimana kisah suka duka Jackson Curtis (John Cusack) cuba menyelamat keluarganya untuk mencuri masuk ke dalam bahtera itu. Kesan khas untuk filem ini memang nampak benar sehinggakan anda pasti ingin segera bertaubat kerana kiamat sudah dekat.

Ratings: $$$ 1/2
Spoiler: Barbie diorang tak jemput saintis india tu naik kapal

Jennifer's Body
Ulasan ringkas: Jika anda seorang lelaki sejati dan bernafsu terhadap Megan Fox, maka kita haruslah menonton cerita ini. Anda bukan lelaki sejati jika anda mengaku yang anda tiada perasaan untuk melihat tubuh Megan Fox. Anda ialah seorang arbok. Namun kelazatan tubuh Megan tidak dapat menyelamatkan filem ini daripada menuju ke lembah kedurjanaan walaupun dibantu oleh penulis hebat Diablo Cody (Juno). Filem ini sepatutnya menyeramkan tetapi aku berjaya menahan diri untuk menjerit ketakutan. Seth Cohen yang telah keluar daripada rumah ibu bapanya di The OC telah menubuhkan kumpulan indie Low Shoulder namun tidak berjaya memikat hati major label. Dalam keadaan terdesak mereka telah menculik Jennifer untuk dikorbankan kepada syaitan dengan balasan untuk menjadi popular seperti Bunkface. Takdelah aku tuduh Bunkface ni pakai jin ke apa. Tetapi Jennifer bukan seorang anak dara maka proses pengorbanan tidak berlaku seperti yang sepatutnya di mana Jennifer kini hidup sebagai seorang pontianak yang perlu menghisap darah kanak-kanak akil baligh untuk mengekalkan kejelitaannya.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Siapa mahu gambar tak senonoh Megan dalam filem itu sila emel aku.

Jumpa lagi kita di dalam segmen ulasan filem yang akan datang.



6 comments:

enuLwanie said...

disebabkan sy bijak untuk menjangkakan filem 2012 bakal sold out, sy dh siap2 donlot.
xperlu beratur pnjg..

pndai x sy, abg ijai?
sila akui!
kalau x, sy xnk komen abg ijai dh.

jana said...

anak kak jana minta kebenaran dengan abahnya balik lambat sikit hari jumaat sebab dapat tiket wayang start pukul 6.00 tengok cerita inilah ijai,dia tak berani minta kebenaran kak jana . Akhirnya dia sampai rumah kul 10.00.kak jana tanya wayang start kul 6.00,maghrib kat mana dia sengih je(alamat tak maghrib le tu),tengok cerita kiamat pulak tu,hah pegi bertobat sekarang kak jana marah dia he he.

Mohamad Faizal said...

enulwanie: pandai. tetapi kepuasan menonton di pawagam amat berbeza dengan menonton cerita yang dimuat turun. lagipun nanti nampak kepala orang dan kualiti audio dan videonya juga tidak memuaskan, melainkan anda tunggu 2-3 bulan untuk memuat turun bdrip. tapi tak kool ah tengok lambat

kak jana: haa haa untuk menambah efek marah yang lebih berkesan buat2 pegang rotan sambil menanti di atas sofa dengan wajah bengis mesti tak tengok wayang dah

jana said...

nak rotan ijai, dulu masa they all sekolah rendah adalah juga merotan ini,kalau beli rotan pun takkan lama punya mesti akan hilang rotan tu tak taulah pergi mana(disorok kot),mereka dah sekolah menengah ni malu pula kak jana nak rotan, pakai reverse pschology je.Anak kak jana 3 lelaki ijai tu yang rambut cepat beruban tu.Rambut mama ijai banyak uban tak? kalau tak banyak sangat mesti ijai baik masa kecik-kecik dulu.

Mohamad Faizal said...

mama saya rambut blonde. nampak sangat saya ni memang keji sejak kecil

jana said...

ha ha sakit perut kak jana ketawa ni ijai,memang patut pun rambut mama ijai sampai jadi blonde,ada aje jawapan si ijai ni.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...