Monday, November 23, 2009

Kongratulasi Tamir & Mohd Nazmin!

Semalam telah berlangsungnya perkahwinan diantara Tamir dan Mohd Nazmin yang gilang gemilang sinar cahaya purnama. Usah salah faham, Tamir dan Mohd Nazmin bukanlah pasangan homoseksual. Hobi aku ialah meletak Mohd sesuka hati di hadapan nama gadis. Tamir atau nama dalam sijil SPMnya Tengku Amir Afendi bin Tengku Mohd Apandi merupakan rakan aku ponteng kelas aku di Uniten. Tamir dan Nazmin Hussien telah bercinta sudah lama, sejak zaman tentera bergajah Abrahah lagi. Memang lamalah.

Tamir memang pemalas sejak di universiti. Hari-hari nak ajak aku tuang kelas dan tuang solat namun aku menolak ajakannya dengan sopan. Namun kehadiran Mohd Nazmin dalam hidupnya berjaya mengubah sikap Tamir sedikit demi sedikit menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan rajin. Tamir dan Mohd Nazmin tidak pernah miss datang ke rumah terbuka aku. Maka sebab itulah aku datang awal pukul sejak 9.30 pagi nak setup khemah dan melatih vokal kanak-kanak kompang kerana aku memang sayangkan Tamir. Selepas itu aku bergaya dengan kacak berbaju melayu lengkap di rumah Tamir semalam mengalahkan pengapit untuk menunjukkan kegembiraan dan keghairahan aku terhadap percintaan suci mereka.


Ketika gambar di atas diambil, aku dapat rasakan Tamir masih lagi teruna kerana dia jalan macho je takde pun kengkang. Haa haa sila klik Read More untuk melihat gambar riang ria di perkahwinan Tamir dan Nazmin.


Huda tidak perlu menggosok baju bini perdana menteri pada hari itu tu sebab dia datang. Oooo open haus saya tak datang (masih mengungkit).


OMG Nana disyaki mengandung itulah sebabnya dia membaham nasik umpama Hulk Hogan walaupun badannya kecil.


Arul kau jangan ingat kau ni Faizal Tahir apatah lagi nak menjadi Faizal Rosly


Shahrul Adha (Bob) pun mengandung jugak. Baru 2 bulan mengandung dah besar gila perut dia. Mungkin anak raksasa Gorgon. Haa haa gurau je bob.


"Mmmm sedap betul kaki kambing tadi," kata Ezu di dalam hati sambil menjilat ceri ceri bum bum.


Aku nak ambil gambar corak kain punggung makcik tu untuk dibuat wallpaper di dinding aku lepas tu gadis-gadis lain perasan pegi posing pulak.


Sila cari aku dalam gambar di atas. Siapa jumpa aku akan doakan dia dalam sembahyang selama 3 hari 2 malam kalau aku tak tinggal solat.


Tamir gembira sebab malam karang boleh berat-berat tak perlu nak ringan-ringan lagi. By the way ada seorang selebriti dalam gambar di atas yang keluar di Oh Bulan!


Jawapan kepada persoalan yang bakal korang lemparkan selepas membaca entri kahwin ini = AS SOON AS POSSIBLE. Sabaq la aku makruh kahwin; bernafsu serakah tapi tak cukup wang nak bayar bil letrik.


Kongratulasi Tamir! Aku doakan agar kau dan Nazmin bahagia bersama untuk at least 45 tahun lagi. Banyakkan persetubuhan, kurangkan pergaduhan. Amin.

Hoi banyak lagi gambarlah. Sila layari laman fesbuk aku: http://www.facebook.com/album.php?aid=138512&l=8615c808b2&id=628280825



10 comments:

hUdArLiNg said...
This comment has been removed by the author.
hUdArLiNg said...

hahaha. kongratulasi tamir dan mohd nazmin. ijai, bila lagi? (nak tanya jugak!)

alah,jgn diungkit kisah silam.jumaat dah nak raya.

naek tak kolestrol makan kambeng? =p

November 23, 2009 10:46 PM

Anonymous said...

ijai,

tak baik menangguhkan perkara yang baik...ehemmmmmm


-kak mona-

Mohamad Faizal said...

huda: saya menjauhi kambing dan mendekati senaman

kak mona: alaa saya kadang2 je menangguhkan solat

Anonymous said...

encik faizal!nanti kalau anda yg kawin siapa yg nak tls psl perkahwinan tuh nanti?anda ke mak anda?comellah gf anda..sila cepat kawin;)

-siti bukan nama sebenar

ku els said...

ijai cepatlah kahwin. amin. :))

btw ada perkara penting nak bgtau ijai dan huda. bukan pasal kahwin. pasal benda lain yg serious.

btw congrats amir and nazmin!! :)

Mohamad Faizal said...

siti sarah: jika saya kahwin korangla tulis pasal saya. tulis kool kool dan puji secara extrim tau

ezu: serius? apa yang serius? i am calling you now

sI tEDI said...

aku tgh tunggu turn ko ijai

Anonymous said...

Seronok tgk semua org dah kawin :p
nak kawin jugak!! hehe

-al bukan nama sebenar :)

Mohamad Faizal said...

tedi: kau kawin tanggung perbelanjaan aku pergi melaka nanti

al: kahwinlah kerana cinta, bukan kerana rupa (tiba-tiba memberi mutiara kata)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...