Wednesday, November 4, 2009

The Koolest Blog, version 2

Di sini aku ingin mendedahkan tentang kewujudan sebuah blog yang paling kool di Asia Tenggara ini. Blog ini hampir-hampir dapat mewakili Malaysia dalam kategori Best Parenting Blog dalam majlis anugerah Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards di Singapura baru-baru ini. Namun begitu, blog ini telah ditewaskan oleh Redmummy pada saat-saat akhir kerana terdapat beberapa undi rosak. Alah apa sangatlah blog Redmummy tu orang buta warna macam Fandy Uniten bukan boleh tengok kaler merah dia tu pun (haha).

Pasti korang tertanya-tanya, blog siapakah yang jauh lebih kool, lebih menghiburkan daripada blog Red Mumm-Ra ini selain daripada blog aku? Blog mama aku kah? Yaa buat mereka yang tidak tahu, mama aku memang ada blog, tetapi blog mama aku hanya diupdate sekali sahaja lepas tu terus tak update dah. Jika kalian masih ingat, aku pernah membuat entry pasal blog mama aku dahulu. Sila klik di sini untuk melawat blog mama aku yang penuh dengan koleksi magnet peti ais. Pasti sudah mencanak-canak bukan nafsu korang untuk mengetahui blog siapakah yang aku maksudkan. Sila klik Read More untuk mengupas identiti pemilik blog ini.

Blog yang paling kool ialah.....blog mama aku versi ke dua. Yeshh. Aku sebenarnya tidak mahu mendedahkan kewujudan blog mama aku yang kedua ini. Mengapa? Ok. Begini. What would you feel if your mum had a blog? ________ (your answer here). EXACTLY. Habis tu mengapa kau mahu dedahkan sekarang pula Faizal? Well maybe you guys should visit her blog first, then you'll know why. The address is http://geearjay.blogspot.com/

Sebab 1:

Blog mama aku yang baru ini sudah sudah jauh lebih popular daripada aku mengalahkan blog Ramlah Ram (ramlahram.blogspot.com). Lihat sajalah bilangan peminat fanatiknya jauh lebih banyak daripada aku. Korang jangan pegi follow blog mama aku pulak. Bilangan komen pula boleh mencecah sehingga 50 komen secara konsisten kerana blog mama aku bukan setakat dihadiri oleh rakan-rakan tempatan pinggan mangkuk antiknya, malah mama aku juga ada ramai rakan orang putih dari pelbagai pelusuk dunia (tiada orang hitam).

Sebab 2:

Mungkin kita berasa malu untuk mengaku jika ibu kita memiliki blog, namun begitu sesiapa yang memiliki blog pasti memiliki sedikit ilmu teknologi maklumat juga bukan? Masa mula-mula dulu aku tension jugak mama aku tanya itu ini macamana hendak post gambarlah. Kalau post gambar je takpe ni kena ajar bagaimana hendak transfer daripada kamera ke laptop lepas tu hendak resize dalam Photoshop lagi. Namun sedikit demi sedikit, mama aku semakin handal dan aku kini bangga memiliki seorang ibu yang celik IT, trait yang sukar dicari pada ibu-ibu zaman kita.

Sebab 3:
Mama aku sudah berangkat untuk menunaikan haji petang tadi, so mama aku maybe akan termiss entry ini so dia tidak tahulah yang aku sudah mengaku yang blog aku tidak sepopular blognya.



Semoga mama aku selamat pergi dan pulang. Mama cepatlah kol aku dan beritahu yang mama sudah selamat sampai serta memberi arahan bagaimana hendak membayar bil-bil yang tertunggak ini. Anyway, kool bukan blog mama aku?



12 comments:

Anonymous said...

kau yg ajar mama kau tp knape mama kau punya blog lagi cantek??hebat la mama kau...faizal bile party liar bermula ni??hehe..

-fandi-

datillah said...

you already miss ur mom...hehe

Mohamad Faizal said...

fandi: takkan aku nak pakai template blog mama aku. arbok gila kalau lelaki memakai kaler pink. tiada parti liar sehingga mama aku pulang

datillah: cik dah beli tiket cuci the musical ke belum? (taknak mengaku, ubah tajuk)

ku els said...

semoga mama ijai selamat pegi & selamat sampai. insyaAllah.

z a t i said...

haha, aku bukan mama tp ayah aku ada blog yg tak mungkin aku dedahkan.

juga bersifat mutiara2 kata (-_-;) dan ayat2 yang pastinya jenis dari buku2 terjemahan.

tapi ya, itu lah ibu bapa kita dan seharusnya bangga. (walaupun begitu masih tidak akan dedahkan :| )

~::Iffat @ Wonderfatts::~ said...

haha..cool mama ko jai..aku tak dapat bayangkan plak kalau ma ayah aku ada blog..takpe ah,tak jadi nak bayangkan.

enuLwanie said...

memang kool la mama abg ijai.
pinky-pinky lagi template dia.

kalau sy ada mak mcm mama abg ijai,
sy xkan malu.
siap follow then uar2kan pada seluruh blogger.
mana nak dapat ibu yang celik IT?

my mum does!

semoga mama abg ijai selamat pergi dan kembali.aminnn!

Mohamad Faizal said...

ezu: mama sudah selamat sampai. yay!

zati: apa blog abah kau? dedahkan please kita kena kongsi benda macam ni

iffat: usah bayangkan, kau gugel terus nama mak abah kau mana tahu terjumpa blog mereka

enulwanie: yesh mama memang mama yang paling kool di asia tenggara ini

Anonymous said...

Sebak aku baca post ni Ijai. Kau rindu mama kau rupanya hahaha


-Jamil

Anonymous said...

x sangka ada aktvt mengumpul pinggan antik ni..mesti mak en ijai rajin ngelap..klu x berabuk je la..
btw, ur mom rajin ke baca blog ni yg penuh dgn ayat2 kontroversi?hehe

-bukan gadis

f.a.r.a.e said...

eleh cakap je la rindu kat mak

Mohamad Faizal said...

jamil: mana ada. biasa je (buat2 tabah)

bukan gadis: mama memang pembaca tegar tapi jangan dia letak komen sudah terus private blog ini nanti

farae: mana ada. biasa je (buat2 tabah)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...