Monday, November 30, 2009

Menangkap Pencuri di Rumah Ikram

Ini adalah kisah benar yang ditokok tambah bagi mengagumkan para pembaca. Pada hari Sabtu yang lalu, kami rakan-rakan Bangi berniat untuk solat Isyak berjemaah dan bertakbir raya. Sesudah berniat di dalam hati, kami pun pergi ke restoran D'One Steak di sebelah TM Point Bangi untuk membaham stik daging korban. Line up pada malam itu adalah aku, Jamil, Abe, Fandi dan Ikram. Sambil mengulum daging keras 6 inci (hotdog lah), kami melakukan sesi boys talk dan mengumpat tanpa mengenal erti dosa.

Tiba-tiba Blackberry Curve Ikram berbunyi. Walaupun tidak memasang speaker, kami dapat mendengar jeritan si pemanggil. Ayuh kita ikuti perbualan mereka:

Ikram: Haa makcik jiran, kenapa ni?

Makcik Jiran:
WARGHHHHH HURAGHHHHH BEEE HEE HEE HEEE!!!!

Ikram: Calm down calm down makcik. Kenapa ni makcik dah menopaus ke?

Makcik Jiran: What the what? Bukanlah makcik dengar ada bunyi orang masuk rumah Ikram (Ikram ada satu lagi rumah di Bangi Golf Resort)

Ikram: Are you kidding me makcik?? (sambil menghempaskan telefon). Ayuh kawan-kawan!

Rumah Ikram dimasuki pencuri?? Pelik. Bagaimana boleh masuk? Lagipun rumah itu memang tiada apa-apa yang berharga untuk dicuri, melainkan koleksi pornografi Ikram. Dengan wajah garang kami pun segera menaiki kereta Ikram dan menuju ke rumah Ikram di Bangi Golf Resort. Kami yakin kami mampu membelasah pencuri itu kerana kami ramai dan masing-masing berat melebihi 60kg kecuali Abe. Sampai sahaja di rumah Ikram, kami dapat melihat makcik dan pakcik jiran sedang menunggu di luar rumah. Ikram tidak membawa kunci rumah itu, maka kami hanya boleh masuk daripada pintu belakang melalui rumah jiran.

Secara perlahan2 kami merangkak menuju ke pintu belakang. OMG pintu belakang sudah terbuka!!! Ternyatalah rumah Ikram sudah dipecah masuk. Hati kami pula berdebar-debar, degupan jantung pula semakin laju. Peluh dingin mula membasahi dahi. Kami memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah Ikram. Masing-masing sudah memegang senjata seperti penyapu lidi dan pasu bunga untuk bertarung dengan pencuri. Suasana sunyi sepi.....JABBB satu tikaman menusuk ke perutku. ARGHH aku hanya mampu menjerit di dalam hati kerana terlalu pedih. Memang tidak dapat aku gambarkan kesakitannya. Mata aku sudah berpinar-pinar. Aku tak yakin yang aku dapat bertahan lama.....(klik Read More untuk terus membaca)

......bastard time-time genting macam ni nak terberak pula. Eii malu gila aku takkan aku nak cakap kat jiran Ikram yang aku nak berak. Terus aku keluar rumah sambil membuat teknik pernafasan. Kebetulan ketika itu ada 2 orang polis berkuda sedang melakukan rondaan, maka mereka pun dipaksa untuk melakukan siasatan.

Dah ada polis kami pun semakin berani la kan. Kami masuk ke dalam rumah membuntuti polis, sambil membayangkan yang Inspektor Mazlan dan Inspektor Lim dari Gerak Khas mengetuai kami. Inspektor Mazlan sudah mengeluarkan pistol. Cuak doo mau berlaku pertumpahan darah ni mesti kami masuk surat khabar Harakah. Perlahan-lahan Inspektor Mazlan menaiki tangga. DANGGG!!! Dia menendang pintu walaupun pintu itu tidak berkunci. Memang eksaited gila dia pertama kali dapat guna pistol. Setelah puas menggeledah almari dan peti ais serta menyoal siasat jiran-jiran terdekat, pihak polis membuat kesimpulan yang pencuri itu telah melarikan diri daripada tempat kejadian. Apa korang tak percaya cerita aku ini? Sila lihat gambar-gambar di bawah sebagai bukti.

Kelihatan Inspektor Mazlan dan Inspektor Lim yang cuba mencari cap jari dan semen di sliding door. Kami secara racistnya mengesyaki perbuatan ini dilakukan oleh pekerja Indon yang berhampiran.


Jamil bersedia untuk menyula qubul dan dubur pencuri dengan kayu pengait buah mangga tetapi apakan daya, pencuri sudah tiada.


Jika ada kecurian di rumah anda, panggil sahaja kami punklima! Hiah!

Ohh aku berak di rumah Ikram dalam keadaan cuak. Mana tahu keluar tangan pencuri daripada mangkuk tandas. Eii seram uols. Selepas itu, kami merayakan kejayaan kami menghalau pencuri dengan meminum minuman keras tetapi halal di Anugerah Cafe. Ohh aku tidak merokok in real life (in case mama aku salah faham).


Oh secara kebetulan malam itu (29/11) merupakan hari jadi Ikram. Ayuh kawan-kawan, masih belum terlambat untuk kita mengucapkan 'Happy birthday Ikram!'. Ikram kaya dan masih single, berdada ketak dan kaya. Jika anda rasa anda hot dan jarang meninggalkan sembahyang, sila tinggalkan alamat emel untuk dihubungi Ikram.

Visit my fesbuk page for more pictures: http://www.facebook.com/album.php?aid=140159&id=628280825&l=8288f14746



19 comments:

sI tEDI said...

ijai.. polis tu happy semacam jek.. macam si ikram ajak datang beraya rumah pulak...

harap2 tiada brg yg mahal hilang.. kalau hilang pun korang boleh kongsi ramai2 belikan semula!!

ha ha ha!!

QilahLala said...

amboi...lepas ypr ada plak punklima!!

Muaz said...

what the what.. haha

aku terasa macam baca buku citer atau karangan bahasa melayu sekolah menengah.. hehehe..

go team jacob! eh silap..punklima! hahaha :p

Mohamad Faizal said...

tedi: mestilah hepi 1st time dapat keluarkan pistol lagipun dia tak dapat balik kampung beraya

lala: punklima department cegah jenayah, ypr bahagian hiburan

muaz: aku memang pelajar terbaik SPM untuk subjek BM dulu. alah mengaku sahaja kau dah photoshop muka kau ke tubuh jacob hee hee

jana said...

ha ha sakit perut kak jana ketawa sampai keluar air mata baca entry ni.
ijai-ijai you are gifted dengan kehumoran you.Bravo....

Cik Faridah Huda said...

kelakar la tgk aksi-aksi Punklima neh...yyeeeehhhaaaaa!

Mohamad Faizal said...

kak jana: mengikut kajian, gelak berlebihan boleh menyebabkan osteoporosis

cik faridah: sewalah kami di parti liar harijadi anda pasti terhibur

iKMaL said...

ijaiiiii~!ckp je laaaa penakutttt...takut sgt smpai nk terberak....lol...ape laaa ijai..harapkan badan je tinggi,tp penakut...hahhahahaha

iKMaL said...

ijaiiiii~!ckp je laaaa penakutttt...takut sgt smpai nk terberak....lol...ape laaa ijai..harapkan badan je tinggi,tp penakut...hahhahahaha

Mohamad Faizal said...

ala ikmal janganla dedahkan perkara sebenar

Anonymous said...

Ijai racis dgn membuat andaian pencuri adalah warga Indo .
ntah2 pencuri tu anak makcik jiran sebelah je, mane lah tau kan? dah dosa tuduh2 org indo.

- warga pembaca-

Anonymous said...

Terima kasih atas informasi menarik

Anonymous said...

Wow! At last I got a weblog from where I be capable of truly take helpful information concerning my study and knowledge.
Check out my web site ... adoption agency in texas

Anonymous said...

Hello, its nice paragraph regarding media print, we all be aware of media is a impressive source of information.
Feel free to visit my web blog ... banner-list.com

Anonymous said...

Keep this going please, great job!
my web site - my hotmail sign in page

Anonymous said...

I know this if off topic but I'm looking into starting my own weblog and was curious what all is required to get set up? I'm assuming having a
blog like yours would cost a pretty penny? I'm not very internet smart so I'm not 100% certain. Any tips or advice would be greatly appreciated. Cheers
My website :: abc.com.py\/rural

Anonymous said...

Just desire to say your article is as astonishing.

The clarity in your post is simply great and i can assume you are
an expert on this subject. Well with your permission allow me to
grab your feed to keep updated with forthcoming post. Thanks a million and please carry on the gratifying work.
Feel free to visit my website ; http://www.astromindsclub.com/branden41

Anonymous said...

Hmm is anyone else encountering problems with the pictures on
this blog loading? I'm trying to determine if its a problem on my end or if it's the
blog. Any feedback would be greatly appreciated.
Also see my web page: abington memorial hospital pennsylvania

Anonymous said...

smokeless cigarettes, electronic cigarette reviews, smokeless cigarettes, e cigarette reviews, electronic cigarettes, electronic cigarette

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...