Sunday, November 29, 2009

Parti Liar Aidiladha Bersama Ikram

Hai uols. Bagaimana dengan sambutan hari raya anda semua? Diharapkan anda semua sihat walafiat tiada yang ditusuk lembu sama ada di perut mahupun di dubur. Sebagai bilal simpanan di Surau Al-Kauthar, aku wajib bangun awal untuk menggantikan bilal utama sekiranya bilal utama jatuh sakit ataupun jatuh tangga. Maka pada pukul 6 pagi lagi aku sudah bangun dalam keadaan hiba menyedari yang aku menyambut Hari Raya seorang diri. Sambil tersedu-tedu, aku menggosok baju raya dengan tangan kerana aku tidak tahu bagaimana hendak menggosok baju dengan seterika. Selepas bersembahyang raya di hadapan televisyen, aku pergi melawat kubur abah dan kubur uwan bersama saudara mara. Sebelum pulang, aku singgah ke rumah Mak Teh di West Country bagi mengisi perut aku yang bersaiz 33 1/2" (yes turun 1/2 inci jeles tak).

So sampai di situlah sambutan hari raya aku. Aku bercadang menghabiskan hari raya dengan bermain game seorang diri di rumah, sehinggalah aku mendapat mesej daripada Abe yang mengajak aku datang membaham beriyani di rumahnya. Ahh seronoknya. Baru sahaja aku hendak mensyukuri nikmat yang diberi, tiba-tiba datang pula sekeping sms daripada Ikram yang mengajak aku untuk baham-baham di rumahnya. Terus aku belot Abe dan pergi ke rumah Ikram kerana parti liar Ikram pasti ada gadis makanan yang lazat. Ayuh kita klik Read More untuk berparti liar di rumah Ikram.

Hanya kanak-kanak Bangi seperti aku, Abe dan Fandi sahaja yang available untuk berparti liar di Aidiladha di rumah Ikram kerana yang lain semua balik kampung. Uih aku memang gemar pergi ke rumah Ikram kerana makanannya memang berkelas tinggi hasil masakan mama Ikram.


Menu pada hari itu terdiri daripada lasagna Italy, Nasi Kari India dengan lauk ayam dan udang Malaysia, roti Perancis berserta kuah macam kurma tapi bukan kurma, serta dessert2 yang menggemukkan jika diambil berlebihan. Err aku blasah empat round tapi takpa sebab aku berniat nak senaman petang tu bagi menghapuskan pengambilan kalori.


Kata parti liar, pastilah ada kombinasi minuman keras, shisha, arbok, dan gadis. Ikram dalam diam menaruh perasaan terhadap dua daripada gadis2 di atas(fitnah ni).


Astaghfirullahalazim, pakai je baju melayu tapi minum minuman keras. Nak hairan apa ye tak, orang Melayu sekarang memang begini sikapnya. Tetapi jangan salah faham, minuman keras itu adalah zappel je sebenarnya. Keras sebab banyak gas saja je nak menimbulkan kontroversi.


Budak kecil ini mengalami kemurungan dan berniat hendak terjun kerana sepupunya Ikram telah melakukan sesuatu yang tidak difahaminya. Tapi rumah Ikram memang lawa aku pun mahu terjun kolam untuk bermandi manda.


Bergambar kenangan sebelum pulang. Jangan korang pergi tenung testis aku dan menjadikannya sebagai modal untuk ceploit2 sudah.

Sila layari laman fesbuk aku untuk lebih gambar yang lebih tidak senonoh:
http://www.facebook.com/album.php?aid=139776&id=628280825&l=48a5a34470



6 comments:

jana said...

wah,happeningnya sambutan hari raya haji ijai,banyaknya makanan and cantiknya rumah kawan ijai,kenapa tak terjun je kolam,barulah betul-betul boleh dipanggil party liar hu hu

Anonymous said...

jai mane pic close up gadis ko minat tu??haha hisap pall mall mentol lagi kah3..=P

-fandi-

Mohamad Faizal said...

kak jana: tak boleh terjun, hari raya pertama kena menjaga adab dan tatasusila

fandi: aku pulak. kau yang mengambil gambar jadi kau lah yang menggilainya nanti aku mintakkan no dia daripada ikram khas untuk kau

Anonymous said...

fendi mmg gemar meneguk minuman yg meragukan..haha..
jai,nama nasi tu nasi bukhari la..and kuah kuzi,bukan kuah kurma..haha..anyway,mmg lazat hingga menjilat pinggan..


-shuhud-

Anonymous said...

aik hari tu ckp ko minat..btol tak abe ikram pun kata begitu juga..hahaha..ala abe minuman meragukan takpe jgn perilaku meragukan seperti call faizal tp dia off hp pd hari ahad lg bhya..ntah apa dia buat dkt rumah sorg2 atau lebih dr sorg tak tau la hehehe..

-fandi-

Mohamad Faizal said...

abe: nasi saiful bukhari ke haa haa ke saiful azni sotong tu haa haa

fandi: komen kau telah menyebabkan da killa melemparkan pelbagai persoalan kepada aku....tapi tadi hp aku buat perangai lagi. ke maxis yang biol?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...