Thursday, November 19, 2009

Perkara-Perkara Rawak yang Remeh Tetapi Menyusahkan Dalam Kehidupan Seharian

Aku pasti korang pun pernah mengalami perkara yang aku alami ini. Apabila difikir kembali, perkara-perkara yang aku ingin huraikan ini sebenarnya kecil dan remeh-temeh sahaja, namun impaknya memang membuat kita mendapat dosa akibat carutan-carutan ringan yang dilemparkan.

1) Bangun pagi-pagi buta hendak membuka pagar, tiba-tiba terlanggar sarang labah-labah kat muka. Barbie kau labah-labah tiada tempat lain ke nak buat sarang. Sumpah leceh gila nak bersihkan muka daripada sarang yang melekat. Dahla tahi labah-labah punca jerawat timbul.

2) Sudah siap-siap hendak pergi kerja, keluar rumah, kunci pagar, bayar tol tiba-tiba hati berasa was-was, "Dah tutup ke belum suis seterika tadi??" Sambil mencarut ringan di dalam hati, kita mesti patah balik punya. Sampai di rumah, memang dah cabut pun suis. Ahh mencarut lagi.

3) "Jai pinjam RM30. Minggu depan bayar balik," kata seorang saudara peminjam wang bersiri. Pastu kena keluar rumah pegi jumpa depa pulak tu. What the what man. Memang aku putuskan talian persaudaraan buat sementara.

Ahhh. Menyusahkan betul kena klik Read More untuk terus membaca.

4) Ada seekor anak kucing mengiau-ngiau selama 2 hari tak henti-henti. Aku check cattery kucing aku, memang sah bukan anak kucing aku. Rupa-rupanya datang dari rumah jiran belakang. Lepas tu jiran aku itu ternampak kelibat aku sedang membasuh baju. Saja je aku blackberi bold kan mana tahu mama aku baca blog aku dari Mekah nampak sikit aku boleh survive dengan membasuh baju sendiri. Anyway terus dia datang rumah aku membawa anak kucing itu. Tengok gaya memang kasihan wajah kotor dan disyaki menghidap skurvi (aku merujuk kepada anak kucing itu, bukan jiran aku). Tapi leceh gila kucing aku dahla banyak penatla aku nak jaga (walaupun mama aku dah upah orang kemas kandang kucing, haha). So aku letakla kitten itu kepada ibu Keluarga Kucing Miskin tetapi bahagia tapi tengok gaya ibu itu macam sudah kecut je buah dada dia. Keesokan harinya anak kucing itu meninggal. Demmit aku jugak yang rasa bersalah.

5) Aku tidur sorang-sorang di rumah, lepas tu tiba-tiba terdengar bunyi anjing twilight menyalak-nyalak. Tengok jam, baru pukul 3.30 pagi. Terus aku bukak lampu sebab cuak. Pastu bersengkang mata letak minyak cap kapak la menahan mengantuk sampai pagi lalu pergi kerja terus. Ahh korang jangan nak judge aku kalau korang duduk rumah sorang-sorang pun mesti korang cuak jugak.

6) Manusia ni bila dah cuak dan bimbang digigit pontianak Twilight, barulah teringat hendak beribadat. So aku pun solatlah Isyak. Rakaat ketiga aku dah rasa dah nak terkentut dah tapi aku mengetap bibir dan mengemut lubang punggung agar aku dapat bertahan sehingga tamat. Memang leceh jika terkentut di penghujung, So kelajuan solat pun masuk gear 4 laju je tanpa tomakninah. Aku dapat rasakan angin sudah mengalir ke lutut namun aku pretend tiada apa-apa berlaku bajet-bajet sempat abiskan solat. 2 minit kemudian aku terfikir "Siapa sebenarnya yang aku cuba tipu?". Terus aku masuk ke tandas untuk mengambil wudhu' kembali. Sekali lagi, jangan judge aku korang pun sama kalau nak terkentut je mesti buat2 tak perasan angin keluar.

7) Kehabisan boxer. Sumpah menyusahkan gila. Nak terbalikkan pun, bau dia boleh menarik perhatian tupai. Nak pakai spender dah tak muat maklumlah aku ni bersaiz olimpik. Takkan nak dibiarkan bebas menjalar je pakai seluar jeans pegi kerja. Nak tak nak terpaksala aku basuh malam itu. Keesokannya as expected pasti tak kering. So blasahlah pakai lembab-lembah sungguh tak selesa.

Ahhh. Menyanyi sikit lagu Pak Pandir. "Yang reeeemeh dan yang temeh, berlegar di sekelilingkuuuu. Buatlah buatlahhhh buatlah tak tahu.." By the way lama tak dengar khabar Pak Pandir kan dia buat apa aa sekarang?



10 comments:

Anonymous said...

hehehe..tgh2 tensen buat programming matlab simulink nih mmg ceria baca entry nih :p

-RA uniten-

enuLwanie said...

merujuk to no 7:
euuwwwww...
abg ijai ni x senonoh la.

~~bukan ke tu lagu to'ki.

Mohd Hazri said...

disebabkan terlampau lawak, aku tanpa segan silu mengetik iklan nuffnang ko.haha

sI tEDI said...

napa mati anak kucing tu ijai?? :(

sebagai pembaca tegar blog ko.. aku nak buat request..

sesekali tepeklah gambo kucing2 tU!!

Mohamad Faizal said...

RA uniten: kirim salam dekat uwe heinz rudi dippel. tak pun dr madan lal garg. eh madan dah balik medan

enulwanie: bukan tak senonoh, tetapi itu memang realiti kehidupan

mohd hazri: thanks nanti aku menang nuffnang award tahun depan masa naik pentas nanti aku mention nama kau. promise.

tedi: alaa memang dah nak mati masa aku terima bukan salahkuuu huuu (rasa bersalah datang kembali)

jana said...

yang nombor dua tu selalu jadi dekat kak jana,walaupun konon-kononya selalu check sebelum keluar rumah tapi masih-masih was-was lagi dah tutup ke belum,kesudahanya sekarang semua orang kena check suis sebelum keluar,kalau was-was ada orang tolong confirmkan dah tutup sbenarnya suis.

Eliza said...

Saiz olimpik ye, jai....(hahahha..nak bayangkan jap). Aku ada 3 adek perempuan, percaya ke tak diaorg share spender sbb mak beli secara pukal so, tak dapat bezakan tuan empunya. (Sorry adek..bocor rahsia kat sini)

Kunal said...

Faizal the cat killer. Anyway good news for people looking for a cat:

http://www.worktruckmaltliquor.com/images/roadkill/FreeCat.jpg

Mohamad Faizal said...

kak jana: kereta dah kunci ke belum? (saja nak tambah kewas wasan)

eliza: ohh kak eliza, janganlah bayangkan suami anda pembaca tegar blog saya juga hua hua hee

kunal: how was the nasi kangkang? good?

cleopatra said...

seriesly.. lawak giler u punye entry..best2..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...