Monday, November 2, 2009

Pesan Mama

Untuk pengetahuan korang, mama aku akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji pada hari Rabu ini. Maka aku akan berseoranganlah di rumah ditemani kucing-kucing selama lebih kurang sebulan. Menurut rancangan awal, aku sepatutnya pergi sekali menunaikan haji namun apakah daya, Iman aku masih belum cukup utuh. Aku sebenarnya risau setelah membaca artikel-artikel di Mastika yang mendakwa kita akan nampak dosa kita di sana nanti. Dosa aku je takpe, ni aku kena tengok sekali dosa kawan-kawan seperjuangan seperti dosa Adam ketika berseorangan tanpa isteri, ataupun dosa Fandi yang mendownload aplikasi 18+ untuk iPhonenya.

Aku merupakan anak tunggal. Menurut pandangan stereotype, anak tunggal digambarkan sebagai manja dan tidak boleh berdikari. Memang betul la tu. Bolehkah aku survive selama sebulan tanpa belaian manja Mama aku? Usah risau, mama aku telah membuat satu checklist sebagai panduan untuk membimbing aku dan kawan-kawan yang bakal menemani aku agar tidak alpa dan menyusahkan jiran tetangga nanti. Sila klik Read More untuk mendengar pesan Mama.

1) Kalau dah malam, korang jangan main muzik tau. Nanti jiran kata apa pulak (Mama aku merujuk tabiat kami yang sering bermain guitar hero di waktu malam)

2) Nanti jangan lupa pergi check kolestrol. Klinik Samsiah tu bukak sampai petang. Lepas tu kenapa mama tengok ijai dah tak bersenam ni? Tak boleh macam ni jai...pot pet pot pet :)

3) Nanti Mama tinggalkan duit, Ijai pergi bayar bil air, bil api, duit kereta, duit kakak kemaskan kucing serta duit main kutu. Jangan beli PS3 tau.

4) Kucing kalau mati, tanam.

5) Sembahyang jangan tinggal Faizal...

6) Jamil nanti tolonglah tengokkan anak Auntie ni. Auntie risaula dia ni terlalu rajin ke surau sampaikan kadang-kadang lupa makan malam.

7) Nanti balik kerja beli makanan terus. Jangan mengada-ngada hendak buat mee kari.

8) Kalau penat baju hantar dobi je tak payah basuh. Kalau gosok baju jangan lupa cabut plug. Boxer kalau dah kuning, beli baru.

Begitulah antara pesan seorang Mama kepada anaknya yang hopeless. Mungkin nasihat-masihat di atas telah dimodifikasi sedikit untuk menambahkan elemen hiburan, namun aku pasti korang telah mendapat mesej yang disampaikan. Ohh Mama aku baca blog aku. Apa kata korang ucapkan selamat jalan kepada Mama aku, dan mendoakan agar Mama aku selamat pergi dan pulang serta berjaya mengecapi haji yang sempurna. Amin. Korang nak kirim bulu mata unta untuk dijadikan perhiasan diri pun boleh.



13 comments:

sI tEDI said...

auntie...

kenapa tak gesa ijaii pergi sekali..

daj cukup sifat ijaii tu..

semoga auntie selamat pergi dan balik.
semoga auntie menjalankan ibada dengan lancar dan sempurna..

selamat semuanya auntie..
InsyaAllah..

* ijaii aku baru tahu ko anak tunggal. sebab aku macam perasan ko x de adik berAdik tapi tak terfikir nak tanya.

nampak sangat aku mmg wanita solehah yang tidakmahu jaga tepi boxer kot.

z a t i said...

ha, percaya sgt mastika tu. apa kau ingt nanti dekat skrin kaabah mak kau tak terpapar dosa kau sekali ke?

Anonymous said...

Makcik, (bagi menambahkan impak,sila baca dlm keadaan bergema)

Pesan kat si faizal tu jgn buat parti liar.


Lagi satu,nak kirim beli gelang mekah boleh ke?saya suka gelang tu makcik.dulu time kecik2 saya ada gelang tu.
Selamat menunaikan haji makcik!

Seruan hajiii!!! Telah tiba lagiii... Menunaikan ibadahhh... Panggilan baitullah...

-kusha-
Bekas pelajar smap kajang

Idlan said...

Auntie,

Selamat pergi dan pulang, semoga haji mabrur. Nanti saya pesankan Faizal tengok-tengokkan si Shuhud. Eh terbalik. Shuhud tengokkan si Faizal.

Anonymous said...

auntie,
saya seorang pembaca tetap blog encik faizal.sebab lawak dia boleh buat saya rasa nak gilis encik faizal dgn bulldozer..haha..maksudnye sgt kelakar ayat2 beliau...auntie saya nk mengucapkan selamat jalan dan I'Allah mengecapi haji mabrur.nanti bolehlah doakan encik faizal nih kawin cepat dan dpt menunaikan haji juga.tak boleh duduk bwh ketiak mama dia je.

siti anonimes

Anonymous said...

alamat pengirim tidak boleh disiarkan utk tujuan keselamatan..


menemui auntie ruziyah,mama faizal/ijai..semoga sihat selalu hendaknya..

auntie..
tujuan sy menulis warkah ini adalah untuk mengucapkan selamat jalan dan kembali dari tanah suci mekah al mukarramah..semoga mendapat haji mabrur...insya Allah

auntie tidak perlulah risau memikirkan si ijai ni di rumah..just concentrate je kat ibadah haji..tahulah kami rakan2 bangi nak handle si ijai ni..kalau menangis kami berikan tisu,kalau ngade2 kami lempang je(haa haa lawak sampingan..gurau je auntie)
nanti kitorang buat rotation sape nak teman ijai kat rumah(datillah tak termasuk dlm jadual rotation kami..hehe)
kami akan pastikan juga ijai ni cukup makan,cukup smayang dan cukup sifat sepanjang ketiadaan auntie..

akhir kata,sambutlah salam mesra dari sy sekeluarga..diharap ibadah auntie ruziyah mendapat keberkatanNya..semoga bertemu lagi di masa hadapan..

sekian,wassalam..

p/s: nanti auntie tolong la seludup 3-4 gelen air zam zam ngan kismis dari mekah..and doakan utk sy sekali depan kaabah nanti :)


yang kacak sket dari ijai,
shuhud/abe

Mohamad Faizal said...

tedi: aku anak tunggal dan anak manja

zati: dosa kau sekali mungkin terpapar zati so kawal lah diri sebulan dua ni

kusha: kau budak SMAP? haa haa seriyes ke? kenapa kau tak tubuhkan kumpulan nasyid

akak abe: abe tu memang perlu dikawal kalau tak digesa memang tak solat jumaat dia tu

siti anon: duduk bawah ketiak mama best bau avon

abe: barbie kau. teman aku setiap malam ok.

Anonymous said...

salam auntie..

slmt beribadah haji..smoga mdpt haji mabrur and slmt pergi dan pulang..doakn utk rakan2 faizal juga ya auntie..

oh ya buat faizal, jadual giliran utk menemani@menjaga kau akn disiapkan oleh abe..jadual tersebut hnya utk yg bujang shja tidak termasuk apai dan anas kerana mereka ada isteri yg sdg mengandung dan kerap mengidam..jd isteri mengandung perlu diutamakan kerana perut kembung mereka adalah dari janin sejati bukan perut kembung akibat lemak tepu seperti dlm perut kau..sekian..

-fandi-

Anonymous said...

To auntie,

Selamat menjalani ibadah haji dgn baik

To ijai,

Maafla xdpt menemani ko seperti mana ko teman aku time makayah aku gi haji. Mane mungkin seseorg yg sudah beristeri dpt bermain FM 1season dlm 1mlm sambil bertaruh top goalscorer

~AkuApai

hUdArLiNg said...

assalamualaikum mama ijai,

selamat beribadah. i miss mekah and madinah a lot. auntie jangan risaukan ijai, paling kuat pun dia parti liar tidak menggunakan alkohol je. hehehe. so, ibadah sungguh2 auntie. bukan senang nak diseru. semoga selamat pergi selamat pulang dan mendapat haji mabrur. insyaallah :)

Anonymous said...

slamat jalan auntie! insyaAllah haji diterima dan dapat banyak pahala.

kau dah pandai masak ke tak jai? masak spaghetti atau nasi goreng je... senang.

adam

Anonymous said...

Selamat beribadat auntie..nnt saya suruh Jamil tengok2kan Ijai tu..hehe

Evi

finaz said...

auntieeee... selamat pergi dan selamat pulang.. semoga mendapat haji mabrur..

nak tinggalkan pesan boleh? doakan saya mendapat jodoh yang baik.. heheh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...