Thursday, November 12, 2009

Sesi Soal Jawab bersama Ustaz Faizal al-Kacaki: Episod ke-3

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Bertemu lagi kita dalam segmen kesukaan beberapa orang ini. Yalah, hari-hari anda asyik membaca hasil penulisan yang melalaikan dan dihamburkan dengan kata-kata carutan ringan, apa salahnya sekali sekala kita menambah ilmu di dada dengan mendengar syarahan separa bertauliah saya ini. Saya tiada permit JAIS janganlah tangkap saya. Kalau dah tiada kerja sangat nak tangkap orang pergi tangkap pasangan yang selalu ringan-ringan di Taman Tasik Cempaka antara pukul 12 malam ke 3 pagi itu. Sila klik Read More untuk mengupas persoalan yang ditanya oleh para pembaca.

disclaimer: ruangan soal jawab ini dikelolakan oleh Ustaz Faizal al Kacaki dan tiada kaitan dengan Sally ataupun Ijai. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama Pejabat Pos sebelum melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Agama Bomba (sampin hijau). Antara kejayaan beliau adalah mendapat pangkat Jaijidan atau dalam sukatan masa kininya 3.67 dalam Sijil Penilaian Rendah Agama. Sebarang kejahilan tentang ilmu fekah dan tajwid boleh ditanya terus dalam ruangan komen.

Soalan 1:

Assalamualaikum ustaz,

Saya gemar menonton filem yang tidak senonoh yang dimuat turun dari Internet. Saya sedar perbuatan saya berdosa tetapi saya tidak dapat menahan diri daripada menontonnya. Diharapkan ustaz dapat memberi nasihat.

K.A.K, Jalan 6


Jawapan:

Waalaikumsalamwarahmatullah. Dalam hal ini, saudara tidak boleh duduk seorang diri. Apabila saudara berseorangan, cubalah macamanapun mesti anda tumpas juga. Lepas tu menyesal dan mandi wajib sambil berazam tidak mahu melakukannya lagi. Lepas tu esok buat lagi. Maka setiap kali timbulnya keinginan untuk menonton pornografi, anda terus berniat hendak puasa. Sebab bila anda dah puasa mesti taknak tengok porn sebab nanti kurangla pahala puasa anda.

Soalan 2:


Assalamualaikum,

Benarkah dunia akan kiamat pada tahun 2012?

Abdul Kusha, Selayang


Jawapan:

Beriman dengan hari kiamat merupakan salah satu daripada Rukun Iman, namun begitu janganlah anda terlalu taksub dengan cerita barat. Sebaliknya kita boleh mengambil iktibar; jika benar dunia ini akan kiamat tidak lama lagi, sudah cukupkah amalan kita?

Soalan 3:

Benarkah dakwaan rakan seperjuangan ustaz iaitu Akhil Hayy yang mengatakan ada segelintir artis kita yang mengamalkan ajaran sesat? Betulkah Awie salah seorang daripadanya?

Ahmad S, HUKM.


Jawapan:

Pada pendapat saya, artis kita ni sekadar tak sembahyang dan minum arak je, tapi saya tidak rasakan mereka mengamalkan ajaran sesat. Mungkin Akhil Hayy cemburu yang suara dia tidak sesedap suara Awie dan album nasyidnya hanya laku 48 unit dan kebanyakannya dibeli oleh saudara-mara terdekat.

Soalan 4:


Saya baru sahaja berkahwin baru-baru ini. Masalahnya, saya mempunyai masalah keputihan yang terlalu banyak sehingga suami saya membuat muka apabila hendak menyetubuhi saya. Bagaimanakah caranya untuk saya mengatasi masalah ini?

Gadis risau, Putrajaya


Jawapan:

Saudari dah salah segmen ni saya bukan pakar sakit puan. Namun demi kebahagiaan rumah tangga saudari, saya akan cuba jawab juga. Saudari harus kurangkan pengambilan susu kerana itu akan menyebabkan keputihan. Kalau saudari banyak minum air jagung, saudari akan dapat kekuningan manakala jika saudari minum air tebu saudari akan mendapat kehijauan. Amacam lucu tak jenaka sampingan saya?

Soalan 5:


Assalamualaikum ustaz,

Bagaimanakah hendak membuat resipi nasi kangkang yang lazat untuk menundukkan suami yang suka berfoya-foya?

Zeti Hayzee, Seri Kembangan


Jawapan:

Nasi kangkang jatuh dalam ketegori sihir maka hukumnya adalah haram. Jika anda hendak menundukkan suami anda, karate sahaja leher suami anda sehingga tertunduk. Namun respi nasi kangkang yang paling lazat ialah nasi kangkang masak lemak cili api.

Soalan 6:


Ustaz kalau tiada air untuk mengambil wuduk kita boleh bertayammum dengan pasir atau debu, tapi kalau tiada air hendak mandi wajib bagaimana pula ustaz?

Rashidi Aziz, Bangi


Jawapan:

Tayammum sahaja sudah mencukupi kerana Islam adalah agama yang tidak menyusahkan penganutnya. Tetapi jika anda masih ragu-ragu, anda boleh pergi ke kuari ataupun tapak pembinaan yang terdapat banyak pasir. Ingat, rukun mandi wajib adalah niat dan meratakan air keseluruh badan, maka anda haruslah meratakan pasir ke setiap penjuru dan lurah walaupun mungkin akan luka-luka nanti.

Soalan 7:

Bagaimanakah sambutan hari raya Haji ustaz nanti?

Eliza Sherwani Ahmad, KL


Jawapan:

Seorang diri. Mungkin tidak dapat cuti :(

Sekian sahaja segmen soal jawab kali ini. Jangan lupa mengucap sebelum tidur. Jika ada sebarang kejahilan sila tanyakan di ruangan komen dan saya akan menjawabnya dalam ruangan soal jawab yang akan datang. Syukran ya ustazah.

Soal Jawab bersama Ustaz Faizal al-Kacaki episod 2
Soal Jawab bersama Ustaz Faizal al-Kacaki episod 1




15 comments:

enuLwanie said...

ala..
siannya jawapan yg last tu.
meh la ikut sy balik Kelantan.
mesti gemuk abg ijai nnt.
sminggu makan daging je.

Anonymous said...

hahaha. jai betul ke nombor 6 tu jai? kesian gile orang orang afrika kene ratakan seluruh badan.

adam

Anonymous said...

hahaha kau dgr la si faizal ni merapu adam seminggu pon tak abis..pendek kata slagi bernyawa begini la faizal hehe..

-fandi-

z a t i said...

takut jugak aku ada umat islam yg terpedaya merujuk blog kau sebagai menjalani cara hidup islam. *menjeling komen adam*

abis tu kau tgk pak arab berguling2 dkt padang pasir tu bolehla kita terus tuduh dia sedang mandi wajib.?

CHUH.

Anonymous said...

soalan 5 dan soalan 4 buat saya terguling2 gelak ketika membaca..elak keputihan jumpa pakar sakit puan lah..bahaya nanti.

kiah bukan nama sebenar

Mohamad Faizal said...

(aku menjawab bagi pihak ustaz)

enulwanie: jangan bagi gemuk saya punya 4 pack baru nak timbul ni kang jadi 1 pack balik

adam: haha takpe orang afrika mazhab lain

fandi: call of duty: modern warfare 2 dan band hero minggu ini! tapi kau bila kitorang semayang kau pun joinla sekali sekala.

zati: tak juga mungkin pak arab itu sedang membuat klip video ala2 bollywood

kiah: diharapkan kak kiah tidak memberi suami makan nasi yang bukan dari rice cooker

jana said...

Ijai datang rumah kak jana kat Putrajaya raya haji nanti,kak jana bukan ada kampung pun,kampung kak jana Gombak Setia, Kampung hubby Selayang itupun kalau boleh dipanggil kampung le

Anonymous said...

boleh lah masak nasi letak dalam bekas ape2 lepas tu masukkan dalam microwave for about 5-15 minits.sila2 cuba..dan saya muda lagi dari awak lah.ape kakak2 ni..

kiah bukan nama sebenar

Anonymous said...

alah..kesiannye raya sorang diri..meh dtg rumah akak. Dah dekat dah tu..

-kakak sebelah itu-

P/S akak pon first time raya jd anak yatim tau huwaaaaaa!!!!

Mohamad Faizal said...

kak jana: dulu kampung saya kat selayang jugak dekat warta lama. nanti saya datang rumah akak berbaju melayu lengkap

kiah: ala kiah kan nama makcik pastilah saya ingat anda lagi tua

kak mona: kalau datang weekend ni boleh tak saya dan 4 hari tak makan nasik makan kuih baulu je

Eliza said...

hehehehe. den compius mana hang tau pasal putih, hijau, kuning ni bro....No wonder kita dah tak dengar iklan "inilah keputihan yang anda mahu"

Anonymous said...

aku rasa cam kenal jer zahrul tu

Anonymous said...

sapakah pemilik b;og ini huhu
tiba2 terjumpa plak kat dlm internet ni huhuh.. so ...terbaca lahkisah2 nya huhu...
boi seremban

Anonymous said...

ijai...meh dtg weekend nie...akak masak ketam lemak cili api, keli bakar serta ulam-ulaman diiringi sambal belacan

kakak sebelah itu

Anonymous said...

haha. ijai. ko bantai lagi nama kakak aku, Eliza SherwanY..

-Ellya Sherwany,KL

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...