Monday, November 16, 2009

Tanda-tanda Anda Ketagihan Facebook


Entri ini dibuat setelah melihat salah seorang teman baik aku (namanya dirahsiakan) yang tidak sedar dan tidak mahu mengaku yang hidupnya dikuasai Fesbuk. Jika anda termasuk dalam senarai ini, maka anda memang seorang penagih Fesbuk. Usah dinafikan lagi, korang memang sudah tidak boleh diselamatkan lagi melainkan pergi berubat di Harun Din. Eh Harun Din pun ada Fesbuk add la dia facebook.com/harun_dean_supernatural. Tak tahulah itu Harun Din betul ke ataupun dia menyamar.

Apapun, ini list yang aku hasilkan berdasarkan kajian tempatan aku terhadap fenomena yang kurang sihat ini.

1) Anda ada applikasi Fesbuk di iphone/homepage anda adalah Fesbuk.

2) Anda meminjam Iphone kawan anda untuk melayari Fesbuk dan mengupdate status ''....at ijai's house playing Call of Duty"

3) Anda ada kawan melebihi 380 orang dan separuh daripadanya anda tak kenal pun main add je sebab gambar profile dia tunjuk lurah dada/bulu dada.

4) Anda tukar status setiap 2 jam. Lepas tu 'komen' dan 'like' status sendiri dan disusuli dengan berpuluh2 komen daripada penagih lain boleh pegi berchatting pulak di ruangan status.

5) Anda merupakan ahli kumpulan 'I bet I can find 1,000,000 people who Tak Semayang Subuh', 'Saya Benci Hidung Siti Sarah', 'If You Are a Malay Say Entah' dan lebih 50 kumpulan lagi yang korang main join je tanpa tahu hala tujuan serta tuhan yang disembah.

Ada lagi. Sila klik Read More untuk terus membaca.

6) Anda menukar status hubungan anda daripada 'Single' kepada 'In A Relationship' kemudian 'Threesome' dan disudahi dengan 'Single' kembali semata-mata untuk menarik perhatian mahupun simpati rakan.

7) Suami anda kini tidak lagi ghairah mahu menusuk anda lagi secara realiti sebaliknya menusuk-nusuk (superpoke) anda di Fesbuk.

8) Anda kini berada di level 268 di Mafia Wars.

9) Anda menjadi stalker kepada bekas teman lelaki anda ataupun orang yang pernah anda minat. Memang anda tahulah setiap aktiviti dan pergerakan lepas tu pura-pura hang out di tempat yang bekas teman lelaki anda selalu lepak mengharapkan mata bertentang mata dan membakar bibit-bibit cinta lama.

10) Anda membaca entri ini setelah mengkliknya dari Fesbuk.

Tak mengapa jika ketagih Fesbuk. Asalkan tidak lupa solat Maghrib sudah. Sila tambah list ini jika korang ada simptom-simptom penagih yang korang ingin kongsi yang boleh dijadikan tauladan.



23 comments:

enuLwanie said...

sy xde simptom ketagih facebook.
lagipun, kolej sy sgt tak kool mcm abg ijai(bodek ckit!) apabila telah memblock facebook demi mengelakkan students terkena ketagihan facebook.

tp, dr facebook la sy kenal kwn akak sy.
he's handsome beside have a great job. pengaruh movie pisau cukur la ni...

hehehehehe

Anonymous said...

haha ak tau yg no.2 tu simptom2nya telah berjangkit kpd kwn kita (irfani bukan nama sbnr, job dentist)..ak spt yakin hjg tahun ni slps menerima bonus pasti die mbeli iphone haha..

-fandi-

Anonymous said...

yo addict, dont drop ur water face(book)

- potong

sI tEDI said...

ijaii.. satu pun tiada ciri2 itu kepada aku..

pass fesbuk pun aku tak ingat!!

Anonymous said...

Ah Long ugut mangsa di facebook
Nov 16, 09 5:21pm

Ah Long kini menggunakan laman web sosial percuma yang popular iaitu facebook untuk mengugut dan memalukan peminjam yang
gagal menjelas hutang.

http://www.malaysiakini.com/news/117557

- potong

z a t i said...

- aku renking 63 roklegen
- cafe world duit aku ratus2 ribu serta memiliki restoren berkonsep classy minimalist
- kalau teruje jumpe perkara menarik online aku akan tekan butang share facebook (dan tweeter)
- aku join grup jonsi&alex gay berbakat dari iceland
- kalau tkleh tido jam 5pagi aku main pick5 (ni serious utk org tkde life yg serious)
- oh, tp status hanya apdet seminggu sekali/jika dh kosong.status apdet kt twiter la beb.

ha ha, aku la contoh terbaik.

tapi aku jugak ketagih benda2 lain mcm makanan halal,pemuzik iceland,gay front man in a band, gambar hitam putih, seni digital, serta blog kau. (ni shuhud tuduh).

nanti la aku ada baby boleh la buat blog ketagih bayi sendiri serta ketagihan barang berjenama i dah beli kasut tumit 38inci ni semalam kinda thing..

sekian.tehhhe.

Mohamad Faizal said...

enulwanie: antara simptom penagih facebook ialah tidak mengaku yang dia ketagih facebook hua hua hee

fandi: entri ini memang aku dediket dekat irfani pun. tapi kau sama sebenarnya ketagih hua hua hee

potong: sebenarnya kau ni ah long ke cuba2 menakutkan aku. aku penah pinjam duit kat mak long aku je itupun aku dah ganti

tedi: password fesbuk anda ialah no kad pengenalan anda.

zati: haa haa zati si penagih tegar.

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

syok main farmville n cafe world jer kat fesbuk

hehhehe.....

atreyu strange said...

Haha. Great one! Tapi saya tak ketagih facebook yer sebab kwn saya x sampai 200 pun (tak cukup cool ke ape?? T_T). Lagipun, saya klik blog ni dr NuffNang! Lalala~

finaz said...

haha.. im guilty for joining facebook sebab nak stalk orang.. hihih.. !!

yg lelain tu.. tak kot. sebab i xde main games mcm mafia wars cafe world etc kat facebook nih.. i setakat tgk2 gamba dan menjadikan ia bahan gosip sesama rakan..

facebook brings out the kaki sibuk and kak nam in me.. hehe

Anonymous said...

haha..
mane ade aku ketagih dowh..takdela sampai mengupdate status setiap dua jam..seminggu sekali tu maybe la..
gune iphone mengakses fb sgt cool sbb boleh chat skali..gune nokia aku yg sgt picisan ni takleh chat..huhu..
btw,aku takde la main mafia wars,barn buddy,farmville etc walaupun lebih 10org anta request kat aku..haha..


p/s: sile anta aku berubat kat harun din kalau simptom2 ketagihan semakin ketara dan diluar kawalan..haha..

-irfani bukan nama sebenar-

Anonymous said...

so abe ape lagi beli la iphone cepat..ak, faizal, anas, zul, apai da memilikinya..spe lagi eh yg ak tlupe??kamon abe kalo tak mampu pki krdt card ak..lehje tlg mbr2 ni hehe..

-fandi-

ShashaLia said...

demit.. sy ada beberapa simptom d atas..~! apa harus saya laku kan sekarang incik cool??

Cik Faridah Huda said...

oh yee...memang terase pemos sebentar bila tgk org komen kat kiter punya status..even sekadar menulis.."aku x leh lena!"...pas tu bleh teruskan ngan berbincang pelbagai agenda yg keluar tajuk...sambung plak sampai 2-3 hari seterusnya...

memang FS dah x laku skang nie...

Anonymous said...

mane aku ade duit skrg..
baru beli tv 42"..kene tunggu gaji ujung bulan la kot kalau nak book iphone..jgn risau..nanti aku akan join geng bangi yg ade iphone..haha..

-irfani bukan nama sebenar-

Anonymous said...

bila berjln sambil pegang hphone sambil tersenyum2...

-kakak sblh itu-

Mohamad Faizal said...

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠: jangan sampai tak semayang asar leka berkebun

atreyu strange: anda memang tak ketagih...yet

finaz: stalk siapa? lelaki hangat macam saya ke

irfani bukan nama sebenar: usah hendak nafikannya. page kau macam sarang penagih sana sini penuh dengan aplikasi khurafat

fandi: kau tertinggal jamil

shashalia: haha adik kepada shima. apa yang anda perlu lakukan ialah menghadiri sesi kaunseling anjuran ustaz faizal al kacaki sila bawa kakak anda sekali

cik faridah huda: uhh apa password frenster dah lupa aaa...

kak mona: dengar cerita ada hp mahal?

Idlan said...

Tak cakap ko nak Iphone abe.. kat UK free ajer...

Anonymous said...

tgk tu be along da ofer nk belikan dulu..pe lg soh die beli poskan la..ko kan adik durjana da dpt nnt tak payahla byr balik (idea jahat) hahaha..

-fandi-

Anonymous said...

ijai, tapi tak boleh lwn iphone org tu....

ShashaLia said...

incik cool.. kalau begitu, boleh tak tolong atur kan satu sesi kaunseling saya bersama ustaz faizal al kacaki??

Anonymous said...

Facebook? What's that? Hahaha


-Jamil

Eliza said...

Walaupun ketagihan facebook, suamiku masih mampu menge"poke" ku physically..hahahahaha Lucahlah aku ni

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...