Tuesday, November 10, 2009

Ulasan Cuci: The Musical


Daripada anda menonton pornografi hari-hari, baik anda menonton persembahan muzikal. Di atas prinsip itulah aku membuat keputusan untuk menonton Cuci: The Musical pada hari Ahad yang lalu walaupun hakikatnya aku jarang sekali menonton pornografi. Itu merupakan hari terakhir persembahan Cuci diadakan di Istana Budaya. Oleh kerana itu merupakan last day, maka memang sold out lah tiket untuk persembahan hari itu. Namun begitu, da'killa berjaya mendapatkan tiket untuk menonton teater muzikal yang menjadi bahan umpatan di Melodi ini. da'killa kata, masa dia beli tiket, Adibah Noor pun turut membeli tiket jugak. Mungkin untuk dua pupunya Rosyam Nor dan abangnya Malek Noor hiarkkk (keraskan otot punggung). Amacam lucu tak jenaka sampingan aku?


Aku hanya pernah memasuki dewan Lambang Sari untuk menonton kugiran Butterfingers dan OAG tempoh hari. Maka apabila aku melihat kebesaran dan kecanggihan Panggung Sari terus aku berniat untuk melakukan solat sunat kesyukuran ketika itu. Kool doo. Kami membeli tiket yang paling mahal so lagi mahal lagi ataslah tempat duduk dia kan (tipu). Kami disertai Muaz dan Iza pi lah blog depa ada banyak gambaq. Sila klik Read More untuk membaca ulasan mengikut perasaan.

Cuci mengisahkan tentang kehidupan 4 orang adik beradik yang berlainan fizikal dan intelek yang bercita-cita untuk memenangi kontrak mencuci tingkap KLCC. I was interested to see how they would make the transition from a movie to a musical without recycling the contents from the movie while maintaining the entertainment value. The result was, awesome nak arwah! Kekuatan teater muzikal ini memang bergantung kepada 4 tonggak utama iaitu Afdlin, Awie, AC Mizal, dan Hans Isaac. Everyone of them was given the moment to 'shine', tiada rasa salah seorang daripada mereka overshadow antara satu sama lain. The supporting cast did a great job as well. Substituting Erra with Vanidah was a great move. Her singing was better than Siti Sarah. Paras rupa tak payah ceritalah hidung Vee takdelah macam hidung pelepah kelapa Siti Sarah. Awwww amboi amboi amboi. Gurau je Sarah jangan marah nanti kena barah. Wahh rhyme.

To say that Cuci: The Musical is fun is an understatement. Kandungan serta olahan penceritaannya memang fresh, jenakanya memang menjadi dan boleh relate dengan kehidupan seharian. Performing depan live audience memang sukar sebenarnya. Aku jadi ketua darjah nak lead 'Selamat Pagi Ustazah' pun dah menggelabah inikan pula hendak menghiburkan lebih seribu orang secara live. Banyak variable yang perlu diambil kira untuk menjadikan persembahan mereka 'menjadi'. Like when things did not go as planned (lupa skrip/props tak ready/timing lari etc) the casts could easily improvise, and they were able to turn the sticky situation into something even funnier, like the time when Afdlin forgot his lines and Hans Isaac was trying so hard not to laugh that he need to pretend that he was crying on the ladder. Terlalu banyak memorable moments yang kalau diingat kembali, boleh dituduh hilang akal kita kerana tergelak seorang diri. Antaranya ialah:

1) Afdlin lupa skrip. Pastu dia tanya "Kau ingat tak apa yang aku cakap last tadi?" AC jawab "ey ey eyy"

2) Awie poking fun at his feud with Akhil Hayy. Haha sumpah lawak gila. Baca Oh Artis jika anda tak tahu mengapa Awie membenci Akhil Hayy.

3) Sikap berterus terang watak Hans Isaac (Khai). Banyak lagilah sebenarnya.

Nama pun muzikal, mestilah fokus dekat muzik bukan? The opening number dia memang catchy dan bersemangat sehinggakan boleh terbawa-bawa ketika membaca doa Iftitah. Ada satu part semasa permulaan separuh masa kedua persembahan masa diorang nyanyi lagu Man Bai tuh. Sedap doo suara mamat tu siapa dia haa? Homoseksual ke aku puji lelaki menyanyi sedap? Alah aku menyanyi sedap tapi takdelah aku ghairah kat diri sendiri. Suara Adibah Noor memang powerful dengan gaya Tina Turner/Sahara Yaacobnya. Lagu-lagu yang digubah oleh Pacai dan Douglas Lim berjaya menusuk kalbu para pendengar, dilengkapi dengan koreografi daripada gadis-gadis bawah umur. Huii memang jakun gila ah bila aku melihat stage dia boleh turun naik siap boleh transform jadi naga lagi (tipu).

The only downside about this musical was the length of it. Almost 4 hours naik biru bontot aku duduk. But it was totally worth it. Seronok juga tiap-tiap minggu tengok wayang sekali sekala layan teater ke, stand up comedy ke, konsert ke, pergi surau ke apa salahnya kan. Aku tidak membawa kamera, fon aku pulak sudah habis bateri so tidak dapatlah aku mengambil gambar bersama artis untuk diriakkan kepada korang. Tak mengapa, lain kali mungkin. Kesimpulannya, Cuci: The Musical memang awesome possum!



7 comments:

sI tEDI said...

aku tidak bekesempatan nak tgk... sbb duduk nun jauh di sini... :(

jana said...

Salam,
faizal hari kak jana tumpang lalu kat blog you,your blog cool,buat kak jana tersenyum,kak jana link kat blog kak jana ye

Mohamad Faizal said...

tedi: takpe aku ada rakam kat hp secara senyap2 nanti aku telegram kat anda

kak jana: terima kasih kak kalau salah tolong tunjukkan. kalau saya lapar tolong hantarkan nasik

chillcha said...

laaa awak ade kat sana kah? kalo jumpa hari tu konfem2 i tgkp gamba dgn u!!!!! superb kan last show hari tu? hahahah awie+AC mmg 'king of Adlib' kah kah!!

Anonymous said...

kalau kau nak musical lagi bulan december, ikut aku. aku perform kat rock the world. 26 dec, bukit jalil.


-kusha-
09:50

Mohamad Faizal said...

chillcha: saya nampak anda! tapi dalam gambar ah haa haa. yeshh mereka memang raja adlib (baru gugle apa maksud adlib tadi)

kusha: 26 Disember di bukit jalil ke 19 disember di sunway lagoon? berilah aku pas ke pentas belakang boleh jumpa abang loque

Anonymous said...

26 dis kat bukit jalil.tarikh & venue dah tukar. kalau kau nak jumpa loque, tak yah tunggu rock the world. ikut aku bebila kau free kita lepak minum ngan dia. kalau hari rabu dia main futsal ngan aku.

-kusha-
04:55

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...