Tuesday, December 29, 2009

10 Filem Terbaik Tahun 2009

Hanya tinggal beberapa hari sahaja sebelum tahun 2009 melabuhkan tirainya. Ceh intro nak gempak. Sebagai pengunjung tegar panggung wayang Bangi Utama yang sudah 2 kali muflis, aku ingin berkongsi sepuluh filem terbaik sepanjang tahun ini berdasarkan nafsu aku sendiri. Usah menggelupur jika aku tidak letak Transformers 2 di dalam list aku kerana aku tidak mengecapi kemuncak syahwat ketika menontonnya. Gadis-gadis pula jangan PMS sebab aku tidak meletakkan New Moon dalam senarai filem terhangat. Anda sudah bersedia? Ayuh kita klik Read More untuk mengetahui senarai filem terhebat tahun 2009.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

10. Sell Out

Ulasan ringkas: Akibat sudah kehabisan cerita untuk ditonton di Alamanda Putrajaya, kami membuat keputusan untuk menonton cerita ini setelah melihat ratingnya yang tinggi di Internet. Semasa membeli tiket, hanya aku dan da' killa sahaja yang menontonnya. Dia kena at least 4 orang dalam panggung baru dia bole tayangkan. Takpe kami gamble saje tup tup adala lagi 2 orang menonton. So total dalam panggung yang besar itu 4 orang sahaja yang menonton. Well you know what, korang memang rugi kerana tidak menonton filem ini. This movie is surprisingly good. 100% Made in Malaysia! It's a comedy/mockumentary/musical about Rafflesia (tv show host) and Eric (designer), who both work for FONY, whose mission statement, copied from a Taiwanese company, is to be original. Mereka di ambang wati sama ada hendak sellout ataupun teruskan impian mereka. I love how this movie poked fun about typical Malaysian:

1) the empty conversation that we make in the elevator or toilet.
2) berebut teksi macam hendak pergi berjihad
3) pekerja department store yang menyorok di saat kita memerlukan

Pergilah tonton. Samala korang akan benci atau suka. Aku suka.

Ratings: $$$$
Spoiler: tiada

9. Monsters vs Aliens

Ulasan ringkas: Haa haa filem ini memang lucu. Susan Boyle, sorang gadis kampung yang ingin memenuhi cita-citanya menjadi penyanyi telah menyertai pertandingan mencungkil bakat di bri'en (Britain). Selepas terkena meteor, dia berubah menjadi raksasa lalu ditahan di kem kamunting, Perak. Bersama rakan-rakan raksasanya yang lain, BOB yang bodoh tatapi menghiburkan, Missing Link yang berlagak tough, Dr Cockroach yang suka makan sampah serta Insectosaurus yang lurus bersatu menyelamatkan bumi daripada serangan pendatang tanpa izin. Aku memang terbahak-bahak di scene presiden amerika cuba berinteraksi dengan makhluk asing dengan bermain keyboard. Dua kali juga aku tonton filem ini.

Ratings: $$$$
Spoiler: insectosaurus tak mati dia cuma mengalami proses metamorphosis

8. Eden Lake (agak lambat keluar di Malaysia)

Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang pasangan belum berkahwin tetapi dah dekat nak bertunang yang merancang untuk mengambil annual leave dan bercuti di kawangan peranginan eksotik, Eden Lake (eden punyo tasik) di Negeri Sembilan. Pada mulanya percutian mereka agak bahagia namun setelah kehadiran kanak2 bermasalah, percutian mereka menjadi mimpi ngeri. Aku tengok poster ingatkan cerita ini ada orang mereng otak bunuh2 orang lain di tasik, namun aku silap. Cerita ini memang penuh dengan saspensyen. Namun awek itu memang malang. Peribahasa2 ini menggambarkan wataknya di dalam cerita itu; sudah jatuh ditimpa tangga, keluar kandang harimau masuk ke mulut buaya, serta padan muka kau kau memang bangang. Taktaulah. Sakit hati pun ada sebenaqnya menonton cerita ni.

Ratings: Kadang2 $$$$ kadang2 $ 1/2
Spoiler: Perempuan itu memang malang.

7. Drag Me To Hell

Ulasan Ringkas: This movie was surprisingly good. Aku rasa cerita ini tidaklah seram, tetapi elemen terkujat dan jijik, serta elemen yang tidak disangka-sangka, kelucuan, berjaya membuat orang berkata, niceeee. Mengisahkan tentang seorang pekerja bank yang ingin menjawat jawatan penolong pengurus yang membuat keputusan tidak mahu melanjutkan tempoh pembayaran pinjaman perumahan seorang nenek yang jijik, lalu nenek itu menghantar santau kepada gadis itu. Santau itu memang keji kerana nanti ada makhluk yang akan menjemputnya ke neraka dalam masa 3 hari. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh gadis itu untuk mengcounter sumpahan itu seperti membunuh anak kucingnya, mengupah ghostbuster serta mengorek kubur nenek tua tadi dengan macho.

Ratings: $$$$
Spoiler: Dia masuk neraka.

6. Watchmen

Ulasan Ringkas: Filem ini diadaptasi daripada novel grafik yang hebat dari Amerika dengan tajuk yang sama. Mengisahkan tentang pahlawan-pahlawan bertopeng bergabung menubuhkan satu sindiket MLM untuk menentang penjahat-penjahat durjana. Setelah salah seorang daripada mereka dibunuh (Denny Duckett), Encik Bersuara Garau mengesyaki ada komplot untuk menghapuskan anggota-anggota Watchmen. Ahh panjang betul filem ini. Gadis-gadis merungut tidak faham menonton cerita ini kerana mata mereka hanya tertumpu kepada zakar biru Doktor Manhattan.

Ratings: $$$$
Spoiler: Ozymandiaz yang bunuh Denny. Tapi dia baik dalam jahat. Haa?

5. District 9

Ulasan Ringkas:



Ratings: $$$$
Spoiler: effing prawns

4. 500 Days of Summer

Ulasan ringkas: Tom merupakan seorang yang percayakan tentang cinta abadi dan dia jatuh cinta dengan Summer yang hanya ingin ringan-ringan tanpa sebarang ikatan. Mula-mula Tom memang tak kisah namun semakin hari Tom semakin angau dibuatnya oleh Summer seolah-olah terkena penangan nasi kangkang. Summer maintain je ketegasannya tidak mahu terjebak dengan jerat percintaan. Para penonton dipersembahkan dengan kisah suka-duka Tom dan Summer secara rawak, sekejap di awal percintaan dan kemudian flash forward ke hujung percintaan. Filem ini memang sweet, lucu dan mungkin boleh mengalirkan air mata jika terlalu menghayatinya.

Ratings: $$$$
Spoiler: Tatkala mereka menjadi 'bisu' di taman, mereka sebenarnya sedang menjerit sesuatu tentang 'penis'. Itu pun nak cut.

3. Zombieland

Ulasan ringkas: Columbus, seorang jejaka yang cekal hidup berseorangan di pekan Zombie Kampung Pisang. Dia berjaya mengelakkan diri daripada dibaham zombi dengan mengamalkan peraturan-peraturan yang direkanya sendiri. Satu hari dia terjumpa dengan Tallahassee yang kool yang hobinya ialah membuli zombi serta gilakan Twinkie. Mereka bersatu padu dengan Wichita yang hangat dan Little Miss Sunshine yang sudah besar. Filem ini memang lucu, memang ganas dan ada juga sedikit sweet n sour serta masak taucu. Kameo Bill Murray memang terbaek! Nantikan Zombieland 2 tahun 2011 nanti!

Ratings: $$$$ 1/2
Spoiler: Oh Bill Murray!!!


2. Hannah Montana The Movie


Ulasan Ringkas: Is this the best summer movie? Miley hidup dalam 2 alam, tetapi dia bukanlah seorang khunsa, sebaliknya dia merupakan seorang gadis sunti yang ada identiti rahsia iaitu penyanyi terkenal Hannah Montana. Kali ini, bapanya memaksa Miley untuk pulang ke kampung halaman untuk melawat neneknya. Pada mulanya Miley berasa bosan dengan kehidupan di kampung namun setelah diserapkan dengan nilai-nilai murni, Miley mula berasa gembira, lebih-lebih lagi setelah seorang jejaka koboi cuba menguratnya. Namun kegembiraan itu tidak berterusan apabila 'Hannah Montana' datang ke kampung mereka. Hoit korang tolongla tengok cerita ni usah nak berlagak kool cakap Hannah Montana tak kool. Siapa rasa lagu the climb best gila barbie nak arwah sila jerit HO! Oh Taylor Swift pun ada.

Biased Ratings: $$$$$
Spoiler: Orang dan tahu Miley itu Hannah Montana. What the whatttt

dan filem terbaik sepanjang tahun 2009 ialah......jeng jeng jeng

1. Star Trek

Ulasan ringkas: Bagi aku, filem ini adalah filem musim panas yang paling hebat setakat ini. Tidak sia-sia aku, Muaz dan Irsyad tuang kerja fly panjat pagar ofis untuk menonton filem ini di hari pembukaan. Mengisahkan tentang krew kapal angkasa U.S.S Enterprise yang berjuang menentang kaum jahilliyah dari masa hadapan, Romulan Jameela. Kapten pasukan Romulan, Nero 7 Essential ingin membalas dendam terhadap Spock kerana membiarkan planet tumpah darahnya musnah. Kita tidak perlu mengikuti ataupun mengambil tahu tentang siri televisyen Star Trek yang asal untuk menghargai filem ini. Filem ini penuh dengan aksi mendebarkan, efek mengagumkan, kelucuan yang kena pada tempatnya serta bijak bermain emosi dan perasaan. 2 kali aku tonton filem ini.

Ratings: $$$$$. lima bintang beb!
Spoiler: spock tua = william bell dalam fringe

Filem-filem yang hampir-hampir masuk top ten aku: Inglorious Basterds, State of Play, Up.

Filem-filem hangat sepatutnya masuk top ten aku tetapi tak keluar di Malaysia: The Hangover, Whip It

Huii penat gila aku menaip. Padahal kopi pes review terdahulu amacam licik tak aku. Sherlock Holmes pun gagah tapi aku letih nak taip review. Avatar pun aku tahu filem itu hebat, tetapi aneh aku masih belum menontonnya lagi. Takpe weekend ini kita tonton tiga dimensi ayuhhhh. Anyway, adakah filem-filem di atas berada di dalam senarai filem terbaik anda untuk tahun ini? Ayuh sila kongsi bersama untuk didebatkan.



12 comments:

Anonymous said...

jai. bagi aku avatar adalah movie of 2009. kau kene tonton cite tu.

adam

enuLwanie said...

stkt movie yg sy dh tgk,
yg international : GI JOE.
yg local : papadom.

avatar n sherlock holmes belum tgk lagi.

Shima Ibrahim said...

adakah kao bkn peminat Transformers ijai??

Mohamad Faizal said...

adam: weekend ini aku tonton. last week ghamai nok mapuh

enulwanie: haha sampai sekarang masih tak tonton papadom

shima: peminat, tapi tidak cukup gagah untuk masuk dalam top 10

Anonymous said...

HO!! utk hannah montana n taylor swift yg nyanyi lagu crazier..haha..

jai,ape kate kau buat pulak entri top 10 filem bodoh aka membazirkan duit yg kau pernah tgk di panggung..haha..

-shuhud-

nana said...

baru aku sedar, tahun ni aku tak tengok wayang.

dah nak habis tahun 2009 rupanya.

Shima Ibrahim said...

oh no! adekah ko ingin katekan yg Hannah Montana lebih gagah drpd Sam Witwicky?? this is an insult man..

Anonymous said...

serupa macam adam jugak, aku juga membuat kenyataan balas mengatakan avatar (kau kena tgk yg 3d punya tau!) adalah movie of the year!




-kusha-
avatar addict

Anonymous said...

ini berdasarkan cite kat wayang saje ke? ooo...

kalau overall (termasuk yang donlot tapi porn x bleh masuk list nanti mendominasi 1 sampai 10 list ko) macam mana?

aku suke cite changeling!!!!

anonimes.

Mohamad Faizal said...

abe: mungkin satu hari nanti aku buat. salah satu daripadanya ialah apabila kau memperdayakan aku menonton Gila Bola di hari raya ketiga.

nana: takpe, tahun depan tengok wayang kulit terus

shima: duh?? Hannah Montana jauh lebih seksi daripada Megan Fox

kusha: yaaaaa aku tonton tahun depanla

anon: tak juga, tak semua porn aku gemar. changeling tu cerita angelina jolie ke aku tak tengok ah

Anonymous said...

Avatar is the best! hehe..
berbaloi tgk


-al

Kunal said...

Hannah Montana? WTF??

Where is The Hangover?? Even Funny People was good. Inglorious Basterds??

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...