Tuesday, December 15, 2009

4 Hari Sebelum Mama Pulang

Mama aku menghantar mesej pesanan ringkas semalam:

"Salam jai. Tlg siram pokok tanduk rusa n lain2 ye"

Pokok tanduk rusa tu apa? Aku pun Bing ah image 'pokok tanduk rusa'. Keluar gambar ini:


source: kolektumbuhanberdaunshalby.blogspot.com/

Macam familiar sahaja. Aku pun bandingkanlah dengan gambar pokok yang aku ambil tempoh hari:


Demmit! Itu adalah pokok kesayangan mama. Gambar ini diambil semasa raya haji. Kalau ambil gambar sekarang memang pokok ini sudah nazak tidak mampu melakukan proses fotosintesis lagi memang takde kaler hijau langsung. Baja urine aku pun sudah tidak dapat menyelamatkannya lagi. Wait, I haven't told her the worst part yet....cemasnya. Sila klik Read More untuk berkongsi kecemasan dengan aku.

Yang ini mau aku kena tomoi dengan mama aku. Ingat tak gambar keluarga kucing miskin tetapi bahagia ini?


Well gambar di atas diambil sebelum mama pergi haji. Kini hanya tinggal satu ekor sahaja anak kucing Siam yang masih bernyawa. 4 ekor sudah dipacak nisan. Tahukah anda harga kucing siam berbaka baik boleh mencecah RM 1,000 di pasaran gelap? Aku baru sahaja melesapkan RM4,000 takkan mama aku boleh bersabar dengan aku. But to my defense, errr mak dia yang tak bagi susu. Takkan aku nak pinjam pemerah susu jiran aku dia nak guna untuk suami dia. (sebenarnya mungkin mereka mati kerana aku tak bawak pergi vaccination). Oh mama kucing kelabu dan anak kucing oren juga dah meninggal, jumlah kucing yang meninggal semua ialah 6 ekor. Baik menyerah awal-awal sebelum kantol nanti. Mungkin aku boleh salahkan akak yang menjaga kucing itu....hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.

On a positive note, mama aku pasti bangga dengan aku setelah melihat pakaian dilipat dengan rapi. Tak sia-sia dia menghantar aku ke sekolah agama Jais sebelah stesen bomba tu.


Ok sebenarnya Mak Teh aku yang datang rumah lipatkan. Mabuk alkohol apa nak suruh aku lipat baju.



20 comments:

Anonymous said...

hahaha..abis la pokok tuh..kucing pule mati smp nam eko..taleh bekate ape lagi..serah diri jai sebelom telambat!!

yg benar,
anon suwit

sI tEDI said...

ijai!!!!
pokok tu aku leh trima lagi!!1

anak kucing tu????

eeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!

Anonymous said...

Akak rasa baik ko ngaku je dgn mama pasal pokok tu. Tapi sblm balik tu belilah pokok tanduk rusa nak ganti yg dah reput tu. Baru sejuk sikit hati dia..Kalau dia panas jugak, ko bukak aircond :P

er anak kucing tu, akak rasa dgn ko sekali tak selamat nie..

-kak mona-

hUdArLiNg said...

jai,

comel k nisan tu. i ingat apa bende la kt kucing tu. hahaha.

attiesya said...

ijai..ijai..

sy rasa mama awk tak marah kot.. dr yg sy kenal dia, x marah rasanya.. tp bab kucing tu den x taula.. cuma doa2 la.. sebab baru balik haji kan.. slow talk ngan dia.. hehehe.. bagi minum air dulu ari dia balik nnt.. cool la sket kot..

xpe..xpe.. kalau dia marah, bgtau sy.. hehehe

finaz said...

lahhh ada gamba nisan ke kat kucing tu? i baca komen hudarling baru perasan... hahaha..

ijai u kene start belaja lipat baju, siram pokok bunga etc.. camne nak kawin nanti? i rasa datillah kena bagi kursus induksi / training dululah kat u

Anonymous said...

omaigodddd!takziah jai nam eko kucing da terkorban.yup comel gilaa batu nisan tu.besedialaaa ko kene bambu ngn mama ko.hahahahaha =p

-kwn anon suwit-

Anonymous said...

YaAllah kesianlah mati enam ekor sampai..mesti encik faizal kena baham ngn mak encik...kesian lah mak u nyer pokok mati and anak kucing pon mati..yaAllah..

nasihat ringan sebelum encik faizal dirikan rumah tangga:
1.jaga anak kucing betul2..hish3
2.blajarlah lipat baju..mana boleh wife je lipatkan.
3.siram pokok bunga pon sila belajar.
4.blajar memasak juga.
5.encik faizal semua dah ada cuma kena rajinkan diri je..mana boleh jadi anak manja mama je.

anon baik hati;)

Shima Ibrahim said...

eh ijai, bapakku juga peminat pokok tanduk rusa ni. kat umah aku ade 5 bijik tergangtung kat porch. ko tau ape yg elok utk pokok itu?? kulit pisang! pelik, bukan? tapi btul..disebabkan bapakku amat meminati pokok tersebut, beliau byk menerima nasihat drpd penggemar2 yg lain termasuk opah aku. so, ape yg mungkin boleh membantu kao skrg, mkn pisang 2,3 bijik (bkn setandan, ok?), pas tu kao campak kn saja kulit2 mereka ke dalam bhgn atas pokok itu. pas tu kao siram seperti biasa. tp ingat, pokok ini bkn seperti bogenvila yg harus kao siram hari2, 3 hari skali pon ok dong. satu lg, jgn expose kt matahari sgt. nature nya hidup menumpang kt pokok2 so haruslah tempatkan mereka ini ditempat redup.

sekian.
(bekas pensyarah pertanian UPM)

Anonymous said...

kau fikir positif jer jai....at least, ada orang nasib yang lagi teruk daripada ni....mesti kau suka kan aku backing kau?



-kusha-
backup dancer

jana said...

alaa ijai kak jana rasa mak ijai tak marah lah dia tengok muka ijai je marah dia tak jadi punya ,dah lama anak dia kena tinggal lagilah menambah kesyahduannyaa nanti kan I'm a mother I knowlah ,kalau anak sorang lagilah pula."Pokok bunga boleh beli lain,anak kucing tu biarlah mak kucing yang patut jagakan.Ijai ni sorang je mak kat rumah takda siapa jaga "pakailah dialog ni ye jai.Insyaallah selamat.Buatlah muka sedih sikit ye.

Noraishikin Mohd Salleh said...

cepat jai gi beli pisang..abesla kau...hehehhehe...mama ko ckp pe psal pokok tuh?

enuLwanie said...

sg2 x terurus nya keadaan abg ijai.
hahahaha
kesian smpai mati family kucing.
nasib baik sekor lagi blh wt kemandirian spesies.
ada gak keturunan mak dia..

Anonymous said...

Abis la kami jai pasni mma ko mst salahkan kami rakan2 jugak sbb sll pengaruh kau buat aktiviti lain tnpa mempedulikan hal rumah..xdpt nk lpk umh ko lg huhu..

-fandi-

Mohamad Faizal said...

anon suwit: takut kerana benar berani kerana salah

tedi: bukan salah aku la

kak mona: mahal la pokok tu

huda: kucing islam nih

attiesya: anda kenal mama saya kah

finaz: takpe nanti semua tu dia ajar kat kursus kahwin

kawan anon: mama aku tak pernah bambu aku kecuali membelikan putu bambu

anon baik hati: sebagai anak tunggal, saya wajib menjadi manja

shima: yesss nanti aku datang rumah kau pau kau satu pokok tu bagaimana? aku belanja la teh ais nanti

kusha: u memang sentiasa di belakang i..awwww

kak jana: yaaa saya memang anak kesayangan mama nanti saya guna dialog tu dalam bahasa arab

shikin: mama aku cakap arab terus "laaa is laaa bonitaaaa"

enulwanie: takpe esok lusa dia mengawan lagi

fandi: ahh korang semua memang pengaruh buruk dahla malas sembahyang nasib baik aku ada nak bimbing ke jalan yang lurus

Anonymous said...

haha..
tapi mak kau pesan suruh tgk2 kan kau je jai..takde pulak suruh tgk2 pokok ngan kucing..hehe..

btw,cepat fendi kite dedahkan sape tak smayg subuh time kite tido rumah ijai aritu??haha..

-shuhud-

Anonymous said...

abe ak tau siapa kah gerangan lelaki itu yg tidak solat subuh..mungkin kerana mlm itu dia tido berseorangan dan melakukan onani so subuh malas nak mandi wajib hahaha..org itu ialah anak tuan rumah yg kite tido drumahnya be hahaha...

-fandi-

Mohamad Faizal said...

barbie aku bangun lagi awal daripada korang. lagipun korang subuh pukul 7.45 pagi apa gunanya. dan jika aku tak semayang korang yang berdosa sebab tak kejut aku

attiesya said...

iyer en. ijaicool.. sy knl mama awk.. geng kamceng lagi walaupun jauh perbezaan usia (x dela jauh sgt kot).. :D

cleopatra said...

hahaha! comeii gilaa entry ini! saye suke!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...