Tempoh hari kita telah mempelajari bagaimana hendak membuat ayat bagi menarik perhatian gadis-gadis, hari ini kita akan belajar teknik-teknik untuk mengurat jejaka pula. Pasti ramai gadis luar sana yang kurang keyakinan diri untuk menegur jejaka yang disukai kerana mungkin tangan anda berbulu lebat ataupun berat badan anda melebihi 52kg. Usah risau, statistik daripada majalah Anjung Seri mengatakan 60% lelaki tidak mementingkan tubuh badan, kerana tubuh badan tak penting, Yang Penting Rupa. Hati lelaki ini sebenarnya mudah sahaja untuk dicairkan, tetapi anda tidak boleh nampak terdesak. Diharapkan gadis-gadis menggunakan ayat-ayat nguratan ini dengan berwasadtiah dan tidak menyalah gunakan ayat-ayat ini untuk mengikis wang kaum lelaki dengan memperdayakan mereka untuk membeli beg tangan baru. Ayuh kita klik Read More untuk mula mengurat.
1) "Muka awak ni macam familiar la. Awak pernah keluar di ruangan Kacak Bergaya di Pancaindera bukan?" (nota: tidak pernah sekalipun jejaka muka kena parang keluar di ruangan itu)
2) Instead of cakap nak belanja makan, sila cakap, "Awak, biar saya belanja awak isi minyak kereta full tank"
3) "Saya pandai memasak...." Bam! Pastu berduyun-duyun jejaka menagih kasih kerana 90% gadis sekarang tidak pandai memotong bawang untuk membuat masak lemak cili api.
4) Yang ini tak perlu bercakap. Datang sahaja depan jejaka yang anda minat, lepas tu buat gaya tarian lagu Spice Girls 'Stop!' Sumpah kitorang tak akan cakap korang gedik malah kami akan menganggap yang anda ini kool gila sekool Spice Girls.
5) "Add saya kat Mafia Wars. ID saya 5403 6688 54"
6) Lelaki yang sejati pasti meminati bola sepak. Kalau mereka tak minat tu selalunya mereka ini homoseksual ataupun trauma sebab pernah kena sepak di perut masa main bola macam kawan aku Rushdi. So jika korang sebut perkataan 'bola' sekalipun sudah boleh menarik perhatian lelaki. Tetapi teknik ini berisiko untuk membuat anda aib juga. Pastikan anda tidak tersasul antara Brad Friedel dengan Brad Pitt.
7) Buat muka serius. Rapatkan kedua-dua belah tangan. Kemudian dengan tenang ungkapkan "KAGE BUNSHIN NO JUTSU!"
8) "Saya boleh bawak kereta manual"
9) Stereotype mengatakan yang gadis ini buta IT. Pergi depan jejaka dan ucapkan "Awak tahu tak kalau nak masuk safe mode awak kena tap F8 banyak kali semasa startup..."
10) Bagi mereka yang ada fetish terhadap jejaka surau, sila flirt dalam bahasa Arab. "Ma is muka? Ismi Eliza Sherwany. Rukun Islam wal homsatun" (terjemahan bagi mereka yang tidak sekolah agama sampin hijau: "Siapa nama awak? Nama Saya Eliza Sherwany. Rukun Islam ada lima" ) Tapi gadis-gadis pastikan buah dada anda tidak terdedah sebelah cakap Arab macamana pun tak guna nanti.
Selamat berjaya. Tak perlu kaget, kami lelaki kami tahu apa yang kami suka. Ingat pesan saya jangan gunakan ayat ini untuk melakukan kemungkaran.

20 comments:
hi saya tak faham kenapa nombor 7 boleh digunakan untuk mengurat..ape maksud ayat tuh?
soalan:
lelaki mmg suka perempuan gedik ek?sejauh mana gedik yg lelaki boleh handle actually?saya konfius..
tp saya dah ada bf so saya bukan mencari..haha
anon
apa la faizal ayat2 ni semua x berguna
siti
ijai...
aku akan praktikkan!!
doakan kejayaan aku!
ala abg ijai ni..
bg la ayat yg betul ckit.
sy nk praktikkan ni.
hahahaha..
sy rs lelaki memang mudah tertarik pd wanita yg tau psl bola dan komputer.
ni pengalaman sy!
tp sy xdela arif benar ttg dua2 tu.
tau ckit2 la sbb sy minat dua2 ni.
aku akan start dengan cadangan id mafia wars
'ijai.. id saya kat mafia wars adalah 2109 1900 85. add saya kat mafia wars ye'
hahahaha ijaiii semua tips ni tak berguna ok.. u nihhhh.. bagi ajaran sesat jer
my experience: buat gedik2 / ngada2 sikit sambil pout2 bibir.. hahaha..
hahahaha ijaiii semua tips ni tak berguna ok.. u nihhhh.. bagi ajaran sesat jer
my experience: buat gedik2 / ngada2 sikit sambil pout2 bibir.. hahaha..
anon: itu mantera kasih jepun. gadis hanya boleh gedik jika sudah bercinta. kalau tak kenal pastu nak gedik memang nak kena sumpah seranah aa
siti: tak berguna? cuba dulu mungkin esok anda terus dapat boifren muka macam pelakon jepun
tedi: semoga anda mendapat teman lelaki yang kacak dan solehah. amin
enulwanie: ayat2 yang telah terbukti keberkesanannya menurut survey yang dijalankan oleh berita harian
anon 2: wow! anda main mafia wars? kool! (see, it works). tapi id anda saya tak jumpa kerana saya main di aifon.
finaz: cuba duluuuu kami lelaki inilah yang kami mahukan sebenarnya
RASENGAN!!!
adam
Saya pon x jumpa id awak jugak.. huahaha
Apelah korang nie... kebanyakan yg ijai ckp dalam list tu memang boleh d buat pakai.
Aku paling suka 2, 5, 7, dan 8.
Anjung Seri ada statistik begitu kah? haha.
maaf, aku naif.
arigato gozaimas ijai-san..
boleh praktik nih.. banyak tips yg menepati.. hahaha.. terima kasih skali lagi.. :D
ade2 je idea budak ni.. haha. owh. aku pakai kete manual..agak2 ade kot laki sangkut nnti.haha
aku hanya memandang sepi semua ayat dari no 1 sampai nombor 9...tapi begitu tertancap pada ayat no 10....hahahhahaha...gelak guling2 tanpa henti lagi...
namun demikian...sampai bila2 pun aku x kan ungkap ayat no 8...kalo bleh, harap bakal hasbend dapat paham keadaan bakal bini yg mmg out bw manual..!!!!hehehhehee
adam: haha minggu ini aku harap danzo belasah sasuke
datillah: hehe camne nak jumpa u pakai bb
profwacko: high 5 untuk anda
nana: adaaa gosip artis melayu pun ada
attiesya: sama2. semoga anda mendapat teman lelaki yang kacak
cleopatra: adaaaaaaaaaaa tu yang duduk sebelah anda tu hari2 asyik usya anda je kerana anda pakai kereta manual
cik faridah: tertancap tu apa? macam lucah je bunyinya
Nnt buat la pulak entry cara-cara me'reject' lelaki yg x paham bahasa melayu dan english. mana tau ada kegunaan di masa depan. tengkiu.
kelakar. pronto.
sikiranya ayat2 chenta ini tidak berkesan, harus kah saya membuat aduan pada pihak atasan..?
hani: bolehhhh mungkin satu hari nanti saya akan buat
huda: prontot. prostat. kelenjar prostat?
shashalia: dijamin berkesan, jaminan wang dikembalikan jika tidak mendapat teman lelaki setelah menggunakan ayat di atas
Post a Comment