Sunday, December 27, 2009

Azam-Azam Tahun Baru Yang Boleh Dijadikan Tauladan

Tahun baru hanya tinggal beberapa hari lagi. Adakah anda ini seorang manusia yang berazam? Semasa awal tahun dahulu, pasti korang sibuk menanamkan azam di dalam diri tapi aku yakin korang semua sekadar hangat-hangat tahi Azam sahaja. Sudah terlambat untuk anda menurunkan berat badan di bawah 52 kg (bagi gadis) dan mengurangkan saiz perut ke 34 inci (bagi jejaka). Lebih baik kita merancang untuk azam tahun hadapan. Tetapi tak semua azam tahun baru itu azam yang baik. Ada juga azam yang menyusahkan orang lain ataupun boleh menyebabkan kita dicemeti Mungkar dan Nakir di dalam kubur. Selalunya azam-azam sebegini dilakukan oleh orang putih tapi kita orang Melayu biasalah suka meniru sifat-sifat mazmumah mereka. Jadi azam yang bagaimanakah yang patut kita contohi? Ayuh kita klik Read More untuk mengetahui azam-azam yang boleh dijadikan tauladan.

1) Saya berazam untuk untuk membaca Al-Quran dengan tajwid yang tepat. Ingat ya wajibul ghunnah wajib dibaca dengung. Jika anda membaca kitab Injil, maaf saya tidak dapat membantu. Sila tanya paderi di gereja Jalan Bukit Nenas.

2) Saya berazam untuk mengurangkan waktu melayari Internet terutamanya laman web sosial Facebook ataupun laman blog berunsur fitnah dan separa lucah seperti ijaicool.blogspot.com.

3) Saya berazam untuk mengurangkan bajet shopping membeli kasut tumit tinggi 5 inci daripada 4 pasang sebulan kepada sepasang sebulan.

4) Saya berazam untuk menghantar wang untuk ibu bapa di kampung. Selama ini asyik ibu bapa sahaja yang menghantar wang kepada kita untuk membayar sewa rumah dan wang astro.

5) Saya berazam untuk balik ke Malaysia bersama isteri instead of berseorangan menyetubuhi diri sendiri.

6) Saya berazam untuk belajar memasak dengan betul untuk suami kerana membuat penkek ataupun sandwich bukan memasak sebenarnya.

7) Saya berazam untuk menurunkan poster Robert Pattinson di dalam bilik saya dan sebaliknya menampal poster Cat Stevens ataupun Cat Farish.

8) Saya berazam untuk mengurangkan koleksi pornografi daripada 80gb kepada 50gb.

9) Saya berazam untuk memberi lebih perhatian kepada anak-anak terbiar. Saya akan mulakan dengan anak sendiri.

10) Saya berazam untuk berkahwin di tahun baru ini.

Bagaimana? Ada di antara azam di atas yang ingin anda laksanakan pada tahun 2010 nanti? Jika anda ada azam lain yang boleh dijadikan tauladan, silalah kongsi bersama.



15 comments:

Anonymous said...

pergh koleksi porno ko bkn maen besaa lagi 80gb.. bape tahun kumpul tu?

-stalker ijai tegar-

Mohamad Faizal said...

Ahaha azam2 di atas hanya contoh sahaja, tiada kaitan dengan sesiapa kecuali no 5

nana said...

no 1 adalah terbaekk~~

attiesya said...

azam no 10!! tp kena ada tambahan lgi.. azam mencari calon.. :D

Anonymous said...

err..jai no.5 tu tuk kawan kita yg kawin pada 8.8.08 tu ke??hahaha..

-fandi-

Eliza said...

No. 6...macam tau2 jer. Laki aku kwn ko kah?

Anonymous said...

aku akan pulang satu hari nanti jai. haha. apakan daya. kompeni kompeni kat malaysia taknak interview aku duhs.

adam

Anonymous said...

jai,

bila nak review avatar? yg 3d punya tau!tak sabar ni! addict aku tgk citer tu!



kusha the na'vi

Anonymous said...

i Like num 10~~

-Kitti .karabi, Thailand

hUdArLiNg said...

No 2 buat i tergelak gila2 punya. selamat dok bilik sorang2. klo tak org kata gila kene tambah azam baru "makan ubat setiap kali pg kerja"

No 10 terbaekkk!! ini khas untuk Ijai. =p

ShashaLia said...

Azam nombot 7 tu tidak tersenarai dlm azam saya.. bagaimana pon azam nombot 10 kelihatan menarik. tapi saya harus mulakan dgn mencari pasangan yg sensuai dahulu..

Anonymous said...

aku rase kau patut tambah azam utk menurunkan saiz pinggang seluar dari 36 kpd 30..(khas buat jamil,kau n fendi..)haha...



-shuhud-

Mohamad Faizal said...

nana: nun mati bertemu wau hukumnya idgham maalghunnah (saja nak tunjuk terer)

attiesya: yaa carilah calon yang soleh walaupun tak berapa hensem

fandi: haa haa tepat sekali

eliza: haha itulah dia selalu mengadu hari2 makan karipap segera

adam: ada jeeeeeeeeeeeeee hari2 keluar iklan kat jobstreet

kusha: haha avatar aku tak tengok lagi doo aku nak nonton tiga dimensi juga tapi ramai doo. kau tontonlah zombieland kalau kau kata tak best aku bayar duit tiket kau

kitti: are you really from thailand? do you know kiatisuk senamuang?

huda: kurangkan hudaaa kurangkannnnn

shashalia: haha bagilah akak anda kawen dulu

shuhud: exsqueeze me, perut aku kini 33 1/2 okayyy

Anonymous said...

Hi Ijai.

Sa bai dee mai ka?.
kiatisuk senamuang = footballer.
Thai football player kab..

Kitti, Karabi Thailand.

Anonymous said...

abe ko kena berazam utk menjadi dktr gigi yg bersopan dan lemah lembut serta tidak berborak semasa menscaling gigi patient hahaha..

-fandi-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...