Saturday, December 5, 2009

Geng-Geng Popular di Sekolah Menengah

Aku memang warga Bangi yang sejati. Aku bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3 (SMKJ3) Bandar Baru Bangi. Yaa nama sekolah aku diambil sempena nama jalan. Alah usah persoalkan, sekolah korang ada yang guna nama binatang lagi aneh macam Sekolah Menengah Kebangsaan Landak Laut, Taiping. Anyway, tempoh hari kita sudah mengenali geng-geng yang popular di matrikulasi, ayuh kita imbas kembali geng-geng yang terdapat di sekolah menengah dahulu. Geng-geng ini mungkin ada di sekolah menengah anda juga. Sila klik Read More untuk mula mengumpat.

Geng Jambu

Geng Jambu adalah para pengawas yang sering mendampingi guru disiplin setiap saat dan waktu. Selalunya mereka ini berjawatan tinggi kerana mereka pandai mengungkapkan kata-kata manis dan pandai menjilat rekahan punggung guru disiplin. Mereka mungkin berkawan dengan anda tetapi jika anda tidak berhati-hati anda akan ditusuk dari belakang umpama Ian Young menusuk Mohammed Fazdil @ Fatine di malam perkahwinan mereka. Ini dibuktikan apabila jawatan kawan aku Mohd Naufal sebagai Naib Ketua Pengawas telah dirampas tanpa belas kasihan. Budak lelaki yang Naufal minat pun dia rampas jugak bastard betul. Tapi Naufal dah kahwin sekarang (dengan perempuan) Tahniah Naufal! But the ultimate jambu adalah jambu kepada Puan Guru Besar sendiri. Guru Besar aku ajar subjek sejarah kat kelas aku. Sumpah dia ni tidak memilih rupa dan pilih warna kulit. Asyik2 sebut nama S**hud je. Pastu selalu panggil S**hud ke pejabat dia bila balik je mesti rambut S**hud tak keruan dan baju dia kusut masai. Patutlah S**hud sering mendapat markah tinggi dalam peperiksaan sejarah...

Geng Tak Selera Makan

Jangan salah faham, geng ini bukan golongan yang kurus kerempeng yang tidak cukup gizi seimbang. Geng ini digelar Geng Tak Selera Makan kerana wajah mereka boleh menyebabkan kita terus tak lalu nak makan di kantin dan dalam kes yang lebih teruk boleh menyebabkan kita muntah-muntah di tempat kejadian. Mana taknya, muka macam kena parang sana sini, dengan keselekehan mereka, rambut pulak dijangkiti kutu, ada kesan jahitan di tangan dan gigi umpama jerung. eh? Dari zaman sekolah kita sudah dapat mengagak yang mereka bakal menjadi Mat Rempit. Kalau masa perhimpunan mereka selalu kena tangkap dengan pengawas sebab tak pakai nametag, rambut ada ekor serta terlupa yang mereka menyimpan rokok di belakang telinga.

Geng Kelas Arab

Budak kelas Arab semuanya lame, kecuali Mizah and a few other guys/girls. Mereka ingat mereka gagah sebab pandai cakap Arab, Aku pun pandai wahidun isnani salasatun haa kagum tak? Mereka tidak bersosial dengan budak kelas lain. Kat sekolah memang diorang dah macam makcik chubby lepas keluar sekolah memang patut dimasukkan ke dalam peraduan The Biggest Loser Asia. Cikgu-cikgu semuanya PMS apabila masuk ke kelas aku sebab kami berperangai iblyss tapi mereka gembira sahaja apabila masuk ke kelas budak Arab kerana di wajah mereka terpancut cahaya keimanan walaupun ada yang tak hafal rukun Iman apatah lagi rukun khutbah. Mereka ini berpotensi menjadi Geng Wali dan seterusnya naik pangkat menjadi Geng Jemaah Islamiah.

Geng Ahli Sukan

Aku yakin di sekolah korang pasti ada at least seorang multi talented sportsman begini. Apabila ada aktiviti sukan, mereka hanya akan berkawan dengan sesama ahli sukan lain sahaja. Jantan lemah sukan seperti kita tidak akan dipandang lagi. Huiii dia ni memang the best of the best ah. Memang olahragawan sekolah. Semua acara sukan dia handal. Bolasepak? Dialah penjaga gol dialah target man dialah kapten. Dia mencalonkan dirinya sendiri sebagai ketua rumah Merah. Lompat jauh? Tiada masalah. Lompat tinggi? Macam main teng teng gajah je. Merentas desa? Dia lari macam lumba 100m. Apa lagi? Bakat berlakon pun ada. Yelah di saat-saat kekalahan sudah terbayang di hadapan mata dalam acara lumba lari 200m, anda boleh buat-buat jatuh dan tercedera takdelah malu sangat kalah lumba lari.

Geng Sinar Harapan

Geng sinar harapan adalah pelajar-pelajar yang disayangi guru-guru tetapi dibenci oleh pelajar-pelajar lain. Di sekolah aku ada seorang budak yang bajet genius yang sering mencipta gajet-gajet yang bajet kool seperti kapal terbang kawalan jauh, mesin tebu, permainan tetris serta robot penangkap tupai. Ada satu hari tu, satu sekolah disuruh turun ke padang untuk menyaksikan demonstrasi kapal terbang kawalan jauh dia. Satu hari tak payah belajar. WHOAAAAA KOOOL SIOTT KAPAL TERBANG KAUUU. Yang membuat aku hangin apabila kami terserempak dengan dia baru-baru ini, dia boleh pulak kata camni kat aku, "Err ni siapa haa lupa pulak nama." WHAT THE WHATTT terus aku Tombstone Piledriver mamat tu dalam hati.

Geng Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Aku tidak tahu apa sebenarnya fungsi PRS ini. Mereka bukan pelajar normal kerana mereka ada uniform sendiri berwarna pink. Apa yang aku faham, kita harus pergi berjumpa dengan mereka sekiranya kita ditimpa masalah seperti masalah cinta, masalah matematik moden ataupun masalah ereksi. Tetapi layakkah mereka sebenarnya untuk membimbing kita? Mereka pun sama je sebenarnya tak solat subuh serta membuka tudung sebaik sahaja keluar daripada pagar sekolah. Lepas tu disyaki mencabul kehormatan rakan sebaya pulak tu (fakta yang tidak berapa pasti).

Geng Hangin

Di sekolah dahulu pasti ada certain-certain karekter yang membuat anda menyirap bukan? Kita hanya berbaik dengan mereka hanya apabila memerlukan sesuatu daripada mereka. Geng Hangin terbentuk apabila individual-individual ini dikategorikan sebagai satu kumpulan yang menghanginkan. Ini adalah senarai karekter Geng Hangin di sekolah aku:

1) Hangin Pakar IT - gaya pertuturan dia penuh dengan nada riak. Dia memang handal komputer dan selalu memperlekehkan kami yang ketika itu hanya tahu main MIRC. Lepas tu memang tanpa bertanding jawatan Ketua Kadet Bomba sebab disayangi seorang guru sebelum Mohd Naufal membalas dendam dan merampas jawatan dia.

2) Hangin Seluar Lusuh - dia ni bajet dia digilai gadis. Satu hari dia cakap kat Apai, "aku tak tahulah...ada 3 orang perempuan minat dekat aku so tak tahu nak pilih mana satu...". Memang muntah nanah Apai ketika itu. Seluar sekolah dia memang lusuh tahap Kurt Cobain, rambut pulak belah tengah tutup mata.

3) Hangin Aneh - dia ini memang aneh. Gaya pertuturan dan tingkah lakunya memang bukan seperti manusia normal. Dia buat lawak pun membuat aku nak tumbuk sahaja perut dia bertalu-talu. Sumpah tak kelakar.

4) Hangin Bajet Genius dan Hangin Ahli Sukan sudah dijelaskan di atas.

Sekian sahaja segmen imbas kembali di zaman sekolah aku. Kalian pula bagaimana? Jika ada geng-geng yang korang ingin umpat bersama, ayuhlah kita kongsi bersama-sama. Dan jika korang terasa yang aku sedang mendescribe diri korang dalam repekan aku di atas, percayalah, itu bukan korang. Orang lain tu. Hee hee.



16 comments:

Anonymous said...

jai aku dah dapat kenal pasti semue orang kecuali hangin aneh. hangin seluar lusuh aku rase antara H**** ngan A*** anak ustazah.

adam

[z@ck] said...

aku geng sinar harapan..
ahahaha

finaz said...

jadi en. faizal termasuk dlm kategori yg mana satu? eh btw sek men jalan 3 bangi ni femes la esp di kalangan chatters mirc era 1998-2000.. apesal yea..

p/s: i terbaca mohd fadzil as mohd faizal.. hahaha.. terus mcm teringat "sejak bila u ada nickname fatine pulak nih.." hahahah

z a t i said...

aku rasa selain sikin dn lina kwn2 jalan 3 aku adalah geng budak arab...walau aku hanya kelihatan bertutur bahasa arab ketika waktu solat.

Mohamad Faizal said...

adam: haa haa hangin aneh hanya tiba ketika di tingkatan 4 dan 5, kau telah tiada. hangin seluar suruh ialah H.

zack: mengapa anda handal memasak dan menjahit dalam mata pelajaran KH ke

finaz: femes kah? mungkin sebab mereka gedik dan tidak matang lagi ketika itu

zati: takpe, geng arab kau bukan yang kategori hangin, ini budak arab masa form 4 and form 5. haa haa

et said...

mm..mcm xde kategori je neh..huuu~

Anonymous said...

gua ting gua nampk apai ah tadi kat jasko ekuin..tapi tade mizah pule..tapat ah gua nak kompemkan itu adelah apai.tapi, cam tinggi je org yg mcm apai tadi tuh.bile nak terserempak ngan ikram neh..;)

yg benar,
anon suwit

Anonymous said...

hahaha lawak la...jai ko kategori mane?=P..

-fandi-

Anonymous said...

Sape stalk aku kt atas ni...aku g jasko ngn mak mentua pn distalknyer...mizah adela mgkn xcam perut da lain..

Ijai...ko lupe geng gopeng mkn nasi goreng gune senduk sambal...

~AkuApai

Anonymous said...

Ijai kategori 'orang terberak dalam seluar pastu tak mengaku' hahaha jangan mare


Jamil

Anonymous said...

oo..ade ke..tak pasan pule..mintak maap. tak beniat pon nak stalk. mungkin kerna ijai telah mempopularkan geng2 bangi tanpe sedar..sile slh kan ijai.

anon suwit

Anonymous said...

Ijai,kat sekolah i ade geng 'angkat'
which is femes dlm Girl skool.
bdak2 form 1-3 sibuk dlm pencarian akak angkat and sometime boleh gaduh2 sbb nak rebut akak2 yg glamor.
akak2 tu terdiri drpd akak2 yg femes dlm kadet polis/pengawas.

1st stage = hantar resume (personal profile).
1nd stage = reply from akak2 angkat.
3rd stage ~~ N stage = bls2 surat (bertanya khabar maybe)
final stage - breakup!!

hahaha..
sekian.

-akak yg x ter-angkat -

Anonymous said...

haha..
alah jai banyak lagi geng jambu yang kau tak dedahkan..biar aku je la yg dedahkan kat sini..

jamil= cikgu zaiton KH
ijai = teacher nurul
hadi arham=cikgu hanipah
adam=cikgu geografi(kau buat dia nangis adam..)

-aku bukan jambu zainap-

Anonymous said...

haha..
alah jai banyak lagi geng jambu yang kau tak dedahkan..biar aku je la yg dedahkan kat sini..

jamil= cikgu zaiton KH
ijai = teacher nurul
hadi arham=cikgu hanipah
adam=cikgu geografi(kau buat dia nangis adam..)

-aku bukan jambu zainap-

Anonymous said...

Hanan yang keje kedai gambar Oscar Jln 4 dulu2 tu mmg hensem

Anonymous said...

best geng2 yg ade ni....tp bajek sendiri best...tp geng korang mmg best..best mengutuk...hahahaha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...