Tuesday, December 8, 2009

Happy Birthday Ayra!

Siapa Ayra? Nama macam pelakon Ringgit Kasorrga sahaja. Ayra ataupun nama penuhnya Sharifah Ayra Adelia binti Syed Muhammad Muaz bin Syed Abdullah merupakan anak kepada teman lelaki aku, sekaligus menjadikan kami keluarga. Tambahan pula Ayra merupakan orang Bangi yang sejati kerana dilahirkan di Hospital An-Nur Bangi. Aku berada di sisi Ayra sejak lahir lagi. Akulah yang membelikan nasi lemak buat Nurul Iza yang kelaparan selepas melahirkan Ayra (ungkit). Akulah juga yang mengajar Muaz bagaimana hendak menukarkan lampin kerana dia memang hopeless. Maka apabila Ayra genap setahun, sudah pastilah aku akan menghadirkan diri ke parti liarnya kerana aku merupakan pakcik angkat kegemarannya. Terima kasih Muaz and Iza for the invite.

Parti hari jadi Ayra diadakan pada 6/12/2009 di Megakidz Midvalley. Terima kasih Megakidz! (penaja paksa tulis). Sesudah selesai menonton filem Love Happens di pawagam (2 bintang, review ringkas), aku dan da' Killa bergeraklah ke lokasi parti. Huii masa lalu depan Celebrity Fitness tu Jackie Chan ada siott. Seriyes tak tipu. Tahu tak Jackie Chan pakai antivirus Kaspersky original macam aku? Anyway parti bermula pada pukul 4 petang. Huii jangan main-main ramai selebriti blogger yang turut hadir seperti Redmummra dan Beautifulnara. Eh? Aku pun rimas jugak bila gadis-gadis terjerit-jerit nama aku "OMGGGG ITU IJAICOOL.BLOGSPOT OMGGGGGG WHAT THE WHATTTTTT!!" sambil meminta tandatangan di perut. (fantasi selebriti aku).


Sila klik Read More untuk berparti bersama-sama.


Mahal gila spek mata aku beli khas untuk parti ini. Muaz makan shake aneh herbalife tapi dalam gambar di atas dia masih perlu mengempiskan perut.


"Bila nak start membaham ni aku dah kelaparannnn..." bisik Ayra di dalam hati sambil membaham kerusi sebagai tanda protes.


Aku mengajar Ayra bagaimana hendak membuat pis. Anas bila bini kau nak beranak kami menanti ahli keluarga Bangi yang baru.


Warrrrghhhh Ayra dengan gaya terkaman Raja Rimbanya. Perasan tak ada Barney cetak rompak kat sebelah tu hee hee.


da'Killa berjaya memenangi anugerah Best Dressed untuk petang itu. Tahniah! Tahniah!

To Ayra: Happy Birthday from all of us! Be a good girl and don't melawan cakap mama ok. I am sure that your daddy will show you this entry when you're old enough to read this blog. But don't show her entry pasal Sally, please.

Please visit my fesbuk page for more pictures: http://www.facebook.com/album.php?aid=141808&id=628280825&l=6651bf52f1



16 comments:

sI tEDI said...

happy birthday ayra..

ijai.. ko bagi apa kat dia..?

finaz said...

hehe.. kenapa xboleh show entry pasal sally?

Pink Stilettos said...

haha. eh saya tak dpt mkn nasi lemak yg awak bawak dulu sbb muaz dah habiskan. sila ungkit kat dia.

nway. thanks for coming! and thanks for the present (walaupon tatau mana satu sbb card dah tercabut dari hadiah).

Mohamad Faizal said...

tedi: aku beri kasih sayang seorang pakcik dan alat bantuan mengajar yang dibeli di parkson

finaz: kerana tidak mahu dia terikut-ikut dengan gaya percakapan dan tingkah lakunya

nurul iza: haha hadiah saya yang paling kool tu buku panduan ke zoo tuh

attiesya said...

uish.. ayat mengajar muaz tukar diaper tu x leh tahan.. awk pandai ekk tukar lampin?? blajar dr mana ekk?? kagum..kagum.. hehehe.. *peace*

Anonymous said...

huiyooo encik faizal pandai tukar lampin baby...bagus tuh..belajar dr mana?dr tukar lampin kucing ke(haha lawak sambilan;p)

anon baik hati.

cleopatra said...

adoiilaa..comey betul budak ayra ini.. isk3.. anyway, happy birthday ayra! (^^)

QilahLala said...

cik ijai tak buat lagu for baby ayra ke?? haha

Noraishikin Mohd Salleh said...

ijai.....blog engkau tidak pernah mengecewakan ku...harap maklom!

Noraishikin Mohd Salleh said...

tambahan....part paling kelakar bila org kagum jumpa blogger ijai cool...OMG...WHAT THE WHAT...hahahhahahahhahahha

Mohamad Faizal said...

attiesya: saya masa kecil dahulu memang dah dilatih tukar lampin sendiri

anon: kucing saya tak pakai lampin sebab saya suruh berak kat rumah jiran

cleopatra: memang comel macam pakcik angkatnya

lala: ada. ohhh happy birthdayyy ayra ra ra ra ra ra raaa

shikin: yaa anda memang peminat fanatik no 3 saya haa haa

Muaz said...

Ijai, thanks for coming and for the present.
I lap u so much! Haha

ko buat la plak parti liar new year ke apa ke?
Hehe

attiesya said...

uikksss.. terernya.. nnt i tanya ur mum.. bila ur mum balik haji yer?

jana said...

ijai,kak jana jumpa blog ijai yang cool ni dari pink stilettos lah sebab kak jana silent reader blog dia

Cik Faridah Huda said...

Ijai ajar ayra buat pis..tp die x ikut ponnnn...kena ikut la AYra..baru kool mcm uncle Ijai!

Mohamad Faizal said...

muaz: i lap u 2. new year ada buat baca2 sikit kat surau. taktaula kau berminat ke tak dengan aktiviti camtu...

attiesya: 18/11. 18/6 pula hari jadi saya (tiba2)

kak jana: haa haa ya kah? cayalah

cik faridah: takpe tunggu umur 2-3 tahun mesti dah pandai memberi komen di blog nanti

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...