Saturday, December 12, 2009

Jamil Fathi's Bachelor Party

Siapa Jamil? Jamil adalah salah seorang BFF Bangi. Jika aku merupakan seorang homoseksual, aku pasti ingin menjadikan Jamil sebagai teman hidup aku kerana Jamil merupakan seorang yang tegas dan pandai memimpin serta jarang tinggal sembahyang. Ramai gadis yang cuba memikat Jamil namun begitu seorang gadis bernama Evi Vidyana telah berjaya menundukkan Jamil dengan minyak dagu sejak zaman persekolahan lagi. Oleh kerana telah lama bercinta, maka Jamil telah jatuh dalam kategori wajib kahwin kerana dia memiliki wang, memiliki nafsu serakah yang tinggi walaupun kekurangan wajah. Malam tadi (Jumaat) merupakan malam terakhir Jamil sebagai seorang teruna kerana pada hari Ahad nanti (13/12/2009), Jamil tidak perlu lagi menggunakan tangan sendiri untuk melakukan sesuatu yang ditagihinya. Nikah malam ni tapi malam ni tak boleh buat apa2 sebab saudara-mara ramai di rumah.

Maka kami sebagai rakan-rakan dunia akhirat Jamil telah menganjurkan satu bachelor party yang tidak dapat Jamil lupakan. Parti liar dimulakan dengan bacaan surah-surah umum di rumah aku sebelum pergi solat berjemaah di surau yang berhampiran. Eh? Sesudah itu, kami pergi membaham di San Francisco Pizza di Bangi. Line up pada malam itu adalah aku, Jamil, Shuhud (Abe), Fandi, Ikram, Hisyam (Ise) dan Zul. Penari bogel yang kami tempah Amirah Rashidah tidak dapat hadir. Ayuh kita mulakan parti bujang Jamil yang penuh dengan noda ini dengan mengklik Read More.

Sambil menjamu selera, kami cuba menakut-nakutkan Jamil yang secara tiba-tiba kelihatan cemas untuk berkahwin. Dia bimbang yang dia tidak dapat menjawab soalan Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) daripada tok mudim semasa akad nikah nanti. Dia bimbang akan kemungkinan tersebut nama gadis lain ketika melafazkan akad nanti. Dia bimbang yang dia tidak dapat memberi prestasi terbaik dalam upacara persetubuhan yang dijangka berlaku pada malam Ahad or pagi Isnin nanti. Lihat sahaja gambar Jamil di bawah; sekarang pun sudah chubby inikan pula setelah mengecapi nikmat berjimak secara halal.


Dalam ramai-ramai rakan akhirat Bangi, aku jarang menulis tentang Zulkifli Ibrahim. Gambar di blog pun kurang dahla tak datang parti raya dan kenduri mama aku. Sebab dia ni memang ba ya ta cha ha (bitch, ejaan jawi). Lepas tu malam tadi boleh pula dia mengaibkan kami dengan menggunakan pick up lines yang lame gila untuk mengurat waitress San Francisco.

Nguratan pertama (ketika memesan makanan):

Zul: Hai eh saya dengar restoran ini ada buka cawangan baru, di mana ya?
Waitress: (pura-pura tak dengar sambil mengelap meja)

Nguratan kedua (ketika membayar):

Zul: Hai awak ni kerja part time ke full time. I jarangla nampak you kat sini (padahal ini baru kali kedua zul membaham di sini)
Waitress: Encik saya dah ada teman lelaki ok.

Lepas tu nak tunjuk kool hisap rokok kertas. Dahla tak datang parti raya rumah aku (ungkit lagi).


Abe telah ditugaskan untuk menjadi pengapit Jamil. Orang kata, pengapit mesti lagi buruk daripada pengantin agar tidak merampas perhatian umum daripada pengantin. Barbie itu ke yang Apai sangka semasa dia menyuruh aku menjadi pengapit. Apapun, Jamil dan Abe sudah berangkat ke Penang pagi. Majlis perkahwinan di rumah Evi akan berlangsung pada hari Ahad. No worries Jamil, kami mungkin tiada di samping kau ketika untuk untuk memberi galakan kepada kau ketika bersetubuh, tetapi kami semua pasti akan kacak berbaju melayu lengkap di majlis perkahwinan belah kau next week.


Yaa gadis-gadis, ini gambar seksi geng Bangi yang kalian nanti-nantikan. Dari kiri: Fandi, Ikram, Zul, aku, Ise, Jamil dan Abe. Bastard Ikram saja je nak buat pose ghairah camtu sengaja nak beri saingan kepada aku untuk menambah bilangan pengikut Team Ikram. Abe pulak dengan baju homoseksual dia what the what man. I wish Adam, Apai, Anas and DAZU (haha) were in that picture as well, barulah lengkap geng Bangi.

Good luck Jamil. We all lap you. Jangan rakam .3gp ok taknak aku download nanti nampak wajah kau pulak.

Visit my fesbuk page for more pictures: http://www.facebook.com/album.php?aid=142488&id=628280825&l=5fb82ad25e



18 comments:

sI tEDI said...

selamat penganti baru Jamil..

sila hasut ijai kawen cepat supaya dia boleh berhenti menyakat org yg dah kawen..

sekian..

Anonymous said...

Jamil skali lafaz je....abe gagal menjalankan peranan dgn baik slaku juruganggu nikah sambilan.....

~AkuApai

Mohamad Faizal said...

tedi: haa haa amin

apai: abe mengharapkan pengapit perempuan yang jelita tetapi pengapit perempuan tak dapat mengharap benda yang sama haa haa

Anonymous said...

yuhuu..
team ikram kembali memeriah kan situasi..
hahahahaha..
hi ikram...*waving waving*
slmt pengantin baru jamil..makin ramai kawen neh..ijai pasti last sbb die hero of the geng!!

eh eh tapiiii..ikram tetap the most..(kawan anon suwittt sile isiii)......ahahahha..

p/s : tq sekali lagi kerana memaparkan cite ikram walaupun sebaris pun tak sampai..jasamu dihargai ijai..

yang benar,
anon suwitt ;)

Anonymous said...

owh ikram mmg manis gilaaa dlm gmbr di ats [ijai jgn jeles ok,pujian diberikan terhadap ikram =p] !ahahahah! hi ikram! * waving hands * =))

btw,simt pgntin bru utk jamil n evi :)

- kwn anon suwit :) -

Anonymous said...

haha..
majlis perkahwinan jamil n evi sgt meriah dowh..i wish all of u were there..haha..
sekali lafaz je beb..tok kadi pun cool je,siap buat lawak2 aneh lagi..
operasi menculik pengantin perempuan utk di bawa ke hotel selepas akad digagalkan oleh pihak JKK kampung..kecewa jamil..haha..

p/s:
1.wei,aku baru balik ofis la..aku pakai baju tu sebab aku rase nak demam and aircond kat ofis aku super sejuk..

2. pengapit pompuan jamil n evi better dari pengapit yg kau dapat la jai..haha..


-shuhud-

Anonymous said...

ala be gagal ke?baru nk mntk share 3gp mlm pertama jamil hahaha...jgn ko rakam jamil menggunakan tgn dahla ato pon ko rakam aksi ko menservis jamil...dhla sblm berangkat ke penang ko pki baju gay slp2 ko yg goda jamil hahaha...

-fandi-

Anonymous said...

asyik buat entry pasal kawan2 kawin je...diri sendiri tu nak tunggu sampai bila???

kak mona

attiesya said...

ehem (betulkan tekak jap).. bila pulak tuan empunya diri nk type entry ttg majlis sendiri?? ;-)

Anonymous said...

ahaaa baru nak tanya asal shuhud pakai baju fomel gilaaa =p

san francisco pizza tmpt my fren n i salu wat u turn.muahahaha.kan kan anon suwitt? =p hoh jai.kot tawu korg lpk situ aritu,pasti kitorg drop by n pura-pura mkn di situ juga.hahaha =D

~ kwn anon suwit ~

Anonymous said...

Aku bukan lagi geng bangi...

Idlan said...

Ada team Ikram dengan team Ijai ke? Aku nak team Fendi lah, dia baik, panggil aku Along.

Mohamad Faizal said...

anon suwit dan kawannya: patutlah ikram kata dia diekori sejak kebelakangan ini....hee hee

abe: tak baik kau berkata begitu tentang pengapit mizah (backup)

fandi: gila mimpi ngeri kalau aku terdownload .3gp abe tengah servis jamil...

kak mona: sampai..sampai.... sampaikanlah salammmm cintakuuu padanyaaaa (bila dia balik dr pd nanti)

attiesya: eh kalianlah yang perlu menulis tentang majlis khatan saya

dazu: ala arbok gila nak merajuk sorilah aku tertinggal aritu hee hee

akak abe: mungkin sebab dia minat arwah along spoon

Anonymous said...

Waa cayalah along mencreate team fandi..akn memjadi saingan kpd team ijai and team ikram haha..nnt kte tempah tshirt tulis 'team fandi' along org 1st dpt k hehe..

-fandi-

Anonymous said...

kwn anon suwit: haha..balik ofis terus rush pg san francisco pizza..tak sempat tukar baju..huhu

fendi: kau ngan pompuan mmg berkate2 manis..aku kenal kau dari skolah lagi..haha..


-shuhud-

Anonymous said...

haha mmg agak manis abe tp ak gagal mendapatkan wanita yg ak mahu dzaman skolah dulu..kire tak berapa manis gakla kata2 ak dulu hahaha...

-fandi-

Mohamad Faizal said...

kau gagal semasa sekolah dahulu sebab wajah tak mengizinkan

Anonymous said...

Skandal! Skandal! Berita panas...
Selain jamil dan evi, pengapit jamil dan pengapit evi juga disandingkan semasa majlis kenduri kahwin tu!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...