Sunday, December 20, 2009

Kongratulasi Jamil & Evi!

Jika anda merupakan peminat fanatik blog ini, anda pasti tahu yang salah seorang BFF aku Mohd Jamil Fathi bin Jamaludin telah berjaya mendapatkan lesen persetubuhan halal pada hujung minggu yang lalu. Jamil telah bernikah dengan Evi Vidyana pada hari Sabtu, 12/10/2009. Berdasarkan maklumat yang disebarkan oleh pengapit, proses persetubuhan tidak berlaku pada hari yang sama kerana seluruh badan Jamil telah diinaikan bagi mendapat efek 'tanning' di badannya mengikut adat orang utagha. Maaf Jamil aku tidak dapat menghadiri majlis pernikahan dan persandingan kau di rumah Evi, tetapi kami telah menghantar wakil iaitu Ahmad Shuhud @ Abe untuk membantu kau merakam .3gp yang kau idamkan selama ini.

Sebelum aku meletakkan gambar perkahwinan Jamil berserta dengan caption-caption berunsur fitnah, mari kita mengenali Jamil dengan lebih lanjut lagi. Aku mengenali Jamil sejak sekolah rendah lagi. Namun begitu, aku hanya kenal Jamil pada nama sahaja kerana cikgu-cikgu sering memuji namanya kerana dia merupakan pelajar pintar. Ramai gadis rata-ratanya belum didatangi haid turut menggilai Jamil menyebabkan aku naik menyampah mendengar namanya. Waktu itu merupakan zaman peperangan di Bosnia Herzegovina dan ramai pelarian Bosnia yang ditempatkan di sekolah aku. Jamil ketika itu baru pulang daripada England so aku anggap dia sebagai pelarian yang cuba berlagak anak tempatan. Cis.

Aku hanya mula berkawan dengan Jamil sejak tingkatan dua. Banyak kisah suka duka yang kami tempuhi bersama di zaman persekolahan. Kami menjalinkan hubungan cinta terlarang secara rahsia kerana kami memang takut untuk berbicara dengan gadis ketika itu. Satu hari, Jamil telah meminta untuk berpisah dengan aku kerana dia telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke MRSM Langkawi. "It's not me, it's you...," kata Jamil kepada aku. Walaupun telah berpisah, kami masih lagi berkawan rapat. Semasa di MRSM lah Jamil telah jatuh cinta kepada Evi setelah melihat Evi mendendangkan lagu Spice Girls - Wannabe di majlis makan malam tahunan mereka. Ok fine aku tak tahu bagaimana kisah sebenar Jamil jatuh cinta tetapi mungkin satu hari nanti aku akan dedahkan.

Jamil kini bekerja di Bank Negara sebagai personal assistant kepada Zeti. Memang big shot dia ni. Kalau korang ada masalah dengan pekerja bank yang kurang ajar ketika menolak permohonan pinjaman perumahan anda, korang boleh kata, "Awak jangan kurang ajar ya, saya baca blog ijai tau dia kenal Jamil PA Zeti ok. Dia pecat awak baru awak tau...". Jamil memang baik hati kerana dia sering membelanja kami makan tanpa mengungkit. Asyik puji Jamil je mari kita keji dia pulak. Apabila Jamil bersin, anda pasti ingat ada berlaku kemalangan di hadapan rumah anda kerana dia bersin kuat nak mapuh. Haa haa.

Maka hari ini 20/12/2009 telah berlangsungnya majlis persandingan sebelah keluarga Jamil di Dewan Serbaguna Presint 8 Putrajaya. Sudah pasti aku dan rakan-rakan Bangi yang lain akan menghadirinya dan memakai baju paling mahal kami sebagai tanda kasih kami terhadap Jamil. Ayuh kita klik Read More untuk melihat gambar perkahwinan Jamil.


Kami rakan-rakan Bangi semuanya kacak berbaju Melayu bagi menggoda makcik-makcik MILF yang hadir. Fandi je berlagak kool pakai baju orang putih sebab dia nak pegi clubbing lepas tu.


Ucapan perkahwinan kami untuk Jamil dan Evi (klik untuk besarkan). Mama aku tak dapat hadir. Sorilah Apai kau datang sedikit lambat tak dapat nak bagi kau. Anas pula baby dia kekuningan tidak dapat hadir semoga cepat sembuh.


Walaupun Abe pengapit, dia dilarang untuk makan bersama pengantin kerana orang menyangka dia bangsa lain. Sabar Abe diorang tu memang racists.


Apasal tah Ise buat muka kemuncak syahwat macam tu. Kau buat apa kat dia Liza? dan apasal kau tak ajak gadis lain datang Liza?


Wow. Kau menampal wajah kau dan Evi di coklat sebagai cenderahati di majlis perkahwinan kau. Memang sweet tetapi mengenali sikap aku, sudah pastilah aku akan membuat aksi yang tidak senonoh seperti....


What else could you expect?? Emm yeahh kau memang lazat Jamil err Evi aku bagi Liza selesaikan.


"Emmm meh cini abang cuapkan kek malam nanti Evi cuapkan abang pulak ye hik hik hik," bisik Jamil kepada Evi. Tahla aku tak faham sangat dialog orang dah kahwin ni.


Tahniah Jamil dan Evi. Kami rakan-rakan Bangi memang menyayangi anda. Aku berdoa agar korang tidak bercerai dan mendapat at least 4 orang anak dan salah seorangnya diberi nama Faizal.

Jika anda inginkan lebih banyak gambar-gambar jejaka kacak Bangi di majlis perkahwinan Jamil, sila layari laman Fesbuk saya: http://www.facebook.com/album.php?aid=144322&id=628280825&l=3956a8d34f



11 comments:

Anonymous said...

congrats jamil!! mantap gile coklat. hahahha.

adam

Anonymous said...

ikram's handwriting sgt cantik! =)huhuhu

~ kwn anon suwit ~

sI tEDI said...

selamat pengantin baru Jamil.
Nak coklat boleh?

Mohamad Faizal said...

adam: emm yeahh sedapnya coklat jamil (ayat salah faham)

kawan anon suwit: itu aku yang tuliskan la ikram buta huruf tau tulis jawi je

tedi: boleh. banyak gila aku seludup

Anonymous said...

jumpa kt food court klcc tanya ''u ijai ke?''..seriusss ko tanak ngaku wehhh!

Mohamad Faizal said...

haa? tak faham. bila? sudah 2 bulan saya tak pergi klcc mungkin anda tersilap orang. konfius antara faizal rosly dengan faizal tahir memang biasa lah tuh

nana said...

coklat tu semua org dapat ke? kanak2 dapat tak? nampak lazat je.

aku pegi kenduri kawen dgn kekawan, aku selalu tak dpt goodies bag sebab orang selalu ingat aku anak kepada kekawan aku.

nAz said...

gambar 1st tu memang kelakar. tahniah sebab berjaya peluk kaki pengantin lelaki..hahaha

Mohamad Faizal said...

nana: yakah? mungkin ada harus membawa kawan anda yang lebih kecil agar anda boleh dianggap emak kepada anak

naz: tahniah buat pengantin perempuan sebab dapat peluk SEMUA anggota badan

nana said...

bagus sekali idea kau, ijai.

tapi aku mmg takde kwn yg kecil. mungkin nanti aku akan pinjam anak jiran saja.

arjunaAngkasa@mangotouch said...

ahaa..tak sangka nko mmg terer ber-blog..masa time diorang kawen kat putrajaya itu ari napa nko macam malu2 aaaa....payah nak amek gambar nkau nih...ohohoho

yg benar-fotografer in charge....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...