Wednesday, December 16, 2009

Perkara-Perkara Yang Menakutkan Aku

Terdapat pelbagai jenis ketakutan ataupun fobia di dalam dunia ini. Daripada yang umum seperti takut kepada Ju On sehinggalah yang aneh seperti takut kepada Ramli Sarip. Usah nak berlagak berani, kita sebagai manusia biasa pasti mempunyai perasaan takut di dalam diri. Syahdan daripada drama Hati Waja je tak tidak takutkan apa-apa. Hari ini aku ingin berkongsi tentang fobia-fobia yang aku alami. Mungkin anda juga ada memiliki fobia yang sama. Sila klik Read More untuk mula menyanyi lagu Fobia dendangan KRU.

1) Fear of heights (Acrophobia)

Haha aku memang takutkan ketinggian. Limit aku hanya sekadar bangunan setinggi 3 tingkat. Kalau lebih aku memang tidak boleh memandang ke bawah nanti peluh dingin pasti membasahi dahi. Daripada GSC Midvalley tengok bawah pun aku dah menggeletar. Kalau orang lain duduk bertenggek atas palang pun aku boleh seram sejuk. Naik kapal lanun dekat Sunway Lagoon yang pusing 360 darjah tu buat aku muntah-muntah di tempat kejadian. Haha dulu aku dan Adam bercadang untuk menyertai the Amazing Race Asia. Kami siap membuat storyboard untuk audition tape lagi. Namun begitu aku rasa pasukan Adam & Faizal pasti tersingkir awal kerana aku tidak mampu menamatkan Road Block untuk bungee jumping daripada Menara Maybank. Sorry Adam aku musnahkan impian kau untuk bersaing dengan Chong Sisters.

2) Fear of clowns (coulrophobia)


What the what?? Siapa yang takutkan badut? Well percayalah, statistik di Harakah Online menunjukkan lebih ramai orang yang takut dengan badut daripada orang yang takutkan Nik Aziz. Aku salah seorang daripadanya. Tapi badut yang happy macam Ronald McDonald ataupun aku tak takut. Aku takut badut yang seram sahaja. Semuanya berpunca daripada filem paling seram sepanjang zaman, It. Ala takkan korang tak pernah tengok cerita badut pembunuh kanak-kanak, It, masa sekolah rendah dahulu. Badut Slipknot pun menakutkan jugak. Ini tak termasuk hantu-hantu tradisional kalau aku duduk sorang-sorang meremang jugak bulu ari-ari aku, lebih-lebih lagi selepas Apai menceritakan pengalamannya terjumpa momok Hanis Zalikha ketika zaman dia bergayut seperti siamang dengan Mizah di pondok telefon pada malam-malam buta dahulu. Ini kisah benar, mak Apai terus bawak Apai jumpa Harun Din sebab Apai dah meracau-racau mintak Slurpee.

3) Fear of lightning (astraphobia)

Bunyi guruh yang berdentum tidak menakutkan sangat, tetapi cahaya kilat yang sabung-menyabung itu membuatkan kita secara automatik mencangkung dan menyorok di bawah selimut. Aku takut kilat walaupun ketika berada di dalam rumah kerana router aku sudah 3 kali musnah dipanah petir.

4) Fear of Red Ring of Death (RRODphobia)

Apa itu Red Ring of Death? RROD ialah keadaan di mana Xbox 360 anda sudah nazak sehingga mengeluarkan 3 cincin merah. Xbox lama aku sudah 3x kena, 3x jugalah aku membaikinya dengan RM100 sekali repair. Ingatkan aku boleh perdayakan kawan aku Faisal Habeeb untuk membeli xbox lama aku tetapi dia pandai pula berdolak dalik. Sekarang aku ada xbox yang menggunakan cip Jasper Twilight, tidak pernah kena RROD lagi. Tetapi setiap kali xbox aku mengeluarkan bunyi aneh, aku pasti akan terus ketakutan sambil merayu-rayu kepada xbox aku agar tidak mengeluarkan lampu merah. Jangan buat lawak pasal ni memang boleh bersengketa kita nanti.

5) Fear of public toilet (tahiphobia)


Perkara yang paling menakutkan apabila melawat tandas awam adalah kemungkinan terserempak dengan tahi terdampar. Cuak doo nak tolak pintu toilet. Pelbagai jenis tahi yang boleh ditinggalkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab seperti tahi lepat pisang, tahi pengebom berani mati (berselerak), tahi klasik (bulat berlingkar) serta tahi Neslo Blended. Aku juga tidak berani untuk membuang air kecil menggunakan urinal kerana tidak selesa adik aku ditenung jirang sebelah. Mana tahu dia homoseksual free-free je dia dapat tengok bahan untuk dijadikan modal untuk ceploit-ceploit.

6) Fear of death (thantophobia)


Orang yang beriman tidak takut mati. Nampak sangat Iman aku masih tipis. Semua orang akan mati, aku tahu. Tapi kita tak tahu bila kita akan mati. Apa yang aku takut ialah keadaan semasa aku mati. Adakah kita akan mati dalam Iman? Adakah kita akan mati ketika menonton pornografi? Sebagai langkah mengatasi ketakutan ini, aku cuba menggunakan fobia ini sebagai advantage aku hasil didikan Ustaz Faizal al-Kacaki. Contohya, tatkala mata sudah mengantuk gila barbie tetapi masih belum solat isya' aku tanya diri sendiri "Faizal kalau kau mati dalam tidur bagaimana? Kan dah rugi tak solat malam tadi...." Pasti aku akan insaf lalu memaksa diri untuk bangun. Ceh cakap macam kool sangat tapi biasalah kita ini manusia yang hina. Lebih hina lagi jika tak semayang subuh sebab malas mandi wajib akibat runtutan nafsu dan syahwat malam tadi.

So anda pula fobia dengan apa?



14 comments:

Anonymous said...

huhu insapnye bile bc phobia yg last tu..

thx ustaz faizal al-kacaki:)

mlm ni nk solat isyak awl2 laa

-cik anon251-

sI tEDI said...

aku fobia dengan pertanyaan
'Tedi, kau bila lagi nak kawen, nak jadi anak dara tua ke?'

WtH!!

Anonymous said...

Achluophobia!

-kwn anon suwit-

Shima Ibrahim said...

Aku juga takut ngan clown! Dulu aku tak tau pon aku menghidapi phobia ini sehingga first close encounter. Siyes aku seram.

Satu lagi, aku ni Claustrophobic - takut tempat sempit. Aku rase cam nak lemas je. Aku selalu imagine klau org kurung aku dlm coffin, pastu tanam aku idop2. Huish..sesak nafas aku! Masuk SMART tunnel pon bole berpeluh aku weh sbb aku tak nampak mane ujung nye..phew!

Mohamad Faizal said...

anon 251: alhamdulillah

tedi: tedi, kau bila lagi nak kawen, nak jadi anak dara tua ke? (kopi pes)

kwn anon suwit: jaga2 ada raksasa gorgon di bawah katil gelap anda

shima: patutlah dulu naik lif kat menara olympia kau tiba2 histeria...

jana said...

ijai,kalau takut makanan tak cukup bila ajak orang datang rumah apa namanya,selalu takut makanan tak cukup je,takut duit tak cukup masa shopping terutama masa nak bayar pun tak tahu juga namamya.Tapi yang last tu memang kak jana takut selalu tak boleh tidur lena kalau kononnya nak tidur dulu dan sembahyang isyak lambat sikit takut kena belit ular dalam kubur jika terlalai terus.

attiesya said...

den takut apa ye?? hurmm.. ketinggian tu ada gak.. kalau naik tmpt2 tinggi, pastu tgk bwh, rasa mcm nk terjun je.. mcm ada menda tarik.. huhuhu..

tp potong betulla.. masa baca entry ni tgh mkn.. terus ilang selera tang fear of public toilet..

Anonymous said...

I paling fobia kalau x de duit or gaji x masuk dlm maybank on time :p. heheh..

-al

Anonymous said...

i takut gelap..and i takut gak msk toilet jumpa tahi bermacam ragam...rasa nak sula je sesape yg buat cm tuh..tuh je so far..

anon yg cool

nana said...

aku takut kucing. mcm geli-geli je bila kucing start dekat2.

profwacko said...

bukan takut, tapi aku geli ngan cicak. Alaa.. cicak2 kat siling rumah tu, ha cicak tu ar.

Kalau pasal phobia nie, aku tak sure lagi aku takut gila kat ape.. kena xplore sendiri nnt.

ps: owh ade.. aku takut kat clown tu. Badut IT tu mmg angker!!

Mohamad Faizal said...

kak jana: takut makanan tak cukup = laparhobia

attiesya: sila letak payung terjun dalam beg tangan sebagai persediaan

al: takut tiada wang = maniphobia

anon cool: jangan sula, sebaliknya sumbat dubur mereka dengan gabus agar tak boleh berak

nana: haha takut kucing tak bolehlah ajak anda datang open haus rumah saya

profwacko: aku geli ulat sampah boleh menjerit seperti arbok jika aku melihatnya

ShashaLia said...

phobia saya ade 5 aje..

1. Fear of gelap..

2. Fear of Guruh..

3. Fear of Lizard..

4. Fear of No Food~!!

5. Fear of Abg Askar! < bila nmpak abg askar je takot.. sampai nk pengsan..~!!>

hehehehe..

Anonymous said...

Kalau aku, perkara yang menakutkan aku ialah...
a. lipas
b. hilang atau terlupa my purse
c. anak demam

husnina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...