Friday, December 25, 2009

Sambutan Hari Natal di Pejabat

Di pejabat aku terdapat pelbagai bangsa dan fahaman. Ada yang berkulit hitam, ada yang menyembah pokok, ada yang tiada agama dan ada juga yang buah dadanya juling. Namun begitu, semangat 1Malaysia yang ditanam oleh perdana menteri semakin menebal di dalam diri kerana setiap hari Isnin pejabat aku ada perhimpunan membincangkan masalah yang dialami serta disudahi dengan nyanyian lagu rasmi syarikat. Maka apabila pihak pengurusan mengumumkan yang pertandingan Pejabat Berhias bersempena Krismas akan diadakan, kami semua daripada department Level 2 Maikrosof berazam untuk menjadi sang juara.



Walaupun aku tidak menyumbang sebarang tenaga untuk menghias pejabat, aku tetap pura-pura sibuk dengan persiapan Hari Natal. Kami memilih tema 'Christmas in Disneyland'. Dinding ditampal dengan keratan watak filem-filem popular terbitan Disney seperti Finding Nemo, Toy Story, Aladdin serta Mike's Apartment. TV lcd 42" memaparkan kisah-kisah klasik Disney seperti Jungle Book dan Beauty and The Beast. Jika anda dapat cari saya dalam gambar di atas baru anda boleh klik Read More untuk menyambut hari natal bersama-sama.

Topi dah ada. Baju merah kool dah ada. Perut pun boleh tahan boroinya. So memang akulah kendidet yang sesuai untuk menjadi Santa Klaus tahun ini.


Kau lihat gambar di bawah, betapa hebatnya effort yang ditunjukkan oleh rakan sepejabat aku untuk memenangi pertandingan ini. Susah kau tau tak nak buat istana tu kena bancuh polisterin tu lepas tu masuk dalam acuan istana nak tunggu kering lagi. Haih. Namun begitu setelah upacara pengadilan yang tidak adil dijalankan, kami tak top three pun tak dapat masuk. Apa ini? Department lain bukannya kool pun. Hiasan mereka macam hiasan di rumah Orang Tua Seri Kembangan je, sungguh tak kreatif tetapi boleh menjadi sang juara. No worries mate, in my heart, we will always be champions. Kita boleh cuba lagi untuk sambutan Hari Gawai tahun hadapan.


Seperti tahun lepas, kami turut mengadakan upacara tukar-tukar hadiah di dalam permainan Secret Santa. Barbie aku baru teringat hari itu merupakan deadline untuk menghantar hadiah tetapi aku masih tidak membuat persediaan. Bagaimana ini? Tak usah risau. Aku pun membuka almari mencari sesuatu untuk diberi and there it was; hadiah Secret Santa aku tahun lepas. Haha keji ke? Tak keji, sebab aku tak pernah letakkannya di ketiak aku lagi. Sori ek Secret Santa aku last year kalau kau terbaca entri ini.


Gambar di bawah ialah hadiah yang aku dapat. Terima kasih Secret Santa! Walaupun aku tidak tahu siapa identiti Secret Santa aku, aku mengesyaki dia seorang gadis ataupun seorang jejaka tegas yang dalam diam meminati aku kerana dia memberi aku lilin beraroma. Ummm pasti aku akan gunakan untuk memberi mood dan ambiance yang sesuai sebelum membuat perkara yang mungkin berdosa. Hik hik hik.


Kelihatan seperti salah seorang pekerja Santa yang cuba mencuri hadiah kerana tidak berpuas hati terpaksa bekerja di Hari Natal.


Aku telah tersingkir di pusingan akhir untuk menjadi Santa Klaus. Memang racist diorang ni apa aku tak cukup gelap ke nak jadi Santa Klaus.


Akhir kata, aku ucapkan Selamat Hari Natal bagi mereka yang menyambutnya. Korang hari Isnin kerja bukan? Aku cuti Boxing Day haa haa haa seronotnya. Buat rakan sepejabat, usah bermuram durja walaupun kita tewas dalam pertandingan Pejabat Berhias kerana apa yang penting ialah semangat ukhuwwah dan mahmudah yang terbentuk di dalam diri. Amacam inpiring tak aku punya ucapan penutup.


Sesetengah gambar ihsan Kosmo dan Shashikumar Munusamy



8 comments:

enuLwanie said...

gila la hadiah banyak!

boleh bg satu kat saya.
tahun depan, sy nk kerja kt department abg ijai boleh?

[z@ck] said...

meriah you..
hehehe

Mohamad Faizal said...

enulwanie: bolehhhhh

zack: aww memang meriah uols

Mabs N Cals said...

Mewwy Christmas N A haapy new year dude.

Keep on writing and entertainning us.

OMG. u got a pic of my toaster - damn ur funny.

Himura Hazezy said...

Selamat Hari Natal buat sahabatku yg jauh, saudara Ijai. Semoga bergumbira bersama teman2 di Maikrosof..huhu

nana said...

wah. best gile opis kamu ni.

Anonymous said...

aku boleh tolong supply acuan rumah panjang khas untuk sambutan hari gawai akan datang lengkap dengan kandang khinzir hutan.

happy new year, ijai.

Mohamad Faizal said...

calvin loi hui meng: bro Scott Murray is looking for you regarding the Windows Media Center issue

jijy: haha kau di mana sekarang di korea selatan ke lama tak nampak

nana: saya ni memang best dalam apa jua kategori

haha thanks. kamek sik mauk manok amacam terer tak aku cakap sarawak

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...