Monday, December 28, 2009

Soalan Untuk Jejaka-Jejaka: Episod 3

Berita baik untuk gadis-gadis dan arbok-arbok. Sempena perayaan hari natal ini, kami para jejaka ingin memberi peluang kepada anda untuk bertanyakan sebarang soalan yang berkaitan kaum lelaki yang selama ini anda pendamkan di dalam dada. Jawapan kepada soalan-soalan emosional seperti "Mengapa lelaki dah tak sweet sangat selepas berkahwin?" memang sukar untuk dijumpai di buku-buku pengetahuan cinta ataupun di laman web kasih sayang. Anda tak perlu habiskan wang untuk sms 'ON CINTA' ke 32555 untuk mengenali kaum lelaki. Tidak semestinya anda perlu bertanya tentang cinta, mungkin juga anda mahu tahu tentang rahsia tahi lalat lelaki mahupun anatomi seksual lelaki. Percayalah, kami para jejaka tidak semestinya sukakan buah dada, kami juga sukakan berkebun, memasak dan juga mengadu domba di waktu senggang. Tidak percaya bukan? Itulah sebabnya anda masih tidak kenal lelaki. Sila klik Read More jika anda sudah bersemangat untuk bertanya soalan kepada kami.

Jika anda merupakan peminat fanatik serta stalker laman ini, anda pasti tahu yang kami ahli-ahli panel pakar sakit tuan bersedia menjawab sebarang soalan panas anda tanpa sebarang prejudis. Apa yang perlu anda buat ialah menaip satu soalan di ruangan komen serta menulis nama ataupun sign in agar senang untuk kami membalasnya nanti.

Anda boleh merujuk entri di bawah terlebih dahulu kerana soalan anda mungkin sudah dijawab oleh ahli-ahli panel kami.

Soalan Untuk Jejaka-Jejaka: Episod 1

Soalan Untuk Jejaka-Jejaka: Episod 2

Ingat, malu bertanya sesat jalan. Banyak tanya sesat akidah. Eh? Soalan-soalan anda akan dijawab di dalam entri khas nanti. Selamat bertanya. Assalamualaikum.



24 comments:

Anonymous said...

dulu aku pernah nak tanya ni, tapi apehal tah internet buat hal sampai ke sudah tak boleh publish.

kalau lelaki sms/call tanya tadi buat apa dan prempuan jawab baru mandi, adakah itu akan trigger imej tak sopan kepada kaum anda?

sibi chako

ina said...

ermm

salam..

nak tanya..

1- kenapa ye ada lelaki yang suka mendiamkan diri kalau ada masalah?

2- dan bila dia ada masalah, dia akan diamkan diri and ignore gf dia sampai sebulan dua. taknak share apa2 n gf tu pon tak tahu apa dah berlaku. lepastu si gf tu ingatkan dah clash dgn bf dia tu, tapi alih2 je dia kata 'kite tak clash pon'..kenapa ye?


3- bukan ke mendiamkan diri for a month tu dah kira dia bagi hint kat kita that 'we are so over'?


4- for a month bf tu diamkan diri, si gf ni cuba anta macam2 kat bf dia tu. send chocolate, cards, untuk minta maaf if its her fault yg menyebabkan dia mendiamkan diri. it didn't work. lagi si bf tu senyap macam dah mati ada la. apehal ek jadi gitu?


and, shud i walk away from him and start a new life or should i stay? its either miscommunication or... what?


fsakinah~

Anonymous said...

jika lelaki bencarut/ mengeluarkan kata2 kesat seperti : Bangsat kau!!.

ayat ini keluar dari mulut dia selepas awek/tunang/bini nya terkepitkan sedikit bahagain tangan nya pada jam lelaki itu (waktu memakai kannya JAM tangan).

soalan1 : Adakah lelaki ini selamat untuk dijadikan pasangan hidup?

soalan2: Adakah lelaki mmg suka menjadi baran kerane kesilapan kecil?

Kitti, Karabi Thailand

Anonymous said...

ok, aku gi tgk zombieland, kau gi tgk avatar yang 3d punya. money back guarantee! deal! yg 3d punya tau! ingat!
movie of the year beb avatar!




-kusha in 3d-

Anonymous said...

akak tak nak bagi soalan tapi nak mencadangkan awak buat entry ttg......

perasaan apabila ditinggalkan awek yg balik kampung lama2 hehehe

-kak mona-

Anonymous said...

Kenapa budak lelaki tergila-gilakan taylor swift? Budak kat ofis aku hari2 cakap pasal dia naik menyampah aku

stalker tegar

Anonymous said...

1.sejauh mana lelaki pentingkan rupa bila memilih pasangan?
2.korang suka yg comel ke cun ke ayu ke jelita ke ape?ke subjektif soalan ini?
3.cun ke wanita bila mengandung nih di mata lelaki?

anon kampung baru

Anonymous said...

salam..
aku ade knal sorang mamat ni through YM chat..mule2 ktorg chat biase2 je tp alih2 skg dia ckp suke kat aku la..blabla..

soalannye:
1) korang rase bule caye ke kate2 mamat ni, sdgkn aku xpenah jumpe dia pn.and dia xde effort pn nk jmpe aku..huhu..

2) camne nk tau kalu lelaki tu btol2 suke kt pompuan?

aku spt hidop dlm kepura-puraan,

anon5034

finaz said...

kalau lelaki tu kuat mengusik perempuan tu, meaning that dia suka kat perempuan tu ke?

Anonymous said...

ape pndgn lelaki terhdp pmpuan yg pakai braces?sgt x cantik utk di tekel kah?atau bagaimanakah?

anonymous

Anonymous said...

perkataan 'sayang' ni ade makne ke klau korg sebut? do u guys really mean it, or it's just a way to get out of an argument, or maybe to cover up ur dirty deeds?

fuh! dh lame aku pendam nak tanye soalan nih. hopefully ade la jawapan nye..

Anonymous said...

kalau dah break then sambung balek for the 2nd time.
korang x serius kan for the 2nd time tu?

Anonymous said...

Assalamualaikum para panel yang arif lagi bajet hebat,

a) Apakah yang boleh dilakukan untuk mengambil hati seorang lelaki yang bergelar daddy? Eg; anaknya yang pulang dari perantauan memberi souvenir untuk daddynya tetapi daddy itu buat derk sahaja. Adakah beliau tidak kisah ataupun sangat gembira?


b)Seorang lelaki mempunyai wajah yang sangat kacak dan bekerjaya hebat tetapi mempunyai sifat yang amat merendah diri atau pemalu dan juga amat segan dengan gadis. Beliau ini tidak pernah bercinta (tetapi bukan gay). Soalannya, bagaimanakah untuk mendekati lelaki seperti ini?


c) Bagaimanakah anda sebagai lelaki yang gentleman memujuk gadis anda yang sedang bersedih?


d) Adakah perasaan apabila gadis anda jatuh sakit?


e) Yang manakah pilihan anda? Kecantikan/seksi atau hati budi/kepintaran a.k.a Paris Hilton atau Betty Suarez?


f)Apakah hadiah ideal bagi seorang lelaki selain gadjet atau apa-apa yang berkenaan dengan bola sepak?


Sekian,
Siti Anonimus yang nun jauh di perantauan,
Paris

nana said...

bila si gadis menulis berpuluh-puluh perkataan, si lelaki balas 2-3 perkataan je. itu pun secara endah tak endah.

si gadis rasa tak dipedulikan.

bila si lelaki cerita itu ini pada si gadis, si gadis jawab satu perkataan je, seperti: "okey" atau "oh!"

si lelaki tanya si gadis: "awak sakit ke?"

aduyai.

(oh, ni bukan persoalan. huhuhu)

Noraishikin Mohd Salleh said...

jawab ijai...jgn x jawab :p

Anonymous said...

sila beri justifikasi selain daripada memberi jawapan 'cinta itu buta':

1)jika perempuan itu berjerawat(kadar normal),adakah lelaki akan berasa geli utk melihat dan mendekati perempuan tersebut?

2)adakah lelaki akan terganggu jika body perempuan tu perfect shapenya tetapi berparut/berselulit?

3)bagaimanakah expectation seorang bf kepada gfnye ketika membawa gf membawa berjumpa dengan rakan2 sekolahnya dulu?adakah kene menten ayu,or buat2 kool mcm konon friendly? perlukah look the best so that sume kawan2 lamenye tergamam betapa bertuahnya si bf mendapat gf secantik itu.


terima kasih.

Anonymous said...

jai aku rase soalan soalan gadis gadis entri kali ni makin mengganas.

adam

Mohamad Faizal said...

soalan untuk gadis2: kenapa degil sangat kalian ni suruh tulis nama tak mahu tanya lebih daripada satu soalan pulak tu.

haa haa tak apa aku akan bagi soalan yang sukar untuk kau jawab adam

Anonymous said...

benarkah kaum lelaki yg mengambil gmbar sdiri gay dan terpesong nafsunya dari lumrah sebenar. Ini kerana setelah saya mmbuat kajian mendalam kedalam seluar-seluar dalam, asal ade org laki upload gmba amek gmba sdiri je korg tuduh gay.. kalo pompan cute suke plak korg ye~ adekah korang jeles dgn kehenseman lelaki terbabit atau kerana die xdak cameraman persendirian??xbek tau fitnah2..gurau pon agak2 laa.. sume manusia ade prasaan..



abe watanabe,tepian bangi

Anonymous said...

yup aku setuju ngan adam..
soalan kali ni lebih mencabar..
and fiy,abe watanabe tu bukan aku..

wahai abe watanabe,tukarla name..nanti org lain confusius eh konfius..aku cadangkan nama sperti kak tipah seluar ketat atau mek jah janda berhias..(haha..sori no offense,saje je gurau2 sempena nak sambut tahun baru..cheers!!)


-shuhud-

Anonymous said...

bagaimanakah perempuan yang kureng cantik nampak cntik dimata lelaki n perempuan lawa, mnjadi sgt buruk dimata lelaki?

fatihah, kuala tganu.

Mohamad Faizal said...

terima kasih. soalan2 anda semua akan dijawab dengan penuh intelek dalam masa beberapa hari nanti

n0dS ;) said...

1. kau rase idea movie 'hes just not that into you' bley pkai x?

2. 'rebound relationship' ni cara for guys untuk move on kah?

thx.

Anonymous said...

ellewww~~

Saya nak tanya pada para lelaki..harap dpt jwpan dri anda =)

knapa lelaki ni susah sangat nak buat confess yg dia tu suka kat kita??? Plus I ni bukan jenis perigi mencari timba.. and I'll keep waiting until he make the confession.. well brapa lama kita nak tunggu?? walaupn kita tau yg dia tu suka kat kita pasal dia bagitau at my friend yg dia tu minat kat saya.. tp tak brani nak ckp, dia ni jenis pemalu sikit lah and both of us are very very very shyness.. apatah lgi saya..ehehe I sebagai kaum pompuan tak nak make the 1st move..
come on lah guys be gentle lah sikit dun make us tertunggu2 tau..
or should I ask him? *tak nakkk..mcm perigi lah pulak*

-TicTokTicTok,planet mars-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...