Thursday, December 10, 2009

Welcome to Bandar Utama

Sudah dua minggu aku berpindah pejabat. Dahulu pejabat aku terletak di Menara Olympia di Jalan Raja Chulan. Oleh kerana syarikat aku hendak eskep daripada membayar sewa pejabat yang sudah tertangguh selama 2 bulan, maka kami pun senyap-senyap berpindah ke sebuah bangunan terbiar yang dinamakan 1 Tech Park di Bandar Utama. Sejak minggu lalu, aku kini bangun tidur pada pukul 4.45 pagi setiap hari untuk menunaikan Qiamullail dan bermekap-mekap untuk ke tempat kerja agar tidak terkandas dalam kesesakan lalu lintas. Korang pun tahu, kesesakan jalan ke Damansara boleh menyebabkan karekter korang berubah menjadi kaum kafir Quraisy maka sebab itulah aku harus bertindak awal. Jika tidak perlu mandi wajib, selalunya pukul 6 aku sudah keluar daripada rumah dan 6.38 pagi aku sudah tiba. Oleh kerana aku ni Pemegang Anugerah Pekerja Terbaik Maikrosof, maka aku diberi kebebasan untuk datang dan pulang pada bila-bila masa mengikut nafsu serakah aku, asalkan kerja siap.


Jadi seronokkah berpindah ke tempat baru ini? Ayuh kita berjalan-jalan di pejabat aku dengan mengklik Read More.

Oleh kerana tempat ini masih baru, maka tiada kemudahan seperti food court, gelanggang xbox, serta kolam renang seperti di pejabat lama. Maka jika kita kelaparan, kita perlu keluar daripada pejabat untuk pergi membaham di Centrepoint ataupun membaham di One Utama terus. Kesempatan itu digunakan oleh orang-orang di pejabat untuk membuat side income dengan menjual nasi lemak, capati dan sandwich. Memang laku walaupun hakikatnya sambal nasi lemak diorang rasa macam peluh mamak. Aku ingat aku pun nak buka perniagaan juga dengan menjual diri. Aww gelenyah uols. Eh what the whattt.


Kau lihat gambar di atas, tampak seperti restoran 3 1/2 bintang bukan? Hakikatnya itu baru pantry pejabat aku huuu kagumnya-kagumnya. Everything is new here so di level aku memang tak ada apa lagilah sebab aku baru pindah masuk. Pekerja je tiada yang baru hari-hari kena tengok gadis obese perut berlipat dalam perjalanan nak ke tempat duduk aku.


Perkara yang paling kool tentang pejabat aku adalah rooftopnya. Fuii macam taman botani UPM. Memang sungguh indah ciptaan Tuhan laut membiru nyiur melambai. Orang tak selalu datang kat sini so kalau korang nak ringan-ringan memang di sinilah tempatnya. Tapi anda harus ingat walaupun orang tak nampak tetapi Tuhan nampak (usrah sambilan).


Aku rasa kewujudan pokok Dildoles Pakme ini harus dihapuskan kerana boleh disalahgunakan sebagai alat bantuan seksual.


Tak tergamak aku hendak pamerkan gambar ini sebenarnya tetapi aku pamerkan jua agar dapat memberi pengajaran kepada kita semua. Kita tidak mahu kes-kes sebegini berlaku di tempat kerja. Gambar ihsan Kosmo.


Agar sukar sebenarnya untuk ke sini dengan menaiki kenderaan awam kerana jadual basnya tidak menentu. Namun kalau naik kenderaan sendiri mudah sahaja lompat daripada rooftop terus sampai highway. Highway to hell. Membunuh diri adalah dosa besar (lari tajuk).

Jadi seronokkah bekerja di sini? Tidak tahu. Kerana ramai kawan-kawan kategori rapat dan bertaraf homoseksual yang telah pergi meninggalkan syarikat ini seperti Syed Muhammad Muaz, Faisal Habeeb, Irsyadudin Ismail, Andrew Chan, Adam Phong, Zahrul Idzwan, Shadatul Shima, Calvin Loi....Sure, it pays well. Tetapi sampai bila aku hendak menyelesaikan masalah orang yang tidak tahu untuk menginstall Windows Update? Tak mengapa, impian aku satu hari nanti; aku mengharapkan ada modeling agency yang stumble upon my blog dan berkata "Inilah jejaka yang kita cari-cari selama ini...."



18 comments:

Anonymous said...

hi saya dari majalah vogue...andalah jejaki yg kami cari selama ini..(haha lawak sambilan..)bosan lah sedang final.encik faizal amikkan exam saya:P

tak tahu plak pokok dildo kejadah ape tuh bentuk dia mcm tuh sampai perempuan2 jalang mesti gunakan utk tujuan lain.ish3..

anon.

jana said...

Ijai tertanya dihati kak jana siapalah member ijai yang rajin layan ambil gambar- gambar ijai yang bermacam gaya ni,tengok gambar ini teringat kak jana masa mula-mula pindah dari K.L ke Putrajaya antara kakitangan awam yang mula-mula kena pindah ,macam nilah office cantik tapi tak da orang jual makanan,so semua orang bawa bekal macam bangla yang kita selalu nampak pergi kerja bawa bekal tu sambil jalan berderet,lelaki perempuan sama je semua bawa bekal dari rumah ,masa mula kami pindah kami disediakan bas free selama setahun,siapa yang tak nak naik bas bawa kereta sendiri dapat duit kalau tak silap seorang RM180 pun selama setahun juga,Ijai 4.45 pagi dah bangun.6.38 dah sampai office tidur malam pukul berapa Jai.And one more siapa yang jadi model dengan bunga Didoles Pakme tu,model berani mati tu he he .Bak kata rancangan Melodi "Panaaaas"

finaz said...

adik i yg tak penah bawak bekal tetibe request nak bawak bekal ok sejak pindah ke BU. silalah pau makanan dari dia

cleopatra said...

u're so funny dude..! enjoy reading ur entry.. ;p

Anonymous said...

awak,

resepi yang awak nak tu saya dah upload kat blog saya.. nanti awak tengok eh! take care awak! :)


(cukup gay tak statement aku?)


p/s: jgn lupa dgr single terbaru pretty ugly - 'dia milikmu' featuring joanna from joanna & co


-kusha-
sugarcoated pop

z a t i said...

ha ha gile la kau.
seriyesly, org yg amik2 gbr kau ni tk rasa nak lempang kau ke.

gila la 4.45am aku br nak tidur (metafora)... bgn awal lg stress dr menghadapai treffik jam ok.

Shima Ibrahim said...

maafkan aku kerana terpaksa pergi meninggalkan 1Tech Park. (ayt stok cerekarama gitew)

tuhan aja yg tau betapa berat kaki aku melangkah pergi meninggalkan rakan2 lojitek (dan maikrosof) ku di ctu..

tetapi tak mengapa, kita masih berpeuang berfoya-foya di luar untuk meng-update database dengan gosip2 liar terbaru.

sekali lagi, maafkan aku ijaicool!

M Fitri said...

adam phong dah pindah. calvin loi dah pindah. muaz dah pindah. irsyad pindah. aku dah pindah. semua yang top agent dah pindah.

kau? terpedaya dengan best "agent" of the month. jangan di perdaya janji-janji manis Datacom tu.

p/s: xbox 360 yang pms tu ada lagi x?

King Faisal said...

tulaa ko, aku ajak ko pindah tp u degil, Berlagak, top agent, fxxxing shit... now u see your friend Adam "kapal terbang" seems to be happy over here. Tp ko masih ada harapan lg laa. Esok 12.12.2009 ada walk in Interview kat CSC. Kalau Berminat Sila hadir dan jgn lupa bawa bersama passport indon anda ya :)

@Dam Phong said...

Top agent yang original, semua dah pindah, sebab tu la engkau di anugerahkan, pemenang bertuah (Lucky draw).
Sampai masanya engkau install new OS, tak yah update update lagi.
Tapi I can understand kalau engkau decide to remain a legacy system (bila juara dah tak ada, no 2 tu naik status).

Kunal said...

There's no food!

Mohamad Faizal said...

anon: exam apa exam tajwid saya terer ah

kak jana: kawan2 saya semua memang tak senonoh perlu bimbingan saya sentiasa

finaz: saya rasa saya tahu adik anda yang mana. lelaki kurus rambut panjang haa haa abiskan rahsia anda akan dikorek

cleopatra: kongratulasi for diskavering me

kusha: huii nak syahwat aku membaca statement kau

zati: gila kau tidur kol 4.45 pagi mesti kantol subuh

shima: tiada maaf bagimu melainkan kau hadiahkan aku keyboard lojitek yang kau curi

fitri: ada kata kau nak beli cepatlah rm350 je

faisal: ahh nampak sangat kau rindukan aku berdasarkan ayat kau. gaji 4.5k aku mahu

adam: kapal terbangggggg. kamon jangan kau lupa aku membelasah kau 7-0 tempoh hari kerana aku memang sang juara

kunal: i am watching mxpx now haa haa

Muaz said...

wahh...aku tak tau adam and faisal pun dah blah..

semua dah blah dah..

takpelah ijai, ko duk sini sampai jadi manager ke apa ke.. bleh masauk balik kerja situ sebab ijai kan cool...hehehe :p

kalau ko jadi manager, ko buat la cam jadual utk main xbox, bleh masuk kerja sesuka hati, gaji mesti tinggi and all that...

mesti gerenti ramai org yg top2 masuk balik.. hahaha

sI tEDI said...

weyy ijai..
gila pantry ko macam tu!!!

Anonymous said...

jai ko lupa letak name danial.die kecik ati. anyway aku bekerja mlm bulan ni. sila dtg ke uptown teman aku dinner haha

zarul.

Mohamad Faizal said...

muaz: haa haa aku kan anak angkat harapan satyaki

tedi: gila tetapi tiada makanan

arul: jangan kecil hati danial kau tahu aku cintakan kanak2 bangi.

Mabs N Cals said...

hes going to be one cool and funny manager. Cheers :)

Anonymous said...

This dеsign is inсredible! Yοu most certaіnly κnoω
hоw to κeep a reader enteгtaіnеd.
Between your wіt anԁ youг vidеοs, ӏ waѕ almost moѵeԁ to start my own blοg
(well, аlmost...HaΗa!) Fantastic ϳοb.
Ι rеаlly еnjoуeԁ
what yоu had tο ѕay, and more than that, how you prеѕenteԁ іt.
Тoo cool!

Looκ intο my webρage :: caravan accessories

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...