Tuesday, December 1, 2009

What's In The Bag?

Gadis-gadis suka sangat buat posting begini. Eleh, tidak hairan, hari ini kita akan melihat pula apa yang ada di dalam beg seorang lelaki. Kandungan dalam beg lelaki rata-ratanya tidak berbeza kerana semua lelaki sama sahaja tak guna. Kalau ada yang bajet jejaka fashionistas ataupun dalam kata lain jejaka dayus; mungkin kandungan beg mereka berbeza kerana berisi sapu tangan dan pelembab muka. What the what??


Ayuh kita lihat benda-benda tipikal yang ada dalam beg lelaki normal seperti aku dengan mengklik Read More.

1) Beg Kompeni.

Sebelum bercerita tentang apa kandungan beg kami, mari kita mengenali jenis-jenis beg yang kami gunakan. Kami lelaki tidak perlukan beg kulit buaya yang mahal. Selalunya beg yang kami gunakan adalah beg percuma yang diberi oleh majikan ataupun beg yang dimenangi dalam cabutan bertuah. Tidak mungkin kami akan mengeluarkan wang untuk membeli beg. Beg yang kami gunakan memang tahan lasak dan boleh digunakan dalam pelbagai upacara. Nak buat main futsal boleh, nak buat aksesori clubbing boleh, nak dijadikan tempat mengisi sampah sementara pun boleh.

2) External Hard Disk


Huiii ini memang penting. Zaman sekarang ni semuanya berlandaskan teknologi maklumat. Tapi hakikatnya cakera keras luaran ini hanya digunakan untuk mengisi siri televisyen yang dimuat turun secara makruh di pejabat mahupun berkongsi pornografi bersama rakan-rakan.

3) Wireless Controller Xbox 360

Huii ini pun penting juga. Kalau bertandang ke rumah kawan ataupun saudara mara, elok dibawa kontroller sendiri agar kita dapat menyertai permainan multiplayer Call of Duty yang sedang berlangsung ataupun membelasah Dazu dengan membuat alley oop dalam permainan NBA 2k10 nanti.

4) Drum Stick

Zaman sekarang ni orang kata zaman Indie. Kita yang dah tua ni perlu mengikuti perkembangan semasa agar tidak ditubuh lapuk dan bapuk oleh remaja-remaja zaman sekarang. Tak tahu main pun tak mengapa, kita hanya mahu bergaya. Akan tetaapi pastikan kayu dram itu terjuluq daripada beg agar semasa kita jalan-jalan di Midvalley, remaja zaman sekarang akan menegur "wauuu abangg ni rokstar yeee awwww kool la abangggg" Cukup sekadang kalian membalas senyuman pendek, kemudian teruskan perjalanan sambil menggalas beg berisi kayu dram ke bahu. Memang gaya rokstar ah.

5) Minyak Cap Kapak

Minyak ini memang banyak kegunaannya. Semua lelaki memiliki minyak ini di dalam beg mereka tak percaya sila cek. Pendek kata apa jua masalah boleh diselesaikan dengan minyak ini? Pening? Letak sahaja minyak cap kapak. Kena santau? Letak sahaja minyak cap kapak? Kegersangan di US kerana isteri berada di UK? Gosokkan sahaja dengan minyak cap kapak. Ouch.

6) Cakera padat Miley Cyrus


Mana ada lelaki yang tak minat Miley Cyrus. Tanya sahaja setiap jejaka yang anda jumpa; Adakah anda minat Miley Cyrus? Jika mereka menjawab 'NO!' sambil marah-marah, itu tandanya mereka peminat fanatik. CD ini penting agar aku dapat memandu ke pejabat tanpa rasa mengantuk. Yelah pagi-pagi buta sudah keluar rumah aku perlukan rangsangan Miley. Not that rangsangan you pervert dont you ever say that to my Miley! (gaya seorang peminat fanatik) Ohoh wake up americaaaaa tomorrow becomes a neww dayyyyy....(menyanyi nih).

7) Capo

Tidak, ini bukan alat kontrasepsi ataupun apit G. Capo (sebut kapur je senang), memang harus ada di dalam beg seorang lelaki kerana hanya dengan bantuan capo kita dapat mencari key Kris Allen dalam nyanyian kita. Yelah hidup ini memang penuh dengan kejutan; mana tahu satu hari orang datang kat aku pastu cakap "haa kalau cik nak menang sejuta ringgit, sila main dan nyanyikan lagu Kris Allen dengan key yang betul" You see, memang smart thinker aku ni.

8) Buku Panduan Solat


Walaupun Ustaz Faizal al Kacaki tu kenalan aku dan sering membimbing aku ke jalan yang benar dan lurus, aku sebagai manusia biasa punyai kelemahan dan kekurangan walaupun kekacakan. Normal lah tu jika kita kadang-kadang terlupa doa Qunut. Eleh subuh tak sembahyang memangla tak baca doa qunut. Dengan adanya buku ini, kita dapat mempraktis doa-doa harian yang boleh dijadikan pendinding daripada penangan nasi kangkang musuh kita.

10) Boxer tambahan

Yaaa. Memang vital sekali boxer tambahan ini. Kita selalu curi-curi tidur di pejabat. Bagaimana jika semasa kita mencuri-curi tidur kita didatangi mimpi basah sehingga inzal? Haa kan dah tak selesa dan melekit-lekit. Itulah gunanya boxer tambahan.

Sekian sahaja entri ilmiah aku untuk kali ini. Semoga para pembaca kini dapat memahami kaum lelaki dengan lebih mendalam. So anyway, what's in your bag?

ps3: haa haa baru aku perasan aku tertinggal no 9. malas aku nak edit. memang dasar lelaki tak guna



17 comments:

enuLwanie said...

agak was was ckit bila adanya buku tu dlm beg abg ijai..
hahahhaha

sI tEDI said...

mekap2 x de ke ijai???

Mohamad Faizal said...

enulwanie: percayalahhhhhhhh (gaya siti)

tedi: mekap hanya untuk lelaki sotong

Anonymous said...

kenangan indah kobe bryant, dirk nowitzky masih tidak dilupa. tp aku dh lupe alley oop ko bg tips.

slmt belated hari raya haji

jana said...

tissues tak ada ke ijai buat lap apa-apa yang patut,beg anak bujang kak jana,kak jana akan senyap-senyap masukkan tissues (wajib bawa).

Anonymous said...

saya perempuan and dlm bag saya ada:
pencil case
handphone
purse
buku nota kecil
pelembab muka
lip gloss
chewing gum
stokin-utk solat
dan pelbagai lagi:)

anon

Cik Faridah Huda said...

owh encik ijai...apekah kegunaan capo tuh..sungguh cek tak tau fungsinya!

jap nak intai beg org sblah tmpt duduk = lelaki...nak tgk adekah dia lelaki sejati spt encik ijai atau tak

*minyak cap kapak..
*tiger balm...
*krim eyebag cap Avon..
*Perapi Sunsilk kaler oren..
*tuala muka...
*cd/dvd tuk burn citer sopan/pronografi yg telah di donlod scr haram kat opis...
* sebuku roti gardenier beserta kaya autie rosie..

tu je la yg dpt diintai scr surface..hahahhaha...I sndr x pakai krim eyebag!tp minyak cap kapak dia..I slalu rembat gak

Anonymous said...

haha kurang asam jai. aku tak torch duhs (bohong). aku nye beg cume ade baju ngan kasut je jai... pergi ke gym bile senang.

ps: cmane kau boleh berjaya sampai tangga ketiga dalam liga fantasy??? bukan time tu kau kat tangga ke 20 lebih ngan aku ke?

Adam

hUdArLiNg said...

beg? haha. terlalu byk benda. dan sampah. haha

finaz said...

dlm henbeg i ada:
- ipod nano
- maxis usb b/band
- buku nota
- mask
- botol air
- beg mekap. dlm ni ada bedak, sikat, tisu, lip gloss, lipstick (ada 3), eyebrow gel, sepit kuku, cotton bud, cotton pad.. eh byk pulak
- handphone
- mints
- kunci laci ofis
- cekak rambut
- pencil case
- thumbdrive
- business card's case
- kunci kete
- kalkulator
- buku bank

hehe byk gak bende eh.. nasib baik takde kitchen sink. kemungkinan kandungan henbeg i akan bertambah selari dengan perubahan status i.e.: in the future mungkin ada diapers bayi.. hehe

finaz said...

dlm henbeg i ada:
- ipod nano
- maxis usb b/band
- buku nota
- mask
- botol air
- beg mekap. dlm ni ada bedak, sikat, tisu, lip gloss, lipstick (ada 3), eyebrow gel, sepit kuku, cotton bud, cotton pad.. eh byk pulak
- handphone
- mints
- kunci laci ofis
- cekak rambut
- pencil case
- thumbdrive
- business card's case
- kunci kete
- kalkulator
- buku bank

hehe byk gak bende eh.. nasib baik takde kitchen sink. kemungkinan kandungan henbeg i akan bertambah selari dengan perubahan status i.e.: in the future mungkin ada diapers bayi.. hehe

Mohamad Faizal said...

dazu: alah aku hantar kembali wade dengan lebron terkapai2 kau nanti

kak jana: lelaki sejati tak pakai tisu kak. lap kat baju terus

anon: alat mekap pasti ada juga bukan

cik faridah: anda pastikah dia tu lelaki cube tengok ada bulu kaki ke tidak. lelaki sejati tak gunakan perapi

adam: haa haa biasalah next week aku pancung apai dan dazu

huda: makanan kenduri haritu pun ada lagi haa haa

finaz: banyaknya anda pakai beg samsonite ke apa

Muaz said...

Hahaha..

seriously ko selalu bawak minyak cap kapak ke?
haha..bila ko cakap cam tu, aku ingat perempuan jer yg bawa... tak sangka ijai.. haha...first time dengar laki bawa minyak cap kapak.. hehe.. tu jer..

secondly, aku tak faham capo tu utk apa...yg gambar no.7..

Shima Ibrahim said...

1. kunci kete
2. perfume - Women of Earth cap Avon (sedap bau nye)
3. another perfume - Body Shop Chassis Rose (pon sedap bau nye)
4. segenggam sweets - Cloud 9 Butter Caramel
5. kunci drawer office
6. access card office
7. purse
8. nail clipper
9. card holder
10. lip balm
11. marker pen Artline 70 Black
12. external hard drive
13. difflam mouth gel - aku mmg sng dpt ulser
14. pen
15. spec - aku rabun sbnr nye
16. handphone 2 bijik
17. kadang2 ade mouse (bkn tikus haiwan itu yer)
18. tisu/wipes
19. notepad/blank paper - just in case
20. pin tudung extra - mane la tau yg tgh pkai tu lingkup, x kan aku nk free hair plak kn..
21. pad mesti la ade for emergencies
22. pil borymycin - usah ditanya pil apakah ini
23. pouch utk syiling

wow..byk rupe nye brg dlm handbag ni..x prasan plak aku! hakhak anyways, kdg2 some of these bnda2 ni pon membantu kaum jejaka juge kan..

ShashaLia said...

ermm.. takde la byk sgt pon.. bende penting je..

1. Purse
2. Samsung SGH-G800
3. Sony Ericsson R306i
4. Beg Make Up (dlm ade compact powder, lipstick, 2 botol 1 drop perfume, blusher, eyeshadow, eyeliner, plaster etc.)
5. MP4 player
6. Wayer USB utk MP4
7. Pendrive
8. Payung
9. Jam tangan Puma(extra)
10. Lotion
11. Perfume Haiku
12. Pass card office / merangkap pass LRT..
13. kunci office
14. Kunci kereta
15. Pen & Buku nota
16. Sunglasses
17. Ubat2 allergy ku...
18. kadang2 sempat jgk sumbat camera olympus.
19. Pasmina..

erm.. itu je la..

Mohamad Faizal said...

shadatul dan shashalia: haa haa adik beradik sama sahaja

ShashaLia said...

barang2 keperluan kami lebih kurang sama saja.. =)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...