Thursday, January 29, 2009

Hepi Besday Mama

Semalam, 28 Januari merupakan hari jadi mama aku. Parti liar diadakan di rumah aku dan dihadiri oleh saudara mara terdekat. Mak teh o ais aku turut sama menyambut harijadinya. So buat sekalila jimat belanja (macam aku pulak yang keluar duit). Kami menjamu selera dengan makanan serta minuman yang diboikot seperti KFC, Coca cola, Pepsi, Nasi Goreng USA serta Nasi Goreng Yahudi. Aku kelaparan so aku tidak peduli tentang boikot. Alah korang sibuk2 boikot tapi subuh tak solat tak guna jugak. Sudah, mari kita saksikan gambar2 parti hari jadi mama aku. Click Read More for more pictures.


Angah Ji ialah mama aku dan mak teh o ais ialah adik mama aku





Ini ialah famili Mak Teh aku. Baris belakang, dari kiri: Ecah Si Pemalu, Khadijah Si Incredible Hulk, Pak Teh Tarik. Depan: Hajar si Chubby, Mak Teh O Ais, Mahdi 'Dulu si pemalu tapi kini sudah pandai bukak xbox aku'


Pasti korang tertanya2 mengapa muka serta saiz mama aku berbeza dengan Mak Teh aku. Kerna mama aku dulu pegi PLKN mak teh aku tidak.


I could not resist.

Happy birthday mama. I know I don't say this as much as I should, but hey, I love you. Be strong, jangan sedih2. Nanti ijai belikan vcd cerita korea.

Wednesday, January 28, 2009

Kongratulasi Tamin!

Siapa Tamin? Tamin ialah gabungan tengku amir afendi dan mohd nazmin. Jika korang tak tahu kicap Tamin tu kompeni kicap diorang ah. Entry ini ditujukan khas buat Tamin yang baru bertunang hari Ahad yang lepas. Tahniah diucapkan buat Amir kerana berjaya mengikat tali pertunangan bersama mohd nazmin setelah 18 tahun bercinta. Namun kau harus ingat talian pertunangan tidaklah bermakna kau boleh ringan2. Takziah pula diucapkan kepada Mohd Nazmin kerana amir menjadi tunang anda. Mengapa takziah? Kerana saya akan mendedahkan fakta2 buruk tentang Amir yang mungkin Mohd Nazmin tidak tahu agar tidak terkejut beruk pulak setelah berkahwin nanti (mungkin fakta benar ataupun rekaan sesuka hati aku). Sila klik Read More untuk mengetahui kebenarannya.


Entah mengapa Mohd Nazmin berbaju matching dengan saya setiap kali raya

Fakta2 ini diperoleh sepanjang kami tinggal serumah di sungai ramal dahulu.

Fakta 1: Amir gemar tidur dalam keadaan berkemban.

Fakta 2: Amir ada seluar bunga raya kaler kuning yang boleh membuat kita muntah darah jika melihatnya.

Fakta 3: Kentut Amir berbunyi begini: piiiii....(perlahan) PROTTTT PROTTTT BEHIHIHI (kuat) pissss...(kembali perlahan)

Di sebalik keburukannya, Amir tetap hensem dan bergaya walaupun perut bersaiz 38. I lap u man. U lap me tak? Semoga Mohd Nazmin tidak berubah fikiran setelah mendengar fakta2 ini.


Saturday, January 24, 2009

Lagu untuk Artis Kita

Artis kita memang sensasi. Uols eh korang suma diharap dapat menjadikan lagu ini sebagai amalan ketika tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas. (Nyanti ikut rentak lagu Billy Joel - We Didn't Start The Fire). Ditembak menggunakan digital camera sahaje, thus menjelaskan mengapa kualiti videonya agak gampang. Tengokla kalau jualan single ni laku aku belila video camera mahal sikit. Sing it!




Lirik:

Aidil Zafuan Rita Rudaini, pegi Thailand kahwin lari
Aidil pun naik pening, dapat anak nanti juling

Rosnah Mat Aris kahwin lagi, dengan Tajul Efendi
Aku tak tahu mengapa, dah menopaus still berselera

Memey Norman Hakim, tangkap basah at 3 am
Kena cerai dengan Abby, kumpulan Impression pergi mati

Akhil Hayy dan Waheeda, tengok wayang sama2?
Mane boleh camtu ustaz, nanti Nik Aziz libas

Chorus:
ini kisah artis kita
penuh kontroversi sungguh sensasi
ini kisah artis kita
diburu Sally diburu papparazi

Aku jeles ngan Que Haidar, muke memang mintak penampar
bulan depan dia kahwin, dapat toron linda jasmine

Dania Danielle, kau ingat kau comel
Syamsul tumbuk main main, terus tak pegi PLKN

Faizal Tahir bukak baju, perut boroi macam aku
tapi tak menang juara lagu, peduli apa aku

ini kisah artis kita
penuh kontroversi sungguh sensasi
ini kisah artis kita
diburu sally diburu paparazi

Penaja utama:
Gitar kapok - Luqman Yahaya
Baju No Fat Chicks - Adam Johari
Snowcap Liverpool - Mohd Dazrul Syariz
Spek mata - mama
Camerawoman - da killa'



Friday, January 23, 2009

Ucapan

Untuk gadis2 AEON yang naik lif dengan aku pagi tadi, minta maaf aku ucapkan kerana akulah orangnya yang kentut di dalam lif tadi dan buat2 tak tahu.

Untuk orang yang hampir melanggar aku tadi, aku ucapkan sakmaibols. Nasib baik side mirror aku tak calar.

Untuk rakan2 sekerja, aku ucapkan selamat bekerja di hari cuti umum.

Untuk kawan2 Cina aku seperti Andrew Chan Wai Jien, Tan Yee Hao, John Hoo Chee Kiong, Adam Phong, Adam Johari, Chua Shi Yun, Yip Chia Wei Justin, Ling Leong Wei, Lim Fei Yee, Ding Ngok Fung, Ho Kah Ling, Calvin Loi, Bernard Huen, Loke Mun Leong, Tan Hooi Lay, aku ucapkan Kong Hee Fatt Choi. Seperti biasa, teka teki perayaan mesti diutarakan. Sama2lah kita ketawa gembira. Ok kalau Hari Raya dengan Raya cina kita panggil Gong Xi (kongsi) Raya. Kalau Hari Raya dengan raya india panggil Deepa Raya. Tapi kalau raya cina ngan raya india nak panggil apa? (click Read More untuk jawapan)

Kongsi Gelap.

Thursday, January 22, 2009

Penantian Satu Penyeksaan

Lapan bulan aku menanti.

Hari ini kau kembali.

Keeeeeeeembali ku mahu hidup seribu tahun lagi (lagu background).

Apa benda tu?

Klik Read More jika mahu tahu.



The best tv show ever.

baru download 9.1 % arghhhhhhh

oh ya jamil jika kau membaca, Fringe S01E11 sudah keluar oh yeahh

Wednesday, January 21, 2009

Mari Belajar Tajwid (part 2)

Assalamualaikum ya ahli kubur. Eh assalamualaikum para pembaca yang budiman. Hari2 korang menonton My Sister's Hot Friend, mencarut sana sini serta mencuri tulang di pejabat untuk membaca blog aku, tiada rasa penyesalan ke? So hari ini, ana akan memberi sedikit panduan agar hidup kita lebih diberkati. Tempoh hari kita sudah belajar hukum Nun mati, hari ini kita akan belajar hukum Mim mati pula. Jangan korang persoalkan kredibiliti aku kerana aku memang terer tajwid. Dulu masa Sijil Penilaian Rendah Agama (SPRA) tajwid aku dapat jaijidan (bahasa Arab, yang bermaksud, bijak sifir). Kira aku ni macam Ustaz Akhil Baligh Hayy la. Bergaya rawk, macho, boleh tengok wayang sambil berdakwah (gosip sambilan, dia tengok wayang ngan Waheeda, cerita Brain Scan). Baiklah, jika anda mahu menang akademi Al Quran, silalah klik Read More untuk belajar hukum Mim mati.

Hukum Mim mati terbahagi kepada 3:

1) Ikhfa' Syafawi
Ikhfa' Syafawi hanya ada satu huruf, iaitu huruf ba. Apabila mim mati bertemu ba, maka wajib dibaca dengung.

2) Idgham Mislain
Idgham Mislain pun ada satu huruf sahaja iaitu huruf mim. Apabila mim mati bertemu dengan huruf mim dalam dua perkataan, maka korang harus mengidghamkan bunyi mim pertama kepada mim yang kedua.

3) Izhar Syafawi
Huruf2 Izhar Syafawi pula adalah selain daripada dua huruf tadi. Apabila mim mati bertemu dengan huruf2 Izhar Syafawi maka wajiblah dibaca dengan jelas dan nyata tanpa dengung.

So bagaimana? Mudah bukan? Ana harapkan para pembaca semua dapat mengaplikasikan hukum mim mati dalam bacaan korang. Jangan main toron je hukum tajwid semua, berdosa tau. Orait kita jumpa lagi dalam segmen belajar tajwid yang akan datang. Assalamualaikum.

Ustaz Faizal al Kacaki
Microsoft Cerified Tajwid Trainer

Tuesday, January 20, 2009

Faizal Rosly is kooler than Faizal Tahir

Mengapa korang gadis2, arbok2, dan Alie memuja2 Faizal Tahir? Apa kool sangat ke dia tu? Mungkin korang ingat dia kool kerana dulu dia pernah menganggotai kumpulan nasyid. Mungkin korang anggap dia kool kerana suara dia mengghairahkan. Mungkin korang ingat dia kool kerana dia pernah membuka baju di khalayak ramai. Mungkin korang ingat dia kool kerana menggondol 3 anugerah di Juara Lagu.

Dude.

1) Masa aku darjah 6, kumpulan nasyid aku memenangi tempat kedua dalam pertandingan nasyid daerah Hulu Langat. Aku pulak dapat hadiah khas suara latar terbaik. Mirwana pernah menang apa?

2) Suara dia mengghairahkan? Well suara aku menginsafkan. Dengar sahaja laungan azan aku di Surau Al Kauthar setiap hari Sabtu pada waktu maghrib.

3) Dia pernah membuka baju di khalayak ramai? Kamon. Gambar aku di bawah ini jauh lagi seksi dari dia.

//*nota* gambar telah diremove kerana ditegur Imam surau aku. Sila layari laman Facebook aku untuk melihat gambar2 kontroversi aku.//

4) Dia menang 3 anugerah dalam Juara Lagu? Sheesh. Aku yakin lagu ciptaan aku di bawah jika diberi peluang mampu memenangi kategori Pop Rock.



So sekarang siapa lagi kool?

Sunday, January 18, 2009

Butterfingers @ Istana Budaya!

AHHHHHHHH ARGHHHHH HUARGHHHHH HEEEEE MIMIMIMI AHHHHHHHH. Itu ialah efek aku ketika sedang histeria. Mengapa aku histeria kau orang tanya? Kerana aku baru lepas menonton filem Histeria. dan juga aku telah menonton persembahan live tempatan yang paling hebat di abad ini. Siapakah band yang paling hebat itu? Biar aku nyanyikan (ikut rentak lagu Bunk Anthem). "...Gimme a B, U, T, T, E, R, F, I, N, G, E, R, S nowwwwww welcome to the butter show ohh ooo oo..." Kau gila apa Faizal. Ahh korang pun pasti gila jika korang menonton persembahan unplugged Butterfingers di Istana Budaya semalam. Butters buat 4 session, aku hanya pergi sesi yang pertama. Persembahan ini sangat istimewa kerana inilah persembahan terakhir mereka as a full line up sebab lepas ni Emmett akan berhijrah ke Kanada atas urusan kerja dan Loque akan kembali ke Boston.

Aku pun tak tahu pasal konsert ni sehinngga aku menonton Melodi last week. Metafora yang Loque gunakan "Jambatan ada banyak namun sungai tetap mengalir...." (aku pun tak ingat apa dia kata) menyebabkan aku terus bersemangat menghubungi rakan2 untuk pergi bersama. Hari Sabtu, aku pergi ke kenduri seperti entry di bawah ini terlebih dahulu. Ingat nak balik awal dan gerak awal, namun begitu, lambat sungguh nasik dihidangkan sedangkan aku sudah kelaparan. Ketika orang masih sibuk mengunyah, aku telahpun pulang. Show start kol 2.30. Pukul 3 aku sampai. Missed the opening band, Bunkface. Penat aku hafal lagu Situasi berserta kord gitarnya in case kalau frontman dia pengsan dan mintak aku ganti.


Wajah ghairah

Tatkala aku masuk hall, panglima2 Melayu moden sudahpun berada di atas stage. Emmett, Kadak, Loque dan Loko sudah mengambil tempat masing2. Ada orchestra iringan, kool. Tempat duduk dah penuh, makcik istana budaya tu letak aku kat belakang Kadak. Tak kisahla. Kanak2 Bunkface duduk di sebelah aku, tapi mereka bukanlah highlight show itu lagi. Although aku adala cuba2 untuk mengambil gambar mereka untuk diriakkan di sini haa haa. Timing kami memang kool, duduk saje, grenggg, diorang main Delirium.


Tengok bontot Kadak pun jadi

Aku tak dapat nak mencurik setlist, so aku tak ingat turutan lagu yang diorang perform. But when the violin kicks in to the tune of 'Royal Jelly' ohh berderau darah aku. Among the highlights of the show IMO:
1) Me, without drums and bass.
2) Improv during Fire is a Curse.
3) The legendary 'Chemistry'.

There were feedback from Emmett's guitar and Kadak's bass, which clearly annoyed Emmett. Nevertheless, the overall performance was superb. The ambiance, lighting, the sound, the venue, perfect. Vokal mantap Emmett, gorengan gitar Loque yang garang, bassline yang membunuh dari Kadak serta ketukan padu drum dari Loko, diiringi dengan orchestra yang memukau, what else could I say? You guys should get the complete box set in the future.


Gambar terakhir yang sempat diambil sebelum dihalang oleh makcik Istana Budaya. Kecoh la lu makcik.

Tolonglah klik Read More kerana aku ada gambar yang boleh membuatkan korang terkancing gigi. Terutamanya kau Zahrul siapa suruh kau balik awal haa haa.


Habis saja show, aku, Nurdatillah dan kawan aku Luqman nak membeli souvenir...tiba2...

"Haa kau. Yaa yang pakai spek yang hensem tu. Bukan kau, baju merah tu. Haaa kau Faizal kan" kata Loque memanggil aku. Tah macamana dia kenal aku pun aku tak tau.


Kadak sebagai Roksetar pun boroi so aku tak perlulah risau dengan perut aku tu.


Emmett berkeras nak bergambar dengan aku. Takkanla aku nak tolak kan.

I wish I got the tickets for all 4 shows.

Semoga korang akan Kembali.

Kongratulasi Huda Adam!

Siapa Huda? Huda ialah rakan aku sejak zaman sekolah rendah. Dulu2 dia ada banyak kucing macam aku jugak, so kira family dia dengan family aku rivals ah bila masuk pertandingan kucing. Kalau kategori Persian mebe dia boleh menang tapi kalau nak gaduh dengan domestic cat aku haaa terus gugur misai kucing dia. Gosip dari Mangga mengatakan masa kecik2 dulu dia suka kat aku, tapi aku tak berminat dengan gadis ketika itu. Haa haa.

Anyways semalam kami menghadiri majlis perkahwinan dia di dewan Seri Hendon, Putrajaya. Walaupun aku tidak kenal suaminya, aku tetap membawa hadiah consist of barang2 yang aku tidak pakai (hadiah pertandingan kucing) untuk kegunaan mereka. Team Bangi datang dengan penuh segak bergaya mengharapkan ramai gadis2 TKC yang jelita untuk mencuci mata, namun semua itu hanyalah indah khabar daripada rupa kerana tidak semua gadis TKC itu sedap mata memandang. Ada yang berat, ada yang berlopak di muka, ada juga yang menjadi lelaki. Haa haa besh betul kutuk orang.

Buat Huda dan suami, kami ucapkan tahniah dan semoga tidak bercerai dan at least mendapat 3 orang anak. Maaf aku tidak dapat berjumpa untuk mengucapkannya secara direct kerana aku harus pulang awal untuk sesuatu yang hebat yang akan tulis dalam entry yang akan datang. Jeng jeng jeng. Sila klik Read More untuk melihat gambar2 perkahwinan Huda.



Masing2 segak bergaya ala2 kumpulan Shades duuu duu bidu dubidubidubidubidu duu bidu


Go Team Bangi!


Sorilah pakcik kau tak cukup hensem untuk dipaparkan di blog aku


Oraittt see you guys at the next wedding!

Thursday, January 15, 2009

Aku Bukan Sally!

Entry ini ditulis untuk menjelaskan kekeliruan yang bermain di minda korang. Sebagaimana yang korang tahu, untuk beberapa hari setiap bulan, Sally akan datang menulis di ruangan gosip. Kita macam datang darah haid la (analogi yang ternyata salah). Aku sudah nyatakan, Sally dan ijai adalah 2 orang yang berbeza. Sally nama penuh dia Salehudin, dan nama penuh aku Mohamad Faizal. Perwatakan kami ternyata berbeza. Sally tergolong dalam kategori arbok, aku pula dalam kategori orang2 yang rajin ke surau. Jika korang tidak percaya, lihatlah video di bawah yang memaparkan siapa sebenarnya Sally.




Y.P.R Multimedia Squad:
ijai-fandy-arel-huda-ezu

visit http://www.youtube.com/user/ijaikool for more videos

Wednesday, January 14, 2009

Pembaca Berita Yang Ditangkap Semasa Tahun Baru ialah...

Haiiii uolsssss. Rindu kat Sally tak? Haaa ni Sally ada berita hangat ni. Korang mesti tertanya2 siapa dia pembaca berita yang disyaki menyertai pesta seks dan pesta tanglung semasa tahun baru haritu bukan? Huiii korang mesti tak sangka you siapa dia. Dia ni takdela femes amos sangat tapi kalau tanya surirumah ataupun orang yang selalu tengok berita mesti tahu. Huii mesti uols dah naik syahwat dah nak tau siapa dia kan. Hik hik hik. Oraittt sebelum uols mencapai ereksi, sila klik Read More untuk mengetahui siapa dia.

disclaimer: ruangan gosip ini ditulis oleh Sally, paparazi popular dari Kolej Matrikulasi Melaka. Sebarang komen, tak puas hati, gosip panas, ataupun nak ajak berbual(lelaki muda sahaja) bole hantarkan kepada sally_gelenyah (at) gmail (dot) com




KAMARUDIN MAPE!...........bukanlah orangnya. Kamarudin Mape baik orangnya. Sally pun tak tahu saje je nak mensensasikan berita ni hikhikhik. Jangan marah yee gelenyahhhhhhh.

Monday, January 12, 2009

Happy Birthday Khairul Afandy!

Siapa Khairul Afandy? Khairul Afandy ialah teman lelaki aku di uniten. Orang panggil dia Khai sebab dia minat Khai Af. Fandy ni baik orangnya. Cuba korang mintak tolong kat dia mesti Fandy akan melaksanakannya. Walaupun orang selalu mengutuk dirinya kerana banyak bulu/badan karpet/King Kong/Planet of the Apes/Macha Ameerali dan banyak lagi, Fandy tetap tabah menghadapinya dengan senyuman. Walaupun Fandy dikategorikan sebagai OKU kerana rabun warna, dialah sumber kami untuk meniru assignment kerana dialah yang paling rajin.

7/1/2009 merupakan besday dia. Jarang sekali aku terlupa untuk wish dia setiap tahun kerana aku dah tulis dalam diari aku. Kau ingat tak Fandy besday kau 2 tahun lepas, yang aku buat seprais parti untuk kau kat perpustakaan uniten? Semua lekcerer aku jemput sampai mengalir air hidung kau akibat terharu dengan tindakan aku. Namun itu semua kenangan lama. Tahun ini, sempena hari jadinya Fandy bercadang untuk menganjurkan pesta seks macam pembaca berita stesen televisyen swasta tu, nak ikut trend kata dia. Tapi setelah mengadakan perbincangan serius dengan aku, Fandy pun akur dan mengubah pelannya iaitu duduk makan beramai2 di lokasi yang dirahsiakan di taman equine, Seri Kembangan pada hari Ahad. Sila klik Read More untuk melihat gambar2 yang senonoh.





Fendi gembira kerana menyangka akan disuap sesuatu ke dalam mulutnya (Kek la)


Huii memang gembira betul dia sehingga nampak tahi gigi serta plak2 yang degil


Jangan baca tulisan di baju Alie nanti terbakar diri


Apabila sudah kenyang melantak KFC, sesi bergambar ala2 kumpulan Take That/Rabbani tidak dilupai


So Happy Birthday Khairul Afandy! We all lap u.


Sunday, January 11, 2009

Konserto Terakhir

Konsert yang paling agung lagi hebat daripada konsert Ella bakal diadakan pada hujung minggu depan bertempat di tempat yang paling berprestij, Istana Budaya. Siapa yang bermain kau orang tanya? Sudah pastilah band Malaya paling kool, Yang Penting Ru...eh maksud aku Butterfingers. Ini adalah konserto terakhir mereka bersama kerana selepas ini Emmett akan menunaikan umrah di Kanada dan Loque akan ke Boston untuk menonton pasukan NBA kegemarannya Boston Celtics.

Jadi apa yang korang tunggu? Marilah kita bersama2 menggegarkan Istana Budaya dengan memakai tshirt berkolar serta jeans yang tidak Jahilliyah condition dia (protokol pemakaian di Istana Budaya, duh!). Click Read More for details.




(taken from the official site)

Saturday
17/01/09
1996 - 2001 Unplugged
With guest band Bunkface
2:30pm - 4:00pm
RM 35 per entry

Saturday
17/01/09
Mari Hidup Kembali (Sessi Gitar Kapok)
Dengan band jemputan Hujan
8:30pm - 10:00pm
RM 35 per entry

Sunday
18/01/09
Transcendence 10-year Anniversary Rock Out
2:30pm - 4:00pm
RM 35 per entry

Sunday
18/01/09
Mari Hidup Kembali (Sessi Gitar Karan)
8:30pm - 10:00pm
RM 35 per entry

Special package price of RM 120 for all four shows.

Tiket boleh dibeli di:

1) Stesen Bas Kajang.
2) Stesen Komuter UKM.
3) Panggung Wayang baru di Warta Bangi.
4) Istana Budaya dan Istana Menanti Negeri Sembilan.
5) Beli online ah senang di www.ticket2u.biz

Sape nak pegi hubungi ah aku agar kita boleh menuju ke arah kejayaan bersama2. Aku pegi 1st session.

hidup matiiiii muzik bangun tidurrrr muzik!


Wednesday, January 7, 2009

Top Ten Fictional Bands

I got this idea to publish this entry after finishing the post below. There are a lot of supercool bands out there, but they are simply overlooked because they are fictional! So I have compiled my favorite Top Ten Greatest Fictional band from famous tv shows and movies. You guys might have probably heard of them, or maybe got at least one of their song stuck in your head. Click Read More to view the list.


10) Munchausen By Proxy from Yes Man
Their songs are still fresh in my head! With their hit singles 'Yes Man' and 'Sweet Ballad', MBP is taking the world by storm with their deep and meaningful lyrics, gothic appearance and infectious music. They only have 6 fans, well make it 7, cuz I'm definitely downloading their stuff.

9) Vesuvius from The Rocker
Fish was the original drummer for Vesuvius. After being kicked out from the band, Vesuvius went on to be a successful heavy metal band. Complete with a fake British accent, outrageous 80's glam outfit, and 20,000 screaming fans, Vesuvius is the greatest band on their era. Well, until they were caught lip syncing, that is.



8) Malaikat Maut from Rock
Huii band ini memang ganas. Siap baca mentera bau kemenyan berasap2 sebelum membuat persembahan. Kalah Rimba Bara. Menyanyikan lagu2 khurafat dan terpesong akidah sebelum penyanyinya bertaubat nasuha dan menyanyi lagu Wings.

7) Dr. F√ľnke's 100% Natural Good Time Family Band Solution from Arrested Development
Arrested Development is one of the funniest tv show ever. Sadly, it ended after 3 seasons. I love Dr Tobias Funke, an analrapist (analyst + therapist), a psychologist, aspiring actor, and maybe homosexual.



6) Fingerbang from South Park
Eric Cartman had a dream, where he and the rest of the South Park boys became a band err boyband and made 10 million dollars. Convinced that it's a message from above, Cartman forced his 'friends' to join 'Fingerbang'. Well try to google Fingerbang and see what's the result.



5) School Of Rock
Well tak perlulah aku terangkan panjang2 pasai nih.

4) Josie and the Pussycat Dolls. Eh?
Josie sekarang dah bukak stesen berita Al- Josieraa dan ahli2 band dia yang lain dah jadi ahli Pussycat Dolls

3) The Wonders from That Thing You Do
This is a one hit wonder band with their ever popular song, That Thing You Do. Dulu zaman muda2 selalu berjamming lagu tu.

2) Drive Shaft from Lost
Lost ialah siri televisyen yang paling hebat di alam semesta ini. Siri televisyen yang hebat pastilah akan menghasilkan band yang hebat juga. Drive Shaft, pimpinan adik beradik Charlie dan Liam Pace memanjat carta2 radio di Britain dengan hit single mereka 'You All Everybody'. Seperti biasa, penyalahgunaan dadah menyebabkan mereka berpecah. Charlie menaiki Oceanic Flight 815 untuk berjumpa abangnya untuk kembali bergabung namun korang tahulah apa yang terjadi kepada Flight 815.

Charlie meninggal dunia di season ke 3 sebagai seorang hero....sama2lah kita saksikan kegemilangan Drive Shaft.



1) PoP! from Music and Lyrics

oh yeah pop! goes my heart! i love this movie. I love PoP! I love their songs. Watch this video below and the song will stuck in your head for at least 2 years.

I WANT TO BE LIKE THEM!



Haha later guys. Assalamualaikum.

Tuesday, January 6, 2009

I'm Not Your Late Night Booty Call...

Jika korang telah menonton filem Yes Man, pasti lagu ini akan tengiang2 di dalam kepala korang. Tanpa disedari aku pasti akan menyanyikan lagu ini seorang diri tak kirala semasa tengah mandi ke tengah berak ke ataupun ketika sedang membentuk six pack di gym. Lagu ini bertajuk 'Sweet Ballad' dinyanyikan oleh Zooey Deschanel yang comel bersama band miserable gothic synth yet funny, Munchausen by Proxy. Click Read More to sing along.



Zooey memiliki suara yang unik. Setelah menggoogle dan mengyoutube, Zooey sebenarnya ada band sendiri yang dinamakan She and Him. Setelah jatuh suka dengan kecomelannya, aku pun mendownload la torrent album pertama mereka, Volume 1. Boleh tahan. Berkonsepkan 'arena folk', mungkin tak semua orang meminati genre sebegini. But if you want change, come on download saje pasti korang jatuh cinte. This is my favorite track from the album, a great throwback, retro song called Sweet Darlin (fanmade)



ahh Zooeyyyyy

Sunday, January 4, 2009

December Movies!

Yess bulan baru, tahun baru, tanggungjawab mengulas filem2 terbaru untuk panduan masyarakat tidak akan dilupakan. Banyak filem sebenarnya yang dirilis pada bulan lalu, tapi aku tak dapat nak menonton semua kerana aku perlu menemani mama di rumah. Aku termiss menonton Los n Faun, serta Cicakman 2. Namun begitu, kesempatan yang ada tetap digunakan untuk berfoya2 di panggung sambil membuat ulasan sebagai panduan untuk korang membuat keputusan agar tidak tersilap menonton filem yang gampang kualitinya. Sila klik Read More untuk ulasan lanjut

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Bolt
Ulasan ringkas: Mengisahkan tentang seekor anjing yang bernama Usain Bolt ataupun Bolt (nama manja) yang perasan ada superpower dan ilmu hitam. Setelah terpisah dengan tuannya Penny, Bolt mengharungi suasana kehidupan gila gila remaja ditemani oleh Kucing Hitam dan Rhino, seekor hamster yang merupakan peminat fanatik siri televisyen Bolt dan Lost. Tontonlah filem ini bersama jiran2 kerana pasti akan merapatkan ukhuwwah di samping ketawa hi hi hi.

Ratings: $$$$ 1/2
Spoiler: Penny ialah Miley Cyrus. Saya suka Miley Cyrus.

Antoo Fighter
Ulasan ringkas: Terpengaruh dengan poster Radhi OAG memakai songkok melawan makhluk durjana Awie van Listerboroi yang memukau, aku pun membuat keputusan untuk menonton filem ini. Well aku tidaklah expect sesuatu yang hebat daripada filem2 melayu sebegini, namun hasilnya, not bad. Ada juga scene2 yang membuatkan aku ketawa hi hi hi. The special effects were kinda decent as well. Sokonglah industri perfileman kita kalau tak tahun depan kena bayaq RM20 untuk menonton filem barat. Bastard.

Ratings: $$$
Spoiler: Atuk Poh Jee tak sempat kahwin lagi

The Day The Earth Stood Still
Ulasan ringkas: Mengisahkan tentang Kalkulator, seorang makhluk asing yang hensem yang datang ke bumi untuk bermuzakarah bersama ketua bumi bagi membincangkan isu2 hangat masa kini seperti siapa yang menang Sehati Berdansa, siapakah pembaca berita yang terbabit dengan parti seks, serta serangan Israel laknatullah ke atas Palestine. Perbincangan ini penting untuk menentukan nasib bumi sama ada nak hapuskan manusia ataupun sambung kontrak untuk hidup 5 - 10 tahun lagi.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Kontrak bumi disambung lagi 5 tahun. Taubatlah sebelum terlambat.

Transporter 3
Ulasan ringkas: Frank merupakan seorang mercenary yang memiliki kemahiran dalam penyeludupan pendatang tanpa izin serta rokok kretek. Setelah bosan menjadi ofis boy menghantar surat di pejabatnya, Frank mendapat satu tugasan baru iaitu menghantar seorang gadis Valentina Isabella el Quraisy. Biasalah mula2 tak rela akhirnya jatuh cinta. Tapi ada twist di sini, jika Frank berlegar2 jauh sikit daripada keretanya, tangkal di tangannya akan meletup. Hmm. Aku rasa Transporter 1 and 2 lagi besh yang ni kurang sikit kenikmatannya.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Ada T-Bag

Yes Man
Ulasan ringkas: Mengisahkan tentang Carlsberg, atau nama pendeknya Carl yang hidupnya penuh dengan kemurungan dan kebosanan ditambah pula dengan perceraiannya. Carl sentiasa mengatakan "Tidak!" kepada semua orang, semua peluang, semua permintaan serta katakan tidak kepada merokok. Setelah terlepas engagement party teman baikknya, Carl pun joinla program MLM Yes Man, di mana dia mesti berkata 'Ya' untuk semua benda. Contohnya, ya untuk isteri di Persian Wife Finder, ya untuk parti Harry Potter, ya untuk dikulum zakarnya oleh jiran tua yang tiada gigi. Ewww. Kalau tak buat nanti kena sumpahan si tanggang. Haha aku suka filem ini. Zooey Deschanel comel, dan bersuara unik (more about this later). Di samping lawak lucu yang membuatkan kita ketawa hi hi hi, filem ini boleh dikategorikan sebagai filem cinta yang sweet. Tengokla oi aku dah tengok 2x dah di pawagam.

Ratings: $$$$
Spoiler: Ending dia tergantung kerana dipotong. eshol betulla

Okay kita jumpa lagi di bulan hadapan. I lap u all

Saturday, January 3, 2009

Creepy

Korang pernah dengaq tak iklan ni? Disturbing gila. Hanya boleh didengari di BFM 89.9 (iklan yang menyuruh kita menjaga keselamatan anak2)

Umur Liza lima tahun.
Liza masih bersekolah tadika.
Setiap hari pukul 7.30 pagi ibu Liza akan menghantar Liza ke tadika.
Pada pukul 12.30 tengahari ibu Liza akan menjemput Liza pulang.
Tetapi sudah 2 hari Liza pulang seorang diri.
Hari ini, Liza tidak akan keseorangan.
Saya akan teman Liza balik.
Balik ke rumah saya

Uuuuuuuu creeepyyyy.

Friday, January 2, 2009

Azam Tahun Baru

Happy New Year! Haa bila dah masuk tahun baru mulala korang nak sibuk2 buat azam tahun baru kan. Awal Muharam haritu takde pulak nak berazam. Maka bila dah masuk tahun 2009 ni, pelbagai keazaman korang tanamkan di dalam diri. Antara azam2 yang popular ialah nak berhenti hisap rokok, nak kuruskan badan, nak belajar bersungguh sungguh, bla bla bla, booooooooooooringggggggggggggggggggggg. Kamonla bukannya termakbul keazaman korang tu sekadar hangat2 tahi Azam je. Alang2 nak membuat azam, buatlah yang edvencer terus betul tak. Si di sini aku akan listkan azam2 yang rare dan unique yang orang jarang buat untuk panduan hidup korang. Click Read More or the title to continue.

ps3: aku tidak bertanggungjawab di atas kecederaan atau dosa yang korang dapat dengan mengikuti azam2 cadangan aku. korang dah mimpi basah/keluar darah haid pandai2la pikiaq sendiri.

Azam2 ini mungkin tidak senonoh, dan mungkin juga boleh membahagiakan hidup korang, so pilihla ikut suka hati korang.

1) Nak start merokok.

2) Taknak tinggal semayang Subuh di hujung minggu.

3) Instead of nak gemukkan badan guna Weight Gain, apa kata korang makan Face Gain untuk hensemkan muka? Gadis2 tak pedulikan tubuh. Ikutlah prinsip aku, 'Tubuh badan tak penting, yang penting rupa'.

3) Nak langsaikan hutang PTPTN.

4) Nak buat pembedahan payu dara.

5) Nak join The Amazing Race Asia.

6) Nak join Akademi al-Quran.

7) Nak hafal doa Qunut. Takkan asyik nak miming je kan.

8) Nak berkayak di Sungai Ramal Dalam.

9) Nak delete koleksi My Sister's Hot Friend/milfhunter/Mike's Aparment/sabul dan yang seangkatan dengannya. Huii susah ni.

10) Kahwin.

Orait kalau korang ada azam2 yang kool dan unik dan jarang dibuat orang korang letaklah di ruangan komen ok? I lap u all. Selamat tahun baru!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...