Saturday, February 28, 2009

Permainan Moden

Bosan bermain permainan tradisional seperti solitaire, minesweeper, ataupun congkak? Usah gusar aku telah mencipta permainan baru 2 minggu yang lalu. Syarat2 untuk bermain permainan baru ini ialah:

1) Memiliki jari telunjuk yang sihat, tiada cacat cela. Ada ketumbit terus hilang kelayakan bermain.

2) Memiliki kulit muka yang tebal untuk menahan cacian masyarakat setempat.

3) Tidak buta kedua2 belah mata.

Klik Read More untuk terus bermain.

Aku namakan permainan ini "Mari mengira tudung Ekin" disebabkan kepopularitian tudung ketegori itu yang semakin hangat di pasaran ketika ini. Permainan ini boleh dimainkan di kompleks membeli belah Alamanda ataupun Bangi Utama di mana pola petempatan berpusatnya terdiri daripada wanita golongan Melayu. Permainan ini lebih afdal dimainkan secara berpasangan kerana jika main sorang2 anda boleh dikategorikan sebagai mereng. Cara2 bermain:

1) Permainan bermula apabila menjejakkan kaki di tempat meletak kenderaan, dan berakhir apabila sampai ke destinasi yang ditetapkan, contohnya panggung wayang.

2) Mata kira harus peka dengan keadaan sekeliling untuk mencari gadis2 ataupun makcik2 yang memakai tudung Ekin. Jika terjumpa kita mengeluarkan jari telunjuk menunjuk ke arah subjek dan kemudiannya menjerit "SATU!" (jari kena maintain tunjuk selama 3 saat).

3) Pihak yang berjaya mengumpul/mengira tudung Ekin terbanyak akan dinobatkan sebagai sang juara. Pihak yang kalah pula harus membeli tiket wayang.

Aritu aku main, jumlah wanita yang memakai tudung Ekin dari tempat letak kereta ke panggung wayang ialah 28 orang. 29 orang jika aku turut mengira mama aku.

ps3: sila gunakan laman web carian gugel jika korang buta tudung tak tahu tudung Ekin tu macamana bentuknya.

Thursday, February 26, 2009

Happy Birthday Zool!

Selamat hari jadi Zulkifli Ibrahim. Siapa Zul? Zul ialah salah seorang ahli sindiket kongsi gelap Bangi. Last kami berjumpa minggu lalu, rasanya dia masih single lagi kerana gadis2 di program Speed Dating yang dia pergi tempoh hari tak meletakkan tanda rait pada nama dia. Jadi korang gadis2 dan arbok2 tunggu apa lagi? Terjahlah Zulkifli sekarang. Syarat utama korang mesti berwajah hot, tubuh boleh tahan menggiurkan serta tiada misai. Ala dah itu taste dia aku nak buat camana. Neway korang boleh menilai Zul dengan gambar2 yang akan aku paparkan ini.


Aku saja cover wajah dan ketiak dia nak bagi korang memberi tumpuan sepenuhnya terhadap Zul. Bagaimana? Kiut bukan? Sila klik Read More untuk melihat gambar dan biodata Kapten Zool Cool.

Sifat2 Mahmudah Zul:
1) Baik hati - sering memberi aku tumpang di rumahnya semasa balik dari sekolah. sering memberi aku tumpang naik kereta masa nak pergi kerja.

2) Kaya - huii dia ada kondom sendiri, gaji mengalahkan pemain bolasepak tempatan huii korang gadis2 jangan memilih sangat. pilihlah zul.

3) Pintar - Zul memang pintar dari sekolah lagi. Namanya sering disebut2 oleh Mr Sim, sorang guru tusyen indie untuk melariskan khidmat tusyen dari rumah ke rumahnya.

Untuk bersikap adil, akan aku letak juga sifat Mazmumah Zul agar korang dapat membuat pertimbangan sewajarnya:

1) Suka menipu - tapi mudah sahaja nak tahu bila dia menipu. Muncung dia akan menjadi panjang macam Pinocchio tu.

2) Tanak balas sms/tanak angkat fon - ahhh kitorang ajak keluar minum kau diam je ekk tapi bila kau kesunyian baru nak carik kami. huh.

itu jela sifat2 tercelanya. Yang lain okehh solat jumaat jarang sekali dia miss.


Lihat sajalah muncungnya itu. Eppi besday bro.

Kami Tak Takut, Berani Datang Anfield ah

Real Madrid 0 Liverpool 1. Eeeee championnnnnnnnnnnnnn erooooooo eeeechampionnnnnnsss leagueeee ataaanooooo (lagu tema Champions League).

Kanak2 di ofis aku majoritinya peminat Manshitter United. Setiap kali Liverpool drop points di liga Inggeris, aku akan dilemparkan dengan beberapa ratus kata kesat, cacian, cercaan, carutan, sumpah seranah serta ilmu hitam pada keesokan harinya. Aku tenang saja tidak melatah dengan provokasi yang dilemparkan. Ade beberapa kerat je penyokong Liverpool berhaluan kiri di ofis aku ini. Namun aku yakin jika diajak bertumbuk di Soulcalibur 4 mudah sahaja aku belasah mereka. Pegang controller terbalik pun tiada masalah.

Untuk Uncle Rafa, Devuélveme mis fantasías. Mis ganas de vivir la vida. Devuélveme el aire. Cariño mío, sin ti yo me siento vacío. Las tardes son un laberinto las noches me saben. Haa respek sikit aku tau cakap spanish tau. Dah 2 bulan aku amek kelas Spanish kat Metro Inn Kajang. Sila klik Read More untuk terus membaca.

Semalam, setelah beberapa bulan menanti, Street Fighter 4 akhirnya muncul di dalam chillout room kami. Ketika orang lain sedang sibuk membuat kerja, aku dengan tenang merasmikan game itu menggunakan karekter kegemaran aku, Ken. Ohh masih ku ingat semua move dia. Bawah, depan, tumbuk akan mengeluarkan bola-bola api, bawah, belakang, tendang akan membuat yapcapcapbuuukit.

Ada 6 karekter baru yang diperkenalkan, Abel si grabber/molester, Rufus si gemuk, Crimson Viper yang boleh membuat tendangan berapi serta El Fuerte ahli gusti WWE. Gouken (pensyarah ryu dan ken) dan Seth (last boss) harus diunlock terlebih dahulu. Gameplay dia tak banyak beza, tapi kali ini ada ultra combo yang jika diunleash akan mempamerkan animasi secara 3d yang memukau mata.

Tetapi, kebanyakan pahlawan2 di ofis aku secara tak sedar akan membandingkan game ini dengan Soulcalibur 4, dan kemudian mengeluarkan kenyataan "Soulcalibur 4 lagi best...". Mostly tidak gemar dengan visual grafiknya. If you guys have played it before, you guys should know what to expect. Tidak tepat jika hendak dibandingkan dengan soulcalibur kerana soulcalibur game 3d, maka gameplay mechanicnya juga berbeza.

Anyways, ghairah dengan kehadiran SF4, abis mereka spam dengan emel2 kurang berfaedah yang berkaitan dengan SF4. Antara yang menarik perhatian aku ialah imej yang dihantar oleh Fauzi Rentah. Klik untuk besarkan.


Tuesday, February 24, 2009

Kempen Menyokong Artis Tempatan

Entry ini adalah lanjutan dari entry Kempen Makan Makanan Tempatan. Jika korang memiliki poster separuh bogel Chris Brown ataupun ubat ketiak keluaran Jennifer Lopez, mungkin korang harus bertukar produk membeli barangan artis tempatan seperti tudung Ina/Ekin/Huzz ataupun Sikat Rambut Mawi. Ini termasuklah juga dalam pembelian album. Harga sekeping cakera padat artis luar negara paploh ringgit. Artis Malaysia baru RM29. Korang jangan puja sangat artis2 di luar sana. Artis2 kita tidak kurang gahnya baik dari segi paras rupa, kesedapan suara, keketakan dada mahupun tahap keimanan mereka. Analogi yang aku buat antara artis luar dan artis tempatan itu tidak semestinya di bawah satu genre muzik. Semua aspeklah aku bandingkan. Marilah kita sama2 mengetahui siapakah rival artis luar di negara kita dengan mengklik Read More.

Artis luar: Macy Gray
Artis tempatan: Ayu One In a Million
Apa persamaannya antara mereka? Dua2 berwajah jembalang tetapi bersuara unik. Tapi baru2 ini ayu dah pandai mekap ngan pergi salon so Ayu lah menang. Malaysia boleh!

Artis luar: Jonas Brothers
Artis tempatan: KRU
Korang menggemari adik beradik kacak dari Amerika Syarikat? Kamon jejaka bersaudara tanah melayu ini lebih menggiurkan. Lagu2 mereka juga hebat semua boleh menyanyi berlakon mengaji serta menari rap. Yusry SPM dapat pangkat 1 lak tu. Malaysia boleh!


Artis luar: Semua band indon
Artis tempatan: OAG
Ok yang ni memang aku menulis mengikut hawa nafsu. Tapi hakikatnya OAG senang2 je boleh tapau band indon dengan kekoolan mereka. Malaysia boleh!

Artis luar: Metallica
Artis tempatan: XPDC
Korang nak heavy metal? Boleh tiada masalah. XPDC tidak lupa daratan seperti Metallica yang kecoh tak kasi orang download lagu dari Internet. Sebenarnya peminat XPDC ramai yang buta IT tu yang tak reti nak download tu. Apapun, Malaysia boleh!

Artis luar: Kurt Cobain
Artis tempatan: Emmett Butterfingers
Mendengar suara Emmett dan gaya muzik Butterfingers di zaman2 muda mereka, kita pasti akan terfikir "Huiii macam Nirvana memorial park ah". Kurt Cobain sudah meninggal. Emmett hidup lagi. Belilah box set istana budaya Butterfingers jika keluar nanti. Malaysia boleh!



Artis luar: Michael Jackson
Artis tempatan: Jamal Abdillah
King of Pop? Tak heran. Kita pun ada raja segala pop, encik jamal abdillah. Err jangan hisap dadah lagi ye. Malaysia boleh!

Artis luar: Miley Cyrus
Artis tempatan: Elyana
Tamat sahaja menulis entry ini, aku akan dermakan cd Miley aku kat rumah orang tua Seri Kembangan. Malaysia boleh!

Artis luar: Joe Satriani
Artis tempatan: Hillary (gitaris Search/Cromok)
Kau ingat si joe tu terer sangat ke menggoreng gitar. Hillary ni kau bagi dia lagu keroncong pun dia boleh goreng. Buat nasi goreng kampung pun dia terer (jenaka sampingan). Malaysia boleh!

Artis luar: Spice Girls
Artis tempatan: Feminin
Kepopularitian kedua2 girl band ini meletup satu masa dahulu kemudian lenyap. Victoria dapat kahwin pemain bolasepak kacak David Beckham? Kecohla As Feminin dapat kahwin Azman Adnan, penyerang pasukan Selangor yang separa merbahaya satu masa dahulu. Err tapi mana nak carik cd feminin ha? Anyway, Malaysia boleh!



Artis luar: Eminem
Artis tempatan: Altimet
Korang jangan ingat Eminem ni sorang je rapper kulit tak hitam yang hebat. Altimet ni memang hebat kau beri saja dia satu frasa dia pasti dapat mencari ritmanya. Malaysia boleh!

Artis luar: Semua penyanyi RnB kulit hitam
Artis tempatan: Reshmonu
Korang tahu tak Reshmonu tiada anu (saje nak tunjuk terer aku ryhmekan dia) telah mengeluarkan sebuah album melayu penuh? Hebat, Malaysia boleh!

Artis luar: Kelly Cheng
Artis tempatan: Suki
Aku minat gila satu lagu suki Usah tu tet tet tet jawab telefon pun kau tak mahuuuu. Apa? Korang tak kenal Kelly Chen? Memangla dia tidak bergambar bogel bersama Edison Chen. Itu Gillian Chung. Ke Elizabeth Wong? Tahla aku pun tak tahu. Malaysia boleh!

Lain2 (mesej dalam kurungan ialah perbandingan yang dibuat):

Artis luar: Arctic Monkey
Artis tempatan: Dance to the radio
(genre muzik)

Artis luar: Sum 41
Artis tempatan: Bunkface
(genre muzik)

Artis luar: Avril Lavigne
Artis tempatan: Abot
(gaya rambut)

Artis luar: Fantasia Barrino
Artis tempatan: Jaclyn Victor
(kehebatan suara)

Artis luar: Ryan Cabrera
Artis tempatan: Mohamad Faizal
(kekiutan dan suara)

Banyak lagi sebenarnya. Korang tolong tambahkan boleh?

Malaysia boleh!

Berus gigi baru sarapan, ataupun sarapan dulu baru berus gigi?

Aku weekend memang malas mandi. Err maksud aku mandi lambat. Weekdays pun sama kalau tak keje. So aku akan lakukan semua aktiviti selepas bangun tidur seperti berak, mengemas kandang kucing, jogging serta solat subuh kemudian mandi dan gosok gigi. Sarapan pun sama. Tapi bila aku nak bersarapan aku pasti disuruh gosok gigi dahulu. Aku tidak faham rasionalnya. Kalau gosok gigi baru makan nanti kotorla balik gigi tu dengan kuah lontong. Bukankan kita sepatutnya membaham dulu biaq depa kotoq abih kemudian menggosok gigi sehingga bersih? Bak kata pepatah melayu moden, "Bersarapanlah sebelum mengosok gigi, kelak kita menyesal nanti".

So bagaimana? Korang gosok gigi sebelum sarapan ataupun sarapan kemudian gosok gigi?

Diharapkan pakar gigi kita Dr Ahmad Shuduh dapat memberikan pandangan.

Sunday, February 22, 2009

Kempen Makan Makanan Tempatan

Di zaman kegawatan ekonomi ini, kita seharusnya berjimat cermat belanja agar dapat mengumpul wang untuk pergi menunaikan haji ataupun membeli PS3. Maka jika korang adalah pengunjung bersiri mekdi, pizahat, begeking ataupun penyumbang2 peluru rejim zionis yang lain, mungkin inilah masanya untuk mencari alternatif lain. Setiap jenis makanan luar pasti ada rival tempatan yang sama lazat, if not lazater. Sila klik Read More jika korang kelaparan.

Makanan luaran: Spaghetti
Makanan tempatan: Mee goreng
Mee goreng jauh lebih murah dan rasanya tidaklah banyak beza pun dengan spaghetti jika dimakan mentah2 ketika mencuri2 makan di bulan ramadan. Jika korang kata sos spaghetti lazat, cuba korang rasa mee goreng mamak berserta perencah original dia. Huii dengan peluh2 dia yang turut diserap masuk ke dalam mee goreng, memang menjilat jari kaki uols.

Makanan luaran: Pizza
Makanan tempatan: Lempeng
Pizza memang lazat tapi nak membuatnya lembab. Lagipun 95% gadis2 memang tak reti membuatnya. Tapi jikalau mak mertua nak testis ataupun menguji korang suruh buat pizza bagaimana? Jangan kaget, buatlah pizza versi melayu iaitu lempeng. Mudah sahaja uli2 pisang dan tepung berserta gula secukup rasa kemudian panaskan. Kalau nak pizza jugak pegi makan Pizza Pah. Kecoh la korang ni.

Makanan luaran: Burger
Makanan tempatan: Begedil
Apa yang ada dalam burger semuanya bole disumbat di dalam begedil.

Makanan luaran: Nugget
Makanan tempatan: Cekodok
Ini samala dengan pizza tadi. Aku sebagai jantan tulen pun tahu membuat cekodok kalau korang gadis2 tak boleh membuatnya untuk suami ketika makan petang memang aku taktaula nak cakap apa.

Makanan luaran: Nachos
Makanan tempatan: Kerepek ubi
Korang tau tak nachos yang korang makan di restoran tu semuanya diimport dari kilang kerepek Sulaiman Yassin di Terengganu? Jikalau begitu baik makan kerepek terus. Pelbagai jenis kerepek yang kita boleh baham seperti kerepek ubi, pisang, manggis dan kerepek khuldi (yang ni tak boleh makan kot)

Makanan luaran: Chicken chop
Makanan tempatan: Ayam percik
Ayam percik mudah didapati di mana2. Di pasar malam kat rumah aku harga dia RM2.50 je satu. Kalau 8 harganya RM20.

Makanan luaran: Steak
Makanan tempatan: Satey
Satey lembu ada kambing ada babi ada (non halal), perut ada ikan ada arnab ada rusa ada jadi tak perlulah makan steak mahal2 selalu.

Makanan luaran: Marlboro
Makanan tempatan: Tembakau gulung Tok Gon

Makanan luaran: Nasi Goreng USA
Makanan tempatan: Nasi Goreng Kampung + telur mata + daging merah
Berdosa kalau kita order nasi goreng USA. Orderla nasi goreng tempatan.

Ada banyak lagi sebenarnya, jika korang mahu tambah silakan. Assalamualaikum.

Friday, February 20, 2009

Begitu Kehendak Tuhan



Kali kedua. Mengapa? Mengapaaaaaaa??!! Sila klik Read More untuk turut berkabung.

Aku mahu jumpa encik bernard GS esok. Apa patut aku buat?

a) Temporary fix, X clamp replacement kali kedua - RM100
b) Permanent fix (really?), resoldering - RM400
c) Trade in/jual, angkat 360 elite (jasper)
d) PS3

Tolong aku buat keputusan, please. Aku dalam kesedihan. Korang gadis2 tak faham kesedihan aku. Kalau hendak dibuat analogi, situasinya adalah seperti bag tangan Swan korang luntur kaler, ataupun kasut tumit tinggi Asadi korang hilang tumitnya. Begitulah perasaan aku sekarang ini. Huh

Thursday, February 19, 2009

Kalau Pergi Berak Jangan Lupa Mengunci PC

Kanak2 di ofis aku memang berperangai syaitonirrojim. Jika korang lalai, ada sahaja aktiviti2 yang tidak berakhlak yang akan dilakukan oleh mereka terhadap anda. Well aku pun sebenarnya watak jahat juga di ofis, tapi kali ini aku yang menjadi mangsa. “Maaaaalang yang menimpanyaaaaa kini menghantuii kitaaaaaa. Apalahh dosa hinggaa kau dideraaaa….” (lagu background).

Kisahnya begini, aku pergi menunaikan aktiviti normal seorang manusia. Memang pergi mana2 pun aku slalu tak lock pc aku. PC aku bukan ada rahsia seperti gambar bogel aku yang hendak disebarkan pun, so aku biar jela kan.

Setelah mengucapkan kesyukuran setelah mengecapi nikmat berak, aku pun kembali la ke cubicle aku. Kemudian……(please insert 2 tokens to continue reading, or click Read More)

Kemudian, terdapat ramai jejaka kategori tegap dan kacak yang memandang aku dengan penuh minat. Normalla aku aku memang simbol seks untuk gadis2 dan arbok2. Kemudian,Aku dilemparkan dengan kenyataan2 sebegini:

“How much?”
“Tak sangka aku kau bersikap begini Faizal…”
“Hee hee hee”

Apehal? Aku mula berasa sangsi. Duduk sahaja di tempat aku, aku melihat inbox aku semakin penuh. Biasalahtu spam dari kanak2 ni. Tapi semuanya mereply kepada aku aku, aku bukannya spammer bersiri. Apabila diperiksa, “Faizal” telah menyebarkan email ini kepada kanak2 di ofis:

From: MuhamadFaizal Rosly
Sent: Wednesday, February 18, 2009 12:41 PM
To: Jayakumaran Thangaiah; Calvin Loi Hui Meng; Gurubalan Krishna; Ahmad Hafez Izzudin; Muhammad Faisal; Mugunthan Nair Kesavan; Irsyaduddin Ismail; Arvind Nair; Kabbilan Ratha; Clifford Sanjeevi; Paramjit Singh; Prabakharan Subramaniam
Subject: Please Read

Hi guys,
As you know, I am doing a part time business (illegal) to gain more income. I am selling my backside after my working hours, and I need a big favor from you guys. Please advise those butt fakkers to call me and use me as I can get more money. You’ll get a share from it too.. thanks

Faizal Rosly
Microsoft Technical Support
Support Hours - Mon to Fri 8:00am - 8:00pm (AEST)
Support Line - 13 20 58
Web: http://support.microsoft.com


Hari itu memang malang. Aku pasti akan membalas dendam.

Tuesday, February 17, 2009

Raja Teka Teki

Mereka menggelar aku raja teka teki. Lemparkan sahaja teka teki kepada aku pasti aku boleh jawab dalam masa 2 minit. Berikut adalah koleksi teka teki yang aku sering tanya kat orang dan orang tanya kat aku. Sama samalah kita menuju kejayaan.

1) Dalam banyak2 syiling, syiling apa yang gelap?

2) Dunia apa yg ditakuti oleh kebanyakan orang, tapi x suma la

3) Dalam byk2 burung, burung apa yg baik?

4) Camne nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

5) Dalam byk2 kari, kari apa yg tak bole dimakan?

6) Dalam banyak2 burung, burung apa yang jahat?

7) Dalam banyak2 tingkap, tingkap ape yang bermasalah?

8) Apakah perbezaan burung dan kapal terbang?

9) Benda apa yang lebih kecik daripada kuman?

10) Dalam banyak2 binatang, binatang apa yang kena PMS?

Anda berani menjawab teka teki dari Raja Teka-Teki? Sila klik Read More untuk mengetahui jawapannya.

1) 50cent

2) meninggal dunia

3) burung belatuk. sbb dia bela atuk dia haa haa haa kelakarnya aku

4) ikan betina = ikan duyung, ikan jantan = ikan Bakar haa haa haa

5) encik hamzah bin mohd kari (residen cendekiawan, haa haa kelakarnya aku)

6) burung belatuk tadi. Sebab dia cakap "Bela aa tuk"

7) Windows Vista (tak install Service Pack 1)

8) Kapal terbang makin naik makin kecik, burung makin naik makin besar haa haa kelakarnya aku

9) bulu pubis kuman

10)Kura2, sebab dia keluar 'head'

Dahla tu aku bagi banyak2 kang tak siuman pulang korang jadinya. Kalau korang ada teka teki yang kool dan sukar untuk dijawab, serahkan sahaja kat aku biaq aku yang selesaikannya. Huh.

Monday, February 16, 2009

Penguin Menjerit

Rutin aku di hujung minggu sama sahaja. Sebagai bilal simpanan di surau al Kauthar, sebelum fajar menyinsing aku dah ada kat surau dah. Aku wajib berada di surau walaupun sekadar bilal simpanan in case kalau bilal utama MC. Sesudah subuh, aku akan membeli surat khabar Star di gerai surat khabar P. Kalimuthu depan surau, dan membaham nasik lemak Auntie Maria. Pulang ke rumah, aku akan mengemas cattery kucing. Selepas mandi aku akan bersiap2 untuk berpacaran sambil menonton wayang.

2 tempat yang aku selalu pergi untuk menonton wayang ialah Alamanda dan Jusco Cheras Selatan kerana berhampiran dengan rumah, suasana tenang dan tiada orang Indon. Tapi minggu ini memang cikai mak lampir kerana orang ramai nak arwah. Aku dahla claustrophobic (takut kepada santa clause dan bulu pubis). Setelah dikaji mengapa, rupa2nya kerana minggu ini filem animasi 3d Malaysia pertama, Geng telah dirilis. Maka ibu bapa pun sibukla membawa anak2 mereka untuk menonton bersama. Fuii garang gila jualan tiket dia dari pagi Sabtu sehinggalah ari Sabtu minggu depannya memang dah sold out la.

Best sangat ke pengembaraan mereka? Lucu sangat ke Upin dan Ipin? Hebat sangat ke animasi 3d mereka? Cis aku tak hairan kerana aku ingin meriliskan filem 3d aku jugak. Err dah rilis lama dah tapi kurang mendapat sambutan awal2 dulu. Maka kini aku seru korang menonton filem 3d aku di bawah ini dan aku seru korang agar memberi wang kepada orang tua masing2 setiap bulan sebagai tanda sokongan terhadap industri perfileman tempatan.



Filem ini dihasilkan oleh:
Mohamad Faizal
Tengku Eleanor Ezura
Nurul Huda
Nurul Huda lagi satu

Walaupun tidak sehebat animasi 3d group Ling Leong Wei, kami tetap berbangga.

Sunday, February 15, 2009

Boys Talk

Korang gadis2 jangan ingat korang je ada sesi girls talk bercerita tentang boyfriend, kasut, beg tangan, jonas brothers serta lelaki kiut. Kami sebagai jantan sejati juga ada sesi boys talk. Bezanya dengan gadis2 ialah topik perbincangan kami ternyata lebih menarik daripada beg tangan, lelaki kiut ataupun ketidakstabilan emosi ketika period. No offense ya gadis2. Menjadikan warung mamak, kedai kopi ataupun taman tasik sebagai tempat berkumpul, kami banyak bertukar input dan output yang mostly tidak berguna tetapi ternyata menarik. Sila klik Read More untuk mengetahui apa yang kami bincangkan (geng Bangi khususnya) ketika keluar bersama.

Team Bangi: Aku, Apai, Adam, Jamil, Dazu, Abe, Anas, Ikram, Zul, Ise

1) Mengumpat
Ohh percayalah. Umpatan kami kaum lelaki memang dahsyat dan extreme. Satu umpatan pasti akan menimbulkan fitnah yang berlarutan. Sekali korang terguris hati team Bangi, memang menjadi sumber umpatan la korang. Kes rampasan kuasa pengawas, kes mencabul kelelakian, kes Omega Trend, kes pakcik bapuk bastard Kopitiam Kawan, semuala kami umpatkan.

2) Gadis2 dan masa depan.
Dah semua belalai berkumpul sudah pastila akan cakap pasal gadis2. Gadis yang hot. Gadis yang gemuk. Gadis yang bermisai. Semua akan dihuraikan secara terperinci tanpa ada rasa diskriminasi. Berita terbaru, setelah Adam dan Anas 'terpedaya' sehingga ke alam perkahwinan, Apai dan Jamil (bitch kata nak kawan lambat) bakal menyusul. Memang aku merasa tertekan. Bernafsu serakah tapi tak cukup wang, makruh la kalau aku kahwin.

Topik yang masih hangat ialah tips2 persetubuhan daripada mereka yang telah berkahwin. Kami berpendapat Anas lebih layak memberi ceramah berbanding Adam kerana Anas lebih perpengalaman (hands on approach) manakala Adam pula lebih banyak pengalaman secara visual yang dimuat turun dari Internet. Jangan risau, kami faham situasi kau Adam.

3) Bola sepak
Hampir semua ahli team Bangi meminati bola sepak, jadi Ameerali sering menjadi tempat kami menjadi hooligan secara aman. Perbincangan tentang perpindahan pemain, WAGs, serta kutuk mengutuk antara satu pasukan dengan pasukan yang lain. Kami juga menjadi penganalisis bolasepak menunjukkan kehandalan masing2 dalam permainan Fantasy Football, membuat ramalam siapakah yang patut kita letak sebagai kapten untuk mencapai skor tertinggi dalam perlawanan Liga Inggeris setiap minggu.

4) Isu semasa dan politik
Isu lompat melompat parti, isu peperangan di luar negara, semuanya kami kupas. Kisah2 yang diforward di dalam emel seperti Old Town guna perencah babi terus kami siasat dengan pergi melepak dan makan di sana.

5) Imbasan kisah silam
Kehidupan kita sebagai manusia biasa tentunya mwnggamit seribu satu kenangan manis. Kenangan2 yang buruk pula akan diungkit untuk dijadikan bahan ketawa. Jika sudah berkumpul, antare kisah2 yang pasti akan diungkit adalah:

a) Kisah Ikmar pukul pengawas dan kemudiannya dipukul beramai2 sehingga tak sembahyang jumaat.

b) Kisah Initial D Amir Rashidi (road rage/ditangkap polis/lesen pergigian ahmad shuduh disita)

c) Kisah lakonan kaku Ayob di kelas Bahasa Melayu

d) Kisah percintaan silam yang gagal.

e) Kisah Abe yang pergi ke MRSM taiping pulang ke Bangi, pergi ke Kolej Matrikulasi Melaka pulang ke Bangi, berpeluang untuk ke luar negara but instead sambung belajar di Bangi, sepatutnya posting di Johor tetapi menjadi doktor gigi berhampiran Bangi.

So begitulah secara general boys talk aku. Korang bagaimana? Gadis2 bagaimana? Mungkin kenyataan aku menuduh korang berbincang tentang beg tangan adalah stereotype, jika korang ada berbincang tentang perkara lain, jelaskanlah kepada aku.

p/s: Selamat jalan buat Amir Rashidi @ Apai yang akan berangkat ke Jepun malam ini. Walaupun bermusafir tetapi kami harapkan kau tetap mengingati yang Maha Esa.

Thursday, February 12, 2009

Perkara2 Yang Boleh Dilakukan di Bangi tetapi Tidak di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur adalah bandaraya durjana. Penuh dengan hiruk pikuk, hingar bingar, kacau bilau, porak peranda, haru biru serta gundah gulana. Aku tidak suka, tapi terpaksa. Banyak perkara yang aku bebas lakukan di Bangi yang tercinta, tetapi tidak di Kuala Lumpur. Antaranya:

1) Memecut ketika melihat lampu isyarat kuning menyala.

2) Breakfast, lunch dan dinner dengan hanya sepuluh ringgit.

3) Melihat kambing meragut rumput.

4) Menunggang motosikal tanpa helmet.

5) Memakai selipar jamban ke pusat membeli belah tanpa dipandang serong.

6) Menonton wayang dengan harga tiket 6 ringgit setiap masa.

7) Berjalan seorang diri tanpa perlu risau kena pau oleh penjahat/homeless person/orang yang baru keluar penjara/orang yang baru lepas dipau/dan macam2la situasi mereka. Eshol.

Ada lagi. Sila klik Read More.

8) Melintas jalan tanpa menggunakan jejantas (takde jejantas pun).

9) Pergi Ameerali

10) Menghirup udara segar dan nyaman.

11) Makan burger abang Ropi depan 7-11 yang membuatkan korang ketagih.

12) Memandu dengan tenang tanpa perlu mengeluarkan kata2 kesat.

13) Memberi salam kepada orang yang tidak dikenali (cubalah korang bagi salam di KL tengok apa reaksi)

14) Pakai kain pelekat pergi ke kedai makan.

15) Di Bangi korang pasti akan pergi semayang jumaat dan berpuasa penuh.

Bandar Baru Bangi is the best. Jika korang setuju katakan ho. Jika ada benda yang ingin ditambah, silakan. Assalamualaikum.

Wednesday, February 11, 2009

Temubual Sally Dengan Artis Popular

Hai uolsss. Sally kembali lagiiii gelenyahhhh. Uolss tau tak, dulu2 kan Sally pernah menjadi DJ radio tau. Tapi tak lamaaa 2 bulan je pastu Sally kena terkam dengan LKIM sebab diorang tak suka Sally pakai seksi2. Ala bukan bole nampak pun kat radio. Hik hik hik sundal. Newayyy banyakla artis2 yang popular yang Sally dapat interview. Memang hit la rancangan radio mak dulu kalah Pak Nil kita apatah lagi si Adi Fashla. Yang ni sedutan mak tengah interview 3 orang artis popular. Huii memang kacak semuanya bergetaq halkum aku. Uols nak dengar tak? Olriteee mari kita layan sama2. Gelenyahhh.



Kalau uols memang jenis yang buta IT tu, click la button Play. Lepas tu tekan Pause bagi dia buffer dulu sampai abes baru klik Peliaq balik wokeyyyy. Gelenyah la uols.

disclaimer: ruangan gosip ini ditulis oleh Sally, paparazi popular dari Kolej Matrikulasi Melaka. Sebarang komen, tak puas hati, gosip panas, ataupun nak ajak berbual(lelaki muda sahaja) bole hantarkan kepada sally_gelenyah (at) gmail (dot) com

Tuesday, February 10, 2009

Seram: Episod Dua

Aku menyesal. Aku menyesal kerana menonton filem Histeria seorang diri yang dimuat turun malam tadi. Cerita itu memang menyeramkan sehingga meremang bulu ketiak aku. Tak tipu. Malam ini aku keseorangan. Mama aku balik lambat ada meeting. Aku mula resah. Peluh dingin membasahi dahi aku. Apa yang aku buat semuanya tak kena. Mulut aku terkumat kamit cuba membaca ayat2 suci.

Babak2 ngeri dari filem Histeria mula bermain dalam minda aku. Gadis2 remaja yang berpura2 diserang histeria dibunuh satu persatu dengan ganas di sekolah usang. Darah merah pekat berbau hanyir membasahi tubuh yang tidak bernyawa itu.

AOUUUUUAAOUUUUU!!!! Berderau darah aku. Bunyi itu datang dari rumah kucing aku. Aku buat2 tak dengar sambil cuba bersiul lagu2 dendangan Miley Cyrus. AAAOOOOWAAOOOO!!!! Bunyi itu semakin kuat. Apa yang berlaku? Pelbagai persoalan bermain di minda aku? Aku membuat air milo 3 in 1 unyuk menguatkan semangat. Aku membuka lampu di cattery aku, dan memegang erat raket badminton aku sebagai perlindungan.

AOUUUUUAAOUUUUU!!!! Bunyi itu datang dari kandang yang pertama. Kandang itu menempatkan Pesona Chevy, Pesona Shareca dan Anuar Zain. Aku memberanikan diri melihat keadaan di dalam kandang. Suasana seram menyelubungi. Aku dapat lihat banyak bulu kucing berguguran. Mata Shareca meyorot ganas. Terdapat kesan2 luka di badannya. Sungguh kasihan. Tiba2 Shareca menggigit badannya sendiri. Tidak cukup dengan itu, dicakarnya pula kepala sendiri sehingga berdarah. Aku menjerit "Mengucap Shareca mengucap!" Memang sah. Shareca sudah diserang Histeria.

Klik Read More untuk bukti visual serta mengetahui kesudahannya.

Aku sayangkan Shareca. Dengan pantas aku mengambil sangkar kecil dan memasukkan Shareca ke dalamnya.


Lihatlah matanya yang garang itu. Bersedia sahaja menerkam aku.

Aku dengar terdapat seorang pawang yang handal menguruskan kes2 sebegini. Nak pegi jumpa Harun Din dia tengah buat demonstrasi. Aku terus membawa Shareca berjumpa pawang itu.



"Aaaa ini kucing aaa sulah kena itu flea. Manyak kutu punya. Itu pasal la dia gigit badan dia pasal dia gatal2 maaa. Takpa lu letak ini ubat 2 kali sehali loo" jelas pawang itu.

Tamat.

Monday, February 9, 2009

Beginilah Sikap Manusia

Gambar ini menjelaskan segala galanya...(click to enlarge)



Kau lihat, tatkala di pakaian tertera "Doa Buatmu Palestine", lubang hidung makhluk ini langsung tidak memaparkan keinsafan ketika meneguk segelas Beer serta mengunyah "All American Food". Ketika ini kau sepatutnya baring di tengah jalan melakukan demonstrasi menghalang orang masuk ke restoran itu serta menderhaka terhadap sultan. Eh? Ada lagi gambar. Sila klik Read More.

Tidak cukup dengan itu, mesin di bawah memang rip off serta pro amerika. Makhluk di dalam gambar tadi mendapat markah tertinggi dalam ujian cinta di mana aku yang memang pencinta wanita ni hanya mendapat 10 markah (old fashioned???).


Berang dengan keputusan itu, dengan garangnya aku merampas 20 sen yang sepatutnya aku dermakan kepada kanak2 Palestine, dan mencuba Love Test sekali lagi untuk membuktikan mesin ini memang munafik. Tekaan aku memang tepat, kerana markah aku berubah menjadi lebih tinggi. Mungkin mesin itu takut aku akan membuat serangan bom berani mati.

p/s: nama pemuda di atas ialah A**** S***** I***** bin Z****** bin S**** Bin Y****

Saturday, February 7, 2009

Tolong Beri Aku Jawapannya

Terdapat pelbagai persoalan yang bermain di minda aku yang tidak aku ketahui jawapannya. Mostly soalan2 yang general, bangang dan jahilliyah. Kalau korang tahu jawapannya, silalah beri tunjuk ajar agar aku lena tidur malam.

1) Bangkai anjing atau kucing yang mati dilanggar lari di jalanraya, siapa yang bersihkan?

2) Kenapa Linda Jasmine bernafsu terhadap Que Haidar?

3) Kenapa gadis2 (in general) suka beli kasut tak cukup ke doblas pasang yang dah ada tu?

4) Kenapa Ultraman bila lampu kelip2 di dada baru nak fire raksasa? Apasal tak fire terus di awal perlawanan?

5) Betul ke Robin van Persie tu muslim? Samir Nasri aku percaya ah walaupun dia tidak berpuasa di bulan ramadan.

Click Read More to help me answer more questions.

6) Kenapa korang suka makan durian yang berbau seperti ketiak classmate aku di skolah menengah dahulu?

7) Kenapa orang orang indon suka bersadai di petronas rumah aku?

8) Kenapa orang putih (in general) kecoh sangat kalau tak boleh install SATU Windows Update?

9) Kenapa orang sibuk2 nak boikot barangan yahudi dan amerika tapi malas sembahyang?

10) Mengapa perut aku still boroi walaupun aku hari2 main Guitar Hero?

Tolong jawabkan. Nanti aku belanja nasik lemak Auntie Maria.

Friday, February 6, 2009

Pahlawan2 Microsoft Technical Support

Jika korang tak tahu, di ofis aku ada xbox 360. Salah satu game yang kami main ketika mencuri tulang ialah Soulcalibur 4, arguably the best fighting game in the market right now. Well at least until the release of Street Fighter 4 later this month. Baru2 ini, aku telah dinobatkan sebagai Juara Soulcalibur Microsoft South East Asia setelah mengalahkan longtime rival aku yang bernama Muhammad Faisal bin Habeeb. Well itu bukanlah satu kejutan kerana aku memang handal. Namun begitu, oleh kerana ramai sangat orang yang mencuri tulang untuk berlatih Soulcalibur, maka kini title challenger aku. Sila klik Read More untuk mengenali mereka dengan lebih lanjut.

Muhammad Faisal bin Habeeb
Karekter kegemaran: Sophitia (main), Yun Seong, The Apprentice
Kekuatan: Faisal pandai menganalisa gerakan2 yang sering dilakukang musuhnya. Selepas beberapa kali berlawan, Faisal sudah mampu membaca gerakan lawan dan mengaplikasikan kombo maut dari Sophitia, dan menghabiskan lawan menggunakan Critical Finish, maka kita tidak boleh block terlalu kerap apabila berlawan dengannya.
Kelemahan: Dia memang boleh membaca gerakan lawan, tetapi lawannya juga mudah membaca gerakannya. Contohnya, jika dia menggunakan Sophitia dan mengabuse kombo maut Sophitia, kita hanya perlu berlawan menggunakan jarak jauh.

Ahmad Hafez Izzudin
Karekter kegemaran: Astaroth
Kekuatan: Tenang, tidak mudah melatah dengan provokasi yang aku lemparkan.
Kelemahan: Astaroth lembab, so kita hanya perlu lawan jarak jauh kerana Hafez akan melontar kita sehingga meninggal jika lawan dekat2.

Prakash Karunamuti
Karekter kegemaran: Mitsurugi, Kilik
Kekuatan: Pengalamannya jelas memberikannya kelebihan walaupun dia tiada move yang fancy, dia mampu menewaskan lawan menggunakan basic moves dengan timing yang sempurna.
Kelemahan: Dia kat Netgear skarang so akulah juara. Kau pegi main router toksah main xbox lagi.

Syed Muaz, Adam Phong, Alexander Rudra
Karekter kegemaran: Sophitia (mereka memang Sophitia fan club)
Kekuatan: Tiada. Sophitia keji pukul sikit je nyawa banyak gila abis.
Kelemahan: Banyak. Haa haa

Rozamzalina Karim
Karekter kegemaran: Seong Mi Na
Kekuatan: Unpredictable
Kelemahan: Dia tak reti nak block dia main belasah je tekan semua button.

John Ho Chee Kiong
Karekter kegemaran: Cervantes
Kekuatan: Move2 dia memang maut boleh buat combo terbang2 tembak2 semua
Kelemahan: Predictable. Haa haa.

Dan aku, Mohamad Faizal Rosly
Karekter kegemaran: Kilik (main), Ivy
Kekuatan: Bijak mengambil peluang (seperti mengringout pihak lawan), berkeyakinan tinggi serta kacak.
Kelemahan: Suka bercakap besar walaupun dibelasah.

Jika korang tidak berpuas hati, sila tinggalkan komen berserta surat cabaran dan time korang lunch untuk merampas kejuaraan aku. See you in the Chill Out room. Kali Yuga will show you the way.

Wednesday, February 4, 2009

Steamyx Can Suck My Armpit

Aku marah gila dengan seterimik! Itu memang statement yang selalu dicarutkan oleh pelanggan2 seterimik. Kisahnya bermula begini, sedang aku asyik mengetuk drum lagu everlong versi Hard (expert tak mampu), tiba2 aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon. Kita ikuti perbualan ini.

Seterimik: Assalamualaikum selamat petang nama waya Wan (memang nama sebenar). Saya dari Streamyx Marketing. Tujuan saya menelefon adalah kerana ingin bertanya kepada encik faizal sama ada ingin upgrade speed internet kepada 1Mb. Sekarang encik faizal menggunakan kelajuan 512 dengan hanya menambah 8 ringgit sebulan, kita boleh doublekan speed anda. Lagipun tak perlu bayar sewa telefon dengan menggunakan Streamyx Combo. Adakah encik faizal berminat?

Aku: ok

Seterimik: Baiklah sebelum itu saya ingin periksa butir2 peribadi Encik Faizal dulu. Boleh sebutkan nama penuh? No kad pengenalan? No telefon? Username? Masih teruna? Dalam banyak2 burung, burung apakah yang baik?

Aku: (menjawab soalan). Mohamad Faizal Rosly. 840618******. 012*******. kacak. ya. burung belatuk, sebab dia bela atuk dia.

Seterimik: Baiklah dalam masa tujuh hari bekerja, saya akan menelefon encik faizal untuk memberitahu statusnya. Terima kasih kerana melanggan Streamyx.

Aku: Ok.

Of course he did not call back after 7 days. Kisah ini tidak berakhir begitu sahaja. Sila klik Read More untuk kisah selanjutnya.

Maka selepas 7 hari, aku pun eksaited gila lalu mengambil inisiatif untuk mendail talian servis pelanggan Streamyx.

Aku: Vannekem boleh aku bercakap dengan Wan?
Steamyx: Sebentar ya (letak aku on hold selama 8 minit). Wan ada training selama 3 bulan. Nama saya Baidura (memang nama sebenar). Bagaimana boleh saya bantu?
Aku: (menjelaskan situasi di mana aku ingin mengupgrade speed internet aku)
Seterimik: Baiklah sebelum itu saya ingin periksa butir2 peribadi Encik Faizal dulu. Boleh sebutkan nama penuh? No kad pengenalan? No telefon? Username? Masih teruna? Dalam banyak2 burung, burung apakah yang baik?

Seperti biasa, aku menjawab soalan, dan dia kan menelefon aku kembali selepas 7 hari.

Selepas seminggu aku mendapat panggilan lagi.

Seterimik: Assalamualaikum selamat petang nama waya Zul (memang nama sebenar). Saya dari Streamyx Marketing. Tujuan saya menelefon adalah kerana ingin bertanya kepada encik faizal sama ada ingin upgrade speed internet kepada 1Mb. Sekarang encik faizal menggunakan kelajuan 512 dengan hanya menambah 8 ringgit sebulan, kita boleh doublekan speed anda. Lagipun tak perlu bayar sewa telefon dengan menggunakan Streamyx Combo. Adakah encik faizal berminat? (skrip diorang sama je tapi aku rasa Zul ni bapuk sebab dia cuba flirting ngan aku)

Aku: Apa ni kau ni dah orang ketiga dah yang call aku tapi semua tak call balik apehal.

Seterimik: Ala ye kee dey'oll tak patut tau buat you camtu. Camtu nanti I setkan untuk u, dalam masa 7 hari I call you okayyy (sah dia ni arbok)

Walaupun Zul ini bapuk, tetapi hatinya mulia kerana at least dia call aku balik untuk memberitahu permohonan aku tidak berjaya. Alasan, dah ramai sangat orang pakai 1mb kat Bangi ni tak cukup bandwidth katanya. Ok fine. Tetapi yang membuatkan aku mencarut di tempat kejadian ialah, selang beberapa hari, ada lagi eshol yang kol aku dengan skrip yang sama.

Seterimik: Assalamualaikum selamat petang nama waya Ika (memang nama sebenar). Saya dari Streamyx....

Aku terus meletakkan gagang. Waddefak? Takkanla korang takde case note ke yang tulis korang dah 4 kali call aku? Aku akui aku memang terdesak ingin mengupgrade speed aku kerana aku memang pendownload bersiri hari2 menghabiskan bandwidth mendownload cerita2 dari amerika. So korang tak baik tau membuat aku berharap kemudian menghancurkan impian aku. Dahlah Streamyx cap sesi muat turun menggunakan torrent.

Ahhh mungkin bertukar ISP ialah penyelesaiannya? Ohh tidak. Inilah jawapannya = BolehVPN

Suck my balls seterimik.

Monday, February 2, 2009

January Movies!

Tidak banyak filem yang aku tonton di pawagam pada bulan ini. Komitmen aku sebagai seorang bilal simpanan di surau al kauthar jelas menjadi punca mengapa aku sudah jarang menonton filem di pawagam. Pada bulan Januari, hanya 2 buah filem yang ditonton di pawagam. Selebihnya, aku tonton di DVD haram yang dibeli di pasar malam rumah aku serta DVDrip makruh yang dimuat turun dari internet. Namun aku tetap akan membuat ulasan filem kerana ini merupakan fardhu kifayah yang harus dilaksanakan agar korang tidak terpedaya dengan poster2 filem yang nampak kool tapi baldifool. Sila klik Read More untuk ulasan lanjut.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Outlander
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang Kainan, seorang askar wataniah dari planet Yahudi yang terdampar di planet Bumi di mana ketika itu bumi masih berada di zaman Jahilliyah. Kainan ingin memburu binatang durjana yang membunuh keluarganya. Dia pun membentuk pasukan keamanan bersama kaum Viking untuk membunuh binatang durjana itu. Entah mengapa aku boleh ada nafsu untuk menonton filem ini pun aku tak tahu. Ohh yaa ketika itu kami ingin menonton Bedtime Stories tapi takde seat.

Ratings: $$
Spoiler: Raksasa itu ada anak haram.

Bride Wars
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang rakan baik/lesbian sejak kecil, Emma dan Liv yang menanam cita2 murni untuk berkahwin di Plaza Hotel. Dipendekkan cerita setelah mereka mencapai akil baligh dan masing2 bersedia untuk berkahwin dan memenuhi impian mereka. Namun begitu, akibat kecuaian manusia, maka tarikh perkahwinan mereka jatuh pada hari yang sama. Masing2 tak mahu mengalah, menyebabkan rakan baik ini bergedumbek sesama sendiri. Huii gadis2 memang begitu ke? Aku berjumpa dengan rakan aku Telob di pawagam Jusco Cheras Selatan yang jelas aku dapat lihat dari riak wajahnya ketidakrelaannya untuk menonton chick flick ini (kena paksa ngan gadis, haa haa). Tapi dalam panggung mengalir air hidung jugak harap badan je tough.

Ratings: $$$ 1/2
Spoiler: Emma tak jadi kahwin

Angus, Thongs and Perfect Snogging (DVD)
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang kehidupan Georgia yang ingin sangat berpacaran dan bersnogging serta mengimpikan untuk berparti liar pada hari jadinya. Filem ini diadaptasikan dari 3 buah buku iaitu Angus, Thongs and Full Frontal Snogging dan It's Ok I'm Wearing Really Big Knickers serta Belitan Iblis. Georgia meminati Robbie Keane tetapi Robbie sudah ada teman wanita ketika itu. Georgia menggunakan taktik keji dengan memanipulasikan kucingnya Angus untuk mendekati Robbie. Adakah Georgia dapat bersama cinta agungnya pada penghujung cerita? Sama2 kita saksikan. Cerita gadis2 dengan accent british yang pekat.

Ratings: $$$
Spoiler: Lelaki hangat yang bersama mak georgia ialah seorang homoseksual.

Zack and Miri Make a Porno (DVD)
Ulasan Ringkas: Zack dan Miri ialah rakan baik sejak kecil. Mereka tinggal serumah tapi tidaklah mengamalkan penzinaan. Kehidupan mereka dibelenggu kesusahan, apabila bil api, bil air serta bil streamyx mereka dipotong. Terdesak untuk menempuh kehidupan, Zack mencadangkan mereka membuat flick pornografi mereka sendiri setelah terpengaruh dengan rakan homoseksual mereka, ditambah pula dengan kepopularitian viral video Miri yang berspender nenek. Fakta: gadis2 pasti ada spender nenek, at least sepasang, betul kan? Anyways, mereka pun mengumpulkan krew2 untuk merakam porno mereka. Zack dan Miri mengharapkan persahabatan mereka tidak terjejas selepas bersetubuh buat kali pertama. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Ratings: $$$
Spoiler: Stacy = Katie Morgan. Adam Johari, Jamil Fathi, Nurhisyam Suhaimi, Tengku Amir Afendi pasti kenal kerana korang memang keji

Sekian, kita jumpa lagi dalam segmen ulasan filem bulan depan. Assalamualaikum.

Mengapa Aku Kacak Pada Hari Isnin

Mengapa aku kacak pada hari Isnin? Well kalau nak ikutkan aku hari2 pun kacak. Tapi pada hari Isnin aku pasti extra kacak. Bukan nak riak tapi memang Tuhan dah anugerahkan kekacakan ini aku terima sajalah dengan wasadtiah (terminologi yang salah). Hari Isnin, aku pasti akan memakai kemeja yang mama aku gosok, seluar slack yang sisi dia tajam boleh luka jari, kasut hitam berkilat sehingga sakit mata, serta tali leher yang nampak macam mahal. Oleh kerana di tempat kerja aku pemakaiannya adalah bebas, dan rata rata orang yang bekerja di sini memakai tshirt dan jeans ketika bekerja, maka outfit aku sering disalah tafsir dan dicela masyarakat setempat. Rakan2 sekerja, boss2 serta Makcik Cleaner Indon pasti akan mengutarakan soalan2 seperti ini:

"Kau nak pergi interview ke Faizal? Ooooo si pembelot"
"Are you going to an interview? Sheeeet"
"Hoi apahal pakai segak2 ni ooo kau nak pergi temuduga yaaa"

Begitulah lebih kurang dialog2 mereka. Kawan2, takkanlah setiap hari Isnin aku ada temuduga. Lagipun aku cintakan perkerjaan aku sekarang, buat apa nak pegi temuduga. Lainlah kalau dapat job offer jadi model weight gain ke face gain ke mungkin aku pergi. Jadi mengapa aku kacak pada hari Isnin? Click Read More untuk mengetahui sebabnya.

Kerana aku adalah graduan Uniten. Di Uniten, aku telah dididik dengan sempurna, di mana hari Isnin ialah hari eksekutif. Hari Isnin kena pakai kemeja lengkap dengan tali leher. Apa salahnya aku bawa amalan ini ke tempat kerja? Aku nampak gah seperti seorang salesman. Takkan hari2 nak pakai tshirt no fat chicks ataupun Cobra Commander aku. Lagipun membazir la kalau aku tak pakai seluar slack aku tu (walaupun kebanyakannya sudah ketat kerana seluar aku semakin kecut (salah mesin basuh kot).

Maka di sini aku menyeru graduan2 Uniten agar tak tinggal solat subuh serta memakai pakaian segak bergaya at least pada hari Isnin. Tunjukkan mengapa Uniten generates professional. Saiful Bukhari kau bukan graduan uniten kau dropout so kau pakai kain kapan pun tak mengapa. Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...