Monday, March 30, 2009

Usah bertikam lidah dengan Gadis anda kerana anda pasti kalah

Satu tengahari yang hening, sepasang pasangan muda remaja baru sahaja habis menonton filem terbaru lakonan Nicholas Saputra, Knowing.

da Cool la: Apasal kita macam dah tengok je cerita tadi?

da Killa: Ala ini macam cerita Keanu Reeves aritu.

da Cool la: Ha'ah la yang pasal alien nama dia Klaatu tu pasal bumi yang dah nak expired tu The Day After Tomorrow kan.

da Killa: Bukan The Day After Tomorrow la. Itu cerita lain. Saya tak ingat apa tajuk cerita Keanu Reeves tu. Saya ingat lagi saya letak jadi desktop background masa mula-mula beli laptop dulu. Itu pun tahun 2004

da Cool la: Betul la The Day After Tomorrow takkan ah saya silap. Baru haritu saya buat review (nada yakin).

da Killa: Eiii awat ketegaq sangat ni. Saya kata bukan, bukanla. Nak bet ke?

da Cool la: Kamonnn. Saya yakin gila jangan awak menyesal. Kalau awak betul, saya belikan awak beg tangan Guess. Kalau saya betul awak belikan saya PS3.

da Killa: Ok no problemmm. PS4 pun saya sanggup awak jangan menyesal.

da Cool la: Fineeee. Huiii best gila dapat PS3 (keluarkan telefon bimbit, bukak WAP, Google 'keanu reeves 2008 movies' - result....The Day The Earth Stood Still.......)

Ahhhhhh.

Ala babe I still akan belikan you beg tangan mahal satu hati nanti. Skarang ni saya nak mengumpul wang nak beli TV lcd baru. Eh tak tak nak mengumpul wang demi masa depan bersama. Hee

Saturday, March 28, 2009

Rape Me in My Thighs

If you guys can watch this video without bursting into laughter, I'll buy you guys teh o ais. Sumpah.



Jika ofis korang ataupun mama korang block korang dari melayari youtube, sila klik di sini.

Terima kasih Andrew Chan Wai Jien kerana menghiburkan hari aku. n tolonglah jangan hasut aku makan babi lagi.

Thursday, March 26, 2009

Teknik Cover Malu

Pernah tak kalian mengalami saat-saat mengaibkan yang menyebabkan kalian berasa ingin berhijrah ke negara jiran menukar nama kepada Mustafa Agil sambil menjual bakso akibat terlalu malu? Pernah tak korang mengalami situasi di mana korang berada di rumah terbuka Hari Raya yang dihadiri dengan puluhan gadis dan beberapa orang jejaka, kemudian lagu tema Mis Tres Hermanas berkumandang di udara menyebabkan korang berlari-lari anak untuk menontonnya, tanpa disedari tersepak cawan kaca sehingga pecah sambil diperhatikan oleh gadis-gadis dan ibu tuan rumah? Pasti runtuh moral korang ketika itu. Jangan kaget, aku akan memberi tips-tips untuk meneruskan kehidupan dengan penuh keyakinan dan iltizam tatkala situasi-situasi memalukan berlaku. Ayuh kita klik Read More.

(ise cakap kat mak kau aku mintak maaf)

Situasi satu: Terjatuh tangga/basikal/kerusi
Teknik cover: Saat korang terjatuh, jika ramai mata yang memerhati korang ada 2 pilihan;
1) Terus bangun dan buat-buat jatuh sekali lagi. Dan lagi. Dan lagi. Nanti orang akan menyangka yang korang sedang membuat jenaka lalu ketawa hi hi hi kerana kelucuan korang.

2) Korang boleh pura2 kena rasuk. Jeritlah macam orang tengah tengok cerita Histeria. Pastu cakar-cakar badan sambil membaca mentera semerah padi, buat mata Undertaker skali. Orang pasti akan takut nak gelakkan korang

Situasi dua: Bawak kereta manual, enjin mati di tengah jalan
Teknik cover: Enjin dah mati. Nak start tersenggut-senggut kerana panik. Orang belakang dah mula hon. Abis tu nak buat apa? Jangan cuak. Hidupkan hazard light. Bukak hud enjin. Handphone letak kat telinga pastu pura-purala bercakap sambil melihat enjin dan tayar. Teruskan lakonan sehingga tiada orang di sekeliling.

Situasi tiga: Ketika asyik menonton pornografi, pintu bilik dibuka keluarga/kawan
Teknik cover: Siapa yang selalu tengok senyap-senyap, tahap awareness mereka memang tinggi. Sebaik sahaja mendengar bunyi pintu dibuka, pasti suis monitor pc akan ditutup. Pura-pura sedang tidur. Ataupun capai buku pelajaran yang sudah disediakan di atas katil. Pastikan speaker ditutup juga kang dengar bunyi ghairah di latar belakang walaupun monitor tiada display kantol juge.

Situasi empat: Terlupa zip seluar.
Teknik cover: Saat orang menyedari korang tidak zip seluar da mula ketawakan serta mengeji korang, korang ada 2 pilihan;
1) Gunakan dialog ini "Kau ni memang kolot. Inilah fesyen terkini. Kampung betul kau ni, huh," . Untuk menunjukkan kau orang ni serius, mulai esoknya korang jangan zip seluar agar orang tahu fashion statement anda dan mula terikut-ikut dengan gaya baru tidak zip seluar.

2) Gunakan dialog ini "yeahhh you like that bitch...ummmmm" (goda dia)

Situasi lima: Disuruh jadi imam tapi tak tahu doa selepas sembahyang.

Taktik cover: Hoi pegi belajarla doa tu takkan itu pun nak cover. tetapi jika terpaksa cover korang ada dua pilihan;
1) mulut terkumat kamit konon-konon sedang khusyuk berdoa sambil menangis teresak-esak. orang takkan suruh kau baca kuat-kuat punya.

2) lari selepas memberi salam. jangan pandang belakang.

Situasi enam: Terkeluar darah haid ketika membuat presentation
Taktik cover: Tak tahu. camne ek?

Situasi tujuh: Ditangkap basah. masuk suratkhabar pulak tu.
Taktik cover: Jangan sekali-kali korang cakap melayu. Gunakan bahasa lain kerana orang melayu je yang kena tangkap basah ni. Tak kiralah semelayu manapun muka korang, jika korang gunakan dialog-dialog ini dengan fasih, nescaya korang akan terlepas. "Lei hou lenggg", "Ngo hou leng chai" "Nan break pova mudiyama?" ataupun "yes no it isn't" (sila hafal ayat perkataan-perkataan ini) Apabila jais tahu korang bukan melayu, terselamatlah korang azab dunia.

Apala lagi ya situasi yang memalukan? Usah malu sila hantarkan keraguan anda kepada Abang Faizal agar Abang Faizal dapat memberi tips-tips yang berguna untuk dijadikan tauladan. Nak kord lagu Situasi pun boleh.

Wednesday, March 25, 2009

Mengapa Aku Tiada Di Sini????



Demmit Zahrul kenapa kau tidak pujuk aku sedaya upaya kalau tidak aku sudah pasti akan melompat2 gembira.

Dan mengapa aku tiada di sini juga???



No 1: Budak aneh bisu kadang2 kelas Kuning apai.
No 2: Shahrizal Jaapar. Haa haa.
No 3: Mohd Dazrul. Dazu kau kecik2 dan tinggi kau plok plok plok sejak kecil ke haa haa.
No 4: Cikin! Comeiiiinyaaaaa. Haa haa inilah isteri Adam yang tercinta.
No 5: Aqram? Budak kelas Biru aku.

Ini kelas Pre 3 kan kelas Miss Shima. Tak rok la oi aku kelas Mrs Mala. (sape ade gamba habaq mai la kat aku). Tadika Ixora beats Tadika Maria beats Tadika Abim.

kredit kepada tukang rakam kau memang rok.
kredit kepada adam johari untuk gambar klasik itu.

Tuesday, March 24, 2009

Top 10 KRU Songs

Dalam banyak-banyak kumpulan di Malaysia, kumpulan apakah yang mendapat paling banyak wang? Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Haa haa haa lucunya aku. Ok ok serius la ni. Bagi aku, kumpulan yang paling berjaya serta banyak wang ialah kumpulan KRU. Aku dengan bangganya mengaku yang aku adalah peminat separa fanatik KRU sehingga sejak darjah 4 sehingga sekarang, although agak sukar untuk aku mengungkapkan bait lagu-lagu baru mereka kerana aku lebih menggemari lagu-lagu klasik mereka.


Awas! Jangan Lafazkannya jika Di Dalam Dilemma. apa aku merepek ni sila klik Read More.

10. Wawasan 2020
Inilah lagu KRU pertama yang aku dengar. Melihat gaya Norman memakai Windbreaker sambil menari rap membuatkan aku terus berazam untuk menjadi penyanyi tatkala umur aku mencecah 13 tahun. WAWASAN!

9. Mengerti
Satu satunya lagu KRU yang masuk Juara Lagu pastu langsung takde dah. Aku ingat lagi kecoh orang kata suara Norman sumbang masa tu. Of kos la aku membantah tapi apasal kau nyanyi part Yusry masa tu Norman kalau tak mesti dah menang kategori pop rok.

8. Everest
Haa dulu kan ada macha nak daki gunung Everest aritu pastu tekela sape yang layak membuat lagunya. Sudah pastilah adik beradik kacak. "Eeeeeveresttttt kibarr bendera kita di sanaaaaaa yakin kemuncakk duniaaaaa"

7. Emilia
Aku rasa kehebatan lagu KRU terletak pada lagu ballad dia. Lagu Emilia ni memang lebih mengasyikkan daripada terkena penangan nasi kangkang. Mengisahkan tentang cinta seorang lelaki terhadap seorang gadis bernama Emilia. Pastu banyaklah lagu2 sekarang yang muncul dengan nama gadis sebagai tajuk Jesnita la, Suhaila la, Eleanor Ezura pun ada.

6. Ohh! La la!
Siapa tidak tahu lagu ini. Memang cukup popular sehingga sekarang. Agak malu untuk mengaku tapi memang begitulah hakikatnya; aku lebih lancar rapping lagu ini daripada membaca doa ke tandas.

5. Di Pintu Syurga
Jika tiada penggunaan strings di dalam lagu ini sudah pasti lagu ini boleh dikategorikan sebagai sebuah lagu nasyid kontemporari moden seperti In Team. Mengisahkan tentang cinta seorang lelaki (ataupun pondan) yang setia menanti cinta agungnya di pintu syurga (itu sekadar metafora mereka, kau tak faham seni janganlah mempolitikkan lagu ini).

4. Cherrina
Huii zaman kanak2 aku inilah lagu kegemaran para remaja. Dengan tracksuit masing2 serta kasut ada lampu sape hafal lagu ni memang dialah yang paling kool ketika itu.

3. Negatif
Ini bukan lagu protes!

2. Apa Saja
Lagu ini memang sesuai jika dijadikan lagu cinta korang. Sila gunakan taktik ini jika gadis korang bertanya soalan2 seperti "Boleh belikan saya beg tangan baru?" Sila jawab dengan yakin sambil membuat gaya dagu ke depan Yusry "Aaaaapa saaaaja untukmuuuuuu..."

1. Dua
Lagu KRU yang paling agung. Aku yakin lagu ini memang berada dalam top 5 lagu paling diminati di kalangan peminat2 fanatik KRU.

Sekian sahaja untuk kali ini. Jika korang rasa ada lagu feveret korang yang patut ada silalah buat top 10 korang sindri ok uols?

Monday, March 23, 2009

Aku Rasa Amy Search tu Sedara Aku

Kenyataan di atas bukanlah gosip murahan. Aku tiba-tiba teringat memori lampau ketika mendengar lagu Isabella versi remix nyanyian Johari Teh atau nama glemernya Joe Flizzow. Arwah atuk Selayang (atuk wrestling) pernah membawa aku ke majlis perkahwinan partama Amy Search semasa aku sekolah rendah dahulu. Sumpah tak tipu. Aku ingat lagi, ramai artis popular ketika itu yang turut hadir. Well yang aku kenal ah contohnya Rahim Maarof dan Yazid Search. Pasti ramai lagi artis popular masa itu tapi aku belum baligh lagi masa tu sapa sangatlah yang aku kenal selain Ramlah Ram.

Tidak percaya? Sila klik Read More.

Buat apa aku nak tipu. Aku boleh kemukakan hujah2 penting untuk menyokong kenyataan aku di atas:

Hujah 1: Buat apa atuk aku nak pegi kenduri Amy kalau dia tiada pertalian darah. Atuk aku bukan minat rock kapak pun atuk aku minat penyanyi 60 an J.Sham dan A. Rahman Hassan.

Hujah 2: Dari mana datangnya kelunakan suara aku, kehebatan bermain guitar hero, serta memiliki aura seorang artis jikalau tidak dari saudara mara sendiri seperti Amy Search?

Hujah 3: Anak Amy kawen haritu, aku rasa aku dapat kad jemputan tetapi hilang.

Yaa sekaligus membuktikan aku ni memang ada bau-bau bacang dengan Amy Search. Kalau korang tak percaya sudah nama korang dolah ketiak korang berdarah rumah korang takde kolah uwan korang tak skolah (lagu cari gaduh). Alah jelesla tu aku ada sedara artis. Yelah kalau korang ada sedara artis bagitaula takdela aku rasa janggal sangat aku sorang je ada sedara artis.

Sunday, March 22, 2009

I Wanna Be the Man

Jika ada bunga, pasti ada kumbangnya. Jika ada Mawi, pasti ada Ekinnya. Jika ada wireless router, pasti ada wireless adapternya. Dan jika ada lagu yang hebat, pasti ada video klipnya yang kool. Single aku yang berjudul 'I Wanna Be the Man' ini memang popular di kalangan gadis2 remaja terutamanya di Brunei dan Kalimantan Barat. Video klip ini dihasilkan oleh Ling Leong Wei dan dibantu oleh ahli sindiketnya Diyana Yunus, Arina, Husna serta Mustafa Agil Balbed untuk projek Multimedia System Design mereka. Dihasilkan menggunakan Macromedia Flash. Marilah kita sama2 saksikannya. Jika mahu puji, pujilah kelunakan suara aku, dan jika mahu kutuk, kutuklah mereka olrite uols?



Jangan lupa membeli album sulung aku di pasaran. Album gambar pun aku jual nak cari rezeki lebih. Boleh didapati di kedai kaset di Warta dan surau2 sekitar Bangi. Ohh nantikan juga klip video 'Song For Datillah' yang dijamin garang kualitinya yang akan dirilis dalam masa terdekat.

Friday, March 20, 2009

Happy Birthday Jelita!

This is a story of a girl,
Never fail to rock my world,
Today she’s twenty four,
Let’s call her ‘Auntie’ lor,
This is the day where you can ask for anything,
Vincci, Gucci, LV whateverlah you can think,
I know I’ve been so tahapahapa lately,
It’s the hormone, so don’t blame me!
Sometimes I wonder why you’re ‘crazy’ over me,
Dahla perut boroi, kaya raya jauh sekali,
But hey it doesn’t really matter,
Coz tubuh badan tak penting, yang penting rupe,
Did I mention that you’re cute like Tina Fey?
Your smile can be seen from miles away,
Like the sun that shines on this beautiful day,
So soft and tender I must say,
This poem was meant to make you terbang,
So please Nurdatillah jangan jadi singa garang,
KIDDING!just look directly into my eyes,
Then you will see where my true feeling lies,
I wish you all the happiness on this special day,
Together forever, come what may!

Ayuh kawan-kawan, ramai-ramai kita ucapkan, 'Selamat Hari Jadi Datillah!'

(20/03/setiap tahun)

Tuesday, March 17, 2009

Ni Rombe Allega Irruke

Kanak kanak di Maikrosof memang berbilang bangsa dan agama. Yang tiada bangsa dan agama pun ada. Antara kaum yang paling ramai ialah kaum India. Maka setelah hari2 bersenggama bersama mereka maka aku pun semakin pandai melembutkan lidah menuturkan bahasa Tamil. Walaupun kebanyakannya ialah kata2 kesat, namun gadis2 India pasti akan kagum jika korang boleh menuturkan ayat di atas.

Jika Petaling Street ialah Chinatown, Kampung Baru dipelopori kaum Melayu, Leboh Ampang pula ialah kawasan pola petempatan berpusat India. Seriyes tak tipu. Memang atas bawah kiri kanan hanyalah India semata2. Jangan kau sebut kes arwah Kugan kat sini memang kena pukul kau nanti. Apa yang best di sini? Klik Read More jika anda bukan seorang yang racist.

Aku hari2 pergi Leboh Ampang berhampiran ofis aku. Mengapa? Kerana aku kelaparan. Di Leboh Ampang terdapat pelbagai jenis makanan yang halal. Well mostly makanan India ah. Pagi-pagi, aku bersama teman terlebih mesra aku Muaz akan pergi membaham capati di kedai Capati Santa. Owner dia memang boroi macam santa klaus ada jambang cuma dia hitam je. Huii capati dia memang superb, teknik ulian dia sehingga menggunakan siku. Itu yang lembut tetapi padat tu. Tapi yang paling superb jika kau pergi ke Leboh Ampang ialah nasi daun pisang dia. Huiiii yang ni kau makan pagi boleh kenyang sehingga Maghrib.


Lihat sajalah gambar ini. Mengghairahkan bukan? Nasi daun pisang ini terdiri daripada nasi putih (atau nasi india, dia ada cecair putih aku geli nak makan), 3 lauk asas yang terdiri daripada sayur-sayuran india yang berbeza hidangannya setiap hari, papadom, lauk pilihan (aku slalu kongsi ayam goreng berlada ngan Muaz) serta kuah kari. Harga set asas tanpa lauk tambahan ialah RM 4.50.

Ohh Nurul Iza inilah sebabnya suami anda semakin boroi setiap hari. Dia hanya mengamalkan shake aneh Herbalife dia depan anda je tapi dengan saya hari2 menurut runtutan nafsu serakahnya membaham nasik daun pisang tak henti2. Anyways jika korang taknak nasik korang dihidangkan di atas daun pisang, ada banyak daun lain yang ditawarkan seperti daun kelapa, daun kari dan juga daun terup (lawak sampingan).

Di Leboh Ampang juga terdapat Gedung Kamdar India di mana korang boleh membeli sari yang garang dan seksi. Nak beli emas, nombor ekor dan berhala semuanya ada. Di sini memang meriah ah suasana riang ria dia dengan lagu2 Tamil dan Hindi berkumandang di udara. Tapi korang jangan sing along pulak mana tau itu dia punya mengaji atau marhaban habis terbatal iman.

Ahhh tani kude kelam.

Monday, March 16, 2009

Mari Meneka Jantina Bayi Lea


Ini ialah kawan aku bersama suaminya yang tercinta. Nama dia Lea. Nama penuh dia Tea Leoni. Dia sedang mengandung. Dia suka makan kedondong dan mee bandung. Walaupun dia mengandung, tapi dia tak mahu memberitahu jantina bayi yang dikandung. Tiada masalah. Sebagai pakar sakit puan, aku tengok sekali dah tahu anaknya bakal berbelalai. Aku berani bertaruh xbox lama aku yang anak dia lelaki.

Betul kan? Sila klik Read More untuk turut membuat spekulasi. Alaaa bagitau jela Erra Fazira pun bagitau jantina anak dia taww.


Kami membaham di Ole-ole Bali di Sunway Piirahmid. Cuak gak membaham di sana takut dibom Nordin Mat Top yang masih bebas. Kami membaham di sana sempena menyambut kenaikan pangkat aku (tipu). Mestila aku yang belanja (tipu lagi). Aku tidak pernah membaham di sana. Besh jugak makanan dia. Harga walaupun 3x ganda lagi mahal daripada Restoran Yus, namun berbaloi jugakla sebab portion dia banyak. Kat situ ada banyak berhala tapi janganlah korang pegi sembah pulak.

Ohh Lea sudah bersetuju hendak memberi anak dia nama Faizal. Tahu tak Faizal dalam bahasa German maksud dia apa? Kekacakan yang nyata. Thanks.

Saturday, March 14, 2009

Sudah Pastilah Entry Ini Ditulis Selepas Wisel Penamat Dibunyikan

Assalamualaikum kawan-kawan semua? Apa khabar? Peminat-peminat Manshitter United bagaimana? Diharap anda semua redha dengan Qada' dan Qadar. Iyelah, siapa yang tak malu dibelasah di hadapan 70,000 penyokong sendiri kan? Bukan sedikit, 4 tu sama macam bilangan isteri Salih Yaacob. Bagi mereka yang tidak dapat menerima kenyataan, aku cadangkan korang beri komen "Kecohhh aaa Man U still top of the league ahh..." Takpun "Whatever Liverpool. We'll still win the league..." Hee hee hee. Bitter. Like I said, it's about bragging rights. Sudah pasti peristiwa ini akan aku ungkit sehingga musim hadapan.

So apa alasan yang korang nak berikan? Tak sabarnya aku nak dengar. Takpe tak perlu susah2, biar aku yang reka alasan untuk korang bagaimana?

1) Vidic kena kad merah. Susah ooo lawan Liverpool 10 orang.
2) Rooney gemuk, susah la nak lari sana sini.
3) Tevez punya kayap dah merebak ke kaki, rembat pun dah tak betul.

Ada lagi alasan lain tak? Berilah aku dengar. Korang boleh kata apa2 sahaja agar korang boleh tidur lena di malam hari. Ahh aku pasti bermimpi basah malam ini.

Ohh kali ini tak perlu klik Read More. Kalau klik nanti korang terguris hati pulak aku taknak peristiwa ini menjejaskan persahabatan kita yang sejati ini.


Sapa suruh korang klik. Hee hee. Gurau manjala uols. Awww assalamualaikum.

Thursday, March 12, 2009

Format Surat Tidak Rasmi

Apa khabar para pelajar? Sudah siap kerja rumah yang Cikgu berikan semalam? Bagus. Hari ini Cikgu Faizal akan mengajar murid-murid tentang format surat tidak rasmi. Mengikut ramalan Mona Fandy, surat tidak rasmi mungkin akan keluar dalam peperiksaan Bahasa Malaysia Kertas Dua untuk PMR pada tahun hadapan. Jadi marilah kita sama sama menelaah agar tidak mendapat B dalam Bahasa Malaysia.

Surat tidak rasmi biasanya ditulis kepada rakan pena, sanak saudara mahupun musuh ketat. Alamat pengirim akan ditulis di bahagian kanan surat, disertakan dengan tarikh. Kita tidak digalakkan menggunakan kata ganti diri pertama seperti aku, cheq (jika orang utagha), eden (jika orang nogori) mahupun kamek (jika orang Sarawak). Sebaliknya, gunakanlah kata-kata indah seperti Kanda, Adinda, Nenda dan Steve Mandanda. Mari kita lihat contoh surat tidak rasmi yang dihantar oleh penyokong bolasepak Liverpool kepada musuh tradisi mereka setiap kali adanya perlawanan.

Penyokong Liverpool,
Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
12 Mac 2009.

Menemui penyokong-penyokong Manshitter United, semoga kalian cirit birit dan tidak lawas kencingnya selama dua hari.

Saudara,

Saudara tidak takutkah melihat kami membelasah juara Eropah sembilan kali 4-0 di Anfield kelmarin? Mungkin saudara patut melakukan solat sunat hajat meminta agar pasukan saudara tidak dibelasah di Old Trafford pada hari Sabtu ini.

Untuk pengetahuan saudara, kami langsung tidak peduli tentang jurang mata yang membezakan kedudukan kami dengan pasukan saudara di takhta liga. Kami hanya mahu aibkan pasukan saudara di tempat sendiri, sekaligus mendapat 'bragging rights' sehingga musim hadapan.

Kami benci melihat pemain-pemain pasukan saudara. Carlos Tevez ada kayap di muka. Jijik kami melihatnya. Cristiano Ronaldo hanya tahu step over tiga kali, kemudian jatuh tersungkur mengharapkan penalti. Wayne Rooney yang obese, serta berwajah seperti kanak-kanak terkena demam panas. Berbatov keji, kerana tidak hormat pencuci bootnya. Rio Ferdinand yang berwajah seperti unta disyaki merogol gadis, serta mengambil dadah.

Saya berharap agar bas yang membawa pemain pasukan saudara ke Old Trafford nanti rosak penghawa dinginnya.

Sampai di sini sahaja yang dapat saya coretkan. Akhir kata, sambutlah carutan daripada kami penyokong-penyokong tegar Liverpool.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
ijai
(Mohamad Faizal Rosly)

Bagaimana murid-murid? Faham tak apa yang Cikgu ajar? Kalau tak faham sila klik Read More ya murid-murid untuk terus belajar.

Surat ini ditujukan kepada: Andrew Chan Wai Jien, Syed Muhammad Muaz, Prabakharan Subramaniam, Mugunthan Nair Kesavan, Jayakumaran Thangiah, Gurubalan Krishna, Shasikumar Munusamy, Ezry Yusry Yu, Fakri, Zahrul Idzwan Zainal, Mohd Azuddin, Mohd Nazri Fitri, Abu Zar Sohadis, Hazim, Mohd Radzman, Zahrul Ramzan, Ali Akbar, Alie Balak Bc, Khairul Anam, Adam Johari, Mohd Dazrul Syariz Sabardin, Ahmad Shuhud Irfani Zakaria, Idlan Zakaria, Zahid Zakaria, Mohd Imran Suria, Nurhamizah Rahim.

Ayuh penyokong Liverpool, katakan HO! Kita aibkan mereka sabtu ini!

Wednesday, March 11, 2009

Impulse Spending

Korang gadis2 jangan ingat korang je suka shopping. Aku pun huiii pantang nampak beg tangan cantik sikit mesti gugur bulu kaki aku kegembiraan. Beg tangan aku ni jauh lebih garang dari beg tangan LV korang. Korang nak carik kat Superrolling ke kat Purple Peppermint ke pasti tak jumpa.


Lihatlah beg tangan baruku ini. Cantik kan?

Niat hendak merepair xbox 360 berakhir dengan tindakan drastik membeli xbox 360 yang baru. Demmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm. Sekelip mata duit aku hilang begitu sahaja. Bak kata pepatah, ikut nafsu lesu. ikut nafsu juga berdosa dan boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma.

Mengapa aku tidak membeli PS3 buat masa ini:
1) Aku ada Guitar Hero 3 untuk xbox.
2) Aku ada Guitar Hero World Tour untuk xbox
3) PS3 lebih mahal aku miskin dan hina. But still aku akan beli juga dalam beberapa bulan ini hee hee.
4) Masalah 3ROD tamat (hopefully) dengan kehadiran Jasper.
5) xbox lama aku akan dijual. Nurul Iza jangan terkujat jika suami anda bawak balik xbox.

Sigh.

Kongratulasi Akak Apai! Hepi Besday Huda!

Ohh aku memang gemar pergi perkahwinan. Dapat melihat kawan gadis2 yang berkahwin berpura2 gembira melihat kawannya kahwin tapi di dalam hati berasa cemburu dan tertekan kerana takde orang nak kat diorang ataupun boipren malas mengumpul wang untuk berkahwin. Yang dah kahwin pulak akan mengompare wedding korang dengan wedding dia sambil berkata dalam hati "alahhh baju aku lagi banyak ropol dari dia". Haa betul kan korang jangan tipu begitulah perasaan korang gadis2 bila pegi wedding. Anyways 12 Rabiulawal haritu Akak Apai mengadakan perkahwinannya. Walaupun aku bekerja pada hari itu, sesi membaham memang aku pasti datang.

Siapa Akak Apai? Akak Apai ialah kakak kepada Apai. Masa aku lepak di rumah apai ketika mak abah apai pergi haji, akak apailah yang sering masak nasik goreng untuk kami tatkali kami alpa bermain fm. Thanks akak apai. Semoga kau bahagia bersama untuk at least 50 tahun lagi bersama jejaka pilihan kau.


Korang jangan salah faham yang duduk atas pelamin tu bukanlah pengantinnya takkanla kawen pakai tshirt huduh betul. Khairul Nazrin memang bernafsu tapi haram berkahwin kerana tidak mampu memberi nafkah batin dikhuatiri akan menyakiti isteri. Haa haa i miss you yen.

Klik Read More untuk terus membaca.


Orang kata aku dari belakang nampak macam Rahim Maarof. Zati apasal kau tak datang jadi jurugambar separa amatur aku.

Hari Isnin juga merupakan besday Nurul Huda. Siapa Huda? Huda ialah jurusolek Sally di uniten.

Eppi besday Huda! Gile ah dapat bergambar dengan Sally. Sally skarang mana ada keluar kat public dah.

Tuesday, March 10, 2009

Perkara-perkara Yang Membuatkan Aku Hangin

Aku seorang manusia biasa yang tak bisa lari daripada mainan emosi seperti ketika mengalami period. Kadang-kadang perkara2 kecil pun boleh membuat aku hangin lalu mengeluarkan kata-kata tak berapa kesat seperti "Cikai mak lampir!!!", "gelenyahhh" ataupun perkataan feveret baru aku "hoii puaka kuborrrr". Berikut adalah perkara2 yang boleh membuatkan aku hangin untuk panduan korang agak kita boleh hidup dalam keadaan yang harmoni.

1) Jika hendak memandu seperti memandu kereta lembu, pandulah di lorong kiri. Aku tidak sampai hati untuk mengehon engkau. Dan jika kau memandu/menunggang seperti Tetsuya Harada tapi sekadar bawak Kancil dan berani menghighbeam aku menyuruh aku ke tepi, aku selalunya akan menghighbeam kan jari tengah aku (secara senyap2).

2)Aku memang hangin jika aku sedang enak menjamu selera pastu datang pulak akak, makcik bawak anak2, menjual buku panduan solat la cd ceramah Akhil Hayy la kau tak nampak ke aku sedang makan sate ni. Makcik jual kerepek kau jangan ingat kau boleh terlepas mama aku dah beli dah satu kerepek kau tapi esok kau datang lagi takkan aku hari2 nak beli kerepek kau. Merepek.

Klik Read More untuk terus emo. Wahh, rhyme.

3) Lepas berak atau kencing, pam la tandas. Pastu korang yang abnormal nak mencangkung di atas tempat duduk tu, lap la balik tapak kaki korang tu.

4) Aku memang hangin jika ada gadis2 yang aku tahu latar belakangnya langsung tidak tahu pasal bola sepak, dan hanya meminati Manshitter United dan hanya kenal Cristano Ronaldo kemudian bersuara pasal bola sepak dan mengutuk liverpool di hadapan aku. Contohnya "haa haa liverpool tak kool. Man u la kool"

5) Aku memang hangin jika ketika suka2 bermain futsal/bola sepak di padang namun ada sesetengah individu yang bermain dengan terlalu serius bising2 mintak bola pastu rembat kuat pastu tekel keras menyebabkan aku pulak bertukar menjadi sebegitu akibat hangin.

6) Aku hangin melihat kanak2 berpakaian sekolah menonton porno di cybercafe Farhan IT berhampiran rumah aku.

Ada lagi sebenaqnya tapi aku dah hangin dah nak menulis. Jika korang ada perkara2 yang korang hangin sila beritahu agar aku boleh lakukan untuk mencari pasal ngan korang. Assalamualaikum

Friday, March 6, 2009

Kanak Kanak Zaman Sekarang

Kanak2 zaman sekarang memang nak mintak pelempang. Langsung berbeza dengan zaman kanak2 aku di mana aku dikategorikan sebagai kanak2 istimewa. Hmm macam tak kena je bunyinya. Maksud aku, kehidupan aku sebagai kanak2 dahulu lebih merendah diri dan berwasadtiah, tidak seperti kanak2 sekarang yang dilemparkan dengan kemewahan menyebabkan diri bongkak dan lalai dalam kesenangan. Mari kita lihat perbezaan kanak2 zaman aku dan zaman sekarang.

1) Kanak2 zaman sekarang masing2 dah ada henpon. Umur baru setahun korn belum akih baligh belum mimpi bersetubuh ataupun keluar darah haid dah ada henpon. Henpon bukan yang jenis yang cikai mak lampir, canggih2 semua. Touch screen, boleh buat touch and go, yang boleh transform jadi robot pun ada. Pastu abis kool la tu siap bawak pegi sekolah. Cikgu mana berani rampas nanti kena lempang dengan mak bapak zaman sekarang. Korang tahu tak aku zaman matrikulasi baru dapat henpon. Walaupun henpon 3320 aku itu hanya layak dibuat umpan memancing pada hari ini, namun aku bersyukur tau. Cis.

2) Kanak2 zaman sekarang masing2 ada frenster, maispes, fesbuk, hai5, sabul macam2la. Padahal baru lepas UPSR dan pandai nak bersosial. Tahu tak ramai pedophile di luar sana yang menjadikan kanak2 tak kira comel ataupun gemuk sebagai mangsanya. Huiii ramai betul 'Friend' diorang. Padahal bukan kenal pun semua. Sedara mara pun aku sama (nama mereka Khadijah dan Farid, haa haa). Datang rumah aku rampas internet aku pastu sibuk add makwe sana jejaka sini komen sana komen sana lagi komen gambar sini pulak (repeat). Cis.

Ada lagi. Klik Read More untuk terus membaca.

3) Kanak2 zaman sekarang kecik2 sudah pandai bercinta. Yelah kau bercinta. Yang keluar 3gp pakai baju sekolah menunjukkan cinta masing2 wahhhhhh agungnya cinta korang. Hmm untuk kanak2 lelaki jika cinta korang benar2 utuh, beranikah korang meneruskan percintaan jika awek korang menjadi tahap makcik apabila dekat2 nak masuk universiti? Haa haa. Cis.

4) Kanak2 zaman sekarang sudah pandai berpeleseran. Cuba pegi midvalley. Naik kat wayang depan mekdi tu. Bertenggek sekor2 bukan buat apa pun. Bergaya dengan kasut mahal baju mahal menggunakan duit mak bapak. Pakai spek mata hitam. Baju seksi abis cuba2 nak menampakkan lurah tetapi gagal. Lurah bontot kau aku percaya la. Pastu buat bising gelak huha huha bajet2 group korangla yang paling kool. Zaman kanak2 aku, abis terer pegi Mines je main laser quest. Abis bergaya pun pakai sluar skolah bawah kembang 20" yang tempah kat Agrat ataupun Zero One. Cis.

5) Kanak2 zaman sekarang mudah terpengaruh dengan apa yang tengah hot di pasaran. Skarang tengah musim indie mulalah sibuk semua nak jadi indie. Mulalah sibuk nak pegi gig lompat sana lompat sini bajet2 kool. Padahal bukan kenal pun siapa yang main. Yang kau kenal cuma Hujan. Tanya siapa nama pemain kompang simpanan kumpulan nasyid indie popular Al Ikhsan kang haa terus terkeluar darah haid kau nak menjawabnya. Cis.

6) Kanak2 zaman sekarang bongkak dalam kemewahan. Kereta Honda korang tu bapak korang yang bayar downpayment serta bulan2. Beg tangan Louis Hamilton korang tu mak korang sanggup berhutang nak belikan untuk anak dia agar menjadi paling kool di kalangan rakan. So yang kau nak riak tu pasai apa. Cis.

Begitulah sikap kanak2 zaman sekarang. Jika ada lagi sikap2 keji kanak2 sekarang yang korang tahu, silalah nyatakan dan letak 'cis' di penghujung ayat sebagai tanda protes.

Thursday, March 5, 2009

February Movies!

Yaaa bertemu kita sekali lagi dalam segmen kesukaan beberapa orang, Mari Menonton Filem bersama Abang Jai. Kali ini, Abang Jai akan membuat ulasan tentang 5 filem yang ditonton pada bulan February. Huiiii uols taw tak setiap kali pegi panggung mesti cerita Geng sold out eiii gelenyahhhh. Eh Sally apasal kau menyibuk ni ini bukan ruangan kau. Anyways, aku masih belum menonton Geng, tetapi tanggungjawab mengulas filem2 terbaru yang untuk panduan masyarakat tidak akan dilupakan. Sila click Read More untuk ulasan lanjut ataupun click cimbclicks untuk membayar hutang korang.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Pink Panther 2
Ulasan Ringkas: Inspektor Jack Pirlus kembali lagi untuk menggeletek urat ketawa kita untuk kali kedua. Akan tetapi, ketawakah korang dengan jenaka2 spastik begitu? Mungkin, jika ditonton bersama teman2 rapat. Inspektor Jack bergabung dengan polis2 dari negara lain untuk menumpaskan sindiket cepat kaya Muaz dan Bazlur yang semakin popular serta menangkap Tornado, pencuri yang mencuri artifak2 bersejarah.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Aishwarya Rai ialah penjahat dalam cerita itu.

Eden Lake
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang pasangan belum berkahwin tetapi dah dekat nak bertunang yang merancang untuk mengambil annual leave dan bercuti di kawangan peranginan eksotik, Eden Lake (eden punyo tasik) di Negeri Sembilan. Pada mulanya percutian mereka agak bahagia namun setelah kehadiran kanak2 bermasalah, percutian mereka menjadi mimpi ngeri. Aku tengok poster ingatkan cerita ini ada orang mereng otak bunuh2 orang lain di tasik, namun aku silap. Cerita ini memang penuh dengan saspensyen. Namun awek itu memang malang. Peribahasa2 ini menggambarkan wataknya di dalam cerita itu; sudah jatuh ditimpa tangga, keluar kandang harimau masuk ke mulut buaya, serta padan muka kau kau memang bangang. Taktaulah. Sakit hati pun ada sebenaqnya menonton cerita ni.

Ratings: Kadang2 $$$$ kadang2 $ 1/2
Spoiler: Perempuan itu memang malang.

Valkyrie
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang komplot untuk menikam Adolf Hitler sehingga mati oleh pegawai2 Jerman kerana bosan dengan sikap Hitler yang boros berbelanja wang negara. Kolonel Sanders van Stafaentah mengetuai gerakan berhaluan kiri itu dengan menggunakan pelan Valkyrie, pelan backup untuk menawan negara ketika darurat.

Seigheil!

Ratings: $$$
Spoiler: Hitler tak mati, memberontak semua mati. eh ini bukan spoiler, ini sejarah.

Burn After Reading
Ulasan Ringkas: Pening aku tengok cerita ni. Kluni curang curang dengan bini Malkovich dan perempuan pembedahan plastik. Bini Kluni curang dengan orang lain. Brad Pitt bapuk dan meninggal dunia.

Ratings: $$
Spoiler: Benda yang Kluni cipta sama seperti dalam cerita Forbidden City Cop

The Punisher: War Zone
Mengisahkan tentang Frank, seorang militan bukan Muslim yang bertindak seorang diri untuk menegakkan keadilan. Tak kiralah kau ni pencuri ke, pembunuh ke, perogol ke, tak semayang jumaat ke memang korang takkan terlepasla dengan 'keadilan' Frank. Kali ini dia berdepan dengan Jigsaw yang huduh rupanya setelah kena cincang macam Frank Ribery. Hoi brani lawan Jigsaw cerita Saw la oi.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Entah.

Jumpa lagi dalam ruangan yang sama di bulan hadapan.

Monday, March 2, 2009

Temubual Sally Dengan Daniel Powter

Hai uolsss. Sally vogue de vass kembali lagiiii gelenyahhhh. Hamboi hamboiiii gembirala tu uols dapat dengar suara mak. Ada gosip terbaru tak uols? Eiii bohsan aku asyik baca pasal si tua berkemban tu. Menyampah aku memang dasar puaka kuborrr. Baik kita dengar interview kan barula keeeeeeelas menjahit. Hik hik hik tiru lawak Sasha. Jangan mara uols. Temubual ni dah lama dah Sally buat masa zaman2 remaja dulu. Tiba2 pulak terjumpa rakaman temubual dalam folder 3gp peribadi Sally. Hik hik hik. Eh betul ke Sally interview penyanyi antarabangsa ni? Sama2 kita dengarkan uols. Gelenyahhhhh.



Kalau uols memang jenis yang buta IT tu, click la button Play. Lepas tu tekan Pause bagi dia buffer dulu sampai abes baru klik Peliaq balik wokeyyyy. Gelenyah la uols.

disclaimer: ruangan gosip ini ditulis oleh Sally, paparazi popular dari Kolej Matrikulasi Melaka. Sebarang komen, tak puas hati, gosip panas, ataupun nak ajak berbual(lelaki muda sahaja) bole hantarkan kepada sally_gelenyah (at) gmail (dot) com

Sunday, March 1, 2009

Aku tidak percaya, korang percaya tak?

Kawan aku merangkap ofismet Zahrul Idzwan memberitahu Korn akan datang ke Malaysia. Bukan untuk melancong tetapi untuk membuat persembahan. Sawan sebentar aku menerima berita itu. Aku tidak percaya. Sudah pastilah aku tidak percaya, kita bercakap tentang Korn, bukan tentang Harvey Malaiholo ataupun Hetty Koes Endang. Namun setelah didedahkan dengan bukti visual, aku terpaksala percaya.

Bukti 1: http://www.sunburstkl.com.my/v1/

Bukti 2: http://www.korn.com/site.php?content=tour

Pergi ke?

I CAN'T SEE I CAN'T SEE I'M GOING BLINDDDD I CAN'T SEE I CAN'T SEE I'M GOING BLINDDDD (semangat jagung)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...