Thursday, April 30, 2009

Sudahkah Anda Menghantar Borang Cukai Pendapatan?

Kesalahan dilakukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 jika :

1) Tidak memberitahu kelayakan untuk dikenakan cukai
2) Lewat mengemukakan borang nyata
3) Gagal mematuhi notis

Hari ini (30/4/2009) adalah hari terakhir untuk menyerahkan Borang BE. Aku yakin korang pasti tak hantar lagi kerana korang memang lalai dan pemalas. Kau nak masuk penjara ke Muaz kesian la anak bini kau. Nama-nama lain yang aku yakin masih tidak menghantar borang: Amir Rashidi Aziz, Khairul Afandy, Muhammad Faisal Habeeb, Andrew Chan Wai Jien, Muhammad Izwan, Zahrul Idzwan, serta Zati Hazira. Aku takde duit nak ikat jamin korang woi hantaqla segera.

Nasib baik aku anak tunggal dan manja. Semua mama aku buatkan. Haa haa.

Tuesday, April 28, 2009

Kempen Menonton Wayang di Bangi Utama

Tahukah korang di pasaraya Bangi Utama ataupun nama saintifiknya Warta (kini Bintang) terdapat sebuah panggung wayang? Walaupun panggung itu pernah ditutup pada satu masa dahulu akibat kerugian kerana tiada pengunjung, pawagam itu telah kembali beroperasi di bawah pengurusan yang baru.

Sebagai rakyat Bandar Baru Bangi kebanggaan, kita seharusnya memberi sokongan terhadap pembangunan Bandar ini. Dengan memajukan Bangi Utama, kita dapat menaikkan nama Bangi di mata dunia. Agak banyak sebenarnya filem-filem yang aku tonton di pawagam Bangi Utama seperti Batman, Superman, Chronicles of Narnia (6 orang je di dalam panggung) serta King Kong (tayangan terhenti seketika kerana nak tukar disc 3). Aku akan beri korang 5 sebab utama mengapa korang harus menonton di pawagam Bangi Utama berbanding di panggung mainstream yang lain:

Sebab pertama: Kos yang rendah.
Harga tiket di pawagam Bangi Utama memang murah nak arwah. 5 ringgit di hari Rabu. Hari biasa 6-7 ringgit. Kalau pergi Pavilion, harga tiket ialah RM12. Parking dah RM14. Parking di Warta percuma. Makan bawak bekal mama korang masak je.

Sebab kedua: Tidak perlu bergaya
Di pawagam Bangi Utama, kau nak pakai kain kaftan ke kain kapan ke orang tidak akan memandang sinis punya. Tetapi jika kau pergi ke kawasan eksklusif seperti di Pavilion dengan memakai boxer, pasti korang akan dihina dengan zalim seperti di zaman Jahilliyah dahulu.

Sebab ketiga: Suasana tenang, tidak perlu beratut panjang
Kalau hendak menonton di Midvalley, pasti perlu beratur sehingga ke barisan orang beratur membeli mekdi. Kadang-kadang jika terlupa arah tujuan kita akan tersilap membeli McChicken instead of membeli tiket Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam.

Sebab keempat: Servis kelas pertama
Pekerja-pekerja asing akan melayan korang seperti melayan Pak Ngah mereka sendiri. Separa fasih berbahasa melayu, mereka akan memuji kehenseman kita ketika membeli tiket tanpa rasa prejudis, tanpa pandangan sinis walaupun korang memakai jersey Man U tiruan mahupun beg tangan Roach (klon Coach).

Sila klik Read More untuk mengetahui apakah sebab yang kelima, sebab utama kami ingin memulakan kempen ini.

Sebab kelima: Tayangan Perdana filem X-Men Origins: Wolverine
Selalunya, filem-filem yang ditayangkan di pawagam-pawagam kecil sebegini adalah filem yang sudah lama ditayangkan ataupun filem yang gampang kualitinya. Namun, once in a while, filem-filem besar akan dijadikan tayangan perdana, menyebabkan suasana menjadi meriah (boleh penuh satu panggung). AJK wayang, Ahmad Shuduh sila beri status siapa yang akan menonton tayangan perdana pada hari khamis ini. Aku dah amek cuti ari jumaat (walaupun hari jumaat memang cuti hari buruh, tapi aku bukan buruh Malaya), maka kanak2 Bangi boleh bersemenda bersama-sama tanpa meminum minuman keras.

Aku seru korang semua yang membaca entri ini jumpa kami di Pawagam Bangi Utama pada hari Khamis malam Jumaat untuk sama-sama memeriahkan pawagam Bangi Utama. Come on lads! Ho untuk Bangi Utama!

Monday, April 27, 2009

Segmen Jejak Artis

Haiiiiii uolssssssssssssssssssssss. Sally kembali lagiiiiiiiiiii. Awwwww rindunya Sally kat uols. Lama Sally tak mencapub di sini hik hik hik. Buat peminat2 Sally yang tak putus-putus menghantar telegram, uols memang kelassssssss memandu. Buat diva diva voguedevass seperjuangan, lebarkanlah sayapmu dan terbanglah tinggi ke awan. Gelenyahhhh apa Sally cakap pun Sally tak tahu. Ok kali ini sebagai mamarazi no 1 di daerah Hulu Langat, Sally mahu membongkar kisah-kisah artis kita yang pernah meletup gitu, kemudian hilang entah ke mana. Haaaa klik Read More ye uols.

disclaimer: ruangan gosip ini ditulis oleh Sally, paparazi popular dari Kolej Matrikulasi Melaka. Sebarang komen, tak puas hati, gosip panas, ataupun nak ajak berbual(lelaki muda sahaja) bole hantarkan kepada sally_gelenyah (at) gmail (dot) com

1) Casey
Haaa dulu korang ingat tak ada satu Casey lagu melotop gebus mak hoii lagu Seribu Impian dengan Jangan Ada Benci. Haa Casey ni orang Sarawak, dia dah takde kat sini tu sebab kita dah tak dengar cerita dia dah dalam majalah hiburan. Kali terakhir mendengar berita daripada Casey ialah apabila dia berhijrah ke Amerika bersama teman rapatnya Johari, menubuhkan K-Ci and Jojo dengan lagu hits mereka, All My Life.

2) Poe
Haaa ni lagi sorang old skool punya pakcik reggae. Sangat popular satu masa dahulu dengan lagu hit Alalalalatuk tuk jangan saman tolongglaaaa latukkkkk. Poe pun dia berhijrah jugak ke Amerika, membuat pembedahan jantina kerana merasakan dirinya ialah sorang wanita yang terperangkap di dalam tubuh sasa lelaki. Poe mengubah namanya menjadi Zoey Deschanel. Awww menyampah mak nak potong potong pulak.

3) Pak Pandir
Hiii mana tah pegi orang tua ni. Dulu asyik menyanyikan lagu-lagu berunsur nasihat. Mungkin dah jumpa Mak Andeh kot hik hik hik lucunya Sally.

4) Kumpulan Candy
Huiiii sapa tak kenal kumpulan Candy uols memang dasar puaka kuborrrr. Gadis-gadis dari Sarawak ini memang melotop gebus mak hoii dengan lagu Akan Ku Tunggu. Kita tahu Pat kahwin dengan Edrie Hasyim tetapi bagaimana pula dengan ahli-ahli kumpulan yang lain? Haaa nila Sally nak habaq mai. Mary dia kahwin dengan Subadron Aziz (pemain bolasepak Kuala Lumpur), Connie kahwin dengan Manja Man (pemain bolasepak Kedah) dan Nancy bersekedudukan dengan Merzagua Abderrazak (pemain bolasepak Pulau Pinang). Sukati uols la nak percaya ke tak.

5) Kumpulan Nico
Kumpulan rap remaja yang dianggotai oleh Nico, Dino dan Affa mengumumkan persaraan mereka dari bidang seni suara setelah mengecap kepopularitian dengan lagu-lagu seperti 'Inilah Nasibku'. Nico kini membuka restoran bersama keluarganya di Bukit Belacan. Dino pula menjadi downline kepada N.D Lala dalam sindiket MLMnya. Affa pula tidak dapat digoogle kisah dia sekarang.

6)Sandy Suzuki
Sandy Suzuki berasal dari Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Dia dahulu sering menyanyikan lagu lagu rakyat dengan eksyen (accent) Jepunnya. "Renggang renggang kangkung, kangkung di tepi kolam ahhh". Setelah album sulungnya gagal di pasaran, Sandy kini membuat perusahaan menternak lintah untuk dibuat ubat-ubatan tradisional.

7) Mr Os
Mr Os memang cukup popular satu masa dahulu dengan filem-filem klasiknya seperti Mr Os, Awang Spanar serta Matinya Seorang Patriot. Eh? Walaupun sudah tidak aktif berlakon, Mr Os kini membuka kedai gigi palsu di Metro Kajang.

Haaa banyak lagi sebenarnya artis-artis kita yang popular dahulu kini sudah menyepi. Lain kali Sally dedahkan keaiban deyall kayyyy. Tapi kalau uols nak tahu jugak perkembangan terbaru artis-artis, bagi je nama nanti kita mengumpat bersama. Gelenyahhhhh.

Saturday, April 25, 2009

Random Post

Entry yang rawak akan ditulis apabila korang tiada perkara menarik untuk ditulis tetapi korang menulis juga walaupun entah apa apa agar nampak blog korang dikemaskini sentiasa. Usah terasa, kita semua serupa. Marilah kita menelaah post entah apa apa aku ini.

1) Selangor vs Kelantan.
Ada sesiapa yang akan pergi menonton Selangor menentang Kelantan malam ini di Bukit Jalil? Melainkan korang sudah bersedia untuk berjihad membabi buta demi negeri tumpah darah serta sudah mengkaji jalan cerita Green Streen Hooligan sebagai inspirasi, aku nasihatkan usahlah pergi kerana aku menjangkakan akan berlakunya rusuhan besar yang akan terpampang di dada-dada akhbar pada esok hari. Nasib baik Halim Napi dah kena suspend kalau tak memang dia gomol mana-mana pemain Selangor yang memiliki isteri yang lebih cantik daripada isteri dia macam Aidil Zafuan aritu (walaupun Rita Rudaini juling air).

Sila klik Read More utuk terus membaca.

2) Internet Explorer 8
Sejak IE8 dirilis beberapa minggu yang lalu, jumlah emel yang aku terima semakin banyak. Orang putih sering kompelin mereka tidak boleh browse Internet setelah mendownload IE8 kemudian kutuk-kutuk Maikrosof sucks balls dan kata IE8 is full of bugs serta ugut nak guna Firefox. What the what. Aku di rumah memang menggunakan Firefox tetapi di pejabat tiada masalah pun guna IE8. Mereka menghadapi masalah kerana konflik dengan 3rd party application semasa installation of IE8 (alasan yang aku beri kepada pengguna, haa haa. On a positive note, beban kami akan berkurangan dengan kehadiran Irsyad dan Syed Muaz untuk membantu pasukan emel mulai Isnin hadapan. Yay.

3) Sekeji-keji aku, keji lagi kawan aku
Pada hari jumaat yang lalu, aku bersiap-siap hendak pergi ke solat jumaat. Tiba-tiba ada seorang rakan sekerja yang tidak boleh disebut namanya bagi menghormati privacynya meminta aku menunggunya kerana ingin pergi bersama. Aneh, tidak pernah dia mengajak aku sebelum ini. Waktu solat masuk pantas, Masjid Jamek 10 minit waktu perjalanannya. Sampai sahaja di sana orang sudah mula sembahyang, dan ada orang dah balik pun sebab tahu tidak sempat. Namun kawan aku yang sorang ini memang sudah memasang azam terus sahaja berlari melintas jalan yang penuh dengan kenderaan masuk ke dalam saf dengan wajah keinsafan. Aku hanya mampu terdiam. Aku tahu, dan dia pun tahu dia tidak ambil air sembahyang. Apabila ditanya sesudah solat, "Takpe Tuhan pasti faham aku dah minta keampunan lepas sembahyang tadi..."

Sekian sahaja entri aku yang random. Berjumpa lagi kita dalam segmen yang sama di masa hadapan. Assalamualaikum.

Wednesday, April 22, 2009

Where do cats go when they die?

Heaven?
Rest in peace, Cyclone.

Monday, April 20, 2009

OAG @ Istana Budaya!

Hari yang ditunggu sudah tiba. Hari ini ialah hari OAG di Istana Budaya. Aku bangun seawal 5 pagi kerana terlalu teruja. Sambil mandi wajib akibat mimpi basah bersama Radhi (kitorang mimpi berenang di tasik kenyir kau jangan salah faham), aku mengungkapkan bait-bait lagu lama OAG, mana tahu Radhi panggil salah seorang penonton naik ke pentas untuk menyanyi bersama boleh aku tunjuk yang aku ni memang seorang peminat yang tegar. Pukul 10, aku bersama Da' Killa pergi ke Alamanda untuk membaham Grilled Butter Chicken kegemaran. Namun hatiku remuk apabila mendapat satu pesanan mesej ringkas daripada Zahrul Idzwan, mengatakan yang dia tidak dapat hadir kerana cirit birit berdarah (tipu). Atas semangat 60's Crunchy Pop Fuzz yang menebal di dalam diri, aku segera mencari pengganti iaitu Tengku Amir Afendi bersama aweknya ehh tunangnya Mohd Nazmin.

Kami tiba di Istana Budaya pada pukul 1.30pm. Show start pukul 3 awalnya kami tiba. Yela aku tak mahu terlepas opening band seperti sesi Butterfingers di Istana Budaya tempoh hari. Ketika menuntut tiket, dia kata sistem rosak hanya boleh bagi aku tiket macam tiket wayang di Warta je. Dahla takde no seat penat je aku order seat yang kool secara online. Sebelum masuk ke dewan Lambang Sari, kami dapat melihat artis-artis dan orang-orang yang berlagak artis hadir. Aku chill je buat2 ego Sam Bunkface datang berhampiran aku takkan aku nak mintak bergambar aku lagi tua dari dia diala patut request nak bergambar dengan aku. Huh.


Aku tidak pakai baju melayu kerana panas. Sumpah aku dah ready baju melayu dalam kereta.

AHH pintu sudah dibuka. Adakah kalian sudah bersedia untuk rok n roll? Sila klik Read More untuk review persembahan Orang Asia Genius di Istana Budaya. Gambar-gambar yang boleh membuatkan korang cemburu pasti ada.

Cikai mak lampir aku pilih seat tengah tapi kena duduk tepi kerana tiada nomboq. Apapasajalah itu tidak akan menghalang aku daripada bercanda. Lampu dewan ditutup. Ternampak kelibat makhluk-makluk asing naik ke pentas. Grengggg Bunkface memulakan persembahan dengan intro Bunk Anthem. Give me a Biiiiiii Yuuuuuuu Ennnnn Kayyyyyy ef ey si eee nowwwwwww sehinggakan makcik-makcik pun turut mengeja. Kemudian mereka menyanyi single terbaru mereka yang masih belum keluar lagi di radio xfm, Prom Queen. Quite catchy. Next, a cover from Akon? Ala yang lagu ada oooo (oooo) oooo (oooo) tu apa tah tajuk dia aku bukan minat Akon pun kalau Ako Mustapha maybe ah. Seterusnya another cover song, this time from Green Day, Macy's Day Parade. Lama tidak ku dengar lagu itu. My personal favorite, Revolusi bergema serta disudahi dengan lagu popular mereka Situasi. Selamat jalan Bunkface.

Lampu ditutup lagi. Kelihatan seorang mamat berambut rebonding mengambil tempat di pentas. Edrie Hasyim bersama superbandnya, Projek Pistol. Lola main dram. Abis penuh dram dia hiaskan dengan cymbal dan sambal (aku tidak tahu terminologi drum). Sedap jugak suara vokalis dia (Moq??). Lagu Hingga Hujung Hanya buat tengiang-ngiang jugak dalam kepala aku. "Kan teeerrucapppppp bla bla bla aku ingin melamarmuuuuu," Tamat sahaja lagu itu. Edrie Hasyim masih lagi dalam karekter akademi fantasianya terus mengeluarkan komen "Kau punya vokal dah ok tapi visually aku tak suka la dengan imej kau..."


Ahhh akhirnya. Saat-saat yang ditunggu telah tiba. Tetapi yang naik ke pentas ialah kanak-kanak. Selamba je depa pi main lagu instrumental sedas dua. Lazat pulak tu. Aku tidak kenal Stereosakit, tapi kini aku sudah tahu dan aku agak suka. Dengan lick lick gitar yang menarik, serta drummer yang kemas pemakaian dan permainannya, bolehla aku nak cuba carik maispes kau nanti. But what the what, bukanke patut OAG dah main? Jenggg datangla seorang makhluk bersongkok ke atas pentas menyanyikan single terbarunya, Infiniti. Lagu dari album solo Radhi. Yela dia kini tidak serumah bini (belum bercerai), Radhi meluahkan perasaannya di dalam album solo. Nantikan rilisannya pada bulan Ogos nanti.



Jeng jeng jeng. Sayup sayup kelihatan Eric naik ke pentas, disusuli dengan abang Nizam yang tenang, serta abang Zul yang garang, sebelum Fizul yang kool menyusul. The intro was super duper cool. The show started with a bang with the tune of 60's TV. I sang along with all my heart. Knocked Silly was next, I haven't heard that song for sooooo long as I could not find my Melody Mocker cassette. I think during the whole set, they only played 1 song from Melody Mocker. Next song, Horrible Adorable, I think. I could not remember exactly the sequence of the songs played, but I threw out my voice singing Permysuri, Akustatik, Biru. All songs played were rearranged to suit the unplugged settings. Some of them were better than the original, imo. You could feel the jazzy groove (and even raggae) from Fizul and Nizam's guitar, the running bassline from Eric, solid but steady drumming from Zul, and of course the mesmerizing vocal from Radhi. Waittt mesmerizing is not the right word. Bapuk gila. It was even better with the inclusion of traditional and weird instruments like the 'segugus kulit kepah', 'batang berair' (dengar macam lucah tapi memang menarik), and the 'patukan burung'. Words cannot describe the beauty of the overall sounds, lighting and ambiance.


One of the highlight of the show apart from the music was of course, the antics of Radhi. If you really know him, then you'll now that he'll never sing quietly at one corner; instead he will interact with everyone, it doesn't matter if you're a makcik, bapak orang, kids or his bandmates. Who could expect that he would sing S.M Salim's Apa Nak Jadi in English, translated into What Will Happen (thanks meen sebab ingatkan), spontaneously creating the lyrics which actually rhymed and genuinely funny. He made fun of everyone, himself, Faizal Tahir, his bandmates (zul was from Bangla? Fizul adik Aqasha? Haa haa), pemerintah Bukit Selambau (before singing Slumber), and also Farid Kamil. Anyone perasan Fizul main lagu Unfairground? Hmm. During Generasiku, he went to each section of the crowds giving them microphone to sing along, and I thought "this is the moment that I've been waiting for...". Tapi hampa.



They even played a cover from Oasis Don't Look Back in Anger. And sooooooo Sally gelenyahhhhh can waitttt. Another cover, Senyuman Ragamu from Gerhana Ska Cinta. Was it on that song that they all 'freezed'? Hmm. Merdayka made me feel patriotic, before they ended the show with their new single, British di Bawah Tanahair.

In conclusion, I think this show is worth every penny (altough tamir tak bayaq tiket, haa haa). It was a great show, a nice farewell gift for fans as they will go on indefinite hiatus after this. I will always lap you guys. Ahh sesi meet and greet lagi 15 minit oi seronotnyaaaaaa.


Gaya Rokstar jadian menanti Rokstar sebenaq keluaq


Thanks kasih OAG!


visit my Facebook page for more pictures.

Saturday, April 18, 2009

Happy Birthday Muaz!


Lihatlah gambar di atas. Apa perasaan korang apabila imej itu menghantui mimpi korang? Pasti terasa ingin melempang dia laju-laju bukan? Jangan begitu kawan-kawan, walaupun gambar di atas bajet Kanye West, Syed Muhammad Muaz merupakan teman baik aku di luar Bangi. Hari ini (18/4) ialah hari jadi dia, so sila klik Read More untuk mengumpat Muaz secara berjemaah.

If I were gay, I'd toron him without hesitation kerana Muaz adalah seorang yang baik hati, rajin sembahyang Jumaat serta bercita-cita tinggi. Walaupun rupanya tidak sehensem mana, namun dia tidak seboroi aku kerana dia minum Herbalife dan pakai bengkung.

Aku mengenali Muaz ketika kami sama-sama bekerja di HP. Masa tu aku tengah main futsal. Memang akula yang paling handal ketika itu pastu Muaz datang secara tiba2 walaupun dia bukan group kami. Pastu mencuri limelight aku dengan gaya free scoring dia (tunggu depan gol boleh ah). Tapi dia pakai jersey Kedah, so I thought "He's alright".

Kemudian kami bersama-sama menjadi zombie membantu orang amerika yang buta IT, menonton cloverfield di klcc, serta solat jumaat tanpa henti. Sehinggalah Muaz berkahwin dengan Nurul Iza, hubungan separa gay kami terpisah sementara kerana Muaz lari ke Maikrosof. Oleh kerana takut kena kanser otak akibat kerja malam dan aku tiada waktu untuk bersosial di HP, aku pun lari juga bersama Andrew Chan Wai Jien.

Kami bertiga kembali bersama sehinggalah hari ini. Selamat hari jadi Muaz. I lap u. U lap me tak?

Thursday, April 16, 2009

Kempen Memakai Baju Melayu

Dewasa kini, amalan pemakaian baju Melayu sudah semakin dipinggirkan. Baju melayu hanya dipakai ketika hari raya pertama, dan kadang-kadang ketika solat jumaat. Itupun kalau korang solat jumaat. Baju Melayu merupakan baju kebangsaan, menjadi simbol kepada adat ketuanan Melayu yang penuh erotik. Ke eksotik? Maka di sini aku ingin menyeru kawan-kawan semua tak kiralah bangsa apa, agar kita mengamalkan pemakaian baju melayu tak kiralah di mana. Masuk disko pun pakaila baju Melayu. Apa salahnya bukan? Yang salah ialah meneguk arak memakai baju Melayu.

"Eleh kau cakap bolehla Faizal. Kau tak pakai pun..." kata seorang pembaca blog aku di dalam hatinya. Cis, aku bukan cakap sebarang cakap. Takkanla aku nak berkempen jika aku tidak mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Marilah kita saksikan bukti-bukti di bawah.


Jika ada majlis makan malam, orang semua sibuk nak sewa kot la tuxedo la cheong sam la tetapi aku tetap yakin dengan penampilan segakku berbaju Melayu. Sudah pastinya tidak sia-sia kerana aku pasti menggondol anugerah Best Dressed pada majlis itu. Gambar segak di atas menunjukkan trofi kemenangan ketika majlis makan malam Majlis Perwakilan Pelajar Uniten.


Gambar kedua pula ialah gambar kemenangan Best Dressed aku ketika majlis Alumni Uniten. Pakai baju melayu pun boleh dapat telefon bimbit. Kalau aku siap pakai keris dengan tanjak mau dapat laptop. Hah masa aku form 4, dinner pengawas pun aku pakai baju Melayu. Aku sorang saje, yang lain pakai baju kerja bertali leher. Dapat best dressed jugak. Tak percaya tanya Adliza. Hah dinner matrikulasi pun pakai baju Melayu jugak. Kat matriks tak menang best dressed tapi menang persembahan terbaik main lagu Mis Tres Hermanas. Semuanya sebab aku pakai baju Melayu.

Ahhhh weddings. Aku memang suka menghadiri majlis perkahwinan. Selain dapat mencuci mata melihat gadis-gadis..eh aku juga dapat menggayakan baju Melayu aku. Pegila wedding mana-mana pun pasti aku kacak bersongkok. Lihat sahaja gambar di bawah ini.


Mengikut putaran jam: Wedding akak apai, wedding Adam, wedding Anas, wedding Yuya, wedding Zed. Tiada dalam gambar tetapi aku tetap berbaju melayu: Wedding Huda, wedding Liyana, wedding akak abe no 2, wedding abang Bc, wedding Rizal Jilani, wedding Johan abang Adam, WEDDING MUAZ, wedding nana akak lala.

Bagaimana? Sudah mula bersemangat untuk berbaju Melayu? Tujuan sebenar aku menulis entry ini adalah kerana ada satu event yang pasti akan membuatkan aku berbaju melayu, dan aku ingin mengajak korang beramai-ramai datang berbaju Melayu juga. Wah event apakah itu? Klik Read More jika ingin tahu.



Oh yeah. Band malaya kedua paling hebat yang akan bermain di Istana Budaya. Jika dapat membuat persembahan di Istana Budaya, memang sudah kira kemuncak kareer la. Aku bukanlah peminat OAG jadian. Aku memang meminati mereka sejak zaman cover kertas recycle album Old Automatic Garbage, disusuli dengan letupan 60's Crunchy Pop Fuzz mereka dalam Melody Mocker yang aku beli di Metro Kajang. Opera Radhi-o Friendly, album Bahasa Melayu mereka aku beli di kedai kaset di Bangi Utama. Masuk Satelit Ink, huii beli cakera padat kerana duit PTPTN sudah masuk. Album OrAnG aku tak jumpa. Hee. Tapi apa kaitannya dengan baju melayu? Duhh Radhi kat rokdewel pun berbaju Melayu, konsert muse pun dia berbaju melayu, inikan pula di Istana Budaya? Come onnn sudah pastilah aku akan turut serta. Zahrul pun dah janji nak sedondon dengan aku nanti jangan kau belot di saat akhir.

Tiket masih ada. Bulan ni tak perlu bagi wang kat kampung, korang beli je tiket OAG untuk mak abah sekali mesti diorang suka. Aku pegi sesi hari Ahad, ada Projek Pistol. Edrie Hashim punya band dengan kawan-kawan AF dia. Ahhhhhh tiket-tiket boleh didapati di tempat kejadian ataupun beli secara online di sini.

Orang Asia Genius!

Tuesday, April 14, 2009

Tanda-tanda Anda Tidak Boleh Hidup Tanpa Internet

Mari kita membuat kaji selidik tentang masalah ketagihan internet;

a) Adakah anda lebih rela dipotong bekalan air daripada dipotong talian internet?
b) Adakah anda lebih gembira melayari laman 3gp melayu daripada bermesra dengan isteri?
c) Adakah kitar darah haid anda menjadi tidak menentu tanpa kehadiran internet?
d) Adakah anda gay?

Jika anda menjawab 'Ya' untuk tiga soalan yang pertama, anda memang tidak boleh hidup tanpa internet. Jika tidak dapat merasai kenikmatan internet dalam beberapa ketika, anda akan menggeletar tubuh badan sambil mencakar-cakar dinding. Bersama kita kali ini ialah Doktor Faizal al Kacaki untuk membincangkan tentang masalah yang serius ini. Sila klik Read More untuk mengenalpasti tanda-tanda bahawa anda sememangnya tidak boleh hidup tanpa Internet.

Tanda pertama: Sebaik sahaja modem anda disambar kilat, anda terus membeli modem baru di Warta. Kemudian anda terus mencarut setelah mengetahui network adapter anda pun terbakar juga. Kemudian keesokan harinya anda sanggup tidak makan tengahari untuk pergi ke Low Yat membeli network card yang baru.

Tanda kedua: Walaupun sesibuk mana pun anda di tempat kerja, anda akan melayari laman blog terutamanya blog sendiri setiap 5 minit. Mana tau ada orang komen untuk posting terbaru anda. Kemudian siap check ip pelawat-pelawat blog anda, tengok berapa ramai orang lawat blog anda serta disudahi dengan membuat entri 'You've Been Tagged!'.

Tanda ketiga: Anda menukar status anda setiap 8 minit di Facebook, mengharapkan status tak seberapa anda di scout oleh team Stoodle.

Tanda keempat: Segala persoalan kehidupan seperti 'Apakah maksud gulai?', 'Di mana Joe Jambul?', ataupun 'Mengapa mata Rita Rudaini juling air?' semuanya ditanya kepada encik Google.

Tanda kelima: Anda membeli santan secara online di ebay ataupun lelong.com.my

Tanda keenam: Anda membuat in depth analysis dengan mengkaji berapakah jumlah transfer yang dilakukan oleh rival terdekat anda, membaca prediction pundit untuk panduan melantik kapten, serta mengkaji fixture gameweek yang akan datang bagi membuat keputusan pemilihan pemain di fantasy football.

Tanda ketujuh: Anda melawat http://symptoms.webmd.com/ instead of pergi berjumpa doktor ketika sakit ataupun bomoh ketika disantau.

Tanda kelapan: Anda memiliki akaun Friendster, Myspace, Facebook, Hi5, Bebo, Kawanster, Jobstreet, Blogger, imeem, cimbclicks, adult friendfinder...

Tanda kesembilan: Anda tanya kawan anda nak pergi lunch tak melalui instant messenger walaupun rakan anda di sebelah.

Tanda kesepuluh: Anda membaca list ini dari nombor satu sehingga sepuluh dengan penuh minat.

Yaa diharapkan para pembaca mendapat manfaat daripada apa yang Dr Faizal sampaikan. Jika anda berada dalam kategori di atas, mengaku sajalah anda memang tidak boleh survive tanpa internet. Tidak perlu hidup dalam denial kita memang manusia yang lemah. Jika para pembaca ada symptom-symptom yang ingin dikongsi bersama, sila letakkan di ruangan komen agar dapat menjadi iktibar untuk masyarakat. Assalamualaikum.

Monday, April 13, 2009

Hujan Yang Turun Bagaikan Air Mata

Hujan tadi memang lebat nak arwah bukan? Jarak penglihatan ketika memandu hanya 5 meter. Aku memandu seperti kereta lembu dari Kuala Lumpur sehingga ke Bandar Baru Bangi. Banjir kilat, kemalangan tak berapa ngeri serta kilat sabung menyabung semua aku tempuhi dengan perasaan cuak.

Aku keluar kereta nak bukak pagaq pun sudah basah kuyup. Takpe. Korang tahu tak apa moment yang paling berharga bagi aku setiap hari bekerja? Sudah pastilah saat pulang ke rumah di mana xbox dan cerita siri tv yang di download malam tadi menanti. Ahh bahagianya hidup ini. Namun begitu, atas ketentuan Qada' dan Qadar saat bahagia aku hari ini hilang sinarnya. Sila klik Read More untuk membaca entry separa bapuk ini.

Kilat ditembak dari langit macam laser ghostbusters. Aku sedar yang PC aku tidak ditutup selama 4 hari. Aku teringat akan wireless router yang baru dibeli. Yang lebih penting, aku teringat bahawa modem yang aku guna ialah modem pinjam dari Amir Rashidi bin Aziz. Aku menghulurkan tangan untuk menutup modem, lagi 3 cm sahaja jari aku hendak sampai ke punat 'Off', CETUS CETUS (bunyi kilat menyambar). Aku boleh lihat percikan api biru di modem Apai. Nasib baik aku tak sentuh lagi kalau tak mau kecut skrotum aku kena kilat. Maka tamatlah riwayat modem yang aku pinjam. Sori Apai.

Maka tadi aku pun pergilah ke pasaraya Warta untuk mengganti modem Apai. Hanya ada seketul Dlink berharga RM100. Tak kisahlah sebab aku buat muka miskin meminta simpati dan mama aku memang sayangkan aku so dia yang bayaq. Haa haa. Ohh Apai aku pinjam tau modem yang aku beli untuk kau ni. Anyway, pulang ke rumah aku terusla menyetup modem kerana aku memang ketagih internet dan ketagih solat sunat. Power LED, check! DSL, check! LAN? apasal tak menyala? Chill. Check device manager. Ada je network adapter. Restart komputer. Masih tak menyala. Son of a cock. Network adapter aku pun turut terkorban. Damnnnnnnnn.

Modem dipasang di laptop mama untuk menulis entry ini. Maafkan aku, Amir Rashidi.

Sunday, April 12, 2009

Percayalah Apabila Aku Kata Kucing Aku Sang Juara

Apabila aku kata kucing aku Sang Juara, aku memang maksudkan kucing aku betul-betul juara. Bukan nak berlagak, sekadar nak riak je. Tapi riak aku ini riak yang murni, agar dapat menghasut korang untuk membeli ataupun mengambil kucing aku sebagai anak angkat kerana kucing aku masih banyak dan aku tidak larat untuk membelanya. Kalau berurusan dengan aku, aku pasti minta wang tapi jika korang mahu kucing juara secara percuma, datanglah rumah aku jumpa mama aku tunjuk mana satu yang korang berkenan dan bawak balik. Warranty 30 hari kalau ada kutu korang boleh pulangkan.

Baru-baru ini, sesi clearance dan yardsale telah dibuat menjadikan jumlah kucing aku sekarang lebih kurang 20 ekor. Target kami ialah menjadikannya bawah 10 ekor. Maka dengan gambar-gambar bukti kejuaraan yang akan aku paparkan ini, diharap korang akan terpedaya ataupun naik syahwat untuk menjadi penternak kucing yang berjaya. Sila klik Read More untuk berasa kagum.



Kita mulakan dengan hadiah-hadiah utama. Kalau korang datang rumah aku pasti nampak almari yang penuh dengan trofi ini.



Antara anugerah-anugerah yang dibolot ialah Best Kucing Malaysia (arwah Kersani aku memang ultimate kucing Malaysia), Best Local Domestic serta Best New Artiste. Best in Show hampir nak menang, tapi sebab Arwah Oakley aku tak suka dipegang, maka judge menganugerahkan title itu kepada kucing milik Ah Seng (orang betul ni bukan aku reka).



Jadi bagaimana setakat ini? Sudah bernafsu untuk memiliki kucing juara? Jika nafas anda sudah turun naik, sila teruskan dengan gambar-gambar bukan porno yang mengghairahkan di bawah.


Di bawah tangga pun ada...


Di dinding pun ada...


Kalau setakat korang ada sijil penyertaan pertandingan kucing toksah nak berlagak la. Bila dapat trofi sebegini barulah boleh nak berlagak.


Cis, kalau dapat satu riben tempat ketiga pastu nak tayang kat blog gua tak heran la. Lainla kalau korang ada sekotak cat show ribbons.

Jadi para pembaca yang budiman, diharap korang semua akan terpedaya dengan gambar-gambar di atas. Sama-samalah kita menjayakan program kucing angkat dengan mengambil kucing-kucing dari rumah aku. Semua available boleh diambil kecuali Shareca, Chevy dan Kelly. Serius ni! Sila emel aku di ijaicool (at) yahoo (dot) com jika korang betul-betul berminat. Sebarang emel mengurat akan dibaca tapi tidak akan direply. Assalamualaikum.

Friday, April 10, 2009

Seram: Episod Empat

Jumaat, 10 April. Aku terjaga pukul 5 pagi. Entah mengapa hati aku berasa tidak tenteram pada pagi itu. "Ahh mainan syaitan semua itu," bisik aku di dalam hati. Selesai mandi dan solat subuh serta mencium tangan mama, aku pun bertolak ke tempat kerja. Sepanjang perjalanan, jantung aku berdegup kencang, seolah-olah ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku. Aku memasang cakera padat kugiran The Times untuk menyedapkan hati. "TU duu duu du duu tut dududuu tut du du duduu duuut dud du du jangan digangguuuu milikkuuuu hanya dia yang ku sukaaa,,,," nyanyi aku dengan pitching yang perfect.

Sampai sahaja di tempat letak kereta, aku mula kaget. Tiada satu kenderaan pun di tempat letak kenderaan itu. "Ahh awal lagi kot," kata aku untuk menyedapkan hati. Ooouuu ouuu oooouuuuu bunyi salakan anjing dari gereja dalam kisah Seram: Episod Tiga kembali berbunyi. Aku berlari-lari anak menuju ke pejabat. Aku menekan butang lif ke tingkat 30. Aku sempat menoleh ke cermin. Memang hensem rupanya aku ni.

TING! Pintu lif terbuka. Aku lihat pejabat aku gelap sahaja. Mungkin masih awal pagi. Masuk sahaja ke pejabat, aku tidak mendengar suara seorang manusia pun. Selalunya pejabat aku riuh rendah dengan suara para engineer bergaduh dengan pelanggan Maikrosof yang bebal tetapi tahap kesenyapan kali ini memang menyeramkan. Apa yang berlaku? Aku menoleh sekeliling. Kosong. Aku mula berasa cuak. Seperti biasa, secara automatik aku akan mula teringat kisah-kisam seram yang berlaku di pejabat.

Kisah 1: Seorang rakan aku masuk kerja syif zombie, ketika dia sedang berak di tandas, dia terdengar bunyi pintu tandas terbuka, dan bunyi tapak kaki menghampiri, tapi tak nampak kaki pun yang masuk. Ngeri.

Kisah 2: Ada bunyi gadis menangis di dalam tandas. Uuu uuuu uuuu. Kemudian ada nampak darah berserta lampin Kotex yang sudah dipakai. Ngeri.

Demmit. Mengapa aku sering menghadapi situasi-situasi menyeramkan sebegini? Aku tidak mampu lagi memberanikan diri. Korang jangan nak berlagak, jika korang sorang-sorang di pejabat yang besar ini, pastilah korang cuak. Peluh dingin membasahi dahi. Aku berlari ke tempat Muaz. Kosong. Aku berlari ke tempat Zahrul. Kosong. Apa yang berlaku sebenarnya. Adakah Kuala Lumpur diserang raksasa Cloverfield. Ahhh. TIBA-TIBA!.....(sila klik Read More untuk mengetahui kesudahannya).

.......baru aku teringat hari ini Australia dan New Zealand cuti Good Friday. Siapa buat phone support je bole cuti email support kena bekerja. Sambung ari Isnin pulak curi Easter. Cikai mak lampir.


Thursday, April 9, 2009

Ivanovic Si Pembunuh Kanak-kanak Bosnia

Tiada alasan. Kekalahan pagi ini di Anfield akanku terima dengan tabah. Kanak-kanak Manshitter United di pejabat pasti akan melepaskan dendam kerana semalam aku mengutuk mereka seri dengan Porto bagai nak rak. Cercaan dari korang juga akan aku hadapi dengan tenang tanpa melatah. Bolasepak itu bulat. Apa sahaja boleh terjadi dalam 90 minit di Stamford Bridge. Lagipun gelaran 'King of Comebacks' bukanlah saja-saja diberikan kepada kami. Malasla aku nak ungkit kisah comeback teragung di Istanbul 2005 kan. Anyway, tahniah Chelshit. Dahla aku nak pergi kerja.




Tuesday, April 7, 2009

Seram: Episod Tiga

Jam menunjukkan sudah pukul 4.30 pagi. Aku terjaga dari mimpi ngeri. Aku bermimpi aku menonton cerita Jangan Tegur. Memang seram cerita itu walaupun aku menontonnya di dalam alam mimpi. Aku hendak sambung tidur, tetapi mata aku sudah segar. Lagipun aku rasa aku perlu mandi mandi wajib kerana rasanya aku telah dinoda secara paksa oleh hantu Jangan Tegur itu.

Selesai solat subuh, aku bersiap-siap hendak pergi kerja. Entah mengapa aku rasa gelisah pada pagi itu. Semua ini gara-gara emel-emel junk yang disebarkan di pejabat semalam. Peristiwa Satu: Rakan sekerja aku telah dirompak oleh Mat Rempit ketika sedang berjalan dari tempat letak kereta ke pejabat. Jaraknya tidaklah jauh hanya lebih kurang dua ratus meter sahaja. Sungguh Ngeri.

Peristiwa Dua: Ada khabar angin mengatakan di subuh hari di sekitar Jalan Raja Chulan, terdapat sekumpulan 'homeless' yang bersatu untuk mengepow mangsa-mangsa mereka. Untuk menakutkan mangsa mereka, mereka turut memakai tshirt bergambar tengkorak Stone Cold Steve Austin.

Peristiwa Tiga: Gambar mayat gadis yang dirogol dan dibunuh ketika berjalan seorang diri. Sumpah seram.

Aku sampai di tempat meletak kenderaan pada pukul 6.30 pagi. Suasana sunyi dan gelap, tiada lampu mahupun cahaya bulan yang menyinari. Ouuuuu OUUUUUU!! Bunyi salakan anjing kedengaran dari gereja yang berhampiran. Wajah Nadia Mustafar dalam poster Jangan Tegur bermain di minda aku. Aku berjalan dengan pantas tanpa menoleh kiri dan kanan. Darah aku berderau setiap kali terdengar bunyi enjin motor kerana bimbang dirogol Mat Rempit. Degupan jantung aku makin laju apabila aku terdengar deruan enjin kereta menghampiri aku. Langkah aku terhenti apabila kereta itu bergerak perlahan betul-betul di sebelah aku. Aku memang tidak pernah nampak kereta itu. Cerminnya juga gelap, aku tidak dapat mengagak siapa di dalam kereta. Aku mula melafazkan kalimah-kalimah suci meminta dijauhi bala. Pelbagai tanggapan buruk mula menyerang benak fikiran aku. Adakah si keparat ini manganggap aku seorang pelacur kelas atasan untuk dilanggani? Adakah aku bakal diculik dan dijual di pasar tani? Aku nekad. Sebaik sahaja dia berhenti, aku akan memecut lari. Kereta itu berhenti......sila ke mukasurat seterusnya dengan mengklik Read More.

"Hoi Faizal marilah naik dengan aku," kata Zahrul Idzwan bin Zainal sambil tersengih. Fullemekkk Arul ada kereta Suzuki Swift baru rupanya patutlah aku tak kenal. Kaya siotttt.

Title Race is Back On!

No, aku tidak merujuk kepada kecuakan kanak-kanak Manshitter United dihambat team super Liverpool dalam kejuaraan Liga Inggeris, tetapi kejuaraan liga fantasy Premier League. Di Gameweek 31, takhta Liga Super yang selama ini dikuasai oleh Anfield Heroes (team aku la tu) telah dirampas oleh rival terbesar, Toon Army yang diuruskan oleh CutMeI'dBleedBlackAndWhite (Amir Rashidi). Walaupun mata yang dikumpul sama, namun sebab nama manager dia start dengan C maka dia pancungla aku. Cis.



Click Read More untuk ulasan pundit terkenal, Shebjai Singh.

Romper Stopper yang diuruskan oleh Dazrul Sabardin menduduki tangga keempat ketika ini menghadapi cabaran yang agak sukar untuk menempah tempat kelayakan automatik ke Champions League kerana perbezaan melebihi 100 mata terhadap saingannya di atas. Cabaran awal oleh Syam's Merry Men pula boleh dikatakan sudah berakhir kerana tidak mampu mengekalkan persembahan konsisten di awal musim.

Buat pasukan Shuhud Zakaria pula, tolonglah hentikan alasan "alaa aku sibuk doo" atau "aku lama tak transfer dooo" (pastu ikut nafsu transfer sampai 6 orang sekaligus) ataupun "takpe next year aku juara la" (setiap tahun dia cakap camni sebelum merudum di pertengahan musim). Jerung Melapah yang diuruskan Adam Johari menunjukkan prestasi memberangsangkan walaupun hanya menyertai Liga Super pada gameweek kedua.

Jika korang berani, silalah join Liga Super kodnya 140795-91200. Tapi kalau orang baru join pastu terus pancung aku memang kau takkan bertahan lama ah dalam liga tu.

Sunday, April 5, 2009

March Movies!

Yaaa bertemu kita sekali lagi dalam segmen kesukaan beberapa orang, Mari Menonton Filem bersama Abang Jai. Kali ini, Abang Jai akan membuat ulasan tentang 5 filem yang ditonton pada bulan Mac. Banyak filem yang diadaptasi daripada buku dan komik pada bulan ini termasuklah filem yang diadaptasi daripada buku kontroversi tulisan Shahnon Ahmad, Shit. Haa haa lucunya aku. Sila click Read More untuk ulasan filem-filem tersebut.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Watchmen
Ulasan Ringkas: Filem ini diadaptasi daripada novel grafik yang hebat dari Amerika dengan tajuk yang sama. Mengisahkan tentang pahlawan-pahlawan bertopeng bergabung menubuhkan satu sindiket MLM untuk menentang penjahat-penjahat durjana. Setelah salah seorang daripada mereka dibunuh (Denny Duckett), Encik Bersuara Garau mengesyaki ada komplot untuk menghapuskan anggota-anggota Watchmen. Ahh panjang betul filem ini. Gadis-gadis merungut tidak faham menonton cerita ini kerana mata mereka hanya tertumpu kepada zakar biru Doktor Manhattan.

Ratings: $$$$
Spoiler: Ozymandiaz yang bunuh Denny. Tapi dia baik dalam jahat. Haa?

Race To Witch Mountain
Ulasan Ringkas: Setelah tamat kontraknya dalam WWE, the Rock membuat keputusan untuk mencari rezeki yang halal dengan memandu teksi, kerana tiada siapa yang mahu ambil dia bekerja dengan SPM pangkat 3. Satu hari, ketika dia sedang membuat overtime, 2 ekor alien menaiki teksinya untuk dibawa ke Witch Mountain. Pengembaraan bermula apabila mereka diburu Predator, Ah Long, serta pegawai kerajaan. Berjayakah the rock membuat finishingnya, the People's Elbow?

Ratings: $$$ 1/2
Spoiler: aku pun tak tahu nak spoilkan apa pasal filem ini

Dragonball: Evolution
Ulasan Ringkas: Ahhh kamon. Gua ada Dragonball volume 1 sehingga 43 (walaupun missing beberapa volume kerana Acap Ciki, Nasrul Hakim dan Zulkifli Ibrahim pinjam tapi tak pulangkan). So expectation aku menonton filem ini, pasti songklai big time. Tetapi aku silap. Filem ini tidaklah terlalu bangang (definite not great), boleh tahannya. Kenyataan ini dibuat berdasarkan gadis-gadis comel dan seksi yang berlakon dalam filem itu. Muka Bulma macam Sydney Bristow muncung dan suara pun hampir sama. Chi Chi pulak asyik nak mendedahkan extra aurat huiiiiiiiiiiiii.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Picollo tak mati. Ala itu bukan spoiler pun

Confession of a Shopaholic
Ulasan Ringkas: Ini pun berdasarkan buku juga. Tapi aku pura-pura tidak berminat menonton cerita ini kerana ini ialah cerita gadis-gadis. Aku memang buta beg tangan, sarung kaki, designer shoes mahupun pengilat kuku, namun aku tetap terhibur menonton cerita ini walaupun aku nampak tidak peduli je bila orang tanya "Best ke jai tengok cerita tu?" Sebagai seorang anak jantan sejati, mana boleh mengaku terhibur beb menonton chick flick.

Ratings: $$$ 1/2
Spoiler: Dia dapat balik skarf hijau dia.

Knowing
Ulasan Ringkas: Cerita ini memang ada feel ceita The Day After Tomor....eh The Day the Earth Stood Still. You know, alien datang masa hari akhirat bumi. Eh terbagi spoiler awal-awal pulak. Seorang gadis yang mendapat wahyu entah dari mana menulis nombor magnum 4d di atas kertas kemudian ditanam di dalam kapsul masa. 50 tahun kemudian kapsul itu dikorek dan nombor-nombor itu sampai kepada Nicholas Saputra. Terkejut beruk Nicholas apabila nombor itu kena 3rd prize. Nombor itu juga merujuk kepada bencana-bencana alam yang menimpa dalam 50 tahun itu. 3 bencana masih belum berlaku. Dapatkah Nicholas menyelamatkan manusia daripada bencana itu? Lihat jawapannya di panggung ataupun skrol sahaja ke bawah.

Ratings: $$$ 1/2
Spoiler: Tidak dapat. Semua meninggal.

Jumpa lagi dalam ruangan yang sama di bulan hadapan. I lap you all.

Thursday, April 2, 2009

Top Ten Movies That Will Make You Cry

Sebagai manusia biasa, kita tidak bisa lari dari perasaan sedih dan gundah gulana. Lebih-lebih lagi jika kita seorang gadis yang sedang keluar darah haid, dengan emosi yang tidak stabil, pasti mudah sahaja bercucuran air mata jika menonton filem-filem yang syahdu. Jangan salah faham dengan kenyataan berbaur seksis aku itu, aku sebagai anak jantan yang sering berlagak kool pun ada moment-moment di mana air mata aku akan mengalir tanpa disedari. Sila klik Read More untuk mengetahui filem apakah yang telah membuat air mataku berlinangan.

10) Definitely Maybe
Aku menonton filem ini bersama Da Killa, tapi dia tak perasan yang aku mengalir air mata ketika Will kata kat Maya "dikaulah happy endingku....". Snif snif

9) Little Miss Sunshine

Satu-satunya filem Steve Carell yang tidak membuat aku ketawa, instead mengalir air mata. Best doo cite ni tengok ah. Maya tadi berlakon masa kecik. Kesian atuk dia meninggal namum dia tetap tabah menyatukan keluarganya sambil menari bogel.

8) Transformers the Movie
Kematian Optimus Prime benar-benar meluruhkan hatiku ketika aku masih sekolah rendah...Megatron you bastard.

7) Meet Joe Black

Ahh apa apa cerita yang bapak dia menari dengan anak dia mesti sedih. Saat-saat terakhir bapak Susan sebelum lagu background teater sakaratulmaut berkumandang memang sedih...

6) Pearl Harbor
Ini filem cinta Apai dan Mizah. Apai sering hesitate nak beli ke taknak vcd pearl harbor yang dijual di 7-11. Mengisahkan tentang persahabatan yang kukuh, walaupun awek ditoron besfren. Ala bukan salah Josh pun dia ingat kau dah meninggal (tapi aku tetap sokong Ben)

5) Eight Below

Ahh cerita binatang tak kisahla jika anjing tu haram tetapi jika kau mati memang pilu rasa di hati. Memang sedih melihat anjing-anjing terpaksa ditinggalkan tuannya, bagaimana mereka cuba survive tanpa belaian kasih sayang manusia...

4) 50 First Dates
Demmitt ini adalah cerita cinta yang paling sweet, tiada tandingannya. Aku memang minat Adam Sandler dan Adam Johari.

3) Eternal Sunshine of the Spotless Mind
Ahh ini pulak kisah cinta yang paling sedih. Sungguh syahdu ketika Jim Carrey berada di alam barzakh meminta agar memori indahnya bersama Kate tidak dipadam...

2) Click
Adam Sandler kau memang hebat membuat aku menangis lagi. Kau terlalu mementingkan kerjaya sehinggakan bapak kau buat magic guna duit syiling pun kau tak layan. Bila bapak kau dah mati baru nak menyesal.

1) Armageddon
Huii siapa yang menonton Liv Tyler memegang gambar abahnya di skrin monitor tanpa mengalir air mata memang korang ni berhati raksasa gorgon. Rejim tel aviv pun bole menangis tengok scene tu tau. Tengokla berapa kali pun, kesudahannya mengalir air mata juga.

Sekian sahaja untuk kali ini. Menulis tentang filem-filem sedih ini pun boleh membuat aku syahdu. Apa kata korang kongsi bersama filem-filem yang membuat korang mengalir air hidung. Jangan segan kita semua manusia biasa.

Wednesday, April 1, 2009

Sambutan Perayaan April Fool

Malaysia merupakan negara yang paling banyak hari cuti umum. Asalkan ada sahaja perayaan tidak kiralah untuk kaum Melayu, Cina, India, Musyrikin atau kaum Quraisy sekalipun semua akan kita sambut. Perayaan orang putih April Fool turut disambut di Malaysia. Malah di sesetengah kawasan seperti di Bandar Baru Bangi ataupun Kajang, perayaan ini disambut selama tiga puluh hari berturut-turut. Kira macam hari raya ah sambut sebulan. Maka di sini aku akan memberi tips-tips berguna agar korang dapat melakukan prank-prank yang bisa merapatkan ukhuwwah sesama ummah. Dan ada kemungkinan juga korang kena tumbuk di perut padan muka korang pandai-pandaila cover. Sila klik Read More untuk mula mengenakan jiran anda.

1) Bagi mereka yang mempunyai housemate yang malas sembahyang subuh dan bangun pukul 2 petang, korang boleh berkumpul mengelilingi rakan anda memakai baju melayu dan membacakan surah yasin beramai-ramai. Pasti cuak dan insaf terus rakan anda. Jangan lupa menjerit April Fool agar korang tidak berbawa-bawa pulak dengan prank ini sekaligus pegi tanam pulak rakan korang.

2) Tips seterusnya memang mudah. Ambil jam loceng, kuncikan pada pukul 9 pagi, kemudian masukkan ke dalam beg suami/isteri/akak/adik/mak ngah anda secara rahsia. Jangan lupa tinggalkan nota April Fool.

3) Untuk merapatkan hubungan ibu dan anak, kaum lelaki boleh membawa rakan baik lelaki mereka jumpa ibu, kemudian sila ungkapkan "Mama, kenalkan bakal menantu mama, Shuhud....".

4) Jika mahu menyakitkan hati rakan-rakan di pejabat yang separa buta IT, korang boleh mengaktifkan function 'Auto Correct' dalam Word mereka. Jika pakai Office 2003, sila tekan Tools > AutoCorrect Options kemudian replace ah ayat-ayat yang selalu digunakan seperti 'the' tukar jadi gay, or bila dia taip nama 'fandy' tukarla jadi penis ke apapala mengikut kreativiti korang. Jangan lupa tukar balik tau.

5) Jika rakan korang sedang berak di pejabat, hulurkan tengan anda di bawah pintu sambil memegang henpon bersedia untuk mengambil gambar. Say cheeeeeeeesse. Pasti menjerit rakan anda sambil bertaburan najisnya. Tapi janganlah korang amek gambar betul2 pulak hormatilah privacy mereka.

6) Pergi ke food court ke kedai makcik yang korang selalu lepak, buat muka serious, kemudian cakap "Makcik nasi goreng babi satu. Nasik lebih aaa". Kemudian terus minta maaf lepas tu sambil salam makcik tu tau.

7) Kalau pegi drive thru McD, lagilah banyak dialog yang aku boleh cadangkan, contohnya: "Saya mahu dua tiket ke Seremban" atau "Ma ismuka? Ismi ismi azhan (cakap arab)" atau korang kentut je kat speaker tu.

8) Yang ni aku selalu buat masa jamuan kat sekolah dulu. Kacang yang sudah dikopek, korang cantum balik rapat-rapat, lepastu letak balik kat bekas dia. Pasti korang akan ketawa hi hi hi apabila melihat mangsa korang mengupas kacang kemudian hampa. (pn suriani ajar English form 1, saya mintak maaf sebab cikgu terkena). Takpun letak sos cili dalam air coke rakan anda di McD. Pasti terkeluar air coke dari hidung (sori rudy)

9) Jikalau korang suka mengisi minyak di petronas, instead of bagi kad mesra, korang bagilah kad bank korang. Kad CIMB paling bagus sebab warna dia sama. Lihat reaksi makcik yang jaga tu dia swipe banyak kali tak berjaya pasti korang terhibur (sori makcik petronas fasa 4, aku tak sengaja).

10) Jika korang duduk di asrama, letakkan colgate di bawah hidung rakan korang yang sedang tidur. Nak lagi kurang ajar letak stokin terus.

Yaa setakat ini sahaja tips-tips yang dapat saya berikan. Diharapkan para pembaca dapat mempraktikkannya sepanjang bulan ini. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas kecederaan fizikal dan rohasi yang korang hadapi. Jika pembaca ada prank-prank menarik yang mahu dikongsi bersama, sila letakkan di ruangan komen, terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...