Saturday, May 30, 2009

Kongratulasi Asiah Abdullah!

Siapa Asiah Abdullah? Asiah Abdullah ialah salah seorang rakan gadis di Uniten. Hari ini, Asiah telah menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini jejaka idamannya, Nik kot nama dia. Asiah menyertai pasukan silat cekak musang di Uniten. Korang jangan main2 Asiah boleh membuat korang koma dengan hanya menumbuk rusuk kiri korang. Mereka saling jatuh cinta apabila Asiah mengaplikasikan teknik kunci kaki Ric Flair kepada rakan sparringnya tanpa belas kasihan. Teknik Asiah sungguh perfect sehinggakan bakal suaminya ketika itu terus membuat keputusan di dalam hati, "she's the one..."

Hari ini, aku, da Killa', Arul, Mohd Syazwina, Tamir, Mohd Nazmin, Epul, Mohd Shazira, serta Mohd Rozana berkonvoi ke Melaka bandaraya bersejarah untuk menghadiri majlis perkahwinan Asiah. Koooolej Matrikulasiii Melakaaaa berkharismaaa maju muliaaaaa (lagu matriks aku). Datang kenduri jauh-jauh tak rawk la kalau membawa tangan kosong kan. So aku dengan pantas membeli kad segera di Blitz Book Store (kedai mak boboy) dan mengorek khazanah di dalam stor aku untuk dijadikan hadiah perkahwinan. Ahah, adala gelas kaca yang boleh dijadikan hadiah untuk Asiah. Itu sebenarnya hadiah pertandingan kucing yang tidak digunakan. Nampak macam mahal je walaupun kotaknya dah lusuh. Takpe yang penting niat dan rupa.

Jauh jugak ya rumah anda Asiah. Ok sila jawab teka teki aku ini; dalam banyak2 negeri, negeri manakah yang paling banyak traffic light? Melaka. Demmit jalan jem gila. Bergerak dari rumah aku dalam pukul 11, sampai around 2.30. Namum kemarahan aku reda setelah dapat membaham nasi minyak bersama daging masak asam. Korang perasan tak, aku sorang je tadi yang pakai baju melayu lengkap bersampin dan bersongkok. Hampir mengalahkan pengantin dah cuma takde keris plastik je. Memang macam Hang Jebat ah aku tadi. Membaham, bergambar, berkaraoke lepas tu pulangla kan? Ingatkan nak singgah A Famosa ke Perigi Hang Tuah ke tapi masa dan pakaian tidak mengizinkan.

I can see it from her eyes, she's happy. Congratulation Asiah! Saya doakan agar korang tidak bercerai dan mendapat at least tiga orang anak. Dah boleh start dah malam ni. Hee hee. Sila klik Read More untuk melihat gambar2 perkahwinan.




Gadis-gadis yang berbaju putih itu ialah dayang2 yang diimport dari Istana Melaka (chua shi yun lama tak jumpa)


Gadis-gadis! Aqilah Hasan mengapa pulang awal serta tidak berbicara dengan saya tadi....


Masing-masing menahan nafas mengempiskan perut. Kecuali epul, dia memang sudah tak dapat diselamatkan lagi melainkan dengan pembedahan menyedut lemak. Zahrul kata nak potong rambut kalau Man U kalah...


Aku ni sebenarnya pengapit simpanan. Tu sebab teknik dressing aku jauh lebih mantap daripada mereka yang lain. Hoi budak usah kau tumpang keglemeran aku.


Mohd Rozana: kau tengok kasut baru aku ni memang voguethevass

Mohd nazmin: eleh (dalam hati)

Tamir: Kau lihat di sana, bukankah itu Hafiz AF? Tak sangka dia saudara Asiah.

Terima kasih epul kerana membawa aku pergi. Terima kasih Arul kerana membawa aku pulang. Tahniah Asiah Abdullah. Semoga line clear malam ini tiada saudara mara mengganggu. Hee hee.

for more pictures, visit my facebook page: http://www.facebook.com/album.php?aid=98058&id=628280825&l=f1428d594b

Thursday, May 28, 2009

CECE CENG CECENG! CECE CENG CECENG!

Jika korang tidak mengerti, itu adalah runut bunyi Terminator Salvation salvaaaation salvaaaatiooon is freeeee. Secara tiba tiba aku menyanyi lagu Cranberries. Sudah pastila aku akan menonton filem itu di pawagam pada hari pembukaan kerana aku perlu berlagak kool. Sebagai pekerja cemerlang (17 vsat 0 dsat), bos aku mengizinkan aku balik kerja awal dan menonton wayang di Pavilion. Maka aku dan kekasih pun pergila menontonnya selepas kerja. Don't worry my Bangian mates, I will gladly watch the movie one more time with you guys during Apai's bachelor party. Akan tetapi review dan spoiler filem itu hanya akan didedahkan dalam segmen May Movies nanti.

Fokus utama dalam entry ini adalah parking di Pavilion. Korang ingin tahu mengapa harga parking di Pavilion lebih mahal daripada tempat lain? Kerana kita pasti akan sesat setiap kali parking di sana. Siapa yang selalu sesat di tempat letak kereta Pavilion sila jerit HO! Yela kita kat Pavilion bukannya shopping lama sangat pun sebab tiada wang, tapi time carik parking huiii sehingga 2 jam mencari kenderaan. Tu yang bayar parking mahal sebab lama sangat mencari. Balik je mesti tak tahu, tak ingat kereta letak di mana. Padahal masa baru nak parking dah hafal dah, siap ulang-ulang dalam kepala otak lokasi parking kita "B12! B12! Kaler kuning! Kaler kuning! Gambar kambing! Gambar kambing!"

Tadi seperti biasa, kami sesat lagi. Dah guna teknik phonetic dah nak cuba ingat di mana, namun gagal jua. Limit waktu 15 minit sudah hampir tiba. Kelisa comel tidak ditemui jua. Berpeluh ketiak aku mencarinya. Namun kali ini ada sesuatu yang aneh berlaku. Kami ditegur oleh pakcik polis trafik parking. Siap bawak kereta berperisai dia lagi.

Polis parking: Jangan bergerak!

Aku dan da' Killa: (terdiam dan tercengang) Kami ada buat salah ke Tuk?

Polis parking: Anak ni Faizal Tahir kan. Pakcik minat la kat kau. Cooobaa kau dengarrr..(mula menyanyi)

Aku: Eh eh bukan saya ni saudara seislam dia je tu sebab nama dan rupa hampir sama.

Polis parking: Sudah. Kau sesat kan? Sila keluarkan kad parking.

Pakcik itu dengan riak je berkata dia tahu di mana lokasi kereta kami. Bagaimana dia tahu? Aku tengok kad tu bukan ada tulis pape pun. Kod rahsia polis parking mungkin. Kemudian dengan tidak disangka, kami diajak naik kereta berperisai dia. Huiiii memang jakun ah naik menatang tu. Dengan skill memandu dia yang mengalahkan Ikram, sekejap sahaja sampai di lokasi. Memang jauh sekali dengan tempat yang kami cari. Di sepanjang perjalanan, memang banyakla mata yang memandang. Ada juga yang soksek soksek mengumpat serta menggelakkan kami. Aku takpe aku berlagak kool bajet istimewala macam anak menteri. Tapi rasa aib pun ada macam kena tangkap akibat makan di bulan ramadan pun ada. Apapun terima kasih pakcik. Rugi tak amek gamba.

Pulang ke rumah, aku lihat sesuatu yang membuatkan darah aku berderau. Sila klik Read More untuk berasa takut bersama-sama.



WHAT THE WHATT??!! SKYNET IS ALREADY HERE?? Ayuh umat manusia kita berhenti berperang sesama sendiri demi menghadapi ancaman robot durjana. Judgment Day sudah hampir tiba. Kira aku ni Jai Connor aa haa haa.

Congratulations Manchester United!

Well done! You guys deserved to be the 2nd best last night. Runners up. Second place.First loser. Tempat kedua. Naib Juara. Not European Champions. Not 5 times European Champions.

Looking forward to hear your rants and excuses and "Liverpool ada menang apapake?" statements, where I will reply, "but we raped you 4-1 at Old Trafford..."

Monday, May 25, 2009

Berat Bersih 74 Kilogram

Ya betul. Mata anda tidak kero apabila membaca tajuk entri ini. 74 kilogram ialah berat badan aku sekarang. Okla 72 kg la kalau tolak spek mata, wallet, dengan jaket kalis peluru kat dalam tshirt aku ni. Pasti korang tidak percaya kan. Secara jujurnya, jika dilihat dengan mata kasar, berat badan aku sepatutnya dalam 62 kg je, tetapi itulah hakikat sebenar ketika aku menimbang berat di kedai alat senaman di Metro Kajang. Apakan daya, berat mata memandang, berat lagi berat aku di penimbang.

Apa yang aku buat di kedai alat senaman? Sudah pastilah kerana aku ingin mengembalikan zaman 4 pack aku semasa di universiti dahulu. Sumpah aku tak tipu dulu aku memang ada 4 pack kalau tak percaya tanya hausmet sambilan aku Tamir, Epul dan Dol. Aku tidak mahu lagi dituduh gemuk dan boroi setiap kali berjumpa dengan kawan2 walaupun baru 2 minggu tidak berjumpa.

Mengapa aku menjadi begini? Bukankah semasa di sekolah dan matrikulasi dahulu aku kurus kerempeng macam lempeng ah seng? Wah rhyme. Aku akan mengupas faktor-faktor mengapa aku kini memiliki 1/4 daripada berat Syanie. Sila klik Read More untuk terus membaca.

Faktor pertama: Weight Gain lambat bertindak
Oleh kerana dulu-dulu aku kurus nampak gitar di dada, aku dipaksa minum Appeton Weight Gain oleh keluarga. Dia perasa coklat, tapi rasanya still macam muntah kucing. Namun aku gagahkan juga membahamnya. Ada saat tu aku ratah serdak dia macam ratah serbuk milo je. Ketika itu memang tidak membuahkan hasil. Dag dig dug lagu Haiza, sekarang ini pulak dia nak menunjukkan kesan. Itupun tidak stabil kadar sebaran lemaknya, entah mengapa hanya tertumpu di perut.

Faktor kedua: Sifat malas
Sedangkan menolong mama menyidai kain pun aku mengeluh panjang, inikan pula hendak bergerak membakar kalori. Apabila kita malas, aktiviti yang akan kita lakukan hanyalah membaham, tidur, main game, tidur, ceploit2, tidur (repeat). Mana tak dipam pam berat badan kau.

Faktor ketiga: Tiada masa hendak bersenam
Malas nak exercise tu tak usah ceritala. Di zaman moden ini, mana kita ada masa hendak pergi ke gym dan bersenam? Bangun tidur, mandi,pegi kerja, balik kerja balik rumah dah malam dah letih macam mana nak bersenam? Hujung minggu pulak mestila nak pergi tengok wayang, tengok bola, maka tiada masa untuk menggerak-gerakkan pinggang. Kalau dah kahwin lagilah. Tengok macam Anas dia tiap-tiap malam gerak-gerak pinggang tapi teknik dia lain sikit tu sebab perut dia semakin besar sehingga badan isterinya sekali membesar. Haa haa. Tahniah Anas. Haa haa.

Faktor keempat: Tiada galakan
Adalah sekali tu masa kat Uniten aku tergerak hati nak pegi gym. Punyalah semangat siap pakai head band dengan baju yang dah ada corak peluh lagi. Tetapi apabila melihat orang-orang di gymnasium, aku akan berasa sangat rendah diri setelah melihat otot-otot sasa mengalahkan Encik Otot dalam komik Dewata Raya. Dahtu, semangat aku semakin kendur untuk berlari-lari anak di atas mesin jogging apabila mendengar mereka berbisik "Dia ni harap muka je hensem, tapi boroi". Mana tak patah semangat mendengar ayat-ayat sebegitu.

Faktor kelima: Diet yang tidak seimbang
Aku memang suka makan makanan Itali. Pantang keluar mana-mana mesti aku order makanan berasaskan Itali. Dengan portion yang banyak pulak tu. Tak kiralah Paolo Maldini ke Luca Toni mahupun Gianfranco Zola, semua aku baham. Malam selalunya membaham di luar. Blasahla fast food ke nasik satu pinggan penuh di Selera Rose bersama keluarga Jamil ke. Di pejabat pulak Muaz asyik bawak aku makan nasik India mana tak boroi perut ini. Dia ada Nurul Iza buatkan protein aneh herbalife hari2 bolehla tak menyerap lemak. Siapa nak buatkan herbalife untuk aku hari-hari. Aku pun nak kahwin cepat ah. Next year boleh tak?

Kerna itulah aku hendak membeli mesin jogging berjenama LG agar aku boleh mengembalikan perut kegemilangan aku. Kamon kawan2, berikan aku galakan agar muat baju melayu yang baru ditempah untuk majlis perkahwinan Apai dan Mizah nanti. Ohh untuk membuatkan aku tenang fikiran, bagaimana jika korang yang membaca ni meletakkan nama dan berat badan korang sekali? Lagi berat lagi bagus agar aku tidak rasa down sangat. Lagi ringan pun tiada masalah boleh aku jadikan sumber inspirasi. Although aku tahu berat beberapa orang rakan yang lebih berat daripada aku seperti Dol 156 kg, Tamir 102 KG, Epul 98 KG, Jamil 82 KG, Anas 82.5 KG....hmmm kira ok jugakla sebenarnya berat aku ni. Assalamualaikum.

Saturday, May 23, 2009

Perjuangan Masih Belum Selesai

UPDATED:

R.I.P NEWCASTLE UNITED (1993-2009)

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Although the BPL champions has been crowned, the relegation battle is still very much on, with Newcastle United, Hull City, Boro, and Sunderland fighting to maintain their Premiership status at the very last day. My prediction, Boro and Hull will go down, well at least that's what I'm hoping for as Apai is one of my bff and I don't want him to start drinking and pukul bini when Newcastle got relegated. Alex Ferguson will surely field a weakened United side against Hull with Champions League final in his mind, but even with their fringe players, United will still be able to grab all 3 points against Hull.(melainkan ada konspirasi nak jatuhkan Newcastle).

But my main focus is the battle for the other league, the Liga Super. Anfield Heroes telah berjaya merampas kembali takhta liga daripada rivalnya Toon Army pada gameweek 37, apabila percaturan tepatnya menjual Cristiano and mengangkat Abang Gerrard serta dijadikan kapten. Berikut adalah kedudukan terkini Liga Super sebelum perlawanan terakhir esok:


Click Read More and show us your pundit skills.

Dapatkah Anfield Heroes mempertahankan kejuaraannya untuk musim ini? Ataupun adakah Toon Army akan membuat tindakan berisiko dengan meletakkan Jones sebagai kapten mana tau dia hattrick nanti. Mungkinkah Romper Stopper dapat merampas tempat ketiga bagi melayakkan diri ke Champions League secara automatik? Mungkahkah Jerung Melapah dapat memperbaiki kedudukan di liga sekaligus menyertai Europa league? Adakah Ikmar Bong yang baru bertunang akan relegate ke divisyen satu musim ini? Dapatkah Shuhud Zakaria dan Hisyam Suhaimi memberi saingan yang konsisten minggu hadapan? Jawapannya akan diketahui esok. Assalamualaikum.

Friday, May 22, 2009

Happy Birthday Eleanor Ezura!



Ini ialah rakan aku Tengku Eleanor Ezura binti Tengku Nasrudin. Hari ini, 22 Mei, genaplah usianya 36 tahun. Eh? Tapi melihat gambar di atas, gambarnya memang nampak muda, seolah-olah dia baru 24 tahun hari ini. Hee hee. Eleanor, atau nama separa manjanya Ezu/Els/Ezuantes Estrada menginsist untuk berkenalan dengan aku semasa di kelas grafik Jaspaljeet Singh walaupun dia sebenarnya dah lama jadi stalker aku dengan mengambil gambar aksi aneh aku melekat di pintu seperti bintang. Since then, Ezulah tempatnya untuk mengumpat gadis-gadis berperangai sundel bolong, tempat meminjam wang, tempat untuk gelak ketawa tanpa mabuk-mabuk serta boleh menjadi bapuk tanpa dikritik.

What's the best way to let your best friend know that you care even if you're not always there? Sing her a birthday song, of course. Click Read More to sing along.



direct link if blocked: http://www.proxyboxonline.com/browse.php?u=Oi8vd3d3LnlvdXR1YmUuY29tL3dhdGNoP3Y9dWRYMGRhdmwybW8%3D&b=13
(sila kopi pes ke address bar jika tak berjaya)

hello to eleanor ezura apa khabar kamu
i'm singin this song for ya, i wrote it just for you
because today's your birthday takkan nak buat tak tahu,
i'm gonna sing for ya, that's what i wanna do

oh how did we met, oh how did we know each other
i didnt remember we went to tadika together,
oh yeah i know u and i were lab partner,
you did all the coding i just cucuk tamdraiv saje.

ohh happy birthdayyyy oh eleanor ezura

she is my president, my agent, and my fan,
she never membangkang although i always perasan,
we always mengumpat even though jaspal kat depan,
when it's manic monday we will msg sampai pengsan

this song was meant to be friendly
so i'm sorry if ada yang terguris hati
next year maybe i will sing you this song lagi
and now i nak pergi mandi

Selamat Hari Jadi Ezu.

Wednesday, May 20, 2009

Segmen Mari Menyanyi: Stay - Estrella

Hai saya ucapkan kepada para peminat saya di luar sana. Sebagai orang yang berjaya memasuki top 24 di Malaysian Idol musim pertama dahulu, saya ingin memberi tutorial bagaimana hendak bermain lagu Stay dendangan Estrella. Pasti kool jika dapat mendendangkan lagu tersebut kepada gadis-gadis/jejaka-jejaka pasti mereka akan kagum lalu berkata "wow wee junior juice!" (iklan dulu-dulu).

Sila lihat video di bawah dan plagiat sahaja kedudukan jari di fret gitar/kastenet anda. Usah ditanya pakai chord apa kerana aku pun main belasah saja setelah melihat bagaimana Liyana main.



Jika It Administrator di pejabat anda menghalang anda daripada melayari laman web seperti youtube, Facebook dan Mike's Apartment, sila tunjukkan kehandalan anda dengan mengbypass restriction yang telah disetup dengan melayari http://proxyboxonline.com. Taipkan sahaja laman web yang di block, dan anda akan boleh melayarinya seperti biasa tanpa dipecat. Direct link untuk video di atas jika korang tidak boleh melayari youtube sekaligus melihat video di atas:

http://www.proxyboxonline.com/browse.php?u=Oi8vd3d3LnlvdXR1YmUuY29tL3dhdGNoP3Y9QzRpWTFPcXNvWDA%3D&b=13


Sila klik Read More jika mahukan lirik berserta kord gitarnya.

Chord used: Dmaj7 C#m7 Bm7 A. Ulang sampai pening. But I don't think that's right though. I sincerely do not know the name of the chords that Liyana played so just refer to the video above for timing and chord progression.

Sound straight from the twilight
Has me up all night
I can't fall asleep 'cause I keep thinking of you
And I saw a shadow outside my window and it's you.

[Chorus]
All my sorrows flew away
Hush, keep quiet, hear me say
I don't ever want you to go
Please stay
With the moonlight dancing free
And there's no one but you and me
There's no reason to go astray
Please stay.

Making up a story
It's the way you're looking at me
If you think that this is funny, it's just you.

Try and think about it,
If you're heart is closed don't lock it,
Keep your keys back in your pocket,
Think this through.

[Chorus]

Please stay with me
Just stay with me
and I will take you to Foreverland
Just stay
And here is the rest of it.

Terima kaseyyyy. Apa? Nak encore? Nak request lagu? Sila hubungi manager saya Sally untuk bincang harga. Assalamualaikum.

Tuesday, May 19, 2009

Season Finale Part 2: Lost

Ahhh Lost. Jika korang tidak tengok satu episod, korang memang akan lost hingga ke akhir zaman. Jika korang tengok semua episod, korang akan drawn into the story sehinggakan korang percaya ada seorang manusia di sebuah pulau yang tersembunyi yang menyelamatkan dunia daripada kehancuran setiap 108 minit.

Season 5 dimulakan dengan usaha Ben dan Jack untuk membuat majlis alumni Oceanic Six untuk kembali ke Pulau Pinang. Mereka yang masih berada di pulau pula asyik kembali ke masa lalu dan masa depan setelah Ben memindahkan pulau itu dan akhirnya terhenti di tahun 1977 apabila single Hotel California dirilis. Atas takdir director mereka menyertai Dharma Initiative. Atas takdir director juga survivor Oceanic Six iaitu Jack, Kate, Sayid, Hurley, Sun berserta Ben menaiki Ajira Airways Flight 316 yang dipandu oleh Frank. BANG cahaya putih melitupi alam. Mereka semua kembali ke Pulau. Jack, Hurley, Kate, dan Sayid di tahun 1977 dan Ben, Sun, Frank, serta John Locke pula di tahun 2007. Bukan ke John dah meninggal?

Takpe, jika korang tak faham, silalah klik Read More untuk menjadi lebih tidak faham.

BITCH KATE APASAL KAU KEMBALI???!! Aku amat suka percintaan Sawyer dan Juliet. Di season finale, setelah kantol mereka semua dari masa depan, Sawyer dan Co diburu oleh pihak Dharma. Setelah ditangkap dan dimasukkan ke dalam kapal selam, Kate pun nak menyibuk sama lalu mereka memberontak dan kembali ke pulau untuk menghalang Jack daripada meletupkan bom hidrogen yang kononnya boleh 'mereset' kembali apa yang telah berlaku. Kau ingat senang2 je boleh macam tu ke Jack? Jack menjatuhkan bom di tengah-tengah medan elektromagnet....




....tapi tak meletup. Cikai mak lampir.

Jacob yang selama ini disebut2 sahaja namanya akhirnya menampakkan wajah. Hensem tu tergoda mak awwww. Kembali ke masa depan, Locke yang kini menjadi leader The Others bercadang untuk membunuh Jacob. What the whattt. Richard membawa mereka ke the Statue di mana Jacob menyewa rumah. Locke menghasut Ben untuk menoron Jacob. Di luar statue, sungguh terkujat the Others apabila melihat mayat John Locke di dalam kotak. Jeng jeng jeng.

Kembali ke masa lampau, memang berlinangan air mata aku melihat cinta Sawyer dan Juliet musnah. Kate = Bitch. Juliet yang tinggi kandungan zat besi di badannya disedut oleh medan elektromagnet ternampak bom hidrogen itu di sebelahnya. Seketul batu diambil dan diketuknya bom itu. White lights. The end. And we have to wait until 2010 to see what happen. Son of a cock.

Maaf aku penuh emosi kerana siri tv lost adalah siri tv yang paling hebat.

Yaa tugas korang, sila jawab soalan-soalan ini:

1) Siapa sebenarnya Jacob? Mengapa dia berada di dalam flashback semua orang? Adakah dia konon2 tuhan taupun sekadar agen insuran?

2) Siapa sebenarnya orang yang menyamar menjadi Locke dan ingin membunuh Jacob? (aku syaki dia Smoke Monster boleh jadi semua orang)

3) Adakah bom itu benar2 meletup? Adakah mereka akan kembali ke masa hadapan dan segalanya telah direset kembali?

Spoiler season finale Fringe: Peter sebenarnya dah mati. Walter kidnap dia dari alternate world. William Bell ialah Spock.

Monday, May 18, 2009

Season Finale Part 1: Grey's Anatomy

Ahhhh Grey's Anatomy. Adakah aku ini bapuk kerana masih menonton siri ini? Mungkin. Aku sering tertanya-tanya adakah realiti kehidupan sebenar di hospital memang seperti apa yang ditonjolkan di dalam siri itu? Abis terer pun kita kat Malaysia bersetubuh di bilik xray je (bilikxray.3gp, siapa tak tengok lagi mintak kat Jamil).

Season 5 dimulakan dengan Meredith dan Derek yang ingin mengecapi impian 'Happily Ever After' mereka. Bastard Rose kan lagi cantik daripada Meredith. Bajet romantik aa tu letak lilin banyak2 membazir je. Bajet romantik aaa propose dalam lif. Bajet gagah la kau Derek tumbuk besfren kau sendiri kau yang tak dapat menahan tekanan selepas membunuh pesakit kau. Denny kau pulak sampai bila nak menghantui Izzie. Mana boleh nak bersetubuh dengan hantu kau ingat kau ni bomoh ke Izzie. Rupa-rupanya kau bersetubuh dengan barah. Malasla aku nak recap korang tengok la sendiri. Tapi episod Izzie kahwin dengan Alex memang menyentuh perasaan.

Minggu lalu berakhirnya season 5. Sila klik Read More untuk mengetahui plot season finale. Jangan risau, aku tidak akan bagi spoiler.

Izzie tidak tahu samada dia hendak menjalani pembedahan ataupun tidak. Kebanyakan orang tidak bersetuju dengan pembedahan berisiko tinggi itu, tetapi Izzie akhirnya bersetuju setelah diperdayakan dan disapukan minyak dagu oleh George. Izzie menandatangani borang J agar dia tidak dijadikan Robocop jika dia dah nazak. Izzie survive pembedahan itu, namun mengalami sindrom 50 first dates apabila kerana setiap 5 minit, dia menjadi lalai, sama seperti umat manusia di akhir zaman ini. Izzie gugur dalam dakapan Alex...sedih...

George pula, membuat keputusan untuk join pasukan medik pengganas Jemaah Islamiah di Iraq, membuatkan semua orang berkata "WHAT THE WHATTTT". Sepatutnya hari itu, George akan menjalankan tugasnya untuk kali terakhir. Namun satu hospital Seattle Grace menjadi kaget apabila seorang John Doe dimasukkan ke wad trauma. Wajahnya menjadi seperti Mummra dalam kartun Thundercats setelah digelek oleh sebuah bas untuk menyelamatkan seorang gadis daripada dilanggar. Sungguh ngeri. Ketika sedang nazak, John Doe menulis mesej pesanan ringkas di tangan Meredith, 007.....WHAT THE WHATTT JOHN DOE IALAH GEORGE!!!

Titt tittt tiitttt dua-dua meninggal.........






.....Or not? Well aku rasa George je mati sebab dia macam taknak berlakon siri ini lagi. Kita tunggu season 6 nanti.

Ohh spoiler series finale Prison Break, Michael Scofield meninggal dunia. Assalamualaikum.

Sunday, May 17, 2009

Boys Talk: Part 2

Semalam kami jantan-jantan kabaret keluar befoya-foya di malam hari. Setelah gagal keluar bersama untuk menonton filem minggu lepas, persiapan awal dilakukan agar semua ahli sindiket Bangi dapat keluar bersama. Ikram tidak dapat join malam semalam, maka lineupnya ialah aku, Apai, Jamil, Abe, Anas dan Ise.

Dalam perjalanan ke Alamanda, seperti biasa sesi boys talk kami dimulakan dengan bola sepak. Fokus utamanya adalah tentang pasukan kegemaran Apai Newcastle United yang nampak gayanya akan tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris setelah tewas di tangan Fulham di tempat sendiri. Mungkin Alan Shearer harus masuk padang di perlawanan terakhir nanti.

Kemudian, boys talk tentang gadis-gadis dan perkahwinan. Apai akan menamatkan zaman ceploit2nya pada 5/6/2009. Dah dekat dah tuuu bersediakah kau lepas ni dah kena jadi imam kau bacaan duduk antara dua sujud pun tak lancar lagi. Jamil pula akan bertunang pada 6/6/2009. Kau harus ingat Jamil, ikatan pertunangan bukanlah lesen untuk kau ringan-ringan dah banyak kali aku nasihat ni. Namun begitu highlight of the night ialah berita Anas akan menjadi seorang bapa! Wow. Patutla Anas murung je sejak dua tiga menjak ni. HAHAHA. Kongratulasi Anas dan Zack. Tak menjadi nampaknya teknik 'keazaman yang tinggi' kau.

Sila klik Read More untuk mengetahui apa lagi yang kaum lelaki selalu bualkan.

Kami menonton filem Star Trek. Review dan spoiler tunggula di segmen May Movies nanti. Selepas menonton Star Trek, kesimpulan yang dapat kami buat adalah:



Sori Dazu. Aku terpaksa. Believe it or not Anas orang pertama yang start kutuk telinga kau ada iras-iras Spock. Namun begitu kau tahu kami bergurau dan kau tahu kami sayangkan kau kerana kita semua adik beradik Bangi bukan? Takpe biar aku kutuk diri sendiri dan rakan-rakan lain demi kau. Waktu pulang, kami ditahan polis. Mungkin kerana rambut berwarna Ise yang nampak macam pailang. Mungkin kerana Apai terlalu kurus macam penghidu gam. Mungkin kerana Anas terlalu banyak berpeluh nampak macam dia bersalah. Mungkin kerana kulit Abe gelap polis ingat kita nak seludup bangla. Mungkin kerana aku dan jamil boroi dia ingat kitorang minum dan mabuk. Dah aku dah kutuk semua, jangan marah ye Dazu Star Trek hikhikhik

So how about you girls? Ada girls talk terbaru yang ingin dikongsi? Pasal beg tangan baru ke lelaki kiut di pejabat ke apapalah.

p/s: jika korang jenis kedekut ataupun nak jimat wang nak kahwin, teknik untuk tidak membayar tiket di parking di Alamanda ialah naik ke aras bumbung pada pukul 2 pagi, dan keluar dari situ (bukan terjun la munyit) pagarnya tidak dijaga. Tiket parking boleh dibuat koleksi, wow!

Saturday, May 16, 2009

Tahniah

Sila gunakan kesempatan ini untuk berlagak, riak, nak cerca, caci, keji, melemparkan tohmahan terhadap aku dan pasukan kegemaran aku. Tawaran sah untuk hari ini sahaja. Esok kita move on, tidak usah diungkit kisah yang telah berlalu ok?

Kongratulasi! Ikhlas daripada aku Mohamad Faizal bin Rosly, pembenci tegar Manchester United.

Selamat Hari Guru!

No Gurubalan Krishna, this post is not dedicated to you. Dah dapat kerja baru belum? Anyway,hari ini 16 Mei merupakan sambutan Hari Guru di Malaysia. Aku nak mulakan entri ini dengan sebuah monolog yang baru direka masa tengah tulis entri ini:

Ohh guru
Dikau juga dikenali sebagai cikgu
Mengajar anak muridmu dua campur satu
Tanpa mengenal erti penat dan jemu
Walaupun perangai kami macam hantu
Kau tetap tabah menjadi antartu


Apapelah. Anyway kita semua mesti ada guru kegemaran kan? Sorry Ustaz Mahir kau bukanlah guru kegemaran aku malah aku masih menyimpan dendam terhadap kau kerana kau merampas kaset Nirvana 'From the Muddy Banks of the Whiskah' aku masa from 2. Pulangkanla ustat tak rawk ah camni. Sila klik Read More untuk mengenali guru feveret aku.

Anugerah Guru Feveret untuk kali ke-8 berturut-turut jatuh kepadaaa......Pn. Yusrifah Yusof!! Aku ingat lagi saat teacher yus masuk dalam kelas buat kali pertama dengan wajah garang seperti Sundel Bolong, kemudian memberi ceramah dan warning kepada kelas 3 Amanah agar berdisiplin dan bersopan santun. Beliau menceritakan tentang reputasi buruk kelas 2 Amanah kami yang bising dan besar kepala, bajet pandai serta tidak hormat guru (mungkin kerana insiden satu kelas tak buat homework kelas BI, dan Adam menjawab 'we forgot' kepada teacher BI form 2). Namun begitu situasi tegang itu hanya bertahan selama sehari sahaja. Pn Yusrifah sebenarnya adalah seorang yang ceria, happy go lucky, sportrim, serta boleh bergurau senda dengan gembira. Adakah dia masih berada di jalan 3? I still remember, I met her few years back at Warta. I said "teacherrrrrr!!!!" And she said "Lai Kin Ngohhhhhh". Dia panggil aku Lai Kin Ngoh (pemain bowling) sebab kecilanatan Apai menambah perkataan 'Kin Ngoh' di belakang mana arwah abah aku masa form 3. Langsung melekat terus sejak hari itu. So teacher, I you're reading this somehow, please note that we all lap you very much. Thanks for everything!

Berikut adalah guru-guru kegemaran (or skandal) buat kawan-kawan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3 Bandar Baru Bangi:

Adam Johari: Cikgu Fauziah Haron (kau buat dia menangis masa form 3)
Ahmad Shuhud: Pn Zainap Mahmood (gilalah kau skandal dengan guru besar)
Mohd Jamil: Cikgu KH - Pn Zaiton. sikit2 nak panggil nama jamil
Mohd Fairuz (Ayob): Cikgu BM - Pn Rohayah Jamil. Lakonan kaku ayob berjogging seorang diri di kelas BM.
Mohd Naufal: Ustaz Mahir (kemudian jawatan naib ketua pengawas dirampas naufal dirampas, haa haa
Abdul Hadi Arham: Pn Hanipah (naufal mengubat kekecewaan dengan merampas jawatan pengurusi kadet bomba daripada Hadi. Abe pun taknak ketinggalan merampas jawatan Bendahari dari musuh tradisi.
Mamat: Semua cikgu sebab dia buat kapal terbang
Amir Rashidi (apai): Mohamad Ali Sekak (rambutan kelat)

Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia!

Friday, May 15, 2009

Malaysia Confirms First Case of A(H1N1)

Betul. Ini bukan gosip murahan. Tadi balik dari kerja aku terdengar berita di radio. Tiba di rumah, aku terus on PC, connect ke tv lcd 42 inci (tempoh riak aku adalah seminggu) dan melakukan carian di Google, maka telah disahkan seorang pelajar yang baru pulang dari Amerika telah dijangkiti virus itu. Sila baca artikel penuh The Star di sini:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/5/15/nation/20090515141134&sec=nation

Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga, saya nasihatkan agar korang mendownload Malwarebytes untuk membersihkan komputer korang daripada spyware/adware/malware/trojan nak buang Conficker yang popular itu pun boleh. Perisian ini adalah percuma, tidak perlulah korang bersusah payah mencari crack TrendMicro ke Kaspersky ke yang pasti akan membuat komputer korang yang tidak cukup RAM itu menjadi lembab. Sila download versi Malwarebytes yang terbaru di link ini (direct download):
http://download.cnet.com/Malwarebytes-Anti-Malware/3000-8022_4-10804572.html

Jika anda ada masalah berkaitan Windows terutamanya tentang Internet Explorer 8 yang baru korang download, sila hantarkan support request di http://support.microsoft.com/oas atau hubungi saya di v-26mros (at) mssupport (dot) microsoft (dot) com. Percuma tapi kena belanja tengok wayang ah. Ada lagi. klik Read More seperti biasa.

Buat kawan-kawan aku di luar negara, janganlah pulang membawa selsema babi itu. Buat Dazu dan awek dazu, Syikin, Nurkhadijah Johari, akak abe serta Steve McManaman yang berada di England, aku doakan kesejahteraan dan keselamatan korang sebab aku nak kirim jersey England (kaler putih) dan jaket Liverpool yang baru (kaler merah). Kat sini mahal doo tolong belikan ok (aku seriyes ni jangan buat2 lupa pulak)

Buat Adam di Amerika, aku nasihatkan kau agar berhenti berkawan dengan kawan2 latino kau tu (carlos dan enrique) agar kau tidak dijangkiti virus merbahaya itu. Ini bukan kenyataan berbaur perkauman.

Perkara-perkara Keji yang Korang Lakukan Tanpa Disedari

Kita sebagai manusia biasa memang keji. Entri ini ditulis setelah kajian dan pemerhatian yang jitu terhadap masyarakat yang aku lakukan ketika mencuri tulang di tempat kerja ataupun berjalan-jalan di tempat umum. Perbuatan-perbuatan keji di bawah memang korang selalu lakukan, tidak kiralah sengaja ataupun tidak. Aku pun buat jugak, tapi tidaklah semua. Mari kita kaji bersama-sama.

1) Buang sampah di luar tingkap bilik korang. Bermacam-macam benda korang boleh perhatikan di atas awning bilik korang. Contohnya, puntung rokok, panties berdarah, kulit rambutan serta duit syiling 1 sen.

2) Korek hidung, kemudian kaji struktur tahi hidung sebelum mengesat di bawah kerusi, tak kiralah di rumah ataupun ketika memandu. Tak percaya? cuba tengok sikit bawah kerusi yang korang duduk tu. Memang meriah dengan pelbagai warna dan gaya.

3) Menulis nombor telefon rakan-rakan/musuh/ex girlfriend/boyfriend korang di dalam tandas awam di kompleks membeli belah. Contohnya: Zarul 0123456789 - menawarkan khidmat ceploit ceploit.

Huii keji gila korang. Sila klik Read More untuk terus membaca kekejian umat manusia.

4) Bila mak korang suruh solat subuh, korang yang pemalas ni pun masuk bilik air bukak air paip bagi dengar macam tengah ambil air sembahyang tapi korang tidur jap 5 minit dalam toilet, pastu basahkan sejadah dekat tempat sujud konon-konon nampak macam dah solat jika mak check, serta disudahi dengan memasang cd bacaan ayat2 suci sebelum korang kembali tidur.

5) Tak gosok gigi.

6) Pinjam baju kawan pastu tak pulangkan. Contohnya jersey Kedah, tshirt autobot, serta boxer ada butang. Alah kecoh aa bukan korang muat dah pun (tiba-tiba emo).

7) Mengoogle perkara-perkara keji dan aneh seperti 'sabul', 'janda.3gp', 'cerpen ghairah' dan yang tak boleh blah 'bersetubuh dengan rakan sepejabat'. Tak percaya sila check keyword analysis aku. Entah camana boleh sampai ke laman blog aku pun aku tak tahu. Hee hee.

8) Ambil mc sebab nak main game. Or sebab tengok champions league.

9) Turned on dengan patung-patung memakai baju seksi di kompleks membeli belah. Lebih keji, ambil gambar dengan hp untuk dibuat modal.

Begitulah antara perkara-perkara keji yang korang lakukan tanpa rasa bersalah. Korang jatuh dalam kategori yang mana? Usah segan silu, mengaku saja. Nak tambah, silakan. Assalamualaikum.

Wednesday, May 13, 2009

Seram: Episod Lima

Entah mengapa hati aku berasa tidak tenang. Aku berjalan mundar mandir seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Aku tidak pasti dengan apa yang aku lihat. Aku keliru menjadi buntu (bukan lagu bunkface), tidak dapat membezakan fantasi atau realiti. Aku tidak tahu mengapa aku sering didatangi mimpi-mimpi aneh sejak kebelakangan ini. Imej-imej seram yang aku mimpi mula terlintas di fikiran aku satu persatu. Imej-imej tersebut memang nampak real, dan amat detail sekali struktur fizikalnya.

Imej pertama: Wajah seekor raksasa yang memiliki badan seperti biawak dan memiliki kapak besar. Aku dapat lihat dari jauh sisik-sisik di badannya yang berkilauan dan berwarna hijau, penuh dengan gerutu di seluruh badannya. Sisiknya akan bersinar apabila disinari cahaya lampu neon. Memang amat jelas sekali struktur kulit raksasa itu.

Imej kedua: 4 orang manusia sedang mempertahankan diri daripada serangan zombie. Aku dapat melihat dengan jelas darah yang mengalir di wajah zombie itu. Ada zombie yang gemuk yang boleh memuntahkan cecair hijau. Imej itu memang terlalu detail kerana kita boleh melihat gelembung udara di cecair hijau itu.

Imej ketiga: Aku dapat melihat jerawat batu nak keluar nanah dah di muka Ronaldinho dengan jelas sekali. Begitu juga dengan efek aftershavenya, serta bulu hidungnya yang terkeluar sedikit daripada lubang hidung belah kirinya. Haa?

AHHHHHHH!!!!! Imej-imej itu muncul betul-betul di hadapan aku. Terus tak lawas kencing aku melihatnya. Sila klik Read More untuk mengetahui kesudahan cerita ini. Percayalah, korang pasti akan terlopong apabila melihat imej yang amat jelas ini.

Rupa-rupanya imej-imej itu datang daripada tv lcd full hd 42 inci baru aku. Patutla imejnya sungguh detail dan real. Haa haa riaknya. Memang mencapai kemuncak syahwat ah main xbox aku. Aku tamak letak dalam bilik pastu sambung pulak kat PC aku haaaa memang lagi insaf la menonton 3gp melayu.



Terima kasih mama. Mama aku suruh pilih sendiri mana yang aku berkenan, mestilah aku tunjuk yang paling kool kan haa haa.

Happy Birthday Shuhud!



Ini ialah kawan aku. Nama dia Ahmad Shuhud Irfani bin Zakaria bin Stapa ataupun nama manjanya Abe. Pada hari ini, 13 Mei, genaplah umurnya 25 tahun. Cita-cita sewaktu kecil ialah menjadi pelumba motosikal cubprix yang berjaya seperti Wazi Abdul Hamid, itu sebabnya dia gambar aib di atas diambil. Namun impiannya lebur apabila dia hanya layak menjadi seorang doktor gigi, dan berkhidmat di malam minggu menampal gigi mat rempit yang kemalangan. Sila klik Read More untuk mengenali Abe dengan lebih lanjut.

Di setiap segmen mengutuk Abe, perkara yang pasti diungkit adalah sifat manja dan mengada-ngadanya. Untuk pengetahuan korang, Abe memang seorang pencinta Bangi yang sejati. Mana tidaknya, dia melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara Taiping, sebelum pulang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3 Bandar Baru Bangi selepas satu minggu, memberi alasan yang beliau telah diraba oleh Acun. Insiden kedua, dia melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Melaka, namum berhijrah ke KYPM Bangi selepas 2 minggu, memberi alasan yang beliau telah diraba oleh Acap Ciki. Insiden ketiga, beliau melanjutkan pelajaran ke UKM walaupun berpeluang untuk ke luar negara. Dan insiden terbaru, setelah graduasi, dia sepatutnya bertugas di Johor, sebagaimana yang korang tahu, dia tetap di sini kerana takut diraba di Johor.

Abe memang seorang yang setia kepada rakan, baik hati, menurut kata ibu dan bapa, serta jarang tinggal sembahyang jumaat. Namun di bawah tekanan, sifat sebenarnya terdedah ketika insiden 'Kisah Sedih Initial D' yang jelas menunjukkan sikappnya yang lebih mementingkan kerjaya pergigiannya daripada rakan-rakannya yang lain. Mulut abe memang keji. Dia suka mengutuk orang tak kira agama, warna kulit mahupun saiz buah dada.

Abe ada gadis. Tapi aku rasa itu mungkin awek imaginasinya sahaja kerana dia tidak pernah bawanya berjumpa kawan-kawan. Abe merupakan peminat setia Manchester United. Pemain kegemarannya ialah Eric Djemba Djemba. Jika korang ada masalah gigi, aku cadangkan korang tidak berjumpa Shuduh walaupun dia offer nak tampal gigi korang free, kerana kadar pesakit yang memerlukan pembedahan gigi lanjutan meningkat di HUKM setelah dia join. Haa haa.


Wajah kemuncak syahwat aku dan abe. Jangan marah abe aku caci kau kita kan rakan baik kau tahu aku bergurau (walaupun segalanya memang benar) Happy birthday bro.

Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Mama, Mak, dan Ibu

Sejak kebelakangan ini, entah mengapa hubungan keluarga belah mama aku menjadi harmoni sekali. Setiap hari jadi ahli keluarga pasti akan disambut dengan gembira, tidak kiralah yang masih belum mimpi basah sehinggalah yang sudah putus haid, semua akan disambut tanpa rasa prejudis. Hari pekerja pun kami sambut tau. Maka, perayaan hari ibu pada hari Ahad yang lalu turut disambut dengan penuh kasih sayang.

Sepupu aku Mohd Hilmi bin Azizan mencadangkan agar parti liar tanpa stripper diadakan untuk 3 orang ibu iaitu mama aku, Mak Long lai, serta Mak Teh o ais. Sepatutnya perkara ini akan dijadikan kezutan macam dalam AF, tapi ada pulak seorang yang telah memecahkan rahsia selambe je bagitau mama aku. Dahla tak kongsi wang. Huh. Anyway, malam itu kami pun menyambutlah hari ibu di rumah Mak Long lai aku di seksyen 7. Sila klik Read More untuk melihat gambar-gambar yang penuh mesra.


Lihatlah kek yang aku buat ini. Nampak lazat bukan?


Dari kiri: Mak Teh o Ais, mama aku, Mak Long lai serta pelakon popular Ainul Aisyah. Mama aku mengantuk bola malam tadi.


Jangan Tegur entiti berbadan besar berbaju biru itu.


Cubalah sos cili Lingham. Kelazatannya sehingga menjilat dinding.


Orang kata muka mama aku macam Uji Rashid. Kira aku ni macam Chico Harahap la.


Upacara penyampaian hadiah 'Anugerah Ibu Kuat Meleter'. Haa haa sori mak teh ijai bergurau senda je.


Aku memang anak saudara kegemaran Mak Long aku jangan jeles ya sepupu-sepupu lain.


Ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Ke mana perginya lemak jika tidak ke perut. Ooo inilah sebabnya aku semakin boroi.

Selamat Hari Ibu!

Sunday, May 10, 2009

Permainan Syaitan

Pada suatu hari, ketika berjalan-jalan di pasaraya kebanggaan Bangi Utama di hadapan kedai permainan video akak rempit (bukan akak obese tu):



da Killa: Eh inilah game Guitar Manja yang keluar surat khabar hari tu.

da Kool la: Guitar Manja? Hahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahaahhahaha (gelak sampai pitam)

Aduhh memang letih aku gelak sehingga mengecut buah pinggang aku. Ala korang jangan nak gelakkan orang sekali tengok gambar tu memang nampak macam Manja pun tulisan dia. Guitar Mania ialah Guitar Hero versi pasar malam. Namun begitu, adakah korang sempat membaca artikel bodoh daripada Harian Metro tentang permainan paling kool ini? Aku tak dapat cari direct link, so aku dah taip balik satu-satu khas untuk korang baca (tipu). Sila klik Read More untuk membaca artikel bodoh ini.

----------------------------------------------------------------------------------------
Pilih syaitan

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Nor Adilah Bukhorie
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Awas! Remaja yang gemar bermain permainan komputer perlu berhati-hati apabila memilih permainan, terutama berasaskan muzik rock dan punk berikutan sesetengahnya boleh menjejaskan akidah.

Dalam permainan komputer terbaru di pasaran, ia memaparkan grafik seakan-akan kalimah Allah ketika ‘syaitan’ bermain gitar.

Permainan komputer yang mensasarkan golongan remaja, terutama mereka yang cetek pengetahuan agama mampu terpesong akidah, sekali gus hanyut dibuai keghairahan mengejar gelaran juara ‘Rocker Terunggul’.

Berdasarkan pendedahan ‘kaki’ permainan komputer, Ridzuan, 20, kepada wartawan Harian Metro, ada pemain menyedari ia menghina Islam, tetapi meneruskan permainan itu hingga berjam-jam lamanya.

Mereka semata-mata ingin bergelar juara untuk menjadi gitaris terkemuka barat yang digunakan pihak pengeluar dalam mempromosikan permainan berkenaan.

Ridzuan yang menyukai muzik rock dan punk sejak berusia belasan tahun, menyatakan permainan terbaru itu sedang hangat di kalangan remaja yang gilakan muzik rock dan punk.

“Permainan ini pelik kerana mampu menyebabkan saya hilang kawalan kerana terlalu asyik selain merasakan diri seolah-olah berada dalam dunia lain.

“Malah, saya sanggup menghabiskan masa sehari suntuk semata-mata untuk menjadi juara. Permainan ini lebih menarik serta mencabar jika bermain dengan rakan dengan masing-masing akan bersaing bagi membuktikan kejuaraan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, setiap pemain hanya perlu memilih satu karakter syaitan sebelum mengikut nota lagu yang ditetapkan.

Pemain yang mengikut nota lagu dengan baik berdasarkan peringkat tertentu akan digelar juara serta dianugerahkan wang bagi membolehkan mereka membeli gitar terbaru yang ditawarkan.

Kemuncaknya, juara akan bertanding dengan seorang idola rock Barat. Sekiranya berjaya menewaskannya, mereka akan digelar ‘Rocker Terunggul’.

Ridzuan mengakui memang ada grafik seakan-akan kalimah Allah, tetapi dia masih meneruskan permainan itu.

Wartawan Harian Metro yang turut mencuba permainan berkenaan mendapati satu daripada karakter memaparkan syaitan bermain gitar dengan tertera grafik seakan-akan kalimah Allah.

Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Syariah Malaysia, Zainal Rijal, ketika dihubungi, berkata pengeluar sepatutnya peka terhadap sensitiviti agama sebelum mengeluarkan barangan mereka kerana boleh mengundang kemarahan.

“Ini bukan kejadian pertama dan kita perlu menyiasat siapakah dalang di sebaliknya sebelum tindakan keras dikenakan terhadap mereka yang mengeluar atau mengedarkan permainan komputer ini.

“Tanpa disedari atau tidak tujuan pihak tertentu sebenarnya untuk menyesatkan golongan remaja Islam dan menghina Islam,” katanya.

Beliau berkata, cubaan dilakukan secara halus bagi mengikis jati diri remaja Islam dengan memastikan golongan terbabit lupa diri dan sanggup mengetepikan pegangan agama.

Justeru, menurutnya, ibu bapa perlu mengawal anak mereka daripada bermain permainan seperti itu dan membuat aduan kepada pihak berkuasa agama supaya tindakan penguatkuasaan dapat dilakukan.

“Bagi saya permainan ini perlu diharamkan kerana mampu memesongkan akidah,” katanya.

--------------------------------------------------------------------------------------

Entahla. Aku rajin je pegi solat jumaat walaupun bermain guitar hero. Takde pulak pegi sembah syaitan ke berzina ke cat muka macam wes borland ke. Mungkin syaitan yang dimaksudkan ialah kumpulan Kiss. Ataupun karekter yang bernama Lars Umlaut. Tak nampak pun grafik yang memesongkan akidah. Mungkin kerana mereka main game tu pakai controller biasa. Pastu main kat tv kecik bukan full hd macam aku memanglah nampak yang bukan-bukan. Haa haa.

Saturday, May 9, 2009

Tolonglah Tonton Star Trek di Pawagam

Please watch Star Trek before I give the spoilers on May Movies entry later this month. Jika korang kata filem itu tidak menarik, aku akan belanja korang tengok cerita Hantu Jamu Gendong di pawagam Bangi Utama, no question, no argument.

How about tonight, my Bangian Brothers? You guys know I don't mind watching the same movies over and over as long as I get to hang out with my homies. Awww.

Live Long and Prosper!

Kamon Ahmad Shuhud Irfani bin Zakaria bin Stapa tidak perlulah on call hari ini aku yakin tiada gigi mat rempit yang remuk akibat eksiden.

Thursday, May 7, 2009

Why Women Should Not Talk About Football

Aku tiada masalah jika gadis-gadis hendak bercakap tentang bola sepak. Malah aku akan berasa teruja dan mungkin akan berkata di dalam hati "kool juga kau ni gadis walaupun tidak lawa". Tetapi jika mereka mengeluarkan ayat-ayat tipikal seperti "Eiii Liverpool tak best Man U la bestttt" atau "I suka Cristiano Ronaldo sebab dia hensem" kepada aku, maka disitu aku akan mengetap bibir dan mengeraskan skrotum tanda aku hangin. I do not appreciate thay they released the statement knowing that they didn't even care about the match last night.

Macam ni la, cuba korang gadis-gadis sedang bercakap tentang beg tangan LV korang yang original dan mahal tu, lepas tu ada jejaka menyampuk kata "Eh LV tak best Samsonite la best" apa yang gadis-gadis akan rasa? Kenyataan itu kosong dan tidak ada semangat fashionistas langsung bukan?

Tujuan aku membuat entri ini adalah kerana perbualan yang aku dengar selepas kemenangan Manchester United ke atas Arsenal di separuh akhir liga juara-juara tempoh hari. Sila klik Read More untuk mendengar (membaca) perbualan itu.

Jejaka: Nice shirt. (the girl was wearing Man U's baby tee)

Gadis: Of course! Glory glory Man United!~ Someone asked me to wear this today.

Aku: (what the whatttt)

Jejaka: So you're a fan eh?

Gadis: Oh yesss. But I don't really watch them play.

Aku: (what the whatttt)

Gadis: I also like Barcelona. Because Ronaldinho is there...

Aku: (WHAT THE WHATTTTT)

Wednesday, May 6, 2009

I Love Fringe!

Ahhh I'm so into fringe fashion. I LOVE fringe bags and boots. I'm planning to spend all my paycheck this month to purchase fringe accessories. Goshhh I love Kate Moss and Mischa Barton. They are among the fringe fashionistas. Look at these fringe boots, they are soooo damn gorgeous. I can wait to get my hands on these!!



Wait seminit, there's something terribly wrong with this post. Please click Read More if you feel disturbed with the statement above.

Memang tak waras la jika aku berperangai seperti di atas. Fringe bagi gadis-gadis ialah rambu ramba di kasut, beg atau pada pakaian tetapi Fringe bagi anak jantan ialah siri televisyen sains fiksyen yang hebat daripada pencipta Lost, J.J Abrams. Fringe mengisahkan tentang kehidupan seorang pegawai FBI Olivia Dunham yang menyiasat kes-kes sains 'fringe' seperti virus selsema yang dibesarkan, mimpi basah yang benar, kacukan binatang yang tidak bermoral, teleportasi, agen penuaan dan lain-lain. Selalunya setiap episod akan menceritakan kejadian aneh yang disiasat oleh Olivia yang digelar 'the Pattern' dan selalunya ada kaitan dengan eksperimen Walter Bishop pada masa lampau. Malasla aku nak cerita korang tengok ah sendiri kerana cerita ini memang kool.

Cerita ini adala sikit macam x-files campur twilight zone campur supernatural, except semuanya ada penjelasan sains. Walter memang bangang walaupun bijak, anaknya Peter pula bijak tetapi buat-buat bangang tidak mempercayai segala teori Walter. Fringe is also known for the easter eggs hidden in each episode. Jika korang mengikuti Fringe, pasti kenal Observer kan? Selepas menonton episod Midnight, aku terperasan mamat botak jalan melintas dekat kelab malam. So I thought, "what the whatt itu kan observer!" Setelah membuat kajian tempatan, the Observer memang ada dalam setiap episod! Mungkin aku je yang baru tau. Apart from the obvious appearance in The Arrival and Inner Child, the Observer usually blend in among the crowds (di mana berlakunya kejadian aneh itu), as you can see from the pictures below:





dan



jeng jeng jeng. Dia berada di mana-mana. Sila pandang kiri kanan sebelum hendak menonton pornografi seorang diri.

Monday, May 4, 2009

Warkah Buat Apai

Mohamad Faizal Rosly,
Berhampiran Surau Al-Kauthar,
Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
4 Mei 2009.

Menemui sahabat baikku Amir Rashidi yang berada berhampiran dengan Surau Flet, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera,

Saudara,

Saya berharap saudara dapat meneruskan kehidupan dengan tabah dan tenang, walaupun pasukan tanah tumpah darah saudara Newcastle United di ambang relegasi. Sesudah ditiupkan wisel perlawanan ketika menentang Liverpool semalam, saya kira saudara sudah boleh membuat persiapan rohani, bersedia dengan aral yang bakal menanti bermain di divisyen satu musim hadapan. Ingin sahaja saya menghantarkan mesej pesanan ringkas kepada saudara untuk menghina saudara di atas kegampangan corak permainan Newcastle yang 'spineless' kata Shebby, namun hasrat itu saya batalkan kerana saya berasa kasihan dengan saudara. Jika tidak kerana Steve Harper menyelamatkan gawang daripada dibolos bertalu-talu serta nasib kurang baik pemain kami yang merembat ke palang gol sebanyak 3 kali, saya yakin perlawanan semalam mampu berkesudahan 7-0.

Mengapakah nasib kelab segah Newcastle berakhir begini? Bukankah dahulu Newcastle gagah menerajui takhta liga (sebelum gelabah dipancung manshitter united), bermain di Liga Juara-Juara, serta memecahkan rekod membeli pemain-pemain bertaraf antarabangsa? Saya akan menyuarakan pendapat saya mengapa Newcastle akan gugur ke divisyen satu musim ini Pertama: Pembelian yang silap dan mahal. Pertahanan yang dibeli oleh Newcastle semuanya hanya layak bermain di Liga Super. Titus Bramble dicanang-canang sebagai the next Sol Campbell namun setiap gol yang bolos pasti berpunca daripada kesilapannya. Jean Alain Boumsong, pertahanan Perancis yang hitam di kulit dan di kaki. Itu belum masuk pembelian pemain-pemain 6 Jahanam seperti Kieran Dyer, Lee Bowyer, Craig Bellamy serta Joey Barton.

Faktor kedua: Mike Ashley. Fat Mike jelas niatnya membeli Newcastle United hanya kerna wang. Dia langsung tidak peduli tengang sejarah Newcastle, keunikan Geordies, serta 'passion' peminat fanatik mereka. Faktor ketiga: Pengurus. Saya tidak faham mengapa mereka tidak mahu menyimpan Sir Bobby Robson sebagai pengurus. Saat kejatuhan Newcastle bermula sejak Souness mengambil alih sehinggalah ke zaman Big Sam. Saya rasa Big Sam tidak diberi peluang secukupnya untuk menunjukkan kebolehannya menjayakan sebuah kelab dengan bajet yang kecil.

Pasti malang jika Newcastle jatuh ke divisyen satu kerana jika kita keluar menonton, bagaimana mahu menonton perlawanan Newcastle, bukannya ada siaran langsung divisyen satu. Bintang-bintang Newcastle seperti Damien 'Syndrom Down' Duff, Michael Owen, Jonas 'Spiderman' Gutierrez serta Kazenga LuaLua pasti akan menanggalkan jersey hitam dan putih. Kemasukan lagenda Alan Shearer belum nampak impaknya, hanya satu gol dijaringkan tanpa sebarang kemenangan. Untuk mengubah nasib Newcastle, mungkin dia harus menyarung jersey nombor 9 kemudian menanduk masuk jaringan lalu membuat gaya trademark mengangkat tangan.

Saya berharap peristiwa kejatuhan Magpies tidak akan menjejaskan persahabatan kita. Saya juga berharap saudara akan masih mengonsider saya untuk menjadi pengapit di majlis perkahwinan saudara walaupun kita berlainan mazhab bolasepak. Sampai di sini sahaja yang dapat saya coretkan. Akhir kata, sambutlah salam mesra saya daripada saya untuk saudara sekeluarga. Assalamualaikum.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
ijai
(Mohamad Faizal Rosly)

p/s: haa haa jangan sedih pai kau masih berada di tangga teratas liga super. tapi next week aku pancung ah seperti mana liverpool supercool akan memancung manshitter united dan menjulang kejuaraan liga yang ke sembilas belas.


Sunday, May 3, 2009

What Would You Do if You Won A Million Ringgit?

Bastard Tomok kau menang sejuta ringgit begitu sahaja. Padahal korang pun sedia maklum suara aku memang lagi lazat daripada Tomok. Paras rupa toksah cerita ah. "Abis tu kalau suara kau besh sangat apasal kau tak masuk One In A Million, Faizal?," marah Tomok yang merupakan silent reader blog aku. Well mungkin itu memang rezeki kau Tomok. Tahniah Syah Indrawan. Aku nak pergi audition One In A Million next season. Aku mahu menang satu juta ringgit. Kalau aku memang satu juta ringgit, apa yang aku nak beli haa? Sila klik Read More jika korang mahu mengundi Yes (jarak) Faizal untuk memberi aku satu juta ringgit.

Saat aku dinobatkan sebagai juara One In A Million musim hadapan, selepas bersalaman dengan peminat, aku terus pulang ke rumah kerana mahu bangun awal esok mahu pergi bershopping. Lepas tu mestila aku silentkan phone ataupun offkan terus, maklumlah dah menang satu juta mesti saudara mara datang nak meminjam wang kan. Mana boleh.

Bila ditanya kepada umum "Apakah yang akan anda buat jika anda menang satu juta ringgit?" Jawapan yang tipikal adalah "Saya akan dermakan sebahagiannya kepada charity...". Sakmaibols ah. Sedangkan tabung di masjid yang di passkan di solat Jumaat pun korang buat bantal, inikan pula hendak bersedekah di kala kita alpa dengan kemewahan mengejut. Nak bersedekah tak perlu tunggu dapat sejuta ringgit. Pegi je pasar malam kat rumah aku, ada je pakcik kudung menelentang. Kaki takde camane tah boleh datang situ. Pastu ada makcik buta menyanyi lagu Linkin Park. Sedekah jela kat diorang tak perlu sejuta, seringgit pun mereka dah gembira. Aku selalu sedekah senyuman je sebab aku pun miskin jugak aku nak beli popia basah takde duit nak sedekah.

Oh ya selepas aku bangun tidur sehari selepas memenangi One In A Million, aku pegi cucuk duit dulu. Kluarkanla 2 ratus ribu ringgit. Masa untuk shopping. Pergi ke KLCC, naik escalator ke arah Chili's, pandang sebelah kiri, korang nampak tak tv yang besar nak arwah tu? Haa itulah benda pertama yang akan aku beli. Huii pasti mengalami ereksi jika dapat bermain 360 aku di tv sebesar itu. Aku tidak perlu benda lain, ini sudah mencukupi. Baki wang nak buat apa? Buat belanja kahwin la. Entah cukup entah tidak. Heee.

How about you guys? What would you buy with a million ringgit?

p/s: undi aku tau dalam OIAM next season ok. Kalau menang aku bayarkan duit ptptn korang.

Saturday, May 2, 2009

April Movies! Special Edition

Yaaa bertemu kita sekali lagi dalam segmen kesukaan beberapa orang, Mari Menonton Filem bersama Abang Jai. Pasti ada yang tertanya-tanya, mengapa review filem kali ini didatangkan dalam edisi khas? Yaaa kerana selain daripada review filem-filem popular yang ditonton pada bulan April, terdapat juga gambar-gambar bukan porno yang menghiasi entri kali ini. Kalian ingat bukan Kempen Menonton Wayang di Bangi Utama tempoh hari? Gambar-gambar yang dipaparkan pasti dapat menaikkan berahi korang untuk menonton wayang di pawagam Bangi Utama. Mari kita saksikan bersama-sama.



Naik sahaja escalator ke tingkat atas, pasti korang akan nampak papan tanda yang gah ini. Dengan bunyi latar lagu dangdut untuk memeriahkan suasana, korang claustrophobic pasti akan gembira kerana kawasan ini tidak sibuk serta tenang suasananya tidak perlu beratur panjang. Namun begitu air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Wayang yang tenang jangan disangka tiada orang. Yess aku dah cipta peribahasa baru.



Line up untuk menonton premier Wolverine pada malam itu ialah aku, Nurdatillah Hasim, Ahmad Shuhud, Mohd Jamil Fathi, Evi Vidyana, Anas Mohd Mustafah dan Zack (bini anas). Oleh kerana status tempat duduk ialah free seating, kami pun masukla awal bersama beberapa orang penduduk tetap Bangi yang lain.



Walaupun tiketnya macam tiket bas untuk pulang ke Kuala Nerang, tidak bermakna struktur panggungnya seperti bas kilang. Pekerjanya juga tidak lekang dengan senyuman, walaupun hanya ada 2 orang pekerja sahaja. Sorang akak kat kaunter tiket, sorang lain pekerja yang layak mendapat anugerah pekerja asing paling rajin kerana dialah yang jual popkon, dialah yang jaga kutip tiket, dialah yang tolong tukar disc 2 ketika menonton, dan dialah juga tukang cuci panggung selepas wayang tamat.



Kau lihat, interiornya memang seperti hotel california. Jangan sekali-kali korang memperlekehkan panggung 3 (ke 4?) skrin ini. Kami pun mengambil tempat yang paling selesa di baris belakang. Satu...dua...tiga empat campur famili makcik 4 orang dan kami 7 orang, semua sekali 15 orang yang menonton Wolverine pada malam itu. Tenang bukan? Hee hee.

Eh belum habis lagi. Sila klik Read More untuk ulasan filem-filem yang ditonton pada bulan April.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Fast and Furious 4
Ulasan Ringkas: Timeline cerita ini ialah antara episod dua dan episod tiga, jadi janganlah jadi jakun sebab Han itu hidup lagi. Mengisahkan tentang Dom yang ingin bertaubat nasuha daripada mencuri dan merompak namun ditarik kembali ke kancah durjana apabila gadisnya Letty dibunuh dengan kijam. Dia bertemu seteru lama Brian yang memburu musuh yang sama. Walaupun tak rela mereka bekerjasama untuk menamatkan riwayat Encik Braga dengan menyertai perlumbaan haram di kotaraya.

Ratings: $$$
Spoiler: Campos = Braga

Paul Blart: Mall Cop
Ulasan Ringkas: Paul adalah seorang yang bertanggungjawab dan cintakan negaranya. Namun begitu, dia tidak dapat menjadi menyertai polis diraja Amerika kerana dia memiliki penyakit selsema babi dan hypoglycemia di mana dia harus melantak gula setiap 42 minit agar tidak diserang sawan babi dan kena samak satu badan. Maka dia pun bertugasla di pasaraya Alamanda cawangan Amerika. Kisah heronya bermula apabila sekumpulan pengganas sukan ekstrem merampas kompleks membeli belah itu. Dapatkan Paul yang comel dan gemuk menyelamatkan gadis idaman serta anaknya yang gemuk tetapi tidak comel? Filem ini memang lucu. Lihatlah di pawagam yang berdekatan. Bangi Utama belum keluar lagi sabaq nooo.

Ratings: $$$ 1/2
Spoiler: Mamat yang baru masuk bekerja ialah watak jahat. Begitu juga dengan pakcik SWAT.

The Uninvited
Ulasan Ringkas: Filem ini adalah adaptasi dari filem Korea, A Tale of Two Sisters. Anna baru keluar dari hospital pantai kuala lumpur kerana dituduh sakit jiwa atas kematian ibunya dan cubaan membunuh diri. Pulang ke rumah, Anna dan kakaknya Alex mendapat tahu kematian ibunya sebenarnya disebabkan oleh bakal ibu tirinya. Banyak peristiwa menyeramkan berlaku seperti hantu mak dia kembali, serta kematian teman lelaki Anna. Setelah melakukan penyiasatan, Alex pun menikam ibu tirinya berkali-kali setelah mendapat tahu ibu tirinya ialah Mildred Kemp, pembunuh kijam yang masih bebas.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Anna sebenarnya psiko. Kakak dia Alex yang bercakap dengan dia sepanjang filem sebenarnya sudah mati bersama ibu dia akibat kebakaran yang dicetuskan oleh Anna. Anna yang bunuh ibu tirinya, bukan Alex. Yang bunuh teman lelaki dia, Anna la jugak. Mildred Kemp ialah teman sehospitalnya dia yang pengaruh Anna. Semua ini korang tidak akan tahu sehingga sepuluh minit yang terakhir.

X-Men Origins: Wolverine
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang asal usul Wolverine. Apabila ibu dan ayahnya bersetubuh dan didedahkan dengan radiasi, maka lahirlah James Howlett, seorang mutan yang boleh sembuh dari penyakit siflis dengan pantas. Bersama abang tirinya Victor Creed (Sabretooth), mereka hidup bersama mengharungi peperangan sehingga bosan. Stryker merekrut mereka untuk menyertai team super mutant all stars yang dibarisi oleh Charlie dari siri Lost yang bekerja sebagai pembaca meter elektrik, Will.i.am yang boleh menyanyi sambil hilang, Fred Dukes dari Lost juga yang gagah perkasa, Agent Zero yang handal memburu kijang, serta karakter kegemaran Wade Wilson (Deadpool) yang sungguh kool membelah peluru sesat.

Logan pun bersara dari team itu setelah penat bergelumang dengan dosa. Namun Victor tidak berpuas hati dan membunuh x team matenya itu satu persatu, sehinggakan teman wanita Logan, Silverfox pun turut ditoronnya. Marah dengan tindakan Victor, Logan menerima pujuk rayu Stryker untuk disimen satu badannya dengan adamantium karbonat, logam paling keras di cakerawala. Dapatkah Wolverine membalas dendamnya?

Ratings: $$$$
Spoiler: Jika korang menonton di Bangi Utama, aku tidak akan beri spoiler.

Sekian sahaja ulasan untuk kali ini. Jumpa lagi kita di Bangi Utama ya kawan-kawan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...