Monday, June 29, 2009

Kongratulasi Nana!

Aku sungguh gembira dan berbesar hati apabila menerima kad kahwin daripada Nana. Yelah, aku memang meminati Nana sejak dari zaman AF dahulu, dan Nana juga merupakan DJ feveret aku di stesen radio Era. Namun begitu impianku untuk menghadiri majlis perkahwinan DJ Era remuk apabila aku menyedari yang berkahwin sebenarnya ialah Diyana Yunus, rakan Uniten aku. (haa haa).

Maka pada hari Sabtu 27/6 Mohd Diyana telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Rafiqin. Atas semangat setiakawan dan akibat kelaparan, kami gagahkan diri juga untuk pergi ke rumah Nana walaupun rumah dia jauh di Kapar. Tamir telah melantik diri sendiri untuk menjadi penunjuk jalan. Setelah kacak berbaju Melayu, aku singgah ke rumah Tengku Eleanor Ezura binti Tengku Nasrudin untuk beraya dan bergerak bersama.

Aku keluar rumah pukul 11.30. Sampai rumah Nana dalam pukul 3. What the whattttt. Jalan ke rumah Nana macam pergi ke Melaka pulak. Rumah Asiah pun lagi dekat rasanya. Faktor-faktor yang menyebabkan kami lambat tiba:
1) GPS kami (Tamir) berkeyakinan tinggi tetapi gagal berfungsi dengan baik.
2) Landmark yang tidak konsisten. Sekejap di kanan sekejap di kiri
3) Penduduk setempat yang tidak tahu menunjuk arah.
4) Perasaan ego. Mana boleh kalah dengan Tamir dan Meen so bila diorang tanya kami di mana "Tengah carik parkingggg" jawab aku. Padahal sudah tersesat ke pelabuhan kelang.


Suami Nana menutup mata membayangkan teknik apa yang hendak diaplikasikan malam karang.

Sampai di sana kami terus mencari nasi akibat kelaparan. Sudah, sila klik Read More untuk melihat gambar-gambar perkahwinan Nana.


Gadis-gadis hangat. Tengok Ainis tak baik kau tuduh aku nak buat caption2 jahat.


Dressing aku berbaju melayu lengkap pegi kenduri kahwin mesti hampir-hampir nak mengalahkan pengantin.


Sudah lama aku tidak bermanja dengan Dol. Ohh Ahmad Fadhullah bin Zainal....


Bastard Iz kau cakap aku gemuk muka kau tu macam pembunuh upahan Nepal.

Sila lawati laman fesbuk aku untuk melihat lebih banyak gambar di majlis perkahwinan Nana:http://www.facebook.com/album.php?aid=103901&id=628280825&l=3709647ad7

Tahniah Nana di atas perkahwinan anda. Semoga korang tidak bercerai dan mendapat at least 8 orang anak. Lagi satu, entah bagaimana kau boleh tekonfius Zati dengan Datillah pun aku tidak tahu. Mesti bangga Zati tak pasal-pasal digossipkan dengan aku. Assalamualaikum.

p/s: sori khairul afandy bin abu bakar kerana tidak sempat menghadiri majlis perkahwinan abang kau. kita jumpa di kenduri tj iskandar bin aziz yaa.

International Cat Show @ Midvalley: Reports and Results

Sebagaimana yang telah aku habaq mai (memberitahu), pada hari Ahad, 28/6/2009, telah berlangsungnya Pertunjukan Kucing Antarabangsa di Midvalley Exhibition Center. Yesterday's show was the first show that we went since my dad passed away. We brought 2 champions, Pesona Chevy and Pesona Shareca. Dulu-dulu masa zaman remaja bolehla nak bawak 15 ekor tapi dah tua dan boroi ni apakan daya. Awal-awal pagi lagi aku sudah bangun, dan mengejutkan Chevy dan Shareca untuk bersedia. Aku memaksa mereka membuat warm up meregangkan badan kerana mereka pun sudah obese dan out of shape seperti aku. Mereka hanya mengangguk mendengar kata-kata semangat yang aku berikan demi menghadapi pertandingan yang telah lama mereka tidak sertai.


Kelly tak nak masuk bertanding kerana dia mengada-ngada lalu menyorok dalam almari aku.

Kami tiba di Midvalley pada pukul 9.30 pagi. Kena vetting in pukul 8.45 tapi sebab kami rokstar mestila datang lambat kan. Chevy dan Shareca akan bertanding di kategori Bantamweight (Domestic Shorthair). Kategori Kucing Malaysia tidak dipertandingkan kerana mereka cuak dengan kehadiran juara bertahan Chevy. Fark. Haa haa aku berada di kawasan pertandingan sebentar sahaja kerana aku pergi membaham dan menonton State of Play. Wahh ramainya yang menonton State of Play (sebab semua kecewa tiket Transformers sold out, haa haa).



Sila klik Read More untuk melihat kecomelan kucing-kucing yang bertanding dan melihat adakah kucing aku mendapat hadiah (d'uh).


Huii memang kerek wajah Chevy aku sebab dia tahu dia ni juara bertahan.


Kucing Sphinx ini memang jijik jika dipandang kerana tiada bulu, sebab itu dia dipakaikan dengan sweater Forever 21 akibat kesejukan. Tapi harga dia boleh buat bayar downpayment Satria Neo.


Rasa nak kunyah-kunyah je kucing ini.


Shareca bergaya dan riak dengan trofi kemenangannya. Chevy menang jugak, tapi dapat nombor tiga kerana kategori favoritenya (Kucing Malaysia) tidak pertandingkan.


Eiiiiiiiiii gebunya moleknya comelnya rasa nak peluk-peluk dan gomol sahaja. Oit. I was referring to the cat la.


Ini ialah kawan aku nama dia Ah Seng. Kalau korang nak tempah baju kahwin kucing sila hubungi Ah Seng.


Sumpah creepy dan tidak comel. Macam hantu dalam Supernatural adala.

Yaaa bagaimana? Seronok tak? Jika korang mahu lagi seronok, next week ari Ahad (5/7) ada lagi catshow di Midvalley. Datang la oit best tau daripada korang pergi rumah urut baik korang join kelab kucing. Later!

You can visit my Fesbuk page for more pictures: http://www.facebook.com/album.php?aid=103799&id=628280825&l=79953c67f7

Sunday, June 28, 2009

International Cat Show @ Midvalley

The Malaysian Cat Club will organize FIFe International Cat Show at Mid Valley today (28/6)! It will start around 10 a.m until 5 p.m at Midvalley Exhibition Centre. I'll be there all day long, so come bring your whole jiran tetangga and join the fun! If you're coming, just gimme a buzz and I'l give you a special V.I.P tour, jika korang belanja aku makan. Jika tak jumpa carik aku di panggung wayang.

See you there!

Saturday, June 27, 2009

My First Ayam Goreng

Macam tajuk cerita porno pulak tejuk entri aku ini. Semalam hari Jumaat aku cuti tidak bekerja. Walaupun tidak bekerja, aku still bangun pada pukul 5.30 pagi tanpa dipaksa kerana sudah terbiasa. Takpelah at least aku boleh semayang subuh tak macam korang yang liat nak bangun pagi terutamanya di hujung minggu. Haa haa. Anyway pukul 11 pagi perut aku yang bersaiz 32" (tipu) ini sudah berbunyi minta diisi. Aku memang manusia paling pemalas nak keluar rumah untuk membeli makan, so aku surveyla area dapur mana tahu ada koko krunch ke, lauk paprik malam tadi ke boleh juga aku baham, namun aku hampa. Yang ada hanyalah serbuk milo mana nak kenyang.

Nak call Dominos? Ahhh dalam wallet hanya ada 5 ringgit dan 1000 rupiah (tapa bagi). Lagipun hari-hari makan pizza muka aku pun dah macam beef pepperoni dah. So aku bukakla peti ais. Jeng jeng jengggggggg. Aku terlihat ketulan ayam di dalam freezer. Tapi ini ayam mentah, bukannya drummet ataupun yang hanya perlu digoreng itu. Ayam mentah nak kena cabut bulu, bersihkan tongkeng dan kena siang dulu (semua dah buat sebenarnya saja nak bagi korang impressed konon2 aku siang ayam tu dulu). Namun aku teringat tentang kisah Ise yang sanggup buat barbeque seorang diri demi kepuasan diri. Ise memang terer masak. So berbekalkan semangat kelate ise, aku pun berazamla nak memasak. Kira upgrade sikitla skill memasak aku sebab resipi yang aku tahu hanya resipi menjerang air, dan resipi telur dadar yang asalnya nak buat telur mata kerbau tapi kuning dia merebak.

So aku pun call la chef paling handal yang aku kenali, chef da' killa. Nurdatillah kata tak boleh terus goreng je, kena letak secamca teh serbuk kunyit lalu digaul sehingga sebati. Kalau tak letak rasa dia nanti tawar macam daging kuda, betul ke? Maka dengan lemai gemalai aku pun menggomol ayam itu sehingga kuning.



Olrite, sesudah itu, para pembaca boleh memasukkan ketulan ayam ke dalam kuali yang sedang menggelegak minyaknya. Rasa dengan jari dulu minyak itu tahap kepanasannya kerana kita tidak mahu minyak itu terlalu panas ataupun terlalu sejuk. Keadaan minyak yang sesuai adalah jika korang menjerit "koksakerrrrrr" akibat kesakitan kerana jari melecur.



Melihat gambar di atas, aku baru tersedar akan kesilapan aku. Itu bukanlah kuali untuk menggoreng ayam, sebaliknya pan untuk menggoreng lempeng. Dan itu adalah senduk nasi, bukannya sudip untuk menggoreng. Takpe, aku belajar daripada kesilapan. Tetapi yang aku hairan, mengapa minyak melompat-lompat dan meletup-letup daripada kuali? Habis cedera parah tangan dan nipples aku terkena minyak? Boleh tak pakar-pakar masakan di luar sana memberi tips agar minyak tidak melompat?



Wahhh lihat sahajalah hasilnya dia atas. Teksturnya yang lembut dan kuning keemasan, memang aku bangga dengan hasil masakan pertama aku. Apa pendapat anda? Adakah resipi aku ini berjaya? Aku ingat nak patenkan ah resipi ayam gorang aku ni. Aku juga bercadang nak bukak kedai ayam goreng di masa hadapan setelah menyedari aku ni ada bakat memasak, tidak seperti gadis-gadis yang aku tidak boleh sebutkan namanya, tapi blog mereka boleh korang lawati blog list aku. Hee hee. Tetapi! Adakah rasa ayam goreng ini sehebat gambar di atas? Sila klik Read More untuk mengetahui kelazatannya.

Fail. Tidak cukup masak boleh rasa kementahannya di dalam. Ahhh. Takpe Kelly ada. Dia tidak akan judge skill memasak aku.



Aku tidak akan berputus asa, aku akan cuba lagi lain kali. Jika ada tips-tips berguna dalam teknik menggoreng untuk panduan aku, silalah kongsi bersama.

Friday, June 26, 2009

Michael Jackson Meninggal Dunia??

Aku sedang dalam perjalanan membeli nasik lemak Auntie Maria sebentar tadi, kemudian aku terdengar Aznil melaporkan tentang kematian Michael Jackson. Pastu stesen radio banyak main lagu dia sebagai tanda memperingatinya. Betul ke? Kadang-kadang artikel di Internet bukan boleh nak percaya sangat Tun Dr. Mahathir entah berapa kali dilaporkan mati di laman web pembangkang tapi sihat walafiat je sampai sekarang(aku pro BN). Adam Johari boleh tak kau konfirmkan berita ini. Cuba kau bukak televisyen di sana ada tak coverage secara langsung pasal kematian dia?

Jika berita itu benar maka sama-samalah korang datang ke rumah aku hari ini kerana aku tidak kerja lepak chill di rumah cemburu tak. Sebagai tribute kepada dia kita akan bermain Guitar Hero lagu Beat It level Expert.

Al-Fatihah (jika benar dia muslim convert).

Warning: Do Not Click Here

Do not click Read More either. You have been warned.

OPTIMUS PRIME MENINGGAL DUNIA


By the way, sure, Transformers ROTF is cool, awesome and what not, but I still think Star Trek is THE best summer movies for this year. What do you think?

I don't know. It's like there's something missing in the movie. Probably because I lost the thrill watching Transformers after the guys in the office sent massive spam about what happened in the movie, like how Optimus died and how he was resurrected by the matrix....opps. Haa haa I told you not to click Read More. You guys will probably not teruja to watch this anymore. Haa haa.

Wednesday, June 24, 2009

Trivia Rawak

Berikut adalah fakta-fakta random yang mungkin memberi faedah ataupun langsung tak guna di dalam hidup korang. Yang baik korang boleh jadikan tauladan, yang buruk silalah jadikan sempadan.

1) Tandas yang paling afdal digunakan di Alamanda ialah tandas berhampiran panggung wayang. Jangan sekali-kali korang gunakan tandas berhampiran eskelator (sebelah arked) dan tandas di food court kerana kebersihannya di tahap gampang dan korang boleh melihat tahi terdampar di mana-mana.

2) Jikalau korang bermain FM 2009, orang pertama yang korang wajib beli ialah Mario Balotelli. Kemudian Darijo Srna.

3) Kucing hanya ada 18 jari. 10 in front paws, 8 at the back.

4) Elakkan daripada melalui Jalan Raja Chulan pada pukul 6 petang, kerana korang pasti akan mencarut sorang diri di dalam kereta akibat tertekan di dalam kesesakan lalu lintas.

5) Arbok Jalan Raja Chulan yang mengganas menampar perempuan yang lebih cantik daripadanya khabarnya sudah ditangkap polis.



Mahu lebih fakta-fakta yang boleh memajukan/memundurkan diri anda? Sila klik Read More.

6) Nasi lemak yang paling best ialah nasi lemak Auntie Maria di rumah aku. Kemudian nasi lemak Makcik Obese di hadapan CIMB Menara Olympia.

7) Input untuk melakukan teknik Shoryuken ialah depan, bawah, depan, tumbuk.

8) The Stig di dalam rancangan Top Gear ialah Michael Schumacher.

9) Pada setiap hari Jumaat, ramai jejaka Aeon akan tuang solat jumaat dan lepak di surau basement Menara Olympia. Ish ish ish.

10) Manusia tidak akan boleh menjilat siku sendiri.

11) Korang pasti sedang mencuba menjilat siku sendiri dan tidak berjaya.

12) Kord gitar untuk lagu The Saturdays 'Up' ialah Am, F, Dm, E, Am (verse dan chorus) F, Am, F, E (pre chorus)

13) Ramai selebriti yang tinggal di Bandar Baru Bangi seperti Mawi dan Ekin, Rosyam Nor, Cat Farish, Harun Din dan ada kawan aku kata dia nampak Pang Chin Fei sedang membeli santan di Kedai Runcit Kayatri.

14) Nicolas Anelka pun sudah menunaikan umrah. van Persie konfirm belum lagi.



15) Baju Transformers kaler hitam di Petronas semuanya sudah habis stok. Kat mana lagi ada?

16) Adam Lambert nyanyi No Boundraaeeeeees Kris Allen nyanyi No Boundriiiiiiiiiiis

Sudahlah malaih ceq nak pikiaq lagi. Assalamualaikum.

Monday, June 22, 2009

Sudahkah Anda Mendapatkan Tiket?

Bukan tiket bas balik raya cina, mahupun tiket melihat Danny Walbeck di Malaysia. Sudahkah anda mendapatkan tiket Transformers: Revenge of The Fallen anda? By the time korang tersedar yang korang tiada tiket lagi, semua tiket sudahpun sold out. Tak kool la semua orang dah tengok anda baru nak terhegeh-hegeh mencari tiket. Tak kool la menonton filem terhangat 3 minggu selepas tayangan perdana. Tak kool la jika korang tak solat subuh (dakwah selitan).

Usah kaget. Di sinilah aku memainkan peranannya. Aku telah membeli 8 tiket baris belakang untuk menonton tayangan tak berapa perdana Transformers pada hari Khamis di Pavilion. Seat mantap dapat kapel seat lagi korang nak menjalar-jalar pun tiada masalah. Buat masa ini, tiket-tiket tersebut sudah direservekan kepada pasangan Arul dan Awin, Muaz dan Iza, serta Ise dan Zul (disyaki homoseksual). Lagi 2 tu milik aku la. Akan tetapi, tiket-tiket tersebut boleh menjadi milik jika korang membida harga yang lebih tinggi daripada yang mereka tawarkan. Anytime aku boleh membelot rakan akibat pengaruh wang. Aku jual satu Rm25. Amek untung sikit je. Memang bargain ah. Percayalah, tiket semua sudah sold out. Kalau ada pun kat depan skrin mau terkehel leher korang melihat ketiak Megan Fox. (klik Read More!)



Ahhh. Tak sabarnya tak sabarnya. Aku memang genuinely meminati Transformers sejak aku belum sunat lagi (aku sunat darjah 5 btw). Aku ada pita video kematian Optimus Prime di tangan Megatron dan kebangkitannya daripada alam barzakh sambil menyanyikan "you got the powerrrr" serta set lengkap siri animasi Transfermers yang didownload secara makruh. Karekter yang paling aku minati ialah Soundwave. Khabar angin mengatakan dia akan muncul di filem ini, tetapi bukanlah sebagai radio kaset, sebaliknya sebagai alternate modenya Cybertronian Jet. Apa yang kool tentang Soundwave ialah kesetiaan tanpa berbelah bahagi terhadap Megatron serta minion-minionnya yang garang seperti Laserbeak, Rumble dan Ravage. Ravage is in the trailer! (jaguar robot tuh).

Looking forward to watch how the Constructicons transformed into Devastator as well. Pasti awesome mak lampir ah.

Tak sabarnya tak sabarnya!

Sunday, June 21, 2009

Happy Birthday Ijai!

Yaaa setelah acapkali membuat entri hari jadi untuk rakan-rakan tercinta, aku kini dengan tanpa perasaan malu membuat coverage untuk hari jadi sendiri. Seperti mana yang korang telah hafal, serta telah set reminder di dalam telefon bimbit, 18/6 merupakan hari jadi aku. Terima kasihla kepada semua yang wish di blog, sms, fesbuk, telegram walaupun sorang pun tak beri hadiah yang diharapkan.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan sekerja yang menghantar spam melalui emel untuk mengewish hari jadi. Memang mengalir air mata dan air mazi apabila rakan sepejabat menghadiahkan kek serta menyanyikan lagu hari jadi secara acapella. Gambar tak dapek lagi, jika ada nanti akan ku post kemudian. Kemudian, mama tiba-tiba mendail nombor aku.

mama: malam ni ada plan tak?
aku: tiada. kenapa?
mama: takde pape. bye

Ala nak buat serprais parti la tu aku pun pura-pura inosen la kan tak tanya apa-apa. Balik rumah pulak dah nampak kerusi dah susun, lepas tu ada air botol menyorok di bawah almari. Kantol.

Sekarang mari kita saksikan gambar-gambar suci di parti liar hari jadi aku, anjuran keluarga dan sanak saudara.



Gossip dalam majalah Mangga keluaran Jun yang kata umur aku baru 19 tahun memang tidak benar. Aku memang nampak muda mungkin sebab banyak mengambil wuduk.



Mama aku dengan gaya hantu pocong cina yang bersedia membaham KFC.



Hoit. Ada banyak lagi dooo. Sila klik Read More untuk melihat gambar-gambar serta video bukan porno di hari jadi aku bersama rakan-rakan Bangi pula.

Bitch Jamil tak ingat hari jadi aku dia wish lambat. Siap aku kena call dia untuk mengingatkan dia. Sebagai denda dia tidak ingat besday aku, aku memaksa Jamil dan rakan-rakan Bangi yang lain untuk menganjurkan serprais parti liar untuk aku. And they did. Please watch this video. Teknik camera dia macam Cloverfield korang jangan pening dan muntah pulak. Words cannot describe how happy I was when they yelled 'Surpriseeee!' and sing the birthday song for me.



Well melihat daripada lakonan exaggerated aku, lakonan kaku rakan-rakan, suara Fendi menyuruh Jamil miskol aku di luar tanda team seprais party sudah ready serta pizza yang sudah dimakan separuh, korang pun boleh agak kan yang seprais di atas hanyalah lakonan semata-mata. It's true that the surprise party was staged. It's true that I asked them to do it for me just for fun. But that's not the point. I'm just lucky to have my Bangian mates with me on for every occasion. A bunch of extraordinary friends who're willing to do something silly for you, just how cool is that?


Cuppacakes by +wondermilk. Thanks Jamil and Evi! Tak sanggup nak baham.


Apai dan kehidupannya sebagai jejaka yang baru berkahwin. Tenang sahaja dia bercumbuan bersama Mizah di hadapan kami.


Menu malam itu adalah Domino's, cupcakes dan sate yus. Sorang patut makan 8 cucuk je tapi kau tengoklah Jamil dia baham portion Evi sekali.


Boys talk sudah pastilah berkisarkan tentang persetubuhan, bolasepak dan permainan video. Line up malam itu tidak lengkap kerana tiada Ikram (kau pegi mana haa?), Zul (berhenti di pulau perhentian), Anas (mencari harta karun di Melaka). Abe ada tapi dia datang lambat dia solat hajat memohon agar akak no 2 selamat beranak serta agar akak no 1 mendapat jodoh dengan segera.


Girls talk aku cuba curi-curi dengar tapi biasalah cakap pasal beg tangan, lelaki kiut di pejabat serta pinggan mangkul Alkorok. Boooooooooringgggggggggggggg (hee hee).


Woohooo. Tahun depan mahu begini lagi ok? I lap uols! Ada banyak lagi gambar yang tidak senonoh. Kalau rajin aku tampal di fesbuk aku ok.

p/s: kawan2 uniten sila rancang bagaimana mahu merayakan besday aku. Tak kirala dah lepas aku sambut besday sebulan macam hari raya ah.

Wednesday, June 17, 2009

Sila Gunakan Entry Ini Untuk Menyampaikan Ucapan Hari Jadi

Sudah. Jangan kau orang buat-buat hilang ingatan. Aku tahu dalam telefon bimbit korang sumua orang dah letak 18/6 dalam reminder. Tahun ini aku tiada wishlist, tetapi aku demand ucapan hari jadi untuk setiap orang yang membaca membaca entry ini. Jika 30 orang baca entry ini, maka aku expect 30 ucapan hari jadi di ruangan komen. Ala besday aku biarla aku mintak apa pun. Bagi memastikan tiada yang terlepas daripada memberi ucapan, aku akan listkan nama-nama korang.

Rakan-rakan Bangi:
1) Adam Johari dan Norashikin
2) Amir Rashidi dan Nurhamizah
3) Mohd Jamil Fathi dan Evi Vidyana
4) Mohd Dazrul Syariz
5) Ahmad Shuhud Irfani dan akak abe
6) Mohd Ikram
7) Anas dan Zahirah
8) Zulkifli
9) Nurhisyam
10) Khairul Afendi
11) Zati Hazira
12) Ikmar

Rakan-rakan Uniten:
1) Zahrul Idzwan dan Syazwina
2) Tengku Eleanor Ezura
3) Tengku Amir Afendi dan Mohd Nazmin
4) Aqilah Hasan
5) Nurul Huda
6) Asiah Abdullah
7) Nazliah Musa
8) Dalila Hamdan
9) Khairul Afandy
10) Muhammad Izwan
11) Chua Shi Yun
12) Nur Diyana
13) Hazezy
14) Epul dan Dol

Rakan-rakan sekerja:
1) Syed Muaz dan Nurul Iza
2) Irsyadudin Ismail
3) Muhammad Faisal Habeeb
4) Nizam dan Liza
5) Prakash Karunamuti
6) Paramjit Singh
7) Jasber Kaur
8) Jayakumaran Thangaiah
9) Calvin Loi Hui Meng
10) Clifford Sanjeevi
11) Ahmad Hafez
12) Komathi Balasubramaniam
13) Fauzi Rentah

Peminat-peminat fanatik aku (Followers), stalker-stalker, ex boyfriends, serta rakan-rakan alam maya yang melink aku di blog korang, jangan ingat korang boleh terlepas. Mungkin inilah masanya untuk kita berinteraksi. Terima kasihla kerana membaca blog aku walaupun kita ni tiada pertalian darah, tapi kali ini korang harus meninggalkan ucapan sekali.

1) Naqqib - http://shogunnchronicles.blogspot.com/
2) Nur Zihan Naszeri - http://honeybarney.blogspot.com/
3) Eleena Hamdan - http://edythena.blogspot.com/
4) Ciktari - http://ciktari.blogspot.com/
5) Miss N - http://diaryofaheartbroken.blogspot.com/
6) Tedi - http://myqza.blogspot.com/
7) Huzaifa Zahri - http://themeaningoflife88.blogspot.com/
8) Hanie Dew - http://haniealie.blogspot.com/
9) A.t.i.n
10) enuLwanie - http://manissihitam.blogspot.com/
11) Lynda Ezumi - http://ezumidoraemon.blogspot.com/
12) Rina Salleh - http://lovely-austere.blogspot.com/
13) AciDz36 - http://yangkanan.blogspot.com/
14) Finaz
15) Eliza Sherwani Ahmad
16) Peminat Sally
17) Ajis - http://venixstudio.blogspot.com/

Ada lagi tak yang aku tertinggal? Walaupun nama korang tiada, tetapi jika korang baca entri ini, maka wajiblah ditinggalkan ucapan kerana blog aku ni blog berantai malang nasib korang jika tidak menurut kehendak aku. Yang dari Amerika, India, Jerman, Singapura ngan Jepun pun silalah ambil inisiatif sendiri memberi ucapan dan nyanyian. Aku mudah lupa sudah tua sudah dua puluh lima.

Thank you in advance. I lap u all.

Monday, June 15, 2009

My Name is Faizal

Di pejabat, aku dikenali sebagai Faizal. Nama panggilan atau nama manja aku 'ijai' hanya digunakan oleh keluarga dan teman-teman. Aku rasa korang pun sama juga bukan? Di pejabat, orang akan mengenali korang dengan nama penuh instead of nama timangan. Akan tetapi pada minggu lagi, entah bagaimana ada pula rakan sepejabat yang menggoogle nama sendiri kemudian terjumpa blog ini. Biasalah aku kan banyak mengumpat orang di blog ini cuba korang google nama korang kalau ada nama korang diumpat secara berjemaah di blog aku, aku sekadar bergurau senda. Tapi jika korang google nama sendiri tapi tak jumpa apa-apa, jangan risau, itu tandanya korang tidak popular. Haa haa.

Berbalik kepada cerita asal. Huii aku memang suka publisiti murahan tetapi apabila stalker korang menyebarkan gambar-gambar aneh aku di blog melalui emel ke distribution list Maikrosof, segan juga dibuatnya. Agak janggal juga apabila orang yang kita tidak pernah bertepuk tampar sambil ketawa hii hii tiba-tiba memanggil aku ijai. I don't mind, tetapi kadang-kadang annoying juga apabila mereka saja-saja memanggil aku ijai untuk mengannoykan aku, padahal sepatah haram pun tak pernah berbicara mesra sepanjang aku berkerja di sini (except ayat2 tipikal seperti 'Yo bro' atau 'how's the case today?').

Jika kita memang teman rapat, kita boleh panggil kawan kita apa sahaja tanpa rasa terguris di hati. Tetapi rakan sepejabat tidak semestinya boleh memanggil kita dengan nama yang sama, ataupun bergurau seperti kita sudah menjadi rakan untuk sekian lama. Menggunakan rakan-rakan aku sebagai contoh, sila klik Read More untuk terus membaca.

Di pejabat, orang akan panggil Jamil, 'Jamil'. Aku boleh panggil dia bitch kerana kami teman rapat(vice versa).

Di pejabat, orang akan panggil Abe, Shuhud. Kami boleh mempersendakan warna kulitnya kerana kami bestfren, tetapi rakan sepejabat tidak boleh.

Di pejabat, orang tidak dibenarkan memanggil Zati Hazira dengan nama manjanya di rumah, Zett Zaidi.

Korang boleh kutuk aku boroi, ejek nama atuk aku John, gelakkan kisah percintaan lampau aku, jika dan hanya jika korang adalah teman rapat aku.

Sumpah aku rasa posting aku yang ini memang macam cikai mak lampir aku pun tak tahu di mana iktibarnya ataupun ke mana hala tujunya.

Sunday, June 14, 2009

Weekend Sessions

Musim bolasepak Eropah telah tamat, maka tiada lagi siaran secara langsung di hujung minggu untuk ditonton sehingga bulan Ogos. Siri televisyen kegemaran juga telah dihentikan semuanya. Hujung tahun baru kembali. Dem. Bosannya hujung minggu. Padahal semasa weekdays bekerja mengimpikan sahaja kebahagiaan di hujung minggu, namun apabila tiba hujung minggu langsung mati kutu. Di waktu siang mungkin kita boleh berdating bersama kekasih, tetapi di waktu malam mahu buat apa? Rakan ramai dah kahwin priority mereka adalah memuaskan isteri, jadi tinggallah aku keseorangan kesepian. Tetapi tidak pada hujung minggu ini dan hujung-hujung minggu seterusnya, kerana kami rakan-rakan Bangi yang masih teruna telah membuat perjanjian anak jantan untuk berkumpul di rumah aku (jika tiada sesi menonton), untuk sesi membaham, berjamming, solat berjemaah serta disudahi dengan sesi pillow talk. Mari kita saksikan apa yang berlaku malam tadi dengan mengelik Read More.

Selesainya bertemu janji dengan teman wanita, aku mendail nombor rakan-rakan Bangi untuk aktiviti bersama. Malam ini tidak ke Alamanda untuk menonton, mama aku tiada di rumah, maka parti liar di rumahku la jawabnya. Sebagai hos parti, aku mestilah menyediakan makanan kan. Maka aku pun mendail la Dominos.

Pekerja Dominos yang tak tahu berbahasa inggeris tapi berani mencuba: Hi. Let me Terminate You Hunger.

Aku: Wtf man. You're working with Skynet too?

Pekerja Dominos yang tak tahu berbahasa inggeris tapi berani mencuba: Errr errr can I have your number?

Aku: Wtf man. Are you gay?

Pekerja Dominos yang tak tahu berbahasa inggeris tapi berani mencuba: No no sir i wan to cek databes. Who know got one your rekod.

Aku: This is my mum's phone. 013*******

Pekerja Dominos yang tak tahu berbahasa inggeris tapi berani mencuba: oooo u loyal kasteme. U eligible for err err breadstick, and BB...BB tu apa pulak (whispering)

Malas aku nak tulis panjang-panjang perbualan aku dengan dia. Anyway sebagai pelanggan paling setia di Bangi ni (akibat malas keluar makan), setiap kali order mesti tak perlu pakai kupon dan selalu dapat freebies. Haritu kadang-kadang dapat extra kupon, garlic bread dan yang paling best dapat wireless router. Eh? So siapa nak beli kupon dominos sila hantar sms ataupun telegram kepada aku.



Fuhh memang mengalir air wadi akibat kelaparan. Perasa Beef Pepperoni dan Extravaganza.



Ini ialah kucing aku Kelly Klarkson. Dia ini mendapat layanan extra istimewa kerana dia dibiarkan berkeliaran tanpa dikurung di dalam sangkar. Dia ni tahu mencari jalan pulang ke rumah tak macam arwah Oakley aku yang siap kena tampal iklan di 7-11 akibat lari dari rumah pastu tak tahu balik. Lepas tu dia ni memang mengada-ngada hanya mahu makan apa yang aku makan. Untuk mengelakkan daripada dia mengganggu kami membaham pizza, aku bagi dia makan telur bungkus kedai Selera Ros.



Aktiviti Fifa menyusul. Semua orang aku titik kerana aku memang handal. Yaa aku lebih handal daripada kau juga Irsyadudin Ismail (rakan sekerja), apatah lagi kau Syed Muaz (ex rakan sekerja).


Sesi seterusnya, berkugiran! Akhirnya kami berjaya juga menghabiskan lagu Shiver dendangan Coldplay setelah beberapa kali Fendi tukar difficulty. Pukul doblas malam melalak memang pintu rumah aku diketuk jiran beberapa kali ah untuk menegur sikap kami.



Aktiviti malam itu disudahi dengan pillow talk tentang mas kahwin Jamil yang mahal. RM2000 gilak ah ding dong awat mahai sangat noo?

See you guys next week. Kamon joinla kami ramai-ramai barula bergaya. Anas dan Apai jika korang nak bawak bini pun aku tak kisah diorang boleh girls talk kat bawah.

Friday, June 12, 2009

£80 juta? Boleh beli 23 Eric Djemba-Djemba

Baca di sini:http://soccernet.espn.go.com/news/story?id=654097&sec=transfers&cc=3436

Jual sajalah. Usah disimpan orang yang bajet diva, hanya tahu step over 3 kali kemudian jatuh tersungkur with the slightest touch. Ini komen secara general sebagai peminat bolasepak, tiada kaitan dengan perasaan benci kepada Man U. Betul, dia memang laju macam **** ****, tapi kalau nak laju baik beli Usain Bolt ke Watson Nyambek ke. Takpe, ada banyak pemain lain yang korang boleh beli untuk menggantinya. Sila klik Read More untuk mengetahui berapa ramai orang yang korang boleh beli dengan £80 juta.

1) 23 Eric Djemba-Djemba (duit kereta banyak tak bayar)
2) 40 David Bellion (carik dalam FM baru tak jumpa)
3) 12 Kleberson
4) 18 Massimo Taibi (haa haa ingat tak gol Matt le Tissier?)
5) 12 Diego Forlan (lawan liverpool terer pulak)
6) 22 Dong Fangzhou (baik beli Akmal Rizal)
7) Semua pemain Newcastle (kena topap sikit ah)

Okla okla nak fair korang boleh beli 4 Robbie Keane

Wednesday, June 10, 2009

Album Rawk Pilihan di Dalam Almari Aku

Aku sedang mencari ubat ketiak Avon aku di dalam almari, tiba-tiba terserempak pula dengan koleksi kaset aku dulu-dulu. Dulu-dulu zaman sekolah mama kasi duit belanja 2 ringgit je sehari. So hanya kaset yang mampu dibeli. Cakera padat dulu memang mahal. Almost 50 ringgit satu CD. So gambar di bawah merupakan antara koleksi kaset aku dulu-dulu. Aku rasa ada banyak lagi tapi hilang entah ke mana. Mungkin Acap Ciki pinjam pastu tak pulangkan. Citarasa muzik aku dulu-dulu memang berjiwa rok n rol. Smells like teen spirit la konon-konon. Ketika itu impian aku bila besar nak jadi macam Kurt Cobain, tak pun Dave Grohl. Skarang dah besar mungkin aku sudah tidak berjiwa rok seperti dulu, perut pun sudah boroi. Antara kedai kaset yang menjadi tempat aku menghabiskan wang ialah kedai kaset di Metro Kajang dan Pertama Complex. Sudah, mari kita saksikan sepuluh album terbaik di dalam almari aku dengan mengelik Read More.


click to enlarge.

1) Foo Fighters - The Color and The Shape
OMG, ini memang album paling hebat the foos. Malah inilah album paling hebat sepanjang zaman bagi aku. Semua lagu memang infectious, dengan lick guitar yang kompleks tetapi mengghairahkan, running baseline nate yang menggiurkan, ahh album ini memang hebat. Personal favorite aku, Hey Johnny Park, part verse keras dia tu memang berderau darah aku setiap kali dengar. Monkey Wrench, Walking After You, My Hero dan sudah pasti lagu Foo Fighters terhebat sepanjang zaman, Everlong.

2) Nirvana - Nevermind
Dulu-dulu memang melotup-lotup irama grunge. Semua remaja ingin menjadi seperti Kurt Cobain. Nick kat MIRC mesti nak buat KuRt-iJAi-CoBaiN ataupun [KurtApaiCobain] (apai pun nak jugak). Album ini memang album wajib dengar kerana semua lagunya layak dijadikan single. Siapa yang tak tahu lagu Smells Like Teen Spirit memang boleh pergi balik kampung la tak rok la kau.

3) Silverchair - Neon Ballroom
Huii album ini pun tidak kurang hangatnya. Daniel Johns hensem gila aku nak jadi macam dia jugak. Album ini tidak sekeras Frogstomp, dan hala tuju muziknya semakin berkembang. Lagu-lagu seperti Miss You Love and Ana's Song memang menjadi siulan aku sehingga sekarang.

4) Nirvana - Unplugged in New York
Ini album Nirvana pertama yang aku dengar. Dulu-dulu riff lagu cover David Bowie, The Man Who Sold the World sahajalah yang asyik berputar di minda. Masa aku mendengar album ini, Kurt Cobain sudah meninggal dah. VCD album ini aku buat hadiah masa dinner form 3 kelas Amanah. Sapa tah dapat anak cikgu Sains tu kot. Best la kau.

5) Green Day - Imsomniac
Kaset ini aku beli daripada Acap Ciki. Dia kata best aku pun dengarla. Pastu dengar-dengar memang best pun. Lagu-lagu dalam album ini memang tipikal punk rock menggunakan teknik repetition 3 chords, serta riff-riff simple tetapi bergaya. I'm on a rollll no self controllll i'm blowing off steam with methamphetamine...(lagu Geek Stink Breath)

6) Faye Wong - HK Scenic Tour
Hahahaha. Ini bukan album rawk. Tapi Sumpah Faye Wong ni best suara dia hebat macam Dolores O'Riordan. Walaupun cong ceng cong ceng tak faham apa, aku still layan.

7) Butterfingers - Transcendence
Band no 1 Malaya. Album OAG Melody Mocker juga mendapat tempat ke-7 tetapi aku tak jumpa di mana letaknya kaset itu. Lagu-lagu lagenda seperti Chemistry, Faculties of a Mind, Epitome (cuba carik lagu ini versi Ella) menjadi lagu wajib hafal.

8) The Offspring - Ixnay On the Hombre
Dexter menyanyi memang out of tune, tetapi itulah keunikan the Offspring. Dulu-dulu kalau hafal lagu All I Want memang dah bajet punk lah.

9) KORN - Life Is Peachy
A.D.I.D.A.S (malas nak tulis panjang-panjang)

10) XPDC - Brutal
Huii memang hebat album ini. Diketuai oleh Ayob, kami memang dihormati ramai kerana mnghafal lagu-lagu sepeti Aku Taknak Jadi Soh Chai, Senapang Patah, Hentian Ini serta Semangat Yang Hilang.

Huh. Antara album-album lain di dalam gambar jika korang perasan ialah Spice Girls - Forever, Britney Spears - Opps I Did it Again, Mel C - Northern Star serta Cromok - Mean Meaner Meanest. Bagaimana? Kongsilah pula koleksi kaset korang dulu-dulu.

Tuesday, June 9, 2009

Dance to the Radio

Anda gemarkan muzik? Anda perlu mendengar muzik setiap hari jika tidak anda akan terkancing gigi? Ingin mendengar muzik di telefon tetapi telefon bimbit anda sekadar mampu mengeluarkan bunyi polifonik? Usah risau. Di sini aku ingin berkongsi cara-cara untuk mendengar stesen radio kegemaran anda di pejabat tanpa perlu risau akan risiko dipecat serta merta. Anda cuma perlukan koneksi (connection) Internet, earphone (speaker tidak sesuai digunakan bagi menghormati pekerja lain) serta komputer pejabat anda. Teknik ini juga sesuai digunakan bagi mereka yang tinggal di perantauan yang ingin mendengar stesen radio tempatan. Sila klik Read More untuk mula mendengar.

1) Buka browser kegemaran anda.
2) Taipkan www.dvrplayer.com di address box kemudian tekan enter. Atau klik sini
3) Klik pada gambar untuk membuka applikasi DVR player.
4) Anda harus membenarkan pop up dari laman itu dibuka.
5) Pilih stesen radio kegemaran anda daripada drop down menu Channel. Basically semua stesen radio di Astro ada di sini. Saya pilih xfresh sebagai contoh.
6) Wahh bukankah itu lagu The Times?

On an unrelated note, Apai dan Mizah datang rumah aku tadi mengambil payung pengantin. I gave Apai a glare, which basically means "Bagaimana nikmat persetubuhan?", but Mizah was there and she was asking "Apa maksud pandangan tu?", and I just burst into laughter. Sori Mizah. Aku still tak biasa berkongsi Apai dengan kau untuk bercakap tentang perkara2 yang orang lelaki selalu bincangkan. Takpe, berilah aku masa untuk move on. Aku harus membuat pengorbanan demi korang...

Pastikan Apai semayang subuh ok. Assalamualaikum.

Monday, June 8, 2009

I Wanna Rock and Roll All Niteee...!



...and party everyday! Line up kugiran Bangi (bertukar2 setiap minggu):

Abe Molek: Bass
Zool Cool: Guitars
Fendi the Perutzilla: Drums
Ijai Kacak: Vocals


Jimmy Eat World - The Middle

Sesiapa yang berminat untuk menyertai kugiran di hujung minggu sila datang rumah aku. Save sikit duit daripada korang pergi berkaraoke dahla mahal boleh terjebak ke kancah penzinaan pulak tu. 10 ringgit je sejam. Bukan setakat menyanyi, malah korang boleh menunjukkan skill menggoreng gitar, menyelapping bass serta mengetuk drum tanpa dicerca orang sekeliling (kecuali jika korang menjadi punca kekalahan ketika bermain sebuah lagu).

but tonight I'm rockin' even more because....(Read More).



Bertenang bertenang. PS3 ini bukan milik aku. Kalau aku beli mesti aku dah riak gila barbie punya. Ini Abe punya dia bawak pegi rumah aku kerana nak main di tv 42inci aku yang kool tu. Haa haa. Aku hasut dia untuk tinggalkan di rumah aku untuk satu malam (jika dia lalai mungkin aku pau seminggu), kerana aku ingin melontar kilat kepada orang ramai dalam....



...INFAMOUS! Tetapi kehebatan tv full hd tidak dapat ditonjolkan kerana Abe tiada kabel component ataupun HDMI. Belila woi tak rawk ah beli PS3 tapi gambar macam Micro Genius.

Sunday, June 7, 2009

Amir Rashidi's Wedding: Part 2 (UPDATED)

Aih mengapa banyak sangat posting pasal Apai? Kerana dia adalah salah seorang daripada BFF aku. Tapi segay mana sekalipun dengan aku dengan Apai kalau tengok gambar dia hari-hari mau gugur bulu pubis aku akibat menyampah kan? Takpe lepas ni kita letak gambar jejaka lain yang masih single buat tontonan gadis-gadis. Baiklah mari kita ikuti kronologi perkahwinan Apai dan Mizah sebentar tadi.

Aku menerima panggilan daripada Apai yang menyuruh aku bersedia pada di dewan pada pukul 1.15 petang. What the what? Aku ingat servis apitan aku semalam tidak memuaskan dah khidmat aku tidak diperlukan untuk hari ini. Apai merequest aku memakai baju kaler kuning muntah kucing atau creampie. Lantas ku korek almari mencari-cari tetapi faktor perut menghalang aku daripada memakai baju arwah abah aku. Lantas ku terjah ke Kompleks PKNS tetapi hampa, lalu bergegas ke Warta. Huiii nasib baik ada kaler kuning air sungai. Bergaya dan bersaiz aku pulak tu.

Weols berkumpul di rumah aku sebelum bergerak bersama ke Dewan Cukai Pintu dekat dengan tol Bangi tu. Sori kamera aku harini PMS, banyak yang direject. Yang aku post ni pun ala kadar sahaja kualitinya. Gadis-gadis boleh klik Read More untuk melihat jejaka-jejaka kacak di majlis perkahwinan Apai.



Wow serba kuning ari ni. Baju kuning, air kaler kuning, otak kuning pikir Apai bersetubuh ke tak malam tadi, serta boxer ada kesan kuning akibat tak basuh seminggu.


Kau lihat. Punyala ghairah memakai baju Melayu baru sehingga terlupa untuk menanggalkan tag harga. Saje je blurkan harga dia nanti boleh claim kat Apai mahal sikit. eh.


Sesi memotong kek. Kek tempah kat kedai kek Angel (spekulasi aku sendiri).


Anas badan macam Incredible Hulk dah (ini cacian bukan pujian). Zack mengandung ke kau yang mengandung ni nas.


Rakan-rakan Uniten. Gilak ah Herwan (tujuh dari kiri), berapa tahun tak jumpa terus ada anak bini. Hairul Nazrin, (tiga dari kanan) berapa bulan tak berjumpa badan dah macam siamang bunting. Mana Arun gedung Tesco?

Ok Apai aku dah menyampah dah nak letak gambar kau lagi, tapi jika kau bercadang untuk berkahwin lagi, aku bersedia menjadi pengapit tanpa sebarang keraguan.

Ucapan ikhlas daripada aku, jadilah suami yang soleh yang tidak meninggalkan sembahyang subuh serta hapuskan pornografi-pornografi yang ada di dalam komputer kau samada yang asia ataupun mat saleh. Yela nanti Mizah berasa aneh pulak kang apabila kau mengaplikasikan teknik-teknik yang advanced dan luar daripada kebiasaan. Buat Hamizah, kau memang bertuah kerana mendapat Apai kerana kau tidak akan berjumpa dengan orang yang akan menyintai kau dengan sepenuh hati. Kalau kau dengar luahan hati Apai kat aku tentang cinta dia kepada kau setiap kali dia tidur di rumah aku pasti mengalir air mata gembira kau.

Congrats bro, congrats sis. Wish you all the happiness in this world.


UPDATED! lawati laman fesbuk Fendi untuk gambar yang-gambar yang lebih menarik: http://www.facebook.com/album.php?aid=100023&id=672127115

Saturday, June 6, 2009

Amir Rashidi's Wedding: Part 1

Entry kali ini memang penuh dengan gambar. Part 1 ialah majlis perkahwinan di rumah Mizah di Seri Kembangan. Mari kita ikuti kronologi perkahwinan Apai dan Mizah sebentar tadi.

10.42 am: Apai menghantar mesej menyuruh aku bersedia pada pukul 12.30. Huii aku memang tidur semalam pun pakai baju melayu pink aku. Tinggal nak sarung boxer dan sampin je. Tetapi Apai? Rileks je gaya dia begini.



1.45 pm: Hamizah sudah call dengan nada luar biasa. "Maneee korangg??", "Patutnya pukul 1.30 dah sampaiiiii" serta "Aku dah siap mekap voguethevass dah ni korang dah sampai simpang call aku cepat" adalah antara leteran yang dilemparkan. Sori Mizah, bukannya kami sengaja. Tengoklah Apai kena mekap di bawah pokok tu yang lambat sikit tu. Memang semua serba tak kena last minit. Jerawat tumbuh la, bulu ketiak terkeluarla, sampin tak bergaya la macam-macam.



2.00 pm: Kami tiba di simpang yang dijanjikan. Kipas serta payung disponsor oleh pihak perempuan. Skuad kompang cawangan Seri Kembangan sudah tunggu kitorang lama dah. Ramai jugak yang keliru mana satu pengantin mana satu pengapit kerana aura baju pink aku memang menggetarkan hati gadis2 terutamanya makcik-makcik kesunyian.





Sudah pasti ada lagi. Click Read More to continue.



Apai: Huii udang ini memang menggiurkan tetapi sayangnya bengkung aku ni menghalang nafsu aku (dalam hati)

Mizah: Huii udang ini memang menggiurkan tetapi di hari perkahwinan mestila aku kontrol keayuan voguedevass aku (dalam hati)

Abang waiter: Babi diorang tak bayar OT (dalam hati)

Aku: Rabbana aatina fiddunnya hasanah...



Aku rasa aku gagal dalam kerjaya pengapit aku tadi kerana aku memang tidak berguna hanya tahu makan dan bergambar sahaja. Kesian Apai ketiak dia berpeluh aku tak lap.


Apai berazam untuk menjadi seorang lelaki malam ini. Malam semalam dia kecewa kerana saudara mara ramai. Haa haa.


Terima kasih Hamizah kerana memberi aku kain pink untuk dibuat baju melayu. Sori aku freak out sekejap tetapi kesudahannya aku memang kacak memakai baju apa apa.



Apai: Yeahhhh malam ini akan ku hunus 'keris' comelku. Yeahhhhhhhh.

Huhhh. Penat aku. Gambar banyak lagi sebenarnya. Apa kata korang layari sahaja laman fesbuk aku di link ini: http://www.facebook.com/album.php?aid=99376&id=628280825&l=78681b5e31

Esok kenduri belah Apai pulak. Gadis-gadis sila stay tuned untuk part 2 kerana esok pasti ada gambar jejaka-jejaka hangat Bangi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...