Friday, July 31, 2009

Mesej dari Ise

Aku sedang memandu pulang dari kerja, kemudian te teck te teck bunyi sms masuk.

"ijai, tadi aku hampir mengulangi kisah initial d. Tapi kali ini aku ngaku aa aku angkat finger...haha, dia berhenti tengah jalan, nak ketuk keta aku..."

!!!!!!! scretttihikkkk bunyi aku menekan brek kerana terkejut mendapat berita itu. Terus aku memberhentikan kereta. Tapi di tol ah sebab nak amek tiket. Sempat juga aku membalas,

"waddefak. apsal kau tunjuk jadi? kau bertumbuk ke sempat melarikan diri..."

Aku masa tu dah memandu laju gila barbie macam orang nak terberanak ataupun macam nak terberak tahi dah sampai di penghujung punggung demi nak menyelamatkan Ise. Aku tak gentar. Aku ada tali pinggang hijau zaman sekolah menengah kebangsaan jalan 3. Perut aku dah tough skarang kalau kena tumbuk pun dia boleh menganjal. HIYAAAAA aku jerit di dalam hati untuk memberanikan diri. Tiba tiba te teck te teck bunyi sms masuk lagi.

"haha aku sempat melarikan diri...tapi dia sempat baling benda kat keta aku, nsb baik cermin tak pecah..."

Diharapkan Ise dapat memberi penjelasan bagaimana kejadian ini boleh berlaku.

Kesempatan ini aku gunakan untuk memberi tips-tips berguna untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kongsi gelap jalan raya. Sila klik Read More untuk mempertahankan diri anda.

1) Sebelum kita menjadi mangsa, adalah lebih baik kita sendiri yang menjadi samseng jalanraya dan bermaharajalela. Tak puas ati dengan kenderaan yang potong Q anda terus bukak tingkap dan jangan tunjuk fak, sebaliknya tunjukkan ketiak anda.

2) Jika anda seorang wanita, gunakan air mata kerana seganas-ganas lelaki, tumpas juga dengan air mata. Tetapi jika anda seorang lelaki jangan sekali-kali mengalirkan air mata sebaliknya keluarkan air liur pastu pura-pura cacat. Pastu samseng jalanraya pasti akan kasihan dan memberi sedekah.

3) Call kawan aku Gaput. Dia ni memang otai dan suka makan burger Otai. Dia pernah tumbuk pipi Saiful Bukhari Azlan tau. Kalau Gaput tidur call polis.

4) Buat samseng jalanan itu tergelak untuk mengalihkan perhatian mereka dan korang boleh melarikan diri ketika mereka sedang terbahak-bahak. Antara jenaka yang boleh korang guna adalah:

"Abang berhenti kejap bang. Sebelum abang pukul saya, abang dengar dulu apa yang saya nak cakap ni. Dalam banyak-banyak burung, burung apakah yang baik? Burung belatuk, sebab dia bela atuk dia haaa haa haaa kelakarnya saya"

5) Amalkan sifat bersabar. Jika mereka memprovoke kita, usahlah kita membalasnya. Ambil iktibar daripada perkara yang telah berlaku kepada kami. Ingatlah orang yang tersayang. Aids membawa bencana. Aids tak kenal mangsa.

Diharapkan anda mendapat manfaat daripada apa yang saya cuba sampaikan. Dan Ise, kau harus menceritakan kisah ini kepada kami ok.

Thursday, July 30, 2009

Mama pergi ke Singapura, parti liar la jawabnya!

Mama berada di Singapura sejak semalam atas urusan kerja esok baru balik. Maka malam ini sebuah parti liar akan dilangsungkan di rumah aku. Aku menjanjikan keseronokan dan kenikmatan duniawi dan kita boleh berjaga dan bersemenda sehingga pagi. Orang yang bukan mahram tidak digalakkan hadir bagi mengelakkan fitnah dan umpatan jiran-jiran. Tapi kalau semua lelaki dianggap parti gay pulak. Sila hadir dengan clubbing gear serta kelengkapan solat masing-masing. Walaupun ini adalah parti, aku memberi jaminan bahawa dosa-dosa besar seperti penzinaan serta penyalahgunaan alkohol tidak akan berlaku. Dosa-dosa kering seperti menonton filem yang mengandungi kata-kata kesat mungkin ada.

Berikut adalah tentatif program untuk malam ini (benda tipikal yang kami kaum lelaki sering buat):

7.00 pm: Kehadiran para tetamu.
7.30 pm: Upacara solat maghrib berjemaah
7.45 pm: Sesi usrah membincangkan tentang perpindahan pemain bolasepak
8.00 pm: Guitar Hero! Grenggggg!!! Ketuk ketak. Wiuiuiuiuiu!!!
8.45 pm: Solat isyak berjemaah serta bacaan Yasin
9.15 pm: Sesi membaham. Domino's la apalagi.
10.00 pm: Sesi boys talk membincangkan tentang cinta dan masa depan
11.00 pm: Tidur sebentar
1.00 am: Bangun untuk Qiamullail
2.00 am: Sesi usrah dua; perbincangan tentang siapa yang lebih hangat, Rozita Che Wan ataupun Nanu Baharudin.
3.00 am: Aktiviti mencari klip video Farawahida dan Julfekar di Internet.

Sila klik Read More untuk mendaftarkan diri ke parti ini.

PARTI LIAR DIBATALKAN KERANA ESOK AKU KERJA KENA BANGUN PAGI.

Barbie aku nak makan apa malam ni semalam dahla makan jagung lebihan je dalam peti ais kesian aku. Pulanglah mama aku kelaparan....

Tuesday, July 28, 2009

Gadis Anda Memang Kool Jika...

Bagaimanakah hendak mengukur kekoolan gadis anda? Di sini saya ingin menyatakan piawai-piawai yang digunakan bagi mengklasifikasikan bahawa gadis anda adalah seorang yang kool.

1) Memiliki kemahiran bermain Guitar Hero tidak kiralah di posisi gitar, dram, mahupun vokal. Lebih kool lagi jika gadis anda tahu menggunakan whammy bar dengan baik.



2) Menemani anda ke konsert tak kiralah konsert nasyid U.N.I.C ataupun konsert rawk seperti Butterfingers dan OAG.



3) Membelikan anda jaket paling kool gila barbie untuk anda.



4) Mampu mara ke level 5 Virtual On serta mengalahkan kita dalam perlumbaan di Battle Gear 3. What the whatttt??



5) Menemani anda menonton wayang setiap minggu, tidak kiralah cerita apa daripada yang lucu seperti Land of The Lost, yang terkujat seperti Drag Me To Hell, yang romantik seperti Definitely Maybe, yang bosan seperti Apa Kata Hati, yang kool seperti Star Trek, mahupun yang sedih seperti High School Musical 3...eh?



Sila klik Read More untuk mengetahui jika gadis anda kool atau tidak.

6) Ada tali pinggang hitam dalam tae kwan do. Tapi bukti tiada camna ceq nak percaya noo. Hee hee.

7) Boleh bermain gitar sambil menyanyi lagu dalam soundtrack Juno. Ala yang lagu Juno nyanyi last-last tu...part time lover and a full time friend....the monkey on your back is the latest trend....lalalala

8) Rela memandu ke kompleks membeli belah walaupun tak berapa rela di hati.

9) Memiliki nama umpama bintang filem seperti Uma Thurman ataupun Datillah.

Selamat menyambut ulangtahun Percintaan yang ke-3, 29/7/2009. Semoga kita akan terus bercinta sehingga tua. Sorilah jika entri ini meremukkan hati gadis2 ataupun arbok2 yang menaruh perasaan terhadap aku dan serta membaca blog aku. I hope we can still be friends.

Adakah gadis/jejaka anda pun kool juga?

Monday, July 27, 2009

Yasmin Ahmad was a dude??

Hai uolsss. Sally vogue de vass kembali lagiiii gelenyahhhh. Hamboi hamboiiii gembirala tu uols mak dah kembali. Hik hik. Buat peminat2 Sally yang tak putus-putus menghantar telegram, emel, MMS dan voicemail minta mak kembali menulis, uols memang kelassssssss memandu. Siapa diva gebuss no 1? Maklahhhhh. Bukan Azwan Ali okayyy. Hik hik hik sundal.

Okayyy sebagaimana yang uols tahu, Yasmin Ahmad, pengarah yang terkenal dengan filem muhibbah seperti Sepet serta iklan-iklan hari raya yang meyayat hati telahpun meninggal dunia beberapa hari yang lalu akibat serangan strok. Takziah mak ucapkan pada keluarga arwah. Tapi yang membuatkan Sally kembali nak menulis adalah kerana terbaca sebuah artikel di akhbar sensasi Kosmo pagi tadi masa pergi shopping alat mekap. Yela lipgloss mak dah abis kan kenala ganti kalau tak camana nak tarik perhatian jantan gebus sedunia! Awwww.

Artikel tersebut menyatakan yang Yasmin Ahmad meninggal sebagai seorang perempuan dan dia dahulunya merupakan seorang lelaki yang bernama Zulkifli Ahmad. What the whatt? Terus mencarut mak masa tu. Klik Read More ye uols kalau nak tahu kisah hangat ini.

disclaimer: ruangan gosip ini ditulis oleh Sally, mamarazi popular dari Kolej Matrikulasi Melaka. Sebarang komen, tak puas hati, gosip panas, ataupun nak ajak berbual(lelaki muda sahaja) bole hantarkan kepada sally_gelenyah (at) gmail (dot) com

Selepas dihalau akibat membaca secara percuma di kedai macha kunji itu, Sally pun buatlah research kat Internet. Huiii mak ingat maklah kaki gosip no 1 tapi ketinggalan zaman rupanya mak ni. Kisah jantina Yasmin Ahmad sudah lama berkeliaran di Internet. Mengikut kajian di Internet dan Kosmo, Yasmin Ahmad merupakan seorang khunsa yang bernama Zulkifli Ahmad, yang pernah menjadi penyerang dalam pasukan bolasepaknya. Dah besaq sikit, jadi penyanyi masuk pertandingan Bintang RTM. Mungkin setelah one two jus, pihak perempuan menang maka pihak lelaki diusir terus dari badan. Itupun setelah mendapat nasihat daripada Jedi Council Islamic Council kerana hormon progesteronenya melebihi hormon testisnya. Sally dapat 4B tau subjuk Biologi masa SPM dulu jangan main2 uols. Maka ramailah bloggers-bloggers yang mengeji dan mencaci secara anonymous walaupun depa ni dah mati. Apparently, she was actually married you know. Mmmm apa agaknya reaksi suami dia masa mula-mula nak bermesra? Well cinta mengatasi segalanya uols. Ni gambar dia masa muda, tapi gambar kat Kosmo lagi da bomb uols memang sama jambunya.



Komen Sally? ADA AKU KISAHH?? sori wan pinjam u punya tagline. Hik hik. Tak kiralah dia tu khunsa ke pondan ke transformers ke yang kita nak dok mengeji tu pasai apa? Itu jalan yang dipilihnya so itu urusan dia dengan Tuhan. Yang dok kutuk-kutuk tu jangan ingat korang boleh terlepas azab kubur. Subuh pun tak semayang ada hati nak mengata korang. Kita toksahla nak membuat spekulasi dek non oiii depa kerat depa punya ding dong ka apa ka. At least dia berani kerat, Sally? AWWWWWW. Tak rela uols. Walaupun Sally ni 90% arbok tapi 10% lagi tu Sally nak simpan taww. Hik hik hik.

Gelenyahhhhhhh.

p/s: she's still our fellow Muslim. Al-Fatihah.

p/m/s: for those who're searching for the article written by Kosmo, you need to grab today's original copy. You will not find it from their main site www.kosmo.com.my as they do not have the balls to publish it online.

Sunday, July 26, 2009

Angin Bayou Membawa Diriku

Ahhh weekends. Di hujung minggu, blog ini akan bertukar menjadi blog jalan-jalan cari makanan halal. da Killa' baru sahaja mendapat gaji, maka kesempatan itu harus dieksploitasikan sebaik mungkin dengan membaham di restoran yang lebih mahal daripada biasa. Maka destinasi overbajet kali ini ialah restoran Bayou di Alamanda Putrajaya. Lokasi restoran ini terletak di sebelah Starbucks, di luar, di hadapan air pancut. Rakan-rakan Bangi korang pernah pergi berbuka di kawasan itu tapi aku tak dapat join, tapi restoran tu dah muflis akibat sumpahan korang dan digantikan dengan Bayou.



Tema masakan di sini adalah makanan barat dan Itali. Pelbagai jenis steak dan pasta boleh dipesan. Babi tidak dihidangkan dan teknik penyembelihannya adalah mengikut cara Islam, jadi korang tak usah risau. Ooo tak semayang subuh tiada pulak mahu risau ye (usrah sambilan). Harga? Mungkin lebih mahal 8 ringgit daripada membaham di Restoran Yus, tetapi adakah berbaloi harganya berdasarkan kualiti serta tekstur makanannya? Sama-samalah kita klik Read More untuk melihat apa yang kami pesan.


Untuk menaikkan nafsu makan, kami memesan Wild Mushroon Soup. Rasa sup ini agak aneh kerana rasa seperti Quaker Oatmeal. Waiter itu mungkin menipu apabila dia kata cendawan mereka dipetik segar daripada Taman Cendawan di Putrajaya. Atau mungkin aku yang menipu kata waiter tu cakap camtu. Anyways harga sup ini ialah RM7 dan aku tidak merekomendasikannya buat para pembaca kerana korang boleh buat sendiri menggunakan sub bunjut adabi dan tambah sahaja oatmeal yang ada.


Olrite, untuk hidangan utama, aku memesan Macho Chicken. Sumpah aku tak bergurau itu memang nama hidangan di atas. Tampak seperti teluq bungkuih, tapi itu sebenarnya adalah kepingan ayam yang disaluti cheese, sos rahsia serta puri tomato, dihiasi dengan asparagus dan dilengkapi dengan mashed potatoes. Harganya ialah RM18. Nampak macam sedikit sahaja portionnya, tetapi hidangan lazat tersebut berjaya memenuhi tank aku.


Nurdatillah pula memesan Grilled Lamb Leg. Kaki kambing ini dipotong khas daripada kambing-kambing yang disahkan mengidap kencing manis yang harus dipotong kakinya. Haa haa amacam lucu tak jenaka aku? Aku berjaya mengepow kaki kambing ini rasanya sungguh tender dan juicy, disaluti sos rahsia yang membuatkan korang terus bersyukur dengan nikmat lidah yang Tuhan berikan. Harga? Rm 28.


Ketika aku meminta bil, pelayan itu berjaya menggoda kami untuk memesan pencuci mulut. Bulan ini dessert dia off 50%, so kami pun memesan Bread and Butter Caramel Pudding. OMG memang tahap kenikmatan dia sehingga menyebabkan korang perlu mandi wajib. Lazat doo hidangan ini. Kelembutan roti dia yang salut mentega dan karamel dan ditambah pula dengan aiskrim magnolia, huiii sehingga menjilat dinding. Harga RM4 selepas diskaun ahhh memang berbaloi sungguh. Pastikan korang memesan hidangan ini jika datang ke sini.

Kesimpulannya jika korang baru dapat gaji dan hendak makan di tempat yang lazat selain di restoran Selera Rose, korang boleh cuba restoran Bayou ini. Hari ini aku hendak keluar menonton di Midvalley, Restoran apa yang boleh dicuba di sana yang orang jarang pergi? Ada cadangan sila sms aku sebentar lagi. Ok Assalamualaikum.

Friday, July 24, 2009

Kisah Sedih Initial D

Ini adalah kisah benar yang dialami oleh kami geng Bangi. Peristiwa berdarah ini berlaku pada tahun 2005 ketika kami hendak menonton filem Initial D di pawagam. Jika korang perasan, aku sekali sekala akan mention tentang 'Kisah Sedih Initial D' sewaktu menulis di laman blog ini. Maka hari ini aku kan mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku di 'Kisah Sedih Initial D'.

Filem Initial D baru sahaja dirilis di pawagam. Ketika itu, semua rakan-rakan yang belajar di luar negara sudah pulang untuk cuti musim panas. Atas semangat Jay Chou, kami semua berkobar-kobar untuk menontonnya pada malam itu. Kami pergi dengan dua kereta. Line up pada malam itu adalah aku, Amir Rashidi (Apai), Ahmad Shuhud (Abe), Mohamad Fairuz (Ayob) dan Khairul Afendi (Fandi) yang menaiki kereta Apai. Selebihnya, Adam Johari, Mohd Dazrul (Dazu), Mohd Nurhisyam (Ise), Anas dan Zulkifli (Zul) menaiki kereta Adam. Sehingga hari itu, Mines merupakan tempat persinggahan kegemaran kami sejak sekolah menengah. Kami semua bersetuju untuk berkumpul di McD Mines, tetapi entah Adam salah faham dengan mesej itu, dan dia menunggu kami di McD Bangi pula.

Aih. Maka kami pun bergegas la ke McD Bangi untuk bertemu mereka sambil mengeji Adam (haha). Di dalam kereta kami berboys talk membincangkan topik-topik hangat pada masa itu seperti kisah percintaan Ayob dan Fatin di Merrybrown. Show pukul 9.30 malam kot. Kami sudah terlambat (again, salahkan Adam, haha) maka kami pun sudah dirasuk semangat Initial D berlumba la di jalan raya. Lagu hip hop Cina berkumandang di udara. Kereta Kelisa Apai memiliki kuasa pecutan baik, namun di jalan yang lurus, kereta Adam tenang sahaja memecut kami kerana memiliki topspeed yang lebih tinggi. Namun begitu kereta Apai berjaya memotong di selekoh terakhir di hadapan lampu isyarat berhampiran Mines. Kisah berdarah bermula di situ. Sila klik Read More untuk mengetahui kesudahannya.

Kami sedang meraikan kejayaan kami menewaskan Team Adam sambil menanti lampu isyarat hijau menyala. Tiba-tiba seorang manusia keluar dari kenderaan di hadapan dan berjalan menuju ke arah kereta apai. Dengan gaya samseng dia mengetuk tingkap kereta Apai. Apahal? Apai pun buka tingkap. Lelaki itu berkata ."Tutup lampu tinggi kau sakit mata aku!" Apai menjawab, "Ini memang lampu biasa bukan high beam..". Lelaki itu diam dan beredar kembali ke keretanya. Memang terbakar kami dalam kereta itu sambil mencarut-carut. Itu memang lampu standard kereta Kelisa tanpa modifikasi tak tahu mengapa dia sakit mata.

Menyala sahaja lampu hijau, Apai terus me 'rem' keretanya dan memandu laju dalam kemarahan. Abe menasihatkan Apai bersabar dan tidak mengikut perasaan. Namun begitu, Apai terus memotong kereta tadi dan kami semua merenung tajam ke arah kereta tadi. 5 saat kemudian kami mendengar bunyi deruan enjin yang garang serta lampu tinggi jelas kelihatan di cermin belakang Apai. What the fak? Kereta tadi kembali memotong kami dan cuba menghalang laluan kami. Apai berjaya mengelak daripada melanggar kereta itu dan terus menuju ke arah tempat letak kereta Mines. Kami masih lagi in shock ketika berhenti mengambil tiket parking. Semua diam membisu lidah terkelu tak tahu nak mengeluarkan ekpresi apa.

PRANGGGG! CRASHHH! Bunyi kaca pecah macam lagu intro Stone Cold Steve Austin nak masuk gelanggang gusti. What the what?? Aku dapat rasakan kepingan-kepingan cermin kereta Apai masuk dalam baju aku. Toleh belakang, memang sudah berderai cermin belakang kereta apai. Dalam pada itu, geng-geng kereta watak jahat tadi semua sudah keluar dari kereta mereka dan cuba untuk membuka pintu kereta kami, nasib baik kereta Apai berkunci. Di bahagian hadapan, orang yang menegur Apai tadi menjerit "HIYAAAAAA!!!" kemudian melompat dan menumbuk cermin hadapan Apai. Tidak pecah pun, tetapi percikan darah jelas kelihatan di cermin kereta Apai. Orang-orang di sekeliling hanya dia membisu tak buat apa-apa sekadar tengok sahaja keganasan di hadapan mereka. "JALAN APAI JALAN!!," jerit Ayob. Tanpa mempedulikan palang di hadapan, Apai menekan pedal minyak dan melanggar palang parking di hadapan. Memecut tanpa memandang belakang. Sambil itu Ayob menyuruh kami mendail nombor polis. Abe mengambil tugasan itu dan mendail 999. "Helo polis tolong kami, kami sedang dikejar di Mines..." kata Abe dengan nada cemas dan terketar-ketar.

Apai memberhentikan keretanya dia suatu sudut gelap di dalam parking Mines. Masing-masing menampakkan wajah cuak dan terkejut dengan apa yang berlaku. Kami tak tahu hendak buat apa. Kawasan itu sangat gelap jika watak jahat datang kalau kami dibelasah memang takde sape nak tolong ah. Melawan kembali? Mungkin. Tetapi yang kuat dalam kereta kami ketika itu Ayob dan Fandi saja. Aku dulu kurus kerempeng tak macam sekarang memang tidak cukup zat untuk bertumbuk. Apai memang tidak menakutkan langsung jika diajak bergaduh. Abe tak perlu ceritala kecuakan dia macamana sampai berbuih-buih mulut kena sawan. Kami semua bersetuju untuk keluar dari kawasan parking dan berhenti di tempat yang ada ramai orang.

Keluar sahaja dari kawasan gelap itu, kelihatan watak protagonis sedang menanti kami dan terus mengejar kami dengan kenderaan mereka. Mereka cuba melaksanakan aksi-aksi di dalam filem seperti melanggar kereta dari tepi tetapi tidak jadi. Kami memecut ke stesen minyak yang berhampiran, dan berhenti di situ. Masing-masing senyap duduk dalam kereta menanti kehadiran polis. Abe bersuara "Tulah korang aku cakap bersabar tapi korang taknak dengar..." kata Abe dalam nada yang teresak-esak. Tetapi apakah yang membuatkan tercetusnya provokasi itu? Team Adam menyusul di belakang. Semua tertanya-tanya apa yang terjadi, termasuklah orang awam yang berada di sekitar setelah melihat kereta berlumuran dengan darah dan cermin kereta yang pecah.

Ketua watak jahat datang dengan tangan yang berbalut darah. Dia mengajak kami pergi ke tempat kejadian untuk 'berbincang'. Berbincang? Well apparently, kejadian tercetus setelah dia melihat salah sorang daripada kami menunjukkan jari hantu kepada mereka ketika kami memotong kereta mereka. Apai furiously denied that accusation. Well apparently lagi, aku nampak tindakan rakan aku melakukan aksi itu, tetapi tidak mungkin aku akan mendedahkannya kerana dia rakan kami. Gembira bersama, solat maghrib bersama, kena belasah pun sama-samala kan. Adam dengan accent Amerikanya mencarut-carut dan tampak bersedia untuk bergaduh. Zul pun pun dengan muncungnya itu cuba-cuba jugak untuk maki mereka tapi secara senyap-senyap sahaja. Tak kisahlah siapa tunjuk fuck pun, itu still tidak menghalalkan perbuatan mereka untuk menghentak kereta Apai dan mencederakan kami. Besides, provokasi tidak dicetuskan oleh kami bukan?

Polis datang dengan senapang automatik. Dengan garangnya dia menyuruh kami ke balai. Kami akur dan bergerak bersama-sama. Fandi sudah call back up just in case nak selesaikan pertarungan sebentar lagi. Tapi sekadar Aizat AF sorang je macamana nak gang fight. Ayob pun call abang dia. Kalau Gopeng ada mesti lagi kool. Apai membuat laporan polis. Pihak lawan pun membuat laporan juga. Mereka melaporkan yang kami menunjukkan jari hantu kepada mereka dan melanggar tangan dia sehingga berdarah dan hampir patah. Hmmmmmmmmmmmmmmmmm. Saat-saat inilah Abe pula hendak bersuara. Dalam kecuakan menjelaskan kepada polis, boleh pulak dia mengeluarkan komen-komen seperti "Kawan saya ni memang memandu laju...." dan "Saya ni pelajar pergigian nanti habisla rekod saya tak boleh nak bukak klinik gigi...". Team Adam juga berani pula mengeluarkan kata-kata kesat sekarang kepada mereka tadi kenapa korang tak tolong kitorang haaa. Hee hee.

Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Kami masih berada di balai. Apai menjelaskan kami mungkin perlu tinggal di balai kerana pegawai penyiasat hanya akan menyiasatnya pada keesokan harinya. Abang Ayob menjadi negotiator, dan kami kedua-dua pihak akhirnya mengugurkan dakwaan masing-masing dan 'bersalaman' meminta maaf. Mereka kata, 'Melayu sama Melayu, buat apa nak gaduh'. Yeah right. Mereka mengajak kami ke tempat kejadian untuk menjelaskan kepada pihak pengurusan. Atas dasar tanggungjawab melanggar palang itu, kami pun memberanikan diri ke sana. Namun mereka tiada.

Kami sampai di rumah dalam pukul 3 pagi. Apai tak tidur sehingga subuh, dan dia bersolat subuh untuk kali pertama buat sekian lama, lalu menyerah diri kepada ibunya. Buat mak Apai, kami bukan sengaja keluar malam itu untuk bergaduh. Aku kasihan dengan Apai kerana dialah yang paling terjejas dengan kejadian ini, kereta kena repair, kejutan emosi, dimarahi keluarga lagi....Mungkin peristiwa ini boleh dielakkan jika kami lebih banyak bersabar, ataupun lebih gagah fizikal untuk kembali melawan, ataupun tidak tunggu di McD Bangi instead of Mines (haha). Namun begitu, apa yang berlaku membuatkan kami rakan2 Bangi menjadi lebih rapat, lebih mesra more than ever walaupun loyalty Abe masih menjadi tanda tanya sehingga sekarang.

Jika perkara yang sama berlaku lagi, will things happen differently? Not likely. Kerana kami rakan-rakan Bangi adalah golongan yang tenang. I love you guys.

Wednesday, July 22, 2009

Analisa Keyword di bulan Julai

Statcounter boleh merakamkan apa sahaja yang korang taip di enjin carian seperti Google dan Bing yang merujuk ke laman blog aku tak kiralah yang senonoh ataupun tidak. Dengan adanya feature keyword analysis ini, kita boleh mengetahui apa yang orang ingin cari dan ingin tahu secara umumnya di alam maya. Maka di sini aku ingin membantu para pembaca mendapatkan maklumat berdasarkan keyword yang mereka taip. Sila klik untuk besarkan gambar.



1) Gosip artis tempatan - korang mungkin sampai ke blog aku setelah menaip keyword tersebut kerana mamarazi popular Sally sering menulis tentang gosip artis tempatan di blog aku. Jika korang ingin mendapatkan gosip hangat artis tempatan, sila ke www.murai.com.my ataupun ohbulan.com

2) Format surat tidak rasmi - Boleh didapati di entri ini. Bagus adik-adik ingin belajar Bahasa Melayu. Diharapkan adik-adik tiru format sahaja, tetapi jangan gunakan kosa kata yang Cikgu Jai guna di blog ini di dalam karangan anda ya.

3) Eze Manzura - Eh ini pensyarah kegemaran aku. Stalker eze manzura ke? Para pelajar Pn Eze sila ke laman metalab dia untuk melihat carry marks masing2, nak kenal Eze Manzura pergi ke entri ini.

4) ijaicool - Yaaa. Sayalah orangnya. Tahniah anda berada di laman blog yang betul.

5) jersey football yang murah di bangi - tak pasti pulak aku di mana. Paling murah kat pasar malam ah. Kalau nak yang ori pegi kat Al Ikhsan Bangi, tapi tak banyak choice ah.

Selebihnya, aku ambil yang popular dan menarik sahaja. Sila klik Read More.

6) Syed Muhammad Muaz - Hoi Muaz dah kahwinla apasal korang gugel nama dia. Kena berdepan dengan iza dulu kalau nak merampas muaz. Tapi aku syaki muaz yang gugel nama dia sendiri.

7) dikulum suri rumah - Astaghfirullahalazim. Takde takde laman blog aku tiada cerita lucah. Sila layari laman blog Farawahida dan Julfekar. BAM!

8) tajwid online - Alhamdulillah. Kalau nak belajar tawjid, ente boleh baca di entry ini.

9) emmett and terrina - diorang dah duduk di kanada la. tak tahu bila balik.

10) naim marsidi blogspot - lebai pun ada stalker? dia dah tak pakai blogspot dia pakai wordpress. alamat laman blog dia adalah www.naim-marsidi.com

11) zed diyana zulkafli - dia dah pulang ke tanah air. lama jugakla kot tapi aku takdela keluar minum teh dengan dia so aku tak tahu dia sihat ataupun tidak mahupun status dia mengandung ataupun tidak.

12) amoi kl yang gersang - Astaghfirullahalazim. Ni lagi satu. mengapa fetish korang begitu? Jamil ke yang taip ni? eh tak, Jamil fetish melayu hee hee.

13) cara mengurat gadis - yaaa anda memang berada di laman blog yang tepat. Di blog aku, korang boleh guna dan aplikasikan ayat-ayat mengurat yang sopan yang aku ajar di entri iniuntuk memikat gadis-gadis idaman hati.

14) tawjid idgham mislain - mim mati bertemu mim, itulah idgham mislain.

15) photo seksi leong mun yee - maaf, tidak boleh didapati di laman blog ni. Tetapi gambar seksi Ling Leong Wei mungkin korang boleh cari.

16) zati zahrul - wahhh zati kau ada skandal ngan kawan aku yang bernama zahrul ke? gosip hangat nih.

17) maen romen dengan bapuk - sila hubungi Sally. tapi Sally mementingkan kualiti di dalam hati, bukan di atas body. wahhh rhyme.

18) idgham maalghunnah - num mati bertemu mim, dibaca dengung.

Aku berharap para pembaca yang menaip keyword-keyword di atas berpuas hati dengan penjelasan yang aku berikan. Ingat, apa yang korang taip, terutamanya fantasi-fantasi seksual korangyang tidak senonoh, pasti ada orang yang akan tahu. Malaikat di sebelah kiri sentiasa mencatat amalan keji anda tak kiralah sebesar biji sawi sekalipun (usrah sambilan). Assalamualaikum.

Monday, July 20, 2009

Semua orang ada, aku pun mahu juga.

Statistik menunjukkan 4 daripada 10 orang mengalami osteoporosis ketika berumur 29 tahun akibat tidak meminum Anlene.

Statistik menunjukkan hanya 2 daripada 10 orang bangun bersembahyang subuh di hujung minggu.

Statistik menunjukkan 3 daripada 10 orang gagal dalam mata pelajaran statistik di kolej.

Statistik juga menunjukkan 6 daripada 10 kenderaan masa kini memiliki benda ini. Benda apakah itu? Sila teka, kemudian SMS kan jawapannya kepada aku. Jika anda berjaya meneka dengan tepat, hadiah misteri menanti anda. Sila klik Read More jika korang buntu dan tidak tahu apakah jawapannya.



Seriyes doo. Semua kereta ada. Tak percaya pandang cermin belakang, nampak kereta belakang ada. Pandang kanan eh orang tu pun ada jugak. Kalau nak lagi meriah pergi ke tempat letak kereta aku yakin mesti ada yang memilikinya. Dihasut oleh da' Killa, aku pun membelinya juga. Korang tidak akan dituduh bapuk memiliki benda ini kerana ini adalah fad yang terbaru. Dedaunannya yang beralun-alun ketika disinari sinar mentari boleh membuatkan korang berhenti mancarut ketika tersekat di kesesakan jalanraya. Boleh didapati di pasaraya-pasaraya terkemuka d Lembah Kelang (midvel RM20, SP RM30).

Katakan HO! jika korang ada juga.

Sunday, July 19, 2009

Ole-ole Bali and The Half Blood Prince

Hujung minggu adalah waktu untuk aku beristirehat dan melakukan aktiviti kegemaran aku iaitu makan di tempat abnormal dan menonton wayang di panggung. Kali ini aku bercadang untuk pergi ke kawasan di luar kebiasaan aku (Alamanda) iaitu Sunway Pyramid kerana kami secara tiba-tiba mengidam untuk membaham di Ole-Ole Bali. Alah pernah pergi sekali je pun atas rekomendasi Ezuantes Estrada semasa parti liar Huda tetapi cebisan Grilled Chicken Pasta dia masih melekat lagi di gigi aku sekaligus membuat aku terliur-liur sepanjang masa.

Maka malam tadi aku mencuri kad kredit mama aku secara diam-diam untuk membeli tiket Harry Pouty secara online untuk mengelakkan kekecewaan jika beratur membeli tiket. Maka tadi dengan riaknya aku terus menonton filem Harry sambil menggelakkan remaja2 yang sedih tidak medapat tiket. Jangan risau aku tidak akan beri spoiler sekarang. Sesudah menonton, perut kami sudah mencarut minta diisi maka kami pun menuju ke destinasi yeahhh yeahhh (lagu siti).

Aku cuak gak sebenarnya nak membaham di Ole-Ole Bali takut didatangi oleh pengebom berani mati pimpinan Nordin Mat Top. Huii kalaulah pengebom berani mati tu bersabar sikit mesti dah boleh bom Rooney. Ntah apa kaitannya tah dengan posting aku ni. Anyway, dalam aku kesesatan untuk kali ke berapa tah mencari pintu masuk Ole-Ole Bali yang tersorok, aku ditegur oleh seorang salesman sambil dihulurkan pamphlet:

Salesman: "Excuse me, have you been doing any exercise at the moment?"

Aku hanya senyum sambil berjalan mencari arah. Selepas seminit baru aku tersedar, did he just asked me whether I was exercising because I'm slightly overweight?? Son of a cock. Aku carik balik dia nak ajak bertumbuk di arked tapi tak jumpa. So kami teruskan misi untuk membaham di Ole-Ole Bali. Sila klik Read More untuk terus membaca dan jika korang rasa aku tidak gemuk.

Ole-Ole Bali memang sukar untuk dicari dari dalam Pyramid kerana korang harus masuk lorong-lorong gelap dahulu sebelum nampak pintu masuk dia. Kalau nak senang, call Ezu. Seperti yang telah aku nyatakan, aku hanya pernah pergi ke restoran ini sekali sahaja. Namun begitu makanan di sini aku dengan beraninya mengkategorikannya sebagai lazat sehingga menjilat dinding. Makanannya berkonsepkan Bali la kot. Specialty dia selain makanan bertemakan Bali adalah keenakan grilled food dia. Mintakla grilled daging ke sotong ke ayam ke kuda laut ke semua ada. Babi tak sure ah ada ke tak tapi buat apa makan babi babi kan haram dimakan. Persekitaran serta ambiancenya memang tenang, lagu-lagu nasyid dari Bali sentiasa berkumandang di udara. Berhala pun banyak tapi jangan sembah pulak nanti terbatal iman.

Harga? Well mungkin agak mahal juga tapi portion dia memang kenyang sampai ke maghrib la kalau korang makan waktu zohor. Tadi da killa memesan Grilled Chicken Pasta kegemaran. Walaupun gambar di bawah nampak macam mee goreng mamak depan Pasar Besar Bangi, tapi kelazatannya pasta serta cebisan grilled chickennya boleh menyebabkan korang wajib mandi wajib akibat terlalu nikmat.



Harga dia doploh ringgit kot. Aku order Grilled Chicken Chop. Doploh lebih jugak aku pun tak ingat. Ada tembikai dan ada kerabu masam hingga ke tulang tetapi still ghairah.



Kat sini ramai pelancong asing yang makan tu yang aku cuak dibom pengganas tu. Namun jika korang inginkan kelainan ataupun bini korang memang jenis tangan kayu tak reti memasak, maka Ole-Ole Bali adalah alternaif yang baik. Sekali sekala makan kool tetapi mahal apa salahnya kan.




Ohh by the way Dumbledore meninggal dunia. Assalamualaikum.

Thursday, July 16, 2009

Manchester United Cancel Malaysia Tour

Manchester United have called off their friendly against a Malaysia XI which was scheduled to take place on July 18 as part of their Asia tour after seven of their players, including Wayne Rooney have been infected with the swine flu.

Their manager, Sir Alex Ferguson said in a statement: "We are sorry to disappoint our Malaysian fans for not coming, the lads are looking forward to try out the teh tarik and roti canai but it seems that they have to settle with just the picture of a roti canai in a postcard sent by one of our fan."

The virus was first caught by their star striker Wayne Rooney during his holiday with his wife Coleen in Mexico. He then single handedly spread the virus to his teammate during a shower session after training by playing buttgrind, a popular game among Man U players where they grind each others buttocks while singing in the shower. Although the identity of the other players who have contracted the virus was not made public, it is believed that Ryan Giggs, Paul Scholes, Danny Welbeck, Federico Macheda, Park Ji Sung and Ben Foster has been infected by the virus and have been home quarantined.

The news will certainly break the hearts of Man U fans here who have been looking forward to this event since the tour was announced few months ago. Let's hear some comments from their die hard fans:

Abe: "Nateeeee babiiiii!!!"
Nazry: "Uuuu uuu UUUu (menangis)"
Arul: "Tak dapek den nak nolong eh ngabihkan boreh yo"
Tamir: "Demit baik aku simpan duit buat kahwin dengan Nazmin kesayangan"
Ise: "Babi meme nateeeee"
Luqman Salehudin: "Eiii nyampahhh i"
Jayakumaran: "Kunji!!!"
Andrew Chan: "Hamsaploooo!"

ProEvents, the tour organizer, when asked about the refund status commented: "Tiket yang sudah dibeli masih boleh digunakan untuk menghadiri mana-mana perlawanan Liga Super Malaysia, tetapi refund tidak akan diberikan..."

Haa haa korang jangan pergi woit nanti kena selsema babi baru tau. Jika hendak pergi jugak bawalah topeng agar korang tidak menyusahkan keluarga dan jiran tetangga nanti. Semoga korang berbahagia berjumpa idola masing-masing tetapi jangan seronok sangat jumpa sampai tak sembahyang asar dan maghrib ok berdosa tau.

Tagline Jenama-jenama Popular Jika Mereka Mengeluarkan Kondom

Haritu aku sedang browse majalah hiburan melihat gambar-gambar separuh bogel artis barat, kemudian terlihat pulak iklan kondom Durex dengan taglinenya 'Crowdstopper'. Bagaimana jika jenama-jenama popular lain mencipta kondom mereka sendiri? Pasti kool jika Nike mengeluarkan kondom mereka dengan menggunakan tagline atau slogan mereka 'Just Do It'. Ohhh yeahhh. Terus jadi keji bunyinya bukan? Maka di sini aku ingin membuat senarai tagline jenama-jenama popular yang serta merta kedengaran keji jika mereka menjadikannya sebagai tagline kondom mereka. Sila klik Read More untuk terus membaca.

Puma - Turn it on
McD - I'm Lovin it!
KFC- sehingga menjilat jari
Boh - Ada Ummph
adidas - impossible is nothing
Esso - Put a tiger in your 'tank'
Gillette - Sebaiknya untuk lelaki (versi bahasa inggeris - the best a man can get)Intel - Intel inside
M&Ms - Melts in your mouth, not in your hand
Loreal - because i'm worth it
Burger King - it takes two hands to hold a Whopper (not applicable for abe and apai)
Hyundai - Prepare to want one
BMW - The ultimate 'driving' machine
Alpo - Doesn't your dog deserve Alpo? (wtf)
The Chicken Rice Shop - Bukan sekadar nasik ayam. Macam tak sesuai je.

Ok yang ini aku reka:

Streamyx - Kadang-kadang laju kadang-kadang lesu

Jika penyanyi mengeluarkan clothing line mereka termasuk kondom:

Spice Girls: Spice Up Your Life (atau 2 become 1)
The Saturdays: Up!
Oasis: Down look down in hunger
Michael Jackson: Beat it

I save the best for last

Lady Gaga: I Wanna Take A Ride on Your Disco Stick

Bagaimana? Aku pasti korang pun boleh come up dengan tagline-tagline popular yang boleh dikejikan bersama-sama. Silalah kongsi agar kita boleh gelak beramai-ramai. Assalamualaikum.

Tuesday, July 14, 2009

Liga Super Kembali!

Fantasy Premier League is back. By default, anyone who registered a team last season and joined Liga Super should be drafted automatically in the league this season. Sebagai Juara Bertahan, aku tersangat faham jika korang tiada teluq untuk join liga ini pada musim baru kerana korang mengerti yang korang tidak mampu memberi saingan kepada aku. Bagaimana provokasi aku ini? Jika korang rasa tercabar, ayuh setup pasukan anda sekarang dan sertai Liga Super. Aku mengharapkan saingan sengit, sehinggakan aku sanggup memberi handicap kepada korang dengan mendedahkan line up aku untuk musim depan. Jika korang ingin menjadi juara, tirulah line up aku di bawah ini.


Sila klik Read More untuk mengkaji siapakah title challenger yang harus diberi perhatian untuk musim baru ini. Kod Liga Super pun ada bagi pemain baru yang merasakan mereka layak mencabar aku.

Team: Toon Army
Manager: Amir Rashidi (Cutmei'dbleedblackandwhite)
Overview: One of the last remaining Geordies, the Toon Army is Anfield Heroes biggest rival. Not anymore. The demise of Newcastle plunging into the Coca Cola Championship plus the fact that his priority has shifted after getting married will certainly affect his performance this season. If Mizah let him play, that is. Apai has wealth of experience in the Barclays Premier League, managing countless of football team in Football Manager franchise (save pastu quit bolela). Last season, he managed to get 2nd place.

Team: Jerung Melapah
Manager: Adam Johari
Overview: Last season, altough Jerung Melapah did not enter the league until gameweek 2, they managed to achieve good standings in Liga Super. Certainly he will be a threat this season, as his actuarial skills will be put in use to calculate the possibility of Andrei Arshavin scoring 4 goals in a match. Still, his lack of patience may cause him dearly where he may use the wildcard in just gameweek 2.

Team: Stobart FC
Manager: Shuhud Zakaria
Overview: Abe memang bersemangat waja nak menjatuhkan aku musim ini. Mana taknya, awal-awal lagi dia dah buat team, lagi awal daripada aku. Abe is well known for his vast experience in football, but his weakness came from his berlagakness by leading the pack during awal musim, before succumbing to the pressure of being a dentist in mid season. Pastu dialog dia "Alaaa aku sibukla lupa nak transfer takpe tahun depan aku kembali....." He used the same dialogue 4 years in a row now.

Team: Romper Stopper
Manager: Mohd Dazrul Syariz bin Sabardin
Overview: Dazu could be the one to challenge for honors this season. He has the advantage by receiving the latest injury news and probable line up earlier than us as he lives in UK. But he has the tendency to 'abandon' his team for a couple of gameweek before coming back strongly although it was too late...

Other notable challengers could be Nurhisyam Suhaimi, Ikmar Bong, Zahrul Zainal, Tamir (tak mungkin, sebab dapat tempat kedua tercorot last season), dan Lebai. For new players, the code to join this league is 131199-36025 Ayuh Jamil, Muaz, akak abe serta pembaca-pembaca sekalian. Jika korang betul-betul ada testis/breast come on join the fun. See you guys there. You'll never walk alone. Except on the last gameweek when I have won the league then you walk alone la.

Monday, July 13, 2009

Happy Birthday Aqilah Hasan!

Hari ini 13/7/2009 merupakan hari jadi Aqilah Hasan. Aku mengenali Aqilah Hasan di Uniten, di mana Aqilah Hasan menegur aku dahulu kerana menyangka aku ni adik Faizal Hussein dan Nazmin Hussein. Sejak hari itu, kami mula berkawan dan sering melakukan aktiviti-aktiviti seperti menonton wayang, mengumpat serta usrah bersama-sama. Aqilah Hasan memang diminati ramai semasa di Uniten dulu. Antara jejaka yang meminati Aqilah Hasan ialah Saiful Bukhari Azlan. Nasib baik Aqilah Hasan menolak cintanya. Aqilah Hasan takutkan kucing dan boleh histeria dibuatnya jika ternampak gambar kucing. Tapi itu semua kenangan lama. Aqilah Hasan ataupun nama saintifiknya Lala kini sudah sibuk 28 jam (Tapi takdela sesibuk Huda). Langsung tiada masa untuk bertanya khabar apatah lagi untuk bertepuk tampar. Wahhh rhyme. Sudah 3 tahun berturut-turut Lala tidak datang ke rumah terbuka hari raya yang saya anjurkan. Mengapa lala mengapa.




Lihatlah saat-saat remaja aku dan Lala, semuanya harus disandarkan pada kenangan.


Tapi hari ini hari jadi Lala. Walaupun Lala mungkin tidak hadir lagi ke rumah terbuka untuk hari raya tahun ini, saya tetap akan menyanyikan lagu besday untuk Lala. Sila klik Read More untuk menyanyi lagu besday Lala.




Selamat hari jadi Aqilah Hasan.

Sunday, July 12, 2009

Ayat-ayat Yang Boleh Digunakan Untuk Menarik Perhatian Gadis/Jejaka

Anda semua pasti pernah mengalami situasi di mana anda terserempak dengan orang yang anda puja tidak kiralah gadis, jejaka ataupun arbok, tetapi lidah anda kelu sahaja tidak tahu untuk berbicara. Mungkin kerana anda malu dengan kemungkinan anda tidak akan dilayan, ataupun mungkin anda kurang yakin dengan keberkesanan 'pick up' line anda, atapun anda memang gemuk dan hodoh. Usah risau, di sini saya ingin berkongsi beberapa baris ayat yang terbukti keberkesanannya untuk menarik perhatian gadis-gadis ataupun jejaka. Anda semua boleh lupakan ayat mengurat di bus stand "Hai kak, boleh saya tahu jam pukul berapa?" yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman itu. Diharapkan anda semua dapat memanfaatkan contoh ayat-ayat yang diberikan serta tidak menyalahgunakan ayat-ayat ini untuk meniduri mangsa. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas dosa-dosa besar seperti penzinaan dan penyalahgunaan alkohol setelah korang menggunakan ayat-ayat ini. Sila klik Read More untuk untuk mula menarik perhatian.

1) "Eh awak ni bekas penyanyi kumpulan Elite kan? Mataaa bertentang mataaa...saya minat dekat kumpulan tu" (jika lelaki, tukar Elite jadi Impression)

2) Jika korang dari jauh sudah nampak orang yang diminati, jalan ke arahnya, apabila berselisih terus cakap "Waalaikumsalam".

3) Upah member korang yang paling hodoh tahap sundel bolong, kemudian suruh dia tenung orang yang korang minat. Lepas tu cakap "Dari tadi saya tengok, dia asyik perhatikan awak je membuatkan awak tidak selesa, awak nak saya tumbuk perut dia ke?" (dia pasti akan berterima kasih kerana cuak dan korang boleh mulakan perbualan)

4) Instead of tanya dia "Tumpang tanya, jam pukul berapa?" tanya dia "9 x 7 berapa?"

5) "Wajah awak ni mirip Ziana Zain la, awak ni saudara dia ke?". Jika lelaki tukar Ziana Zain jadi Awie.

6) "Awak kan yang jadi model syampoo Pantene tu?"

7) Instead of "Hai, boleh saya belanja awak minum?" cakaplah "Hai, boleh saya belanja awak kasut Nose?"

8) Jika hendak menarik perhatian orang usrah, gunakan line ini "Kalau awak nak tahu, mim mati bertemu ba hukumnya iqlab, dan wajib dibaca dengung" (muka kena konfiden)

p/s: budak usrah yang sebenar sepatutnya tahu mim mati bertemu ba ialah ikhfa syafawi. jika tidak tidak layan korang dan membetulkan korang maka dia sebenarnya menyamar je usrah so tak guna korang mengurat mereka. sila rujuk entri aku yang lama untuk belajar tajwid yang sebenar sebab aku lagi terer daripada budak usrah: http://ijaicool.blogspot.com/2008/03/mari-belajar-tajwid.html

Itu adalah contoh-contoh ayat yang boleh menarik perhatian, tetapi ada juga ayat-ayat nguratan yang korang harus elakkan. Kadang-kadang korang ingat ayat itu kool dan indah, tetapi sebaliknya mungkin korang akan dituduh melakukan sexual harassment. Sila lihat contoh-contoh ayat di bawah:

1) Ayah awak kerja petani ke? Besarla buah betik awak.

2) Awak luar nampak cantik, dalam pun mesti menarik juga kan?

Diharapkan para pembaca semua mendapat manfaat daripada entri ini dan dapat mengurat dengan efektif. Jika saudara dan saudari ada dialog-dialog menarik perhatian yang terbukti berkesan, silalah kongsi bersama. Assalamualaikum.

Wednesday, July 8, 2009

Happy Birthday Sally!

Haiiii uolssssssss. Ehem. Maksud aku, hai semua. Hari ini, 8/7/2009 merupakan birthday Sally. Korang semua mungkin mengenali Sally kerana dia sering menulis di ruangan Gosip di laman blog aku. Watak Sally dicipta pada zaman kolej aku, di mana pensyarah aku Tj Iskandar memberi assignment yang bertajuk bebas dalam bentuk multimedia. Kumpulan kami, Y.P.R bersetuju untuk membuat sebuah mockumentary tentang onak kehidupan ranjau berduri di kotaraya seperti penyalahgunaan dadah, lumba haram serta fenomena bapuk. Maka terciptalah watak Sally....


...dan terhasillah video bapuk di bawah.



Akan tetapi, watak Sally diilhamkan daripada manusia sebenar. Sally dicipta berdasarkan seorang roommate aku di Kolej Matrikulasi Melaka. Pada hari pertama aku masuk matriks, aku ilhat bilik aku memang bersepah. Kecuali di satu sudut, terdapat meja yang beralas kemas, dengan kain ropol-ropol yang berwarna pink. Alas katil pun ada ropol-ropol jugak. Di dindingnya terdapat beberapa keping poster Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah. Tetapi aku chill saje. Sehinggalah aku terdengar suara garau tapi lembut yang menegur aku. "haiiiiii awak baru masuk ek?".'Salehuddin' masuk ke dalam bilik memperkenalkan dirinya sebagai Sally. Aku hanya terkedu dan berharap aku tidak dirogol dimalam hari.

Mula-mula memanglah aku aib apabila sebilik dengan arbok, tetapi persepsi aku terhadap Sally mula berubah sedikit demi sedikit. Aku mula melihat Sally sebagai seorang kawan instead of seorang arbok. Chewahhh. Sally memang kool kerana dia sering memuaskan aku dengan majalah-majalah gosip tempatan seperti URTV, Hai, Media Hiburan dan Mangga. Tidak pernah miss setiap minggu. Sally juga banyak membantu aku dalam pelajaran kerana aku memang baghal orangnya.

Namun begitu, aku hanya berkawan dengan Sally di dalam bilik sahaja. Di luar bilik, di dewan kuliah, library atau mana-manalah tempat lain, aku memang pura-pura tak kenal Sally walaupun Sally sering menjerit memanggil nama aku dari jauh. Jika ada seorang arbok, maka arbok yang lain pasti datang melekat. Bilik aku memang menjadi port muzakarah arbok. Aku tak ingat apa nama kumpulan arbok diorang, tapi line up dia memang aku hafal. Diketuai oleh Sally (Salehudin), Didie (Zaidi, bapuk Kelantan), Fann (Fandi), dan sorang lagi yang aku gelar arbok kental sebab badan dia tough.

Aku tahu arini besday Sally kerana diberitahu oleh Friendster yang lama tidak aku bukak. So aku bukakla Friendster melawat page Sally. Tapi kena reset password dulu sebab aku dah lupa password lama, haa haa. Jeng jeng jeng, sempena menyambut hari jadi Sally, akan ku buat pendedahan eksklusif memaparkan gambar-gambar Sally yang SEBENAR, Sally yang menjadi sumber inspirasi aku tatkala aku memainkan watak arbok. Di sini aku ingin memberi amaran, sama ada korang akan muntah melihat gambar-gambar ini, ataupun korang mungkin akan mencapai kemuncak syahwat terus. Click Read More for the real deal.


Awwwww gelenyahhh la uolsss


Awwwww kelassss noks


Bagaimana para pembaca semua? Ghairah ke muntah? Happy birthday Sally. Manalah tahu kau terbaca blog aku ni kan aku doakan agar kau berbahagia dengan siapa sahaja pilihan kau tak kiralah Eddi Akmar ke kembali ke pangkal jalan minat perempuan balik ke. Thank you for everything. Especially sebab bagi aku tiru assignment biologi dan mendendangkan lagu Siti setiap hari. Assalamualaikum Salehudin. Kau memang voguedavass!

Tuesday, July 7, 2009

The Koolest Gift

What boys want from their wives and girlfriends...


Seriously. We don't want that fancy iphone, expensive perfumes and certainly not that big ass teddy bear macam ex ayob bagi for our birthday.

Mungkin aku akan pakai untuk pergi ke Singapura melihat abang Gerrard beraksi. Atau mungkin aku akan mencetuskan provokasi dengan memakainya dan duduk di kalangan penyokong-penyokong Manshitter United yang over excited nak tengok Danny Walbeck di Bukit Jalil nanti. Sila klik Read More untuk melihat gaya fashionistas aku.


Kool bukan? Maka bertambahlah memorabilia Liverpool aku yang terdiri daripada T shirt Champions League 2005, snowcap, scarf, keychain, dan mug. Jamil kau jangan cemburu ok aritu kan aku dah bagi test pakai sweater kool aku.

Terima kasih sayang :)

Eh lupa. Nanti Man U datang boleh jumpa Michael Owen wooooooo. Dah beli baju Owen? Pastu dia kena tekel dengan Akmal Rizal terus injured sepanjang season. Haa haa.

Monday, July 6, 2009

Kongratulasi Mr Tj Iskandar!

Siapa Tj Iskandar? Nama macam cerita Awie berlakon pulak. Tj Iskandar ialah lecturer aku di Uniten. Just ask any multimedia student who's their favourite lecturer. Most of them will say Mr Tj. I never knew him personally until my final year, where he was my lecturer for the Multimedia System Design subject. Sally was 'born' in his class. Mr Tj adalah seorang yang kool, he can relate to us easily. He knows Abarai Renji. He's a Siti Nurhaliza fanatic. Just go into his room and you can many of Siti's memorabilia. Encik Tj memang mengambil berat terhadap pelajar-pelajarnya, tapi sorilah kawan-kawan, Tj lebih menyayangi aku daripada korang kerana aku mendapat carry mark yang tertinggi.

Pada hari Ahad yang lalu, kami memakai pakaian yang kacak-kacak dan berkonvoi menuju ke rumah Tj di Kajang. Kami berjaya mengajak Nurul Huda yang berlagak sibuk dan penting (haa haa) untuk turut serta kerana pada hari itu dia tidak perlu menggosok baju bini PM. Kali ini kami tidak sesat kerana Kajang bukanlah Kapar tetapi perut kami memang lapar. Wahh rhyme. Ramai juga lecturer yang hadir seperti Pn Rozita Ismail yang masih mengenali riak wajah tampan ini yesssssss. Jaspaljeet ada Siti Salwa ada tapi aku rindu nak jumpa Eze Manzura sebab aku nak minta maaf sebab menggelakkan dia akibat menggunakan telefon bimbit sebagai mouse...

Gambar ini diambil oleh suami Puan Rozita. Korang boleh melihat gambar-gambar wedding Tj yang menarik yang diambil oleh suami Puan Rozita di: http://www.flickr.com/photos/jalanjalan/sets/72157620985558648/


Sila klik Read More untuk melihat pelbagai gambar-gambar senonoh di hari perkahwinan Tj Iskandar.


Cantik bukan. Eh maksud aku teknik mengambil gambar aku cantik. Heeee.


Puan Rozita bangga dengan anak-anak muridnya yang berjaya di dalam hidup dan tidak menjadi mat rempit.


Cayalah Tj. Malam karang apa plan?


Umm yeahhh ummmm warfff bunyi Huda membaham aiskrim. Dia kat tempat kerja mana boleh makan aiskrim dia busy dan nanti bini PM marah. Haa haa.

Tahniah Tj. Semoga anda berdua bahagia bersama untuk at least 50 tahun lagi. Visit my fesbuk page for more pictures: http://www.facebook.com/album.php?aid=105473&id=628280825&l=65877d56f3


Sunday, July 5, 2009

June Movies!

Haiii bertemu lagi kita dalam rancangan "Reviu Filem Bersama Abang Jai" (nada arbok). Di bulan Jun ini kita ada pelbagai watak menarik yang menghiasi dunia perfileman seperti seorang pemburu pontianak dari Korea Selatan, lelaki kacak yang kembali menjadi 17 tahun, penyanyi pop yang tidak tahu membahagikan masa, gadis yang ditarik ke neraka, serta persetubuhan robot-robot. Marilah kita sama2 menikmati review filem yang bebas daripada spoiler ini. Click Read More untuk terus membaca.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

17 Again
Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang Zac yang telah dewasa dan menghadapi masalah keluarga seperti bini mintak cerai, anak yang tidak hormat pada bapa serta masalah sendi-sendi tulang. Satu hari Zac dianugerahkan peluang kedua untuk kembali menjadi sang gila gila remaja untuk membetulkan keadaan. Situasi-situasi untuk mengelakkan sumbang mahram bersama anak-anaknya serta kearkwardness apabila Zac muda mengurat isterinya berjaya membuat orang ketawa hi hi hi. Zac dibantu teman baiknya seorang ultrageek yang kaya raya yang tahu berbahasa Elf untuk membuatkan gadis-gadis terangsang. Betul ke gadis-gadis suka dirty talk dalam bahasa Elf?

Ratings: $$$ 1/2
Spoiler:

Hannah Montana The Movie
Ulasan Ringkas: Is this the best summer movie? Miley hidup dalam 2 alam, tetapi dia bukanlah seorang khunsa, sebaliknya dia merupakan seorang gadis sunti yang ada identiti rahsia iaitu penyanyi terkenal Hannah Montana. Kali ini, bapanya memaksa Miley untuk pulang ke kampung halaman untuk melawat neneknya. Pada mulanya Miley berasa bosan dengan kehidupan di kampung namun setelah diserapkan dengan nilai-nilai murni, Miley mula berasa gembira, lebih-lebih lagi setelah seorang jejaka koboi cuba menguratnya. Namun kegembiraan itu tidak berterusan apabila 'Hannah Montana' datang ke kampung mereka. Hoit korang tolongla tengok cerita ni usah nak berlagak kool cakap Hannah Montana tak kool. Siapa rasa lagu the climb best gila barbie nak arwah sila jerit HO!

Biased Ratings: $$$$$
Spoiler: Orang dan tahu Miley itu Hannah Montana. What the whatttt

Blood: The Last Vampire
Ulasan ringkas: Buhsan nak arwah cerita ini usah kau orang tengok di pawagam. Efek macam gampang, lakonan kaku pelakon korea tu, scene2 yang tidak perlu serta dialog macam filem Sifu dan Tongga. Tahap kebosanannya seperti menonton filem Street Fighter: The Legend of Chun Li. Kau ah Muaz ajak tengok cerita ni.

Ratings: $ 1/2
Spoiler: carik sendiri

Drag Me To Hell
Ulasan Ringkas: This movie is surprisingly good. Aku rasa cerita ini tidaklah seram, tetapi elemen terkujat dan jijik, serta elemen yang tidak disangka-sangka, kelucuan, berjaya membuat orang berkata, niceeee. Mengisahkan tentang seorang pekerja bank yang ingin menjawat jawatan penolong pengurus yang membuat keputusan tidak mahu melanjutkan tempoh pembayaran pinjaman perumahan seorang nenek yang jijik, lalu nenek itu menghantar santau kepada gadis itu. Santau itu memang keji kerana nanti ada makhluk yang akan menjemputnya ke neraka dalam masa 3 hari. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh gadis itu untuk mengcounter sumpahan itu seperti membunuh anak kucingnya, mengupah ghostbuster serta mengorek kubur nenek tua tadi dengan macho.

Ratings: $$$$
Spoiler: Dia masuk neraka.

State of Play
Ulasan ringkas: Russell merupakan seorang wartawan Harian Metro yang menyiasat tentang kematian seorang pencuri kecil-kecilan yang ditembak secara professional. Kes itu secara tiba-tiba berkait dengan kes kematian seorang gadis yang bekerja sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik di bawah department Ben. Russell dan Rachel McAdams dan Ben berthreesome untuk membongkar konspirasi bising internasional yang didalangi oleh syarikat Ananda Krishnan yang hendak membeli Newcastle United. Inu merupakan sebuah drama/thriller maka sesetengah orang akan tidur di dalam panggung (hee hee).

Ratings: $$$
Spoiler: Ben yang bersalah sebenarnya.

Transformers: Revenge of The Fallen
Ulasan ringkas: Memang keji orang yang beri spoiler melalui emel di pejabat, kerana aku sudah tahu apa yang akan berlaku maka thrill untuk menonton filem ini sudah layu. Macam akula bagi spoiler filem-filem terbaru kat korang tiap-tiap bulan memang keji kan aku. Hmm apa korang rasa? While I do agree that this movie is awesome and cool, I still think that there's something missing.....entahla. Star Trek masih berada di tangga teratas di dalam list filem musim panas terbaik aku. Letupan sana sini, buah dada Megan dan Isabel, kemunculan Soundwave serta Constructicons jadi Devastator merupakan highlight dalam filem itu. Sebagai seorang peminat, aku rasa terdapat berbelas2 flaw di dalam cerita ini tetapi aku dah malas gila nak menaip, so assalamualaikum.

Ratings: $$$ 1/2
Spoiler: Optimus Prime meninggal dunia, kemudian dibangkitkan semula
Jumpa lagi di bulan hadapan. I lap u all.

Saturday, July 4, 2009

Happy Birthday Adam Johari!


Siapa Adam? Adam ialah salah seorang bff aku. Hari ini 4/7/2009 merupakan hari jadi Adam yang ke-25. Gambar di atas diambil ketika kami masih remaja hensem kan aku? Di sekolah rendah, kami semua tidak berkawan dengan Adam kerana dia berada di kelas Merah iaitu kelas racist. Lagipun kami ingat dia Cina lagilah kami tak kawan. Persahabatan kami bermula apabila masuk ke sekolah menengah. Walaupun Adam dibuang sekolah selepas form 3 ke MRSM Langkawi, kami masih meneruskan hubungan dengan berutus surat dan telegram. Kemudian, Adam membawa diri ke Amerika Syarikat demi memenuhi cita-citanya untuk menjadi penyanyi rap cina antarabangsa. Oleh kerana hari ini hari jadi Adam, maka aku dengan senang hatinya akan mendedahkan perkara-perkara aib yang berlaku kepada Adam yang selalu kami ungkit setiap kali berkumpul. Sila klik Read More untuk menggelakkan Adam.

1) Adam ni lurus orangnya. Di zaman remaja, aku ingin tahu siapa yang Adam suka tapi Adam tak mahu beritahu. Setelah aku berjanji untuk memberitahu siapa yang aku minat, maka Adam pun dengan malu-malu mendedahkan nama gadis. Namun itu merupakan kesilapan terbesar Adam kerana selepas mengetahui rahsianya yang orang lain tidak tahu (yet), aku memberitahu Adam yang orang yang aku minat ialah....Sharon Stone.

2) Adam pernah didenda untuk berdiri di sebelah tong sampah kerana membaling pemadam kepada Cikgu Maudziah. Ish ish ish.

3) Adam juga menjadi 'punca' Cikgu Fausiah menangis dan tidak mahu mengajar geografi lagi di kelas kami.

4) Adam pernah dikejar oleh pekerja kedai di Mines kerana menanduk gula-gula kapas yang tergantung. "Ini untuk beli bukan untuk main-main ye," ujar pekerja kedai itu.

5) Adam juga merupakan 'punca' peristiwa Kisah Sedih Initial D kerana dia menyebabkan kami lambat sampai ke Mines sebab dia tunggu kami di McD Bangi instead of McD Mines menyebabkan kami semua ditahan polis. Mungkin aku harus membuat entry Kisah Sedih Initial D satu hari nanti agar korang semua dapat berkongsi pengalaman 'gang fight' (chewahhh) pertama kami.

Ala asyik kutuk je arini besday Adam so kenala puji jugak kan. Adam ni memang pintar orangnya . Walaupun Adam tidak berjaya di peperiksaan actuarial dia baru2 ini, itu tidak bermakna apa2, kerana kami tahu dia memang pandai dan ujian itu memang sukar. Dia juga handal bermain piano (tahap 5 belajar di di Yao Han), mempu bermain Through the Fire and Flames versi Expert, juga team mate yang baik dalam Army of Two (bila kita nak abiskan game tu?). Adam juga merupakan orang yang paling pemurah di dalam geng Bangi. Dia akan belanja korang without a hesitation, seperti belanja parti liar aku, cd final fantasy 7 aku, belanja t shirt family guy aku, tiket wayang, baham di mapley semua Adam yang setelkan. Ohh Adam.



Ohh gadis2 terutamanya Finaz diharap tidak mengurat Adam kerana Adam sudah berkahwin dan bini dia Shikin memang terkenal dengan kegarangannya sejak sekolah rendah. Warr warrr. Selamat hari jadi Adam! I love you man (baca in the gayest way possible)

Thursday, July 2, 2009

Bahaya! Sedang Menunggumu

Tidak, tajuk entry aku di atas bukanlah bait lagu The Times 'Khayal-Khayalan'. Sebaliknya, jika korang menonton/membaca berita, korang pasti tahu yang Menara Olympia tempat aku bekerja telah diserang virus A(H1N1) ataupun B4B1 (babi, Param ajar). UUU uuu uuuu (efek seram). Mula-mula ingat khabar angin je tetapi setelah topeng ninja diedakan di pejabat tadi maka masing-masing mula cuak. Siapa bersin je terus dipulaukan.

Aku syaki auntie gerai no 2 di food court level 3 yang kena sebab dia satu keluarga tak meniaga siang tadi. Tapi menurut fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh abang yang jaga kedai runcit kat bawah tu, khabarnya pekerja di tingkat 16 yang kena. Aku ada mixed feelings pasal benda ni. Takut tu of course la yela aku dengar siapa yang dijangkiti virus ini mula-mula akan hilang akal dan pedoman. Lepas tu berbuih-buih mulut kemudian menggigit dan menjangkiti mangsa lain. Lepas tu satu bangunan kena seal dengan kerajaan. Tinggal kami yang masih belum dijangkiti cuba untutk survive di dalam bangunan melarikan diri daripada digigit. Eh itu plot cerita Quarantine. Sila klik Read More untuk terus membaca.

Jika ada pekerja yang sudah dijangkiti Influenza A di Menara Olympia, aku mengharapkan agar kami semua diarahkan untuk kuarantin mandatori di rumah. Takyah kerja seminggu ke sebulan ke huiii memang nikmat la boleh main Guitar Hero Smash Hits hari-hari. 2 orang yang dijangkiti di Menara Olympia tu mesti tengah tertekan kan. Kena pulau dengan kawan-kawan, ditinggalkan teman wanita, pastu yang aku dengar diorang kena kuarantin di bawah akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memang syahdu ah.

Sudahlah aku nak pergi lukis gambar-gambar menarik di topeng kesihatan aku untuk menegakkan semangat fashionistas di dalam diri ini. Barulah berlainan dengan orang lain aku kan suka publisiti.

p/s: terima kasihlah muaz yang 'concern' kerana mendail nombor aku untuk bertanyakan khabar kesihatan aku setelah melihat berita di kaca televisyen. semoga kau sekeluarga juga selamat.

Happy Birthday Arul!


Siapa Arul? Arul ialah rakan gay aku di Uniten. Dalam gambar di atas, dia yang paling kanan, yang berambut paling panjang dan orang kedua paling kacak serta orang ketiga paling gemuk. Nama penuh dia ialah Zahrul Idzwan bin Zainal. Hari ini ialah hari jadi Arul. Kami mula berpacaran apabila menyedari kami meminati benda yang sama iaitu muzik, mengumpat, dan gadis-gadis hangat. Arul memang kacak orangnya. Ramai gadis dan arbok yang cuba masuk line tetapi membatalkan niat mereka setelah nampak aku di sebelahnya lalu mengurat aku pula. Tapi Arul kool sahaja menepis semua nguratan gadis-gadis walaupun ada sekali tu Arul terkena penangan nasi kangkang daripada seorang peminat fanatik terus meracau-racau seminggu. Dahulu di Uniten kami sentiasa bersama walaupun di mana jua. Ponteng kelas bersama, makan bersama, tidur bersama, berkugiran bersama, solat bersama (yang ni tipu). Sehinggakan setelah tamat pengajian pun kami masih lagi bersama di tempat kerja. Harus dijadikan filem ni kisah cinta aku dan Zahrul. Sila klik Read More untuk mengenali Zahrul dengan lebih lanjut.


Aku dan Zahrul dulu-dulu memang mengaku rawk. Gambar di atas diambil di studio gambar Fujifilm. Yang belah kanan tu Azam dia pernah melanggar orang Nepal sehingga mati. Eh. Kami sering pergi ke konsert-konsert mainstream bersama seperti konsert Incubus, Muse, Rokdewel 4,5,6, Butterfingers, dan juga OAG (belot di saat akhir). Arul juga pandai bermain gitar dan sitar. Dulu kat Uniten dia jadi wakil Universiti dalam pertandingan sitar mahasiswa peringkat kebangsaan. Eh? Banyak peristiwa manis yang berlaku di Uniten seperti Gaput meninju Saiful Bukhari Azlan kerana cuba mengurat Aqilah Hasan, peristiwa Gaput menjadi hero menyelamatkan Iz dari dibelasah beramai-ramai di Upten dengan melompat ke atas meja sambil mengaum, serta peristiwa Gaput eksiden dan survive. Eh apasal cerita pasal Gaput pulak. Yela semua cerita tu aku tau selepas Arul yang cerita kat aku.

Aku baru hendak belanja kau makan di kedai itali mahal di bawah pejabat tapi kau annual leave pulak hari ni. So tahun depan jela ok. Happy birthday Zahrul. I lap u. U lap me tak?

Wednesday, July 1, 2009

Perkara-perkara Yang Boleh Anda Lakukan Sekiranya Terlupa Membawa Dompet di Restoran

Peritiwa ini berlaku pada hari aku membuat entri ayam goreng. Yelah aku makan seketui je seketui lagi bagi kat Kelly sebab tak lazat. Jadi memang menggelupur sebentar aku di atas lantai akibat kelaparan. Namun aku gagahkan juga keluar rumah untuk mencari sepinggan nasi. Aku menuju ke restoran Ani Sup Utara berhampiran rumah Apai dan mengorder nasi putih sepinggan berlaukkan telur bungkus dilengkapi dengan air tembikai. Memang makan tak baca Bismillah terus baham tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

Burp prott bunyi aku sendawa di mulut dan bontot. Selukla poket hendak membayar di kaunter. Aneh, dompet aku tiada di dalam seluar. Mungkin di dalam kereta. Aku berlari2 anak ke kereta, mencari-cari di mana dompet aku tetapi tiada. Koksakerrr. Aku mengorek-ngorek syiling. Mungkin cukup 10 ringgit tapi aku tiada keyakinan diri untuk membayar dengan wang syiling. Ahhhh. Mahu buat apa? Pernahkah korang berada di situasi begini? Benak fikiranku mula memikirkan perbuatan-perbuatan jahanam yang boleh dilakukan untuk mengelakkan diri daripada daripada dicerca masyarakat kerana makan tapi tak bayar. Sila klik Read More untuk mengetahui teknik-teknik keji yang korang boleh gunakan jika terlupa membawa dompet di restoran.

1) Pura-pura cacat. Korang pernah tak tengok cerita budak cacat mintak pisang "aaa pisanggg pishanggg aee aee" yang disiarkan di slot Spektra TV1 masa kita sekolah menengah dahulu? Haa buatla gaya macam tu tak pun buat gaya Fei Mau pasti korang tak perlu bayar malah tokey kedai belanja makan lagi sebab kesian. (lagu background: Tidak ku pinta lahir ke dunia)

2) Menyerah diri terus. Angkat pinggan dan gelas, dan bawa ke dapur. Terus cuci pinggan mangkuk tanpa disuruh. Lepas tu pakai apron dan amek order pelanggan lain.

3) Lari. Selaju Watson Nyambek ataupun Imran masa form 2. Jangan pandang belakang. Kereta amek malam karang.

4) Goda. Tanggalkan butang satu persatu. Pura-pura jatuhkan straw di lantai lalu tonggengla sehingga menampakkan boxer. Apabila tokey lalai menjamu mata, kau tampar dia ugut nak report polis akibat sexual harassment. Dia mesti cuak dan bagi makan free.

5) Pura-pura kena rasuk. Menjeritlah, mengilailah, pastu berguling-guling atas lantai konon-konon tengah beradu dengan makhluk halus. Mesti diorang takut nak mintak bayaran lepas tu.

6) Korek hidung, telinga, celah ketiak kemudian sapukan ke nasi sehingga berubah warna. Takpun carik puntung rokok tanam dalam telur bungkus. Lepastu fitnah pekerja kedai cakap mereka yang letak segala tahi dan daki. Silap-silap korang yang dibayar.

7) Call la kawan korang kerana kawan yang sejati akan membantu korang tidak kiralah dalam apa jua keadaan. Terima kasih Ahmad Shuhud Irfani bin Zakaria kerana sanggup bergegas dari tempat kerja untuk menyelamatkan aku daripada perasaan aib. Nanti aku belanja kau balik.

Huh nasib baik ada Abe. Bagaimana, ada taktik lain yang lebih keji dan mantap?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...