Monday, August 31, 2009

Jawapan Kepada Persoalan Gadis-gadis

Hai gadis-gadis. Masa yang ditunggu telah tiba. Keraguan yang berenang-renang dalam hormon estrogen korang kini akan terhapus. Di sini saya telah menjemput beberapa orang ahli panel yang dijemput khas untuk menjawab soalan-soalan membunuh daripada korang gadis-gadis berdasarkan pengalaman serta status masing-masing. Apa kata kita berkenalan dulu dengan ahli-ahli panel.



Dari kiri:

1) Aku. Aku ni sejak masuk surat khabar Kosmo semakin meningkat pulak kepopularitian aku. Berduyun-duyun telegram yang aku terima mostly sebab nak minta tips bagaimana hendak menonjolkan cahaya keimanan di wajah.

2) Ahmad Shuhud Irfani. Dikenali sebagai Abe di kalangan arbok-arbok di Bangi. Abe mempunyai kebolehan untuk mengecam identiti mayat pengganas berani mati berdasarkan rekod pergigian mereka.

3) Khairul Afandi.Status: Bertunang. Namun status pertunangannya itu selalu disalahgunakan untuk ringan-ringan.

4) Adam Johari. Status: Berkahwin. Merupakan orang pertama dalam geng Bangi yang melangsungkan perkahwinan, namun begitu kadar persetubuhan yang dilakukan boleh dibilang dengan jari kaki kerana berjauhan dengan isteri.

5) Amir Rashidi @ Apai. Status: Baru berkahwin. Siang malam pagi petang berbuka bersahur mempraktikkan apa yang telah ditontonnya semasa muda-muda dahulu sehinggalah membuahkan hasil mendapat Geordie Jr.

Jantan-jantan ini akan membantu korang gadis-gadis untuk memahami isi hati serta perlakuan abnormal seorang lelaki. Sila klik Read More untuk mengetahui jawapan kepada persoalan gadis-gadis dalam entry yang lalu. Btw siapa yang tidak meletakkan nama (anonymous) tempoh hari akan diberi nama samaran bagi melindungi identiti mereka.

Soalan 1

Kenapakah lelaki kalau nampak perempuan yang cun banyang, kepala mereka akan terteleng-teleng, tetapi apabila melihat perempuan yang alakadar sahaja, hujung mata pun tidak mahu bergerak?

Tedi, Masjid Tanah


Amir Rashidi menjawab:

Lumrah alam, yang cantik dan indah tuh mesti outstanding dari yg lain2.....Same laa mcm perempuan, kalau laki tak hensem mesti diorg tak nak layan malah mungkin akan dituduh suka pecah rumah org, perogol berselari dan pelbagai lagi anasir jahat.

Soalan 2

Camne nak tau kalau lelaki tu betul2 minat kat a girl atau tidak? I have this one guy, for the past few years we have been friends, sometimes dia macam tunjuk yang dia syok kat I. tapi kekadang tu dia buat bodoh jer.. camno ni? Ape signals yang selalunya lelaki buat that shows he is into that girl? And apesal dia mcm suka main tarik2 tali? Sekian.

Gadis bingung, Sungai Merab


Khairul Afandi menjawab:

Typically, lelaki yg suke akan seseorang perempuan itu akan menjadi lelaki seperti yg berikut:
- suka membuat sesuatu yg berkaitan dgn perempuan yg diminati (kerja kumpulan mesti nk satu geng)
- selalu curious tentang anda (asik nk tanye mcm2 je hal perempuan yg dia suke tu tak kire la tanye direct atau melalui rakan2)
- pendengar yg setia (suke je dengar ape pompuan tu mrepek atau berleter atau bercerita tentang kucing kesayangannya)
- suka buat kelakar bagi perempuan tu gelak..(kalau yg jenis kelakar la ade gak lelaki jenis ketat nak ngurat pmpuan aku taktau hehe)
- sanggup dia tinggalkan rakan2 die ajak melepak dan sebagainya..itu tandanya dia sudah bersedia utk memulakan perhubungan yg serius dgn anda..tp lps dia dpt anda jgn kecil hati jika dia kembali kepada rakan2nya sekejap mungkin untuk melepaskan tekanan yg anda berikan hehe..
- meminta maaf kepada anda jika ada kesalahan dgn mudah sahaja (nak amik hati r hehe..lelaki kalau tak suka seseorang perempuan memang liat nak cakap i'm sorry pon)
- dan yang terakhir tanda2nya ialah on time apabila bertemu janji keluar makan atau menonton wayang..itu maknanya dia memang nk sangat2 berada disisi anda dan tak mahu sesaat pun rugi.

* lelaki mengurat perempuan ibarat memancing ikan..kalau dah dapat ikan (berkenalan), maka proses tarik pancing tu akan memakan masa..kalau tarik punya tarik ikan melawan memang syok maknanya nak dpt ikan besar (respon byk menunjukkan perempuan tu minat gak kat laki tu)..tapi kalau tarik senang je ringan nak syok amendenya..silap2 dpt stokin je..(maknanya respon perempuan amat bermakna untuk lelaki ambil langkah seterusnya)

Nota editor: Hoi Fandi PANJANG betul kau tulis. Usah berselindung di sebalik istilah ‘main tarik2 tali’. Maybe he’s just not that into you. Realiti memang pedih. Jika anda minat jejaka itu, tak perlu tunggu dia. Lelaki sebenarnya mahu juga dingurat.

Soalan 3

Nape laki selalu rase diri sendiri hensem?

Zati Hazira, Seri Kembangan


Ahmad Shuhud menjawab:

Ciptaan Tuhan semuanya indah2 dan hensem2 belaka. Tahap kehenseman seseorang adalah subjektif. Mungkin di mata tunang Fandi(aku tak tahu nama) Fandilah paling hensem..di mata kami Fandi hanyalah lelaki boroi..(ni kau nak edit pun takpe..haha) samalah macam gadis2 yang merasakan mereka cantik..

Soalan 4

Asal lelaki nih dia cakap je tapi tak buat and diorang fikir tak nak kawen ngn kita ke couple je sesedap rasa tp takde niat nak kawen ngn kita?macam mana nak taw semua itu? Kalau nk tanye malu;p

Gadis pemalu, Miri


Adam Johari menjawab:


Shikin tak stuju ngan jawapan aku... tapi ni lah yang aku rase. knape plak kalau kite couple ngan orang tu kite kene kahwin ngan die? aku rase tak salah kalau lelaki nak berfoya foya dulu. unless aaa kite dah cakap... "nanti in the future kite kahwin eh :) ". kalau camtu memang lelaki tu miang gile. cmane kalau kite couple ngan orang tu, skali dah lame skit dalam alam bf/gf kite sedar that the girl tu is not THE ONE?

Aku rase aaa, kalau dah jadi bf/gf cukup lame (3 years) kalau salah sorang rase yang diorang taknak kahwin baik cakap awal awal. jangan heret heret. but still, even kalau dah lame dengan orang tu, kau kene be honest with yourself, are you happy? Dalam kes aku memang senang je. aku memang dah happy so kahwin ah.

Soalan 5

Betul ke it's ok for a woman to make the first move? ke memang korang akan pandang ia sebagai desperate and then laugh behind our backs?

Gadis ingin tahu, Gombak


Aku menjawab:

Desperate? Kenyataan anda memang salah sekali. Kami lelaki mempunyai nafsu serakah juga. Kami ingin dihadiahkan kad-kad yang sweet berserta puisi indah. Kami ingin diburu, di stalk, di miss call serta dihantar ubat guna-guna. Kecuali teddy bear. Jangan sekali-kali hadiahkan kami teddy bear terutamanya di khalayak ramai. The only time where we will laugh behind your back is when your back is berbulu lebat.

Soalan 6:


Bilakah dr. shuduh akan bawak gadis dia balik jumpa mama dan abah?

Idlan Z, Colchester


Ahmad Shuhud menjawab:

haha..rilek2 dulu..baru suprise..haha..

Nota editor: Abe mana ada girlfriend. Itu sekadar gadis imajinasi dia sahaja. Tiada seorang pun yang pernah melihat gadisnya kecuali Fandi. Itu pun Abe main tunjuk dari jarak 50 meter.

Soalan 7:

bila encik faizal al-kacaki nak kawen ngn gadis anda?tak takot dia lari diambil org ke?kalau bf saya lambat nak kawen ngn saya mesti saya mempertikaikan kesetiaan dia and lagi satu perempuan tanak org call her andartu taw.25 thn cutpoint bg saya.tp saya belom 25 thn.24 pon belom.23 lagi belom;)

Gadis cemas, Temerloh.


Aku menjawab:

Saya nak berkahwin dengan gadis saya secepat yang mungkin. Mama kata duit kenduri dah ada. Tengoklah lagi setahun dua ke nanti bagila alamat nanti saya jemput. Btw anda tidak boleh mempertikaikan kesetiaan kami kerana kami tensen nak membahagikan wang untuk anda, PS3, bayar PTPTN, bayar duit kereta, bayar fidyah puasa tahun lepas lagi. Aihh.

Soalan 8:


nape norman hakim dah ade isteri lawa2 nk plak kat memey yg rase nak pijak lumat2 tuh?lelaki hilang rasa suka kat bini ke bila bini dia sdg mengandung or baru lepas b'salin?bnyk cantik hbs madu sepah dibuang!

Abby Abadi, Kampung Baru


Sally menjawab:


Haiii uolsss. Awww gelenyah la nak suruh mak jawab. Eiii memang puaka kubor memey tu ingatkan dia tu vogue de vass sangatlahh hiiiii memang mak nak paku leher pontianak tu biar jadi hodoh.

Nota editor: Sally ni tak puasa ke mengutuk orang. Btw lelaki tetap sayangkan bini dia ketika mengandung, Yang buat lelaki lari ialah jika korang memakai bedak sejuk dan tidak shave bulu ketiak. Cuma korang janganla mengidam benda yang bukan2 macam buah khuldi mana nak cari.

Soalan 9:

secara statistiknya apakah kebarangkalian menemui lelaki (irrespective of his sexual orientation) yang x pernah plok plok di dunia ini?

Gadis curiga, Birmingham


Amir Rashidi menjawab:


Kebarangkaliannya adalah 1/1000. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan statistik 4/5 rakan tablighku yg gemar ke masjid sri petaling juga tidak dapat menghindari gejala ini.

Nota editor: Even Dazu yang innocent macam Spock pun plok plok kan Dazu?

Soalan 10:


Apa yang menyebabkan lelaki ingin berkahwin?

Gadis tak sabar nak kahwin, Putrajaya


Kami menjawab:

Persetubuhan.

Tazkirah daripada Adam:

“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

1. Keturunan die.
2. Rupa paras dia.
3. Harta dia.
4. Agama dia.

die tak sebut pasal cinta dalam hadith ni sebab dalam Islam kite patut bercinta selepas kahwin dan tak berfoya foya dulu. tapi apakan daya... budak budak zaman skarang.

Soalan 11:

Apakah yang tertera pada baju family guy encik faizal?



Bagaimana? Puas hati dengan jawapan kami? Diharapkan selepas ini korang gadis-gadis akan lebih memahami kami sang lelaki dan tidak asyik nak membebel je 22 jam. Berilah kami peluang minum di maplay sekali sekala. Jika gadis-gadis tidak bersetuju dengan jawapan yang kami berikan, atau ada soalan-soalan lain yang ingin kami jawab, sila letakkan di ruangan komen. Kami akan menjawabnya dengan penuh kejantanan di ruangan soal jawab yang akan datang. Thanks!


Saturday, August 29, 2009

Mengapa Aku Lebih Popular Daripada Norman Hakim


Anda boleh baca artikelnya di sini.

Sila klik Read More untuk mendapatkan tandatangan aku.

Manusia boleh menjadi terkenal disebabkan keaibannya, ataupun disebabkan kebaikan yang dilakukannya di dunia yang bersifat sementara ini. Aku merasa berbesar hati dapat menjadi contoh yang baik kepada umat manusia di serata dunia yang mungkin akan tergerak hati untuk turut pergi ke solat Jumaat walaupun dalam keadaan panas terik di bulan Ramadan setelah melihat gambar di atas.

Buat Norman Hakim yang hanya dipaparkan dalam mukasurat 9 akhbar Kosmo(aku keluar di rencana utama mukasurat 2), diharapkan anda dapat mengambil iktibar daripada gambar yang dipaparkan, dan kahwinlah dengan Memey cepat-cepat untuk mengelak fitnah daripada masyarakat. Kemudian anda boleh pergi menunaikan solat Jumaat dengan tenang seperti gambar aku di atas yang nampak khusyuk walaupun ada orang mengambil gambar.

Mungkin kita perlu close up sedikit untuk membuatkan orang ramai lebih insaf dan terus berazam untuk menunaikan solat Jumaat minggu hadapan. Maaf aku tiada mesin pengimbas so hanya gunakan kamera digital sahaja.


Okla kita bagila peluang untuk orang yang lain mengecapi kepopularitian bersama. No 1 ialah Mohd Nizam bin Zainuddin, rakan sekerja aku yang ternyata bertuah dapat memasuki suratkhabar buat kali pertama. No 2 pun kebetulan je bertuah sama kerana aku memaksa dia untuk solat bersama. Muhammad Faisal bin Habeeb rakan sekerja aku juga tapi dia macam liat sikit nak suruh solat tapi dia terer main Soulcalibur. No 3 ialah abang kedai runcit di Menara Olympia.

Selamat menyambut Ramadan kawan-kawan. Saya mengharapkan agar rakan-rakan akan pergi solat Jumaat dengan ikhlas, bukan kerana mengharapkan dapat masuk surat khabar. Buat kumpulan Rabbani yang menghubungi saya untuk menggantikan arwah Ustaz Asri setelah melihat gambar saya di Kosmo, saya terpaksa tolak lamaran tuan-tuan sekalian kerana saya ingin menumpukan perhatian dalam talk show Ramadan saya. Assalamualaikum semua.

p/s: jika anda mendapatkan akhbar Kosmo hari ini, anda mungkin bertuah kerana ada cetakan Kosmo limited edition yang dilengkapi tandatangan saya sekali.

Friday, August 28, 2009

Usah Terpedaya!

Hidup ini penuh dengan tipu daya. Kita harus berwaspada agar tidak terpedaya. Wahh rhyme.

1) Kawan anda yang jarang sekali bergayut di telefon dengan anda apatah lagi hendak pergi ke Mines bersama tiba-tiba call, lepas tu ajak main bola bersama walaupun dia kaki bangku. Lepas itu, dia ajak pula anda ke maplay untuk belanja anda minum. Adakah kerana dia ingin menjadi rakan yang lebih baik? Usah terpedaya. Dia sebenarnya hendak mengajak anda jadi downline bisnes MLMnya.

2) Saudara mara tidak akan berbicara di telefon. Kecuali bila nak ajak pergi kenduri ke, ataupun nak ajak pegi hospital tengok pakcik recover daripada pembedahan payu dada. Maka jika saudara korang tiba-tiba call, lepas tu berbual-bual kosong tanya soalan-soalan asas itu ini, dan background dengar bunyi kereta lalu lalang, usah terpedaya. Saudara anda sebenarnya hendak meminjam wang (dan tak pulangkan) dan most probably dia sudah berada berhampiran rumah anda maka anda tiada pilihan.

3) Anda sedang lepak chill di rumah menonton siri televisyen yang dimuat turun dan ditonton di tv 42" inci anda pada pukul 12 tengahari. Tiba-tiba anda terdengar suara perempuan yang lunak memberi salam. Bukan sekali. Bukan dua kali. Tetapi at least 8 kali. Lepas tu siap ketuk pintu rumah anda macam pegawai pencegah maksiat mengetuk pintu pejabat Norman Hakim. Perlukah anda membuka pintu? Mungkin ada kecemasan? Usah terpedaya. Itu sebenarnya adalah sindiket meminta sedekah yang annoying. Lepas minta wang, minta air pulak. Paling kurang sopan siap nak main xbox aku what the whattt? So korang teruskan menonton tv, dan jawab sahaja salam mereka perlahan-lahan.

4) Jika anda sudah berkahwin, tiba-tiba isteri anda merengek manja memanggil anda, "Sayangggg.......". Usah terpedaya. Isteri anda bukannya nak minta untuk disetubuhi, sebaliknya dia baru sahaja ternampak iklan jualan murah di Parkson Grand. Eh betul ke aku mana tahu aku belum kahwin.

5) Jika anda sudah berkahwin, tiba-tiba suami anda merengek manja memanggil anda, "Sayangggg.......". Usah terpedaya. Memang nak ajak bersetubuh, tak mungkin ada niat yang lain. Eh betul ke aku mana tahu aku belum kahwin.

Sila klik Read More untuk terus terpedaya.

6) Anda sedang berbual-bual dengan teman lelaki anda di telefon. Tiba-tiba teman lelaki anda bertanya, "What are you wearing?". Usah terpedaya. Teman lelaki anda bukannya seorang fashionista pun dia langsung tidak peduli jika anda explain fabrik yang anda pakai, sebaliknya itu adalah dialog untuk memulakan persetubuhan di telefon.

7) Jika anda sangka anda mendapat bargain yang hebat melihat harga xbox360 dengan harga RM400 di forum lowyat, usah terpedaya. 360 itu sudah terkena RROD at least 2x dan anda pasti akan tension gila barbie nak arwah apabila melihat xbox anda mengalami period selepas seminggu membelinya.

8) Jika anda mendapat pop up ketika melayari internet mengatakan komputer anda diserang virus dan menyuruh anda untuk klik button untuk menghapuskan virus itu, usah terpedaya. Alah ini pun kalau korang terpedaya korang memang cikai mak lampir ah.

9) Jika ada orang tinggalkan mesej di shoutbox anda mengucapkan "Salam ziarah" or "Tumpang lalu" or "have a nice day!", usah terpedaya. They don't really read your blog. Sekadar meninggalkan link mengharapkan kita klik and somehow mengkagumi blog mereka and menambah bilangan pengikut.

10) Jika korang mengikuti blog aku hari-hari, korang semua mungkin sudah diperdayakan aku. Hee hee.

Bersahur bersama esok di Impian Maju pukul 4 pagi kemudian solat subuh bersama jom! Assalamualaikum.

Thursday, August 27, 2009

Soalan Untuk Jejaka-jejaka??

Terima kasih kepada gadis-gadis yang telah memberikan jawapan kepada persoalan yang sering bermain di perut kami. Saya mewakili kaum jantan-jantan kabaret kini semakin arif tentang perihal emosi serta fenomena period wanita secara amnya. Kami kaum lelaki sebenarnya memang understanding, adil dan saksama. We have learned so much about gadis-gadis, now it's time for you gadis-gadis to get to know us. Sebagai contoh, korang gadis-gadis tidak boleh assume kami kaum lelaki hanya berminat menonton perlawanan bolasepak di televisyen (stereotype), walaupun hakikatnya kami juga bernafsu menonton rancangan memasak Jamie Oliver. Terperanjat? Sila klik Read More.

Itulah sebabnya kami ingin memberi peluang kepada anda gadis-gadis di luar sana untuk bertanyakan sebarang persoalan tentang lelaki yang korang selalu bincangkan dalam sesi 'girls talk' korang. It can be about anything. Tidak kiralah soalan itu berbentuk ilmiah, seksual ataupun emosional, semuanya akan dijawab dengan jujur seperti kalian menjawab soalan yang saya berikan tempoh hari. Kalau saya seorang yang menjawab pasti jawapan dia sentiasa merapu kerapu, maka saya akan meminta teman-teman pillow talk saya untuk turut menjawab soalan-soalan anda di entri yang akan datang. Bagaimana? Seronok bukan? So think long and hard (that's what she said) and leave your questions in the comment section.

Oh, satu orang, satu soalan ya. Also, please leave your name or at least nama fantasi korang jika segan, senang nak reply nanti. Thanks. Assalamulaikum.

Wednesday, August 26, 2009

Soalan untuk gadis-gadis: Bahagian 2

Ini adalah bahagian kedua soalan-soalan yang kami para jejaka bersungguh-sungguh hendak mengetahui jawapannya. Kami sedar kadang-kadang kami ini buas, tidak romantik, dan kerapkali berbau peluh jika tidak mengenakan Avon di ketiak. Oleh itu, soalan-soalan ini ditujukan kepada gadis-gadis agar kami dapat memahami hati suci seorang wanita, apa kehendak mereka dan bagaimana ciri-ciri lelaki idaman gadis-gadis secara umumnya. Jangan perasan soalan ini ditujukan kepada anda seorang ok?

1) Kenapa gadis-gadis kuat camburu? Takkan kami cakap Macy Gray comel pun korang nak cemburu?

2) Apa bezanya Kotex dan Laurier? Apakah faktor pemilihan korang?

3) Kenapa gadis-gadis tergila-gilakan Nick Jonas?

4) Sewaktu bulan puasa, jika gadis-gadis tidak boleh berpuasa, korang makan di mana? Ke korang pura-pura puasa?

5) Wiladah tu apa?

Ada lagi. Sila klik Read More untuk soalan-soalan seterusnya.

6) Kenapa gadis-gadis perlu bergaya dengan beg tangan Coach ke LV ke...mengapa tidak cuba bergaya dengan jenama Samsonite? Curious!

7) Apa yang lebih penting bagi korang; Paras rupa atau harta benda?

8) Kenapa gadis-gadis setiap kali lalu depan cermin ataupun benda-benda yang boleh memberi pantulan mesti nak betulkan tudungla, cabut bulu idungla, pakai maskara la. Bukan sekali sekala. All the time. Walaupun sudah sememangnya molek. Why?

9) Perempuan ada mimpi basah ke?

10) Kenapa gadis-gadis susah hendak mempercayai lelaki? Ambil kapak belah dada I kalau tak percaya.

Jika anda membaca entry ini dan anda seorang gadis, anda diwajibkan menjawab soalan-soalan di atas agar kami para jejaka boleh berubah demi membahagiakan anda semua. Kami akan berubah demi kalian, percayalah.

Bahagian pertama boleh dibaca di sini.

Tuesday, August 25, 2009

Sesi Soal Jawab Ramadan bersama Ustaz Faizal: Episod ke-2

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah, rancangan soal jawab agama ini mendapat liputan yang meluas sehinggakan dicetak semula dalam majalah Cleo, akhbar Harakah serta yang paling hebat, majalah ROTTW. Seperti yang dijanjikan, hari ini ana (saya) akan menjelaskan kegusaran para pembaca yang telah menghantar soalan-soalan fekah pada episod satu dan tidak kurangnya yang menghantar telegram dan emel untuk mendapatkan kepastian tentang bulan Ramadan khususnya. Ayuh kita kupas isu yang pertama.

Soalan 1:

assalamualaikom ustaz,

apekah hukumnya meletakkan gambar2 makanan yang menggiurkan di blog sempena bulan ramadhan?

zati gadis keliru, Merlimau.


Jawapan:

Waalaikumsalamwarahmatullah. Hukumnya harus. Tiada salahnya meletakkan gambar makanan seperti karipap sardin dan buah-buahan, melainkan gambar buah yang menggiurkan itu adalah gambar buah dada Sally. Segalanya bergantung kepada diri sendiri. Kita boleh mengawal apa yang hendak dilihat di laman web ataupun keadaan persekitaran. Jika kita tahu tahap keimanan kita berada di bawah paras air laut, usahlah mengada-ngada ingin melihat gambar makanan ataupun pornografi.

Sila klik Read More untuk mengupas persoalan seterusnya.

Soalan 2:


Kat ofis aku..persoalan nombor satu sering didebatkan....mengapa bangang sgt kita perlu berpuase selama 2bulan berturut2....walhal kita hanya perlu meneguk air masak sebelum bersetubuh di siang hari bulan ramadan?? kan hanya perlu ganti satu hari aje....

Jejaka gusar, Rompin


Jawapan:

Hukum kaffarah hanya jatuh apabila puasa kita masih 'intact'. Sekiranya puasa kita sudah terbatal kerana kita meneguk air masak, maka persetubuhan yang dilakukan selepas itu tidak akan dikenakan kaffarah. Workaround anda memang ada rasionalnya, tetapi sila tanya soalan ini kepada diri sendiri, "Siapa sebenarnya yang kita cuba tipu?"

Soalan 3:

dear ustaz,

seperti yang ustaz sedia maklum,kami kaum wanita diberi cuti selama beberapa hari untuk tidak berpuasa. apakah advice ustaz, jika kami tidak berpuasa dan sangat haus dipejabat. perlukan kami pulang kerumah pada waktu lunch atau dengan selambanya kami pergi minum di bilik tertutup? tolong ustaz.

Huda gadis serba salah, Putrajaya.


Jawapan:

Wanita memang makhluk Tuhan yang istimewa, mempunyai kebolehan untuk menjadi incredible hulk merah setiap bulan. Namun kesempatan ini tidak harus dieksploitasikan. Memang kurang manis jika kita minum di hadapan orang yang berpuasa, so jika boleh sembunyi di belakang orang yang berpuasa lalu minum. Banyak lagi tempat yang boleh digunakan seperti di bawah meja, di dalam tandas (ada banyak air) ataupun turun sahaja ke foodcourt dijamin tiada orang yang berpuasa lepak di situ.

Soalan 4:


Kita ada banyak lagu raya, mengapa tiada satu pun lagu puasa?

Eliza Sherwani Ahmad, Singapura


Jawapan:

Kerana kebanyakan artis-artis tempatan ramai yang tidak puasa menurut laman hiburan oh bulan.com, maka hidayah pun tidak sampai untuk mencipta lagu tentang puasa. Jangan risau, saya kini sedang mengikuti kelas kompang elektrik sebagai persediaan untuk membuat satu lagu tentang puasa. Jangan lupa beli single puasa saya di itunes nanti.

Soalan 5:

Assalamualaikum ustaz,

Saya ingin pergi menunaikan umrah di minggu kedua Ramadan. Akan tetapi saya khuatir saya akan melihat dosa-dosa saya yang boleh tahan banyaknya di hadapan Kaabah nanti. Saya selalu membaca tentang perkara-perkara yang menginsafkan di dalam Mastika...saya gusar ustaz jika saya terlihat gadis melayu bertudung tanpa kain sarung mengejar saya nanti....

J.Fathi, Bank Negara Malaysia


Jawapan:

Waalaikumsalamwarahmatullah. 90% daripada artikel di Mastika sebenarnya adalah hasil karangan kanak-kanak sekolah menengah tingkatan 3 untuk persediaan PMR mereka. Usah percaya sangat dengan kesahihan artikel di Mastika. Akan tetapi, walaupun kisah-kisah yang dipaparkan mungkin sekadar rekaan, adalah penting untuk kita mengambil iktibar di atas apa yang telah berlaku. Perkara pertama yang anda mesti lakukan setelah pulang daripada tempat kerja adalah:
1) Show hidden files and folders
2) Delete hidden folder called 'Sabul'
3) Empty the recycle bin.

Insyallah umrah anda akan berjalan lancar. Jangan lupa untuk doakan kebahagiaan kami di sini.

Soalan 6:

Samir Nasri puasa tak? Kolo Toure bagaimana?

Khairul Afandy, Uniten


Jawapan:
Samir Nasri menggunakan alasan bekerja berat sepanjang tahun untuk mengelakkan diri daripada berpuasa walaupun hakikatnya dia duduk rumah sahaja sekarang kerana cedera. Kolo Toure memang warak orangnya. Malah pemilik Manchester City Khaldoon Al Murtabak yang merupakan seorang muslim telah memaksa keseluruhan 1st teamnya untuk berpuasa bersama bagi menggalakkan dressing room harmony. Kelihatan Craig Bellamy mencarut2 dengan keputusan itu.

Soalan 7:

Assalamualaikum ustaz,

Saya mengesyaki tunang saya pura-pura berpuasa kerana berat badannya semakin bertambah terutamanya di bahagian perut semasa bulan Ramadan ini. Saya akan berkahwin dengannya pada bulan November ini tetapi saya tidak mahu membebel kepadanya, at least sebelum kahwin...apa yang perlu saya buat ustaz?

Nazmin, Gombak


Jawapan:

Waalaikumsalamwarahmatullah. Berat badan bertambah tidak semestinya dia tidak berpuasa di bulan Ramadan. 45% kes penambahan saiz perut adalah kerana sembelit lebih daripada seminggu tidak dapat membuang durian dan popiah basah yang dibaham. Sifat saling percaya harus diterapkan sebelum kahwin agar tidak bercerai seperti Akhil Hayy nanti.

Jika para pembaca ada sebarang persoalan agama, soalan asas fardhu ain ataupun inginkan nasihat bagaimana hendak memiliki four pack di perut, sila letakkan di ruangan komen ataupun emelkan sahaja soalan anda kepada ijaicool (at) yahoo (dot) com dan persoalan anda akan dijawab dalam ruangan yang sama di posting yang akan datang. Insyaallah.

Monday, August 24, 2009

Anugerah Bintang Popular Maikrosof

Setiap 4 bulan, pejabat aku akan menganjurkan hari Anugerah Khidmat Cemerlang untuk meraikan para pekerjanya yang rajin dan berguna. Pemenang utama dipilih berdasarkan hasil undian SMS selepas sesi karaoke di pejabat. So sebagai seorang yang memiliki suara yang lunak serta paras rupa yang mengasyikkan, tidak hairanlah jika nama aku tercalon dalam senarai kategori utama untuk Anugerah Bintang Popular Maikrosof 2009.

Majlis anugerah ini diadakan pada hari Jumaat yang lalu. Anugerah ini selalunya menghidangkan makanan yang lebih sedap daripada biasa serta minuman keras secara percuma. Namun begitu, aku tidak menghadiri majlis itu kerana aku ingin pulang awal ke rumah. Yelah hari Jumaat Jalan Raja Chulan akan menjadi sesak nok mapuh. Aku bukanlah anti sosial ataupun kera sumbang tidak mahu join event-event sebegitu, tetapi rumah aku jauh dooo kat Bangi dooo. Lagipun ramai rakan-rakan di pejabat yang kaki botol dan mudah hilang pertimbangan ketika mabuk. Aku risau mereka akan meragut kesucian aku nanti. Maka aku pun pulanglah ke rumah.

Di waktu malam, aku pun saja-sajalah mencari pasal membuka emel kerja. Tiba-tiba aku terlihat beberapa keping emel bertalu-talu mengucapkan tahniah. What the what kenapa nak ucap tahniah? Adakah kerna aku memiliki dada yang ketak? Itu memang anugerah Tuhan. Rupa-rupanya aku telah menggondol Anugerah Bintang Popular Maikrosof. Demmit ruginya aku tak hadir untuk menerima anugerah secara langsung. Dahla anugerah itu disiarkan secara langsung di radio IKIM. Kalau tidak mesti dah popular dah aku di kalangan gadis-gadis bertudung labuh.

Maka tadi di pejabat, aku terus menuntut hadiah aku untuk diriakkan. Memang berlagak dan bongkak aku menayangkan anugerah aku kepada rakan-rakan sekerja lain yang ternyata cemburu dengan pencapaian aku. Maka di sini aku ingin berkongsi saat-saat takbur aku bersama anugerah yang dimenangi. Sila klik Read More untuk berasa cemburu.


nama aku sepatutnya dieja Mohamad Faizal Rosly...

Saat-saat gemilang aku sepatutnya dialami pada hari jumaat itu. Walaupun aku tidak hadir ke majlis itu, aku still expect dilayan seperti sang juara maka aku pun memaksa rakan sekerja serta supervisor aku untuk menjalankan upacara penyampaian hadiah.


Juliet: Faizal you're the man!! Bang bang!
Aku: OOOOO MMMMMM GGGGGGGGGGGGG

Terangkat kening melihat gadis di atas? Namanya Juliet Chan. Tiada kaitan dengan Andrew Chan ataupun Cheng Ekin. Tarikh lahirnya sama dengan aku (18/6, sila hafal) dan aku mengesyaki kami ni adik beradik yang terpisah sejak kecil. Jika tidak masakan kami sama-sama hangat.


Selain trofi pusingan, aku juga memenangi baucer membeli belah yang bernilai RM200 di pasaraya Jaya Jusco. Siapa nak aku belanja berbuka sila berbaik-baik dengan aku serta pujilah wajah aku dengan penuh kelembutan. Ohh nama jejaka di atas ialah Fauzi Rentah orang panggil dia Pujies ataupun Uji Rashid.


Aku juga mendapat sijil penyertaan yang boleh digunakan dikepilkan bersama resume nanti. Eh? Nama gadis di atas ialah Komathi Balasubramaniam jangan sekali-kali korang mencari pasal dengan dia kerana dia memiliki tenaga Badang.



Best Agent? Huii macam Agent FBI pulak aku ini. Takpun Agen prepaid ataupun agen Herbalife. Sapa nak jadi downline MLM herbalife aku sila hantarkan surat berisi RM10 ke alamat surat menyurat aku.


Gaya seperti baru menang Champions League. Itulah perasaannya. Jangan cemburu ya nanti aku belanja korang di Jaya Jusco menggunakan kupon percuma. Di sini saya ingin megambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih buat rakan sekerja yang lain yang telah mengundi saya. Tidak lupa, kepada tukang ukir nama aku diharap dapat membaiki kesilapan ini di masa hadapan. Mohamad bukan Muhamad okayy.

Maka tunggu apa lagi? Sila ucapkan "Kongratulasi ijai!" dan kagumi aku untuk at least 2 minit. Bodekan yang terbaik akan memenangi sesi berbuka dengan aku menggunakan baucer RM200 Jaya Jusco.

Sunday, August 23, 2009

Sesi Soal Jawab Ramadan bersama Ustaz Faizal al Kacaki

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya telah menjemput seorang Ustaz daripada Sekolah Agama Bomba Bandar Baru Bangi untuk menjawab pelbagai persoalan agama yang ditanyakan oleh para pembaca. Ustaz Faizal memiliki sijil SPRA bertaraf Jaijidan (hebat) serta handal di dalam bidang tajwid. Diharapkan para pembaca mendapat manfaat daripada muzakarah ini.

Soalan 1:
Assalamualaikum Ustaz,

Saya baru sahaja berkahwin baru-baru ini. Masalahnya, saya tidak tahu adakah saya dapat menahan nafsu syahwat. Apakah yang perlu saya buat sekiranya saya terlanjur bersama isteri saya di siang hari?

Rashidi Aziz, Seri Kembangan


Jawapan:

Waalaikumsalamwarahmatullah. Tahniah di atas perkahwinan saudara. Tidak perlulah lagi untuk ringan-ringan selepas ini bukan? Bagi menjawab soalan saudara, sekiranya saudara berjimak dengan isteri di siang hari, saudara diwajibkan membayar kaffarah, iaitu membebaskan seorang hamba abdi ataupun berpuasa ataupun berpuasa selama 2 bulan berturut-turut. Si isteri pula hanya perlu menggantikan puasa yang terbatal sahaja. Dalam hal ini, sang isteri memainkan peranan penting dalam menepis ajakan suami demi mengelakkan kesukaran di kemudian hari.

Sila klik Read More untuk mengupas persoalan seterusnya.

Soalan 2:
Assalamualaikum,

Ada rakan saya yang meninggalkan puasa kerana sakit. Kemudian, dia terlupa untuk menggantikannya akibat terlalu mengecapi nikmat dunia. Apabila Ramadan menjelang lagi, dia masih belum menggantikan puasanya. Dia tidak boleh menggantikannya pada hari terakhir sebelum Ramadan kerana hari itu merupakan hari yang haram berpuasa iaitu 30 Syaaban. Apakah yang perlu rakan saya buat?

Ahmad Shuduh, Bandar Baru Bangi


Jawapan:

Waalaikumsalamwarahmatullah. Rakan apa anda ini? Anda seharusnya mengingatkan rakan anda agar mengqada' puasa awal-awal. Namun jika dia tidak dapat menggantikan puasanya sehingga tibanya Ramadan, maka dia diwajibkan untuk membayar fidyah.Fidyah bermaksud membayar denda berbentuk beras kepada fakir miskin. Kadarnya adalah secupak beras bagi setiap hari yang tidak berpuasa, dan Pian Cecupak disyaki menyuntik botox pada mukanya.

Soalan 3:
Bolehkah ustaz menjelaskan tentang perkara-parkara yang membatalkan puasa kerana dulu saya tidak memberikan perhatian di dalam kelas fekah.

Zahrul Idzwan, Tampin


Jawapan:

Sudah pasti. Ini merupakan perkara asas fardhu ain itu pun tak tahu. Anda ni mesti ponteng sekolah agama dan menonton Hati Waja lakonan Rusdi Ramli dan Faizal Hussein.
1) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
2) Mengeluarkan mani dengan sengaja (masturbasi)
3) Berjimak walaupun termasuk sedikit
4) Keluar haid atau nifas
5) Muntah dengan sengaja
6) Gila
7) Murtad

Soalan 4:
Jika saya mengorek hidung kawan saya, puasa siapakah yang terbatal?

Khairul Afendi, Jalan 6 Bangi


Jawapan:

Jijik sungguh anda ini. Puasa rakan anda tidak akan terbatal sekiranya hidungnya dikorek tanpa kerelaan dan bukan dengan sengaja. Puasa anda masih lagi sah kerana hukum 'memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan' hanya boleh diaplikasikan kepada diri sendiri.

Soalan 5:
Ustaz berbuka apa hari ini?

Aqilah Hasan, Gombak


Jawapan:

Nasi putih, ayam masak lomak cili padi, sayur campur, sambal tumis udang. Lepas tu Pak Long bawak ayam percik. Kuih-muih seperti popia basah, apam balik, dan kuih kaswi dibeli di bazar Ramadan di PKNS. Memang banyak, begitulah sikap manusia yang tamak dan mengikut nafsu nanti makan tak habis membazir sahaja. Berhati-hati agar paras kolestrol anda tidak naik.

Soalan 6:

Apakah komen ustaz terhadap pernikahan Akhil Hayy dan Waheeda?

Syafinaz, Bank Negara


Jawapan:

Soalan saudari tidak relevan dengan tajuk perbincangan kita. Tapi saya memang berminat terhadap gosip artis tempatan maka saya akan memberi pendapat saya. Saya rasa 'ustaz' Akhil sememangnya telah lama mengurat Waheeda sebelum bekas isterinya dapat tahu lalu dan tidak rela hidup bermadu lalu meminta cerai. Teori saya memang berasas berdasarkan perkahwinan mereka berlangsung hanya selepas 30 hari berpisah. Sila google lagu 'artis kita youtube' untuk tribute kepada mereka.

Soalan 7:
Assalamualaikum,

Tahun ni ustaz nak beri saya duit raya berapa ringgit?

Datillah, UniKl


Jawapan:

Walaikumsalamwarahmatullah. Cik sudah bekerja maka tiada duit rayalah tahun ini. Mungkin jika ada rezeri lebih saya belikan kasut sangkar Nose.

Soalan 8:
Hi there,

There's too much temptation here in my place. I can get horny easily and I don't think I can resist the urge to touch myself during Ramadan...Maybe I can pretend to be a Chinese....please advise.

AJ, Chicago


Answer:

Be strong. Remember your loved ones, and your friends back home.

Jika para pembaca ada keraguan tentang Ramadan, soalan asas fardhu ain ataupun inginkan nasihat bagaimana hendak memiliki wajah tanpa jerawat, sila letakkan di ruangan komen ataupun emelkan sahaja soalan anda kepada ijaicool (at) yahoo (dot) com dan persoalan anda akan dijawab dalam ruangan yang sama di posting yang akan datang. Insyaallah.

Friday, August 21, 2009

1 Ramadan

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Bulan Ramadan menjelang lagi. Pasti ramai para pembaca di luar sana yang mengeluh panjang kerana malas berpuasa serta tidak boleh menonton Mike's Apartment di siang hari. Tidak boleh begitu kawan-kawan. Aku memang agak eksaited untuk menyambut Ramadan kerana aku secara automatik akan mengurangkan pengambilan makanan sekaligus mengurangkan berat di perut serta dapat menurunkan paras kolestrol di dalam badan. Ceh ingatkan eksaited sebab nak beribadat.

Sebagai AJK Keimanan dalam geng Bangi, memang menjadi tugas aku untuk menyeru rakan-rakan Bangi untuk menunaikan solat sunat terawih bersama-sama. Baru sahaja aku hendak menghantar pesanan mesej ringkas kepada teman-teman, tiba-tiba Ikram menelefon aku mengajak untuk berterawih bersama. Hasrat itu disebarkan kepada teman-teman lain tetapi Abe memberi alasan yang paling solid kata dia on call. Meragukan. Selalu on call hari Sabtu. Zul pula berterawih di Restoran Pelita bersama macha-macha di sana. Jamil, dia kata dia solat di Masjid Wilayah tetapi masa call dia dengar background lagu techno. Fandi pula menukar nombor telefon terus. Apai pula terpaksa menjadi Imam miming untuk keluarga barunya. Kesudahannya hanya aku dan Ikram sahaja yang berterawih malam ini. Sila klik Read More untuk terus membaca.

Ikram datang mengambil aku di rumah. Sebelum ke surau, kami mengadakan sesi gay talk (sebab 2 orang je) membincangkan tentang cinta dan kehidupan. Cinta? Ada gosip mengatakan Ikram menaruh hati kepada Zati Hazira (aku ubah nama sebab ini masih sekadar gossip). Atau mungkin aku yang saja membuat spekulasi sendiri. Perbincangan yang paling hangat adalah tentang Amir Rashidi bin Aziz akan menjadi seorang abah. Sungguh tak percaya. Aku tidak tahu 'prestasi' Apai bagaimana, tapi aku menjangkakan 'kejap tetapi kerap', sekaligus berjaya membuntingkan Mizah. Anyway kami rakan-rakan Bangi mengucapkan tahniah kepada korang dan kami semua cintakan kau Apai. Akan tetapi bersediakah kau Apai? No offense, tetapi kami semua meragui kebolehan kau kerana tahyat akhir pun kau tak hafal. Kalau Adam berada di tempat kau, mesti dia heret kau ke restoran Yus untuk sesi heart to heart sampai pukul 3 pagi.

Anyway berbalik kepada cerita asal, aku dan Ikram pun menujulah ke surau Al-Kauthar. Sampai sahaja di sana aku terus cakap orang putih, What the whatttt??? Oghe ramai nok mapuh. Macam konsert MTV Worldstage pulak. Seriyes doo surau aku yang bertaraf masjid tu memang tak muat. Mungkin bahana hari pertama Ramadan, semangat nak mengecap Lailatulkadar tu masih tinggi lagi. Cuba tengok lagi seminggu tinggal 2 saf je nanti. So Ikram dengan muka yang agak gembira sebab tak perlu solat mengajak aku pulang. Aku menasihatkan Ikram agar kita pergi ke Masjid Jamek walaupun di masjid mereka mungkin melakukan solat sunat terawih 20 rakaat.

Walaupun Imam di masjid merupakan imam tempatan yang diimport, namun takdela sampai terketar-ketar lutut kami menghabiskan lapan rakaat. Tiba-tiba aku nampak satu kelibat jin datang menhampiri kami. Aku kaget. Bukankah di bulan Ramadan semua syaitan akan diikat? Rupa-rupanya jin itu ialah Naufal yang baru pulang dari Indonesia. Naufal mengambil kursus Kedoktoran majoring in Sautau Application di Jawa. Dengar khabar dia tahu tempat persembunyian Nordin Mat Top.

Selesai solat, kami pergi membaham di Restoran Dusun (Sup Gearbox). Semasa membaham, tiba-tiba Zul, Jamil dan Fandi join sekali. Oooo ajak solat pura-pura keluar haid ye korang. Anyway sup gearbox ialah bapak segala kolestrol aku memang tak jilat sedikit pun. Tapi terlanggarla pantang sedikit apabila aku terjilat sedikit ayam. Dan daging. Dan kerang. OMG. Tiada gambarla sebab aku hanya membawa boxer aku je dalam kain. HP, wallet semua tinggal. Wallet tu purposely la sebab Ikram baru dapat bonus 3 bulan. Gossip terbaru semasa boys talk:

1) Jamil baru pulang dari Switzerland dan disyaki membawa pulang H1N1. Tapi dia bebas daripada penyakit itu lalu membeli iphone 3Gs. Minggu depan Jamil hendak pergi Umrah. Alhamdulillah semoga kau tidak akan melihat dosa-dosa kau di hadapan Kaabah nanti.

2) Fandi kerja esok padan muka. Fandi ada Samsung Jet. Aku syaki Fandi kerja dengan Ah Long tu sebab dia ada banyak telefon bimbit.

3) Zul ada rival di pejabat bergaduh pasal tingkap. Dan dia masih tak bayar lagi Rm14 aku duit tiket transformers tempoh hari.

How was your Ramadan?

Thursday, August 20, 2009

PS3 Tanpa Kolestrol

Hari Isnin adalah hari yang paling cikai mak lampir kerana kerja berlambak-lambak di pejabat. Cara aku melempiaskan nafsu amarah adalah dengan membazirkan bandwidth pejabat dengan melayari laman web yang tidak sepatutnya di waktu bekerja seperti blog rakan-rakan, membuat kajian perpindahan pemain di fantasy.premierleague.com, ataupun menonton review permainan video di gamespot.com. Sedang aku sibuk menonton preview Dj Hero, tiba-tiba mata aku tertumpu pada satu artikel; PS3 Slim. Elokla tu, aku sibuk nak slimkan perut depa pun nak slim jugak.


picture credit: Playstation.Blog

OMG. Aku sudah bercadang untuk mengepow PS3 sebagai hadiah hantaran, akan tetapi nampaknya aku tidak mampu bertahan dan aku kini memasang keazaman yang tinggi untuk memilikinya sebaik sahaja dirilis di sini pada bulan hadapan (well mungkin lambat sikit sampai di sini). Click Read More please.

Aku sebenarnya sudah lama bercadang untuk mendapatkan PS3 kerana aku ingin membelasah kanak-kanak antarabangsa bermain Soulcalibur ataupun Fifa secara online dengan percuma. Akan tetapi, faktor kewangan menjadi penghalang untuk aku meneruskan niat suci aku itu. Bukan tidak mampu, tetapi aku harus berjimat cermat mengumpul wang untuk pergi haji. Eh. Kini, wang bukanlah alasan lagi kerana Sony telah memotong harga PS3 kepada $299 ataupun lebih kurang RM1000 untuk PS3 Slim 120 GB. Itu memang tawaran yang super hebat.


PS3 gemuk dan kurus

Aku kerja dengan Maikrosof, mestilah menjadi fanboy 360 kan. Akan tetapi RM1000+ untuk konsol yang memiliki kebolehan Blu Ray, WiFi dalaman, dan cakera keras 120 GB memang sungguh berbaloi. Mungkin korang kata game PS3 mahal tetapi itu bukanlah masalah kerana ramai teman-teman aku yang memiliki PS3 seperti Abe, Dazu, Arul, Fandy, dan Mamat Maskawaih so aku akan pinjam sahaja game mereka lepas itu pura-pura hilang ingatan tak perlu pulangkan. Besides, aku pun mahu juga main permainan eksklusif PS3 seperti MGS4, Little Big Planet, Resistance 2, Infamous and later, God of War 3.

So Babe, kalau I puasa penuh tahun ni, you belikan I PS3 sebagai hadiah hari raya ok? Thanks jelita.

p/s: btw, ada sesiapa yang berminat untuk membeli 360 lama aku yang sedang menghidap influenza A (RROD)? Korang pegila repair sendiri. Ada rakan sepejabat sudah book tapi aku anytime boleh belot dia jika korang tawarkan harga yang lebih tinggi hua hua hee.



Wednesday, August 19, 2009

Gaya Hidup Yang Sihat episod 2: Diet

Bersenam sehingga keluar peluh darah sekalipun, jika kita tidak menjaga pemakanan apa gunanya. Lipatan lemak di perut aku ini hanya akan hilang jika tidak dibekalkan dengan makanan yang mempunyai kolestrol dan kalori yang tinggi. Jadi bagaimanakah kita boleh menyelesaikan masalah ini? Aku pun membukala Astro Channel 703 iaitu Asian Food Channel (AFC) untuk mencari ilham tentang resipi-resipi yang menyihatkan.

OMG lawanya chef gadis yang sedang keluar di kaca televisyen. Nama dia Datilla Lawson, residen chef di AFC yang popular dengan rancangan-racangan masakannya seperi Selera Utara (pronounced Selegha Utagha) dan 'Eat Healthy, Kolestrol Lari'. Kali ini, Miss Lawson mengajar kita satu meal sihat yang simple dan mudah disediakan, serta tidak memerlukan skill masakan yang tinggi. Dengan adanya sijil masakan aku daripada kelas kemahiran hidup Cikgu Tulur, memang tiada masalahlah untuk aku membuat meal ini.

Resipi ini dinamakan Sandwich Sihat. Bahan-bahannya adalah seperti berikut:


1) Kismis Yusuf Taiyoob. Kismis dikatakan dapat memberi daya ingatan yang tinggi. Kehadiran kismis di dalam resipi ini adalah untuk membekalkan rasa kemanisan yang sihat.

2) Sayur-sayuran. Bahan yang paling penting dalam resipi ini. Para pembaca boleh membeli salad campuran di dalam kotak yang sudah diproses dan bebas daripada bahan kimia merbahaya. Kita digalakkan memakan sayur-sayuran mentah kerana nilai nutriennya yang tinggi berbanding sayur yang digoreng.

3) Tortilla/ roti pita. Sila lihat maklumat nutrisinya; pastikan bahan ini tidak mengandungi kolestrol serta mempunyai nilai kalori yang rendah.

4) Sebagai alternatif untuk tortilla, anda boleh gunakan roti full grain ciptaan terbaru yang dapat mengurangkan kolestrol secara semulajadi.

5) Chicken ham. Membekalkan protein. Pastikan tidak diambil dalam kuantiti yang berlebihan.

6) Mayonis/Thousand Island. Untuk menaikkan kelazatan hidangan.

7) Black pepper. Untuk menambah tenaga syahwat bagi lelaki.

8) Tuna. Again, pastikan anda mengambil Tuna yang rendah lemak yang kalau boleh beli Tuna yang masih hidup di dalam tin.

Sila klik Read More jika anda sudah bersedia untuk memasak.


Mula-mula, basuh sayuran yang hendak digunakan. Ini adalah untuk memastikan peluh-peluh para pekerja Carrefour tidak melekat di sayuran anda. Saya mengambil beberapa keping kobis dan tomato comel untuk dicincang halus.


Kemudian, kita gaulkan cincangan sayuran tadi dengan tuna, kismis, serta black pepper. Gaulkan sehingga sebati selama 10 minit sehingga anda penat.


Sementara itu, kita hangatkan tortilla tadi di atas kuali yang bersuhu 120 darjah celcius. Jangan gunakan sebarang minyak masak, kecuali jika anda pening kepala boleh guna minyak lintah di dahi (jenaka sambilan). Panaskan chicken ham tadi dengan kaedah yang sama.


Kemudian, kita ambil sekeping dua salad hitam dan salad hijau dan lemparkan sahaja ke atas tortilla tadi. Jika anda menggunakan roti, tekniknya sama sahaja. Do the same with the ham. Susun cantik-cantik menggunakan teorem Pythagoras.


Selanjutnya, kita sapukan inti sayur+tuna+kismis tadi ke atas kepingan tortilla tadi. Untuk menaikkan lagi nafsu makan kita, letakkan sekali beberapa keping Chachos. Kita sudahi dengan taburan mayonis ataupun Thousand Island. OMG tengok gambar pun boleh terbatal puasa nanti. Lebih kronik, mungkin korang perlu mandi wajib jika terus melihat gambar resipi yang menaikkan syahwat ini.


Akhirnya, kita hanya perlu menggulung serta memotongnya. Gunakan sos cili Lingham untuk kenikmatan yang hakiki.

Bagaimana? Hebat tak skill memasak aku? Of coursela jauh lebih hebat daripada kau Muaz. Inilah yang aku makan setiap hari. Sihat dan menjimatkan. Sedap kan? Sedap kan?

Monday, August 17, 2009

Anda Tahu Bulan Ramadan Akan Tiba Bila...

1) Gadis-gadis solehah, gadis-gadis clubbing, serta peserta rancangan realiti Gadis Melayu semuanya berpakat hendak berpuasa sunat hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad...time is running out gadis2 adakah hutang korang suma dah setel?

2) Sakit perut, pening-pening lalat, kanser payu dara, skurvi serta pelbagai penyakit lain mula menyerang secara tiba-tiba. Semakin kronik pula tu menjelang Ramadan.

3) Iklan kurma Yusuf Taiyoob bergema setiap 2 minit di radio. yusufff taiyoooooobb barbie tension betul aku dengar bisikan ghairah depa.

4) Masing-masing menggelabah nak bukak buku Fekah darjah 4 sebab dah lupa lafaz dan niat puasa. Err nawaitu nawaitu aku lempang kang lagu Nowwhytwo OAG boleh pulak korang hafal.

5) Nenek korang mula memakai tights ataupun leggings sebab nak senang bergerak ke sana sini demi menyediakan kuih raya buatan tangan. Apa kelas kuih tunjuk-tunjuk.

Ada lagi. Sila klik Read More untuk terus membaca.

6) Orang yang merokok paling ketara kesannya menjelang Ramadan. Mereka akan mengalami kemurungan serta keputihan.

7) Ramai orang masuk kelas belajar bahasa Cina dan Tamil untuk penyamaran mereka bagi mengabui mata dan telinga pihak berkuasa di bulan Ramadan.

8) Makcik-makcik berpusu-pusu ke Wisma Yakin untuk membeli kain langsir baru.

9) Suami isteri semakin kerap bersetubuh bagi mengelakkan terkena kifarah di bulan Ramadan nanti. Betul ke aku main toron je fakta ini.

10) Pakcik yang tiap-tiap tahun pakai baju Melayu yang sama akan keluar di kaca televisyen dan mengungkapkan skrip yang sama setiap tahun mengumumkan ketibaan Ramadan.

Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna. Agar dapat kulalui dengan sempurna. Huii nampak ayat penyudah aku macam gempak tapi itu sebenarnya lagu Raihan featuring Man Bai. Sekian, Assalamualaikum.

Sunday, August 16, 2009

Gaya Hidup Yang Sihat: Senaman

Jika korang merupakan stalker aku, korang pasti tahu baru-baru ini pejabat aku telah mengadakan majlis pemeriksaan kesihatan tahunan. Kisahnya boleh dibaca pada entri ini.

Keputusan ujian-ujian yang diambil seperti ujian darah, ujian air kencing, ujian pendengaran serta ujian Internet Explorer 8 telah keluar pada minggu yang lalu. Seperti yang aku telah jangka berdasarkan diet harian dan keadaan fizikal aku, Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang diperoleh ialah bawah 2.00, dalam erti kata lainnya aku gagal ujian kesihatan.

Doktor Wong Fei Hung memanggil aku masuk ke dalam bilik. Aku lihat mukanya berkerut. "How old are you?" tanya Dr Wong. "I'm 25 years young," jawab aku cuba berjenaka tapi muka Dr Wong semakin berkerut. "You're still young but your results...haiyaaa mou lan yong," keluh Dr Wong.

Dr Wong menjelaskan satu persatu hasil ujian yang dijalankan. Masalah pertama; kolestrol yang tinggi. Ini memang telah aku jangka kerana aku hari2 makan lauk yang berasaskan ayam. Penuh minyak serta peluh mamak yang menyelaputi makanan bergoreng aku. Itu tidak termasuk fast food yang dibaham, ditambah pula dengan serangan Domino's di waktu malam.

Masalah kedua, fatty liver. Apa itu fatty liver? Mengapa aku ada fatty liver? Adakah kerana aku peminat Liverpool? (jenaka sambilan). Fatty liver berlaku herana hati aku telah mengumpul amaun lemak yang sangat banyak di dalam sel hati. Walaupun aku tidak mengambil alkohol dan memakai minyak wangi beralkohol, hati aku menjadi besar dan tidak sihat kerana pengambilan karbohidrat dan lemak yang berlebihan setiap hari. Keadaan menjadi lebih bangsat kerana aku sudah tidak aktif mengeluarkan sperma peluh seperti dahulu. So please guys, now that you know, do not call me boroi again. It's fatty liver okay?

Dr Wong memberi perskripsi ubat hati serta menasihatkan aku untuk menjalankan ujian selepas 2 minggu. Sementara itu, dia menasihatkan aku agar mengubah gaya hidup serta meminta nasihat bagaimana aku still boleh maintain kehenseman wajah aku walaupun ada kolestrol yang tinggi. What the what??

Aku keluar dengan wajah yang sugul. Terus bertaubat nasuha aku ketika itu. Betaubat ada syarat-syaratnya. Jika kita melanggar syarat-syarat ini maka tidak sahla taubatnya (usrah sambilan). Syarat-syarat taubat nasuha dari segi pemakanan:
1) Meninggalkan amalan membaham peha ayam goreng berempah.
2) Menyesali pembahaman peha ayam goreng berempah.
3) Berjanji untuk tidak membaham peha ayam goreng berempah lagi.

Maka apakah tindakan aku untuk mengatasi masalah ini? Sila klik Read More untuk melihat keazaman aku.


Behold, gajet terbaru aku, Treadmill Touch 3GS. Apa kelas beli henpon sampai dua ribu ringgit bukannya boleh mengurangkan kolestrol pun. Walaupun menggunakan 100% duit mama aku, aku yakin aku dapat mengembalikan zaman kegemilangan four pack aku seperti di Uniten dahulu. Aku memang betul-betul serius kali ini. Walaupun sesi pertama aku hanya mampu bertahan 5 minit sebelum muntah-muntah keluar sayur(aku exaggerate je ni), prestasi aku kini semakin mantap dengan kemampuan bertahan untuk at least 10 minit berlari-lari anak sebelum kembali muntah. Tetapi 10 minit aku berlari apsal 20 kalori je yang dibakar? Peluh memang mengalir deras dari ketiak aku yang berbau Avon itu. Aku tidak percaya sangat dengan mesin ini kerana mesin-mesin ini mungkin dibuat oleh Skynet. Mungkin aku harus menambah speed dan intensity. Selepas membuat latihan kardio, aku teruskan dengan sit up untuk kesihatan perut dan mengangkat berat (10 kg).


Treadmill ini berjenama HP. Eh? Panelnya menggunakan teknologi Touch & Go, serta dilengkapi dengan WiFi dan kamera 2 megapixel.


Mesin ini juka mempunyai kebolehan untuk berurut tradisional. Kita boleh pilih gambar gadis pilihan serta bangsa yang kita mahu untuk mengurut kita. Kalau sapa yang kena santau nak berubat kat sini pun boleh.


Lihatlah keazaman aku. Aku akan berusaha untuk kembali mendapatkan figura Malaya aku.

Tetapi senaman sahaja tanpa diet yang seimbang tidak boleh juga bukan? Entri Gaya Hidup Yang Sihat: Diet akan menyusul di masa hadapan. Ingatlah para pembaca, Aaaaaamalkan hidup secara sihat dapat menghindar daaaari Aidsssss (menyanyi).

Friday, August 14, 2009

Zon Larangan Manusia

Setiap kali aku memandu pulang dari tempat kerja membayar tol Sungai Besi dan melepasi sebuah billboard misteri, aku pasti ketawa seorang diri. Gilakah kau Faizal. Kita ikuti kisahnya di bawah:

(memandu pulang setelah bertemu janji)

ijaicool: esok kita nak tengok cerita apa?

da' killa:
taktauuu. ada cerita apa lagi?

(tiba-tiba lagu The Times bermain di background)

ijaicool:
hmm eh eh BAHAYAAAA sedang menunggumuuuuu

da' killa:
OOoouUUUoo tett tenenet tenetet tenet tenet (kami peminat The Times)

da' killa: Kita tengok cerita tu nak? (sambil menunjuk ke arah billboard). Wahh kool gila Peter Jackson buat cerita Melayu....

ijaicool: what the what??? Bila masa Peter Jackson buat cerita Melayu?

da' killa: tu dia tulis 'District 9: Zon Larangan Manusia.....'

ijaicool: (gelak terbahak-bahak sebelum dilempang bertalu-talu)

da' killa: apa motif dia buat iklan dalam BM eiiiiii (lempangan diteruskan)


Poster asal. Sila lihat versi Melayunya di sebelah kanan lebuhraya KL-Seremban selepas tol Sungai Besi menuju ke Bangi.

Well District 9 viral marketing is really working. Namun cerita di atas hanyalah mukadimah sahaja. Sila klik Read More untuk cerita yang sebenar.

Esok merupakan hari graduasi master da' killa di UTM Skudai. Ayuh kawan-kawan ucapkan 'Kongratulasi Datillah!'. Dengan adanya hard copy ijazah sarjana di tangan, adalah diharapkan pihak UniKl tidak memberi alasan lagi untuk tidak menaikkan gaji pensyarah jelita yang selalu dipikat oleh pelajarnya sendiri kerana menyangka dirinya adalah salah seorang pelajar juga.


Walaupun saya tidak dapat hadir di sana kerana perlu menghadiri kursus Windows 7, namun sebahagian daripada saya tetap berada di tangan kiri anda ketika anda hendak melihat jam pukul berapa. Wahhh lawanya jam baru awak. Hee hee.

Kongratulasi babe!

p/s: kawan-kawan pastikan kita keluar malam esok kerana pasti tensen aku berkursus di hujung minggu 9 to 5. Koksaker.

Thursday, August 13, 2009

Rachel Kum has fake boobs?

Who is Rachel Kum? Rachel Kum is the newly crowned Miss Singapore, and she is smokin hot. Hotter than Rozita Che Wan and Nanu Baharudin combined together. Well actually I just knew who she was today after reading The Star. Apparently Rachel could have given a fake measurement of her prized assets, according to a blogger. Read the full article here:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/8/13/nation/4507773&sec=nation

This leng lui was already in a midst of a controversy with a picture of her sucking a dodgy looking cake.

Then, just out of the blue, one of my office mate sent an email with menggoda iman pictures of her to the whole floor, causing massive spam debating whether she had a boob job and somehow the topic melencong to 'does size matter'?

Ok let's kaji her pictures and tell me whether it's real or fake. Well it doesn't really matter right?







Click Read More to make your body temperature go higher. Please do not go to the toilet to unleash future dentists or reservoir engineers yet.





Rachel if you're reading this, I will be voting for you as this year's Miss Malaysia is not that hot. Maaf ya cik.

All pictures are taken from Rachel Kum's blog, visit http://www.rachelkum.com/. Pastu skrol ke bawah sikit di mana gambar-gambarnya lebih hangat daripada biasa.

oh yeah.

p/s: does size matter?

Wednesday, August 12, 2009

Pancake House International

Pada hari Khamis yang lalu, saya dan gadis bertemujanji di pasaraya mahal Pavilion di Kuala Lumpur(intro tipikal karangan sekolah rendah). Kami bercadang untuk menonton filem Ghost of Girlfriends Past lakonan Jennifer Garner dan Sathiya. Sementara menanti tayangan bermula, kami berjalan-jalan mencari restoran yang tidak pernah kami kunjungi untuk mencuba hidangan-hidangan eksotik dan pelayan-pelayan erotik. Sedang asyik kami berjalan-jalan, tiba-tiba kedengaran lagu tema Pangako Sayo Bayam berkumandang di udara. Terus terhenti langkah kami di hadapan Pancake House International.

Nama pun Pancake House, pastilah tema restoran ini berdasarkan pancake. Hidangan pancake yang beranika jenis, kerusi ala-ala pancake serta muka pengurus restoran yang macam pancake yang tidak siap. Francais ini berasal dari Filipina, di mana semua pekerjanya fasih mancarut dalam dialek tempatan Filipina. Ambiancenya juga penuh dengan kefilipinaan di mana lagu-lagu tradisional mereka seperti Anak dan Pang Aki Nandos (Lagu kepulauan Mindanao) sentiasa dimainkan.


Pelayan dalam gambar di atas aku rasa bercita-cita untuk menyertai Akademi Fantasia musim ke-8 kerana dia asyik nak menyanyi je walaupun ketika mengambil pesanan. Abis semua lagu dia laungkan. Rihanna ke Lady Gaga huiii memang lalai ah dia menyanyi dalam 'eksen' Filipino. Aku taknak hancurkan impian dia dengan memberitahu Akademi Fantasia hanya untuk warganegara Malaysia, so aku diamkan sahaja.

Sudah bersedia untuk memesan pancake? Sila klik Read More.

Walaupun ini kedai pancake, tak semestinya kita mesti memesan pancake. da' Killa memesan Hamburger Steak Special Set di mana hidangannya terdiri daripada sekeping beef patty yang gemuk lagi berkolestrol serta segerombolan spaghetti yang disalut sos rahsia Filipina. Sedap doo. Last-last aku yang baham semua haa haa harganya ialah RM15 disertakan dengan air teh o ais limau.



Yaaa aku pula ingin mencuba pancake dia la kan nak cuba try test sedap ke tak. Aku tak ingat apa nama hidangan aku yang pesan. Cheese Pancake with Ham kot yang berharga RM15 berserta air jus pilihan. Dapat 2 keping penkek, 2 keping hirisan daging, telur yang tersorok, butter yang seakan-akan ice cream serta sos rahsia. Memang tak sedap langsung hidangan ini usahlah korang pesan terus bertaubat nasuha aku tak mahu order hidangan ini lagi.



Untuk pencuci mulut pula, kami memesan Mango Crepes with Ice Cream. Huii yang ini memang lazat, memang direkomen. Rasa dia seperti apam balik yang menggunakan mangga sejuk sebagai inti kemudian disalut coklat cair dan aiskrim vanila sebagai penyudahnya. Harga ialah RM8 serta korang akan dibekalkan dengan sebiji mangga masam untuk ditapau.



Yaa sekian sahaja segmen jalan-jalan cari makan buat masa ini. Mungkin segmen ini akan berehat buat sementara waktu kerana keputusan ujian kesihatan tempoh hari telah keluar di mana kadar kolestrol saya jauh melebihi paras normal di mana risiko untuk mendapat serangan penyakit kardiovaskular adalah tinggi. More about that later. Mungkin aku akan blog pasal restoran yang menghidangkan sayur-sayuran pula lepas ini. Sigh.

Monday, August 10, 2009

Uniten: Generates Professional and Future Models?


Yo rakan-rakan Uniten. Adakah kalian mendapat isu pertama majalah Uniten's Generations? Ke aku sorang je dapat magazine ini berdasarkan jasa dan bakti yang aku dah curahkan kat Uniten tercinta? Ataupun majalah ini diberi percuma kepada orang yang berpotensi mengharumkan nama Uniten sahaja?

Majalah ini memaparkan kisah suka duka graduan Uniten yang berjaya dalam hidup mereka, serta aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh alumni Uniten. Tujuan aku membuat entri ini adalah untuk meriakkan diri kerana wajah aku yang penuh potensi ini telah dipaparkan di dalam edisi sulung majalah Uniten ini. Impian jangka masa panjang aku ialah menjadi seorang peragawan memperagakan gaya fashionistas terkini ataupun menjadi model jam tangan. Diharapkan dengan pendedahan wajah aku ke arena mainstream ini dapatlah menaikkan saham wajah aku yang sememangnya menjadi idaman jejaka masa kini. Jangan ditanya mengapa gambar Saiful Bukhari Azlan tiada kerana dia BUKAN graduan Uniten dan dia merupakan hasil gagal pointer bawah 1. Aku tahu korang pasti eksaited nak melihat gambar aku maka silalah klik Read More untuk histeria bersama-sama.


Kau lihat. Setaraf Aris Ariwatan wajah aku ini. Okla okla wajah Eleanor Ezura dan Chua Shi Yun pun ada tetapi mata korang pastila tertumpu kepada jejaka berbaju Melayu biru itu bukan? Kita bagi close up sikittt.


Yelahh aku tiada scanner pakai kamera pakai buang je amek gambar ni. Tapi korang jangan ingat kisah ini berakhir di situ. Ada lagiiiii.


Oh yeahhh. Matlamat aku: Majalah Uniten > Majalah Mangga > Pancaindera > URTV > Model.

Oh yeahhh.

Saturday, August 8, 2009

July Movies!

Ahh bulan Ogos sudah tiba. Ramai orang mengeluh termasuk Fandi dan Zahrul kerana terpaksa bulan Ramadhan akan tiba. Zahrul kau dah pulih daripada H1N1 ke belum? Haa haa. Takpe antara aktiviti yang korang boleh lakukan untuk menahan diri daripada makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa ialah dengan menonton wayang, walaupun pahala puasa korang akan berkurang sebab melihat cleavage serta lurah punggung pelakon barat. Tapi jangan korang membaham hotdog dalam panggung pulak kerana walaupun panggung itu gelap orang tak nampak, tetapi malaikat di kiri dan kanan sentiasa mencatat amalan yang korang lakukan (usrah sambilan). Sudah, mari kita saksikan reviu filem untuk bulan Julai. Sila klik Read More untuk terus membaca.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Ice Age 3
Ulasan ringkas: Binatang-binatang purbakala kembali lagi. Perlukah sebenarnya mengeluarkan episod tiga? Nak cerita pasal apa? Aku sebenarnya kasihan dengan Scrat yang asyik kempunan tidak dapat membaham kacang kegemarannya kemudian ditambah pula dengan godaan tupai betina hangat di dalam cerita ini??? What the what?? Plot Ice Age 3 berkisah tentang kumpulan baik cuba menyelamatkan Sid daripada alam dinosaur. Mereka bertemu dengan Buck dengan accent british yang kool. There are a few laughs here and there, tapi part yang yang paling aku ketawa hi hi hi ialah ketika mereka terhidu gas ketawa aku pun ketawa sehingga terkencing sedikit.

Ratings: $$$
Spoiler: Rudy tak mati

Obsessed
Ulasan ringkas: Jika korang sudah beristeri dan beranak satu, adakah korang mampu menahan godaan wanita yang hangat di pejabat? Mungkin Muaz pernah mengalaminya setelah digoda oleh Roza. Opps sori aku terdedahkan pula. And Roza tidaklah hangat pun haa haa jangan marah Roza. Mengisahkan tentang orang negro yang berlakon dalam the office tu (sungguh aku benci kat dia) yang menjadi buruan seorang gadis berkulit putih (Ali Larter). Saiko gila barbie betina tu. Rakan-rakan yang sudah berkahwin seperti Adam dan Apai, sila jawab soalan aku; apa yang akan korang buat jika korang seorang diri di dalam kereta kemudian seorang wanita masuk dan membuka trench coatnya dan mendedahkan bikini triumph mereka? Well lelaki dalam cerita ini mampu menahan nafsu dan ingat kepada isteri (Beyonce) di rumah. Cerita ini disudahi dengan catfight antara Ali dan Beyonce. Siapa menang?

Ratings: && 1/2
Spoiler: Beyonce la menang sebab dia berkulit hitam.

Harry Potter and the Half Blood Prince
Ulasan ringkas: Malas aku nak ulas

http://en.wikipedia.org/wiki/Harry_Potter_and_the_Half-Blood_Prince_(film)

Ratings: $$$ 1/2
Spoiler: link di atas

Land of the Lost
Ulasan ringkas: Haa haa aku memang gemarkan Will Farrell dengan style exaggerate serta keentahapahapaan dia. Filem ini merupakan adaptasi daripada siri tv dulu-dulu dengan tajuk yang sama. Dr. Rick Marshall merupakan seorang yang loser setelah dipulaukan masyarakat akibat teori merentas masanya. Gadis hangat dari British (bini Santiaga Munez) menggodanya untuk meneruskan teorinya lalu mereka berjaya melawat dimensi lain. Scene di bawah boleh membuatkan korang ketawa dengan ghairah sehingga perlu mandi wajib.



Ratings: $$$ 1/2
Spoiler: Enik ialah penjahat yang sebenar.

Taking of Pelham 123
Ulasan Ringkas: Walter sedang bertugas sebagai customer service di KTM amerika sebelum dihubungi oleh Ryder dan rakan-rakan jahatnya yang telah merampas keretapi dan menuntut wang RM10 juta jika tidak dia tembak orang-orang di dalam keretapi. Ryder yang merupakan ahli mlm Omega Trend menjangkakan orang akan menjadi downlinenya dalam kekecohan ini dan sangkaannya memang benar. Ryder dan Walter bergayut di telefon macam orang bercinta sebelum Walter dipaksa untuk menhantar sendiri wang itu kepada Ryder.

Ratings: $$$ 1/2
Spoiler: Ryder sebenarnya ialah ahli Saaaaaberrrr Riderrrrrr and the Staaaar Sheeeerif

Jumpa lagi dalam segmen yang sama pada bulan hadapan.

Thursday, August 6, 2009

I Say Take Your Time with Me My Baby

Ketika memandu, aku memerlukan muzik untuk membuat aku fokus kepada lampu isyarat dan tidak mengalami sebarang tekanan. Aku keluar dari rumah seawal pukul 6.15 pagi setiap hari bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. At least bangun awal boleh solat subuh. Ouch. Maka untuk menyegarkan diri aku perlu dadah untuk telinga iaitu muzik. Di radio aku, 5 stesen yang sudah di preset adalah Xfresh.fm, Hitz.fm, Bfm, Fly.fm dan Era.fm.

Aku memang racist di dalam muzik membenci muzik indon maka lagu tempatan lebih banyak mendapat tempat di telinga aku. Pada suatu hari aku terdengar sebuah lagu yang aku anggap epik, sehingga menggeletar tubuh badan aku mengharapkan lagu itu keluar lagi. Puas aku tukar-tukar stesen radio, namun tak keluar juga lagu itu. Saat-saat aku hampir putus asa, tiba-tiba lagu itu berkumandang di udara. Aku melihat nombor frekuensi di radio, it's 103.0. What the whatttt it was a local band??? Please listen to this song, and tell me what you think.



The band is called South Jordan. Imagine something like The Fray, crossover them with Aizat dan Seven Collar T Shirt and you will get South Jordan (analogi yang ternyata mengikut nafsu aku) Well after some research on the net, the band is not really '1Malaysia'. Semua berkulit putih sahaja orang Amerika sejati. Apparently one of the band member IS from Malaysia and his name is Mike Chan. Nama penuh mungkin Chan Mali Chan. That's why the band receives so many airplay on their current hit single, Take Your Time, although it has been released for quite a while. I'm sure that the song above, Fatal Flaw, has stuck in your head now. So please click Read More to be mesmerized once more.



Jika pejabat korang menghalang penyiaran Youtube, sila ke laman web rasmi mereka untuk memuat turun lagu mereka secara percuma di http://www.southjordanmusic.com/.

Best kan? Best kan?

Wednesday, August 5, 2009

Lunch at Tony Ramos (this is not a typo)

Ahh hari Isnin. Hari yang meletihkan kerana hari Isnin merupakan hari yang aku menjadi pekerja yang paling rajin. Oleh kerana aku tidak bekerja pada hari Sabtu dan Ahad, maka orang-orang Aussie yang tidak celik IT akan mengumpulkan masalah-masalah komputer mereka selama 2 hari dan kemudian dihumban sekaligus untuk aku selesaikan pada hari Isnin. Sedang aku bertungkus lumus mendidik pelanggan Maikrosof, tiba-tiba lagu 'Aids Membawa Bencana' berkumandang di telefon bimbit aku. Eh itu ringtone untuk Shuhud. Shuhud atau nama racistnya Abe tiba-tiba mengajak aku keluar membaham bersama di Pavilion. Fandi pun sama ada. Apahal diorang ni ponteng kerja ke. Anyway memandangkan waktu bekerja aku yang feleksibel serta janji manis yang dilontarkan kata nak belanja aku, aku pun memaksala mereka mengambil aku di pejabat.

Diorang ni memang dasar orang kampung Bangi, nak berlagak tahu jalan di kotaraya durjana Kuala Lumpur pula. Aku cakap pejabat aku berhampiran Pavilion di Jalan Raja Chulan, entah macamana diorang sesat sampat ke Tugu Negara. Setelah penat aku carutkan diorang di dalam telefon, akhirnya mereka tiba selepas 45 minit sesat. Berpeluh ketiak aku menanti. Kemudian kami mengambil pensyarah cantik dari UniKl, Miss da' Killa untuk membaham bersama. Huiii bajet kool la pelajar2 UniKl menghisap rokok di kawasan kampus sambil mencarut-carut. Adik-adik harus ingat yuran pengajian mak bapak yang bayar takpun pinjam kat ah long melayu (ptptn). Sudah. Kami pun menujula ke Pavilion. Sila klik Read More untuk terus membaca.

Kami mahukan lunch yang pantas dan murah sebab ramai pesakit di ambang maut menanti Abe untuk mencabut gigi so tak boleh lepak lama-lama, maka kami pun bersetuju untuk membaham di Pastamania. Penat juga kami tawaf tetapi entah mengapa tidak jumpa, rupa-rupanya telah muflis. What the whattt rasanya macam baru beberapa minggu lepas aku membaham di sana. Cis.

Kemudian Fandi memberi cadangan, "Kita makan kat Tony Ramos nak?". Tony Ramos? Mungkin Fandi berjenaka. Anyway kami semua bersetuju kerana gaji baru masuk. Aku pun tidak pernah menjejakkan kaki mahupun lidah di sini so mahu juga cuba walaupun aku tahu harga makanannya lebih mahal 15 ringgit daripada makanan di Restoran Yus.

Again, oleh kerana kami mahu pantas dan cepat, kami hanya memesan apa yang tertera di set lunch. Mungkin lain kali baru kami memesan the 'world's famous ribs'. Aku memesan Cheesy Burger.Beef pattynya memang besaq dan juicy. Disaluti dengan 2 keping cheese yang berbeza iaitu cislake kau dan cis bedebah. Sempat juga aku menyelitkan jenaka lucu di situ hee hee kelakarnya aku. Harga dia RM22.90. Saiznya besar lebih kurang full cup C, so tak usah risau korang pasti kenyang.



Abe pula memesan Chicken Alfredo Del Piero. Apa entah nama betul dia. Hidangannya terdiri daripada pasta yang lemak berkerim yang pasti membuatkan korang mual jika dibaham dalam kuantiti yang banyak serta dihiasi dengan cebisan-cebisan ayam yang disaluti sos rahsia. Memang banyak portionnya dan Abe membazir je tak habis.



Fandi dari tadi asyik sebut Tony Ramos kami ingat dia berjenaka rupa-rupanya memang dia ingatkan nama restoran ini Tony Ramos. Biasalah kita ni memang dasar orang kampung Bangi (haa haa). Anyway Fandi memesan Grilled Lamb Chop. Alahai besar jari telunjuk Syanie je seketul. Berisi, berlemak, tetapi pendek dan kecil. Memang tidak kenyanglah dia itu yang dia membaham makanan orang lain tu. Tak mengapa. Harga hidangan ini ialah RM33.90.



da' Killa pula memesan mee udang itali. Apatah nama saintifik dia. Portion dia memang banyak. Udang dia pun super banyak, malah udang dia masih segar dan ada yang masih hidup siap bergerak-gerak lagi. Cara yang betul untuk membahamnya (menurut kata waiter) ialah mengetuk udang itu dengan sudu sehingga dia berhenti menggelupur lalu digigit bahagian punggungnya dahulu. Kalau tipu waiter tu tipula aku.



Ahh kenyang. Kesimpulannya, adakah worth it membelanjakan total RM150 ringgit di sini? Hmm let's see, kami stuck di situ selama lebih 30 minit akibat system down tak dapat mengeluarkan bil, last-last kira mapley jugak. To be fair, makanan dia boleh tahan walaupun aku akui harganya memang mahal. Mungkin kami harus memberi peluang kepada restoran ini dengan memesan steak yang ganas pula satu hari nanti barulah Tony Ramos eh Tony Roma's yang sebenar.


Wajah buruk lantak Abe dan Fandi. Sori Finaz diorang dan berpunya.

Tuesday, August 4, 2009

Take Off Your Shirt

Take off your shirt. Kita hanya boleh membayangkan gadis-gadis hangat mengungkapkan kata-kata sebegitu dalam kehidupan kita. Realitinya, ayat-ayat sedemikian hanya boleh didapati dalam salah satu episod Mike's Apartment ataupun Naughty Office. Namun hari ini sesuatu yang tidak disangka-sangka telah berlaku. Aku sebenarnya hesitating sama ada hendak menulis pengalaman aku ini ataupun dipendamkan sahaja di dalam hati. Aku percaya para pembaca semua boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Aku harap korang semua boleh menerima apa yang aku ingin sampaikan dengan fikiran terbuka.

Kisah ini berlaku tengahari tadi. Aku turun ke tingkat 24 kerana ada urusan. Aku pun menunggula di sebuah bilik atas arahan orang atasan aku. Apa yang menghairankan, kaca 'see through' bilik itu telah ditampal dengan kertas, dan kita tidak boleh melihat apa yang berlaku di luar, vice versa.

Tiba-tiba seorang gadis cina masuk ke dalam bilik itu dan mengunci pintu. Aku tidak pernah nampak gadis cina itu sebelum ini. Mungkin auditor agaknya. Minggu ini memang minggu audit untuk Maikrosof. Aku pun chill sahajalah. Tiba-tiba gadis itu berjalan menghampiri aku. Aku menjadi sedikit tidak selesa kerana hanya kami berdua yang berada dalam bilik itu. Gadis itu berkata dengan nada yang perlahan tetapi jelas, "Take off your shirt...". What the what?? Maybe aku salah dengar. "Pardon me?" tanya aku kehairanan. "Take off your shirt," kata gadis itu, tegas. Aku sudah tak tahu nak fikir apa. Jelas-jelas ini sexual harassment di tempat kerja. Tapi siapa yang akan percaya kata-kata aku? Makin kuat aku dengar bisikan syaitan di telinga. Aku tarik nafas panjang-panjang. Aku tidak pernah melakukan dosa besar dan aku tidak mahu melakukan dosa besar. STOP IT BITCH!!! (klik Read More untuk terus membaca)

"Aiiyaaa lu mau buat ke tak ini ECG (electrocardiography) cepatla bukak itu baju olang banyak belatur kat luar maaa..." marah amoi itu. Maka aku pun teringat tujuan sebenar lalu aku akur sahaja dengan kehendak nurse itu. Hari ini merupakan hari pemeriksaan kesihatan di pejabat aku. Maka ECG, Audiogram, ujian darah, ujian air kencing dan ujian memandu diadakan secara percuma. Tapi betul ke buat ECG kena bukak baju? Aku syaki gadis cina tu saja nak ambil kesempatan terhadap aku. Aku dengan tersipu-sipu membuka baju. Memang sumpah aku segan kerana struktur perut aku yang berlebihan serta bulu ketiak yang terjulur keluar sedikit daripada paksinya.

Nurse itu meletakkan cecair aneh, mungkin lubricant ke dada aku. Memang dia sengaja menyapukannya ke nipple aku sebab aku boleh dengar nafas dia turun naik seolah-olah sudah ghairah. Kemudian disedutnya tapi bukan dengan mulut, dengan benda yang cucuk kat jantung macam dalam cerita Grey's tu. Ntah aku pun tak tahu terminologinya. Aku nak suruh nurse tu amek gambar untuk ditayangkan di sini, tapi macam anehla pulak permintaan aku tu kan. Kang di 3gp nya terus naya aku Jamil download video aku di Internet.

Sebenarnya ujian-ujian tersebut diadakan sejak pagi lagi. Hari ini aku puasa harus hari Selasa kerana ingin membuat ujian darah. Huii aku adalah seorang yang takutkan darah. Boleh pitam aku tengok darah, tak tipu. Aku rasa orang yang bertugas mengambil darah aku tu masih budak praktikal, kerana dia tidak dapat mencari urat untuk dicucuk di lengan aku. Tak jumpa tangan kiri, pindah tangan kanan, pastu kembali ke tangan kiri. Pastu dan cucuk dah dan terus aku mengiau kesakitan, boleh dia cancel pulak panggil supervisor dia suruh buatkan. Koksaker. Supervisor dia pulak cucuk aku kali memang menyalak aku apabila disedut darah. Memang aku tak tengok masa dia cucuk kerana bimbang air muka jatuh jika pengsan melihat darah.

Sesudah ujian itu, aku disuruh memberi sampel air kencing. Damn, aku baru sahaja melepaskan air kumbahan beberapa minit yang lalu. Terus aku minum bergelas-gelas air untuk membantu proses pelawasan. Sedang aku bertakafur di dalam bilik air, TING! tiba-tiba aku mendapat idea keji.


Wouldn't it be super funny if I gave them a different 'sample'? Yes, it is exactly what you guys are thinking right now. Hahaha aku terkekek-kekek seorang diri di dalam tandas dengan kelucuan diri sendiri. Akan tetapi, hasrat aku dibatalkan serta merta kerana tiada 'modal' untuk dijadikan panduan. Akhirnya setelah meneran beberapa kali, aku berjaya juga memenuhkan botol di atas dengan air kencing aku yang masih hangat.

Result hanya akan keluar pada minggu depan. Aku rasa kadar cholesterol aku mesti tinggi sebab aku makan tidak berpantang dan tidak bersenam melainkan bersenam jari menaip di blog ini serta bersenam jari bermain permainan video. Sigh. Mama cepatlah beli treadmill.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...