Friday, October 30, 2009

Hampa Bukan Apabila Korang Eksaited Gila Lawat Blog Aku tapi Aku Tak Update Blog

Hampa bukan apabila hanya nampak sebaris ayat di sini? Klik Read More pun belum tentu dapat menghilangkan kehampaan.

Duh? Takkan aku nak biarkan korang dalam kehampaan. Aku update sedikitlah.



GAMBAR IHSAN ZATI HAZIRA BINTI ISMAIL

Walaupun kau telah merampas besfren kami, kami rakan-rakan Bangi tetap berbesar hati untuk mengucapkan selamat hari jadi untuk anda dan semoga mendapat anak lelaki yang kacak seperti Faizal, yang handal bermain bola di padang dan di kocek seperti abahnya, yang pandai memimpin dan mengikat sampin seperti Jamil, yang pandai matematik walaupun tak handal fantasy league seperti Adam, yang manja seperti Shuhud, yang kaya dan tidak makan rasuah seperti Ikram, yang __________ (taktau nak letak apa) seperti Fandi, yang selalunya tidak tinggal sembahyang seperti Dazrul, serta yang penyabar dan berhati mulia seperti Anas.

Kalau dapat anak perempuan, biarlah dia menjadi ayu seperti Zati Hazira.

Ayuh rakan2 ucapkan hepi besday kepada Mizah! On a side note, hampa bukan jika korang lawat laman blog aku tapi aku tak apdet? Haa haa.

Wednesday, October 28, 2009

Perkara-perkara Yang Membuatkan Anda Mencarut di Tempat Kerja

Sejak Windows 7 dirilis pada 22 Oktober tempoh hari, kerja aku menjadi banyak gila barbie. Aku memiliki waktu pekerjaan yang fleksibel, maka aku suka datang ke pejabat pada pukul 7 pagi dan menjelang pukul 3 selalunya aku sudah melesapkan diri. Akan tetapi sudah beberapa hari berturut-turut aku pulang pada pukul 5 menyebabkan ramai rakan sekerja aku berasa bingung dengan tindakan abnormal aku. Kadar tekanan yang dialami juga semakin tinggi. Alah pekerjaan apa yang tidak stress bukan? Kerja jadi pelakon porno pun stress.

Namun begitu, amaun stress di tempat kerja juga boleh disebabkan oleh perangai-perangai jahanam manusia di tempat kerja. Ayuh kita klik Read More untuk turut berasa stress.

1) Berak tapi tak reti nak flush

Perkara ini memang aku mencarut tahap orang kafir Quraisy. Aku memang tidak faham mengapa selepas berak mereka tidak boleh mengepam sahaja tahi mereka itu. Bukannya susah pun. Ke kat rumah pun perangai korang memang macam tu? Eshol. Pulak tu, pelbagai kategori tahi yang dipamerkan. Tahi jenis lepat pisang (self explanatory, bentuk dia macam lepat pisang), tahi pengebom berani mati (bersepah-sepah sampai melekat ke dinding), tahi lalat sharifah aini (tompok2 hitam kecil yang melekat) dan pelbagai jenis tahi lain beraneka warna dan bau. Seriyes aku benci.

2) Ketiak berbau durjana


Fuii tengok dia dari jauh fuiii nampak macam Jehan Miskin siottt. Dressing mantap. Rambut belah tengah. Tapi bila datang dekat, hah ambil kau baru hangit sampai terkancing-kancing gigi kau. Takkan mereka tak boleh bau badan sendiri? Ataupun mungkin dah lali? Tengok aku hari-hari pakai Avon.

3) Gadis gempal yang berlagak seksi

Jika berat badan kau melebihi 85kg tak perlulah pakai tube ataupun spaghetti strap. Tak perlulah tunjuk pusat serta perut kau yang berlipat-lipat. Tak perlulah nak tunjuk lurah punggung kau yang merekah2 tu.

4) Tak reti basuh cawan sendiri


Ini lagi satu. Dekat pantri tu aku selalu datang mencari sekeping dua biskut. Tapi bila tengok cawan bergelimpangan di sinki, terus terbantut nafsu makan dan nafsu mengumpat aku. Yelah kalau kau tengok dalam cawan tu memang boleh muntah nanah di tempat kejadian. Dengan nestum yang berkulat dicampur pula dengan tulang babi huiii memang boleh histeria lah.

5) Pekerja Indonesia yang gersang

Ini mostly pekerja perempuanla. Kalau kau nak menyapu, tidak perlulah kau hendak flirting dengan rakan-rakan aku. Entah apa yang dingomongnya pun aku tak tahu. Kawan aku Jabez Jeyaraj pulak pergi layan. Diorang dahla tinggalkan sang suami di perantauan lepas tu dah gersang mulalah keluarkan bunyi nak mengawan. Lepas tu masa aku tengah sibuk buat kerjalah dia nak lap meja aku, angkat mug aku, masuk bawah meja aku, haihhhh tertekannnnn.

6) Orang-orang yang berlagak penting

Jika kau merupakan orang atasan aku ataupun kawan aku, tidak kisahlah kau hendak tunjuk penting ataupun tunjuk kehandalan kau. Akan tetapi jika kau sekadar pekerja biasa hanya tahu membodek sahaja, come on tidak perlu hendak mengarahkan orang membuat itu ini. Perlu aku riak ke yang aku ini pekerja terbaik Maikrosof. Tapi aku kan ijaicool, kool sajalah bukan.

7) Orang yang tidak reti silentkan phone lepas tu cakap kuat-kuat.

Ringtone dahla annoying gila macam lagu menaikkan semangat tentera Bergajah Abrahah. Lepas tu terjerit-jerit dalam bahasa ibunda. Ikutkan hati memang aku ajak lawan Fifa.Yang pasang lagu kuat2 pun sama. Kalau lagu Sum 41 takpelah jugak ini lagu penyembahan berhala mana aku faham.

Sudahlah. Naik stress aku memikirkan perkara-perkara yang boleh membuat aku stress. Korang bagaimana pula? Ada tahi terdampar di pejabat jugakah? Ataupun ada karekter yang lebih menghanginkan daripada biasa?

Tuesday, October 27, 2009

Why Women Should Not Talk About Football, Episode 2

Monday, 27 October 2009, 7 a.m.

I woke up in a happy mood. You know why. When driving to work every morning, I like to listen to the Morning Crew. So apparently, since JJ is a big Man U fan, they decided to give the listeners a chance to call in and talk about last night's match. So of course, there were Liverpool fans banging JJ without mercy, and a few of Man U fans backing him up. Then this one lady called maybe because she wanted to join the fun. Maybe she thought she was cool enough to talk football. On air! Her name was Sonia/Sonya/Sony, I think. Let's listen to their conversation (lebih kurang).

JJ & Ean: So are you a Liverpool or Manchester United fan?

Sonia: Welllll hmmmmm I kinda like both..... (what the what?)

JJ & Ean: You cannot support Liverpool and Man U at the same time. That's illegal! It's either you choose black or white, you cannot choose grey.

Sonia: My uncle supports Liverpool but I like Man U too...

JJ & Ean: So this week who are you supporting?

Sonia: Liverpool of course! Because they won. But it's okay next time if Man U win i will support Man U... (WHAT THE WHAT??!!)

Please click Read More to learn why guys with balls take this issue seriously.

1) If you are a genuine Liverpool supporter, you will hate Man U with all your life (vice versa). You will detest them, curse their players, hoping that they would catch the swine flu, especially Wayne Rooney. So girls, if you really really want to talk about football on air without embarrassing yourself even if you do not know who what is Wayne Rooney, make sure that you pick just ONE team. You CANNOT support both. To put in the girlish term, it's like choosing a pad. You can only choose either Kotex or Laurier. You cannot wear both at the same time.

Also, if you want to pick a favorite team, please do so but do not use the average handsomeness of the team as your selection criteria. Or at least, don't tell us why you choose the team.

2) Guys dig chicks who can talk football. But does that mean you really, really need to use footballing matters to catch our attention? Fine, you can ask about last night's match, you know, to show that you care. But after that you have to actually listen to our rants about how Rio Ferdinand was easily beaten by Fernando Torres, or why Gary Neville needs to be sent to SPCA (because he's old and useless). When you listen, pretend that you are interested, even if it's boring.

3) Football is our passion. When we talk about football, we do it passionately with emotions running wild. If you don't have a clue about football, you don't have to force yourself to talk about it with guys. Don't embarrass yourself by blurting nonsense stuff. We will not think less of you for not knowing what 'offside' means. We can talk about shopping but then again, you girls might feel offended when we say that we love Samsonite over Coach :). Girls love shopping with their girlfriends instead of their husbands right?

What do you say girls/boys?

Episode 1 can be found here.

Monday, October 26, 2009

Barbie Que Haidar!

Yesh. Korang semua telah terpedaya dengan tajuk di atas. Jika korang semua mengharapkan dapat membaca cerita tentang Que Haidar, usah hampa. Aku jauh lebih best daripada Que Haidar kan? Tapi Que Haidar memang barbie sebenarnya. Lakonan dia dahla menyakitkan hati lepas tu muka dia macam pelepah kelapa tapi dapat meniduri Linda Jasmine.

Sudahlah, tujuan sebenar entri ini adalah untuk mengulas tentang aktiviti barbeque yang dianjurkan oleh Ahmad Shuhud ataupun Abe semalam. Abe baru sahaja bergraduasi daripada kelas tarian balletnya dan sebagai tanda kesyukuran, dia melontarkan parti BBQ separa liar untuk kawan-kawan jantannya. Hampas gila parti kau Abe semua jantan kalau terlanjur sesama jantina memang dilaknat Tuhanla.


Bahan-bahan bakar pada hari itu ialah Ayam Tandoori Kayatri, Kambing Carrefour Jamil, Udang Pasar Segar Ramadan, Sotong Lombong UKM, Ikan Turbo Mama Abe, serta sosej orang asia 5 inci. Bagaimana? Sudah tidak tahan lagi? Sila klik Read More untuk menyertai parti separa liar yang penuh dengan dosa dan kolestrol ini.

Menurut maklumat dalam sms jemputan, parti sepatutnya bermula pada pukul 9 pagi. Awal gila. Hanya aku dan Anas sahaja yang sudah bangun ketika itu. Anas datang bersama isterinya Zaahirah @ Zack. Zack akan tebaboom pada bulan 12 dan kita boleh melihat kecuakan Anas dalam gambar di bawah.


Zack sedang membuat role playing tentang kehidupan mereka selepas mendapat bayi nanti tetapi Anas buat2 tak layan dan pura-pura bermain Mafia Wars di iphonenya. Ohh bayi itu dipinjam daripada akak Abe.


Fandi datang tanpa mandi. Tak apa dia kalau mandi sental pakai berus dawai sekalipun wajah dia tetap below average jugak. Kelihatan Fandi sedang mengajar Ikram cara-cara hendak mendownload mendownload video .3gp Ana Melaka di telefon bimbit baru Ikram.


Perghhh kau lihatlah gambar di atas. Boleh nampak kolestrol melambai-lambai minta dijilat.


Kami membaham sambil mendengar cerita-cerita Grey's Anatomy Zack. What the what??! Betul ke masa lahirkan anak nanti korang gadis-gadis punya kena alter secara paksaan?


Jamil kagum dengan saiz perut aku yang kini mencecah 34". Aku pula sibuk membakar ayam dengan gaya Iron Chef aku.


Baru aku perasan semua orang pakai baju putih. Macam boria pula gaya kami. More to Boroi ya I guess.


Percaya atau tidak; ini adalah pusingan ke-4 mereka. Makan memang tak baca bismillah tu sebab perut boroi dan asyik kelaparan je. Tulang temulang pun mereka tibai memang Jin Notti diorang ni. Anyway memang sedap dapat makan BBQ beserta sos rahsia mama Abe.


Aku tidak tahu dari mana datangnya idea aku untuk mencipta resipi terbaru aku ini. Probably something naughty. Anyway resipi ini diberi nama Batang Bersalut Sotong. Chef Wan pun tak tahu macamana nak buat ni. Jika korang ada interest terhadap seni, cuba korang tafsirkan apa yang cuba disampaikan dalam gambar di atas.

Setelah penat menambah lemak di perut bagi lelaki dan lemak di lengan bagi perempuan, kami menyambung aktiviti berperang dan bersukan moden. Terima kasih Ahmad Shuhud sekeluarga kerana menganjurkan parti separa liar ini. Selepas ini aktiviti apa pula kawan-kawan?

For more pictures, please visit my fesbuk page: http://www.facebook.com/album.php?aid=131903&id=628280825&l=dc04efbaed

Sunday, October 25, 2009

Malam Ini Pasti Bermimpi Basah Bersama Ngog

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Seperti yang anda jangka, sudah pastilah entry ini ditaip sejurus selepas tamat wisel penamat. Jika benar korang ini penyokong Manshitter United yang true, usah jadi sore loser dengan melemparkan pelbagai alasan mahupun comeback yang lame seperti 'man u still atas' or 'fak liverfool'. Terima sajalah cercaan yang aku bakal lemparkan di sepanjang entri ini dengan hati yang terbuka. Eh baru saya perasan yang sudah tiga kali berturut-turut kami mengaibkan anda. Hik hik. Ohh kali ini, seperti entri pembunuhan 4-1 di Old Trafford tempohari, tak perlu klik Read More. Kalau klik nanti korang terguris hati pulak aku taknak peristiwa ini menjejaskan persahabatan kita yang sejati ini.

Terima kasih Abang Torres kerana mengaibkan Rio dan menewaskan van der sar dengan mudah. Pastilah mudah abang Torres kan penyerang paling handal dalam dunia ini.



Terima kasih Adik Ngog kerana membuat kami terus mencapai kemuncak syahwat di hujung perlawananan. Huiii turun naik tekanan darah aku menunggu wisel penamat dibunyikan. Tahniah, anda telah membuktikan walaupun nama anda boleh dikategorikan sebagai buruk, anda mampu dan layak menyarung jersey kebanggaan.


Huii Ngog macam nak buat Powerbomb je kat Reina (gerakan penyudah Razor Ramon).

gambar ihsan soccernet.com


Kamon ucapla tahniah. Barulah ada semangat kesukanan yang tinggi. You'll never walk alone.

Thursday, October 22, 2009

Windows 7 Launch Party!

Hari ini merupakan hari yang bersejarah kerana siri Tetingkap yang paling canggih, paling kool, paling tidak bermasalah, iaitu Windows 7 telah dilancarkan di seluruh dunia. Aku berasa berbangga dapat menjadi salah seorang manusia hina di muka bumi ini yang mendapat amanat khurafat daripada Steve Ballmer untuk memperdayakan para pengguna tentang kecanggihan Windows 7. Hakikat yang sebenar, aku berasa tertekan kerana kerja aku semakin berlambak-lambak di pejabat kerana ramai penduduk Australia yang tidak tahu bagaimana hendak menginstall Windows 7.

Namun perasaan benci bertukar menjadi cinta apabila bos Maikrosof bahagian Asia Pasifik datang ke pejabat untuk melihat perkembangan kami sambil membawa buah tangan. Lihat sahajalah reaksi kemuncak syahwat kami pada gambar di bawah. Huii sumpah korang pasti cemburu melihat apa yang kami dapat hari ini. Sila klik Read More untuk melihat apakah yang kami dapat dalam bungkusan di bawah. Dan tolong jangan tenung testis Jabez (paling kanan) sambil menyeluk tangan di dalam seluar ok.




Hadiah yang pertama ialah T-shirt putih Windows 7. Carilah di pasar malam atau pasar tani yang berdekatan, pasti tidak akan jumpa punya. Sesiapa yang berminat mahu membeli baju eksklusif ini boleh membuat membuat pembidaan yang bermula daripada RM60.


What the whatt??? Sudah dapat baju putih, baju hitam Windows 7 juga hendak diberi? Woww cemburunyaaaa. Usah cemburu, kemeja yang ada product key OEM ini boleh anda dapatkan daripada saya dengan harga RM 80.


Aku tidak tahu apakah nama khas objek ini, tapi benda ni Sasuke selalu guna untuk memerangkap musuh. Ada benang lutsinar yang boleh ditarik panjang dan digunakan untuk mencekik musuh. Nak sangkut nametag di seluar pun boleh juga. Pin Windows 7 pun ada juga tapi aku terlupa hendak mengambil gambar. Dua-dua ni aku jual bundle RM 50.


Ini pula adalah pelekat untuk membuktikan kesetiaan tanpa belah bahagi kepada Maikrosof. Anda boleh menampalnya di dahi anda yang jendul itu untuk menunjukkan komitmen anda yang tinggi. Yang ini aku tak jual sebab aku nak tampal kat peti ais mama aku tanda jenaka.

Uhh hadiah yang paling hebat di dalam bungkusan mestilah aku letak last sekali kan. Bagaimana para pembaca pasti sudah membara syahwat hendak mengetahui apakah hadiah yang paling kool itu....



What the whattt??! DVD Original Windows 7 Ultimate??! Retail price dia $319.00. Huii kalau tukar ke rupiah memang jadi jutawan aku. Mulai saat ini aku akan berubah dengan menggunakan perisian yang original dan akan membanteras cetak rompak. Kecuali siri televisyen yang aku muat turun setiap minggu.

Benda di bawah ini pun sampai hari ini baru nak sampai. Mama aku punya sebenarnya tapi aku pau haa haa keji tak aku. Padahal aku sudah pesan semasa awal Ramadan yang lalu baru hari ini sampai sehinggakan sudah tidak kool lagi memiliki benda ini kerana semua orang sudah memilikinya. Dalam tempoh lebih kurang 2 bulan aku menanti ini Fandi siap boleh tukar telefon bimbit empat kali. 3G tukar Blackberry Bold tukar Samsung Jet tukar 3GS. Gila apa memang dasar Ah Long.



Fak Apple. Microsoft rules. At least for today : )

Wednesday, October 21, 2009

Krisis?

1. Tiada Wang...



2. Tiada Pengganti...



3. Tiada Keadilan...



Aduhhh minggu ini hendak bertemu Manchester United pula bagaimana ni...........(Read More)



Crisis? What crisis? Bring it on. We raped you before, we will rape you again. Ayuh kita berikan sokongan membabi buta kepada Ayahanda Benitez. (hehe biasalah menjelang pertemuan mestilah aku nak mencetuskan provokasi kepada kanak-kanak manshitter united)

Tuesday, October 20, 2009

Have You Ever Had a Song Stuck in Your Head?

Pernahkah anda mendengar sebuah lagu yang annoying gila, yang jelas-jelas anda menyampah gila tersekat di kepala anda dan bermain-main di minda sepanjang hari sehinggakan terbawa-bawa ke dalam sembahyang? Sampaikan ketika anda membaca doa qunut, anda secara tiba-tiba menyanyikan lagu Paparazzi daripada Lady Gaga? Memang tipis sebenarnya iman aku ini. Lepas tu langsung tak boleh stop masa mandi humming lagu tu, masa frag frag kita meneran keluar bunyi "HMMM PAAAPPAA hiahhh PAAARAAZIIIII brrrr yeahhh". Tak kiralah di mana-mana memang kita pasti bersiul lagu tu.

Akan tetapi tidak semuanya lagu-lagu yang tersekat di dalam minda kita itu merupakan lagu yang boleh membawa kita ke lembah durjana. Sila klik Read More untuk kisah selanjutnya.

Semalam, ketika aku sedang memandu pergi ke tempat kerja di subuh hari, aku memasang Hitz.fm mana tahu Gotcha request aku untuk kenakan da' Killa berjaya (haha tipu je). Tiba-tiba aku didengarkan dengan sebuah lagu yang aku tidak pernah dengar, dan lagu itu terus meresap masuk ke telinga kanan dan memang tidak keluarlah dari telinga kiri. It was a catchy punk rawk song, and I can sense a local flavor in it. Alah. Jika korang dengar Hitz semalam dan harini, memang diorang asyik putarkan "Now there's meeee and youuuu bla bla bla youuu and meeee...". PLEASEE tell me that you guys have heard that song too. Habis sahaja lagu, aku mengharapkan agar Dj radio memberitahu siapakah penyanyinya namun aku hampa. So pagi tadi, aku memasang Hitz seperti biasa dan sekali lagi lagu itu keluar. Aku tukar stesen lain, aku dengar DJ Sammy dan DJ Dave sedang mengumpat tentang sekeping CD yang mereka terima namun tak beritahu nama band. What the whatttt. Bagitahulah aku woi.

Sedang aku terpinga tertanya di dalam dilemma, aku terbaca pula sebuah artikel di The Star ketika sedang sibuk mencuri tulang di tempat kerja. Apparently, pihak media telah menerima sebuah bungkusan ringkas yang berisi sekeping CD yang mengandungi sebuah lagu 'Through My Window' dan sebuah alamat laman web http://everyoneconnects.net/. Terus aku lawat laman web itu dan mendownload lagu itu lalu menyanyikannya secara berulang-ulang dengan nada tinggi sehinggakan rakan sebelah aku Kunji membuat keputusan untuk mengambil half day kerana tidak tahan dengan perangai aku.


The article can be found here.

Misteri bukan? Lagi misteri, lagilah orang ingin tahu. Memang bijak teknik mereka ini. Senang-senang je dapat free airplay. Aku mengesyaki ini merupakan teknik viral marketing daripada Maikrosof untuk mempromosikan Windows 7 (sebab tajuk lagu dia ada Window). Teori lain adalah ini sebenarnya komplot pihak radio sendiri untuk menyebarkan fahaman radikal secara senyap-senyap di bawah minda separa sedar. Namun begitu, jika anda merupakan peminat muzik tempatan, anda membuat akan membuat spekulasi sendiri siapakah yang menyanyikan lagu itu. Yaa aku mengesyaki penyanyinya ialah Sam Bunkface berdasarkan gaya nyanyian ala-ala Billie Joe Armstrongnya itu. Then again, mungkin penyanyi lagu itu ialah aku sendiri kerana aku pun boleh buat suara Sam Bunkface. Bukan susah pun nak buat suara punk rawk macam tu. Ok mari aku ajar, mula-mula korang kuarkan four pack korang dekat perut. Kalau boroi pun korang pasti boleh rasa otot perut bergerak kan. Ok lepastu jegilkan mata sambil geleng-geleng kepala sikit dan terus keluarkan suara ketika itu. Mesti jadi punyalah kalau korang nyanyi lagu Prom Queen.

Anyway cuba korang download dan dengar lagu Through My Window itu. Takpun tunggu je di stesen-stesen radio mana-mana. Kalau tak tersekat dalam kepala mungkin korang dah terkena buatan orang. Ok at least tolongla mengaku yang lagu Paparazzi Lady Gaga tu infectious. Kalau aku dengar lagu tu mesti rasa nak Show hidden files and folders... Hmm.....have you ever had a song stuck in your head lately?

Sunday, October 18, 2009

Parti Liar Aidilfitri/Deepavali 2009

Semalam telah berlangsungnya event yang paling fun, paling kool, paling bermanfaat serta paling mengghairahkan untuk tahun ini. Sebuah parti liar tanpa alkohol dan penzinaan telah dianjurkan di rumah aku dan seramai 48 orang party goers berjaya menghadirkan diri ke rumah aku. Majlis bermula dengan sesi makan-makan yang halal serta disudahi dengan parti buih bagi mereka yang stay back. Itulah siapa suruh korang balik awal kan dan termiss sesi orgy ahmad daud.


Sudah bersedia melihat gambar-gambar bukan pornografi yang dilengkapi dengan caption-caption berbaur perkauman aku? Ayuh kita alami keseronokan parti liar dengan mengklik Read More.


Menu pada malam itu adalah Mee Kari Istimewa Mama, Sate Halal Haji Samuri, Chicken Wings depan Impian Maju, Sagunthalai Muguresan (sagu gula melaka mama), Cheese Apple Brownies daripada Angel Cake, serta Coklat Cadbury Ezuentes Estrada. Sorilah jika korang tak dapat kepak ayam. Andrew sorang je baham sampai 8 ketul. Hee hee.


Tetamu pertama yang hadir ialah Adliza dan Suzana. Liza sudah 3 tahun miss parti liar aku kali ini dia berjaya menghadirkan diri. BC melukakan hati aku di saat2 akhir walaupun telah berjanji untuk hadir...


Ezu tabah menghadapi Aidilfitri seorang diri tanpa kehadiran seorang rakan yang telah berjanji untuk hadir namun lebih mementingkan keseronokan bersama bini Timbalan Perdana Menteri.


Gadis Epul yang malu-malu setelah ditangkap ketika cuba menyeludup kepak ayam ke dalam beg tangannya.


Jeni, Adik Zara dan Zara. Kalau korang nak dapat diskaun daripada butik Zara jumpalah Zara al Jofri tu dia kerja sebagai patung display baju.


Suhaimi 'Shuvel' Baba yang sudah ramping, Zahrul Idzwan yang dipandang seorang masyarakat kerana rambutnya dan Tengku Amir Afendi yang ke hulu ke hilir membawa beg MLMnya.


Evi Vidyana, Jamil Fatty dan Ise yang kembali join kami setelah lama menghilangkan diri. Tak rawk ah kau Jamil balik awal.


Macam inilah baru hari raya yang sebenar; kacak segak berbaju Melayu. Siapa dapat teka dalam poket Anas ada apa akan memenangi Jemputan ke Parti Liar tahun hadapan.


Dari kiri: Kakak Norashikin, Shadatul Shima, Norashikin, Laki Norashikin, Adik Shadatul Shima. Shikin kagum dengan rumah aku yang masuk Anjung Seri.


Aku dah masukkan duit raya RM5 untuk Alya Adriana Esmeralda dalam akaun CIMB korang. Jangan kau salah gunakan pulak untuk beli VCD Kesatria Baja Hitam kau.


Nurul Iza, Syed Muaz dan Sharifah Ayra Adelia. Tahukah korang Ayra ni budak Bangi yang sejati?


Nandri for coming. Taaaaaaaaanikudekelam. Ni rombe allega irruke


Thanks Hasanah sebab basuh pinggan.


WHAT THE WHATTT? Tam Spider pun datang??? ('dilat' yang cakap hee hee)


Kanak-kanak Maikrosof yang berbilang bangsa dan kaum. Yang pegang kamera tu Melayu tau bukan Cina. Dan yang pakai baju kurung tu pun Melayu bukan orang Nepal seperti yang korang sangkakan.

Thanks for coming. I lap love you all. See you next year. Please visit my fesbuk page for more pictures:
http://www.facebook.com/album.php?aid=129992&id=628280825&l=5b86f5a6a3

Katakan HO! if you guys had fun. Oh if you guys missed this year's wild party, no worries. Kita just putus kawan 2 minggu je olriteeeeeee.

Thursday, October 15, 2009

Program Kucing Angkat

Hari itu bukan main lagi aku ingin mengurangkan bilangan kucing di rumah aku. Buat seketika, populasi kucing aku berjaya dikawal dan aku tidaklah tertekan sangat apabila hendak mencuci kandang mereka kerana bilangan tahi yang turut berkurang. Kucing-kucing yang tinggal semuanya tidak bertestis (betina) dan adalah seekor kucing jantan. Yang si jantan ini dia bajet dia Milfhunter agaknya kerana dia singlehandedly menoron 4 ekor kucing betina sehingga menyebabkan 14 ekor anak kucing dilahirkan dalam masa seminggu. WHAT THE WHATTT???? EMPAT BELAS EKOR??? Yes. Secara tiba-tiba sahaja bilangan kucing aku kembali bertambah, lebih banyak daripada dahulu.

Kerana itulah aku ingin menganjurkan Program Kucing Angkat di mana anda semua boleh menjadikan anak-anak kucing ini sebagai keluarga angkat korang. Anak-anak kucing ini jika dididik dengan betul; mungkin boleh menjadi Sang Juara satu hari nanti. Sila klik Read More untuk mengangkat kucing-kucing ini.

Keluarga 1: Ibu tunggal yang sisihkan anak



Kau lihat. Kesian anak kucing itu kesepian tanpa kasih sayang. Aku namakan dia Ovum, sebab dia berseorangan. Beberapa hari sebelum gambar ini diambil, dia ada seekor abang. Tetapi abang dia hilang secara misteri mungkin telah dibaham ibunya yang disyaki sakit jiwa. Tengoklah tu mama dia sisihkan anak korang pula janganla sisihkan dia ambillah dia menjadi kucing angkat anda.

Keluarga 2: Ibu bernafsu Brianna Banks



Jika mata anda masih sihat, anda sepatutnya boleh melihat 3 ekor anak kucing dalam gambar di atas. Hoi yang korang pergi tenung puting kucing tu buat apa memang aneh betul orientasi seksual korang ni. Apapun gambar di atas sudah tidak relevan lagi kerana ketiga-tiga ekor telah dibaham oleh ibunya sehingga menjilat dinding. Tulang pun tak tinggal. Ish ish ish. 2 hari selepas kematian anak2nya, sang ibu kembali berbunyi minta ditoron. Mengapa kucing makan anak? Mama aku kata, jika anak kucing itu sakit kronik HIV ibu akan membaham anak mereka kerana mereka tahu anak mereka akan meninggal. Ataupun mereka memang kelaparan. Fakta mama aku sentiasa betul kerana dia Setiausaha Kelab Kucing Malaysia. Teori aku pula ialah dia malu dengan anak2 dia yang berekor kontot, tidak boleh dibawa bertanding, itu yang dia baham tu. Anyway korang boleh mengambil ibu dia terus sebagai kucing angkat korang.

Keluarga 3: Keluarga Siam Miskin tetapi Bahagia



Haa yang ini pandai menjaga anaknya. Namun begitu, anak-anaknya semua kurus-kurus belaka seolah-olah tidak cukup makan. Usah gusar, ini kucing Siam dan aku jamin apabila besar nanti mereka akan menjadi Sang Juara dan boleh dijual dengan harga at least RM1000 di pasaran gelap.

Keluarga 4: Keluarga Obesiti



Huii yang ini memang feveret mama aku. Lihatlah kegemukan dan kecomelan mereka baru beberapa hari umur mereka. Especially yang belah kiri sekali tu. Aku rasa nak goreng dan cicah dengan sos cili lingham je.

Well korang tidak perlu membela mereka secara langsung pun sebenarnya sebab aku boleh menjaga mereka dengan baik walaupun aku kuat mengeluh. Apa yang korang perlu buat ialah masukkan duit tiap-tiap bulan dalam tabung khas yang aku baru buka untuk masa depan mereka. Sila iklankan di blog masing-masing tentang program kucing angkat aku ini. Aku ingat nak mulakan MLM jual kucing ah. Sape nak jadi downline aku?

Wednesday, October 14, 2009

8 Hari Sebelum Tetingkap 7 Keluar

Hari itu ada kawan sekolah aku Haris (penjaga gol raksasa tu) datang bertemuduga untuk posisi Hamba Maikrosof Paras 2. Agak eksaited jugak ah aku melihat Haris tetapi tidaklah sehingga menaikkan syahwat. Apa yang naik ialah semangat perkauman aku yang kembali mencanak-canak sebab kat sini orang Melayu kurang di pejabat aku. Namun begitu, aku assume temuduga dia tidak berjalan lancar kerana newcummers semua sudah menjalani latihan teknikal minggu ini, dan aku tidak nampak Haris berlatih bersama mereka. Jikalau aku tahu dia ada temuduga hari itu pasti aku dah bantu dia dengan memberi soalan2 ramalan yang mungkin ditanya semasa temuduga.

Sebelum layak untuk ditemuduga, anda diwajibkan menjalani beberapa jenis ujian. Ujian bahasa Inggeris mungkin anda boleh lepas, tetapi ujian teknikal dia memang boleh membuat anda mencarut bertalu-talu dalam 3 jenis bahasa ibunda. Sumpah susah nak arwah. Anda jangan ingat jika anda pandai masuk Safe Mode with Networking anda dah handal. Ujian yang terakhir adalah ujian pap smear. Haha amacam lucu tak lawak sampingan aku?

Windows 7 akan dilancarkan pada 22 Oktober. Hebat atau tidak Windows 7 ini akan diketahui berdasarkan bilangan emel pujian/cacian/soalan bodoh/soalan terlampau pandai yang penduduk Australia dan New Zealand lemparkan kepada aku nanti. Have you guys tried Windows 7? It's like Vista on steroid; without the side effects.

Atas sebab itulah Datacom ingin membesarkan lagi akaun Maikrosof dengan menghire beberapa orang untuk menghadapi serangan Windows 7 ini. Kau ingat kau bagus? Jika kau rasa kau bagus dan mahu menyahut cabaran ini, aku boleh beri soalan-soalan ramalan Moda Fandey yang bakal ditanya oleh si penemuduga. Nampak macam aku ni baik hati dan ikhlas nak menolong rakan-rakan, namun sebenarnya ada babi di sebalik semak (peribahasa).Tujuan sebenar aku nak menolong korang ialah kerana aku inginkan habuan RM500 setiap kali aku berjaya mencari calon yang sesuai untuk diambil bekerja. Aku rekomen kawan aku Tamir aritu tapi boleh dia pegi berak masa nak temuduga di telefon habis lesap RM500 aku cis cis.

Mungkin korang akan berasa tergoda untuk menyahut cabaran aku setelah melihat pejabat baru kami yang didekor oleh Eric. Ingin lihat suasana pejabat baru aku yang jauh lebih kool daripada pejabat korang? Sila klik Read More.



Jika tidak boleh tengok Youtube di pejabat, sila pakai proxy. Jika proxy pun kena block, well too bad ah korang tak dapat melihat lakonan hebat ala-ala Andy Lau aku. Video di atas dihasilkan setelah kami berasa bengkerk dengan cawangan Datacom Filipina yang eksyen kerana memiliki video soft porn mereka sendiri. Memandangkan aku sahaja yang memiliki bakat lakonan di sini, maka aku pun dipilih sebagai pelakon utama. Di bawah arahan Fauzi Rentah, kami bersatu padu menghasilkan video amatur yang paling kool (sebab ada aku berlakon). Dalam video di atas hanya menayangkan kanak-kanak P1 Wimax kerana akaun Maikrosof masih belum berpindah ke pejabat baru.

Mengantuk dowh aku nak tidoq sat.

Monday, October 12, 2009

Kem Pemulihan Akhlak di Sungkai Hot Springs

Di pejabat, aku merupakan seorang yang kera sumbang dan racist. Aku hanya berkawan dengan orang putih walaupun kulit aku berwarna coklat kehitaman. Aku jarang sekali keluar bersama rakan sepejabat untuk sesi taanikudekelam (minum-minum tak kiralah halal ataupun haram) maka hubungan aku bersama rakan sepejabat hanya bermula pada pukul 7 pagi dan berakhir pada pukul 3 petang. Peluang untuk rakan sepejabat meniduri aku adalah tipis sekali.

Faktor-faktor di atas menyebabkan pihak pengurusan mengambil tindakan drastik untuk menyatukan kami sebuah di bawah slogan 1Maikrosof, agar kami semua dapat bersatu padu serta sayang menyayangi antara satu sama lain tanpa mengambil kira perbezaan warna kulit mahupun saiz buah dada. Maka pada hari Sabtu yang lalu, kami semua berusaha mengikis sifat perkauman dengan menyertai kem pemulihan akhlak di Sungkai Hot Springs di Perak.


Amaran: Entri ini banyak gambar jejaka seksi dan boleh menyebabkan anda mencapai ejakulasi secara spontan. So sebagai persediaan, rukun mandi wajib ialah niat serta meratakan air ke seluruh badan.Sila klik Read More untuk menyertai pengembaraan kami.


Kami berkumpul di hadapan Menara Olympia sebelum bertolak. Walaupun majoriti rakan sepejabat aku adalah Macha, namun mereka semua mengamalkan janji Melayu patut gerak pukul 7 last2 gerak pukul 8. Yang sebelah kiri tu orang panggil dia Nobita tapi dia orang Indonesia. Yang tengah tu nama dia Faisal, hampir2 sama kool dengan Faizal, tapi paras rupa dia masih boleh dibaiki lagi.


Ada orang nak terberak, so kami berhenti sebentar di kawasan rehat dan rawat dan lihat.


Kami tiba di Sungkai lebih kurang pukul 10.30 pagi. Tidaklah jauh sangat lebih kurang 120km sahaja. Jalan pun lurus tidak bengkang bengkok. Selepas membaham sarapan yang tidak sedap, kami memulakan aktiviti pertama iaitu Semakin Jauh Semakin Sayang; aktiviti membaling belon yang berisi air sirap dengan berhati-hati. Selepas itu kami bermain Bahasa Isyarat. Akulah orangnya yang memberi bahasa isyarat. Ok kalau disuruh teka buah durian, aksi bagaimanakah yang korang akan buat untuk mewakili berkataan buah? Yes, it it exactly as what you think you pervert. By the way Clifford menjadi punca kekalahan pasukan kami untuk semua acara yang disertai.


Alalala tomeinyaaa Alya Adriana Esmeralda. Lepastu kami bermain mencari harta karun. Jikalau korang terer cuba carik kasut aku dalam gambar di atas dalam masa 3 saat.


Selepas membaham tengahari, aktiviti bebas woo hooo. Mandi manda la beb. Kolam dia atas merupakan kolam utama. Air dia suam-suam tapi menggelegak jugala testis anda. Ada satu lagi kolam yang besar begini tetapi air dia sejuk. Di kolam ini anda boleh main permainan 'If You Smellllll' iaitu permainan mengangkat rakan sebaya ke udara menggunakan teknik 'Rockbottom' lalu menghempaskan mereka ke dalam air. Seronok doo.


Ok yang ini kolam yang super panas. 75 darjah celcius kot mengikut ramalan aku. Ditambah pula dengan kehangatan air kencing yang Paramjit Singh lepaskan. Ewww. Kolam ini dipercayai dapat mengubati kanser testis rendamkan sahaja skrotum anda sehingga kecut. Apahal aku obses testis ni.


Jacuzzi! Beberapa ketika sebelum keadaan menjadi tidak terkawal dan nafsu menguasai diri lalu terjadilah orgy ahmad daud sesama jantan. Sebenarnya boleh masuk 8 orang je. RM75 sejam. Ini kolam private so kalau korang nak buat koleksi 3gp peribadi memang menarik ah port ini.


Jeremy ghairah melihat lurah punggung aku yang solid macam acik solid jual air tembikai depan sekolah Jalan 3 tu.


Bergambar kenang-kenangan sebelum pulang. Secara keseluruhan, aku enjoy jugalah sesi perkelahan aku ini. Hubungan kami antara rakan sepejabat kini semakin rapat. Aku kini tahu frasa-frasa carutan India dan Cina. Aku sampai di Kuala Lumpur pada pukul 8 dan bergegas pulang untuk ke rumah Apai.

Sila lawati laman Fesbuk aku untuk melihat gambar-gambar yang lebih seksi serta mendedahkan aurat:
http://www.facebook.com/album.php?aid=128679&id=628280825&l=874163fbde

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...