Monday, November 30, 2009

Menangkap Pencuri di Rumah Ikram

Ini adalah kisah benar yang ditokok tambah bagi mengagumkan para pembaca. Pada hari Sabtu yang lalu, kami rakan-rakan Bangi berniat untuk solat Isyak berjemaah dan bertakbir raya. Sesudah berniat di dalam hati, kami pun pergi ke restoran D'One Steak di sebelah TM Point Bangi untuk membaham stik daging korban. Line up pada malam itu adalah aku, Jamil, Abe, Fandi dan Ikram. Sambil mengulum daging keras 6 inci (hotdog lah), kami melakukan sesi boys talk dan mengumpat tanpa mengenal erti dosa.

Tiba-tiba Blackberry Curve Ikram berbunyi. Walaupun tidak memasang speaker, kami dapat mendengar jeritan si pemanggil. Ayuh kita ikuti perbualan mereka:

Ikram: Haa makcik jiran, kenapa ni?

Makcik Jiran:
WARGHHHHH HURAGHHHHH BEEE HEE HEE HEEE!!!!

Ikram: Calm down calm down makcik. Kenapa ni makcik dah menopaus ke?

Makcik Jiran: What the what? Bukanlah makcik dengar ada bunyi orang masuk rumah Ikram (Ikram ada satu lagi rumah di Bangi Golf Resort)

Ikram: Are you kidding me makcik?? (sambil menghempaskan telefon). Ayuh kawan-kawan!

Rumah Ikram dimasuki pencuri?? Pelik. Bagaimana boleh masuk? Lagipun rumah itu memang tiada apa-apa yang berharga untuk dicuri, melainkan koleksi pornografi Ikram. Dengan wajah garang kami pun segera menaiki kereta Ikram dan menuju ke rumah Ikram di Bangi Golf Resort. Kami yakin kami mampu membelasah pencuri itu kerana kami ramai dan masing-masing berat melebihi 60kg kecuali Abe. Sampai sahaja di rumah Ikram, kami dapat melihat makcik dan pakcik jiran sedang menunggu di luar rumah. Ikram tidak membawa kunci rumah itu, maka kami hanya boleh masuk daripada pintu belakang melalui rumah jiran.

Secara perlahan2 kami merangkak menuju ke pintu belakang. OMG pintu belakang sudah terbuka!!! Ternyatalah rumah Ikram sudah dipecah masuk. Hati kami pula berdebar-debar, degupan jantung pula semakin laju. Peluh dingin mula membasahi dahi. Kami memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah Ikram. Masing-masing sudah memegang senjata seperti penyapu lidi dan pasu bunga untuk bertarung dengan pencuri. Suasana sunyi sepi.....JABBB satu tikaman menusuk ke perutku. ARGHH aku hanya mampu menjerit di dalam hati kerana terlalu pedih. Memang tidak dapat aku gambarkan kesakitannya. Mata aku sudah berpinar-pinar. Aku tak yakin yang aku dapat bertahan lama.....(klik Read More untuk terus membaca)

......bastard time-time genting macam ni nak terberak pula. Eii malu gila aku takkan aku nak cakap kat jiran Ikram yang aku nak berak. Terus aku keluar rumah sambil membuat teknik pernafasan. Kebetulan ketika itu ada 2 orang polis berkuda sedang melakukan rondaan, maka mereka pun dipaksa untuk melakukan siasatan.

Dah ada polis kami pun semakin berani la kan. Kami masuk ke dalam rumah membuntuti polis, sambil membayangkan yang Inspektor Mazlan dan Inspektor Lim dari Gerak Khas mengetuai kami. Inspektor Mazlan sudah mengeluarkan pistol. Cuak doo mau berlaku pertumpahan darah ni mesti kami masuk surat khabar Harakah. Perlahan-lahan Inspektor Mazlan menaiki tangga. DANGGG!!! Dia menendang pintu walaupun pintu itu tidak berkunci. Memang eksaited gila dia pertama kali dapat guna pistol. Setelah puas menggeledah almari dan peti ais serta menyoal siasat jiran-jiran terdekat, pihak polis membuat kesimpulan yang pencuri itu telah melarikan diri daripada tempat kejadian. Apa korang tak percaya cerita aku ini? Sila lihat gambar-gambar di bawah sebagai bukti.

Kelihatan Inspektor Mazlan dan Inspektor Lim yang cuba mencari cap jari dan semen di sliding door. Kami secara racistnya mengesyaki perbuatan ini dilakukan oleh pekerja Indon yang berhampiran.


Jamil bersedia untuk menyula qubul dan dubur pencuri dengan kayu pengait buah mangga tetapi apakan daya, pencuri sudah tiada.


Jika ada kecurian di rumah anda, panggil sahaja kami punklima! Hiah!

Ohh aku berak di rumah Ikram dalam keadaan cuak. Mana tahu keluar tangan pencuri daripada mangkuk tandas. Eii seram uols. Selepas itu, kami merayakan kejayaan kami menghalau pencuri dengan meminum minuman keras tetapi halal di Anugerah Cafe. Ohh aku tidak merokok in real life (in case mama aku salah faham).


Oh secara kebetulan malam itu (29/11) merupakan hari jadi Ikram. Ayuh kawan-kawan, masih belum terlambat untuk kita mengucapkan 'Happy birthday Ikram!'. Ikram kaya dan masih single, berdada ketak dan kaya. Jika anda rasa anda hot dan jarang meninggalkan sembahyang, sila tinggalkan alamat emel untuk dihubungi Ikram.

Visit my fesbuk page for more pictures: http://www.facebook.com/album.php?aid=140159&id=628280825&l=8288f14746

Sunday, November 29, 2009

Parti Liar Aidiladha Bersama Ikram

Hai uols. Bagaimana dengan sambutan hari raya anda semua? Diharapkan anda semua sihat walafiat tiada yang ditusuk lembu sama ada di perut mahupun di dubur. Sebagai bilal simpanan di Surau Al-Kauthar, aku wajib bangun awal untuk menggantikan bilal utama sekiranya bilal utama jatuh sakit ataupun jatuh tangga. Maka pada pukul 6 pagi lagi aku sudah bangun dalam keadaan hiba menyedari yang aku menyambut Hari Raya seorang diri. Sambil tersedu-tedu, aku menggosok baju raya dengan tangan kerana aku tidak tahu bagaimana hendak menggosok baju dengan seterika. Selepas bersembahyang raya di hadapan televisyen, aku pergi melawat kubur abah dan kubur uwan bersama saudara mara. Sebelum pulang, aku singgah ke rumah Mak Teh di West Country bagi mengisi perut aku yang bersaiz 33 1/2" (yes turun 1/2 inci jeles tak).

So sampai di situlah sambutan hari raya aku. Aku bercadang menghabiskan hari raya dengan bermain game seorang diri di rumah, sehinggalah aku mendapat mesej daripada Abe yang mengajak aku datang membaham beriyani di rumahnya. Ahh seronoknya. Baru sahaja aku hendak mensyukuri nikmat yang diberi, tiba-tiba datang pula sekeping sms daripada Ikram yang mengajak aku untuk baham-baham di rumahnya. Terus aku belot Abe dan pergi ke rumah Ikram kerana parti liar Ikram pasti ada gadis makanan yang lazat. Ayuh kita klik Read More untuk berparti liar di rumah Ikram.

Hanya kanak-kanak Bangi seperti aku, Abe dan Fandi sahaja yang available untuk berparti liar di Aidiladha di rumah Ikram kerana yang lain semua balik kampung. Uih aku memang gemar pergi ke rumah Ikram kerana makanannya memang berkelas tinggi hasil masakan mama Ikram.


Menu pada hari itu terdiri daripada lasagna Italy, Nasi Kari India dengan lauk ayam dan udang Malaysia, roti Perancis berserta kuah macam kurma tapi bukan kurma, serta dessert2 yang menggemukkan jika diambil berlebihan. Err aku blasah empat round tapi takpa sebab aku berniat nak senaman petang tu bagi menghapuskan pengambilan kalori.


Kata parti liar, pastilah ada kombinasi minuman keras, shisha, arbok, dan gadis. Ikram dalam diam menaruh perasaan terhadap dua daripada gadis2 di atas(fitnah ni).


Astaghfirullahalazim, pakai je baju melayu tapi minum minuman keras. Nak hairan apa ye tak, orang Melayu sekarang memang begini sikapnya. Tetapi jangan salah faham, minuman keras itu adalah zappel je sebenarnya. Keras sebab banyak gas saja je nak menimbulkan kontroversi.


Budak kecil ini mengalami kemurungan dan berniat hendak terjun kerana sepupunya Ikram telah melakukan sesuatu yang tidak difahaminya. Tapi rumah Ikram memang lawa aku pun mahu terjun kolam untuk bermandi manda.


Bergambar kenangan sebelum pulang. Jangan korang pergi tenung testis aku dan menjadikannya sebagai modal untuk ceploit2 sudah.

Sila layari laman fesbuk aku untuk lebih gambar yang lebih tidak senonoh:
http://www.facebook.com/album.php?aid=139776&id=628280825&l=48a5a34470

Thursday, November 26, 2009

Berhati-hati Memandu Agar Tidak Terkorban di Jalan Raya di Hari Raya Korban

Sementara korang masih belum balik kampung, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada puluhan peminat fanatik saya yang tidak jemu-jemu menyetalk blog saya tak kira masa dan ketika. Semoga kalian semua berbahagia di samping keluarga tercinta sambil membaham rendang yang penuh dengan kolestrol itu.

(baca perenggan di bawah cahaya lilin untuk menambah kesan syahdu)

Keluarga....seronoknya korang ada keluarga untuk menyambut Hari Raya. Aku? Aku di sini hanya sebatang kara, tiada tempat untuk bermanja dan mengadu domba. Siapa yang hendak bertakbir dengan aku di malam raya? Siapa yang hendak mengejutkan aku untuk mandi wajib dan kemudian mandi sunat Aidiladha? Siapa hendak gosokkan baju melayu aku? Siapa hendak membawa aku ke masjid untuk bersolat raya? Siapaaaaaa sebenarnyaaaaa yang menjadi punca perpisahan kitaaaaa (lagu 4U2C).

Sila klik Read More jika korang mahu berhari raya korban bersama aku.

Bagi mereka yang tidak dapat balik kampung kerana kampung anda sudah ditenggelami air, marilah berhari raya di rumah aku. Sumpah rumah aku memang fun. Siapa yang berminat esok selepas solat raya boleh datang terus. Aku sudah rancang aktiviti-aktiviti menarik dan relevan bersempena hari raya ini.

Aktiviti 1: Melipat kain

Haa sejak mama aku pergi haji ini beberapa minggu yang lalu, aku hanya pernah membasuh kain 2 kali sahaja. Itupun sekali basuh memang banyak nak arwah. Aku basuh sendiri guna mesin basuh dan letak Softlan ok, so sila kagum. Tapi sekadar basuh jela lipat memang aku tak reti. Aku lipat-lipat terbuat origami bangau macam Prison Break pulak. So aktiviti kita yang pertama adalah melipat kain.

Aktiviti 2: Menyapu rumah
Haa sejak mama aku pergi haji ini beberapa minggu yang lalu, aku tidak pernah menyapu rumah. Menyapu memang aku tahu, cuma tiada kesempatan je sebab sibuk bekerja. Apabila sudah lama tidak menyapu, maka banyaklah debu-debu cinta di atas lantai. Berhabuk siap boleh buat lukisan pakai jari lagi. Penyapu dah ada so korang boleh start daripada dapur hingga ke ruang tamu.

Aktiviti 3: Menyiram pokok bunga
Haa sejak mama aku pergi haji ini beberapa minggu yang lalu, aku tidak pernah menyiram pokok bunga. Ok aku rasa yang ini memang bakal mendatangkan masalah besar kepada aku. Dalam banyak2 Pesan Mama hari itu, aku terlupa satu pesanan yang penting iaitu menyiram pokok bunga. Barbie betul pokok kegemaran mama sedang nazak sebab aku tak pernah siram. Rujuk gambar di bawah. Macamana aku nak rekaver depa? Apa tah nama pokok ni pokok langsuir ke pokok jembalang twilight tah. Aku bercadang nak beli baru di tadika nurseri yang berdekatan untuk mengaburi mata mama aku bila balik nanti. Unless korang ada idea untuk selamatkan pokok ini.



Bagaimana? Seronok bukan aktiviti raya kita esok? Jangan datang lambat ya kawan-kawan.

On a serious note, if you are still reading this entry even though I am talking nonsense, I wish you all Selamat Hari Raya Aidiladha, and have a safe journey back home. For those who are currently performing their hajj including my mom, I will definitely pray for your health and safety. Assalamualaikum.

Tuesday, November 24, 2009

Filem Terhangat Masa Kini



Sudahkah anda membeli tiket? Kerana aku dengan riaknya sudah memiliki tiket untuk menonton tayangan perdana nanti. Sudah terlambat untuk kalian membelinya kerana tiket hanya tinggal baris hadapan sahaja. Hua hua hee. Tak kool ah kalau tengok hari kedua. Tak mengapa sila klik Read More kerana aku ada tiket lebih untuk diberi (bohong).

Aku selalu dengar orang bisik-bisik semasa aku lalu di hadapan mereka yang mengatakan rupa aku macam Robert Pattinson. Betul ke ha? Aku tidaklah menafikannya sebab memang rezeki akulah memiliki paras rupa yang boleh dikatakan kacak.

By the way mengapa korang gadis-gadis tergila-gilakan si Edward Kolon ini? Aritu aku sedang membaca baca majalah hiburan kat MPH. Tiba-tiba ada seorang remaja perempuan histeria apabila melihat GAMBAR mamat itu. Pastu buat jeritan nyaring panggil kawan-kawan dia entah apa yang membuat mereka naik syahwat pun aku tak tahu. Adakah dia tidak siuman ataupun korang gadis-gadis memang begitu? Hensem sangatkah dia macam orang homeless je tengok. Jehan Miskin pun lagi kacak aku rasa. Adakah tepat kesimpulan aku yang gadis-gadis mengimpikan teman lelakinya bergaya seperti Edward Kolon? You know, bajet bad boy, bajet kool serta bajet beriman? Itukah yang kalian mahukan? Tolonglah jelaskan kerana aku tidak faham.

Monday, November 23, 2009

Kongratulasi Tamir & Mohd Nazmin!

Semalam telah berlangsungnya perkahwinan diantara Tamir dan Mohd Nazmin yang gilang gemilang sinar cahaya purnama. Usah salah faham, Tamir dan Mohd Nazmin bukanlah pasangan homoseksual. Hobi aku ialah meletak Mohd sesuka hati di hadapan nama gadis. Tamir atau nama dalam sijil SPMnya Tengku Amir Afendi bin Tengku Mohd Apandi merupakan rakan aku ponteng kelas aku di Uniten. Tamir dan Nazmin Hussien telah bercinta sudah lama, sejak zaman tentera bergajah Abrahah lagi. Memang lamalah.

Tamir memang pemalas sejak di universiti. Hari-hari nak ajak aku tuang kelas dan tuang solat namun aku menolak ajakannya dengan sopan. Namun kehadiran Mohd Nazmin dalam hidupnya berjaya mengubah sikap Tamir sedikit demi sedikit menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan rajin. Tamir dan Mohd Nazmin tidak pernah miss datang ke rumah terbuka aku. Maka sebab itulah aku datang awal pukul sejak 9.30 pagi nak setup khemah dan melatih vokal kanak-kanak kompang kerana aku memang sayangkan Tamir. Selepas itu aku bergaya dengan kacak berbaju melayu lengkap di rumah Tamir semalam mengalahkan pengapit untuk menunjukkan kegembiraan dan keghairahan aku terhadap percintaan suci mereka.


Ketika gambar di atas diambil, aku dapat rasakan Tamir masih lagi teruna kerana dia jalan macho je takde pun kengkang. Haa haa sila klik Read More untuk melihat gambar riang ria di perkahwinan Tamir dan Nazmin.


Huda tidak perlu menggosok baju bini perdana menteri pada hari itu tu sebab dia datang. Oooo open haus saya tak datang (masih mengungkit).


OMG Nana disyaki mengandung itulah sebabnya dia membaham nasik umpama Hulk Hogan walaupun badannya kecil.


Arul kau jangan ingat kau ni Faizal Tahir apatah lagi nak menjadi Faizal Rosly


Shahrul Adha (Bob) pun mengandung jugak. Baru 2 bulan mengandung dah besar gila perut dia. Mungkin anak raksasa Gorgon. Haa haa gurau je bob.


"Mmmm sedap betul kaki kambing tadi," kata Ezu di dalam hati sambil menjilat ceri ceri bum bum.


Aku nak ambil gambar corak kain punggung makcik tu untuk dibuat wallpaper di dinding aku lepas tu gadis-gadis lain perasan pegi posing pulak.


Sila cari aku dalam gambar di atas. Siapa jumpa aku akan doakan dia dalam sembahyang selama 3 hari 2 malam kalau aku tak tinggal solat.


Tamir gembira sebab malam karang boleh berat-berat tak perlu nak ringan-ringan lagi. By the way ada seorang selebriti dalam gambar di atas yang keluar di Oh Bulan!


Jawapan kepada persoalan yang bakal korang lemparkan selepas membaca entri kahwin ini = AS SOON AS POSSIBLE. Sabaq la aku makruh kahwin; bernafsu serakah tapi tak cukup wang nak bayar bil letrik.


Kongratulasi Tamir! Aku doakan agar kau dan Nazmin bahagia bersama untuk at least 45 tahun lagi. Banyakkan persetubuhan, kurangkan pergaduhan. Amin.

Hoi banyak lagi gambarlah. Sila layari laman fesbuk aku: http://www.facebook.com/album.php?aid=138512&l=8615c808b2&id=628280825

Saturday, November 21, 2009

Baham-Baham di 1 Utama

Pejabat aku akan berpindah ke Bandar Utama selepas hari raya Haji nanti ke bangunan yang lebih besar dan kool. Aku memang buta jalan, sedangkan jalan nak pergi Warta Bangi pun aku boleh tersesat sehingga ke Warta Selayang, inikan pula hendak ke Damansara. Maka aku kini telah memulakan latihan memandu ke sana dengan pergi bertemu janji di 1 Utama.Jarang sekali aku pergi berfoya-foya di sana sebab kesesakan lalu lintasnya yang cikai mak lampir. Ahh now I have to drive there everyday!

So sebagai tanda protes terhadap masalah kesesakan lalu lintas, aku telah melanggar pantang larang pemakanan aku dengan pergi ke restoran yang menghidangkan makanan yang tinggi kalori dan kolestrol. Alah lagipun saiz seluar aku kini 34" (dalam seluar 6.5") jauh lebih ramping daripada rakan-rakan aku yang boroi walaupun tidak mengambil alkohol. Ayuh kita klik Read More dan jangan lupa baca Bismillah untuk membaham bersama.

Italiannies

Makanan orang Itali adalah makanan yang paling sedap sekali di muka bumi ini (tapi tak boleh bersaing dengan lauk ikan bilis goreng berlada, lepas makan memang aku terus mandi wajib). Maka pasta dan pizza memang aku boleh makan hari-hari tanpa rasa jemu. Tapi still tak boleh makan hari-hari nanti aku jadi macam Syanie ataupun Enot. Tak rela uols. Memandangkan aku tidak pernah membaham di restoran ini, ditambah pula dengan rekomendasi daripada Alberto Aquilani yang menggemari restoran ini, maka aku dengan riang ingin mencubanya.

Oleh kerana aku ini 'noob' baru first time datang ke sini, maka aku tidak tahulah yang diorang ni masak macam nak hidang di kenduri tahlil. So aku dengan tenang sahaja memesan Angel Hair Pomodoro yang berharga RM 28 kerana namanya yang unik. Mungkin ini resipi rahsia mereka dengan meletakkan bulu-bulu organik dalam pasta untuk menambahkan aroma hidangan. So apabila mereka menghantar hidangan itu kepada aku terus aku mencarut dalam bahasa Itali. "Del piero togon zambrotta?" (maksudnya, bagaimanakah aku nak habiskan semua ini syaitan?). Sumpah banyak nak arwah.



Da' Killa pula memesan Penne Bolognese yang berharga RM 26 kot. Memang sedap sehingga menjilat dinding.


Dekat dinding dia sudah jelas-jelas tertera perkataan, "We cook more than what we eat" serta "So good, so much, so share!" namun aku yang alpa. Lihatlah lebihan hidangan aku di bawah. Tapi aku ni bukan jenis orang yang mengamalkan pembaziran, maka lebihan hidangan aku bungkus untuk diberi kepada kucing-kucing kesayangan.



New York New York Deli

Ezuentes Estrada mencadangkan restoran ini kepada aku 4 tahun yang lalu, baru kini ada masa untuk mencubanya kerana hanya boleh dijumpai di 1 Utama. Lukisan mural kanak-kanak Tadika Ixora di dindingnya memang menarik, ditambah pula dengan keunikan nama hidangannya yang menarik perhatian.


Da' Killa memesan air mata lembu dan aku pula memesan Ultra Rich Chocolate Velvet AF. Kau lihat mata lembu tu memang segar dari ladang serta darah dia pun tak hilang lagi. Memang sedap.


Untuk hidangan utama, aku mencuba Cheesy Chicken yang berharga RM23 yang nampak sedap di dalam menu, tetapi rasanya biasa saja. Rasa cheese dia rasa macam Cislake. Kalau tak percaya cuba korang jilat gambar di bawah ini. Mungkin sebab diorang guna ayam yang diimport menggunakan kapal selam dari New York so dah tak segar sangatlah diorang import dari sana (fakta tipu).


Spaghetti Chicken Alfredo di Stefano (RM 18) pula menjadi pilihan Da'Killa. Rasa sos cecair putihnya terlalu lemak berkrim, selepas beberapa suap mungkin kita boleh berasa mual. Tetapi apabila nafsu telah menguasai diri, aku dengan rakus menghabiskan hidangan ini tanpa disuruh.


Barbie tengok gambar makanan terus perut aku menyalak. Minta simpati para pembaca untuk menghantar makanan ke rumah aku malam ini.

p/s: ada jalan alternatif tak nak pergi Bandar Utama yang kurang sesak dan kurang tol? Aku hanya tahu ikut Midvalley naik Kerinchi Link pastu tembus depan TV3.

Thursday, November 19, 2009

Perkara-Perkara Rawak yang Remeh Tetapi Menyusahkan Dalam Kehidupan Seharian

Aku pasti korang pun pernah mengalami perkara yang aku alami ini. Apabila difikir kembali, perkara-perkara yang aku ingin huraikan ini sebenarnya kecil dan remeh-temeh sahaja, namun impaknya memang membuat kita mendapat dosa akibat carutan-carutan ringan yang dilemparkan.

1) Bangun pagi-pagi buta hendak membuka pagar, tiba-tiba terlanggar sarang labah-labah kat muka. Barbie kau labah-labah tiada tempat lain ke nak buat sarang. Sumpah leceh gila nak bersihkan muka daripada sarang yang melekat. Dahla tahi labah-labah punca jerawat timbul.

2) Sudah siap-siap hendak pergi kerja, keluar rumah, kunci pagar, bayar tol tiba-tiba hati berasa was-was, "Dah tutup ke belum suis seterika tadi??" Sambil mencarut ringan di dalam hati, kita mesti patah balik punya. Sampai di rumah, memang dah cabut pun suis. Ahh mencarut lagi.

3) "Jai pinjam RM30. Minggu depan bayar balik," kata seorang saudara peminjam wang bersiri. Pastu kena keluar rumah pegi jumpa depa pulak tu. What the what man. Memang aku putuskan talian persaudaraan buat sementara.

Ahhh. Menyusahkan betul kena klik Read More untuk terus membaca.

4) Ada seekor anak kucing mengiau-ngiau selama 2 hari tak henti-henti. Aku check cattery kucing aku, memang sah bukan anak kucing aku. Rupa-rupanya datang dari rumah jiran belakang. Lepas tu jiran aku itu ternampak kelibat aku sedang membasuh baju. Saja je aku blackberi bold kan mana tahu mama aku baca blog aku dari Mekah nampak sikit aku boleh survive dengan membasuh baju sendiri. Anyway terus dia datang rumah aku membawa anak kucing itu. Tengok gaya memang kasihan wajah kotor dan disyaki menghidap skurvi (aku merujuk kepada anak kucing itu, bukan jiran aku). Tapi leceh gila kucing aku dahla banyak penatla aku nak jaga (walaupun mama aku dah upah orang kemas kandang kucing, haha). So aku letakla kitten itu kepada ibu Keluarga Kucing Miskin tetapi bahagia tapi tengok gaya ibu itu macam sudah kecut je buah dada dia. Keesokan harinya anak kucing itu meninggal. Demmit aku jugak yang rasa bersalah.

5) Aku tidur sorang-sorang di rumah, lepas tu tiba-tiba terdengar bunyi anjing twilight menyalak-nyalak. Tengok jam, baru pukul 3.30 pagi. Terus aku bukak lampu sebab cuak. Pastu bersengkang mata letak minyak cap kapak la menahan mengantuk sampai pagi lalu pergi kerja terus. Ahh korang jangan nak judge aku kalau korang duduk rumah sorang-sorang pun mesti korang cuak jugak.

6) Manusia ni bila dah cuak dan bimbang digigit pontianak Twilight, barulah teringat hendak beribadat. So aku pun solatlah Isyak. Rakaat ketiga aku dah rasa dah nak terkentut dah tapi aku mengetap bibir dan mengemut lubang punggung agar aku dapat bertahan sehingga tamat. Memang leceh jika terkentut di penghujung, So kelajuan solat pun masuk gear 4 laju je tanpa tomakninah. Aku dapat rasakan angin sudah mengalir ke lutut namun aku pretend tiada apa-apa berlaku bajet-bajet sempat abiskan solat. 2 minit kemudian aku terfikir "Siapa sebenarnya yang aku cuba tipu?". Terus aku masuk ke tandas untuk mengambil wudhu' kembali. Sekali lagi, jangan judge aku korang pun sama kalau nak terkentut je mesti buat2 tak perasan angin keluar.

7) Kehabisan boxer. Sumpah menyusahkan gila. Nak terbalikkan pun, bau dia boleh menarik perhatian tupai. Nak pakai spender dah tak muat maklumlah aku ni bersaiz olimpik. Takkan nak dibiarkan bebas menjalar je pakai seluar jeans pegi kerja. Nak tak nak terpaksala aku basuh malam itu. Keesokannya as expected pasti tak kering. So blasahlah pakai lembab-lembah sungguh tak selesa.

Ahhh. Menyanyi sikit lagu Pak Pandir. "Yang reeeemeh dan yang temeh, berlegar di sekelilingkuuuu. Buatlah buatlahhhh buatlah tak tahu.." By the way lama tak dengar khabar Pak Pandir kan dia buat apa aa sekarang?

Wednesday, November 18, 2009

Geng-Geng Popular di Kolej Matrikulasi Melaka

Hari ini aku hendak membuat flashback tentang kehidupan aku di Matrikulasi dahulu. Selama setahun aku berada di Kolej Matrikulasi Melaka di Londang, aku dapat mengkategorikan makhluk-makhluk di sana mengikut kaum etnik mahupun status sosial. Aku yakin kumpulan-kumpulan yang aku huraikan ini terdapat di matrikulasi ataupun sekolah berasrama anda juga. Sila klik Read More untuk mengenali mereka dengan lebih lanjut.

Geng Arbok

Pergilah mana-mana institusi pengajian pun, pasti ada geng ini. Semasa di matrikulasi dahulu, nasib aku memang malang/bertuah kerana aku sebilik dengan ketua arbok iaitu Sally. Sila rujuk entri Happy Birthday Sally jika mahu mengenali atau menoroni Sally. Sebagai seorang ketua, Sally sering mengadakan sesi mengumpat dan menonton cakera padat lucah gay di bilik aku bersama ahli Spice Boys yang lain seperti Didie (Zaidi), Fann (Fandy), Idris, dan sorang lagi arbok besar aku tak ingat nama. Malu doo bila kawan-kawan aku datang melawat bilik aku lepas tu nampak geng ini sedang ketawa mengilai di atas katil cadar ropol-ropol. Tapi bila orang tiada aku sebenarnya suka kawan dengan mereka sebab tiap-tiap minggu bawak balik majalah hiburan seperti Mangga, Hai dan Media Hiburan setiap kali lepas outing.

Geng Wali

Geng wali juga dikenali sebagai geng surau. Diorang ni memang ekstrimis bersedia je nak mengebom orang Yahudi. Kalau berselisih dengan perempuan dia sanggup ikut jalan jauh. Bila bercakap dia membahasakan diri sebagai 'Ana'. Nampak je pasangan bukan mahram duduk dekat-dekat terus diorang mencarut dalam bahasa Arab. Aku hangin jugak dengan diorang ni. Yelah pagi-pagi buta diorang (tanpa disuruh) kejut subuh ketuk pintu macam anggota Jais nak tangkap Norman Hakim. Kasi gegarrrrrr. Aku baru nak mencapai kemuncak syahwat dalam mimpi basah aku terus kembali kendur akibat terkejut yang amat. Aku gelarkan diorang geng Wali diorang ni ada kuasa keramat. Sebab ada sorang kawan aku nama dia Acap Ciki dia sebilik dengan orang surau tu. Lepas tu Acap cakap dia nampak budak tu terapung-apung di udara semasa tengah study, macam ada kuasa. Tapi aku rasa Acap tu mengencing aku je dulu dia kuat hisap rokok mungkin ketika itu dia dibawah pengaruh nikotin.

Geng Pailang (kongsi gelap)

Huiii ini kumpulan yang ditakuti oleh setiap pelajar. Kalau dia mintak rokok baik kau bagi. Jangan sesekali bertentang mata dengan mereka apatah lagi melawan kata-kata. Sebarang pertelingkahan pasti akan berakhir dengan pergaduhan beramai-ramai. Pailang yang paling popular di matriks aku ialah seorang mamat skinhead (adik Megat Magskin kot) yang berbadan seperti Big Show. Dia ni memang samseng gila abang facilitator yang cuba membimbing kami ke jalan yang benar pun boleh kena pukul dengan dia. Biasalah kem-kem bina semangat ni facilitator mestilah tunjuk garang sikit kan tetapi malang nasib dia sebab kerana telah diherdik di hadapan ratusan pelajar lain. Sorang lagi Pailang nama dia Cicak. Dia ni kurus dan pendiam tapi masa pergaduhan beramai2 dia mesti ada. Dia jalan tak gerak lengan. Cuak doo.

Geng Pantai Timur


Geng ini tidak merbahaya secara individu. Tetapi apabila mereka berkumpul, semangat kenegerian mereka semakin membuak-buak di dalam diri. Aku paling hangin apabila aku mahu tidur malam-malam lepas tu berlaku pergaduhan antara negeri. Selalunya geng Kelate akan berkumpul kemudian membuat bising di bilik TV. NATEEE NGOCOK MU NGOCOKKK!!! Jerit mereka ketika sedang menonton gusti WWF.Lepas tu datang pulang Geng Ganu MAKANGGG IKANGG DALANGGG PINGGANGGGGG!!!! Bila dah bising mulalah kaum lain datang seperti Geng Utagha yang memang anti Geng Kelate. Pertelingkahan bermula dengan carutan dalam bahasa daerah masing-masing sebelum sesi 'free for all' yang menjadi kes polis (kisah benar ni).

Geng Ulat Buku

Geng ini memang tiap-tiap semester dapat 4.0. Tengok sahaja secara fizikal kita boleh kenal dah geng ni, Spek mata tebal, rambut belah tepi dan disikat rapi serta baju yang dimasukkan ke dalam seluar. Mereka sentiasa ada soalan yang hendak ditanya menyebabkan sesi kuliah menjadi panjang, lepastu menjadi macai pensyarah tolong bawak buku dan beg. Lepas tu terer gila main Counter Strike. Kat matriks aku ada CC so every weekend aku mesti datang punya nak melepaskan nafsu amarah. Akan tetapi aku sering menjadi lauk mereka yang rileks je memisau aku dari belakang. Ohh usah keliru antara Geng Ulat Buku dan Geng Bookworm Bitch.

Geng Kota Metropolitan

Ini golongan anak orang kaya yang selalunya datang dari Kuala Lumpur. Tengok seluar pun tahu seluar tempah kat Zero One. Ada line tajam kat tepi boleh luka jari. Diorang kalau bercakap akan membahasakan diri sebagai 'I' dan 'you'. Chakap meleiyew phun ada slang orang putih uols. Lepas tu telefon bimbit paling kurang pun Nokia butterfly (HP paling popular ketika zaman aku). Kalau gadis mesti boleh nampak bra yang kaler dia striking saja ingin menarik perhatian jantan lemah seperti err Acap Ciki.

Dahla aku dah penat nak menaip. Jika kalian ada karekter-karekter yang menarik untuk dikeji ataupun dipuji, silalah kongsi bersama.

Monday, November 16, 2009

Tanda-tanda Anda Ketagihan Facebook


Entri ini dibuat setelah melihat salah seorang teman baik aku (namanya dirahsiakan) yang tidak sedar dan tidak mahu mengaku yang hidupnya dikuasai Fesbuk. Jika anda termasuk dalam senarai ini, maka anda memang seorang penagih Fesbuk. Usah dinafikan lagi, korang memang sudah tidak boleh diselamatkan lagi melainkan pergi berubat di Harun Din. Eh Harun Din pun ada Fesbuk add la dia facebook.com/harun_dean_supernatural. Tak tahulah itu Harun Din betul ke ataupun dia menyamar.

Apapun, ini list yang aku hasilkan berdasarkan kajian tempatan aku terhadap fenomena yang kurang sihat ini.

1) Anda ada applikasi Fesbuk di iphone/homepage anda adalah Fesbuk.

2) Anda meminjam Iphone kawan anda untuk melayari Fesbuk dan mengupdate status ''....at ijai's house playing Call of Duty"

3) Anda ada kawan melebihi 380 orang dan separuh daripadanya anda tak kenal pun main add je sebab gambar profile dia tunjuk lurah dada/bulu dada.

4) Anda tukar status setiap 2 jam. Lepas tu 'komen' dan 'like' status sendiri dan disusuli dengan berpuluh2 komen daripada penagih lain boleh pegi berchatting pulak di ruangan status.

5) Anda merupakan ahli kumpulan 'I bet I can find 1,000,000 people who Tak Semayang Subuh', 'Saya Benci Hidung Siti Sarah', 'If You Are a Malay Say Entah' dan lebih 50 kumpulan lagi yang korang main join je tanpa tahu hala tujuan serta tuhan yang disembah.

Ada lagi. Sila klik Read More untuk terus membaca.

6) Anda menukar status hubungan anda daripada 'Single' kepada 'In A Relationship' kemudian 'Threesome' dan disudahi dengan 'Single' kembali semata-mata untuk menarik perhatian mahupun simpati rakan.

7) Suami anda kini tidak lagi ghairah mahu menusuk anda lagi secara realiti sebaliknya menusuk-nusuk (superpoke) anda di Fesbuk.

8) Anda kini berada di level 268 di Mafia Wars.

9) Anda menjadi stalker kepada bekas teman lelaki anda ataupun orang yang pernah anda minat. Memang anda tahulah setiap aktiviti dan pergerakan lepas tu pura-pura hang out di tempat yang bekas teman lelaki anda selalu lepak mengharapkan mata bertentang mata dan membakar bibit-bibit cinta lama.

10) Anda membaca entri ini setelah mengkliknya dari Fesbuk.

Tak mengapa jika ketagih Fesbuk. Asalkan tidak lupa solat Maghrib sudah. Sila tambah list ini jika korang ada simptom-simptom penagih yang korang ingin kongsi yang boleh dijadikan tauladan.

Sunday, November 15, 2009

Kiamat Sudah Dekat

Saja je aku buat tajuk di atas untuk membuat korang insaf dan bersembahyang maghrib tanpa berlengah-lengah. Pada entri 8 Hari Sebelum Tetingkap 7 Keluar aku telah menunjukkan kepada kalian kehebatan lakonan aku untuk video syarikat. Tanpa lakonan aku, video itu pasti mendapat kegagalan di Majlis Industri Lakonan di Filem (M.I.L.F) peringkat Asia Tenggara tempoh hari (aku menang Most Promising Actor, as expected). Maka sebagai bayaran di atas keberkesanan lakonan aku, pihak syarikat telah menghadiahkan aku sekeping baucer menonton apa sahaja filem menurut syahwat aku di Premiere Class di GSC Signature, Gardens Midvalley.


Maka dengan bongkaknya aku pergi pergi menonton filem kemusnahan 2012 di GSC Signature. Kalau tiada baucer memang tak dapek la den nak kluaq kan pitih (penyalahgunaan dialek tempatan) untuk menonton di Premiere Class. Tapi memang ramai nok mapuh orang yang ingin menonton 2012 pada hari Sabtu aritu. Dari siang hingga ke malam memang tiket sudah habis dijual. Walaupun aku ada baucer, aku masih perlu beratur untuk memilih tempat duduk dan tempat duduk yang available untuk aku hanyalah di barisan depan tetapi aku tidak peduli. Sila klik Read More untuk membaca ulasan 2012 dan juga Tubuh Jennifer.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

2012
Ulasan ringkas: Barbie panjang betul cerita ni dekat 3 jam. Aku dahla duduk depan sekali walaupun di Premiere Class, teleng jugalah aku hendak menonton filem itu. Mengisahkan tentang kemusnahan bumi yang dijangka berlaku pada tahun 2012. Ahli saintis daripada India telah menemui bukti kukuh yang bumi ini akan dilanda bencana yang paling dahsyat hasil daripada proses Fotosolar Expecto Petronum Quantophysics. Maka kerajaan-kerajaan di dunia termasuk Kerajaan Langit dan Kerajaan Negeri Kelantan telah bersatu padu secara senyap-senyap untuk menghasilkan bahtera sebagai persediaan menghadapi banjir kilat nanti. Tiket dijual dengan harga 1 Billion Euros sekeping memang dasar cekik darah. Maka kita dapat saksikan bagaimana kisah suka duka Jackson Curtis (John Cusack) cuba menyelamat keluarganya untuk mencuri masuk ke dalam bahtera itu. Kesan khas untuk filem ini memang nampak benar sehinggakan anda pasti ingin segera bertaubat kerana kiamat sudah dekat.

Ratings: $$$ 1/2
Spoiler: Barbie diorang tak jemput saintis india tu naik kapal

Jennifer's Body
Ulasan ringkas: Jika anda seorang lelaki sejati dan bernafsu terhadap Megan Fox, maka kita haruslah menonton cerita ini. Anda bukan lelaki sejati jika anda mengaku yang anda tiada perasaan untuk melihat tubuh Megan Fox. Anda ialah seorang arbok. Namun kelazatan tubuh Megan tidak dapat menyelamatkan filem ini daripada menuju ke lembah kedurjanaan walaupun dibantu oleh penulis hebat Diablo Cody (Juno). Filem ini sepatutnya menyeramkan tetapi aku berjaya menahan diri untuk menjerit ketakutan. Seth Cohen yang telah keluar daripada rumah ibu bapanya di The OC telah menubuhkan kumpulan indie Low Shoulder namun tidak berjaya memikat hati major label. Dalam keadaan terdesak mereka telah menculik Jennifer untuk dikorbankan kepada syaitan dengan balasan untuk menjadi popular seperti Bunkface. Takdelah aku tuduh Bunkface ni pakai jin ke apa. Tetapi Jennifer bukan seorang anak dara maka proses pengorbanan tidak berlaku seperti yang sepatutnya di mana Jennifer kini hidup sebagai seorang pontianak yang perlu menghisap darah kanak-kanak akil baligh untuk mengekalkan kejelitaannya.

Ratings: $$ 1/2
Spoiler: Siapa mahu gambar tak senonoh Megan dalam filem itu sila emel aku.

Jumpa lagi kita di dalam segmen ulasan filem yang akan datang.

Thursday, November 12, 2009

Sesi Soal Jawab bersama Ustaz Faizal al-Kacaki: Episod ke-3

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Bertemu lagi kita dalam segmen kesukaan beberapa orang ini. Yalah, hari-hari anda asyik membaca hasil penulisan yang melalaikan dan dihamburkan dengan kata-kata carutan ringan, apa salahnya sekali sekala kita menambah ilmu di dada dengan mendengar syarahan separa bertauliah saya ini. Saya tiada permit JAIS janganlah tangkap saya. Kalau dah tiada kerja sangat nak tangkap orang pergi tangkap pasangan yang selalu ringan-ringan di Taman Tasik Cempaka antara pukul 12 malam ke 3 pagi itu. Sila klik Read More untuk mengupas persoalan yang ditanya oleh para pembaca.

disclaimer: ruangan soal jawab ini dikelolakan oleh Ustaz Faizal al Kacaki dan tiada kaitan dengan Sally ataupun Ijai. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama Pejabat Pos sebelum melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Agama Bomba (sampin hijau). Antara kejayaan beliau adalah mendapat pangkat Jaijidan atau dalam sukatan masa kininya 3.67 dalam Sijil Penilaian Rendah Agama. Sebarang kejahilan tentang ilmu fekah dan tajwid boleh ditanya terus dalam ruangan komen.

Soalan 1:

Assalamualaikum ustaz,

Saya gemar menonton filem yang tidak senonoh yang dimuat turun dari Internet. Saya sedar perbuatan saya berdosa tetapi saya tidak dapat menahan diri daripada menontonnya. Diharapkan ustaz dapat memberi nasihat.

K.A.K, Jalan 6


Jawapan:

Waalaikumsalamwarahmatullah. Dalam hal ini, saudara tidak boleh duduk seorang diri. Apabila saudara berseorangan, cubalah macamanapun mesti anda tumpas juga. Lepas tu menyesal dan mandi wajib sambil berazam tidak mahu melakukannya lagi. Lepas tu esok buat lagi. Maka setiap kali timbulnya keinginan untuk menonton pornografi, anda terus berniat hendak puasa. Sebab bila anda dah puasa mesti taknak tengok porn sebab nanti kurangla pahala puasa anda.

Soalan 2:


Assalamualaikum,

Benarkah dunia akan kiamat pada tahun 2012?

Abdul Kusha, Selayang


Jawapan:

Beriman dengan hari kiamat merupakan salah satu daripada Rukun Iman, namun begitu janganlah anda terlalu taksub dengan cerita barat. Sebaliknya kita boleh mengambil iktibar; jika benar dunia ini akan kiamat tidak lama lagi, sudah cukupkah amalan kita?

Soalan 3:

Benarkah dakwaan rakan seperjuangan ustaz iaitu Akhil Hayy yang mengatakan ada segelintir artis kita yang mengamalkan ajaran sesat? Betulkah Awie salah seorang daripadanya?

Ahmad S, HUKM.


Jawapan:

Pada pendapat saya, artis kita ni sekadar tak sembahyang dan minum arak je, tapi saya tidak rasakan mereka mengamalkan ajaran sesat. Mungkin Akhil Hayy cemburu yang suara dia tidak sesedap suara Awie dan album nasyidnya hanya laku 48 unit dan kebanyakannya dibeli oleh saudara-mara terdekat.

Soalan 4:


Saya baru sahaja berkahwin baru-baru ini. Masalahnya, saya mempunyai masalah keputihan yang terlalu banyak sehingga suami saya membuat muka apabila hendak menyetubuhi saya. Bagaimanakah caranya untuk saya mengatasi masalah ini?

Gadis risau, Putrajaya


Jawapan:

Saudari dah salah segmen ni saya bukan pakar sakit puan. Namun demi kebahagiaan rumah tangga saudari, saya akan cuba jawab juga. Saudari harus kurangkan pengambilan susu kerana itu akan menyebabkan keputihan. Kalau saudari banyak minum air jagung, saudari akan dapat kekuningan manakala jika saudari minum air tebu saudari akan mendapat kehijauan. Amacam lucu tak jenaka sampingan saya?

Soalan 5:


Assalamualaikum ustaz,

Bagaimanakah hendak membuat resipi nasi kangkang yang lazat untuk menundukkan suami yang suka berfoya-foya?

Zeti Hayzee, Seri Kembangan


Jawapan:

Nasi kangkang jatuh dalam ketegori sihir maka hukumnya adalah haram. Jika anda hendak menundukkan suami anda, karate sahaja leher suami anda sehingga tertunduk. Namun respi nasi kangkang yang paling lazat ialah nasi kangkang masak lemak cili api.

Soalan 6:


Ustaz kalau tiada air untuk mengambil wuduk kita boleh bertayammum dengan pasir atau debu, tapi kalau tiada air hendak mandi wajib bagaimana pula ustaz?

Rashidi Aziz, Bangi


Jawapan:

Tayammum sahaja sudah mencukupi kerana Islam adalah agama yang tidak menyusahkan penganutnya. Tetapi jika anda masih ragu-ragu, anda boleh pergi ke kuari ataupun tapak pembinaan yang terdapat banyak pasir. Ingat, rukun mandi wajib adalah niat dan meratakan air keseluruh badan, maka anda haruslah meratakan pasir ke setiap penjuru dan lurah walaupun mungkin akan luka-luka nanti.

Soalan 7:

Bagaimanakah sambutan hari raya Haji ustaz nanti?

Eliza Sherwani Ahmad, KL


Jawapan:

Seorang diri. Mungkin tidak dapat cuti :(

Sekian sahaja segmen soal jawab kali ini. Jangan lupa mengucap sebelum tidur. Jika ada sebarang kejahilan sila tanyakan di ruangan komen dan saya akan menjawabnya dalam ruangan soal jawab yang akan datang. Syukran ya ustazah.

Soal Jawab bersama Ustaz Faizal al-Kacaki episod 2
Soal Jawab bersama Ustaz Faizal al-Kacaki episod 1


Tuesday, November 10, 2009

Ulasan Cuci: The Musical


Daripada anda menonton pornografi hari-hari, baik anda menonton persembahan muzikal. Di atas prinsip itulah aku membuat keputusan untuk menonton Cuci: The Musical pada hari Ahad yang lalu walaupun hakikatnya aku jarang sekali menonton pornografi. Itu merupakan hari terakhir persembahan Cuci diadakan di Istana Budaya. Oleh kerana itu merupakan last day, maka memang sold out lah tiket untuk persembahan hari itu. Namun begitu, da'killa berjaya mendapatkan tiket untuk menonton teater muzikal yang menjadi bahan umpatan di Melodi ini. da'killa kata, masa dia beli tiket, Adibah Noor pun turut membeli tiket jugak. Mungkin untuk dua pupunya Rosyam Nor dan abangnya Malek Noor hiarkkk (keraskan otot punggung). Amacam lucu tak jenaka sampingan aku?


Aku hanya pernah memasuki dewan Lambang Sari untuk menonton kugiran Butterfingers dan OAG tempoh hari. Maka apabila aku melihat kebesaran dan kecanggihan Panggung Sari terus aku berniat untuk melakukan solat sunat kesyukuran ketika itu. Kool doo. Kami membeli tiket yang paling mahal so lagi mahal lagi ataslah tempat duduk dia kan (tipu). Kami disertai Muaz dan Iza pi lah blog depa ada banyak gambaq. Sila klik Read More untuk membaca ulasan mengikut perasaan.

Cuci mengisahkan tentang kehidupan 4 orang adik beradik yang berlainan fizikal dan intelek yang bercita-cita untuk memenangi kontrak mencuci tingkap KLCC. I was interested to see how they would make the transition from a movie to a musical without recycling the contents from the movie while maintaining the entertainment value. The result was, awesome nak arwah! Kekuatan teater muzikal ini memang bergantung kepada 4 tonggak utama iaitu Afdlin, Awie, AC Mizal, dan Hans Isaac. Everyone of them was given the moment to 'shine', tiada rasa salah seorang daripada mereka overshadow antara satu sama lain. The supporting cast did a great job as well. Substituting Erra with Vanidah was a great move. Her singing was better than Siti Sarah. Paras rupa tak payah ceritalah hidung Vee takdelah macam hidung pelepah kelapa Siti Sarah. Awwww amboi amboi amboi. Gurau je Sarah jangan marah nanti kena barah. Wahh rhyme.

To say that Cuci: The Musical is fun is an understatement. Kandungan serta olahan penceritaannya memang fresh, jenakanya memang menjadi dan boleh relate dengan kehidupan seharian. Performing depan live audience memang sukar sebenarnya. Aku jadi ketua darjah nak lead 'Selamat Pagi Ustazah' pun dah menggelabah inikan pula hendak menghiburkan lebih seribu orang secara live. Banyak variable yang perlu diambil kira untuk menjadikan persembahan mereka 'menjadi'. Like when things did not go as planned (lupa skrip/props tak ready/timing lari etc) the casts could easily improvise, and they were able to turn the sticky situation into something even funnier, like the time when Afdlin forgot his lines and Hans Isaac was trying so hard not to laugh that he need to pretend that he was crying on the ladder. Terlalu banyak memorable moments yang kalau diingat kembali, boleh dituduh hilang akal kita kerana tergelak seorang diri. Antaranya ialah:

1) Afdlin lupa skrip. Pastu dia tanya "Kau ingat tak apa yang aku cakap last tadi?" AC jawab "ey ey eyy"

2) Awie poking fun at his feud with Akhil Hayy. Haha sumpah lawak gila. Baca Oh Artis jika anda tak tahu mengapa Awie membenci Akhil Hayy.

3) Sikap berterus terang watak Hans Isaac (Khai). Banyak lagilah sebenarnya.

Nama pun muzikal, mestilah fokus dekat muzik bukan? The opening number dia memang catchy dan bersemangat sehinggakan boleh terbawa-bawa ketika membaca doa Iftitah. Ada satu part semasa permulaan separuh masa kedua persembahan masa diorang nyanyi lagu Man Bai tuh. Sedap doo suara mamat tu siapa dia haa? Homoseksual ke aku puji lelaki menyanyi sedap? Alah aku menyanyi sedap tapi takdelah aku ghairah kat diri sendiri. Suara Adibah Noor memang powerful dengan gaya Tina Turner/Sahara Yaacobnya. Lagu-lagu yang digubah oleh Pacai dan Douglas Lim berjaya menusuk kalbu para pendengar, dilengkapi dengan koreografi daripada gadis-gadis bawah umur. Huii memang jakun gila ah bila aku melihat stage dia boleh turun naik siap boleh transform jadi naga lagi (tipu).

The only downside about this musical was the length of it. Almost 4 hours naik biru bontot aku duduk. But it was totally worth it. Seronok juga tiap-tiap minggu tengok wayang sekali sekala layan teater ke, stand up comedy ke, konsert ke, pergi surau ke apa salahnya kan. Aku tidak membawa kamera, fon aku pulak sudah habis bateri so tidak dapatlah aku mengambil gambar bersama artis untuk diriakkan kepada korang. Tak mengapa, lain kali mungkin. Kesimpulannya, Cuci: The Musical memang awesome possum!

Monday, November 9, 2009

Hari ke-5 Tanpa Mama

Masalah 1:

Himpunan baju kotor semakin menggunung. Macam mana ni nak guna mesin basuh dah lupa. Nak pegi kedai dobi wang pula tiada sebab wang peninggalan semuanya aku sudah aku laburkan dalam perniagaan Premium Beautiful aku. Bagaimana ni. Alah korang jangan nak bohong, siapa tinggal dengan parents tak mungkin kau basuh baju sendiri bukan? Mesti nak mengharapkan mak jugak.



Masalah 2:

Diet aku semakin tersasar daripada landasan. Tadi timbang berat badan sudah hampir mencecah 69 kg. Jika mama ada at least aku balik rumah ada je nasik putih dan sup sayur terhidang di atas meja. Ini tiada siapa mahu beri aku makan di malam hari. Di hujung minggu lagilah mau kena parkinson terus akibat kelaparan. Aku boleh masak ikan kerapu masak taucu ada je dalam peti ais tu tapi aku malas nak cukur sisik dia. Balik kerja dah penat. Aku memang dasar jantan tak guna malas keluar rumah (tapi rajin solat). Percaya atau tidak, sudah dua hari, makan malam aku hanya kuih baulu bersalut kacang mentega dan dicicah dengan sos cili Lingham.



Masalah 3:

Aku hanya tahu bayar duit kereta dengan PTPTN aku sahaja. Duit kad kredit mama aku macamana nak bayar. Dahla aku salah gunakan kad kredit mama aku beli application tak berguna untuk telefon bimbit. Pastu bercadang nak salah gunakan lagi sekali untuk membeli PS3. Bil api, bil letrik, bil telefon, bil gym semua mama aku yang bayar. Aku mana tahu nak pegi TNB nak bayar bil. Kalau aku pegi TNB nanti jadi macam Namewee pulak pergi jadi orang Jahiliyyah carut marut tak tentu pasal. Hopeless bukan.



Tak mengapa. Aku sudah merangka strategi sementara untuk bertahan selama sebulan tanpa mama. Bak kata pepatah, sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup inikan pula aku yang tinggal di rumah batu yang ada penyaman udara ni. Ayuh kita klik Read More untuk mengetahui strategi aku untuk survive seorang diri.

Penyelesaian Masalah 1:

Aku telah bereksperimentasi, baju yang sama boleh dipakai untuk at least 3x sebelum peluh hitam melekat di kolar dan baunya berubah menjadi bau ketiak N*zli. Boxer pula boleh dipakai sehingga kuning sebab orang tak nampak. Kalau dah kuning, terbalikkan dia dan pakai tanpa was was. Mengikut percaturan aku, sekeping boxer boleh bertahan selama seminggu. Jika tiada lagi baju yang boleh dipakai, aku akan menghantar baju aku ke rumah Mak Teh aku di west country untuk dicuci. Aku rasa kalau ditanya siapa anak saudara kesayangan, Mak Teh aku mesti memilih aku.

Penyelesaian Masalah 2:

Di hujung minggu, aku akan memburu kenduri kahwin ataupun kenduri khatan kawan2 aku untuk makan secara percuma. Di hari biasa aku dengan tidak malunya akan bertandang ke rumah Abe untuk makan nasi ayam mama Abe. Aku ni kira macam anak mama Abe yang terpisah sejak kecil la (sendiri mengaku). Kalau korang nak ajak aku makan di rumah korang memang aku alu-alukanlah. Aku ni jenis yang basuh pinggan sendiri so mesti korang suka jika aku membaham di rumah korang.

Penyelesaian Masalah 3:

Oleh sebab aku tidak tahu bagaimana hendak membayar bil, maka aku terpaksa berjimat cermat. Bagaimana hendak berjimat cermat? Mudah saja. Nak jimatkan air, tak perlu mandi pakai saja Avon. Kalau nak berak pergilah kat Sungai Ramal tu. Kalau nak main internet pergi sahaja di Ameerali ada WiFi percuma. Takpun curik je jiran aku punya diorang buta IT tak reti nak letak password. Letrik? Huii yang ini kena bayar gila kau boleh berbuih-buih mulut aku kalau tak dapat belai Xbox 360 kesayangan aku tu.

Dengan skill-skill Survivor Series aku ini, aku mungkin dapat bertahan sehingga mama aku pulang. Korang yakin dengan aku tak? Boleh berjayakah aku? Usah sesekali korang meragui aku kerana jika kau fikirkan kekalahan, kau hampiri kegagalan (lagu Rashid Sidek).

Sunday, November 8, 2009

Kongratulasi Ikmar!

Siapa Ikmar? Ikmar adalah kawan aku semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3. Don't get too exited. Ikmar is a guy so please take your hands off your pants, unless you're into that stuff. Anyway semalam Ikmar telah berjaya memperdayakan seorang gadis untuk mengahwininya (haha). Majlis nikah berlangsung pada malam Jumaat tetapi sehingga artikel ini ditulis, Ikmar masih belum lagi menyetubuhi isterinya di atas halangan saudara mara yang bertandang di rumahnya.

Ayuh kita kenali Ikmar dengan lebih lanjut. Semasa aku form 1, kami semua menjauhi Ikmar kerana kami merasakan dia seorang yang abnormal, terutamanya saiz kepalanya yang sebesar tembikai itu. Perkara ini diakui oleh Ikmar sendiri setelah dia mengadu dia terpaksa menempah songkok kerana tiada saiz standard yang boleh dipakai. Namun begitu, aku dan Ikmar mula menjalinkan persahabatan apabila mengetahui yang kami mempunyai minat yang sama ketika itu iaitu gusti WWF. Ikmar minat Bret 'The Hitman' Hart dan aku pula meminati The Undertaker. Kami selalu meniru dan mempraktikkan gerakan-gerakan penyudah seperti Tombstone Piledriver dan the Sharpshooter kepada rakan kami yang tidak bersalah seperti Razi Zaman.

Semasa form 2, satu kejadian yang tidak dapat kami lupakan telah berlaku. Kalau jumpa Ikmar je mesti kami ungkit perkara ini. Pada suatu hari, kelas kami telah didatangi pasukan pengawas tingkatan 4 untuk melakukan spot check. Ikmar secara pailangnya menunjukkan 'hidung babi' kepada pengawas bertugas iaitu Fariz Ubaidullah sebelum dia ditampar oleh pengawas itu. Ikmar yang memang terkenal dengan sikap panas barannya terus menjerit "HOI SAKITLAH" lalu menumbuk belakang pengawas itu sehingga pengawas itu terpelanting sejauh dua meter (exaggeration). Terus terdiam satu kelas sehinggakan ada yang terpancut air mazi kerana ketakutan. Seorang pengawas berkulit hitam cuba masuk campur untuk menenangkan keadaan namun setelah dia ditempelak Ikmar dia terus mengadu kepada Ustaz Mahir. Kisah itu tidak berakhir di situ, pada petang itu, satu kelas tingkatan 4 telah menculik Ikmar sebelum membelasahnya beramai-ramai (ada khabar angin kata Ikmar was sexually abused). Ikmar tidak pergi solat Jumaat pada hari itu. Kau memang seorang wira Ikmar.

Sudah. Itu semua kisah lama. Ikmar kini telah memiliki gadis yang dicintainya/dibomohnya secara sah. Tahniah Ikmar. Aku harap kini kau boleh lupakan mimpi basah kau yang ada aku tu. Ayuh kita klik Read More untuk melihat gambar-gambar di majlis perkahwinan Ikmar.


Majlis perkahwinan Ikmar dijalankan di sebuah dewan di area Diplomatik presint 15, kool jugaklah tempat dia. Dikelilingi oleh taman yang indah berserta dengan burung yang berkicauan.


Line up pada hari itu ialah aku, Jamil & Evi, Abe dan Fandi. Mana tah kanak-kanak lain. Aku memang menanti-nantikan majlis perkahwinan di hujung minggu kerana tiada siapa yang hendak menghantar makanan kepada aku sepanjang pemergian mama aku ke haji. Sob sob snort.


Lihat gambar di bawah. Ketara sekali unsur homoseksualnya bukan? Baju nak kaler sama, belang sama, dua-dua beli dekat Padini pulak tu. Apabila ditanya tentang hubungan mereka, mereka sekadar ketawa hi hi hi sambil menjeling manja antara satu sama lain.



Ayuh rakan-rakan ucapkan kongratulasi kepada Ikmar. Semoga kau berbahagia dengan gadis yang dicintai serta tidak pukul bini. For more pictures, please visit my fesbuk:
http://www.facebook.com/album.php?aid=135165&id=628280825&l=6fe4d0ec9e

Saturday, November 7, 2009

Google Sentiasa Bercakap Benar

My racist friend Kunal emailed me this picture recently:



Well you may think that Google is a racist bastard, but Google never lies. Click Read More to reveal more truth about this world.

I did not photoshop the pictures below. It's just the undeniable truth. You might wanna click on the pictures to make is bigger.


Duhh? Tak payah gugel pun kita boleh tahu yang Liverpool memang gagah.


Ada letak nama anak Kai Rooney. Dah besar mesti gemuk jugak macam abahnya.


Gugel pun tahu kau jauh lebih boroi daripada aku Fandi.


What the what apasal taip perkara keji di atas sampai ke blog aku dahulu???

Google never lies. It would be fun if we all Google weird and perverted stuff and see what we come up with.

Thursday, November 5, 2009

Bungkusan Dari Neraka

Semalam aku mendapat surat amaran daripada pejabat pos untuk mengambil sebuah bungkusan misteri. Yang misterinya, bungkusan itu ditujukan kepada aku. Selalunya mama aku je yang dapat bungkusan sebab mama aku kini bergiat aktif dalam sindiket penyeludupan pinggan mangkuk antik secara halal.

Maka tadi selepas pulang dari kerja aku singgah sebentar di Pejabat Pos di Taman Perindustrian Selaman untuk mengambil bungkusan misteri itu. Aku memandu dengan berwaspada kerana bimbang diekori watak jahat yang cuba merampas bungkusan misteri ini. Yalah, aku kini aktif bermain Mafia Wars di telefon, pasti ramai musuh aku yang tidak berpuas hati sebab aku asyik peras ugut mereka secara maya. Add la aku 5403 6688 54.

Sampai sahaja di rumah, aku terus naik ke bilik aku. Bungkusan itu lembut sahaja boleh dilenturkan. Mungkin sejadah interaktif yang aku pesan daripada Harun Din sudah tiba.



Di dalam bungkusan itu terdapat sepucuk surat. Katanya di atas kesudian aku menyertai survey yang dijalankan oleh TM tempoh hari, maka mereka menghadiahkan aku sesuatu sebagai tanda terima kasih. Yelah tu bila masa entah aku buat survey. Nak pergi mengundi pun malas inikan pula hendak melengkapkan survey. Adalah kot sekali tu TM call masa tu aku sedang bermandi manda di Kem Pemulihan Akhlak Sungkai terus aku tempelak mamat yang nak survey aku tu. Bagaimana aku layak mendapat tshirt ini pun aku tak tahu.



But there is something disturbing about the letter....(click Read More)

WHAT THE WHAT?? ARE YOU EFFIN' KIDDING ME??!! A Manchester United t shirt???



That's right. As the president of Persatuan Membenci Manchester United bahagian Hulu Langat, this is very insulting. I do not know if this is actually an extreme gotcha call that you guys set up, or perhaps this is a sick TM punishment to their customers who hog all the bandwidth by downloading torrent everyday. Seriously TM, sebagai penyokong membabi buta Liverpool, korang memang pandai menyakitkan buah pinggang aku. Dahla aku suruh upgrade speed Streamyx dekat 2 bulan dah tak dengar khabar berita langsung.

Maka aku nak buat apa dengan baju ini? Hantar ke SPCA kah? Jadikan pengelap kaki kah? Ataupun aku harus mengikut kata hati dengan melakukan aktiviti seperti gambar di bawah ini?


TUNGGU! Mungkin ada kanak-kanak Manchester United di luar sana yang ingin memiliki baju ini? Yalah buat apa bakar membazir sahaja bukan. So aku meletakkan harga permulaan RM100 untuk baju eksklusif ini. Tidak boleh dibeli di mana-mana kedai ni huiii. Beli la woit boleh pakai masa Piala Malaysia nanti.


Aku memang peniaga jujur, so aku tunjuk gambar belakang sekali. Takpe kalau korang tak suka TM korang boleh kikis logo tu jadi Jaring ke Maxis Broadband ke.


So come on guys, start bidding now! Memang rare gila baju ni kat Al Ikhsan memang tak jumpa lah. Apatah lagi di Al Fariz Maju melainkan maplay yang bertugas tu pakai baju Man U dia. Tapi takkan korang nak baru mamak yang berpeluh masam-masam manis tu. So kamon, belilah baju ini. Tolonglah aku merayu ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...