Thursday, December 31, 2009

This will be the last post...

Assalamualaikum,

Aku tak tahu kenapa, tapi aku memang dah tak ada semangat nak menulis lagi. Banyak benda yang berlaku menyebabkan aku patah semangat. Aku dah penat. Aku perlukan rehat. Aku nak ucapkan terima kasih kepada korang semua kerana sudi membaca blog aku yang ntahapahapantah ni. No worries, I'll be back next year, Insyaallah...klik Read More pun tak akan dapat mengubah keputusan aku untuk berhenti menulis untuk tahun ini...

Hoi hoi apsal nak meraung-raung hentak kaki pulak ni. Aku lempang kang biru. Esok kan dah tahun depan aku kembalilah menulis biasalah aku kan suka mencari publisiti murahan majalah Mangga. Dahla aku plagiat entry tahun lepas memang tak berguna betul.

Ok ini ucapan rasmi tahun baru aku (baca di bawah cahaya bulan untuk kesan yang lebih mendalam):

Kepada semua pembaca tegar dan stalker bersiri saya tak kiralah di mana jua anda berada, saya mengucapkan selamat tahun baru kafir. Tahun baru Islam kalian tahu tak bila? Haa menggelupur korang nak jawab. Saya ingin memohon maaf jika taipan saya mengguris hari kalian yang mudah terguris ini. Saya sedar blog ini memang penuh dengan perkataan persetubuhan, berjimak, dan toron, dan saya berjanji akan mengekalkan bilangan perkataan tersebut dalam entri-entri yang akan datang. Yeahh you like that ehhh.

Di malam tahun baru ini, janganlah kita minum minuman keras dan memandu. Bak kata Fergie dan Taboo dalam iklan Hitz.fm, Choose a designated driver or take a cab do it New York style. Sebelum aku ceramah aku ini jatuh ke dalam kategori khurafat, adalah eloknya aku berhanti di sini. Again, jika anda membaca entri ini, (yes, I am specifically talking about you, and you, and you, and you, yes you as well, of course you, no no not you, yes you again), saya ucapkan:


HAPPY NEW YEAR! SUCK MY ARMPIT 2009! (tiba-tiba PMS)

i lap uols. uols lap me tak?

Wednesday, December 30, 2009

The Return of Sally

Hai uolssssss.Sally vogue de vass kembali lagiiii gelenyahhhh. Awwww lamanya Sally tak menyundal kat sini.Rindu kat Sally tak? Jika rindu katakan awwww. Saja je mak nak interprem dah dekat-dekat hujung tahun ni. Rival mak si puaka kubor Azwan Ali tu dah senyap je sejak balik dari umrah. Alah nak bet tak lagi dua tiga bulan kembali hanjeng la mulut dia tu. Awwww hangsuangggg aku cilikan mulut kau nanti baru tau. Hik hik hik. Ok uols kita jangan cakap banyak. Hari ini mak nak ungkit gossip-gossip hangat yang melanda artis kita di sepanjang tahun 2009 ini. Uols dah ready? Klik Read More ya tak kuasa haku.

disclaimer: ruangan gosip ini ditulis oleh Sally, paparazi popular dari Kolej Matrikulasi Melaka. Sebarang komen, tak puas hati, gosip panas, ataupun nak ajak berbual(lelaki muda sahaja) bole hantarkan kepada sally_gelenyah (at) gmail (dot) com

Awal Ashaari Kantol di Kelab Malam

Huiii ini kisah terhangat masa kini uols. Kat ruangan gossip Harakah pun ada uols. Hik hik. Awal kata dia tak bersalah, dia tengah tunggu Scha yang comey. Scha lambat datang so dia pun mencucuk bintangla sedas dua. Lepas tu ada pulak raid hmmm menggigil kau nak keluarkan air kencing. Ke kau ceploit2 terus Awal dalam tandas tu yang tak boleh kencing tu? Ewwww tergoda mak.

Pembaca Berita Yang Ditangkap di Pesta Tanglung

Pesta seks la. Hik hik saja je Sally nak buat jenaka sambilan. Eh ini kisah tahun ni ke tahun lepas? Hmm sampai sekarang uols masih tak tahu kan siapa pembaca berita yang ditangkap tu. Wartawan sundal popular Zubir kata mungkin Kamarudin Mape orangnya. Hoi kau jangan nak buat fitnah ye Zubir.

Kisah Cinta Fasha Sandha

Eiii bencinya haku dengan dia ni. Dah rampas suami Nora Danish Cookies lepas tu kau remukkan pula hati Ally Iskandar. Dah puas ringan-ringan dengan Jejai (bukan ijai) lepas tu kau pergi berkuda dengan Qabil Ambak pula. Lepas tu buat-buat rasa diri menjadi mangsa pergi menangis dalam rancangan Tom Tom Bak Aznil. Eiii dia ni memang macam Sofia Jane dalam filem Perempuan, Isteri dan...

3GP Farawahida

Anouncementttt uols. Siapa nak klip 3gp Farawahida boleh minta kat Jamil hik hik hik.Uii seram sejuk mak dengar kes ni. Khabarnya Farawahida dan Julfekar ada merakamkan aksi ghairah bersama-sama. Gossip mengatakan yang Farawahida inginkan material yang boleh membawanya ke final Juara Lagu lagu kategori etnik kreatif bertindak membatalkan kontrak mereka. So naik hangin la depa tu yang ugut nak headbutt dengan kepala dia sambil mengugut untuk menyebarkan aksi berdosa mereka. Err siapa ada? Hik hik hik. Alah Sally rasa Farawahida tu saja je nak mencari publisiti sebab dia dah lama tak keluar majalah Mangga.

Mamat Curi Telefom Bimbit

Siapa tak kenal Mamat. Bukan Mamat Hangin Jalan 3 ya uols. Dari kecik Mamat dah fofuler dengan lagu Oh Ibu. Lepas tu dah remaja semakin fofuler kerana ditangkap akibat disyaki merogol gadis. Dah dewasa pulak, hmmm pergi mencuri telefon bimbit 3310. Kamonla Mamat nak curik pun curikla yang bergaya sikit macam Nokia butterfly tu ke takpun Blueberry.

Aliff Aziz Cium Gadis Berbulu



Jilet Sensorrrr sebaiknya untuk lelaki. Jilet!

Perkahwinan Akhil Hayy dan Waheeda


Huiii yang ini memang kontroversi uols. Setelah kantol 'uztaz' Akhil dan Waheeda menonton wayang cerita Wanted di TGV Mines, maka bini Akhil ketika itu untuk terus meminta agar Akhil menghantarnya pulang ke rumah ibunya. Tup tup kahwin terus dengan Waheeda tanpa banyak bicara. Bagusla nak elak fitnah. Ah ustaz la sangat. Ustaz Faizal al Kacaki pun lagi bertauliah daripada dia.

Hmmm itulah antara gossip-gossip tempatan yang memorable buat tahun ini. Apa lagi yek? Ada banyak lagi tapi mak dah nyanyuk uols. Jomla mengumpat dengan Sally. Kita akhiri ruangan gossip ini dengan sebuah lagu gossip yang fofuler dendangan seorang artis yang bajet fofuler.



Buhbye uols. Gelenyahhhhhh.

Tuesday, December 29, 2009

10 Filem Terbaik Tahun 2009

Hanya tinggal beberapa hari sahaja sebelum tahun 2009 melabuhkan tirainya. Ceh intro nak gempak. Sebagai pengunjung tegar panggung wayang Bangi Utama yang sudah 2 kali muflis, aku ingin berkongsi sepuluh filem terbaik sepanjang tahun ini berdasarkan nafsu aku sendiri. Usah menggelupur jika aku tidak letak Transformers 2 di dalam list aku kerana aku tidak mengecapi kemuncak syahwat ketika menontonnya. Gadis-gadis pula jangan PMS sebab aku tidak meletakkan New Moon dalam senarai filem terhangat. Anda sudah bersedia? Ayuh kita klik Read More untuk mengetahui senarai filem terhebat tahun 2009.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

10. Sell Out

Ulasan ringkas: Akibat sudah kehabisan cerita untuk ditonton di Alamanda Putrajaya, kami membuat keputusan untuk menonton cerita ini setelah melihat ratingnya yang tinggi di Internet. Semasa membeli tiket, hanya aku dan da' killa sahaja yang menontonnya. Dia kena at least 4 orang dalam panggung baru dia bole tayangkan. Takpe kami gamble saje tup tup adala lagi 2 orang menonton. So total dalam panggung yang besar itu 4 orang sahaja yang menonton. Well you know what, korang memang rugi kerana tidak menonton filem ini. This movie is surprisingly good. 100% Made in Malaysia! It's a comedy/mockumentary/musical about Rafflesia (tv show host) and Eric (designer), who both work for FONY, whose mission statement, copied from a Taiwanese company, is to be original. Mereka di ambang wati sama ada hendak sellout ataupun teruskan impian mereka. I love how this movie poked fun about typical Malaysian:

1) the empty conversation that we make in the elevator or toilet.
2) berebut teksi macam hendak pergi berjihad
3) pekerja department store yang menyorok di saat kita memerlukan

Pergilah tonton. Samala korang akan benci atau suka. Aku suka.

Ratings: $$$$
Spoiler: tiada

9. Monsters vs Aliens

Ulasan ringkas: Haa haa filem ini memang lucu. Susan Boyle, sorang gadis kampung yang ingin memenuhi cita-citanya menjadi penyanyi telah menyertai pertandingan mencungkil bakat di bri'en (Britain). Selepas terkena meteor, dia berubah menjadi raksasa lalu ditahan di kem kamunting, Perak. Bersama rakan-rakan raksasanya yang lain, BOB yang bodoh tatapi menghiburkan, Missing Link yang berlagak tough, Dr Cockroach yang suka makan sampah serta Insectosaurus yang lurus bersatu menyelamatkan bumi daripada serangan pendatang tanpa izin. Aku memang terbahak-bahak di scene presiden amerika cuba berinteraksi dengan makhluk asing dengan bermain keyboard. Dua kali juga aku tonton filem ini.

Ratings: $$$$
Spoiler: insectosaurus tak mati dia cuma mengalami proses metamorphosis

8. Eden Lake (agak lambat keluar di Malaysia)

Ulasan Ringkas: Mengisahkan tentang pasangan belum berkahwin tetapi dah dekat nak bertunang yang merancang untuk mengambil annual leave dan bercuti di kawangan peranginan eksotik, Eden Lake (eden punyo tasik) di Negeri Sembilan. Pada mulanya percutian mereka agak bahagia namun setelah kehadiran kanak2 bermasalah, percutian mereka menjadi mimpi ngeri. Aku tengok poster ingatkan cerita ini ada orang mereng otak bunuh2 orang lain di tasik, namun aku silap. Cerita ini memang penuh dengan saspensyen. Namun awek itu memang malang. Peribahasa2 ini menggambarkan wataknya di dalam cerita itu; sudah jatuh ditimpa tangga, keluar kandang harimau masuk ke mulut buaya, serta padan muka kau kau memang bangang. Taktaulah. Sakit hati pun ada sebenaqnya menonton cerita ni.

Ratings: Kadang2 $$$$ kadang2 $ 1/2
Spoiler: Perempuan itu memang malang.

7. Drag Me To Hell

Ulasan Ringkas: This movie was surprisingly good. Aku rasa cerita ini tidaklah seram, tetapi elemen terkujat dan jijik, serta elemen yang tidak disangka-sangka, kelucuan, berjaya membuat orang berkata, niceeee. Mengisahkan tentang seorang pekerja bank yang ingin menjawat jawatan penolong pengurus yang membuat keputusan tidak mahu melanjutkan tempoh pembayaran pinjaman perumahan seorang nenek yang jijik, lalu nenek itu menghantar santau kepada gadis itu. Santau itu memang keji kerana nanti ada makhluk yang akan menjemputnya ke neraka dalam masa 3 hari. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh gadis itu untuk mengcounter sumpahan itu seperti membunuh anak kucingnya, mengupah ghostbuster serta mengorek kubur nenek tua tadi dengan macho.

Ratings: $$$$
Spoiler: Dia masuk neraka.

6. Watchmen

Ulasan Ringkas: Filem ini diadaptasi daripada novel grafik yang hebat dari Amerika dengan tajuk yang sama. Mengisahkan tentang pahlawan-pahlawan bertopeng bergabung menubuhkan satu sindiket MLM untuk menentang penjahat-penjahat durjana. Setelah salah seorang daripada mereka dibunuh (Denny Duckett), Encik Bersuara Garau mengesyaki ada komplot untuk menghapuskan anggota-anggota Watchmen. Ahh panjang betul filem ini. Gadis-gadis merungut tidak faham menonton cerita ini kerana mata mereka hanya tertumpu kepada zakar biru Doktor Manhattan.

Ratings: $$$$
Spoiler: Ozymandiaz yang bunuh Denny. Tapi dia baik dalam jahat. Haa?

5. District 9

Ulasan Ringkas:



Ratings: $$$$
Spoiler: effing prawns

4. 500 Days of Summer

Ulasan ringkas: Tom merupakan seorang yang percayakan tentang cinta abadi dan dia jatuh cinta dengan Summer yang hanya ingin ringan-ringan tanpa sebarang ikatan. Mula-mula Tom memang tak kisah namun semakin hari Tom semakin angau dibuatnya oleh Summer seolah-olah terkena penangan nasi kangkang. Summer maintain je ketegasannya tidak mahu terjebak dengan jerat percintaan. Para penonton dipersembahkan dengan kisah suka-duka Tom dan Summer secara rawak, sekejap di awal percintaan dan kemudian flash forward ke hujung percintaan. Filem ini memang sweet, lucu dan mungkin boleh mengalirkan air mata jika terlalu menghayatinya.

Ratings: $$$$
Spoiler: Tatkala mereka menjadi 'bisu' di taman, mereka sebenarnya sedang menjerit sesuatu tentang 'penis'. Itu pun nak cut.

3. Zombieland

Ulasan ringkas: Columbus, seorang jejaka yang cekal hidup berseorangan di pekan Zombie Kampung Pisang. Dia berjaya mengelakkan diri daripada dibaham zombi dengan mengamalkan peraturan-peraturan yang direkanya sendiri. Satu hari dia terjumpa dengan Tallahassee yang kool yang hobinya ialah membuli zombi serta gilakan Twinkie. Mereka bersatu padu dengan Wichita yang hangat dan Little Miss Sunshine yang sudah besar. Filem ini memang lucu, memang ganas dan ada juga sedikit sweet n sour serta masak taucu. Kameo Bill Murray memang terbaek! Nantikan Zombieland 2 tahun 2011 nanti!

Ratings: $$$$ 1/2
Spoiler: Oh Bill Murray!!!


2. Hannah Montana The Movie


Ulasan Ringkas: Is this the best summer movie? Miley hidup dalam 2 alam, tetapi dia bukanlah seorang khunsa, sebaliknya dia merupakan seorang gadis sunti yang ada identiti rahsia iaitu penyanyi terkenal Hannah Montana. Kali ini, bapanya memaksa Miley untuk pulang ke kampung halaman untuk melawat neneknya. Pada mulanya Miley berasa bosan dengan kehidupan di kampung namun setelah diserapkan dengan nilai-nilai murni, Miley mula berasa gembira, lebih-lebih lagi setelah seorang jejaka koboi cuba menguratnya. Namun kegembiraan itu tidak berterusan apabila 'Hannah Montana' datang ke kampung mereka. Hoit korang tolongla tengok cerita ni usah nak berlagak kool cakap Hannah Montana tak kool. Siapa rasa lagu the climb best gila barbie nak arwah sila jerit HO! Oh Taylor Swift pun ada.

Biased Ratings: $$$$$
Spoiler: Orang dan tahu Miley itu Hannah Montana. What the whatttt

dan filem terbaik sepanjang tahun 2009 ialah......jeng jeng jeng

1. Star Trek

Ulasan ringkas: Bagi aku, filem ini adalah filem musim panas yang paling hebat setakat ini. Tidak sia-sia aku, Muaz dan Irsyad tuang kerja fly panjat pagar ofis untuk menonton filem ini di hari pembukaan. Mengisahkan tentang krew kapal angkasa U.S.S Enterprise yang berjuang menentang kaum jahilliyah dari masa hadapan, Romulan Jameela. Kapten pasukan Romulan, Nero 7 Essential ingin membalas dendam terhadap Spock kerana membiarkan planet tumpah darahnya musnah. Kita tidak perlu mengikuti ataupun mengambil tahu tentang siri televisyen Star Trek yang asal untuk menghargai filem ini. Filem ini penuh dengan aksi mendebarkan, efek mengagumkan, kelucuan yang kena pada tempatnya serta bijak bermain emosi dan perasaan. 2 kali aku tonton filem ini.

Ratings: $$$$$. lima bintang beb!
Spoiler: spock tua = william bell dalam fringe

Filem-filem yang hampir-hampir masuk top ten aku: Inglorious Basterds, State of Play, Up.

Filem-filem hangat sepatutnya masuk top ten aku tetapi tak keluar di Malaysia: The Hangover, Whip It

Huii penat gila aku menaip. Padahal kopi pes review terdahulu amacam licik tak aku. Sherlock Holmes pun gagah tapi aku letih nak taip review. Avatar pun aku tahu filem itu hebat, tetapi aneh aku masih belum menontonnya lagi. Takpe weekend ini kita tonton tiga dimensi ayuhhhh. Anyway, adakah filem-filem di atas berada di dalam senarai filem terbaik anda untuk tahun ini? Ayuh sila kongsi bersama untuk didebatkan.

Monday, December 28, 2009

Soalan Untuk Jejaka-Jejaka: Episod 3

Berita baik untuk gadis-gadis dan arbok-arbok. Sempena perayaan hari natal ini, kami para jejaka ingin memberi peluang kepada anda untuk bertanyakan sebarang soalan yang berkaitan kaum lelaki yang selama ini anda pendamkan di dalam dada. Jawapan kepada soalan-soalan emosional seperti "Mengapa lelaki dah tak sweet sangat selepas berkahwin?" memang sukar untuk dijumpai di buku-buku pengetahuan cinta ataupun di laman web kasih sayang. Anda tak perlu habiskan wang untuk sms 'ON CINTA' ke 32555 untuk mengenali kaum lelaki. Tidak semestinya anda perlu bertanya tentang cinta, mungkin juga anda mahu tahu tentang rahsia tahi lalat lelaki mahupun anatomi seksual lelaki. Percayalah, kami para jejaka tidak semestinya sukakan buah dada, kami juga sukakan berkebun, memasak dan juga mengadu domba di waktu senggang. Tidak percaya bukan? Itulah sebabnya anda masih tidak kenal lelaki. Sila klik Read More jika anda sudah bersemangat untuk bertanya soalan kepada kami.

Jika anda merupakan peminat fanatik serta stalker laman ini, anda pasti tahu yang kami ahli-ahli panel pakar sakit tuan bersedia menjawab sebarang soalan panas anda tanpa sebarang prejudis. Apa yang perlu anda buat ialah menaip satu soalan di ruangan komen serta menulis nama ataupun sign in agar senang untuk kami membalasnya nanti.

Anda boleh merujuk entri di bawah terlebih dahulu kerana soalan anda mungkin sudah dijawab oleh ahli-ahli panel kami.

Soalan Untuk Jejaka-Jejaka: Episod 1

Soalan Untuk Jejaka-Jejaka: Episod 2

Ingat, malu bertanya sesat jalan. Banyak tanya sesat akidah. Eh? Soalan-soalan anda akan dijawab di dalam entri khas nanti. Selamat bertanya. Assalamualaikum.

Sunday, December 27, 2009

Azam-Azam Tahun Baru Yang Boleh Dijadikan Tauladan

Tahun baru hanya tinggal beberapa hari lagi. Adakah anda ini seorang manusia yang berazam? Semasa awal tahun dahulu, pasti korang sibuk menanamkan azam di dalam diri tapi aku yakin korang semua sekadar hangat-hangat tahi Azam sahaja. Sudah terlambat untuk anda menurunkan berat badan di bawah 52 kg (bagi gadis) dan mengurangkan saiz perut ke 34 inci (bagi jejaka). Lebih baik kita merancang untuk azam tahun hadapan. Tetapi tak semua azam tahun baru itu azam yang baik. Ada juga azam yang menyusahkan orang lain ataupun boleh menyebabkan kita dicemeti Mungkar dan Nakir di dalam kubur. Selalunya azam-azam sebegini dilakukan oleh orang putih tapi kita orang Melayu biasalah suka meniru sifat-sifat mazmumah mereka. Jadi azam yang bagaimanakah yang patut kita contohi? Ayuh kita klik Read More untuk mengetahui azam-azam yang boleh dijadikan tauladan.

1) Saya berazam untuk untuk membaca Al-Quran dengan tajwid yang tepat. Ingat ya wajibul ghunnah wajib dibaca dengung. Jika anda membaca kitab Injil, maaf saya tidak dapat membantu. Sila tanya paderi di gereja Jalan Bukit Nenas.

2) Saya berazam untuk mengurangkan waktu melayari Internet terutamanya laman web sosial Facebook ataupun laman blog berunsur fitnah dan separa lucah seperti ijaicool.blogspot.com.

3) Saya berazam untuk mengurangkan bajet shopping membeli kasut tumit tinggi 5 inci daripada 4 pasang sebulan kepada sepasang sebulan.

4) Saya berazam untuk menghantar wang untuk ibu bapa di kampung. Selama ini asyik ibu bapa sahaja yang menghantar wang kepada kita untuk membayar sewa rumah dan wang astro.

5) Saya berazam untuk balik ke Malaysia bersama isteri instead of berseorangan menyetubuhi diri sendiri.

6) Saya berazam untuk belajar memasak dengan betul untuk suami kerana membuat penkek ataupun sandwich bukan memasak sebenarnya.

7) Saya berazam untuk menurunkan poster Robert Pattinson di dalam bilik saya dan sebaliknya menampal poster Cat Stevens ataupun Cat Farish.

8) Saya berazam untuk mengurangkan koleksi pornografi daripada 80gb kepada 50gb.

9) Saya berazam untuk memberi lebih perhatian kepada anak-anak terbiar. Saya akan mulakan dengan anak sendiri.

10) Saya berazam untuk berkahwin di tahun baru ini.

Bagaimana? Ada di antara azam di atas yang ingin anda laksanakan pada tahun 2010 nanti? Jika anda ada azam lain yang boleh dijadikan tauladan, silalah kongsi bersama.

Friday, December 25, 2009

Sambutan Hari Natal di Pejabat

Di pejabat aku terdapat pelbagai bangsa dan fahaman. Ada yang berkulit hitam, ada yang menyembah pokok, ada yang tiada agama dan ada juga yang buah dadanya juling. Namun begitu, semangat 1Malaysia yang ditanam oleh perdana menteri semakin menebal di dalam diri kerana setiap hari Isnin pejabat aku ada perhimpunan membincangkan masalah yang dialami serta disudahi dengan nyanyian lagu rasmi syarikat. Maka apabila pihak pengurusan mengumumkan yang pertandingan Pejabat Berhias bersempena Krismas akan diadakan, kami semua daripada department Level 2 Maikrosof berazam untuk menjadi sang juara.



Walaupun aku tidak menyumbang sebarang tenaga untuk menghias pejabat, aku tetap pura-pura sibuk dengan persiapan Hari Natal. Kami memilih tema 'Christmas in Disneyland'. Dinding ditampal dengan keratan watak filem-filem popular terbitan Disney seperti Finding Nemo, Toy Story, Aladdin serta Mike's Apartment. TV lcd 42" memaparkan kisah-kisah klasik Disney seperti Jungle Book dan Beauty and The Beast. Jika anda dapat cari saya dalam gambar di atas baru anda boleh klik Read More untuk menyambut hari natal bersama-sama.

Topi dah ada. Baju merah kool dah ada. Perut pun boleh tahan boroinya. So memang akulah kendidet yang sesuai untuk menjadi Santa Klaus tahun ini.


Kau lihat gambar di bawah, betapa hebatnya effort yang ditunjukkan oleh rakan sepejabat aku untuk memenangi pertandingan ini. Susah kau tau tak nak buat istana tu kena bancuh polisterin tu lepas tu masuk dalam acuan istana nak tunggu kering lagi. Haih. Namun begitu setelah upacara pengadilan yang tidak adil dijalankan, kami tak top three pun tak dapat masuk. Apa ini? Department lain bukannya kool pun. Hiasan mereka macam hiasan di rumah Orang Tua Seri Kembangan je, sungguh tak kreatif tetapi boleh menjadi sang juara. No worries mate, in my heart, we will always be champions. Kita boleh cuba lagi untuk sambutan Hari Gawai tahun hadapan.


Seperti tahun lepas, kami turut mengadakan upacara tukar-tukar hadiah di dalam permainan Secret Santa. Barbie aku baru teringat hari itu merupakan deadline untuk menghantar hadiah tetapi aku masih tidak membuat persediaan. Bagaimana ini? Tak usah risau. Aku pun membuka almari mencari sesuatu untuk diberi and there it was; hadiah Secret Santa aku tahun lepas. Haha keji ke? Tak keji, sebab aku tak pernah letakkannya di ketiak aku lagi. Sori ek Secret Santa aku last year kalau kau terbaca entri ini.


Gambar di bawah ialah hadiah yang aku dapat. Terima kasih Secret Santa! Walaupun aku tidak tahu siapa identiti Secret Santa aku, aku mengesyaki dia seorang gadis ataupun seorang jejaka tegas yang dalam diam meminati aku kerana dia memberi aku lilin beraroma. Ummm pasti aku akan gunakan untuk memberi mood dan ambiance yang sesuai sebelum membuat perkara yang mungkin berdosa. Hik hik hik.


Kelihatan seperti salah seorang pekerja Santa yang cuba mencuri hadiah kerana tidak berpuas hati terpaksa bekerja di Hari Natal.


Aku telah tersingkir di pusingan akhir untuk menjadi Santa Klaus. Memang racist diorang ni apa aku tak cukup gelap ke nak jadi Santa Klaus.


Akhir kata, aku ucapkan Selamat Hari Natal bagi mereka yang menyambutnya. Korang hari Isnin kerja bukan? Aku cuti Boxing Day haa haa haa seronotnya. Buat rakan sepejabat, usah bermuram durja walaupun kita tewas dalam pertandingan Pejabat Berhias kerana apa yang penting ialah semangat ukhuwwah dan mahmudah yang terbentuk di dalam diri. Amacam inpiring tak aku punya ucapan penutup.


Sesetengah gambar ihsan Kosmo dan Shashikumar Munusamy

Tuesday, December 22, 2009

Ayat-ayat Yang Boleh Digunakan Untuk Menarik Perhatian Jejaka

Tempoh hari kita telah mempelajari bagaimana hendak membuat ayat bagi menarik perhatian gadis-gadis, hari ini kita akan belajar teknik-teknik untuk mengurat jejaka pula. Pasti ramai gadis luar sana yang kurang keyakinan diri untuk menegur jejaka yang disukai kerana mungkin tangan anda berbulu lebat ataupun berat badan anda melebihi 52kg. Usah risau, statistik daripada majalah Anjung Seri mengatakan 60% lelaki tidak mementingkan tubuh badan, kerana tubuh badan tak penting, Yang Penting Rupa. Hati lelaki ini sebenarnya mudah sahaja untuk dicairkan, tetapi anda tidak boleh nampak terdesak. Diharapkan gadis-gadis menggunakan ayat-ayat nguratan ini dengan berwasadtiah dan tidak menyalah gunakan ayat-ayat ini untuk mengikis wang kaum lelaki dengan memperdayakan mereka untuk membeli beg tangan baru. Ayuh kita klik Read More untuk mula mengurat.

1) "Muka awak ni macam familiar la. Awak pernah keluar di ruangan Kacak Bergaya di Pancaindera bukan?" (nota: tidak pernah sekalipun jejaka muka kena parang keluar di ruangan itu)

2) Instead of cakap nak belanja makan, sila cakap, "Awak, biar saya belanja awak isi minyak kereta full tank"

3) "Saya pandai memasak...." Bam! Pastu berduyun-duyun jejaka menagih kasih kerana 90% gadis sekarang tidak pandai memotong bawang untuk membuat masak lemak cili api.

4) Yang ini tak perlu bercakap. Datang sahaja depan jejaka yang anda minat, lepas tu buat gaya tarian lagu Spice Girls 'Stop!' Sumpah kitorang tak akan cakap korang gedik malah kami akan menganggap yang anda ini kool gila sekool Spice Girls.



5) "Add saya kat Mafia Wars. ID saya 5403 6688 54"

6) Lelaki yang sejati pasti meminati bola sepak. Kalau mereka tak minat tu selalunya mereka ini homoseksual ataupun trauma sebab pernah kena sepak di perut masa main bola macam kawan aku Rushdi. So jika korang sebut perkataan 'bola' sekalipun sudah boleh menarik perhatian lelaki. Tetapi teknik ini berisiko untuk membuat anda aib juga. Pastikan anda tidak tersasul antara Brad Friedel dengan Brad Pitt.

7) Buat muka serius. Rapatkan kedua-dua belah tangan. Kemudian dengan tenang ungkapkan "KAGE BUNSHIN NO JUTSU!"

8) "Saya boleh bawak kereta manual"

9) Stereotype mengatakan yang gadis ini buta IT. Pergi depan jejaka dan ucapkan "Awak tahu tak kalau nak masuk safe mode awak kena tap F8 banyak kali semasa startup..."

10) Bagi mereka yang ada fetish terhadap jejaka surau, sila flirt dalam bahasa Arab. "Ma is muka? Ismi Eliza Sherwany. Rukun Islam wal homsatun" (terjemahan bagi mereka yang tidak sekolah agama sampin hijau: "Siapa nama awak? Nama Saya Eliza Sherwany. Rukun Islam ada lima" ) Tapi gadis-gadis pastikan buah dada anda tidak terdedah sebelah cakap Arab macamana pun tak guna nanti.

Selamat berjaya. Tak perlu kaget, kami lelaki kami tahu apa yang kami suka. Ingat pesan saya jangan gunakan ayat ini untuk melakukan kemungkaran.

Sunday, December 20, 2009

Kongratulasi Jamil & Evi!

Jika anda merupakan peminat fanatik blog ini, anda pasti tahu yang salah seorang BFF aku Mohd Jamil Fathi bin Jamaludin telah berjaya mendapatkan lesen persetubuhan halal pada hujung minggu yang lalu. Jamil telah bernikah dengan Evi Vidyana pada hari Sabtu, 12/10/2009. Berdasarkan maklumat yang disebarkan oleh pengapit, proses persetubuhan tidak berlaku pada hari yang sama kerana seluruh badan Jamil telah diinaikan bagi mendapat efek 'tanning' di badannya mengikut adat orang utagha. Maaf Jamil aku tidak dapat menghadiri majlis pernikahan dan persandingan kau di rumah Evi, tetapi kami telah menghantar wakil iaitu Ahmad Shuhud @ Abe untuk membantu kau merakam .3gp yang kau idamkan selama ini.

Sebelum aku meletakkan gambar perkahwinan Jamil berserta dengan caption-caption berunsur fitnah, mari kita mengenali Jamil dengan lebih lanjut lagi. Aku mengenali Jamil sejak sekolah rendah lagi. Namun begitu, aku hanya kenal Jamil pada nama sahaja kerana cikgu-cikgu sering memuji namanya kerana dia merupakan pelajar pintar. Ramai gadis rata-ratanya belum didatangi haid turut menggilai Jamil menyebabkan aku naik menyampah mendengar namanya. Waktu itu merupakan zaman peperangan di Bosnia Herzegovina dan ramai pelarian Bosnia yang ditempatkan di sekolah aku. Jamil ketika itu baru pulang daripada England so aku anggap dia sebagai pelarian yang cuba berlagak anak tempatan. Cis.

Aku hanya mula berkawan dengan Jamil sejak tingkatan dua. Banyak kisah suka duka yang kami tempuhi bersama di zaman persekolahan. Kami menjalinkan hubungan cinta terlarang secara rahsia kerana kami memang takut untuk berbicara dengan gadis ketika itu. Satu hari, Jamil telah meminta untuk berpisah dengan aku kerana dia telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke MRSM Langkawi. "It's not me, it's you...," kata Jamil kepada aku. Walaupun telah berpisah, kami masih lagi berkawan rapat. Semasa di MRSM lah Jamil telah jatuh cinta kepada Evi setelah melihat Evi mendendangkan lagu Spice Girls - Wannabe di majlis makan malam tahunan mereka. Ok fine aku tak tahu bagaimana kisah sebenar Jamil jatuh cinta tetapi mungkin satu hari nanti aku akan dedahkan.

Jamil kini bekerja di Bank Negara sebagai personal assistant kepada Zeti. Memang big shot dia ni. Kalau korang ada masalah dengan pekerja bank yang kurang ajar ketika menolak permohonan pinjaman perumahan anda, korang boleh kata, "Awak jangan kurang ajar ya, saya baca blog ijai tau dia kenal Jamil PA Zeti ok. Dia pecat awak baru awak tau...". Jamil memang baik hati kerana dia sering membelanja kami makan tanpa mengungkit. Asyik puji Jamil je mari kita keji dia pulak. Apabila Jamil bersin, anda pasti ingat ada berlaku kemalangan di hadapan rumah anda kerana dia bersin kuat nak mapuh. Haa haa.

Maka hari ini 20/12/2009 telah berlangsungnya majlis persandingan sebelah keluarga Jamil di Dewan Serbaguna Presint 8 Putrajaya. Sudah pasti aku dan rakan-rakan Bangi yang lain akan menghadirinya dan memakai baju paling mahal kami sebagai tanda kasih kami terhadap Jamil. Ayuh kita klik Read More untuk melihat gambar perkahwinan Jamil.


Kami rakan-rakan Bangi semuanya kacak berbaju Melayu bagi menggoda makcik-makcik MILF yang hadir. Fandi je berlagak kool pakai baju orang putih sebab dia nak pegi clubbing lepas tu.


Ucapan perkahwinan kami untuk Jamil dan Evi (klik untuk besarkan). Mama aku tak dapat hadir. Sorilah Apai kau datang sedikit lambat tak dapat nak bagi kau. Anas pula baby dia kekuningan tidak dapat hadir semoga cepat sembuh.


Walaupun Abe pengapit, dia dilarang untuk makan bersama pengantin kerana orang menyangka dia bangsa lain. Sabar Abe diorang tu memang racists.


Apasal tah Ise buat muka kemuncak syahwat macam tu. Kau buat apa kat dia Liza? dan apasal kau tak ajak gadis lain datang Liza?


Wow. Kau menampal wajah kau dan Evi di coklat sebagai cenderahati di majlis perkahwinan kau. Memang sweet tetapi mengenali sikap aku, sudah pastilah aku akan membuat aksi yang tidak senonoh seperti....


What else could you expect?? Emm yeahh kau memang lazat Jamil err Evi aku bagi Liza selesaikan.


"Emmm meh cini abang cuapkan kek malam nanti Evi cuapkan abang pulak ye hik hik hik," bisik Jamil kepada Evi. Tahla aku tak faham sangat dialog orang dah kahwin ni.


Tahniah Jamil dan Evi. Kami rakan-rakan Bangi memang menyayangi anda. Aku berdoa agar korang tidak bercerai dan mendapat at least 4 orang anak dan salah seorangnya diberi nama Faizal.

Jika anda inginkan lebih banyak gambar-gambar jejaka kacak Bangi di majlis perkahwinan Jamil, sila layari laman Fesbuk saya: http://www.facebook.com/album.php?aid=144322&id=628280825&l=3956a8d34f

Wednesday, December 16, 2009

Perkara-Perkara Yang Menakutkan Aku

Terdapat pelbagai jenis ketakutan ataupun fobia di dalam dunia ini. Daripada yang umum seperti takut kepada Ju On sehinggalah yang aneh seperti takut kepada Ramli Sarip. Usah nak berlagak berani, kita sebagai manusia biasa pasti mempunyai perasaan takut di dalam diri. Syahdan daripada drama Hati Waja je tak tidak takutkan apa-apa. Hari ini aku ingin berkongsi tentang fobia-fobia yang aku alami. Mungkin anda juga ada memiliki fobia yang sama. Sila klik Read More untuk mula menyanyi lagu Fobia dendangan KRU.

1) Fear of heights (Acrophobia)

Haha aku memang takutkan ketinggian. Limit aku hanya sekadar bangunan setinggi 3 tingkat. Kalau lebih aku memang tidak boleh memandang ke bawah nanti peluh dingin pasti membasahi dahi. Daripada GSC Midvalley tengok bawah pun aku dah menggeletar. Kalau orang lain duduk bertenggek atas palang pun aku boleh seram sejuk. Naik kapal lanun dekat Sunway Lagoon yang pusing 360 darjah tu buat aku muntah-muntah di tempat kejadian. Haha dulu aku dan Adam bercadang untuk menyertai the Amazing Race Asia. Kami siap membuat storyboard untuk audition tape lagi. Namun begitu aku rasa pasukan Adam & Faizal pasti tersingkir awal kerana aku tidak mampu menamatkan Road Block untuk bungee jumping daripada Menara Maybank. Sorry Adam aku musnahkan impian kau untuk bersaing dengan Chong Sisters.

2) Fear of clowns (coulrophobia)


What the what?? Siapa yang takutkan badut? Well percayalah, statistik di Harakah Online menunjukkan lebih ramai orang yang takut dengan badut daripada orang yang takutkan Nik Aziz. Aku salah seorang daripadanya. Tapi badut yang happy macam Ronald McDonald ataupun aku tak takut. Aku takut badut yang seram sahaja. Semuanya berpunca daripada filem paling seram sepanjang zaman, It. Ala takkan korang tak pernah tengok cerita badut pembunuh kanak-kanak, It, masa sekolah rendah dahulu. Badut Slipknot pun menakutkan jugak. Ini tak termasuk hantu-hantu tradisional kalau aku duduk sorang-sorang meremang jugak bulu ari-ari aku, lebih-lebih lagi selepas Apai menceritakan pengalamannya terjumpa momok Hanis Zalikha ketika zaman dia bergayut seperti siamang dengan Mizah di pondok telefon pada malam-malam buta dahulu. Ini kisah benar, mak Apai terus bawak Apai jumpa Harun Din sebab Apai dah meracau-racau mintak Slurpee.

3) Fear of lightning (astraphobia)

Bunyi guruh yang berdentum tidak menakutkan sangat, tetapi cahaya kilat yang sabung-menyabung itu membuatkan kita secara automatik mencangkung dan menyorok di bawah selimut. Aku takut kilat walaupun ketika berada di dalam rumah kerana router aku sudah 3 kali musnah dipanah petir.

4) Fear of Red Ring of Death (RRODphobia)

Apa itu Red Ring of Death? RROD ialah keadaan di mana Xbox 360 anda sudah nazak sehingga mengeluarkan 3 cincin merah. Xbox lama aku sudah 3x kena, 3x jugalah aku membaikinya dengan RM100 sekali repair. Ingatkan aku boleh perdayakan kawan aku Faisal Habeeb untuk membeli xbox lama aku tetapi dia pandai pula berdolak dalik. Sekarang aku ada xbox yang menggunakan cip Jasper Twilight, tidak pernah kena RROD lagi. Tetapi setiap kali xbox aku mengeluarkan bunyi aneh, aku pasti akan terus ketakutan sambil merayu-rayu kepada xbox aku agar tidak mengeluarkan lampu merah. Jangan buat lawak pasal ni memang boleh bersengketa kita nanti.

5) Fear of public toilet (tahiphobia)


Perkara yang paling menakutkan apabila melawat tandas awam adalah kemungkinan terserempak dengan tahi terdampar. Cuak doo nak tolak pintu toilet. Pelbagai jenis tahi yang boleh ditinggalkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab seperti tahi lepat pisang, tahi pengebom berani mati (berselerak), tahi klasik (bulat berlingkar) serta tahi Neslo Blended. Aku juga tidak berani untuk membuang air kecil menggunakan urinal kerana tidak selesa adik aku ditenung jirang sebelah. Mana tahu dia homoseksual free-free je dia dapat tengok bahan untuk dijadikan modal untuk ceploit-ceploit.

6) Fear of death (thantophobia)


Orang yang beriman tidak takut mati. Nampak sangat Iman aku masih tipis. Semua orang akan mati, aku tahu. Tapi kita tak tahu bila kita akan mati. Apa yang aku takut ialah keadaan semasa aku mati. Adakah kita akan mati dalam Iman? Adakah kita akan mati ketika menonton pornografi? Sebagai langkah mengatasi ketakutan ini, aku cuba menggunakan fobia ini sebagai advantage aku hasil didikan Ustaz Faizal al-Kacaki. Contohya, tatkala mata sudah mengantuk gila barbie tetapi masih belum solat isya' aku tanya diri sendiri "Faizal kalau kau mati dalam tidur bagaimana? Kan dah rugi tak solat malam tadi...." Pasti aku akan insaf lalu memaksa diri untuk bangun. Ceh cakap macam kool sangat tapi biasalah kita ini manusia yang hina. Lebih hina lagi jika tak semayang subuh sebab malas mandi wajib akibat runtutan nafsu dan syahwat malam tadi.

So anda pula fobia dengan apa?

Tuesday, December 15, 2009

4 Hari Sebelum Mama Pulang

Mama aku menghantar mesej pesanan ringkas semalam:

"Salam jai. Tlg siram pokok tanduk rusa n lain2 ye"

Pokok tanduk rusa tu apa? Aku pun Bing ah image 'pokok tanduk rusa'. Keluar gambar ini:


source: kolektumbuhanberdaunshalby.blogspot.com/

Macam familiar sahaja. Aku pun bandingkanlah dengan gambar pokok yang aku ambil tempoh hari:


Demmit! Itu adalah pokok kesayangan mama. Gambar ini diambil semasa raya haji. Kalau ambil gambar sekarang memang pokok ini sudah nazak tidak mampu melakukan proses fotosintesis lagi memang takde kaler hijau langsung. Baja urine aku pun sudah tidak dapat menyelamatkannya lagi. Wait, I haven't told her the worst part yet....cemasnya. Sila klik Read More untuk berkongsi kecemasan dengan aku.

Yang ini mau aku kena tomoi dengan mama aku. Ingat tak gambar keluarga kucing miskin tetapi bahagia ini?


Well gambar di atas diambil sebelum mama pergi haji. Kini hanya tinggal satu ekor sahaja anak kucing Siam yang masih bernyawa. 4 ekor sudah dipacak nisan. Tahukah anda harga kucing siam berbaka baik boleh mencecah RM 1,000 di pasaran gelap? Aku baru sahaja melesapkan RM4,000 takkan mama aku boleh bersabar dengan aku. But to my defense, errr mak dia yang tak bagi susu. Takkan aku nak pinjam pemerah susu jiran aku dia nak guna untuk suami dia. (sebenarnya mungkin mereka mati kerana aku tak bawak pergi vaccination). Oh mama kucing kelabu dan anak kucing oren juga dah meninggal, jumlah kucing yang meninggal semua ialah 6 ekor. Baik menyerah awal-awal sebelum kantol nanti. Mungkin aku boleh salahkan akak yang menjaga kucing itu....hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.

On a positive note, mama aku pasti bangga dengan aku setelah melihat pakaian dilipat dengan rapi. Tak sia-sia dia menghantar aku ke sekolah agama Jais sebelah stesen bomba tu.


Ok sebenarnya Mak Teh aku yang datang rumah lipatkan. Mabuk alkohol apa nak suruh aku lipat baju.

Saturday, December 12, 2009

Jamil Fathi's Bachelor Party

Siapa Jamil? Jamil adalah salah seorang BFF Bangi. Jika aku merupakan seorang homoseksual, aku pasti ingin menjadikan Jamil sebagai teman hidup aku kerana Jamil merupakan seorang yang tegas dan pandai memimpin serta jarang tinggal sembahyang. Ramai gadis yang cuba memikat Jamil namun begitu seorang gadis bernama Evi Vidyana telah berjaya menundukkan Jamil dengan minyak dagu sejak zaman persekolahan lagi. Oleh kerana telah lama bercinta, maka Jamil telah jatuh dalam kategori wajib kahwin kerana dia memiliki wang, memiliki nafsu serakah yang tinggi walaupun kekurangan wajah. Malam tadi (Jumaat) merupakan malam terakhir Jamil sebagai seorang teruna kerana pada hari Ahad nanti (13/12/2009), Jamil tidak perlu lagi menggunakan tangan sendiri untuk melakukan sesuatu yang ditagihinya. Nikah malam ni tapi malam ni tak boleh buat apa2 sebab saudara-mara ramai di rumah.

Maka kami sebagai rakan-rakan dunia akhirat Jamil telah menganjurkan satu bachelor party yang tidak dapat Jamil lupakan. Parti liar dimulakan dengan bacaan surah-surah umum di rumah aku sebelum pergi solat berjemaah di surau yang berhampiran. Eh? Sesudah itu, kami pergi membaham di San Francisco Pizza di Bangi. Line up pada malam itu adalah aku, Jamil, Shuhud (Abe), Fandi, Ikram, Hisyam (Ise) dan Zul. Penari bogel yang kami tempah Amirah Rashidah tidak dapat hadir. Ayuh kita mulakan parti bujang Jamil yang penuh dengan noda ini dengan mengklik Read More.

Sambil menjamu selera, kami cuba menakut-nakutkan Jamil yang secara tiba-tiba kelihatan cemas untuk berkahwin. Dia bimbang yang dia tidak dapat menjawab soalan Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) daripada tok mudim semasa akad nikah nanti. Dia bimbang akan kemungkinan tersebut nama gadis lain ketika melafazkan akad nanti. Dia bimbang yang dia tidak dapat memberi prestasi terbaik dalam upacara persetubuhan yang dijangka berlaku pada malam Ahad or pagi Isnin nanti. Lihat sahaja gambar Jamil di bawah; sekarang pun sudah chubby inikan pula setelah mengecapi nikmat berjimak secara halal.


Dalam ramai-ramai rakan akhirat Bangi, aku jarang menulis tentang Zulkifli Ibrahim. Gambar di blog pun kurang dahla tak datang parti raya dan kenduri mama aku. Sebab dia ni memang ba ya ta cha ha (bitch, ejaan jawi). Lepas tu malam tadi boleh pula dia mengaibkan kami dengan menggunakan pick up lines yang lame gila untuk mengurat waitress San Francisco.

Nguratan pertama (ketika memesan makanan):

Zul: Hai eh saya dengar restoran ini ada buka cawangan baru, di mana ya?
Waitress: (pura-pura tak dengar sambil mengelap meja)

Nguratan kedua (ketika membayar):

Zul: Hai awak ni kerja part time ke full time. I jarangla nampak you kat sini (padahal ini baru kali kedua zul membaham di sini)
Waitress: Encik saya dah ada teman lelaki ok.

Lepas tu nak tunjuk kool hisap rokok kertas. Dahla tak datang parti raya rumah aku (ungkit lagi).


Abe telah ditugaskan untuk menjadi pengapit Jamil. Orang kata, pengapit mesti lagi buruk daripada pengantin agar tidak merampas perhatian umum daripada pengantin. Barbie itu ke yang Apai sangka semasa dia menyuruh aku menjadi pengapit. Apapun, Jamil dan Abe sudah berangkat ke Penang pagi. Majlis perkahwinan di rumah Evi akan berlangsung pada hari Ahad. No worries Jamil, kami mungkin tiada di samping kau ketika untuk untuk memberi galakan kepada kau ketika bersetubuh, tetapi kami semua pasti akan kacak berbaju melayu lengkap di majlis perkahwinan belah kau next week.


Yaa gadis-gadis, ini gambar seksi geng Bangi yang kalian nanti-nantikan. Dari kiri: Fandi, Ikram, Zul, aku, Ise, Jamil dan Abe. Bastard Ikram saja je nak buat pose ghairah camtu sengaja nak beri saingan kepada aku untuk menambah bilangan pengikut Team Ikram. Abe pulak dengan baju homoseksual dia what the what man. I wish Adam, Apai, Anas and DAZU (haha) were in that picture as well, barulah lengkap geng Bangi.

Good luck Jamil. We all lap you. Jangan rakam .3gp ok taknak aku download nanti nampak wajah kau pulak.

Visit my fesbuk page for more pictures: http://www.facebook.com/album.php?aid=142488&id=628280825&l=5fb82ad25e

Thursday, December 10, 2009

Welcome to Bandar Utama

Sudah dua minggu aku berpindah pejabat. Dahulu pejabat aku terletak di Menara Olympia di Jalan Raja Chulan. Oleh kerana syarikat aku hendak eskep daripada membayar sewa pejabat yang sudah tertangguh selama 2 bulan, maka kami pun senyap-senyap berpindah ke sebuah bangunan terbiar yang dinamakan 1 Tech Park di Bandar Utama. Sejak minggu lalu, aku kini bangun tidur pada pukul 4.45 pagi setiap hari untuk menunaikan Qiamullail dan bermekap-mekap untuk ke tempat kerja agar tidak terkandas dalam kesesakan lalu lintas. Korang pun tahu, kesesakan jalan ke Damansara boleh menyebabkan karekter korang berubah menjadi kaum kafir Quraisy maka sebab itulah aku harus bertindak awal. Jika tidak perlu mandi wajib, selalunya pukul 6 aku sudah keluar daripada rumah dan 6.38 pagi aku sudah tiba. Oleh kerana aku ni Pemegang Anugerah Pekerja Terbaik Maikrosof, maka aku diberi kebebasan untuk datang dan pulang pada bila-bila masa mengikut nafsu serakah aku, asalkan kerja siap.


Jadi seronokkah berpindah ke tempat baru ini? Ayuh kita berjalan-jalan di pejabat aku dengan mengklik Read More.

Oleh kerana tempat ini masih baru, maka tiada kemudahan seperti food court, gelanggang xbox, serta kolam renang seperti di pejabat lama. Maka jika kita kelaparan, kita perlu keluar daripada pejabat untuk pergi membaham di Centrepoint ataupun membaham di One Utama terus. Kesempatan itu digunakan oleh orang-orang di pejabat untuk membuat side income dengan menjual nasi lemak, capati dan sandwich. Memang laku walaupun hakikatnya sambal nasi lemak diorang rasa macam peluh mamak. Aku ingat aku pun nak buka perniagaan juga dengan menjual diri. Aww gelenyah uols. Eh what the whattt.


Kau lihat gambar di atas, tampak seperti restoran 3 1/2 bintang bukan? Hakikatnya itu baru pantry pejabat aku huuu kagumnya-kagumnya. Everything is new here so di level aku memang tak ada apa lagilah sebab aku baru pindah masuk. Pekerja je tiada yang baru hari-hari kena tengok gadis obese perut berlipat dalam perjalanan nak ke tempat duduk aku.


Perkara yang paling kool tentang pejabat aku adalah rooftopnya. Fuii macam taman botani UPM. Memang sungguh indah ciptaan Tuhan laut membiru nyiur melambai. Orang tak selalu datang kat sini so kalau korang nak ringan-ringan memang di sinilah tempatnya. Tapi anda harus ingat walaupun orang tak nampak tetapi Tuhan nampak (usrah sambilan).


Aku rasa kewujudan pokok Dildoles Pakme ini harus dihapuskan kerana boleh disalahgunakan sebagai alat bantuan seksual.


Tak tergamak aku hendak pamerkan gambar ini sebenarnya tetapi aku pamerkan jua agar dapat memberi pengajaran kepada kita semua. Kita tidak mahu kes-kes sebegini berlaku di tempat kerja. Gambar ihsan Kosmo.


Agar sukar sebenarnya untuk ke sini dengan menaiki kenderaan awam kerana jadual basnya tidak menentu. Namun kalau naik kenderaan sendiri mudah sahaja lompat daripada rooftop terus sampai highway. Highway to hell. Membunuh diri adalah dosa besar (lari tajuk).

Jadi seronokkah bekerja di sini? Tidak tahu. Kerana ramai kawan-kawan kategori rapat dan bertaraf homoseksual yang telah pergi meninggalkan syarikat ini seperti Syed Muhammad Muaz, Faisal Habeeb, Irsyadudin Ismail, Andrew Chan, Adam Phong, Zahrul Idzwan, Shadatul Shima, Calvin Loi....Sure, it pays well. Tetapi sampai bila aku hendak menyelesaikan masalah orang yang tidak tahu untuk menginstall Windows Update? Tak mengapa, impian aku satu hari nanti; aku mengharapkan ada modeling agency yang stumble upon my blog dan berkata "Inilah jejaka yang kita cari-cari selama ini...."

Tuesday, December 8, 2009

Happy Birthday Ayra!

Siapa Ayra? Nama macam pelakon Ringgit Kasorrga sahaja. Ayra ataupun nama penuhnya Sharifah Ayra Adelia binti Syed Muhammad Muaz bin Syed Abdullah merupakan anak kepada teman lelaki aku, sekaligus menjadikan kami keluarga. Tambahan pula Ayra merupakan orang Bangi yang sejati kerana dilahirkan di Hospital An-Nur Bangi. Aku berada di sisi Ayra sejak lahir lagi. Akulah yang membelikan nasi lemak buat Nurul Iza yang kelaparan selepas melahirkan Ayra (ungkit). Akulah juga yang mengajar Muaz bagaimana hendak menukarkan lampin kerana dia memang hopeless. Maka apabila Ayra genap setahun, sudah pastilah aku akan menghadirkan diri ke parti liarnya kerana aku merupakan pakcik angkat kegemarannya. Terima kasih Muaz and Iza for the invite.

Parti hari jadi Ayra diadakan pada 6/12/2009 di Megakidz Midvalley. Terima kasih Megakidz! (penaja paksa tulis). Sesudah selesai menonton filem Love Happens di pawagam (2 bintang, review ringkas), aku dan da' Killa bergeraklah ke lokasi parti. Huii masa lalu depan Celebrity Fitness tu Jackie Chan ada siott. Seriyes tak tipu. Tahu tak Jackie Chan pakai antivirus Kaspersky original macam aku? Anyway parti bermula pada pukul 4 petang. Huii jangan main-main ramai selebriti blogger yang turut hadir seperti Redmummra dan Beautifulnara. Eh? Aku pun rimas jugak bila gadis-gadis terjerit-jerit nama aku "OMGGGG ITU IJAICOOL.BLOGSPOT OMGGGGGG WHAT THE WHATTTTTT!!" sambil meminta tandatangan di perut. (fantasi selebriti aku).


Sila klik Read More untuk berparti bersama-sama.


Mahal gila spek mata aku beli khas untuk parti ini. Muaz makan shake aneh herbalife tapi dalam gambar di atas dia masih perlu mengempiskan perut.


"Bila nak start membaham ni aku dah kelaparannnn..." bisik Ayra di dalam hati sambil membaham kerusi sebagai tanda protes.


Aku mengajar Ayra bagaimana hendak membuat pis. Anas bila bini kau nak beranak kami menanti ahli keluarga Bangi yang baru.


Warrrrghhhh Ayra dengan gaya terkaman Raja Rimbanya. Perasan tak ada Barney cetak rompak kat sebelah tu hee hee.


da'Killa berjaya memenangi anugerah Best Dressed untuk petang itu. Tahniah! Tahniah!

To Ayra: Happy Birthday from all of us! Be a good girl and don't melawan cakap mama ok. I am sure that your daddy will show you this entry when you're old enough to read this blog. But don't show her entry pasal Sally, please.

Please visit my fesbuk page for more pictures: http://www.facebook.com/album.php?aid=141808&id=628280825&l=6651bf52f1

Monday, December 7, 2009

Jika Aku Pengurus England

Untuk pengetahuan korang, second nationality aku adalah England. Bak kata Apai, "Kalau kita tidak merdeka tempoh hari mesti kita sudah jadi orang England..." Maka tidak hairanlah jika kami sanggup berjihad demi Ratu Elizabeth dan memberi sokongan membabi buta terhadap pasukan bola sepak England.

Jika Uncle Fabio tiba-tiba diserang kencing manis dan kakinya terpaksa dipotong, aku rasa aku layak menggantinya sebagai pengurus pasukan England. Tidak perlu aku gembar-gemburkan tentang kehandalan aku bermain FM (save sebelum match) mahupun bermain fantasy football kerana aku memang seorang pundit yang handal. Permulaan yang teruk di awal musim langsung tidak memberi apa-apa kesan dalam usaha aku untuk menjuarai Liga Super Fantasy untuk tahun ke-3 berturut-turut. Mula-mula Abe terdiam melihat dirinya dipancung, kemudian minggu lepas Apai pula terpaksa akur dengan kegagahan pasukan aku dan minggu hadapan aku akan merampas takhta Liga Super daripada kau Dazrul.

Tujuan entri ini bukanlah untuk aku riak semata-mata. Sepertimana yang kita telah tahu, England telah diundi bersama Amerika Syarikat, Algeria dan Slovenia dalam kumpulan C untuk Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Sila klik Read More untuk mengetahui barisan kesebelasan utama yang akan aku call up jika aku merupakan Pengurus England.

Aku akan menggunakan formasi tradisional 4-4-2.

Penjaga Gol: David 'Calamity' James

Ulasan: Aku akui, posisi penjaga gol merupakan kelemahan England yang paling ketara. David James memang terkenal dengan kesilapan-kesilapan yang sering mengaibkan diri dan pasukannya, tetapi former Spice Boys ini memiliki pengalaman luas dan jika beliau tidak membuat perangai, beliau memang setaraf Khairul Azman Mohamed, bekas penjaga gol terbaik Asia. Besides, siapa lagi yang boleh main? Paul Robinson tidak seperti dahulu lagi. Ben Foster? Usah berjenaka.

Bek kanan: Glen Johnson

Ulasan: Adik Glen merupakan fullback kanan terbaik England. Beliau sudah menunjukkan kematangan dalam permainannya, sentiasa membuat larian amal dari kawasan sendiri menggelecek sedas dua pemain sebelum membuat hantaran lintang yang menghasilkan gol. Gary Neville kau boleh pergi mati tak mungkin aku akan call up kau si tua kutuk.

Bek kiri: Ashley Cole
Ulasan: Posisi ini memang Ashley yang punya. Wayne Bridge hanya berpeluang menambah caps Englandnya jika Ashley bergaduh dengan bini lalu mempengaruhi prestasi di padang.

Bek tengah: John Terry
Ulasan: Abang Terry memiliki strength yang tinggi, pasti menang bola di udara. Kepalanya memang menjadi aset dalam set piece untuk menghasilkan jaringan secara tanduk terbang ala ala Alan Shearer. Leadership juga memang tinggi namun begitu kau tidak akan jadi kapten dalam pasukan aku Terry.

Bek tengah: Jamie Carragher
Ulasan: Yaa aku tahu. Jamie Carragher sudah bersara daripada menyarung jersey England setelah merajuk setelah Wes Brown diberi keutamaan untuk bermain di pertahanan tengah. Aku akan memujuk Abang Carra untuk kembali bermain di Piala Dunia dengan memberi jaminan yang aku tidak akan mengcall up Wes Brownies sampai bila-bila. Rio Ferdinand kau boleh pergi minum arak depan TV sebab aku takkan call up kau jugak. Bukan sebab kau Man U tetapi kau memang off form lebih-lebih lagi setelah kau diperanjingkan oleh Abang Torres tempoh hari.

Sayap kanan: Aaron Lennon

Ulasan: Jika Theo Walcott fit, mungkin aku akan memilihnya. Namun begitu Aaron is on a fine form right now. We definitely need pace rather than precision. Ya mungkin Beckham boleh membuat hantaran lintang sambil menutup mata, tapi itu jelah yang Beckham tahu. Kenyit mata untuk buat lawan ghairah, lepas tu cross. Ahh aku takkan call up Beckham pun kerana aku benci dia baik aku call Steve McManaman; pemain sayap kanan paling hebat sepanjang zaman.

Sayap kiri: Joe Cole
Ulasan: Ini adalah satu lagi posisi 'lubuk' England. Sapo nak main dokek kiri? Downing asyik cedera. Ashley Young belum terbukti keberkesanannya di peringkat antarabangsa. So Joe Cole, provided that he stays fit, is our best hope. Gareth Barry merupakan backup walaupun dia mungkin dah lupa macamana nak main kiri sebab sudah sebati dengan posisi central midfielder.

Pemain tengah: Steven Gerrard

Ulasan: Steven Gerrard will singlehandedly send England to the Final. He is a great leader, that's why he has been reinstated as the captain in my squad. He can play anywhere across the midfield. He can link up attack dan defend at the same time. He is a tough tackler, has brilliant vision and you can expect a one-two defence splitting pass before throwing a thunderbolt from 25 yards to break the net. Gila bias aku ni.

Pemain tengah: Frank Lampard

Ulasan: Orang kata kombinasi Frankie-Stevie sukar membuahkan hasil kerana mereka memiliki corak permainan yang hampir sama, cuma Lampard tak hensem sangat. But still, Lampard is a great playmaker and a good set piece taker. Like Abang Gerrard, he could shoot from distance as well.

Support Striker: Wayne Rooney

Ulasan: Si gemuk ini akan menjadi wakil tunggal pemain Man U dalam kesebelasan utama. Bodoh gila letak anak nama Kai. Kot ye pun bagila nama Khairudin ke Khai Af ke takpun letak jadi SuckKhai terus. Rooney boleh menggunakan strengh dan physicalnya untuk menakutkan pihak lawan. Namun tempernya harus dikawal teruramanya apabila pihak lawan mencetuskan provokasi bagi mengelakkan dirinya dibuang padang

Target Man: Peter Crouch.
Ulasan: Jika banyak sangat orang hitam dalam pasukan nanti boleh menimbulkan rusuhan, so aku akan memilih Peter Crouch berbanding Emile Heskey. Kamon dia bukan main pun kat Villa, dan rekod jaringan antarabangsanya memang buruk sekali. Abang Crouch boleh menggunakan ketinggiannya untuk membuka ruang kepada Rooney dan Abang Gerrard untuk meluru daripada midfield. Kalau bola tinggi Crouch lipat takraw terus.

So dengan line up di atas, aku yakin kali ini merupakan giliran England untuk memenangi Piala Dunia. So suck my balls US (Adam) dan Argentina (Abe). HO UNTUK ENGLAND!

Sunday, December 6, 2009

Team Ijaicool


Aku tidak tahu mengapa aku boleh membazirkan masa membuat entri gay sebegini. Mungkin kerana aku terasa tergugat dengan peningkatan bilangan stalker-stalker Team Ikram. Mungkin sebab aku berasa tertekan dengan hakikat sebenar yang aku hanya ada one pack....(klik Read More).

Semoga imej tersebut akan merasuk kalian di dalam mimpi basah masing-masing. Tensen doo esok hari Isnin. Untuk mehilangkan tekanan, sila jawab soalan teka-teki berdasarkan gambar di atas:

1) Apakah maksud tatu yang terdapat di badan kami?

2) Wajah Dazu dalam gambar di atas mirip siapa? (klu: popular dalam surat khabar minggu lepas)

3) Apakah yang sedang difikirkan oleh Apai ketika memandang Dazu?

4) Adakah Adam merupakan seorang yang suka memakai boxer ataupun seluar dalam?

Jawapan yang tepat akan memenangi RM10 daripada aku. Seriyes tak tipu. Tapi tak mungkin korang akan dapat meneka dengan betul.

Saturday, December 5, 2009

Geng-Geng Popular di Sekolah Menengah

Aku memang warga Bangi yang sejati. Aku bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3 (SMKJ3) Bandar Baru Bangi. Yaa nama sekolah aku diambil sempena nama jalan. Alah usah persoalkan, sekolah korang ada yang guna nama binatang lagi aneh macam Sekolah Menengah Kebangsaan Landak Laut, Taiping. Anyway, tempoh hari kita sudah mengenali geng-geng yang popular di matrikulasi, ayuh kita imbas kembali geng-geng yang terdapat di sekolah menengah dahulu. Geng-geng ini mungkin ada di sekolah menengah anda juga. Sila klik Read More untuk mula mengumpat.

Geng Jambu

Geng Jambu adalah para pengawas yang sering mendampingi guru disiplin setiap saat dan waktu. Selalunya mereka ini berjawatan tinggi kerana mereka pandai mengungkapkan kata-kata manis dan pandai menjilat rekahan punggung guru disiplin. Mereka mungkin berkawan dengan anda tetapi jika anda tidak berhati-hati anda akan ditusuk dari belakang umpama Ian Young menusuk Mohammed Fazdil @ Fatine di malam perkahwinan mereka. Ini dibuktikan apabila jawatan kawan aku Mohd Naufal sebagai Naib Ketua Pengawas telah dirampas tanpa belas kasihan. Budak lelaki yang Naufal minat pun dia rampas jugak bastard betul. Tapi Naufal dah kahwin sekarang (dengan perempuan) Tahniah Naufal! But the ultimate jambu adalah jambu kepada Puan Guru Besar sendiri. Guru Besar aku ajar subjek sejarah kat kelas aku. Sumpah dia ni tidak memilih rupa dan pilih warna kulit. Asyik2 sebut nama S**hud je. Pastu selalu panggil S**hud ke pejabat dia bila balik je mesti rambut S**hud tak keruan dan baju dia kusut masai. Patutlah S**hud sering mendapat markah tinggi dalam peperiksaan sejarah...

Geng Tak Selera Makan

Jangan salah faham, geng ini bukan golongan yang kurus kerempeng yang tidak cukup gizi seimbang. Geng ini digelar Geng Tak Selera Makan kerana wajah mereka boleh menyebabkan kita terus tak lalu nak makan di kantin dan dalam kes yang lebih teruk boleh menyebabkan kita muntah-muntah di tempat kejadian. Mana taknya, muka macam kena parang sana sini, dengan keselekehan mereka, rambut pulak dijangkiti kutu, ada kesan jahitan di tangan dan gigi umpama jerung. eh? Dari zaman sekolah kita sudah dapat mengagak yang mereka bakal menjadi Mat Rempit. Kalau masa perhimpunan mereka selalu kena tangkap dengan pengawas sebab tak pakai nametag, rambut ada ekor serta terlupa yang mereka menyimpan rokok di belakang telinga.

Geng Kelas Arab

Budak kelas Arab semuanya lame, kecuali Mizah and a few other guys/girls. Mereka ingat mereka gagah sebab pandai cakap Arab, Aku pun pandai wahidun isnani salasatun haa kagum tak? Mereka tidak bersosial dengan budak kelas lain. Kat sekolah memang diorang dah macam makcik chubby lepas keluar sekolah memang patut dimasukkan ke dalam peraduan The Biggest Loser Asia. Cikgu-cikgu semuanya PMS apabila masuk ke kelas aku sebab kami berperangai iblyss tapi mereka gembira sahaja apabila masuk ke kelas budak Arab kerana di wajah mereka terpancut cahaya keimanan walaupun ada yang tak hafal rukun Iman apatah lagi rukun khutbah. Mereka ini berpotensi menjadi Geng Wali dan seterusnya naik pangkat menjadi Geng Jemaah Islamiah.

Geng Ahli Sukan

Aku yakin di sekolah korang pasti ada at least seorang multi talented sportsman begini. Apabila ada aktiviti sukan, mereka hanya akan berkawan dengan sesama ahli sukan lain sahaja. Jantan lemah sukan seperti kita tidak akan dipandang lagi. Huiii dia ni memang the best of the best ah. Memang olahragawan sekolah. Semua acara sukan dia handal. Bolasepak? Dialah penjaga gol dialah target man dialah kapten. Dia mencalonkan dirinya sendiri sebagai ketua rumah Merah. Lompat jauh? Tiada masalah. Lompat tinggi? Macam main teng teng gajah je. Merentas desa? Dia lari macam lumba 100m. Apa lagi? Bakat berlakon pun ada. Yelah di saat-saat kekalahan sudah terbayang di hadapan mata dalam acara lumba lari 200m, anda boleh buat-buat jatuh dan tercedera takdelah malu sangat kalah lumba lari.

Geng Sinar Harapan

Geng sinar harapan adalah pelajar-pelajar yang disayangi guru-guru tetapi dibenci oleh pelajar-pelajar lain. Di sekolah aku ada seorang budak yang bajet genius yang sering mencipta gajet-gajet yang bajet kool seperti kapal terbang kawalan jauh, mesin tebu, permainan tetris serta robot penangkap tupai. Ada satu hari tu, satu sekolah disuruh turun ke padang untuk menyaksikan demonstrasi kapal terbang kawalan jauh dia. Satu hari tak payah belajar. WHOAAAAA KOOOL SIOTT KAPAL TERBANG KAUUU. Yang membuat aku hangin apabila kami terserempak dengan dia baru-baru ini, dia boleh pulak kata camni kat aku, "Err ni siapa haa lupa pulak nama." WHAT THE WHATTT terus aku Tombstone Piledriver mamat tu dalam hati.

Geng Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Aku tidak tahu apa sebenarnya fungsi PRS ini. Mereka bukan pelajar normal kerana mereka ada uniform sendiri berwarna pink. Apa yang aku faham, kita harus pergi berjumpa dengan mereka sekiranya kita ditimpa masalah seperti masalah cinta, masalah matematik moden ataupun masalah ereksi. Tetapi layakkah mereka sebenarnya untuk membimbing kita? Mereka pun sama je sebenarnya tak solat subuh serta membuka tudung sebaik sahaja keluar daripada pagar sekolah. Lepas tu disyaki mencabul kehormatan rakan sebaya pulak tu (fakta yang tidak berapa pasti).

Geng Hangin

Di sekolah dahulu pasti ada certain-certain karekter yang membuat anda menyirap bukan? Kita hanya berbaik dengan mereka hanya apabila memerlukan sesuatu daripada mereka. Geng Hangin terbentuk apabila individual-individual ini dikategorikan sebagai satu kumpulan yang menghanginkan. Ini adalah senarai karekter Geng Hangin di sekolah aku:

1) Hangin Pakar IT - gaya pertuturan dia penuh dengan nada riak. Dia memang handal komputer dan selalu memperlekehkan kami yang ketika itu hanya tahu main MIRC. Lepas tu memang tanpa bertanding jawatan Ketua Kadet Bomba sebab disayangi seorang guru sebelum Mohd Naufal membalas dendam dan merampas jawatan dia.

2) Hangin Seluar Lusuh - dia ni bajet dia digilai gadis. Satu hari dia cakap kat Apai, "aku tak tahulah...ada 3 orang perempuan minat dekat aku so tak tahu nak pilih mana satu...". Memang muntah nanah Apai ketika itu. Seluar sekolah dia memang lusuh tahap Kurt Cobain, rambut pulak belah tengah tutup mata.

3) Hangin Aneh - dia ini memang aneh. Gaya pertuturan dan tingkah lakunya memang bukan seperti manusia normal. Dia buat lawak pun membuat aku nak tumbuk sahaja perut dia bertalu-talu. Sumpah tak kelakar.

4) Hangin Bajet Genius dan Hangin Ahli Sukan sudah dijelaskan di atas.

Sekian sahaja segmen imbas kembali di zaman sekolah aku. Kalian pula bagaimana? Jika ada geng-geng yang korang ingin umpat bersama, ayuhlah kita kongsi bersama-sama. Dan jika korang terasa yang aku sedang mendescribe diri korang dalam repekan aku di atas, percayalah, itu bukan korang. Orang lain tu. Hee hee.

Wednesday, December 2, 2009

Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 4

Anda teruja apabila membeli-belah? Anda ada lebih daripada 12 pasang kasut? Anda didatangi darah haid setiap bulan? Jika anda menjawab 'Ya!' untuk soalan-soalan tersebut, maka sudah tidak syak lagi, anda ini memang seorang gadis. Jika anda seorang gadis, maka anda diwajibkan untuk menjawab soalan-soalan yang sering bermain di minda kami jejaka-jejaka hopeless.

1) PMS itu hanya kepercayaan karut yang direka oleh kaum wanita untuk mengambil kesempatan terhadap kaum lelaki. Apa komen anda?

2) Bagaimanakah jejaka pilihan korang; yang matang dan macho seperti Johnny Depp ataupun yang berdada ketak dan babyfaced seperty Zac Efron?

3) Jika suami/teman lelaki anda memberi RM100, bagaimanakah anda akan membelanjakan wang itu sebagai seorang wanita shopaholic?

4) Team Jacob ke Team Edward? Ataupun Team ijaicool?

Ada lagi. Sila klik Read More untuk soalan-soalan seterusnya.

5) Di manakah keseksian seorang lelaki bagi gadis-gadis? Faizal ni contoh kategori seksi ke?

6) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan keputihan berlaku?

7) Kami tidak mengeluh apabila menemani anda bershopping, tetapi mengapa anda membuat muka apabila kami ingin menonton perlawanan bolesepak?

8) Ujian masakan: tanpa menggunakan google ataupun enjin carian lain, sila nyatakan bagaimana hendak masak lauk ayam masak lemak.

Terima kasih di atas jawapan anda. Teman lelaki/suami/sugar daddy anda pasti akan menjadi lebih sweet selepas ini. Muaz kau jangan jadi arbok pergi jawab soalan2 ni ok.

Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 1
Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 2
Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 3

Tuesday, December 1, 2009

What's In The Bag?

Gadis-gadis suka sangat buat posting begini. Eleh, tidak hairan, hari ini kita akan melihat pula apa yang ada di dalam beg seorang lelaki. Kandungan dalam beg lelaki rata-ratanya tidak berbeza kerana semua lelaki sama sahaja tak guna. Kalau ada yang bajet jejaka fashionistas ataupun dalam kata lain jejaka dayus; mungkin kandungan beg mereka berbeza kerana berisi sapu tangan dan pelembab muka. What the what??


Ayuh kita lihat benda-benda tipikal yang ada dalam beg lelaki normal seperti aku dengan mengklik Read More.

1) Beg Kompeni.

Sebelum bercerita tentang apa kandungan beg kami, mari kita mengenali jenis-jenis beg yang kami gunakan. Kami lelaki tidak perlukan beg kulit buaya yang mahal. Selalunya beg yang kami gunakan adalah beg percuma yang diberi oleh majikan ataupun beg yang dimenangi dalam cabutan bertuah. Tidak mungkin kami akan mengeluarkan wang untuk membeli beg. Beg yang kami gunakan memang tahan lasak dan boleh digunakan dalam pelbagai upacara. Nak buat main futsal boleh, nak buat aksesori clubbing boleh, nak dijadikan tempat mengisi sampah sementara pun boleh.

2) External Hard Disk


Huiii ini memang penting. Zaman sekarang ni semuanya berlandaskan teknologi maklumat. Tapi hakikatnya cakera keras luaran ini hanya digunakan untuk mengisi siri televisyen yang dimuat turun secara makruh di pejabat mahupun berkongsi pornografi bersama rakan-rakan.

3) Wireless Controller Xbox 360

Huii ini pun penting juga. Kalau bertandang ke rumah kawan ataupun saudara mara, elok dibawa kontroller sendiri agar kita dapat menyertai permainan multiplayer Call of Duty yang sedang berlangsung ataupun membelasah Dazu dengan membuat alley oop dalam permainan NBA 2k10 nanti.

4) Drum Stick

Zaman sekarang ni orang kata zaman Indie. Kita yang dah tua ni perlu mengikuti perkembangan semasa agar tidak ditubuh lapuk dan bapuk oleh remaja-remaja zaman sekarang. Tak tahu main pun tak mengapa, kita hanya mahu bergaya. Akan tetaapi pastikan kayu dram itu terjuluq daripada beg agar semasa kita jalan-jalan di Midvalley, remaja zaman sekarang akan menegur "wauuu abangg ni rokstar yeee awwww kool la abangggg" Cukup sekadang kalian membalas senyuman pendek, kemudian teruskan perjalanan sambil menggalas beg berisi kayu dram ke bahu. Memang gaya rokstar ah.

5) Minyak Cap Kapak

Minyak ini memang banyak kegunaannya. Semua lelaki memiliki minyak ini di dalam beg mereka tak percaya sila cek. Pendek kata apa jua masalah boleh diselesaikan dengan minyak ini? Pening? Letak sahaja minyak cap kapak. Kena santau? Letak sahaja minyak cap kapak? Kegersangan di US kerana isteri berada di UK? Gosokkan sahaja dengan minyak cap kapak. Ouch.

6) Cakera padat Miley Cyrus


Mana ada lelaki yang tak minat Miley Cyrus. Tanya sahaja setiap jejaka yang anda jumpa; Adakah anda minat Miley Cyrus? Jika mereka menjawab 'NO!' sambil marah-marah, itu tandanya mereka peminat fanatik. CD ini penting agar aku dapat memandu ke pejabat tanpa rasa mengantuk. Yelah pagi-pagi buta sudah keluar rumah aku perlukan rangsangan Miley. Not that rangsangan you pervert dont you ever say that to my Miley! (gaya seorang peminat fanatik) Ohoh wake up americaaaaa tomorrow becomes a neww dayyyyy....(menyanyi nih).

7) Capo

Tidak, ini bukan alat kontrasepsi ataupun apit G. Capo (sebut kapur je senang), memang harus ada di dalam beg seorang lelaki kerana hanya dengan bantuan capo kita dapat mencari key Kris Allen dalam nyanyian kita. Yelah hidup ini memang penuh dengan kejutan; mana tahu satu hari orang datang kat aku pastu cakap "haa kalau cik nak menang sejuta ringgit, sila main dan nyanyikan lagu Kris Allen dengan key yang betul" You see, memang smart thinker aku ni.

8) Buku Panduan Solat


Walaupun Ustaz Faizal al Kacaki tu kenalan aku dan sering membimbing aku ke jalan yang benar dan lurus, aku sebagai manusia biasa punyai kelemahan dan kekurangan walaupun kekacakan. Normal lah tu jika kita kadang-kadang terlupa doa Qunut. Eleh subuh tak sembahyang memangla tak baca doa qunut. Dengan adanya buku ini, kita dapat mempraktis doa-doa harian yang boleh dijadikan pendinding daripada penangan nasi kangkang musuh kita.

10) Boxer tambahan

Yaaa. Memang vital sekali boxer tambahan ini. Kita selalu curi-curi tidur di pejabat. Bagaimana jika semasa kita mencuri-curi tidur kita didatangi mimpi basah sehingga inzal? Haa kan dah tak selesa dan melekit-lekit. Itulah gunanya boxer tambahan.

Sekian sahaja entri ilmiah aku untuk kali ini. Semoga para pembaca kini dapat memahami kaum lelaki dengan lebih mendalam. So anyway, what's in your bag?

ps3: haa haa baru aku perasan aku tertinggal no 9. malas aku nak edit. memang dasar lelaki tak guna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...