Monday, January 4, 2010

Anda Mungkin Bukan Gadis Sejati Jika...

Ya semalam kita sudah mengenali serta mengeji ciri-ciri jejaka sotong, hari ini kita akan mengenali ciri-ciri gadis yang tidak mematuhi kriteria gadis sejati. Walaupun anda mungkin bukan seorang gadis yang sejati, itu tidak bermakna yang anda ini lesbian ataupun pengkid. Ini bukan entri feminism, apa yang ditulis ini adalah pandangan stereotype serta expectation kaum lelaki terhadap wanita. Jangan salah faham, tiada masalah jika anda bukan gadis sejati. Kami jejaka sebenarnya akan menerima anda seadanya. Percayalah. Kasih kami lama tersulam di ruang paling dalam terlalu jauh tak terselam. Wahh. Berikut adalah perkara-perkara yang anda lakukan yang mungkin mengurangkan kredibiliti anda sebagai seorang gadis melayu terakhir.

1) Jahil dalam aktiviti memasak. Ini perkara yang paling utama. Jika anda didatangi haid setiap bulan walaupun tidak betul kitarannya atau dalam kata lainnya anda ini memang seorang wanita, maka skil memasak wajib ada di dalam diri. Kami jejaka-jejaka ingin makan di rumah. Sekali lagi saya tekankan, membuat penkek ataupun roti telur bukan memasak ok. Paling koman pun boleh buat ikan bilis goreng berlada.

2) Merokok. Langsung hilang tanda kegadisan jika anda merokok. Kalau nak merokok sangat tunggu lepas kahwin. Hik hik hik. Eh apa ni kalian dah salah faham. Maksud saya nanti boleh suruh suami belikan rokok elektronik Smoker Haven.

3) Memancing. Adoi buat apa anda bazirkan masa 2-3 jam bertenggek di kolam air masin Ah Seng walhal suami anda kelaparan dan kegersangan di rumah.

4) Anda kenal siapa Charles Nzogbia.

5) Anda tidak kenal siapa Cristiano Ronaldo.

6) Anda tidak berasa hendak memaki hamun teman lelaki anda ketika anda didatangi haid. Memang bukan sikap gadis yang sebenar tu. PMS ialah lesen untuk korang gadis-gadis emo. Kami faham, maka silalah ambil kesempatan. Tapi janganlah pura-pura PMS sebab nak memarahi kami.

7) Kaki anda berbulu lebat sehingga berkerinting. Bawak-bawakla trim ni tergesel dengan kaki suami anda kang mesti terbelit.

Ada lagi. Sila klik Read More untuk mengetahui adakah anda ini gadis yang betul-betul gadis.

8) Semasa di sekolah menengah, kawan-kawan anda semuanya menyertai Kemahiran Hidup Ekonomi Rumah Tangga belajar menjahit, memasak dan mengumpat, tetapi anda menyertai budak-budak lelaki menggergaji kayu untuk dibuat rak kasut.

9) Gadis yang sejati pasti meminati kugiran yang disertai jejaka berwajah comel. Zaman 90an mereka tergila-gilakan Hanson dan the Moffats zaman sekarang mereka sukakan Jonas Brothers. Gadis yang sejati tidak sepatutnya menggilai Sepultura.

10) Anda TIDAK mengalir air mata ketika scene super sedih Bruce Willis bercakap dengan anak dia dalam skrin dalam filem Armageddon. Korang bukan gadis, no, korang bukan manusia kalau korang tidak mengalir air mata menonton scene ini.

11) Anda tidak tahu koreografi lagu Spice Girls 'Stop'. Kamon, aku pun tahu.

12) Anda tiada diari rahsia. Ataupun blog yang diprivate yang penuh dengan emosi dan drama, Kamon semua gadis ada diari tulis pasal budak lelaki yang senyum dekat dia kan? Kan?

13) Anda masih bertenang walaupun berat badan sudah mencecah 52 kg. Gadis yang sejati sepatutnya sudah freak out dengan memakai bengkung serta mengambil minuman Herbalife. Btw apa limit berat badan gadis sebelum dikategorikan sebagai bahaya?

14) Anda memilih untuk menghadiri sesi usrah yang hanya tahu cakap pasal bercinta selepas kahwin daripada menghadiri sesi membeli belah di jualan murah di Parkson Grand.

15) Anda boleh membawa kenderaan manual dan membuat side parking dengan sempurna. Wee hee hee.

16) Anda memilih untuk membaca blog berunsur hasutan seperti ijaicool daripada blog berunsur fesyen dan penjagaan kulit The Pink Stilettos. Abnormal kalian ini.

Haha peace uols.

p/s: soalan-soalan anda akan dijawab dalam masa beberapa hari lagi, bawa bersabar ya.



19 comments:

enuLwanie said...

ni yg saya lagi nak bangkang!!

harap dpt bwa isu ni ketengah!
merujuk pd soalan :

6) kenapa sy x penah emo wktu dtg bulan? adakah sy xpenah dtg bulan?

7)tegas di sini, hukumnya haram apabila anda trim bulu selain bulu ketiak dan bulu ari2! klu ada bulu kaki, itu hanya normal berdasarkan hormon anda yg agak x stabil.

9) sy xminat artis2 comel.sy minat artis otai rock kapak.hahahaha

11)lagu spice girl yg sy tau hanya viva forever.

12)perlu ke semua gadis ada diari.
(melainkan blog).klu sy suka kt seseorang, ia akan stop cmtu je.just suka!

hahahaha...
*adakah sy perempuan sejati?
(sejati..itu yg kau ucapkan!)

Anonymous said...

meh saya nak jawab:
1.saya reti masak lah jgk..betul2..so saya pass no1.yes!
2.saya tak merokok and taknak my man merokok gak.
3.saya tak suka memancing.panas nanti hitam.tp kalau laki saya suruh terpaksa lah pakai spf juta2 dan bwk payung.ye sya perempuan sejati.haha.
4.charles ape?
5.dia yg kacak tuh ke.oh saya kenal kot.
6.ye saya mmg marah bf saya kalau pms tp tak menggunakan situasi pms sebagai alasan.saya pandai kawal pms saya.haha.
7.perempuan ada bulu kaki sikit tp taklah belit2 macam lelaki and haram ke cukur?entah.
8.saya tak buat rak kasut saya jahit apron tp kena bertukang gak ape and pateri ape tah dulu.
9.ewwww saya tak suka jonas brothers.saya rasa mereka menjengkelkan dgn suara merengek tuh.geli lah.saya suka moffats lah tp dulu.
10.saya nangis scene itu dan scene sedih2 lain lah.binatang mati saya ngs juga.
11.saya taw lagu stop spice girls.minat dulu2 and siap menari2 lagi.
12.saya ada diari dan saya juga ada blog.
13.berat saya masih 40 an dan maybe saya akan freak out kalau dia mencecah angka 50.
14.saya nk attend both event boleyh.haha
15.sya masih nak cuba drive tanpa menakutkan rakan2 lain di jalan raya.
16.saya baca semua blog yg menarik di hati sanubari.

anon geli dgn jonas brothers.

ina said...

13) limit berat badan gadis dalam kategori bahaya ialah 56kg..dan tingginya around 156cm lebih kurang..itu adalah limit~ 52kg expectation tinggi sangat lah.


16) i read both. hehee~

et said...

1. ku mmg si jahil memasak..takat air lepas r..

5. ku tau je sape cristiano ronaldo..xla kenal mn pon..adei..

6. x mengamok pon..tipoo~

9. errr..ku minat LP..SOAD pon ku layan..sape the moffats?

11. xtahu pon lagu stop tu!

12. xde jugak blog mcm tu..gedik ouh kalu gtu..

13. hak3..xkesah pon berat2 neh..biar laa..

15. weh..aku bwk manual dow..parking pon lepas..cesh~ memandang rendah kredibiliti wanita sggh!

ikh3..*geleng2*

attiesya said...

malas la nk jwb satu2.. tp sumer adala ciri2 wanita sejati kot.. yg paling best, no. 15.. mmbr ckp cekap mcm lelaki (mmbr lelaki yg tumpang).. hehehe.. cuma satu jela.. bila bertembung ngan org yg bawak slow semacam, dgn otomatik ckp, ni mesti pompuan nih.. lem betul.. hehehe..

* tetiba rasa ganas la pulak.. mcm lelaki.. adehh.. kena ubah nih..

Anonymous said...

Jangankan Nzogbia, Wigan pun diaorg tak tau...in fact ader yg suka M.U tapi tak kenal ole gunnar solskjaer pun ada.

jai, van der vaart jadi ker masuk? nistelrooy tak jadi katanya...ada rafa text kau tak?



-kusha-
the kop

Maisarah Shariff said...

ko rasa tercabar eh perempuan memandu kereta manual dan perfect side parking? hehhh. perempuan anak ayah biasanye terer manual, ajak race pn tadehallah. *nada bongkak*

finaz said...

1) i tau masak sikit2.. masak lemak ke kari ke asam pedas ke tu xtaula.. tp ikan goreng, telur masak kicap.. sayur goreng i pandai.

2)i hate smokers. period.

3) i suka gak memancing. tp xdela tahap kronik sgt sampai mcmtu kannn

4) tak kenal

5) tak kenal

6) kalau cari pasal, time bukan pms pun nescaya i akan menaga jugak

7) kaki i takde bulu. smooth yeww.. ni mmg natural ok xde shave ke veet ke

8) i amik sains rumahtangga tp bab projek menjahit i anta kat tailor.. hihi

9) err.. sume i xminat. i minat anuar zain !!!

10) i xingtla i nangis atau tak. tp i nangis lepas tgk 500 days of summer punya ending.

11) i xtau for spice girls tp i tau for wondergirls.. i want nobody nobody but u !!

12) hahahaha... saya ada blog rahsia !!

13) setakat ni masih bertenang lg..unless kalau sampai 60kg then sesuatu yg drastik harus dilakukan

14) dedua i xminat.. bleh?

15) dedua i fail.. side parking mmg susah ok

16) dedua i baca..

so.. adakah saya cukup woman? at least lebih woman dari sally la.. hehe.

Mohamad Faizal said...

enulwanie: well jika anda bangkang, maka tak gadis sejati la hee hee

anon jonas: tahniah! anda 97% gadis sejati (tolak 3 peratus sebab anda tak minat jonas brothers)

ina: 56kg?? really??

et: gadis sejati tidak patut mendengar soad nanti terbawa2 lirik dalam bacaan solat

attiesya: haa haa anda pun akuinya

kusha: tanak ah nistelrooy dia ex manshitter aku rela simpan voronin. uncle rafa tengah stress ah sekarang tak topap digi dia

maisarah: gadis sejati tidak boleh mencabar lelaki racing sebaliknya anda boleh mencabar kami untuk bangun awal pagi ataupun menjadi sweet dan romantik

finaz: haa haa seriyes ke tak kenal cristiano ronaldo tak gadis sejati la camni

z a t i said...

eh tp nombor namblas tu aku mgm geli a blog2 yg citer2 psl preggy, hubby, pinky, lappie, maggie, bithcy, sucky apa kejadah semua tu kenapa nak cakap gedik2?
pregnant ni pada aku mcm perkara sgt indah, tp bila dok type preggy aku rasa tercemar pulak kemuliaan dia.

apatah jgn pedulik ni mungkin sindrom PMS sepanjang tahun.

syun said...

saya memang tak suka side parking..urghh..benci!! haha

Anonymous said...

ijai, kalau girls sembang ngn kawan2 or maybe komen dkt fb tp ckp gua lu ke,itu dikira kasar ke?tp bhasa bertulis shj.kot percakapan takda la camtu.apa pndgn lelaki yg baca komen kt wall fb tu?

p/s : alamak.i termissed nk tnye soalan utk jejaka aritu.hehehe.thanks jai ho! :p

~ kwn anon suwit ~

Mohamad Faizal said...

zati: ala kan rakan2 kau semua ada 'hubby' sedang/telah 'preggy' dan kini semakin 'chubby' (haa haa)

chua shi yun: takpe guna valet parking

kwn anon: ala anda dah salah entri ni

JeNi said...

eh ijai.aku bab parking ok je.siap skali masuk je(side parking),betul2 dlm kotak kuning tu.x gadis sejati kah aku?

kamon la ijai.jgn bagi aku bkk cite time idwal dulu.hahaha...ko selalu elak nak drive ms nak ke ITIS.bkn aku ke drive, bwk ko ke KWSP kajang utk bkk akaun??hihi..sape yg xsejati skrg ni??

Mohamad Faizal said...

ya zaini kau memang pemandu yang handal, sebab itulah kau bukan gadis yang sejati. alah aku memang malas drive usah kau ungkit kisah yang lalu

Anonymous said...

ahaha.. no. 4 tu mmg menangkap!! tp asal ko bg N'zogbia yg kt EPL salu kua astro tu.. cbe try Balasz Dszudszak ke Karim El-Mourabet ke George Ogararu ke konpom gugur sume bulu2 kaki gadis2 pikiaq sapa depa2 ni..lantas terciptalah gadis2 yg sejati.. eh patot ko tambah lg satu laa ijai.. Anda manage team Burnley dlm FM dan mampu mnewaskan MU 3-0 dalam season pertama tanpa mnggunakan cheat2 sperti FMeditor,mahupun mndonlod taktik2 yg bsepah2 di pasaran2 gelap internet..


megan musang, hentian kajang

wana_aizwa said...

hoh!
berat 52kg jer limit?
agak2 la wei..kerempeng siyot..bygkn kalo tinggi ala model 170cm..xkn berat 52kg jerk..sure korg akn igt papan lapis yg berterbangan..

O Ena O said...

aku bwk kete manual! lagi bes drive kete manual dr drive kete otomatik..
bg aku ppuan yg bangge laju drive dr jb ke utara tp drive kete otomatik..bek kome x yah kecoh2 okeh
hahahha...aku x la xpert bwk kete manual ni..cume aku sgt hargai setiap sen yg aku byr ms belajo kete dulu...lgpon drive kete oto ni mcm x drive aku rs..mcm nek kete mainan..maaf byk2 komen aku ni bleh wat org lain trase yer...
aku mmg bkn mcm ppuan..x reti masak sgt..masak utk diri sendiri je bleh..tp akn improve time to time..bf aku kate aku stil lg kaso walopn aku dh kurang kan kaso aku..aku x minat sgt boy band tp aku jiwe rock 80 an (def leppard rock of Ages!)...aku bkn gile shoping due to kekurangan bajet..aku rs aku pon blm ckup ppuan..tp naturenye aku bangge aku ppuan..hahaha

red said...

aku lmbt..ok..
aku amik mekanikal..aku beki mesin..bukak gearbox mesin..tukar spocket mesin..TP..aku terer masak..aku x minat fesyen sgt tp aku ske soping instead aku xde duit..masih teserlah ayumu..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...