Sunday, January 3, 2010

Anda Mungkin Bukan Lelaki Sejati Jika...

Susah sebenarnya untuk menjadi lelaki sejati. Even Hulk Hogan yang gagah di gelanggang gusti pun bukan lelaki sejati sebab dia suka memakai baju ketat yang boleh menampakkan puting di dada serta suka memakai lipstik di waktu senggang. Satu-satunya lelaki sejati yang aku kenal ialah Johnny Bravo daripada Cartoon Network. Sayangnya mama dah unsubscribe Cartoon Network dan tengok cerita Korea hari-hari di Astro. Dahla ada rerun Full House memang tak merasa ah aku pegang remote. Ok berbalik kepada cerita asal, berikut adalah perkara-perkara yang anda lakukan yang mungkin mengurangkan kredibiliti anda sebagai seorang anak jantan.

1) Memakai baju berwarna merah jambu. Lelaki yang sejati tidak akan memakai sebarang aksesori berwarna merah jambu.

2) Menonton Gossip Girl dan menggilai Dean daripada Supernatural.

3) Memakai seluar kulit ketat. Ini bukan zaman rok 80an lagi. (sorry Ise)

4) Menyertai/menonton boys cheerleading.

5) Membeli applikasi Sally's Spa ataupun Wedding Dash di Iphone.

6) Anda melanggan majalah Cleo dan menjawab survey relationship ataupun survey fesyen yang ditujukan kepada gadis-gadis.

Ada lagi. Sila klik Read More untuk mengetahui adakah anda ini lelaki sejati.

7) You're actually think that Robert Pattinson is kinda cute.

8) Berjoget para-para sakura. Bermain Dance-dance Revolution tidak mengapa, tetapi berskil tinggi di mesin joget Para-Para Sakura?? Bastard aritu aku pegi Sunway Pyramid ada seorang mamat tu dia joget para-para huii kagum gila aku siap dengan liuk lentuk tangan dia huii.

9) Ketika menonton Watchmen, anda berkata "Wahh tengok tu testis biru Dr. Manhattan". Situasinya sama ketika ketika menonton Avatar, anda naik syahwat kita melihat Avatar Jake Sully kerana anda menyangkakan itu merupakan Avatar betina.

10) Anda pergi memotong rambut di Hairven, Alamanda. Lelaki sejati pergi potong rambut di kedai rambut Maniam ataupun kedai Gunting Abang Macho di Bangi. Ataupun tak potong rambut.

11) Anda mengalir air mata dan mungkin air mazi ketika scene super sedih Bruce Willis bercakap dengan anak dia dalam skrin dalam filem Armageddon.

12) Menghabiskan RM60 untuk membeli album Fearless daripada Taylor Swift edisi Platinum. Best doo ada include 6 lagu baru berserta DVD video klip single dia dan aksi 'Behind the Scene' semasa Fearless 2009 Tour.

Alahh. Usah nak mengaku anda ini jantan sejati. Yang nombor 11 tu pasti semua lelaki mengalaminya. Tak mengapa, sekarang ni kan zaman metroseksual. Ohh gadis-gadis pula jangan seronok sangat mengetawakan kami, kerana saya akan membuat segmen 'Anda Mungkin Bukan Gadis Sejati Jika...' esok. Assalamualaikum.

p/s: selamat hari jadi Shikin isteri Adam



10 comments:

Anonymous said...

Ijai,

Mungkinkah Anda Lelaki Sejati?

Hisyam said...

ijai,

perlu dibezakan, seluar utk perform, dan seluar harian... hahaha

btw seluar tu dah koyak-robak akibat aku dihumban dalam mosh pit yg menyusuli persembahan..

ise

finaz said...

ijaii.. tips2 ni boleh diaplikasikan utk mengenalpasti status aidil zaquan ker? hikhik.. gelenyahhhh uolssss

Mohamad Faizal said...

anon: dari segi organ dan anatomi, saya memang 100% lelaki sejati. dari segi tingkahlaku, mungkin boleh didebatkan

ise: koyak di punggung ke hee hee

finaz: awww mak teruja tengok peha aidil zaquan (sally jawab)

Anonymous said...

huh! dah bercakap pasal jake sully nampak!



-kusha-

enuLwanie said...

sy bangkang yang arif!!

sy suka lelaki yg pakai bju pink lembut.
still nmpk macho!
admire sgt2!

Anonymous said...

tapi dr shuhud x penah pki baju pink pegi klinik.tabik ah..

-prihatin-

Mohamad Faizal said...

kusha: haha pasti. tapi sekadar dua dimensi tiga dimensi sampai ke akhir zaman nak sold out

enulwanie: macho kah? macho kah jika saya memakai tshirt pink ketat?

prihatin: eh pakai. g string yang dia pakai selalunya kaler pink ataupun polka dot

alyaanajwa said...

oh...nice one bagi seorang lelaki membuat entri berunsurkan feminin.. adakah anda mempunyai naluri wanita? haha..except for Ekonomi Rumah Tangga pun ada kerja kayu la...best wat! n one more, keta manual best la, bru thrill~ wep...klu rajen do folo my blog orang bangi smentara neh..haha

Mohamad Faizal said...

ala mengapa sementara bangi kan tempat yang paling best di asia tenggara duduklah sepanjang zamam

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...