Monday, January 25, 2010

Geng-Geng Popular di UNITEN

Tempoh hari kita sudah mengenali geng-geng yang popular di sekolah dan matrikulasi aku, kali ini kita akan mengenali geng-geng yang popular di Universiti aku pula, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Ahh rindunya aku kat UNITEN. Di UNITEN aku memang popular kerana memenangi anugerah Tokoh Maal Hijrah untuk dua semester berturut-turut. Memang tak hairanlah sebab aku ni handal tajwid. Anyway, aku yakin geng-geng yang akan aku kupas ini terdapat di universiti anda juga. Ayuh kita klik Read More untuk mengimbas kembali zaman remaja kita di UNITEN.

Geng Anime

Geng anime terdiri daripada jejaka-jejaka separa sotong yang meminati apa sahaja benda keluaran jepun. Tak kiralah dari segi gaya rambut Jepun, pornografi 3 bintang Jepun, makanan Jepun dan sudah pasti, anime dan cerita bersiri Jepun. Nak kenal mereka ini senang sahaja, Lihat rambutnya, pasti penuh dengan Gatsby untuk memastikan gaya rambut cacak ala-ala Cloud Strife. Gadis idaman mereka pula mesti mempunyai ciri-ciri comel dan gedik seperti gadis-gadis daripada Morning Musume. Apabila berkumpul, mereka selalunya akan menggunakan frasa-frasa Jepun seperti Sonyhait, Kawasaki-kun, dan Honda-san ketika berbicara. Semasa aku duduk di apartmen Cendekiawan di Uniten dahulu, mereka ini boleh tahan popular di network Cendekiawan kerana membekalkan stok Hentai dan Maria Ozawa sebagai modal untuk melempiaskan syahwat. Geng ini juga boleh dikenali sebagai geng MMORPG di atas kehebatan mereka bermain World of Warcraft selama 2 hari tanpa rehat.

Geng Ganja

Huii nasib baik aku ini bukan jenis yang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Dahulu di apartment Cendekiawan aku berkawan je dengan semua orang. Ada sorang mamat ni memang baik orangnya. Solat dia jaga jugaklah, at least 3 kali sehari. Tetapi satu hari ketika aku sedang melawat dari bilik ke bilik untuk mencari megi, aku terlihatlah aktiviti mereka sedang menghisap ganja. Curious. Aku pun duduk la tengok depa tengah high tersengih seorang diri menghisap rokok gulung. Masa tu kalau aku tanggal seluar tunjuk balls aku pun diorang mesti tak sedar punya.

Geng MPP

Hah geng ini semua universiti ada. Dan aku yakin semua geng Majlis Perwakilan Pelajar mesti perangai sama sahaja berlagak penting dan gemar menjilat rekahan punggung pensyarah. Ok fine, aku sebenarnya join MPP jugak menjadi ahli tidur sekretariat Sukan dan Kebudayaan (ke ajk Surau? aku pun tak ingat) untuk mendapatkan sijil. Tapi apa yang membuat MPP di Uniten lebih 'istimewa' daripada universiti korang? Yaaa jika anda tidak tahu, Saiful Bukhari Azlan merupakan pelajar Uniten yang pernah bertanding dalam MPP. Walaupun sekadar mendapat undi hantu, dia entah bagaimana berjaya mempengaruhi ahli lain untuk menjadikannya naib presiden MPP. Rasuah punggung ke hee hee kelakarnya fitnah aku. Ok apa yang kalian tahu adalah apa yang kalian baca di akhbar. Di sini aku ingin mendedahkan satu fakta tentang Saiful Izwan Ibrahim eh Saiful Bukhari yang tidak pernah keluar di surat khabar Kosmo. Dulu Saiful ada minat seorang rakan aku nama dia Aqilah Hasan (memang nama sebenar). Masa itu Aqilah sedang bercinta dengan rakan aku yang bernama Farique. Saiful ni memang kurang sopan dia pergi mengurat jugak Aqilah tu dengan membuka butang baju kemejanya untuk mendedahkan dada separa ketaknya. Farique yang bengang dengan tindakannya itu terus memanggil pelajar Uniten yang paling Gangster iaitu Gaput dan Gaput telah meninju pipi Saiful sehingga knock out mamat di di kawasan parking dewan UNITEN. Okla aku tiada di tempat kejadian sebab aku rajin ke kelas kalau tipu kawan aku yang cerita tu maka tipula aku.

Geng PPI

PPI stands for Persatuan Pengajian Islam. Yeah nama sahaja PPI, tapi sesetengah daripada mereka memang merupakan bitch sejati. Di luar sahaja nampak baik tapi digoda sikit dengan cinta terus dedahkan segalanya. Menurut sumber terdekat yang dirahsiakan namanya, let's call her Ai, dia pernah menyertai PPI kerana ingin mendapat faedah daripada usrah. Namun begitu dia berasa hampa kerana senior-senior usrah hanya tahu cakap pasal kahwin sahaja. What the what woman. Dah tu gadis PPI junior-junior pulak akan dicop oleh Abang Senior memang gatai nak mampuih bercinta lepas kahwin konon. Anyway ada sorang kawan aku ni namanya Ahmad Fadhullah bin Zainal @ Dol dia walaupun tak nampak langsung cahaya keimanannya, dia nak jugak join PPI sebab gadis yang diminatinya merupakan ahli PPI. Tapi yang sedihnya Dol gagal untuk memikat cinta pertamanya walaupun badannya tough tetapi apakan daya, dia ingat-ingat lupa rukun iman.

Geng Tiada Harapan

Geng Tiada Harapan ialah golongan pelajar yang menghabiskan wang mak bapak. Tahu tak yuran pengajian di UNITEN tu mahal nak arwah? Satu semester je dah dekat RM5,000. Lepastu satu semester ambil satu subjek je dengan 3 jam kredit. Still pointer bawah dua. Apa nak jadi kau ni. Tiap-tiap malam hanya tahu ke kelab malam menghabiskan wang Yayasan Uniten yang diberi. Lepas tu ripit subjek entah berapa kali, final year projek pun macam projek kemahiran hidup tingkatan 3.

Geng Pelajar Luar Negara

Aku selalu jumpa foreigner memang suka berlagak aktif dan berlagak hebat di kelas. Ada sahaja soalan yang hendak ditanyanya walaupun jawapannya terang-terangan berada di dalam nota kuliah. Dengan eksen middle easternnya itu membuatkan aku rasa nak hantar santau je. Lepas tu tangan mesti berbulu lebat walaupun berpayu dara. Ada pulak sorang minah Iran ni tiap-tiap semester mesti dapat sekelas dengan aku. Sure aku tak nafikan yang dia menaruh hati kat aku tapi aku tension gila dengar suara dia. Tapi yang bestnya aku boleh mencarut sesuka hati dalam bahasa Melayu kat dia. Aku cakap 'HOI DIAMLAH KAU SI BULU KETIAK KERINTING' dia pergi bagi aku thumbs up pulak lepas tu buat muka bangga seolah-olah aku baru lepas memberi pujian kepada dia. Ok ok ezajerit.

Geng-geng tipikal seperti geng wali, geng bookworm bitch, geng arbok serta geng pencinta agung sudah pastilah ada, tapi itu semua lebih kurang sama je dengan penjelasan aku dalam entri lepas. Anda pula bagaimana? Ada geng-geng yang menarik untuk dikongsi bersama?

By the way, katakan HO! jika anda pelajar UNITEN.



19 comments:

Anonymous said...

saye ngan kwn2 dulu masa kat skolah asrama kne label sebagai "geng Amalina" dgn geng yg bajet dorg sempoi sbb dorg jeles ktorg rajin selalu buat homework slalu skor exam tapi ktorg bukan la nerd.

-yg penting hati-

finaz yg bukan graduate uniten said...

hahahaha.. lawak la entry ni. minah iran tu tak cun ke? hehe kesian dia xtau sebenarnya dah kena maki..

btw i mcm berminat dgn geng ganja.. mana diorg dpt stok ek? (ni pengaruh setelah habis menonton siri weeds season 1-5)

Anonymous said...

HO sbb mak saya lecturer uniten..

anon kampung pandan

teRi said...

ada lagi geng lain.

geng irc.

geng upten. lol.

HO!

eDyth said...

mane pegi geng wawasan ngan geng silat.

haha...

pencacai najis kaya said...

haah, geng wawasan mane hahahahah

HO!

hUdArLiNg said...

yang penting rupa version uniten? hahaha

Mohamad Faizal said...

yang penting hati: elokla dilabel geng Amalina 17a daripada dilabel Amelina Ahh Ahh. "sungguh ku tak mammpu menahan rindu AHH! AHH!"

finaz: nauzubillahiminzolik apa ni syafinaz minat ganja itulah tengok sangat cerita barat sampai dah terpengaruh. err pinjam external nak copy

anon kampung pandan: HO untuk mama anda. siapa nama dia mana tau pernah menjadi lekcere saya

teri: haha upten. aku suka makan kat selera 60 an sebab makcik dia dah nyanyuk selalu salah kira

edythena dan pencacai: geng wawasan takde diorang pergi camping. haha itu sajalah aktiviti mereka sepanjang tahun

huda: YPR uniten? wauu mesti digilai ramai kan diorang dulu di uniten

Anonymous said...

hai ! saya geng arbok ! gelenyyaahh uollsss !!


-kawan baik sally yang belajar di uniten-

Anonymous said...

hehe.. x boleh blah, aku pernah kuar dating ngan mamat ni from geng Anime. 1st date tu jugak aku reject bulat2. sampai x sempat nak mkn dok cite pasal anime dr start kuar sampai balik uniten ;). hehehehehe..

-baju kurung pink-

Anonymous said...

Ijai, nasib baik lah si Maryam tu x boleh bace post ko ni dlm BM. hehe

Ho!! ex Uniten :p

nana said...

dulu-dulu masa zaman aku di U, ntah kenapa aku ada dalam kelas yg ada sejumlah 25 orang, hanya 2 org perempuan dlm nya. aku dan sorg lagi senior perempuan yg masuk kelas aku tu.

aku tgk semua budak laki dlm kelas, mcm geng budak nerd. semua stok pakai spek dan pakai kemeja setiap masa.

rasa mcm nak brenti blaja masa tu.

Haziq Zainal said...

kau terlupa geng jambu!
haha

Mohamad Faizal said...

kawan sally: usah menyamar noks

baju kurung: dedahkan nama dia please

ex uniten: DEM BAGAIMANA KAU TAHU SIAPA YANG AKU MAKSUDKAN?? sila dedahkan identiti anda kita saling mengenali ke

nana: bagusla anda dapat menumpukan perhatian di dalam kelas

haziq: geng jerawat jambu batu ke

Anonymous said...

hahah.. Ijai kita memang saling kenal.
bagai aur dan tebing :p

actually si baju kurung & ex Uniten adalam manusia yg SAMA! hehe

coz aku pun kenal maryam :p
kita 1 kelas :D

Btw, wish selamat pengantin baru to MARYAM :p

QilahLala said...

HO!
I boleh termiss entry nie.. btw, MARYAM sudah kawin?? dia x jemput anda kah??hehe

Himura Hazezy said...

HO! Ijai mmg kool.. Mcm2 kategori geng dlm Uniten ko review. Hahaha

Anonymous said...

HO!
kau tertinggal GENG BAWAK AIR COOL BLOG WARNA WARNI KE KELAS.

Anonymous said...

Geng bayaq ptptpu .. puih.. mahal nk arwah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...